PASAL QIN AMJA

Monday, 25 April 2016

CERPEN : 14 KEKASIHKU TTS 2 ( TURNS TO SETAN)



p/s: so sorry sebab lambat upload sambungan Kekasihku TTS ( Turn To Setan). Sorry jika ada yang terpaksa menunggu sambungan ni. ada ke yang tunggu? hehe perasan lebih ja Qin Amja nih. karya cikai-cikai saja. this is the last part of Kekasihku TTS. Actually dah lama siap. ingat balik dari KL hari tu nak terus post saja. tapi tengok2, terdelete pulK cerpen ni. Tak tahula gerangan yang mendeletenya. Maka, jalan ceritanya telah berubah seratus peratus dan menjadi semakin berjela-jela. hope ada respon dan komen dari anda. 


Suasana di hospital banjir dengan tangisan Datin. Yelah, siapalah tak menangis kalau suami sendiri terlantar sakit. Nikan pula tengah bertarung dengan nyawa seperti Datuk tu. Aku turut sama menangis mengenangkan Datuk. Segala jasanya terhadap aku dan rumah Pelangi Kaseh. Telah aku anggap lelaki itu seperti ayah kandung aku sendiri.

Syed Muzaffar aku lihat hanya berdiri membantu dipintu kecemasan. Mukanya merah menahan marah. Nak marahkan siapa pulak ? aku ? patutnya aku yang marahkan dia. Geram dengan tindakannya yang menfitnah aku membuta tuli sahaja. Kalau sampai apa-apa terjadi pada Datuk Hassan memang lumat dia aku kerjakan. Tak kiralah dia tu cinta hati aku sama sekali.

“ Macam mana keadaan suami saya, doktor ?” pantas Datin menyoal doktor lelaki yang memakai kot berwarna putih itu. Muka Datin yang dibasahi air mata langsung tidak dihiraukan. Yang penting baginya saat ini adalah keselamatan suaminya.

“ Alhamdulillah Datuk selamat. Datin tak perlu risau lagi. Datuk sudah melepasi saat-saat kritikal. Sekarang Datuk dalam keadaan stabil. Untung Cik ni cepat bertindak.” Ujar doktor itu memuji tindakan pantas aku.

“ Alhamdulillah, kuasa Allah. Saya cuma bantu sahaja.” Ujar aku merendah diri. Buat apa nak megah. Kalau Allah dah tetap ajal Datuk bukan sekarang, tanpa bantuan aku pon Datuk akan tetap terus hidup.

“ Ya Allah, terima kasih sangat-sangat Hannah…” Datin terus menangis sambil merangkul aku kedalam dakapannya. Aku membalas pelukan Datin. Saat itu, anak mata kami bertemu.

Syed Muzaffar memandang aku dengan perasaan marah dan benci. Mungkin meluat kerana aku sekali lagi menjadi hero dimata Bonda dan Papanya. Belum sempat aku menjengah masuk kedalam bilik yang menempatkan Datuk , tangan aku sudah ditarik oleh nya.

“ Apa Encik Syed buat ni? pegang-pegang tangan orang.” Bentak aku keras. Tidak sudi dia menyentuh kulit aku lagi.

“ Diam sebelum aku cium kau dekat sini!” pekik Syed Muzaffar. Satu perangainya yang betul-betul berubah. Dulu suaranya lembut sahaja. Tutur katanya manis berlaka. Namun sekarang? Suka membentak, pekik, jerit semua adalah. Dah tak tahu nak cakap baik-baik agaknya.

“ Apa Encik Syed ingat Encik boleh jatuhkan maruah saya sekali lagi?”

“ Perempuan macam kau ada maruah ke?”

“ Jaga mulut Encik tu!” pekik aku kembali. Apa dia ingat dia sorang aje tahu pekik-pekik. Aku pon tahulah.

“ Apa yang kau nak sebenarnya dalam hidup aku hah, perempuan? Kau memang nak aku jadi setan kan kat mata Bonda dan Papa.”

“ Encik Syed sendiri yang letakkan diri Encik setaraf dengan setan. Saya hormatkan Encik sebagai majikan saya selama ini. Tapi apa yang Encik buat harini betul-betul dah memalukan saya.” Ujar aku geram namun suara sudah aku perlahankan sedikit apabila ada mata-mata yang mulai memandang kearah kami.

“ Mujurlah tak jadi apa-apa dekat Datuk. Kalau sampai apa-apa terjadi pada Datuk. Sumpah, saya akan bunuh Encik. Ini amaran!” aku betul-betul nekad. Aku sayang sungguh dekat Datuk tu. Melebihi sayang aku pada Syed Muzaffar.

Datuk dan Datin adalah insan yang telah membantu aku dan anak-anak Pelangi Kaseh. Kami membesar dengan duit mereka. Kerana itu aku bertekad mahu melindungi mereka meskipun dari anak kandung mereka sendiri.

“ Kau ingat aku bangang sangat ke sampai nak buat apa-apa dekat Papa. Mana aku tahu Papa sakit. Kalau aku tahu aku tak buat la benda bodoh tu.” Hah, tahu pon benda tu bodoh, tapi buat jugakkan. Hisy, nak kena sekeh mamat ni.

“ Dah tahu bodoh buat jugak…” bisik aku perlahan.

“ Apa kau cakap ?”  alamak, dia dengar jugaklah.

“ Syed, papa panggil kamu…” mujurlah Datin menyampuk. Kalau tidak entah sampai bila nak bertekak macam ni. Malu aje orang tengok.




Permintaan Datuk Hassan benar-benar memeranjatkan aku dan Syed Muzaffar. Nikah kahwin bukan benda main-main. Walaupun aku masih cintakan dia, namun Syed Muzaffar tidak. Cintanya sudah tidak tersisa buat aku.

“ Pa, apa semua ni. Tak perlulah sampai nikah kahwin semua ni.” Ujar Syed Muzaffar dalam nada marah namun suaranya diperlahankan. Tidak ingin mengejutkan lagi Datuk Hassan dengan perangai setannya.

“ Pa…papa cuma… nak kamu bertanggungjawab… atas Hannah.”

“ Tak perlulah sampai nikah bagai, Pa…”

“ Kalau…Hannah me…mengandung macam mana? Hubungan kamu dah…terlalu…terlalu jauh… Papa…taknak ada….zuriat…zuriat kamu yang membesar dalam rahim Hannah tanpa ikatan yang sah.” Ujar Datuk Hassan. Nafasnya turun naik.

“ Tapi Datuk….kami tak seperti…” aku cuba membantah.

“ I’ll marry her a week from now!” putus Syed Muzaffar setelah berfikir lama.

“ Encik Syed!!!” aku merenungnya tajam. Syed Muzaffar beriak selamba. Bertambah geram aku dibuatnya.

“ Aku akan bertanggungjawab. Aku taknak anak aku tak berbapa.” Tuturnya sebelum melangkah keluar. Hisy, dia nih! Sesedap cekadak aje cakap ‘anak’ bagai. Tidur bersama pon tak pernah. Aku turut melangkah keluar dari bilik Datuk untuk mengejar Syed Muzaffar.

“ Encik Syed!!!” panggilan aku langsung tidak dihiraukannya. Bukan ada orang sangat pon dekat sini setakat suara aku mustahil dia tak dengar. Sajalah tu nak mendera fizikal dan batin aku. Hisy, geram sungguh.

“ Encik Syed, tunggulah kejap. Saya ada hal nak bincang dengan Encik. Encik Syed !!” jerit aku perlahan. Maklumlah, sekarangkan kita orang ada dekat hospital takkan aku nak terpekik-pekik dekat sini.  Maunya ada yang gone nanti.

Syed Muzaffar meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan suara-suara yang memanggilnya dari belakang. Dari tadi lagi dia mendengar Hannah Zakirah memanggilnya namun dipekakkan sahaja telinganya.

“ Abang Zaff!!!” aku tarik tangannya. Nasib baik dia memakai kemeja lengan panjang. Kalau tidak dah tambah lagi satu dosa. Sudahlah dosa lama berkepuk-kepuk. Tambah pulak dosa baru. Aduyai!

“ Kau ni kenapa?! Tak malu ke terjerit-jerit dekat hospital macam ni.”

“ Saya nak cakap sikit dengan Encik Syed.”

“ Kau nak cakap apa? Kau nak cakap yang kau memang dah tak sabar nak kahwin dengan aku.”

