Cerpen Precious Dee . Nah, ni cervel khas untuk kawan baik aku yang banyak menghuru-harakan hari-hari aku, Nadia Syahirah bt Kassim. Disebabkan dia selalu minta nama dia muncul sebagai salah satu heroin ciptaan aku, sekarang aku wujudkan Precious Dee untuk hang! Lepas ni jangan demand yang lain pulak nah. much love for you, Dee..
“Lama lagi ke kau nak siap ni? Aku dah penat nak
tunggu kau kat luar ni.” Ujar Syafiq geram. Hampir sejam dia menunggu gadis itu
dalam kereta.
“Ye, sabar kejap boleh tak? Bukan selalu pon aku
lambat. Harini je terbabas. Tak menyabar-nyabar..” balas Nadia sambil
menyarungkan sneakers kegemarannya. Dia bukan seperti gadis-gadis lain yang
gemar memakai high heels. Rimas katanya.
“Tak sabar apa kebendanya?! Dah sejam aku mereput
dekat gate rumah kau ni. Janji pukul 10 pagi ni dah pukul 11. Janji Hang Tuah
betul la kau ni!!” bebel Syafiq dibalas dengan jelingan tajam dari Nadia.
“Kau diam!! Bising tau tak?! Membebel macam mak aku
kat kampong ja. Aku rasa baik kau tukar bin tu. Bin mak aku. Senang, sebab
sesuai sangat kau ni jadi anak mak aku. Bebel 24 jam. Kau nak keluar tak ni?!
Kalau tak aku masuk rumah balik.” Putus Nadia.
“Cepatlah masuk. Kalau habis barang yang aku nak
beli tu siap kau!” ugut Syafiq setelah Nadia masuk ke dalam kereta. Perlahan
kereta dipandu diatas jalan raya cermat.
“Apahal pulak aku? Ni kira baik aku temankan kau.
Apsal tak ajak buah hati kesayangan kau, Nisya tu?” balas Nadia. Pertengkaran
sering berlaku apabila mereka bersua namun itulah yang menjadikan mereka
seakrab ini. Best Fried Forever! Ehh, fried pulak, friend la!
“Kau tahu kan dia macam mana? Pernah ke dia teman
aku pergi kedai bola? Itu tak kena, ini tak kena. Panas la bie, ramai orang la
bie… baik aku bawak kau. senang…” terang Syafiq.
“Hemmm, normal la perempuan. Memang alergik dengan
kedai bola semua ni. kau kena la faham.”
“Ehh, kau bukan perempuan ke?! Aku rasa kau okey je
masuk kedai tu semua dengan aku. Ke kau ni lelaki?!” usik Syafiq.
“Kau pernah makan kaki tak? Teringin?!” kata Nadia geram
dengan tingkah Syafiq yang sering mengusiknya.
Syafiq hanya tersenyum sambil terus menumpukan
perhatiannya ke hadapan. Hampir 15 minit kemudian mereka sampai ke pusat
membeli-belah itu. Nadia membontoti langkah jejaka itu dari satu kedai ke satu
kedai. Hampir kesemua kedai bola dipusat membeli-belah itu dikunjunginya.
Sehinggakan Nadia sendiri telah menghafal jenama-jenama yang menjadi tilikan
lelaki itu. Sebut sahaja pasti dia tahu. Adidas, Nike dan macam-macam lagi.
“Okay, aku dah dapat semua yang aku nak beli hari
ni.” kata Syafiq senang. Nadia mendengus.
“Oh really?! Cepatnya…aku ingat lepas Isya’ baru nak
habis shopping.” Perli Nadia sambil tersenyum sinis. Lenguh kakinya menemani
lelaki itu hampir 3 jam tanpa henti. Haus tekak dibuatnya.
“Sorry lah Dee… baru 3 jam je. Kau lapar tak ni?!
aku belanja kau makan.” Soal Syafiq.
“Laparlah… nasib kau nak belanja, kalau tak aku rasa
aku nak ubah menu aku harini.”
“Ubah menu?! Kau nak makan apa?!” soal Syafiq
bingung. ‘Nak makan apa pulak minah ni?!’ bisik hati Syafiq.
“Kau tanya aku nak makan apa?! Aku ingat aku nak
makan kau ja. Biar senang hidup aku, takde gangguan gorilla macam kau.” kata
Nadia. Ketawa meletus dibibirnya. Seronok mengena kawan baiknya.
