Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Tersurat Kasih
Tarikh Post : 8 June 2015
Dengan sekali lafaz sahaja Aulia Hannani kini sah menjadi
milik Ikmal Firhad sepenuhnya. Secara automatik gelaran cik telah bertukar
ganti dengan gelaran puan. Sudahlah terpaksa berkahwin dalam usia yang muda,
dengan sepupu pujaan hatinya pula tu! malang nasibku.
“Lia cium tangan suami kamu tu.”mak long bersuara setelah
aku hanya mendiamkan diri. sejujurnya aku masih terkejut dengan scenario
sekarang. lambat-lambat tangan itu aku sambut jua.
“Lia,betul aku tak tau apa apa malam tu. Sumpah !” Ikmal
bersuara setelah masuk ke kamar yang selama ini didiami oleh aku. tidak pernah
dia berdua duaan selama ini. dalam bilik pulak tu. namun semunya berbeza kerana sekarang kerana dia sudah
beristeri.
“Sudahlah Mal,aku tak salahkan kau. Cuma aku pelik kenape
kau nak jumpa aku malam tu?” aku bertanya dengan seribu kemusykilan.
“Aku nak bagi something dekat kau. Am pas kat aku suruh bagi
kat kau sebelum dia pergi haritu. Cuma aku yang terlupa letak mana. semalam
baru jumpa. then,aku takut
aku terlupa pulak so aku nak bagi terus kat kau. tak tau pulak benda nak jadi
macam ni. i’m really sorry for
everything. aku dah rosakkan segala galanya. aku dah rosakkan masa depan
yang kau dengan Am idamkan. Am banyak cerite pasal kau dekat aku. dari mata dia
aku dapat rasakan yang dia cintakan kau.” luah Ikmal.”Dan aku pasti korang
saling mencintai.aku minta maaf.”sambung Ikmal dalam hati.
“dahla.malas cakap pasal ni.so sekarang macam mana?”soal aku.
“macam mana apa”soal Ikmal kembali.
“Ya Allah,En.Ikmal Firhad!!kat mana aku nak tido.”
“nak tido ehh.aku ingat ni first night kita.hehee”buntang mata aku mendengar
usikan Ikmal.
“Ikmal!!”
“haha..aku gurau jelah.kau ingat aku hadap sangat dengan
kau.dah la kering.”
“kau kata aku kering! kau tau tak berapa banyak production kat luar sana nak ambik aku buad modeling.”megahnya
kau noks!
“haha..demand jugak kau kan.ok lah,kau tido jer atas
katil.aku takkan kacau kau.”
“abis,kau nak tido mana?”soalku.
“aku tido dekat sofa pun takpe.”
“sorry ek susahkan kau.”
“no hal la.no need to worry dear.”
“dear la sangat ko kan.aku dear kan ko jap
gi baru tau.”
Keesokannya…
“awalnya pengantin bangun.suami kamu mana?tak ajak dia
turun sarapan?”tegur maklong.maklong ialah seorang ibu saudaraku yang begitu
memahami aku.hanya dia yang percaya aku dan Ikmal tidak melakukan perkara yang
terkutuk itu ketika kami ditangkap.ibu dan ayah lebih memilih mendiamkan diri
seolah semua kesalahan di letakkan di atas bahu aku dan Ikmal seolah olah kami
benar benar melakukannya.
“dia dah bangun dah.jap gi turun la tu.kita sarapan dulu la
maklong.”kata ku.
“ish apa budak ni.dia dah jadi suami kamu.kamu kena
utamakan dia dalam segala hal. Tambah ni nak makan.kamu kena la layan dia.ker
kamu nak dia cari lain.”maklong memulakan ceramah tak berbayar.ni kalau dilayan
maunya sampai malam baru habis.kalah Ustaz Kazim Elias dalam rancangan Kalau
Dah Jodoh.kalau dah jodoh takkan kemana..saksikan rancangan soal jawab bersama
ustaz anda iaitu Ustaz Kazim Elias.ehh apa aku melalut ni.Ni kalau dilayan kau
cik Aulia Hannani oi takkan abis.eehh cik ke?aku kan dah kahwin semalam.jadi
dah jadi puan ekk. No way aku baru 19 tahun.belajar pon tak abis
lagi kot.
“hah apa yang kamu menungkan tu sampai suami kat sebelah
pon dibuatnya tak tau.”sergah maklong.
“Lia nampak la maklong.”