“ Tak. Saya cuma nak Encik Syed bersihkan nama saya pada Datuk balik. Saya taknak Datuk pandang serong pada saya.”

“ Kenapa? Sebab kau teringin nak jadikan papa aku sebagai mangsa terbaru kau? jangan mimpilah Hannah Zakirah. Papa aku tuh cinta mati dengan Bonda.”

“ Saya tak pernah terfikir nak gantikan Datin. Saya cuma nak Encik Syed bersihkan nama saya aje. Dan lepas tu, saya akan pergi dari hidup Encik Syed. Ini yang Encik harapkan selama nikan?” ujarku sambil memandang kearahnya.

“ Jangan harap kau dapat pergi dari hidup aku…” meskipun bicaranya perlahan namun telinga aku sempat menangkap patah perkataan yang dilontarkannya.

 Aku berpatah balik ke bilik yang menempatkan Datuk sebentar tadi. Datin masih setia disisi Datuk tatkala aku melangkah masuk. Kami saling berbalas senyuman namun dapat aku rasakan senyuman aku senyuman pahit.

Bagaimana harus aku terangkan hal yang sebenarnya? Mahukah Datuk dan Datin percayakan aku berbanding anak mereka? Hisy, sudah tentulah mereka berpihak pada Syed Muzaffar anak mereka. Aku cuma perlu bersiap-sedia menerima cacian dan amarah mereka sahaja.

“ Datuk/Datin…maafkan saya atas semua yang terjadi hari ini.”

“ Tak perlu minta maaf dengan kami, Hannah. Sebenarnya, kami dah lama tahu hubungan kamu dengan Syed. Datuk saja aje cakap macam tadi sebab kami yakin Syed akan dengar permintaan papa dia untuk bernikah dengan kamu.”

“ Datin, Abang Zaff dah bencikan Hannah. Dia bencikan Hannah. Hannah taknak pernikahan ni akan menambahkan kebencian abang pada Hannah.” Ujarku.

“ Syed tak bencikan Hannah. Percayalah cakap Auntie ni Hannah. Dia masih cintakan Hannah lagi cuma dia kecewa dengan semua yang berlaku. Dia kecewa dengan gambar yang diterimanya.” Aku terkesima. Datin tahu pasal gambar itu? Mesti Datin pun anggap aku perempuan jahat.

“ Datin, saya….gambar tu…”

“ Hannah tak perlu jelaskan apa-apa lagi, sayang. Auntie dah upah orang untuk check gambar tu. Dan terbukti gambar tu cuma superimpose. Cuma Auntie hairan kenapa Syed bagitahu kamu dia check gambar tu betul-betul gambar kamu.” Akhirnya aku mampu melepaskan nafas dengan penuh kelegaan.

“ Terima kasih sebab percayakan Hannah, Datuk/Datin.”

“ Hannah terima ye lamaran kami. Jadi isteri anak kesayangan Bonda, Syed Muzaffar. Turn him back into the old Syed Muzaffar. Cuma Hannah yang mampu ubah pendirian Syed sekarang.”




Perkahwinan kami berlangsung dengan sederhana atas permintaan aku sendiri. Dengan keadaan kesihatan Datuk yang masih belum pulih sepenuhnya ditambah dengan hubungan aku dan Syed Muzaffar sekarang. Pernikahan ini bukan atas dasar cinta tetapi keterpaksaan Syed Muzaffar.

Seminggu selepas pernikahan kami, Datuk diterbangkan ke Taiwan untuk pemindahan jantung. Sebagai isteri, Datin setia disisi suaminya menemani kemana sahaja Datuk pergi. Syed Muzaffar pula sibuk dengan urusan syarikat. Segala hal-hal yang berkaitan syarikat kini dibawah pengurusannya. Kesibukannya bertambah setelah menggantikan papanya.

“ Abang nak pergi mana?” aku menyoal Syed Muzaffar yang jalan menonong kearah pintu tanpa mempedulikan aku yang berada diruang tamu.

“ Suka hati akulah! Kau jangan masuk campur.” Balasnya selamba.

“ Tapi abang suami Hannah!” ujarku bersahaja. Selama ini aku berdiam apabila dia keluar malam balik pagi. Sudahlah setelah pemergian Bonda dan Papa dia berkeras mahu berpisah bilik tidur. Kalau ada Bonda dan Papa bukan main lagi lembutnya. Berlakon sakan encik suami aku.

Syed Muzaffar berpaling sebelum melangkah menghampiri aku. Dia merengkuh bahuku kuat. Sakit. Perih. Matanya mencerlung memandangku.

“ Kau lupa apa yang aku cakap dekat kau malam tu?!” jerkah Syed Muzaffar. Masakan aku lupa peristiwa malam perkahwinan kami. Katanya perkahwinan ini adalah satu hukuman untuk aku atas apa yang aku lakukan padanya. Dia ingin memusnahkan aku melalui perkahwinan ini. Aku tak mampu berbuat apa-apa melainkan berserah pada Allah.

“ Apa yang Hannah lupa? Hannah tak lupakan apa-apa pon. Tapi Hannah taknak ambil tahu semua tu. Yang Hannah tahu, abang suami Hannah. Dan Hannah ada hak untuk tahu kemana abang nak pergi dan dengan siapa.”

“ Wey pempuan, kau ingat kau isteri aku kau boleh control life akulah!” pekik Syed Muzaffar. Naik pekak telinga aku mendengar pekikannya.

“ Hannah bukan nak control abang…”

“ Diam! Aku benci dengar suara kau! semuanya tentang kau aku benci. Kau kena ingat…” belum sempat dia menghabiskan tutur katanya aku mencelah.

“ Hannah tahu… Hannah ingat… abang kahwin dengan Hannah cuma untuk musnahkan Hannah. Tapi abang kena tahu sesuatu. Dengan perangai abang sekarang, Hannah rasa Hannah tak perlu rasa menyesal untuk gambar-gambar panas Hannah dengan Syafiq sampai pada abang. Syafiq’s more better than you!” aku turut melontarkan kata-kata dalam nada yang tinggi.

“ Shut up, Hannah! Kalau kau berani sebut nama jantan keparat yang kau tergila-gilakan tu depan aku sekali lagi, nahas kau!” ugutnya keras. Apa ? Nak pukul aku, pukullah!

“ Apa? Abang nak pukul Hannah? Pukullah!”

“ Kau jangan salahkan aku kalau Ummi kesayangan kau terima gambar-gambar panas kau dengan jantan tu.” Aku terdiam. Ummi? Kenapa perlu libatkan Ummi dalam hal ni.

“ Kenapa diam? Takut ummi tahu perangai anak kesayangan dia macam ni.”

“ Abanggg…. Tolonggg jangann bagi pada ummi..” ucap aku separuh merayu. Aku taknak gambar-gambar itu sampai pada Ummi. Aku taknak ummi kecewa dengan aku. Aku pasti meskipun ummi takkan percayakan foto-foto itu tetapi rasa kecewa itu mungkin akan muncul.  Kecewa karna gagal dalam mendidik aku.

“ Then, tugas kau macam biasa. Jangan campur urusan aku. Apa aku nak buat, mana aku nak pergi kau jangan mengada-ngada nak tahu.”

Aku hanya memerhati langkah Syed Muzaffar. Dia menghempas pintu kuat. Berdentum pintu itu dibuatkan. Aku terduduk sebelum menangis teresak-esak.

‘Bonda… macam mana Hannah nak ubah abang…’ lama aku berteleku diatas sejadah memohon pertolongan dari Allah. Usai solat Isyak, aku menunaikan solat-solat sunat untuk menenangkan hati dan jiwa aku. Aku perlu kuat dan bertahan dengan karenah Syed Muzaffar.

Aku meluangkan waktu lebih lama lagi diatas sejadah dengan membaca Al-Quran. Entah kenapa,malam itu bacaan aku ditemani air mata. Terasa betapa jauhnya aku dari Tuhan selama ini. Betapa aku terlalu mudah dalam urusan halal haram.

Mengingati saat-saat bersama Syed Muzaffar ketika kami berpacaran dahulu membuka ruang terlalu luas untuk sesiapa sahaja menfitnah aku. Harus aku akui, fitnah yang melanda juga berpunca dari aku. Akhirnya aku terlena dalam kenangan lama.