“Kuang hajo kau kan?! Disebabkan kau kawan paling
aku sayang, aku belanja la kau. pilih je nak makan apa? Kat mana? Abang
belanja.” Ucap Syafiq sambil menepuk dadanya.
“Abang lah sangat kan? Dah cepat, aku nak makan ni.”
Nadia menarik-narik lengan baju lelaki itu. Matanya terarah ke food courts
sambil membayangkan lasagna kegemarannya.
“Sabar kejap boleh tak? Sekarang dah pukul 2 petang,
kita pergi solat dulu. Lepas tu baru fikir nak makan lasagna kau tu. Itu jelah
kau nampak sekarang kan? Tak habis-habis lasagna tu.” Syafiq mencebik. Kaki
diatur menuju ke musolla berdekatan dengan food courts. Nadia yang tertinggal
di belakang pantas mengejar langkah lelaki yang lebih tinggi darinya itu.
“Weyy, makan dulu tak boleh ke? Perut aku dah lapar
sangat ni. Please…” pujuk Nadia.
“Nope, solat dulu. Mana lebih penting? Solat ke
makan? Macam mana kalau tengah makan, tiba-tiba kau mati? Dan tak sempat
solat?” soal Syafiq. Dia memang menitikberatkan soal solat.
“ Baik lah ustaz Syafiq. Stop dengan syarahan kau
tu. Nanti lambat pulak solat.” Putus Nadia. Dia memang terpaksa mengalah dengan
Syafiq bila soal agama dipersoalkan. Lelaki itu lebih arif tentang agama
berbanding dirinya. Yang peliknya, agama hebat sangat, tapi ada makwe?! Macam
mana tu! Haish, minta-mintalah dia dapat lelaki yang suci lagi murni. Bukan yang
ada makwe macam Syafiq tu. Ehh, kalau ada makwe tak suci lagi ke?! Hehe…
“Lepas ni nak pergi mana, Dee?! Balik terus ke?”
soal Syafiq setelah habis menikmati makanan. Nadia diperhatinya. Perempuan ni
kalau makan memang tak ingat orang lain. Selamba badak je dia makan. Tak peduli
tudung nya yang senget.
“Ntah, aku ikut kau je. Lagipun esok class aku
petang.” Balas Nadia dengan mulut penuh dengan lasagna. Haish, kalau bakal mak
mertua tengok, konfem dia kena reject.
“ Kau boleh tak telan dulu makanan yang ada dalam
mulut tu?! Teruk sangat aku tengok. Hemm, apa kata kita pergi tengok wayang?!
Rasanya sekarang ni ada movie best. Amacam?!”
“Lantaklah, apa aku peduli?! Aku okay je, janji kau
belanja.” Ujar Nadia sambil tersengih-sengih.
“Makan cepat sikit, lepas tu kita gerak. Btw,
sebelum nak tengok movie ke apa, pastikan kau pergi toilet dulu.” Pesan Syafiq.
“Buat apa toilet?”
“Buat apa? Takkan nak masak nasi. Tu betulkan tudung
kau yang serabai habis tu. Menyampah aku tengok kau pakai tudung ni. Lain kali
pakai shawl je. Takde lah serabai macam ni.” sambung Syafiq.
“Kuang hajo kau!”
“Dee, best kan movie tadi?! Seram gila doe…” soal
Syafiq setelah memberhentikan keretanya dihadapan rumah Nadia.
“Best ke?! Aku tak tengok pon…” balas Nadia.
“Kau tidur ke? Buang duit aku je kau ni! Baik tak
payah belanja kau.” bebel Syafiq.
“Suka hati aku lah. Dah, aku nak masuk rumah. Nak
sambung tidur. Hehe…” balas Nadia sambil tersengih.
“Dee…class petang esok kau pergi dengan siapa?” soal
Syafiq setelah membuka tingkap keretanya. Nadia yang sudah membuka pintu rumah
menoleh kembali pada Syafiq. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu pergi
dengan siapa. Dia tidak mempunyai kenderaan seperti Syafiq. Housemate dia pulak
awal-awal pagi esok dah chau pergi class.
“Aku ambil kau petang esok.” Putus Syafiq. Tingkap
kereta ditutup sebelum dia meneruskan pemanduannya.