“abis,tak reti reti nak tuang kopi”soal maklong.
“ni nak tuang la ni”jawab ku laju.
“Lia,aku tak boleh minum kopi.buatkan susu.please.”pinta
Ikmal.
“kau ni demand kan?minum je la.”
“aku bukan taknak minum tapi aku memang tak boleh.ker kau
nak tengok aku sakit.” Cakap Ikmal sambil membuat muka toyanya.
“ish kau ni..nasib laki aku jer tau kalau tak jangan harap
aku nak bancuhkan.”bebelku namun langkah ku atur jua menuju ke dapur.
“thanks Lia.”
“hah kenapa kamu ni Lia.”aju maklong bila melihat aku
didapur.
“takde maklong.ni ha nak bancuhkan susu untuk Ikmal
tu.katanya nak minum susu.”
“ala nak bermanja dengan kamu la tu.”
“takde maknanya maklong.”
“ada la maknanya.”
“maknanya apa maklong?”soalku.
“maknanya C.I.N.T.A.”kata maklong ditambah dengan symbol
cinta lagi.fuyoo maklong aku ker tu.sporting jugak ek.
“ish maklong ni ada ada jelah.maklong,ayah dengan ibu
mana?tak nampak pon dorang.dorang masih marahkan Lia ke maklong.”Tanya aku
dengan sedih.terasa dengan perbuatan ibu dan ayah.tapi aku tak marah.yelakan
mak mana tak kecewa ayah mana tak sedih jika anak yang selama ini ditatang
sanggup menconteng arang ke muka mereka.aku bernasib baik kerana hal ini tidak
diketahui ramai orang.kalau tidak mungkin aku sudah dibuang keluarga.
“ni air susu kau.”kata aku sambil meletakkan gelas yang
berisi susu hangat disisi Ikmal.
“kau nak ke mana?”soal Ikmal apabila melihat aku tidak
duduk menjamah bersamanya malah kaki ku atur ke atas menuju ke bilikku.
“kau makan la dulu.aku nak masuk bilik jap.”Ikmal hanya
mangangguk.
“Am,semalam Mal ada cakap kat aku.dia kata kau cintakan
aku.betulke?aku pon cintakan kau. Tapi aku dah kahwin Am,aku kahwin dengan
sepupu kau.maafkan aku.aku harap kau faham Am.”monolong ku tanpa ku sedari
mutiara putih menitis melalui lekuk lekuk pipiku.Ikmal yang mendengar suara
isterinya mengeluh disebalik pintu.
“Am aku betul betul minta maaf.Lia aku janji suatu hari
nanti aku akan pulangkan kau pada Am. Meskipun hati aku sakit.ya hati aku sakit
Lia.aku cintakan kau.aku cintakan kau saat pertama kali aku sampai sini.kau dah
curi hati aku dengan keletah kau.tapi kau tak cintakan aku.Ikmal melangkah
masuk lalu duduk disisi isterinya.tangan milik si isteri di pegang.perlahan
lahan ditarik tubuh si isteri yang sedari tadi menangis ke dalam pelukannya
untuk meringankan apa yang dipikul si isteri.
“Lia,aku tahu kau kuat.kau kena tahan Lia.aku janji bende
ni takkan lama Lia.aku akan lepaskankan kau suatu hari nanti Lia.aku akan
satukan kau dengan Am,Lia.”Ikmal bersuara.tapi hanya di hatinya.dia tiada daya
melafazkan itu.
“Lia menangis lah.aku akan selalu ada buat kau.aku faham
kau terasa dengan ibu dan ayah.aku faham Lia.”lama mereka berkeadaan begitu
sehingga Lia tertidur dalam dakapannya.tubuh kecil itu diangkat lalu dilabuhkan
diatas peraduan.air mata yang membasahi wajah Lia diusap.
“Lia andainya kau tahu aku cintakan kau.kau nak ke kawan
dengan aku..”perlahan lahan dahi itu dicium buat kedua kalinya.kaki diatur ke
luar dari kamar itu.
“Lia jaga diri baik baik kat sana.Ikmal jagakan anak
saudara maklong ni.awas kamu kalau ada yang tak kena dengan anak maklong ni,maklong
cilikan kamu..”tutur maklong dalam nada gurau tapi terselit ketegasan. dia amat
menyayangi aku setelah dia kehilangan anak dan suami dalam kemalangan yang
menimpa mereka sekeluarga 5 tahun lalu. hanya maklong yang terselamat. semenjak
itu maklong menetap dirumahku. segala kasih sayangnya dicurahkan kepada aku
sementelah aku merupakan anak tunggal. bahkan aku dianggap sebagai anak
kandungnya.