HATI yang dahulunya cuma terhiris dengan kelukaan kini hancur berkecai. Lumat dikerjakan oleh lelaki yang bernama Syed Muzaffar. Suami aku sendiri. Hati perempuan mana yang tidak terluka melihat kekasihnya bersama perempuan lain. Hati isteri mana tidak terhiris melihat suami sendiri berpelukan dengan perempuan lain.

Setiap malam rumah yang aku diami bersama suami aku didatangi perempuan-perempuan cantik. Malahan lebih cantik dari aku. Pakaian yang mereka pakai terlalu mencolok mata dan pastinya memukau mata-mata lelaki yang memandangnya termasuk suami aku. Syed Muzaffar bagaikan ingin mencurahkan lagi minyak dalam api.

Setiap perempuan yang datang pasti diangkutnya kebilik sambil tersenyum sinis pada aku. Ingin sekali aku menegahnya, menghalang namun langkah aku mati sendiri. Aku sedar. Aku cuma isteri yang ingin dihancurkan. Bukan dibelai dengan kasih-sayang.

Kata Syed Muzaffar perempuan seperti aku tidak layak mendapat kasih sayang sesiapapun meskipun dari orang yang cacat. Perkataan anak luar nikah sudah semakin lali aku dengari dari bibir yang dahulunya begitu benci dengan perkataan itu.

Semuanya sudah berubah. Kata-kata itu laju meluncur dibibirnya ibarat air yang mengalir. Harapan Bonda dan Papa untuk aku kembali menawan cinta Syed Muzaffar bagaikan menemui jalan buntu. Dia langsung tidak memberi ruang untuk aku isi. Saat aku mendekat, kumat-kamit bibirnya memaki aku. Sudahnya, dia membawa diri meninggalkan aku sendirian dirumah yang sepatutnya menjadi mahligai bahagia kami.

“ Abang dah melampau! Abang tak boleh buat Hannah macam ni lagi. Hannah bukan patung yang boleh tengok saja abang angkut semua perempuan ke bilik yang sepatutnya hanya untuk kita berdua. Apa abang dah buat dengan perempuan tu?” aku sudah tidak tahan melihatnya lagi. Aku juga ada perasaan.

“ Apa lagi yang lelaki dan perempuan buat dalam bilik? Takkan kau tak tahu? Bukan kau pakar ke bab-bab macam tuh?” soal Syed Muzaffar sinis.

“ Abang tahu tak halal haram? Semua tuh haram, bang!”

“ Kau tahu ke halal haram masa kau syok peluk cium jantan tuh?” lagi-lagi tuduhan tak berasas yang dilontarkan kepada aku.

“ Hannah tak buat! Hannah tak pernah buat semua tuhh. Susah sangat ke abang nak percaya? Atau memang abang sebenarnya jijik dengan Hannah kan? Sebab Hannah nikan cuma anak luar nikah. Sebab tu abang jadikan alasan gambar bodoh tu untuk tinggalkan Hannah! Abang kejam!” pekik Syed Muzaffar serentak dengan tangannya singgah dipipi kananku. Perit.

Aku tergamam. Memang selama ini hubungan kami dingin. Tidak pernah ada baiknya dalam hubungan ini. Namun belum pernah sekalipun dia naikkan tangannya. Namun harini dia sudah berani menampar aku. Entah-entah esok sepak terajang pulak menjadi makanan aku.

“ Diam!!!” tempik Syed Muzaffar sebelum diam seketika. Dia lari ketingkat atas. Mungkin ke biliknya. Aku kaku ditempat tadi. Ada air mata yang mengalir namun perasaan aku terasa kosong.

Aku cuma melihat Syed Muzaffar yang kembali turun bersama satu bagasi besar. Entah mahu kemana. Langsung aku tidak bertanya khabar. Untuk mengejar mustahil. Biarlah dia dengan anginnya. Kalau ditegah mungkin penampar menjadi habuan aku lagi. Perit akibat tamparan tadi belum hilang. Tak ingin ditambah dengan kesakitan lagi aku hanya memaku disitu. Melihat dia berlalu pergi. Menderum enjin kereta milik Syed Muzaffar meninggalkan aku.




DUA BULAN setelah Syed Muzaffar meninggalkan aku sendiri, aku mendapat perkhabaran berita yang sangat mengejutkan. Andai aku diceraikan, sakitnya tidak akan sedalam ini. Aku lebih rela diceraikan dari melihat keadaan Syed Muzaffar yang kaku.

Syed Muzaffar kemalangan jalan raya dan koma kemudiannya. Ada pendarahan yang serius di otak. Dan doktor sendiri telah mengesahkan bahawa peluang untuk Syed Muzaffar pulih adalah tipis. Bonda dan Papa terpaksa pulang ke Malaysia kerana doktor menyatakan hayat suami aku sudah tidak lama. Ada lebih baik jika semua ahli keluarga berkumpul dan melihat selagi hayatnya masih ada.

Bonda dan Papa amat terpukul dengan berita yang mereka dengari. Anak yang selama ini sihat walafiat sedang bertarung dengan maut. Ibu bapa mana yang tidak merasa sedih. Dan aku sendiri juga benar-benar terpukul dengan semua ini. Jika ini pengakhirannya, aku rela diceraikan oleh Syed Muzaffar. Lelaki yang aku cintai. Dibandingkan dengan melihat dirinya tersiksa begini. Sakitnya lebih parah daripada melihat dia bersama perempuan lain.

“ Hannah…” sayup aku mendengar suara memanggil namaku. Perlahan mata aku buka sebelum wajah Ummi menghiasi mata aku.

“ Ummi…” aku peluk erat tubuh ummi sebelum menangis teresak-esak. Ummi mengusap belakang badan aku agar aku merasa sedikit tenang.

“ Sabar Hannah. Ingat pesan ummi, Allah takkan uji melainkan hambanya mampu. Ummi yakin Hannah mampu lalui semua ini.” Nasihat ummi melebatkan lagi air mata ku yang mengalir.

“ Hannah, aku sayanggg kau. Aku taknak tengok kau lemah macam ni. Kau kena yakin yang Syed akan sembuhh. Yakin Hannah!” bisik Sarah perlahan ditelinga aku. Aku tak mampu membalas kata-katanya. Cuma mampu melihat dia dengan wajah sugul sambil mengusap perutnya yang sedikit memboyot. Anak pertama hasil pernikahannya bersama suami tercinta.

Andai aku punyai peluang itu… rintih aku dalam diam mencemburui kehidupan Hannah.

“ Hannah…” aku dengar suara Bonda memanggil lemah. Aku kalih memandang Bonda yang menapak perlahan padaku.

“ Jomm sayanggg, doktor nak jumpa kita.” Ajak Bonda. Aku terasa lemah tubuhku. Sudah beberapa hari aku tidak makan. Tiada selera memikirkan kesihatan Syed Muzaffar yang semakin memburuk. Tak dapat membayangkan andai dia dijemput pergi oleh Ilahi.

“ Hannah, sabarrr iye sayanggg. Terima dengan ikhlas apa yang doktor bagitahu. InsyaAllah, Hannah akan kuat.” Bisik ummi sebelum Bonda memapah tubuh aku ke bilik doktor. Ingin membincangkan soal Syed Muzaffar, suamiku.

“ Assalamualaikum, Datuk/Datin dan Puan Hannah. Tujuan saya panggil semua ahli keluarga Encik Syed adalah untuk memaklumkan laporan kesihatan Encik Syed yang terbaru. Alhamdulillah, pendarahan dalam otak Encik Syed sudah pulih.” Ujar Doktor mengembalikan semangat aku yang hampir hilang dek ujian yang menimpa kami.

“ Maksud Doktor anak saya akann kembali pulih…” soal Papa gembira. Inilah berita yang ingin didengarinya semenjak dua minggu yang lalu.

“ InsyaAllah…”

“ Alhamdulillah…” syukur Papa sambil menggengam tangan kiri Bonda. Manakala tangan kanan Bonda erat memegang tangan aku.

“ Tapi…”

“ Tapi apa doktor… doktor bagitahu suami saya akan pulihh…” sanggah aku.

“ Saya bukan nak kusutkan lagi fikiran keluarga Encik Syed. Tapi adalah lebih baik kalau Datuk, Datin dan Puan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi.” Dada aku kembali berdebar. Seakan-akan ada berita buruk yang sedang menanti.

“ Doktor nak bagitahu apa? Cakaplah cepat!” tanpa sedar aku meninggikan suara. Bonda mengusap belakang aku.