“Assalamualaikum, kawan-kawan.” Sapa Nadia apabila
melihat Kyra dan Diane sedang menonton televisyen. Mereka hanya tersengih
padanya sebelum kembali mengalihkan perhatian pada televisyen. Nadia duduk
disisi mereka.
“Waalaikumsalam. Puas seharian dating dengan Syafiq,
Dee?!” soal Kyra.
“Mana ada dating. Aku temankan dia pergi kedai bola
ja.” Bidas Nadia.
“Hemm… yelah tu. Kedai bola sangat.” Jawab Kyra dan
Diane serentak.
***********
“Fiq, kau asal mana hah?! Kenapa kau tak pernah
cerita pasal family kau pon ?”
“Bie.. you pergi mana kemarin?! I call you tak
angkat pon.” Soal Nisya pada buah hati kesayangannya. Puas dia mencari Syafiq
dikampus, alih-alih lelaki itu ada di kafe.
“I pergi cari barang dengan Dee… sorry phone I habis
bateri semalam.” Nisya mencemberutkan wajahnya apabila nama Nadia meniti
dibibir lelaki itu.
“Apsal masam je muka ni?! cuba senyum sikit. I janji
lepas ni I tak buat lagi, okay?!”
“Hemm… you selalu macam ni. sikit-sikit Dee…”
“You cemburu ke sayang?! Dengan Dee je pon. You
ingat I cinta you sorang je sayang. Dee tu kan best friend I. I dah anggap dia
macam adik I.”
“Hemm…okay. But janji! Kalau you buat macam ni lagi,
I akan bagitahu Dee siapa you sebenarnya.”
“Sayang please… jangan bagitahu Dee. I taknak
persahabatan kitorang hancur. Jom, I bawak you shopping, okay?!” Nisya kembali
tersenyum mendengar pelawaan lelaki itu. Dia berjalan laju meninggalkan lelaki
itu menuju ke kereta lelaki itu. Syafiq pantas menghantar pesanan ringkas
kepada Nadia.
Dee,
sorry. Aku kena temankan Nisya pergi beli barang. Kau pergi sendiri kay.
“Bie… baju ni cantik tak?” soal Nisya sambil
memerhatikan pakaian-pakaian didalam butik mewah itu. Ditangan Syafiq penuh
dengan beg-beg shopping.
“You pakai apa pon cantik sayang. Sebab you je ada
di hati I, even masa tu you dah tua kerepot.” Balas Syafiq.
“Ohh really sayang?! Ni yang buat I makin sayang
you, Bie…” Syafiq hanya tersenyum. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Pelik
apabila nombor Kyra,housemate Nadia yang tertera. Tidak pernah gadis itu
menghubunginya. Sesuatu terjadi pada Nadia ke?
“Sayang, you pilih dulu. I jawab call kejap.” Kata
Syafiq sebelum berlalu keluar dari butik itu.
“ Hello,Kyra. Ada apa you call I ni?!”
“Hello Syafiq. Dee ada dengan awak tak sekarang
ni?!”
“Dee? Takde lah. Dia tak balik lagi ke? Class dia
habis pukul 5 tadi kan?” soal Syafiq. Jam tangan dipandang sekilas. Sudah
hampir jam 7 malam, kenapa Nadia masih tidak pulang. Kemanakah gadis itu
pergi?!
“Tak, dia tak balik lagi. Tak pernah-pernah dia
balik lewat macam ni. awak boleh tolong carikan tak? Saya risau lah.”
“Okay, I cari dia sekarang.” Terus punat merah
ditekan. Risau dengan keadaan Nadia sekarang.
“Sayang. Jom I hantar you balik.”
“Kenapa ni Bie?! Ada something happen ke?” soal
Nisya pelik.
“I kena cari Dee. Dia tak balik lagi. Ni dah dekat
senja dah.”
“Dee lagi? Diakan dah besar. Pandai lah dia balik
sendiri.” Kata Nisya memberontak. Lagi-lagi nama gadis itu yang dibangkitkan
lelaki itu.
“Sayang… you tahukan Dee tu best friend I. I risau
something jadi kat dia macam mana? Jom I hantar you balik.”
“Tapi I tak puas shopping lagi la bie…” rengek
Nisya.
“Okay, kalau macam tu you balik sendiri. Bye!”
Syafiq terus berlalu pergi. Nisya merengus geram. Kau tunggu lah nasib kau
perempuan!
“Kau kat sini rupanya. Kau buat apa kat sini, Dee?!
