PASAL QIN AMJA

Sunday, 17 January 2016

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 24


 Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 24
Tarikh Post : 18 Januari 2016
                


          “Hah , dah masuk pon Cik Puan kita ni…” Nani memberitahu kawan-kawannya yang lain. Semua mata ligat memandang ke arah Auni Suryani.

      “Ahh , yelah… kau bukan nak bagitau kitorang kan yang kau ni isteri Tengku…” giliran Siti pula bersuara.

         “Nokss…sampai hati you tak bagitahu mak kan nyah ? kata mak ni BF forever kau..”  Rose aka Rosdee menarik muncung lapan belasnya. Kipas ditangan tak pernah tak ada. Sambil membebel sambil berkipas. Tapi dia la yang selalu menghiburkan staff department mereka.

          “BF ? boy friend ? kau biar betul Auni ?” Siti dan Nani bersuara serentak. Sotong macam Rosdee ni pon minat Auni Suryani ke ?

          “Choiii mulut… maksud mak ni Best Friend Forever la. Apa kes nak minah ni jadi gf I ? baik I ambik Tengku tu. Handsome and sasa lagi tauu…”  Rosdee membuat muka gatal. Dia ni kalau jadi jantan sebenar konfem handsome habis.

          “Haha…sorry la korang. Tak da niat pon nak sembunyikan hal ni dari korang. Tapi keadaan tak mengizinkan.”

          “It’s okay la. Kitorang faham keadaan kau dan Tengku. Tapi part kau dan Tengku terlanjur tu kitorang dah sepakat. Kitorang langsung tak percaya.”

          “Hmmm…thanks sebab percayakan aku. Ni yang buat aku makin sayang korang semua. By the way, korang tak kesah ke aku kahwin dengan Tengku ?”

          “Wehh, gila tak kesah ? kitorang ni bukan setakat tak kesah tapi suka gila bila dapat tau yang kau ni sebenarnya isteri Tengku.”

         “Haah, dapat kita kawan dengan isteri bos. Lagipun kau macam tak tau yang kitorang tak suka dengan model gedik tu.”

         “Korang ni… tak baik cakap dia macam tu. Sudahlah, jom sambung buat kerja. Nanti bising pulak Encik Zaid tu.” Auni Suryani berkata pada kawan-kawannya. Ni kalau boleh bersembang sampai tahun depan pun tak habis.

         “Eleh, dengan Encik Zaid pun kau nak takut ? dia bukan boleh buat apa pun. Suami kau kan bos besar. Dia bos kecik je…” Siti bersuara.

         “Banyak la kau. Habis nak suruh aku goyang kaki ? alamatnya bankrupt la bisnes Tengku ni…”

          Usai ber ‘gebang’ panjang mereka meneruskan kerja masing-masing dengan focus. Nani di sebelah meja Auni Suryani. Rosdee di sebelah Siti.

         Sedar-sedar jarum sudah menginjak ke angka satu petang. Lunch time. Tapi kawan-kawannya masih sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Tak lapar ke diorang ni ? perut aku sudah menjerit sakan minta diisi. Sabar ye anak mummy

          “Sayang, sini kejap…” Tengku Aizrill Hazim tiba-tiba muncul di department kewangan. Semua pekerja bangun tanda hormat.

         “Selamat tengah hari Tengku.”

        “ Selamat tengah hari semua.”

           “Ada apa sampai Aiz cari Yani kat sini ?” soal Auni Suryani kepada suaminya. Tiba-tiba cari dia  ? ada apa-apa hal ke ?

          “Tak. Aiz ada lunch dengan client. So, I takda kat ofis.” Tengku Aizrill Hazim bimbang meninggalkan isterinya meskipun seketika.

          “Okay. Macam tak biasa pulak…”

          “Sayang, I risaukan you aje sekarang ni. jaga diri, jaga baby and pastikan you take your lunch. Sekarang dah pukul satu lebih dah. Pergi makan cepat sikit.” Tengku Aizrill Hazim mengusap rambut isterinya. Sayang benar dia dengan Auni Suryani.

         “You jangan risaukan I. enjoy your lunch okay…” ujar Auni Suryani. Tengku Aizrill Hazim berlalu dan berhenti di meja Nani.