“ye maklong anak maklong ni Mal akan tatang bagai menatang
minyak yang penuh. Mal takkan izinkan sesiape pon sentuh bahkan nyamuk
sekalipon.”
“poyo je lebih maklong si Ikmal ni.”kata ku.tercetus la
ketawa antara kami bertiga.
“Lia pergi salam ayah dengan ibu. aku tahu kau terasa
dengan dorang. tapi dorangkan ibu dan ayah kau. kalaupun dorang salah kau
sebagai anak kena mengalah.”bisik Ikmal yang tiba tiba menghampiriku.
“tapi aku takut. aku takut dorang masih marahkan aku. aku
takut dorang pukul aku macam malam tu.” Tutur ku.sejujurnya aku masih
takut.segalanya masih terbayang di mata ku.bagaimana aku dipukul di pejabat
agama.mujur ada Ikmal,dia yang menyelamatkan aku.dari ibu dan ayah.menitis air
mataku apabila terkenangkan malam tu.masih terngiang ngiang suara ayah memaki
ku.mengatakan aku tiada maruah.
“aku menyesal besarkan kau.aku beri kau kasih sayang.aku
bagi kau makan pakai tapi ni kau balas pada kami.anak apa kau ni..hah..”jerkah
ayah bersama rotan ditangan yang tak henti henti memukul tubuhku. Perit yang
aku tanggung masih terasa sehingga kini.
“pakcik,saya minta maaf.semua ni salah saya.kalau saya tak
ajak Lia jumpa semua ni takkan berlaku. Tapi percayalah kami tak buad apa
apa.”tutur Ikmal dengan suara yang lantang.mungkin tak betah dengan ayah yang
tak henti henti menyiksa ku.
“kau senang cakap.lepas apa yang kau buad kau nak lepas
tangan.dah puas kau gauli anak aku.aku takkan biar dia senang.kalau dia
mengandung siapa nak jawab.mana aku nak letak muka aku ni.kau faham tak. Biar
anak aku mati.”jerkah ayah pada Ikmal.
“ayah…”aku tak sangka ayah sanggup memperlakukan aku
sebegini.Ikmal ku lihat menghampiri ku.lalu memelukku.aku mula menangis
didadanya.kesakitan aku rasakan disegenap inci tubuhku.
“pakcik saya minta sangat tolong hentikan semua ni.saya
janji saya akan bertanggungjawab.”putus Ikmal membuatkan aku memanggung mencari
anak mata milik lelaki ini.Ikmal yang mengerti seraya mengganguk mengatakan dia
benar benar.keputusannya seolah olah segalanya benar benar berlaku. akhirnya
terbina lah ikatan ini.
“Lia,Lia…apa yang kau menungkan tu..dah pergi..aku temankan
kau..”tegur Ikmal lalu mematikan lamunanku.
“ayah ibu, Lia dah nak balik kampus.Lia minta halal makan
minum Lia.Lia minta maaf andai Lia dah melukakan hati ibu dengan ayah.Lia
langsung tiada niat..bu yah..”aju ku bersama air mata.
“Lia,ibu pon nak minta maaf.kami tuduh Lia dengan Ikmal
buad bende terkutuk tu.padahal tidak. Kami dah salah sangka terhadap kamu.kami
minta maaf.”tutur ibu membuadkan aku tersentak.
“ye Lia,Ikmal dah jelaskan segala galanya pada ayah.maafkan
ayah Lia.ayah Cuma takut.ayah sayangkan Lia dan percayakan Lia.tapi malam tu
ayah rasa segala kepercayaan yang ayah bagi pada Lia hancur.” Kata ayah.kini
baru aku mengerti.Ikmal telah menyelamatkan aku kali kedua.Ikmal baiknya kau.
Kalau Am tak ada mungkin aku akan jatuh cinta pada kau.
“ayah ibu..Lia dah lama maafkan..Lia faham perasaan ibu dan
ayah.”lalu tubuh tua itu aku peluk bersama air mata kegembiraan.segalanya telah
selesai.thanks Ikmal.
“Lia,kita dah lambat ni.takut nanti malam pulak.dah tak
boleh masuk asrama.”
“ayah ibu Lia pergi dulu.nanti cuti Lia balik.”