Bahaya tau tak?”
“Ehh, bukan kau dengan Nisya ke? Apsal cari aku?!”
“Tadi Kyra call aku, cakap kau tak balik lagi.
Kenapa? Kau ada masalah ke?” soal Syafiq. Dia perasan gadis itu sedang menangis
sebelum dia menyapa gadis itu tadi.
“Cuba kau tengok masjid hujung sana tu. Cantik kan?”
soal Nadia sambil jarinya menghala kearah masjid disebelah tasik itu. Memang
sangat cantik!
“Hemm…cantik. Kenapa ni?!” soal Syafiq kembali.
“Dulu kan. Time sekolah, aku ada kawan tau. Aku
selalu berangan dengan dia. Aku cakap aku nak beli rumah yang cantik kat tepi
masjid macam ni. sebab malam-malam penat kerja aku boleh terus pergi masjid
sebelum balik rumah. Ada suami yang ada janggut sejemput. And most important,
aku ingat lagi, aku angan-angan nak letak nama anak aku, Baihaqi…” ucap Nadia.
Air mata mengalir keluar dari kelopak matanya.
“Dee… is something happen to you?! let me know
please?! Jangan simpan sorang-sorang macam ni…” soal Syafiq.
“Kawan…kawan aku dah meninggal. Dia kemalangan jalan
raya semalam. Comma and just passed away tadi…” jawab Nadia sambil menangis.
“Dee… aku tahu kau kuat. Kalau kau sayang dia, kau
doakan dia tenang dekat sana. Kau tahukan apa fadhilat doakan kawan tanpa dia
tahu kan?! Bukan bersedih macam ni, okay?!” nasihat Syafiq.
“Fiq, thanks sebab sudi temankan aku…aku lupa yang
kita ada Dia yang boleh kita minta…”
“No probs. Lagipon aku tak suka tengok kau
sedih-sedih macam ni lagi okay?!” Nadia hanya tersenyum hambar.
“Aku hantar kau balik. Tak elok duduk sini
lama-lama. Dah maghrib dah. Nanti apa pulak orang kata…”
*************
“You ni Dee kan?!” soal Nisya pada Nadia. Mereka
memang saling mengenali masing-masing dari Syafiq namun tidak pernah bersua.
“Ye… awak siapa?! Ada apa cari saya?!” soal Nadia
kembali. Siapa gadis jelita dihadapan dia!
“I Nisya, girl friend Syafiq. I ada hal nak bincang
dengan you. tapi bukan dekat sini. I tunggu you kat luar.” Ujar Nisya sambil
berlalu pergi. Nadia mengemas buku-buku diatas meja sebelum turut melangkah
pergi.
“Ada apa awak nak jumpa saya?!”
“You kenal Tengku Syafiq kan?! I nak you jauhkan
diri dari dia…” ujar Nisya.
“Ehh, kejap. Tengku Syafiq?! Awak salah orang kot.
Saya tak kenal Tengku Syafiq.” Jawab Nadia mengundang tawa sinis dari bibir
Nisya.
“Salah orang?! Semua orang tahu you kesana-kesini
dengan dengan dia. You masih nak nafikan?! Ohh I know, typical perempuan
kampong macam you ni memang berlambak kat luar. Pisau cukur… Fyi, orang macam
ni tak layak jadi sebahagian dari family Tengku Syafiq. Anak jutawan Malaysia.”
Sambung Nisya angkuh.
“Jutawan Malaysia?! Saya tak tahu pon…”
“Nonsense…I bukan apa, I taknak you jadi permainan
Tengku Syafiq. Biasalah orang kaya , suka mainkan perempuan macam you ni…”
“Tak, Syafiq takkan buat saya macam ni…”
“Hemm, kalau dia sanggup tipu you pasal identity
dia, tak mustahil dia sanggup mainkan you.” ujar Nisya sambil berlalu pergi.
“Syafiq…” Nadia terduduk.
Sudah berhari-hari dia menyepikan diri. Panggilan
dan pesanan ringkas dari Syafiq lansung tidak dibalas.
“Dee, kau demam panas ni… jom aku bawak kau pergi
klinik.” Ujar Diane risau.
“Kau kan ada class pagi ini… aku okay je.. kejap
lagi aku makan ubat.” Balas Nadia tanpa membuka mata.