“ Sabar Hannah sabarrr…”

“ Maafkan saya doktor…” Aku menunduk. Bersalah kerana aku terlepas marah pada yang tak sepatutnya.

“ It’s okay. Saya faham situasi Puan sekarang. Cuma saya nak bagitahu bahawa sebahagian laporan yang saya terima mendapati sebahagian tubuh Encik Syed sudah tidak berfungsi. Dan ia semakin membahayakan kesihatan Encik Syed…” Papa tersandar dikerusi. Lututnya bergetar menerima berita itu.

“ Allah…” Bonda diam tanpa kata. Lidahnya kelu tiba-tiba. Aku turut bungkam. Peluh yang merinik didahi tidak aku seka. Tubuh yang berpeluh terasa dingin sekali. Pandangan aku mulai kelam sebelum aku rebah tidak ingat apa-apa.




PERLAHAN-LAHAN aku cuba membuka kelopak mata yang terasa berat. Berpinar mata ditikam cahaya lampu. Wajah yang pertama yang aku nampak adalah wajah bersih milik ummi. Ahhh sekali lagi aku kecewa. Kenapa aku berharap untuk melihat wajah Syed Muzaffar dahulu saat aku buka mata?

“ Ummi, abang macam mana?” soalan pertama yang keluar dari bibirku setelah sedar dari pengsan. Rasa seperti terlalu lama aku tinggalkan Syed Muzaffar.

“ Hannah rehat iyee sayanggg. Tubuh Hannah masih lemah lagi. Kurang air. Sebab tu Hannah sampai pengsan semalam…” ummi menahan aku dari bangun namun tangan ummi aku tepis perlahan.

“ Hannah tak peduli pasal Hannah, ummi. Hannah cuma nak tahu pasal abang saja…” aku turun dari katil hospital. Salur tambah air aku cabut sehinggakan berdarah tangan aku. Aku tak peduli kesakitan yang aku tanggung asalkan aku setia disisi suami aku. Aku berjalan laju menuju ke bilik Syed Muzaffar menerima rawatan.

“ Abanggg…” aku merempuh masuk pintu bilik suami aku. Kaki aku atur kearah katil. Syed Muzaffar terbaring lesu atas katil. Mukanya pucat lesi. Mukanya aku pandang tanpa jemu. Rindu ingin mendengar suaranya meskipun cacian yang aku terima.

“ Hannah, Syed…” Bonda mahu menghampiriku namun langkahnya mati bila mana aku bersuara namun pandanganku masih jatuh pada wajah lesu Syed Muzaffar.

“ Tinggalkan Hannah dengan abang kejap, Bonda…” pintaku perlahan. Bunyi pintu bilik ditutup menandakan Bonda akur dengan permintaan aku yang memerlukan sedikit ruang berdua bersama anak lelakinya.

Aku duduk dikerusi yang disediakan disebelah katil Syed Muzaffar. Perlahan-lahan tangannya aku gapai lalu aku genggamnya erat. Air mata yang aku tahan tumpah dihadapannya. Tangannya aku cium lama. Menitis air mata aku terkena jarinya.

“ Abang, bangunlah… Hannah rindukan abang. Dulu mungkin Hannah tak suka abang tengking-tengking Hannah, marah Hannah, benci Hannah. Tapi sekarang, Hannah harap sangat-sangat dapat tengok abang bangun dan marah-marah Hannah. Bangunlah…” aku peluk lengan Syed Muzaffar kejap. Kepala aku letakkan diatas bahunya.

“ Hannah janji Hannah takkan lawan cakap abang lagi. Abang bangunnn iyeee??” dalam posisi yang masih sama aku rasa tenang. Tenang berada disisi Syed Muzaffar. Kantuk yang memberat membuatkan aku kembali terlena disisi Syed Muzaffar.





“ Sayang… bangun sayang. Bangunlah…” tangan aku yang dikuis-kuisnya tidak membantutkan tidurku yang nyenyak. Geram dengan keengananku untuk bangun dari tidur dia memicit hujung hidungku dengan jarinya.

“ Abanggg…” serak-serak aku bersuara. Aku gosok hidung aku yang dipicitnya. Dia ketawa kecil. Matanya memandang wajahku redup. Seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu disebalik renungan matanya.

“ Kenapa abang pandang Hannah macam tu?” soal aku padanya yang bersandar dikepala katil. kedua tangannya disilangkan.

“ Saja. Mana tahu ini kali terakhir abang pandang sayang…” ujarnya selamba sambil melemparkan senyuman paling manis yang pernah aku nampak.

“ Abang! Jangan cakap macam tuh. Abang takkan tinggalkan Hannah. Kemana saja abang pergi, abang wajib bawak Hannah. Ingat! Wajib tahu. Bukan sunat. Kalau wajib maksudnya berdosa kalau abang tinggalkan Hannah.” Aku geram melihat senyumannya.

“ Yelahh, abang bawa sayang kemana saja abang pergi. Okey, sayang?” dia kenyit mata pada aku. Nakal!

“ Hmmm, sayang abanggg…” aku segera bangun dari berbaring dan memeluk tubuh dia, Syed Muzaffar. Dia membalas pelukan aku.

“ Maaf.” Aku pantas merenggangkan pelukan sebelum memandang wajah Syed Muzaffar, suamiku. Anak matanya aku tatap dalam-dalam mencari maksud disebalik kata maafnya sebentar tadi.

“ Untuk apa maaf tu?” dia tersenyum sebelum menjawab.

“ For everythings I’ve done to you, my dear!” dia kembali menarik tubuh aku kedalam pelukannya. Pelukannya yang nyaman membuatkan aku selesa. Namun tidak lama, kerana aku dapat rasakan jarak kami semakin jauh. Pelukannya semakin renggang dan renggang. Dia semakin jauh meninggalkan aku. Kian jauh dan menghilang dari pandangan aku.

“ Abanggg!!!”

“ Bangunlahhhhhhhh!!!!!!!” kepala aku ditolak kasar. Serentak dengan itu mata aku terbuka luas. Hilang terus rasa mengantuk. Mimpi rupanya.

“ Abang…” perlahan aku bersuara. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Ragu-ragu dengan sajian dihadapan mataku. Dia?

“ Kau ni pahal? Dari tadi lagi asyik abang, abang. Dah kenapa?” mendengar bebelannya membuatkan aku yakin dengan apa yang mata aku lihat. Dengan itu, aku merangkul tubuhnya erat. Setitis air mata jatuh. Kini bukan lagi air mata kesedihan tapi kegembiraan.

“ Abang jangan cakap banyak. Abangkan tak sihat lagi.” Air mata pantas aku seka sendiri. Terlalu gembira sangat saat ini. Pipinya aku pegang walaupun tepisan yang aku terima. Aku tak kisah lagi semua itu sekarang. Yang penting, Syed Muzaffar sudah kembali pulih.

Tiba-tiba aku terasa mual. Pantas aku berlari ke bilik air didalam bilik Syed Muzaffar. Isi muntah yang hanya air semata ternyata memeritkan tekakku. Inilah akibatnya kalau tak makan. Bukan kata sejam, ini dah masuk lima hari aku makan tak teratur. Makan pun cuma semulut dua. Yang lain tak lalu tekak nak menelannya. Semuanya dek kerana keadaan kesihatan Syed Muzaffar yang semakin gawat. Namun sekarang dia sudah beransur sembuh.

Alang-alang sudah dalam bilik air, kesempatan itu aku pakai untuk membasuh muka dan mengenakan sedikit gincu. Sudah lama aku tidak mengenakannya semenjak suami aku tinggalkan rumah lebih dua bulan yang lalu. Setelah memastikan penampilan aku kelihatan lebih segar, aku melangkah keluar dan menuju ke katil Syed Muzaffar. Senyuman aku lemparkan buat dia. Ikhlas dari hati seorang isteri.

“ Kenapa kau pandang aku macam tu?” Syed Muzaffar beri jelingan maut. Namun bagi aku itu adalah jelingan manjanya.

“ Saja. Rindu abang!” aku mahu memegang tangannya namun dia lebih pantas menepis. Hisy, nak pegang tangan pun tak boleh. Tapi marah kalau aku cium dengan musuh dia.