‘ye la.kirim salam dekat keluarga Ikmal ye.”
“baiklah bu.”jawab Ikmal.
DALAM perjalanan,aku hanya mendiamkan diri sehingga Ikmal
bersuara.
“Lia,aku dah tetapkan beberapa rule untuk kita.nah ambik baca ni.
PERANCANGAN AND RULE MASA DEPAN
1.panggilan akan ditukar.kau panggil aku Mal dan aku akan
panggil kau Lia. Kalau kau tak setuju aku panggil kau sayang.amacam??
2.setiap hujung minggu Mal akan ambik Lia dan kita akan
balik ke rumah Mummy.
3.Mal nak kita rahsiakan perkahwinan kita daripada
sesiapapun.termasuk kawan kawan Lia.
4.didepan mummy n daddy Lia kena panggil Mal ABANG.
Sekian.^_^
“kena ke aku panggil kau abang?”
“aku bukan apa aku taknak mummy n daddy fikir bukan bukan
pulak.lagipon dorang tak tau pasal kita. Aku cakap aku dengan kau dah lama
bercinta…hehee..”
“memandai kan kau.”
Setelah menempuh perjalanan selama 4 jam akhirnya kami tiba
di kampus.aku dan Ikmal menuntut di Universiti yang sama iaitu Universiti Malaya.sebenarnya
aku dapat tawaran sambung belajar di England tapi memandangkan aku bukanlah dari
keluarga yang senang.niat itu aku simpan sahaja.Berbeza dengan Ikmal kerana
setahu aku keputusan SPM dia lebih hebat dari aku dan dia jugak merupakan anak
ahli perniagaan yang terkenal jadi untuk menyambung pengajian di luar Negara
bukanlah hal yang susah.Ikmal dan Am adalah sepupu.Am lebih memilih
menyambungkan pelajarannya di Scotland dalam bidang kejuteraan.
“ingat rule tu.hujung minggu ni aku ambik kau.and starting from now
I want you to called me as Mal n I will called you as Lia.no more aku kau.get
it.”
“yes I know it Mr.Ikmal
Firhad.”
“Miza,Jimmy…lama tak jumpa korang. rindunya aku kat korang.
korang sihat?” sapa ku apabila terlihat kelibat
sahabat aku. hampir 1 bulan tak jumpa setelah cuti semester yang bermula
sebulan lepas. Mereka lah sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Miza roommates
aku. dia dari Perlis.budak ni kaw punya Perlis.first time aku jumpa Miza ni,aku
rasa macam apahal budak ni!cakap punya kasar.bila dah lama aku kenal dia baru
aku tahu dia ni baik.dia selalu la tolong aku bila aku miss class..aku bukan
sesaja nak ponteng tapi kalau gastric aku datang bangun pon tak larat. sorang
lagi ni Jimmy..ehh dia bukan laki nama sebenar dia Najmi but we call her as
Jimmy sebab dia ala ala tomboy la.dia ni ibarat doctor la bila aku sakit.sayang
aku kat korang!
“wey Lia…rindu baq hang.lama gila kita tak jumpa
no.hmm..aku balik Perlis..sunyi ampa tak tepon aku langsung.apa punya
kawan..”celoteh Miza.
“ala kitorang bukan taknak telfon kau.tapi taknak la ganggu
kau dengan family..”balas Jimmy.
“aah,betul tu.”aku hanya mengiakan.
“banyak la ampa punya alasan”
**********
Setelah 3 bulan usia perkahwinan kami , semuanya masih
berjalan seperti biasa. Aku sudahpun berjumpa dengan family Ikmal. Even aku
pernah jumpa dorang masa dorang balik kampong namun rasa kekok tu masih ada
kerana kali ini aku berhadapan dengan mereka dalam situasi yang berbeza.
Teringat perbualan ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke bangle agam
milik keluarga itu.
“pandai Mal dengan Lia sembunyikan hal ini daripada mummy
and daddy kan ? patutlah si Ikmal tu selalu sangat balik kampong. Rupanya buah hati
dekat sana.”
“haha mummy ni, mana ada sembunyi Cuma dah jodoh Lia dengan
abang.”
Itulah pertama kali aku memangil Syed Ikmal Firhad dengan
gelaran abang. Di kolej, kami seperti biasa. Ikmal dan aku tidak lebih sebagai
senior dan junior. Ikmal banyak membantu aku dalam pelajaran . aku ada juga
mendengar khabar angin yang mengatakan Ikmal mempunyai buah hati yang turut
belajar seuniversiti dengan kami . mungkin ini punca kenapa Ikmal tidak
menyambung pengajiannya ke luar Negara.