Diane mengalah dengan kedegilan Nadia. Dia juga ada
class penting pagi ini. Sebelum berangat, dia sempat menghantar sms kepada
Syafiq.
“Hello, Diane… aku okay. Kau jangan risau, kejap
lagi aku makan ubat…” Nadia mengangkat panggilan tanpa melihat nama
pemanggilnya.
“Dee… kau tak sihat ke?! Jom aku hantar kau pergi
klinik.”
“Syafiq! Kenapa call aku?! Aku okay. Dah tak payah
sibuk hal aku!” balas Nadia.
“Kau keluar sekarang kalau taknak aku masuk. Aku dah
kat depan rumah kau ni.” Ugut Syafiq sedikit keras.
“Aku tak larat lah Syafiq. Kau balik lah. Tak payah
peduli pasal aku.”
“Dee… dengar cakap aku sekali ni aje. aku hantar kau
pergi klinik.” Ujar Syafiq sambil mengendurkan kembali suaranya.
“Aku tak larat nak bersiap…”
“Pakai je apa yang kau pakai sekarang. Tak payah
bersiap.” Sambung Syafiq.
Syafiq memimpin Nadia masuk ke klinik Mega Waist.
Setelah mendaftarkan nama Nadia, dia duduk disisi gadis itu.
“Dalam pantang ke?!” soal salah seorang lelaki
disisi Syafiq. Lelaki dalam usia lingkungan 50an itu tersenyum pada Syafiq.
Syafiq kalih perhatiannya pada Nadia. Baru dia perasan pakaian gadis itu. Nadia
hanya memakai kain batik dan tshirt serta stoking. Tak hairanlah orang
menyangka dia dalam pantang.
“Hemm.. ya pakcik.” Syafiq mengiakan telahan lelaki
itu sambil tersenyum. Nadia sempat menyiku pinggang lelaki itu.
“Suka pakcik tengok budak-budak muda macam kamu ni.
muda-muda dah kahwin. Elak maksiat. Tapi pakcik tak tengok pulak isteri kamu ni
pakai cincin. Biasalahkan budak- budak sekarang, pakai cincin kahwin.”
“Ohh cincin. Isteri saya ni pelupa sikit pakcik. Jadi
saya buatkan rantai untuk dia. Senang tak payah pakai buang..” Syafiq tersenyum
lagi.
Setelah keluar dari klinik, Syafiq membawa Nadia ke
tasik yang pernah mereka pergi dahulu.
“Dee… kau marah aku ke?!”
“Marah?! Kenapa pulak aku nak marah kau?! kau ada buat
salah dengan aku ke?!” tanya Nadia sinis. Dia membuang pandang kearah tasik.
“Dee…aku minta maaf. Aku tahu aku tak sepatut tipu
kau. aku Cuma taknak orang ambil kesempatan atas kekayaan family aku.”
“Aku ambil kesempatan atas kau ke selama ni?! hah?!
Aku ni siapa?”
“Kau kawan baik aku. Aku tahu kau tak macam orang
lain tapi…”
“Kawan baik?! Kawan baik yang tak tahu langsung
pasal kawan dia?! Atau kau Cuma nak mainkan aku?! Cukuplah Fiq. Persahabatan
kita sampai sini saja.”
“Dee… kau tak sayang aku ke? Persahabatan kita?! Kau
tak sayang ke semua ni?!” soal Syafiq.
“Persahabatan?! Persahabatan yang wujud atas dasar
penipuan kau panggil persahabatan?! Aku tak perlu persahabatan ni!” ucap Nadia
sambil berlalu pergi.
**************
5 tahun berlalu…
“Waalaikumsalam mak. Ada apa mak?” Soal Nadia
setelah mengangkat panggilan dari maknya.
“Ya sibuk ke? Mak ada benda penting nak bagitahu Ya
ni.”
“Bagitahu apa mak? Ya tak sibuk sangat pon. Kejap
lagi baru nak pergi jumpa clients.” Soal Nadia.
“Sebenarnya ada orang masuk meminang Ya. Mak nak
tanya Ya dulu sama ada setuju ke tak.” Soalan dari mak Nadia membuatkan dia
tergamam.
“Mak, mana yang baik mak baiklah untuk Ya. Ya terima
je kalau mak terima…” jawab Nadia tenang.
“Baguslah kalau macam tu. Mak tengok pon budaknya
baik.”
“Tapi Ya ada syarat.”
“Syarat apa pulak Ya ni?!” soal Mak Nadia
kebingungan.