“ Gedik. Kenapa kau muntah tadi? Kau mengandung ke?” soalannya aku balas dengan ketawa berdekah-dekah. Rasanya sepanjang Syed Muzaffar terlantar sakit, aku sudah peroleh hikmah disebaliknya. Semuanya agar aku bersyukur masih dapat bersama suami aku meskipun hanya kebenciannya yang aku peroleh.

“ Kalau mengandung pun anak abanglah.” Sengaja aku buat-buat gedik depan Syed Muzaffar. Tas tangan dibawah katil aku capai dan cepat-cepat aku cium pipi Syed Muzaffar.

‘ Marahlah cik abang oiii, saya dah tak hadap semua tuhh.’ Bisik hati kecil aku.

“ Kauuu!!!” marah Syed Muzaffar tertahan-tahan membuatkan aku dengan mudah mengambil kesempatan keatasnya lagi.

“ Abang jangan risau. Sayang balik kejap aje tauu. Nanti sayang datang balik. Saya masakkan special untuk abang. Bye-bye abangggg…” aku melemparkan flying kiss buatnya. Dia kalih wajah memandang cermin kaca. Engan melihat aku lagi.




SYED MUZAFFAR banyak berdiam diri semenjak sedar dari koma tempoh hari. Sekarang, dia sudah dibenarkan pulang kerumah. Dan dia bertegas untuk pulang kerumah banglo dua tingkat yang kami diami bersama.

Dalam pada Syed Muzaffar berkeras, aku juga cuba bertegas mahu sebilik dengannya. Peraasaan aku untuk tinggal dibilik yang pernah dia duduki bersama perempuan lain memang sakit. Namun semuanya aku tolak ketepi. Aku tetap mahu sekamar dengannya agar memudahkan aku mengurusnya.

“ Kenapa kau tak pergi saja pada jantan lain? Jantan yang lagi mampu dari suami kau yang cacat ni?” soalnya apabila aku cuma diam saat mengelap badannya dengan tuala basah.

“ Simple! Sebab abang suami Hannah.”

“ Berampuslah. Tinggalkan aku sendiri kat sini. Kau carilah jantan lain yang boleh support kau lepasni. Aku izinkan.” Aku pekakkan telinga. Dengar Syed Muzaffar bercakap hanya mampu menaikkan darah saja.

“ Lagi cepat abang bersiap, lagi cepat kita pergi terapi kaki abang.” Aku menyudahkan tugasan terakhirku. Baldi berisi air dan tuala aku bawa ke bilik mandi. Tinggalkan sebentar dan aku kembali mendapatkan suami aku diatas kerusi roda.

Akibat dari kemalangan itu, Syed Muzaffar hilang upaya untuk menggerakkan kedua belah kakinya. Kata doktor, masih ada harapan untuk sembuh. Cuma perlukan rajin hadirkan diri disesi terapi dan banyakkan berdoa.

Cuma Syed Muzaffar saja seolah mengalah dengan takdir yang menimpa. Dia diamkan diri. Tak mahu bercakap dengan orang. Puas nasihat diberi namun dia langsung tidak mahu mendengarnya.

“ Terapi apa? Orang lumpuh macam aku ni memang takkan sembuh sampai bila-bila.” Luahnya emosi.

“ Hisy, payahlah cakap dengan abang nih. Nasib abang suami Hannahh. Kalau takkk…”

“ Kalau tak apa? Kau nak tinggalkan aku?”

“ Kalaulah Hannah ni suami abang dan abang tu isteri Hannah dah lama Hannah cilikan mulut abang tuh. Cakap tanpa berfikir. Suka ikut emosi saja.”

“ Cepat pakai baju. Kalau tak biar Hannah yang pakaikan nanti.” Aku terus kembali ke bilik mandi. Ingin mengenakan instant shawl sahaja.





“ Macam mana dengan suami saya doktor? Ada apa-apa perkembangan positif yang terbaru?” Soal aku pada doktor yang bertanggungjawab merawat Syed Muzaffar sepanjang menjalani sesi terapi.

“ Alhamdulillah Puan, Encik Syed semakin pulih. Sesi fisioterapi yang sedang beliau jalani sekarang juga berjalan dengan baik sekali. Ada beberapa perubahan yang agresif pada diri beliau. Saya percaya, dalam masa yang terdekat Encik Syed pasti dapat berjalan semula.” Aku tersenyum lega saat mendengar penjelasan doktor.

“ Alhamdulillah doktor, semua ni rahmat Allah dan juga rawatan yang doktor berikan. Terima kasih sangat-sangat doktor.”

“ Sama-sama Puan. Saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya saja.” Aku meminta diri setelah itu untuk menjemput Syed Muzaffar yang bakal habis sesi fisioterapinya sebentar lagi.

“ Macam mana abang? Okey tak training harini?” ceria saja aku bersuara walaupun tiada secebis senyuman menghiasi wajah Syed Muzaffar. Tak terkesan pun. Dia memang tak pernah senyum dekat aku pon.

“ Aku nak cepat-cepat habis sesi ni. Benci aku. Nak kemana-mana pun kau asyik nak mengekor.” Kalau dah taknak tengok muka aku sangat, cepat-cepatlah boleh jalan. Aku pun rindu nak tengok dia berjalan semula.

“ Baguslah. Kalau nak cepat habis sesi ni, rajin-rajinlah datang sini iye? Jangan asyik nak mengelat saja.” Aku terus tolak kerusi roda Syed Muzaffar tanpa banyak kata. Malas nak bertekak dengan suami aku depan-depan orang ramai. Buat malu saja.

“ Hantar aku balik rumah Bonda kejap.” Syed Muzaffar bersuara setelah hampir separuh perjalanan.

“ Baik Encik Syed.” Balas pemandu peribadi suami aku, Ammar. Aku hanya menyepi sambil berbalas sms dengan Sarah. Sesekali terbit senyuman dibibir aku.

Hannah: baby kau mcm mn, weyy? Alaaa, tak lma dh kau nak jadi ibu. Untunglah kauu.

Sarah: baby aku okey jee. Kau tu yg tak jenguk2 aku lagi. Tkkn nk tunggu bby kluar baru kau nk dtg kot. Agk2 lah kau nihh.

Hannah: alaa, ak sibuk sikitlh. Kau kan tahu shuben ak tak sihat lgi. Pyh lh nk kluar. Tkkn ak nk tinggalkn dia sorng2. Tpi, seriously ak cmburu gila dgn kau. dah nk ada bby. huaaa

Sarah: klau kau nk ank mintk kt shuben kau ehh. Jgn mntk kat ak pulak. Bwklh shuben kau. boleh kenal2 dgn shuben ak.

“ Kau dah kenapa?” ujar Syed Muzaffar mematikan senyumanku. Aku kalih memandang suami aku sambil tersengih padanya.

“ Ada apa bang?” soal aku.

“ Kau dah gila ke? Senyum sorang-sorang. Kalau ye pon kau tengah seronok tackle jantan-jantan kaya takkan sampai nak gila.” Sindir dia. Aku hanya mengangkat bahu tanpa bersuara. Bukan boleh layan dia, nanti makin naik lemak dia sindir aku.

“ Lantaklah abang nak kata apa. Ada Hannah kesah?” lidah aku jelirkan padanya. Emmm menyampah. Biarlah, nak tunjuk muka batu pun.

Sesampainya di banglo Papa dan Bonda, Syed Muzaffar meminta diri untuk bersendirian dibilik peribadinya. Dia meminta Ammar menghantarnya sampai ke pintu bilik saja sebelum dia sendiri masuk kebilik itu sendirian. Tak pernah ada sesiapapun pernah melangkah ke bilik peribadinya itu termasuk Bonda dan Papa.

Aku pula sibuk di dapur Bonda bersama Kak Lijah. Sembang punya sembang sampai terkeluar topik pasal kek pisang. Terus Kak Lijah keluarkan bahan-bahan membuat kek dan aku mula memainkan peranan untuk mengadun tepung sebagai langkah permulaan untuk membuat kek pisang.