          “Nani, please make sure isteri saya makan tengah hari.”

          “Baiklah Tengku…” usai itu Tengku Aizrill Hazim melangkah pergi. Auni Suryani masih memerhati kelibat suaminya sebelum hilang dari pandangan matanya.

        “Ha! Tengok apa lagi ? jom pergi lunch. Nanti suami kau marah aku pulak.” Ujar Nani sambil mengambil tas tangan miliknya.

***
          “Hoi perempuan! Kau dah gatal sangat nak berlaki, kenapa tak pergi pilih jantan lain ? kenapa tunang aku yang kau perangkap ?” Amuk Zalikha memeranjatkan para staff.

          “Cik Zalikha ni dah kenapa ?” ujar Nani mempertahankan Auni Suryani.

          “Kau diam ! kau kena ingat kau tu cuma kuli saja kat sini. Jangan nak masuk campur hal orang. Sibuk je !” ujar Zalikha dengan nada sinis.

          “Cik Zalikha tolong hormat kawan-kawan saya. Jangan disebabkan Cik orang kaya Cik ingat berhak buat apa sahaja pada pekerja syarikat ini.”

          “Peduli apa aku ! semua ni bakal jadi milik aku. Semuanya disebabkan kau. Aizrill tinggalkan aku!” ujar Zalikha bagai orang gila.         

          “Tolong jangan buat bising kat sini Cik Zalikha. Ni pejabat bukan zoo…” ujar Auni Suryani selamba.

       “Kurang ajar punya perempuan!” Zalikha panas hati dan beg tangan jenama Gucci miliknya dilibas tepat mengena muka Auni Suryani.

        Auni Suryani terkebelakang sedikit. Ahh sudah! Pasti mukanya calar terkena beg perempuan gila ini. Dengan rasa geram Auni Suryani mara kehadapan. Pang! Sebuah tamparan padu dihadiahkan dipipi plastic Zalikha.

          “Itu untuk perempuan yang tak tahu malu macam kau. Aizrill tu suami aku. Dan aku akan pastikan sampai bila-bila pun dia akan tetap jadi suami aku. Kau tak layak untuk lelaki sebaik Aizrill.” Tutur Auni Suryani dengan berani. Keberanian Auni Suryani seolah mencabar egonya.

          “Kau memang dah melampau!” Zalikha menolak tubuh Auni Suryani.

            Kerana tidak bersedia dengan tindakan drastic Zalikha, Auni Suryani terjatuh.

          “Zalikha!!!” tempik satu suara dari arah belakang. Dan saat itu Auni Suryani perasan gerangan siapa yang bersuara.

          “What are you tryin’ to do ?”

          “She deserve it, Aizrill !” balas Zalikha berani. Mencerlung mata Tengku Aizrill Hazim memandangnya.

        “You’re too much!” serentak itu satu lagi tamparan terbang ke pipi Zalikha. Harini sahaja sudah dua kali dia menerima tamparan. Satu dari Auni Suryani dan satu lagi dari Tengku Aizrill Hazim.
    
          “Suryani, are you okay ?” Tengku Aizrill Hazim bertanya cemas.

          Auni Suryani memegang sekitar perutnya. Pedih! Mencucuk-cucuk! Auni Suryani pegang lengan suaminya.

          “Aiz, perut I sakit sangat!” rintih Auni Suryani sehingga menitis matanya.

          “I bawa you ke hospital.” Ujar Tengku Aizrill Hazim lalu mencempung tubuh Auni Suryani.

          “Nani, please help me!” Nani membantu membawakan kasut dan beg tangan Auni Suryani.

          “Sayang, ada darah kat kain.” Tegur Tengku Aizrill Hazim setelah mereka berada di dalam kereta. Raut wajahnya bimbang.


        Auni Suryani pandang ke bawah. Benar, ada darah yang sedang mengalir di celah kelangkangnya.  Darah! Auni Suryani mulai berpeluh. Ya Allah selamatkan anak dalam kandungan aku!

p/s: sorry sebab lambat update. bz dengan mak nenek segala macam. enjoy reading :)