“Ya taknak tunang dan taknak kenal pon siapa dia
sampai hari Ya kahwin nanti.” Balas Nadia lalu meletakkan panggilan.
Dia terkenangkan lelaki itu. Sudah 5 tahun dia tidak
bertemu Syafiq setelah mereka bertengkar di tasik. Ada rindu yang bertandang
dihatinya. Mesti lelaki itu sudah menikahi buah hatinya Nisya. Dia harap agar
mereka bahagia.
Dengan
sekali lafaz sahaja Nadia Edwina kini sah menjadi milik suami sepenuhnya. Secara
automatik gelaran cik telah bertukar ganti dengan gelaran puan.
“Tahniah Dee!
Tak sangka aku kawan baik aku ni akhirnya dah selamat mendirikan rumah tangga.”
Ujar Kyra setelah melepaskan pelukan.
“Hmm…” balas
Nadia sambil tersenyum paksa.
“Kau masih rindukan
dia?!” soal Diane pula. Nadia hanya tertunduk. Ya, dia rindukan Syafiq.
“Kitorang
yakin kau akan bahagia, Dee… dan kitorang doakan kebahagian kau selama-lamanya
Dee because you’re precious Dee in our life.”
“Assalamualaikum
sayang…” Nadia tersentak. Dia kenal suara itu. Suara lelaki yang dirinduinya.
Syafiq!
Nadia hanya
membiarkan tangan kanannya ditarik lembut untuk disarungkan cincin
bertatah pertama zamrud di jari manisnya. Syafiq mendekatkan bibirnya di dahi Nadia
lalu dikucup lembut.
“I miss so
much Dee…” bisik Syafiq perlahan.
************
“Dee… abang
minta maaf sebab tipu Dee selama ni. Abang selesa kawan dengan Dee tanpa Dee
tahu siapa abang. I’m so sorry…” pinta Syafiq.
“Abang..Dee
minta maaf sebab tak dengar penjelasan abang sebelum ni.” Syafiq menarik Nadia
kepelukannya.
“Abang,
Nisya macam mana? Bukan dia kekasih abang ke?!”
“Ya, memang
dia kekasih abang. Tapi busuk hati. You know what, abang putus dengan dia bukan
sebab dia putuskan persahabatan kita dulu, tapi sebab dia burukkan sayang depan
kawan-kawan abang. Dia cakap sayang bukan tukar university tapi kena buang sebab
mengandung.” Balas Syafiq sambil mengeratkan lagi pelukan.
“Sampai
macam tu sekali dia bencikan Dee…”
Sudah
seminggu mereka berpindah kerumah yang dibina oleh Syafiq. Sungguh dia terharu,
kerana Syafiq sanggup membeli tanah dan membina sebuah rumah yang terpaling
indah sekali! Kesalahan Bahasa Melayu diabaikan please! Kerjaya sebagai arkitek
memudahkan lagi lelaki itu melakar sebuah rumah yang sangat cantik dipandangan
matanya.
“Sayang
jom…” Nadia bingung. Nak kemana pulak dia ni?!
“Nak pergi
mana?!” soalnya polos.
“Make a
‘Baihaqi’?!” ucapnya sambil tersenyum manis.
‘Dia ingat
lagi?!’ bisik hati Nadia. Dia turut tersenyum.
“Stay in my
life forever my dearest Dee.. cause you’re precious Dee in my life. One and
only.”
-TAMAT-
Aku doakan
kebahagiaan hang dunia akhirat Nadia Syahirah bt Kassim. About Tengku Syafiq?!
Wallahualam. Moga-moga hang dapat apa yang hang angan-angankan sepanjang tahun
2015 ni. hang pesan jangan habaq kat budak-budak class kita kan pasai
angan-angan hang. Okay, aku tak habaq! Tapi aku nak habaq dekat readers semua
yang hang memang kuat berangan. Pasai ‘BAIHAQI’, SUAMI JANGGUT SEJEMPUT, RUMAH
SEBELAH MASJID, IKAT SUAMI KAT PINGGANG AND LOTS. LOL. Yayaya…at the end hang
memang sahabat yang ohsem. Tak habis-habis dengan ‘ANGAN-ANGAN’ . dan aku akan
gelaq hang sebagai ‘PRINCESS ANGAN-ANGAN’ aka ‘ENGINEER TO BE’. AMIN…