Diary,
Betul ke apa yang aku rasa kali ini? Macam mana kalau dia tipu aku sekali lagi? Boleh ke aku terima dia? Bohonglah kalau aku kata aku tak tersentuh selama berbulan dia jaga aku. Rawat aku dalam keadaan tak boleh berjalan macam ni. Nampak macam sekarang aku dah tak boleh tipu diri aku sendiri lagi. Aku masih cintakan dia.
Jujur, sebab utama kenapa aku tinggalkan rumah dulu adalah sebab aku taknak tampar dia sekali lagi. Hati aku sakit masa aku tampar dia. Tapi mulut dia… suka sangat menjawab apa yang aku cakap. Itu aku boleh tahan lagi. Yang aku tak tahan, dia selalu sebut pasal jantan tak guna tu depan aku.
Apa tak cukup ke kasih sayang aku selama ni sampaikan dia perlu cari jantan lain. Dan kalau ye pon nak cari jantan lain, takkan perlu jantan tu? Macam dah takda jantan lain saja. Benci aku.
Dalam benci tulah, hati aku masih pada dia. Dua bulan aku cari diri aku balik. Cari kepuasan aku sendiri. Salahkan aku nilai dia selama ni? berbulan kitorang hidup bersama sebagai suami isteri aku cuma nampak cinta dia pada aku. Sama macam dulu lagi.
Mungkin aku patut bagi peluang pada dia semula. Tebuskan kesalahan lama dia. Lupakan tentang gambar-gambar tu. Mungkin dia dah berubah. Tapi tunggulah dulu sampai aku betul-betul sembuh, baru aku bagitahu dia pasal perasaan aku. Aku masih cintakan Hannah Zakirah bt Abdullah. Love you, sayanggg…


Diari miliknya ditutup. Syed Muzaffar tersenyum sendiri. Kini dia pasti bukan dendam yang membuatkan dia menikahi Hannah Zakirah. Tetapi kerana cintanya masih lagi milik si isteri. Cuma kemarahan yang menguasai dirinya sebelum ini.

‘ Abang masih cintakan Hannah, sayanggg…’ bisik hati Syed Muzaffar.




LAYANAN yang aku terima dari Syed Muzaffar semakin baik dari hari ke hari. Tiada lagi tengkingan yang aku terima darinya. Cuma bicaranya saja masih kasar. Namun ia satu perubahan yang baik. Syed Muzaffar juga sudah memulakan tugasnya kembali sebagai senior architect di syarikat Papa semenjak dia sudah pulih sepenuhnya. Kini dia sudah boleh berjalan dengan normal seperti orang lain.

“ Abang nak pergi mana tuhh?” sengaja aku menyoal Syed Muzaffar yang kalut memakai kasut untuk ke pejabat. Sengaja  mencari ruang untuk berborak dengan dia.

“ Kau tak nampak aku pakai apa? Pergi kerja lah. Bukan macam kau, goyang kaki saja duduk kat rumah ni.” balasnya kasar. Suaranya sudah tidak meninggi lagi.

“ Ohhh, ingat apa nak pergi pasar Selayang…”

“ Hotakk kau pergi pasar pakai macam ni…”

“ Hehee…abang, Hannah nak minta izin nak pergi jumpa kawan kejap lagi.” Pinta aku. Sebagai isterinya aku wajib  meminta izin suami aku sebelum keluar dari rumah walaupun aku ini isteri yang tak dihadap.

“ Lelaki ke perempuan kawan kau tu?” soal Syed Muzaffar. Ada nada cemburu dalam tutur katanya.

“ Perempuanlah… Sarah. Dia ajak Hannah teman dia pergi beli baju baby. Dia kan nak bersalin tak lama lagi…” terangku tanpa dipinta.

“ Ada aku tanya ke? Aku tanya lelaki ke perempuan saja.” Syed Muzaffar membuka pintu kereta sebelah penumpang sebelum memasukkan briefcasenya beserta beberapa pelan bangunan yang direkanya semalam.

“ Saja nak bagitahu abang. Boleh ke tak ni Hannah nak keluar?” aku menyoal lagi bila dia tidak memberi kata putus.

“ Suka hati kaulah. Asalkan kau tahu yang kau tu masih isteri aku. Jaga maruah aku. Dan jangan balik lambat. Aku tak suka.” Dia terus masuk ke dalam kereta sebelum memulakan perjalanan ketempat kerja. Aku hanya memerhati sambil melambai tangan. Lambai saja, bukan dia balas pun. Kalau iye pun, hon pun dah cukup buat aku. Ni habuk pun tarak!





SEAWAL jam sebelas pagi aku bersiap sebelum bergegas menjemput Sarah dirumahnya di Ampang. Sejak berbadan dua suami Sarah melarang dia untuk memandu. Dan aku setuju seratus peratus keputusan Izwan, suami Sarah untuk tidak membenarkan Sarah memandu kereta. Sarah kalau boleh pandu kereta, Paul Walker pun kalah!

“ Rahh, cantik nyaa baju niii… beli laa untuk anak kau.” comel sungguh baju baby yang aku pegang ni. Warna biru. Memang padanlah kalau baby boy yang pakai.

“ Weyyy, tu baju baby boy lahh.”

“ Memang lah baju baby boy. Bukan aku buta sangat sampai tak nampak ni baju baby boy. But seriously, kalau anak kau pakai, konfem meletop handsome macam aku. Kihkihkih.” Aku ketawa.

“ Perasan! Masalahnya bakal anak aku, baby girl lahh.”

“ Warghhhh, baby girl? Mesti cute macam aku kann? Haha.” Ralit sungguh aku dan Sarah pilih baju baby sampaikan tak perasan bahawa kami sedang diperhatikan oleh seseorang.

Habis shopping barang baby, aku dan Sarah menuju ke food court untuk menyantap. Rasanya selera aku lebih dari selera ibu mengandung. Makan mengalahkan Sarah yang sarat mengandung.

“ Kau nikan…”

“ Apa? Ada masalah ke?” ujarku dengan makanan penuh dalam mulut. Perangai memang tak semenggah. Kalau ummi tengok memang dipiat telinga aku.

“ Kau ni mengandung ke?” soalan Sarah aku balas dengan ketawa. Macam mana nak mengandung kalau tidur bersama pun tak.

Aku mengamalkan prinsip hal rumah tangga aku takkan canangkan pada orang luar termasuk ummi, papa dan bonda. Tiada siapa pun tahu Syed Muzaffar kemalangan setelah dua bulan meninggalkan aku sendiri. Jadi, Sarah memang tak tahu menahu tentang hubungan aku. Yang dia tahu, aku dan suami aku saling mencintai antara satu sama lain.

“ Mengandung? Kau gila ke apa? Suami aku kann baru saja baik dari sakit. Ni pun dah sibuk masuk kerja balik. Dah lima bulan dia tak kerja. So, kitaorang memang takda masa untuk semua ni lagi.” Ujar aku menutup cerita sebenar.

“ Yelah, aku bukan apa. Kau tu makan banyak sangat. Selera mengalahkan orang mengandung tahu tak. Cuba lahh pergi check. Mana tahu rezeki kau!” aku cuma tersenyum mendengar nasihat Sarah.

“ Yalah, nanti-nanti aku pergi check ye cik puan. Sekarang ni boleh tak kita makan saja. Lepasni, aku nak kena balik rumah. Nanti laki aku balik takda benda nak cekik.” Kami meneruskan aktiviti memakan tanpa suara. Masing-masing menikmati hidangan sendiri.

“ Hannah Zakirah…” panggil satu suara. Aku yang ketika itu sedang ralit makan, pantas memanggungkan kepala untuk melihat gerangan yang memanggil nama aku.

“Syafiq!” terkejut aku melihat gerangan yang menghancurkan hubungan aku dan Syed Muzaffar dulu. Berani dia memunculkan diri di hadapan aku setelah dia membuat onar.

“ Saya…” Syafiq bagaikan kelu untuk bersuara.

“ Pergi! Saya taknak tengok muka awak lagi…” jerit aku. Tak kuhiraukan orang sekeliling yang memerhati.

“ Hannah, biar saya…” Syafiq berusaha mahu memujuk aku untuk berbincang.

“ Cukup! Saya taknak dengar…” aku berdiri. Menentang anak matanya.

“ Hannah, orang tengok. Bawa bertenang. Dengar dulu apa dia nak jelaskan. Duduklah dulu, Syafiq. Kita bincang semuanya sekarang.” Sarah menjadi orang tengah yang menenangkan suasana. Syafiq akur lalu duduk berhadapan dengan aku.

“ Hah, nak cakap apa? Cepatlah. Bukan orang ada masa nak tunggu lama-lama.” Ujar aku keras. Tak betah lama-lama berhadapan dengannya.

“ Hannah, maafkan saya. Saya tahu saya banyak buat masalah dalam hidup awak. Saya punca awak dan Syed berpisah.”