“Mal, aku ada dengar kawan-kawan kau cakap kau ada girlfriend. Betul ke ? taknak kenalkan dengan
aku ke ?” ujarku dengan senyuman tipis ketika kami sedang berbincang pasal
study di library.
“ kenapa ? kau
nak kenal dengan bakal madu kau ke ?” ucapnya separuh berbisik .
“kau ! aku cakap baik-baik ni. Tak nak kenalkan ke ? yelah
siapa lah aku ni kan, untuk kau berkongsi sesuatu special kan ?”ujarku dengan
riak wajah yang sedih. Ikmal menolak kerusi yang didudukinya lalu menarik
kerusi disebelahku .
“ Lia, dengar sini. Aku takde someone special melainkan
kau. Mulai hari ni, aku taknak kau dengar apa-apa lagi dari kawan-kawan aku.
Diorang saje saje tu.”ucapnya bersungguh-sungguh.
“erhhmmm.. so sweetnya abang senior kita ni. Kalau nak
bercinta sekalipon hampa pi la tengok wayang ka, apa ka ? apa kes dating kat
library ,kan Jimmy ? haha”
“ermm, mana ada kitorang dating. Kitorang tengah bincang
pasal study la.”ucap Ikmal bagi menutup hal tadi.
“hmm, yelah tu abang senior oii, kalau dah sayang tu masuk
minang ja lahh.. untung-untung kami boleh makan nasik minyak.”ucap Miza. Dia
kalau boleh bercakap tak hingat dunia.
‘sebenarnya kami memang dah kahwin pon’ucap Ikmal dalam
hati.
“haha,, ada-ada ja lah miza ni.”kami semua ketawa. Ini
menjadikan hubungan kami bertambah erat.
**********************
Dan kini usia perkahwinan kami telah mencecah 3 tahun.
Layanan Ikmal terhadap aku begitu baik sekali. Aku akui aku kini amat
mencintainya namun Ikmal seolah-olah tidak menghiraukannya. Dia melayani aku
dengan baik namun layanannya tidak lebih seperti seorang sahabat sahaja. Apa
dia tidak ingin perkara yang lebih daripada perhubungan ini ?
Aku telah tamat dalam jurusan perakaunan dan sekarang aku bertugas dibahagian kewangan di
syarikat milik keluarga Ikmal. Kami kini menetap di penthouse mewah di Damansara.
Miza kini telah bertugas sebagai doktor pakar psikatri di KPJ Perlis. Dan Jimmy
menjawat jawatan pramugari di Malaysia Airlines. Hubungan antara kami masih
rapat namun kurang masa bersama kerana kekangan masa dengan tugas
masing-masing. Miza dan Jimmy telah mengetahui mengenai ikatan perkahwinan
antara aku dan Ikmal. Semuanya ketika aku sakit perut maha dasyat masa itu.
Miza telah meminta bantuan Ikmal. Dan sewaktu itu Ikmal amat cemas sehinggakan
sewaktu aku dimasukkan ke hospital Ikmal tak putus-putus mencium dahiku dan
mengatakan dia akan selalu bersama aku. Semua ini menimbulkan tanda tanya buat
Miza dan Jimmy. Akhirnya terpaksalah dia mengatakan hal yang sebenar. Hampir 2
minggu aku dihospital dan menjalani pembedahan fibroid, Ikmal tetap setia menemani
dan menjaga aku.
“Mal, aku ada hal sikit nak bincang dengan kau.”ujarku
apabila melihat kelibat Ikmal didalam kamar kami yang aku berkeras ingin
sebilik dengannya namun dia hanya tidur disofa.
“aku pun ada hal nak bincang dengan kau.”
“okay, kau cakap dulu.”
“minggu depan Am akan balik Malaysia, jadi aku akan keluar
dari rumah ni.”
“maksud kau ?”
“Am tak tahu kita dah kahwin. Aku taknak hampakan dia. Dan
aku dah janji dengan diri aku yang aku akan satukan korang balik bila dah tiba
masanya. Aku taknak jadi penghalang hubungan korang. Aku akan lepaskan kau
suatu hari nanti. Kau jangan risau.”
‘aku tak sanggup nak lepaskan kau, Lia. Tapi aku jugak
taknak siksa kau disamping aku. Aku tahu cinta kau pada Am terlalu kuat Lia.