“ Saya takda masa untuk dengar permintaan maaf awak.” Sarah mengeleng.

“ Hannah, ada baiknya kau dengar dulu apa Syafiq nak cakap. Kalau takda hal penting, takkan sampai sini dia cari kau.” Sarah masih menasihati aku.

“ Baiklah. Cakap la nak cakap apa.” Akur aku.

“ Hannah, kau bincang lah dengan Syafiq dulu. Aku nak pergi tandas kejap.”

“ Sarah, takkan kau nak tinggalkan aku.”

“ Hannah, this is personal matter antara kau dengan Syafiq. Aku dan yang lain tak boleh masuk campur. Aku pergi kejap saja.”

“ No! aku taknak berdua dengan dia saja. Kau kena faham. Kalau tak, aku nak balik.” Putus aku. Tak mahu aku berdua dengan Syafiq.

“ Okey, aku duduk dekat meja sebelah. Kau bincang lah dengan dia. Selesaikan masalah kau orang.” Sarah bertegas tidak mahu terlibat dalam masalah aku dan Syafiq.

Akhirnya Sarah pindah duduk di meja lain. Namun tidak terlalu jauh dari kami. Lama juga kami berdiam diri. Aku tengok kau, kau tengok aku. Itu yang terjadi sejak lima minit tadi. Masing-masing berat mulut bagi memulakan perbualan.

“ Hannah, masih bencikan saya?” soalan dari Syafiq aku balas dengan senyuman sinis.

“ Benci takkan ubah apa-apa, Syafiq. Saya takda hak untuk membenci awak. Dan hakikatnya, benci juga yang membuatkan saya jauh dari suami saya, Syed Muzaffar.” Syafiq nampak terkejut dengan kenyataan aku. Mungkin dia tidak tahu aku sudah berkahwin dengan musuhnya.

“ Awak dah kahwin, Hannah?” soalnya. Ada riak kecewa diwajahnya.

“ Ya, saya dah kahwin. Dengan musuh awak. Ehh, saya tak tahu lah apa masalah antara awak dengan Syed. Dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu pun pasal tu. Tapi kenapa saya yang menjadi mangsa? Kenapa saya yang patut terima semua ni?” sudah lama aku ingin bertanya soalan ini padanya. Kenapa aku yang dijadikan mangsa antara masalah mereka.

“ Tak, bukan macam tu Hannah. Masalah antara saya dan Syed tak melibatkan awak. Tak pernah terlintas difikiran saya untuk jadikan awak sebagai mangsa untuk membalas dendam saya pada dia. Saya akui, semua yang berlaku selama ini salah saya. Saya gunakan gambar dan video awak. Saya edit dan hantarkan pada Syed.”

“ Untuk apa semua tu? Awak memang benci sangat ke dengan Syed sampai awak tak boleh tengok dia bahagia?”

“ Tak. Saya lakukan semua tu semata-mata cinta saya pada awak. Saya taknak awak jatuh ke tangan Syed. Jadi saya ingat, dengan pisahkan awak dengan Syed, saya akan dapat cinta awak. Tapi dah memang jodoh awak dengan Syed. Sejauh mana pun saya cuba pisahkan, takdir tetap menemukan korang berdua.” Ujarnya selamba.

“ Syafiq, awak…”

“ Takpa, Hannah. Saya janji, saya akan pulihkan keadaan kembali. Saya akan jelaskan semuanya pada Syed dan keluarga dia.” Aku pandang wajah Syafiq sebelum mengukir senyuman padanya. Dan itu merupakan senyuman kelegaan kerana kesudian dia untuk membersihkan nama aku kembali.

“ Betul ni? Awak janji?”

“ Janji!” ujar Syafiq sambil mengangkat tangan lagak orang berjanji. Dan kami sama-sama ketawa. Pada masa yang sama ada seseorang yang melihatnya dengan pandangan yang penuh rasa amarah. Marah kerana merasakan dirinya ditipu hidup-hidup.




AKU PULANG KE RUMAH dengan perasaan yang penuh dengan gembira. Aku parkir kereta di dalam garaj. Pelik kerana awal waktu begini Syed Muzaffar sudah memunculkan diri di rumah. Selalunya malam menjelma baru dia pulang.

“ Seronok kau jalan-jalan hari ini?” soalan Syed Muzaffar kedengaran pelik. Namun aku tetap menjawab pertanyaannya.

“ Offcourselah seronok. Banyak kita orang shopping baju baby.” Ujarku tanpa mengesyaki bahawa jawapan aku bagi pertanyaan Syed Muzaffar ternyata ibarat menyimpah minyak ke api yang sedang marak.

“ Baguslah kalau kau seronok. Aku nak keluar, pergi rumah Bonda. Make sure, aku balik nanti. Takda sehelai pun baju kau yang tertinggal dalam rumah ini. Dan kau sekali berambus dari rumah aku. Sekarang!” Syed Muzaffar bersuara. Aku terpempan. Kedengarannya marah namun dia tidak pula menengking seperti kebiasaannya dahulu.

“ Abang bergurau apa nih?” berat untuk aku menyoal kerana hakikatnya seakan dapat aku hidu. Masalah baru bakal muncul sebentar lagi.

“ Aku takda masa nak bergurau dengan perempuan murahan macam kau. Menyesal aku buat baik dengan kau. Kau tak layak untuk semua ni. Nasib baik aku tak terima kau semula dalam hidup aku. Kalau takk…” perangai lama dia muncul kembali. Lagi-lagi mahu menyindir aku. Padahal hakikat sebenarnya aku tidak buat semua yang dikatanya.

“ Abang stop! Tuduhan abang makin tak berasas…” bidas aku. Makin tak tahan dengan perangainya. Ingatkan bertambah baik, tapi makin menjadi-jadi.

“ Apa? Dengan mata dan kepala aku sendiri yang nampak kau sakan bergelak ketawa dengan jantan tu. Sejak bila kawan kau, Sarah tu pandai pakai kemeja?” ujar Syed Muzaffar memeranjatkan aku. Dia ada disitu? Kenapa dia tidak menegur kami sahaja. Tidaklah dia perlu serkap jarang saja.

“ Abang dah salah faham nii…” aku cuba membetulkan keadaan.

“ Salah faham lagi? Dulu kau cakap, gambar-gambar kau dengan jantan tu salah faham. Dan sekarang, bukan gambar tapi adegan real kau bergelak ketawa dengan dia apahal? Masih salah faham? Kalau jantan lain, aku boleh terima lagi. Ni dengan jantan yang sama. Kalau kau dah kemaruk sangat dengan jantan tu, kau boleh blah. Pergi ikut jantan tuh!”

“ Cukup! Abang memang dah melampau. Hannah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk ubah abang. Hannah penat, bang…”

“ Tak perlu ubah aku. Nothing gonna change on me. But you! Ubah perangai kau tu. Ada suami tapi masih nak mengatal dengan jantan lain.”

“ Abang! Kalau dah benci sangat dengan Hannah, ceraikan Hannah! Ceraikan Hannah…” pinta aku lemah. Air mata yang mengalir di pipi tidak aku seka. Aku tahu bergegar arasy jika aku sebagai isteri meminta cerai dari seorang suami.

“ Kau ingat aku bodoh? Ceraikan kau dan biarkan kau bahagia dengan jantan tu atas penderitaan aku? Kau dah kucar kacirkan hidup aku, kau ingat aku nak biarkan kau hidup dengan bahagia?”

“ Habis? Abang nak bunuh Hannah? Bunuhlah abang. Lebih baik Hannah mati dari hidup dengan kebencian suami Hannah sendiri. Ego. Langsung tak mahu beri ruang untuk orang buat penjelasan.” Aku memberontak. Jika dengan mati dapat memuaskan dia, aku rela.

“ Senang sangat untuk buat kau mati. Siksanya cuma sekejap. Tapi aku yang akan tanggung akibatnya sampai sudah di penjara. Aku bukan bodoh nak fikir. Bukan bodoh macam mana kau dan jantan tu kencing aku hidup-hidup.”

“ Habis apa, bang? Cerai taknak. Bunuh taknak. Abang nak buat apa dengan Hannah?” jerit aku. Sudah berkepuk-kepuk dosa aku kumpul saat ini dengan menengking suamiku. Semuanya kerana rasa yang sudah tidak tertahankan.