Setiap malam aku nampak kau menangis. Semua pasal dia kan? Hati aku sakit.
Sakit sangat Lia.’
‘takkan takde secubit rasa cinta kau pada aku Mal? Hina
sangatkah aku sebagai isteri kau ? kau mesti tak sabar nak lepaskan aku kan ?
semua ni mesti pasal perempuan yang kau sayang sangat tu kan ? satu university
tahu itu. Aku dah lama buang rasa cinta aku pada Am sejak aku jadi isteri kau. Kau
tak nampak ke semua tu selama ini. Setiap malam aku menangis kerana terasa
layanan kau yang semakin dingin. Rupanya inilah alasannya.’
**************
“welcome to Zeneria Holding Mr. Syed Amirul Akram.”
“haha, kau ni. So how are you my cousin ? lama tak dengar
kabar kau . sihat bro ?”
“aku macam ni la.”
“tapi aku tengok kau macam tak bermaya je ? kau gaduh
dengan makwe ke ?”
“mana aku ada makwe la Am.” ‘tapi aku gaduh dengan Lia,Am.
Isteri aku.’ Cetusnya dalam hati.
“Mal, jom lunch dengan Lia.. lia laparlah.”ajakku manja
sambil memaut lengan Ikmal.
“Lia, kan kita dah bincang semalam. Jangan la macam ni.
Nanti Am nampak kan susah.” Katanya sambil melepaskan pautanku lalu berlalu
keluar. Pedih hati ini hanya Tuhan yang tahu.
“ehh, lia. Jom pergi lunch sekali.”
“takpalah Am, Lia tak lapar.”kataku seraya ingin berlalu.
“lia, Am
nak cakap sikit. Am sebenarnya nak teruskan hubungan kita dulu. Lia tahukan Am
cintakan Lia. Am nak masuk meminang Lia.”
“ Terima kasih Am, tapi hati Lia bukan pada Am. Maaf sebab
Lia dah kecewakan Am tapi Lia tak mampu tipu perasaan Lia yang Lia tak cintakan
Am. Hati Lia pada orang lain. Dan lia sanggup buat apa sahaja untuk buktikan
cinta Lia pada dia.”
“tapi Lia…”
“Am dah terlambat. Maaf Lia pergi dulu.”
Kini, hampir 4 bulan Am kembali ke Malaysia namun Ikmal
masih menjarakkan dirinya daripada aku. Telefon tak angkat, penthouse ini pon
tak pernah dijenguknya lagi. Rindu aku padanya semakin membuak-buak sehingga
aku membuat keputusan segila ini.
“ hello, Mal tolong Lia..Lia sakit.”kataku lantas mematikan
telefon.
“hello Lia….Lia ??” katanya cemas. Kunci kereta dan wallet
dicapai dan pantas dia memandu BMW miliknya ke penthouse kami di Damansara.
“lia…lia.. kau kat mana ?”seru Ikmal dalam kegelapan setelah
masuk ke dalam penthouse kami. Sengaja aku padamkan lampu. Aku hanya berdiri
didepannya namun agak sedikit jauh. Setelah lampu dibuka alangkah terkejutnya
Ikmal melihatku.
“lia, apa kau buat ni ? kau kata kau sakit. Kau nak
main-mainkan aku ke ?”ucapnya. dia aku hampiri lantas aku letakkan jariku
dibibirnya.
“syuhh, Mal temankan Lia malam ni, please..Lia rindukan
Mal.”ucapku lalu tubuh tegapnya aku peluk. Terlalu rindu aku padanya.
Malam ini aku memakai gaun merah labuh dan sedikit solekan
diwajahku. Aku memasangkan lagu romantic. Ikmal yang sedang duduk dikerusi aku
tarik.
“menari jom.?”
“tapi lia..”
“please..”
“okay,”sebelum menari aku menutup lampu bagi mewujudkan
elemen romantic dengan cahaya lilin. Aku mendekatkan bibirku dengan bibir Ikmal
dan Ikmal membalasnya. Tubuhku aku rapatkan ketubuhnya namun Ikmal melepaskan
bibirku.
“Lia, aku rasa semua ni…”ujarannya aku biarkan malah
bibirnya kembali aku pagut. Dan kini Ikmal seakan merelakannya.kini, dress
labuh telah aku tanggalkan dan yang tinggal hanya lingerie merah seksi yang aku
beli di Mall petang tadi.
Dan malam berlalu dengan sejarahnya sendiri….
Sedang sibuk aku menghidangkan sarapan. Ikmal keluar dari
bilik tidur dan terus berlalu ke pintu.
“Lia, aku rasa hal semalam tak patut terjadi. Semuanya
hanya sebuah kesilapan.” Ujarnya mematikan senyumanku.’lia, aku happy sangat
semalam tapi aku sedar cinta kau bukan pada aku.’
“kesilapan kau cakap ? kau tak sedar ke kenapa aku buat
macam tu semalam ? semuanya sebab aku cintakan kau.aku Cuma nak kita hidup
macam pasangan suami isteri yang lain, ada anak. Tapi kau masih dengan alasan
kau untuk satukan aku dengan Am. Atau kau sebenarnya dah ada kekasih Mal ? tu
sebabnya kau abaikan aku ? kalau macam tu, aku minta maaf. Aku janji aku takkan
kacau kau lagi.”
“maafkan aku Lia”ucapnya lantas berlalu pergi. Namun saat
Ikmal keluar dari penthouse kami, Am sedia memerhatikannya.
‘patutlah kau tolak aku, lia. Rupanya sebab kau dengan
Ikmal. Apa yang kau dah buat dengan Ikmal ,Lia. Aku tak sangka hubungan korang
sejauh ini.’ Bisik hati Akram.
**************************
Kini hampir dua bulan sejak peristiwa itu berlalu. Dan aku
seboleh mungkin mengelak dari bertembung dengan Ikmal. Kini, Ikmal setiap malam
pulang ke penthouse kami bukannya menumpang di rumah kawannya. Namun aku tidur
di bilik tidur tetamu kerana tidak mahu bertentang mata dengannya.
Namun hari ini aku tidak dapat melarikan diri lagi kerana
hari ini ada mesyuarat. Dan semestinya dikendalikan oleh Ikmal. Semasa
mensyuarat berlangsung, aku tidak dapat menumpukan perhatian pada agendanya
kerana pening yang menguasai diri. Aku perasaan yang Am sering menjelingku dari
ekor matanya. Sejak sebulan dua ini sikap Akram begitu dingin padaku malahan
pandangan yang dilemparkan padaku jugak seperti jijik. Namun disebabkan
kesakitan ini semuanya aku biarkan.
“wuekkk,wuekkk…”aku berlari ke tandas dan memuntahkan
segala isi perutku. Dalam pada itu terasa ada tangan yang mengusap belakang
aku. Dan bila aku toleh kulihat wajah Ikmal kerisauan.
“kenapa ni ? Lia salah makan ke ? jom abang bawak Lia pergi
klinik ?”sejak dari haritu
Ikmal mula membahasakan dirinya abang dan aku hanya membiarkannya.
“tak perlu susahkan diri encik Ikmal untuk saya. Nanti
marah pulak kekasih encik Ikmal kalau dia nampak encik Ikmal berdua-duaan
dengan saya.”marahku.
“Lia, berapakali abang nak bagitahu yang abang takde
kekasih. Lia seorang buah
hati abang, abang sayang dan cintakan Lia.”
“semua tu Cuma bohong sahaja. Sudahlah, tak perlu pedulikan
saya.”
“dah berapa bulan awak pregnant Lia ?”sampuk suatu suara.
Alangkah terkejutnya kami bila melihat gerangannya. Dia ialah Akram.
“kenapa terkejut ? terkejut macam mana saya tahu semua ni ?
patutlah awak tolak lamaran saya,Lia. Rupanya awak seronok berasmara dengan
Ikmal. Saya tak sangka awak semurah ini.”
“Am !”jerit Ikmal.
“kau diam Mal,selama ni aku percayakan kau. Aku ingatkan
kau akan jagakan Lia untuk aku. Tapi aku salah , kau sanggup tikam belakang
aku. Kau ingat aku tak tahu kau keluar masuk penthouse Lia. Dah puas kau gauli dia sampai dia
pregnant sekarang. Jahanam kau
!” tempik Am sambil memukul Ikmal.
“Am cukup !” jerit Daddy yang muncul dari muka pintu.
Setelah Am melepaskan Ikmal pantas aku mendapatkannya. Aku papah Ikmal ke
kerusi di dalam ruangan pejabat ini.
“Apa semua ni Am ? cuba jelaskan pada uncle .” pinta Daddy
pada Akram.
“bukan Am yang patut jelaskan semua ni tapi anak uncle
sendiri . Uncle tanyalah apa dia dah buat dengan Lia.” Ucapnya menahan marah.
“apa yang Mal dah buat ?”soal Daddy pada Ikmal.
“Mal akan jelaskan semuanya tapi bukan pada Daddy, tapi
pada kau, Am. memang Lia mengandung. Dan anak yang dia kandungkan anak aku.
Tapi anak ni bukan anak haram,dia anak yang sah.”
“sah apanya kalau kau buat maksiat.”
“dengar dulu,dia anak sah sebab aku dengan Lia dah kahwin .
Kami dah kahwin 3 tahun lepas . masa tu kau masih dekat Scotland. Aku minta
maaf sebab aku terpaksa rahsiakan hal ni daripada kau . sebab aku taknak kau
kecewa . aku bukan sengaja nak rampas Lia dari kau tapi keadaan time tu tak
mengizinkan . aku harap kau faham.”
“jadi semua orang dah tahu lah hal ni ?”soalnya Ikmal jawab
dengan anggukan .
“abis selama ni aku diperbodohkan lah ?” tempik Akram dan
berlalu pergi.
“Lia, kenapa tak cakap yang Lia pregnant ,sayang ?”
“perlu ke saya cakap ? nanti rosak pulak hubungan encik
dengan buah hati encik tu ?
“ Lia, sini abang ceritakan semua. Lia mesti tertanya-tanya
sebab apa abang tak sambung study dekat overseas padahal abang lebih dari mampu
kan ? semuanya sebab Lia. Abang taknak jauh dari Lia. Abang cintakan Lia saat
pertama kali abang jejak kaki kat kampong tu. Walaupun masa tu abang tahu yang
abang takkan dapatkan Lia. Dapat jadi kawan baik Lia pun abang bersyukur
sangat.”
“abang, Lia minta maaf. Lia tak sangka abang sanggup
korbankan semuanya demi Lia.”
“takpa sayang. Janji sayang maafkan abang.” Ucapnya dan
menarik aku kedalam pelukannya.
*****************
Kini, sudah 4 tahun berlalu,
Semenjak haritu Akram menghilangkan diri tanpa khabar
berita. Mungkin marah dengan apa yang terjadi . sehingga sekarang Ikmal masih
menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Namun rasa itu
disembunyikannya.
Namun semuanya berubah apabila Akram kembali seminggu yang
lalu. Akram pulang bersama
seorang wanita cantik dari perlis yang diperkenalkan kepada kami sebagai
isterinya , dan wanita itu ialah BFF till jannah aku iaitu Miza. Akram
mengatakan bahawa dia telah melupakan segalanya dan bahagia dengan kehidupannya
kini bersama Miza dan puteri mereka iaitu Syarifah Leyla Medina Syed Amirul
Akram.
“Sayang buat apa tu kat balkoni? Sejuk. Masuk dalam bilik,
sekarang. Kesian baby kesejukan di luar.” Ikmal menarik tangan aku yang sedang
termenung di balkoni bilik kami. kami dikurniakan lagi seorang anak. Kini, aku
sarat mengandung anak kedua kami,ehh anak ketiga. Kami telah dikurniakan
sepasang anak kembar. Syed Daniel Hazif dan Syed Danish Haykal. Kandungan aku telah mencecah 7 bulan.
“Kesian, adik Danish. Ibu ni!” marah Danish kepada ibunya.
“Amboi, anak ibu! Perangai Danish sama saja dengan papa.”
luah aku.
“Danish,Daniel, papa pernah cakap apa hari tu?” tanya Ikmal
kepada Danish dan Daniel yang sedang duduk di atas katil.
“Bapa borek anak rintik! Like father like son!” jerit
Daniel dan Danish serentak.
“Hampeh!”
‘Ya Allah, semoga tiada badai yang akan melanda rumah
tangga aku dan Ikmal. Kekalkanlah kebahagiaan dalam keluarga ini. Takdir
Allah telah menemukan aku dan Ikmal. Takdir Allah, ada kalanya manis, ada
kalanya pahit seperti diriku dan suamiku. Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga
ke akhir hayat aku. Amin!’ Aku bermonolog di dalam hati.
Tersurat kasih
Aulia Hannani dan Syed Ikmal Firhad. Itulah kisah hidup aku dan Ikmal. Takdir
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada aku dan Ikmal.
*__THE END__*