“ Aku akan gantung kau tak bertali. Biar kau tak dapat kahwin dengan jantan tu dan mana-mana jantan lain.” Selamba Syed Muzaffar menuturkan kata. Dia terus menonong meninggalkan aku bersendirian mencerna maksud kata-katanya.

Gantung tanpa tali?




PANAS HATI Syed Muzaffar melihat musuh azalinya bertandang kerumah Bonda dan Papanya. Disebabkan papanya dia bertahan untuk duduk di ruangan yang sama dengan si musuh. Kalau tak, sudah lama dia angkat kaki dari situ.

“ Aku datang ni ada benda nak bincang dengan kau, Syed.” Ujar Syafiq. Sejujurnya kedatangan dia kerumah pak ngah dan mak ngah nya adalah ingin berterus terang. Dia ingin membersihkan nama Hannah Zakirah.

“ Aku takda sebarang urusan dengan kau. Bonda, Syed balik dulu…” pamit Syed Muzaffar. Dia ingin cepat-cepat berlalu dari situ sebelum dia benar-benar mengamuk.

“ Syed… dengarlah dulu apa yang Syafiq nak bagitahu kamu.” Pinta Bonda.

“ Bagitahu apa? Bagitahu yang kau memang tengah syok dengan bini aku, hah?” bicara Syed Muzaffar sedikit meninggi. Bunga-bunga amarahnya sudah tercetus.

“ Kau dah salah faham, Syed. Aku…” Syafiq cuba menjelaskan.

“ Kau apa?! Aku tak pecahkan muka kau pun dah cukup bagus. Ewah-ewah bukan main lagi kau berborak sakan dengan bini aku. Bergelak ketawa bagai. Sekarang, berani pula kau tunjukkan muka kau depan aku!” merah mata Syed Muzaffar. Meter kemarahannya memang ditahap maksima.

“ Syed, duduk dulu. jangan ikutkan amarah kamu tuhh…” papa mula bersuara bila dirasakan Syed Muzaffar bakal mengamuk. Dia yakin Syed Muzaffar bakal mengikut kata arahannya.

“ Aku nak berterus-terang dengan kau, makngah dan pakngah.”

“ Terus-terang pasal apa, Syafiq?” soal Bonda.

“ Pasal Hannah Zakirah.” Syafiq menghulurkan sampul yang dibawanya tadi pada Syed Muzaffar. Namun hanya dipandang sepi oleh lelaki itu.

“ Tengok isi sampul ni atau kau akan menyesal seumur hidup kau.” bicara Syafiq membuatkan Syed Muzaffar menyambut huluran itu.

Dibuka sampul dan dikeluarkan isinya. Terdapat beberapa keping gambar Hannah Zakirah di dalamnya. Satu persatu gambar isterinya diperhatikan. Ada yang Hannah seolah-olah mencium pipi Sarah dan Ummi. Dan ada yang seakan-akan mencium pipi Syafiq. Syed Muzaffar keliru.

“ Apa semua nihh, Syafiq?” soalnya keliru.

“ Itu semua bukti bahawa Hannah tak pernah berlaku curang dengan kau. Dari dulu lagi dia setia pada kau. gambar-gambar itu aku ambil dari pendrive dia yang aku curi. Dan aku suruh Zameer edit dan hantar pada kau. Itu sebab dia kata gambar tu memang real. Aku yang upah dia untuk api-apikan kau dan untuk tutup mulut. Maafkan aku!” serentak itu satu penumbuk hinggap dimuka kacak Syafiq. Meleleh darah mengalir di hidung dan bibir Syafiq.

“ Itu tak seberapa dibandingkan apa yang aku tanggung dengan Hannah. Setan kau!” sekali lagi Syed Muzaffar melepaskan tumpukan dimuka dan perut Syafiq. Sedikitpun Syafiq tidak membalas kerana ini balasan yang dia harus diterima akibat perbuatannya.

‘ Maafkan abang, Hannah. Tolong, jangan tinggalkan abang lagi…’ bisik hati Syed Muzaffar. Kelajuan kenderaan yang dipandu bagaikan menempah maut itu tidak dihiraukan. Biarlah beratus saman dia sanggup bayar, asalkan dia sempat menghalang isterinya dari meninggalkan dirinya atas permintaan bodohnya.




EMPAT TAHUN KEMUDIAN…

Aku tolak troli yang  berisi bagasi-bagasi besar milikku. Empat tahun berkelana ke negara orang membuatkan aku lupa segala-galanya yang berlaku buat seketika. Lupa masalah disini. Melihat dunia luar yang penuh dengan cabaran.

Melihat negara-negara yang ditindas membuatkan aku berfikir dugaan yang aku terima sepanjang bergelar isteri atas angin adalah tidak seberapa. Terlalu kecil dibandingkan dengan penderitaan mereka yang ditindas. Setiap hari yang berlalu menyaksikan kematian dan kehilangan anggota keluarga. Hari ini, ayah. Esok pula, ibu. Kemudian, abang diikuti kakak dan adik. Akhirnya nyawa diri sendiri pula ditarik pergi oleh golongan prejudis. Hidup tanpa kewarasan akal. Hanya tahu menindas yang lemah dan merampas jawatan malaikat mencabut nyawa. Sungguh kejam!

“ Assalamualaikum, Pa…” aku memberi salam pada lelaki separuh dihadapanku sebelum tubuh aku didakapnya. Rindu sungguh aku pada papa.

“ Waalaikumsalam, sayanggg… how was you my girl? Sihat?” soalnya.

“ Sihat. Dan offcourse makin berisi. Hati makin tenang, pa. Puas Hannah jelajah, tengok dunia luar. Baru Hannah sedar, apa yang Hannah lalui tak seberapa, pa.” ujarku pada papa.

“ Baguslah kalau macam tu. Lega papa dengar.” Kami berbalas senyuman sebelum senyuman aku mati tiba-tiba. Terbit rasa tidak puas hati.

“ Mama mana? Kata nak jemput Hannah pagi nihh?” aku tarik muka. Alahhh, mama pasti tak datang punya nih.

“ Alahh sayanggg, mama memang nak datang tadi. Tapi tiba-tiba ada tetamu datang rumah. Takkan nak tinggalkan pula. Sorry okay dear?” aku senyum kembali. Tidak berniat mahu merajuk sama sekali.

“ It’s okay. Hannah fahammm… jomlah balik, pa. Hannah tak sabar nak jumpa dengan Hanni. Lama tak chatting dengan dia. Katanya busy dengan final exam.” Ujarku.

Papa yang aku panggil tadi ialah Datuk Abdullah bin Rahman. Ayah kandung aku sendiri. Dan aku bersyukur sangat-sangat kerana aku bukanlah anak yang tidak sah taraf. Aku anak hasil perkahwinannya bersama Datin Maria. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Hanni Zalita binti Abdullah. Aku bersyukur kerana setelah aku melangkah pergi meninggalkan rumah banglo dua tingkat milik Syed Muzaffar aku dipertemukan kembali dengan keluarga kandungku.

Kata papa, aku dibuang ke rumah anak yatim oleh abang papa yang tamakkan harta. Karna aku merupakan cucu yang ditunggu-tunggu oleh Atuk Daddy. Atuk Daddy bakal menyerahkan harta sekiranya salah seorang dari anak lelakinya memberi dia seorang cucu perempuan. Oleh kerana iri hati, papa mendapat cahaya mata perempuan, paklong tergamak menculik aku lalu membuang aku dipanti asuhan. Balasannya, paklong dipenjarakan seumur hidup.

“ Ramai ke tetamu mama, pa?” soal aku apabila abang Ikmal aka pemandu peribadi papa memarkir kereta Mercedes benz di garaj rumah.

“ Takda lah ramai sangat. Tapi mama ada buat makan-makan. Pergilah jumpa dengan tetamu mama. Mesti Hannah akan suka nanti.”

“ Takpalah pa. kejap lagi Hannah jumpa diaorang. Sebelum tu, Hannah nak naik atas dulu. Nak jumpa Princess Hanni dan nak landing atas katil dalam bilik Hannah kejap.” Aku menyengih pada papa. Sebenarnya mahu lari dari berjumpa dengan tetamu-tetamu mama.

Pasti ada anak kawan mama yang mahu dikenenkan dengan aku. Dulu sebelum aku berangkat mama pernah mengenalkan aku dengan anak kawannya. Tapi aku menolak dengan baik. Aku masih merahsiakan soal ikatan perkahwinan antara aku dan Syed Muzaffar dari pengetahuan keluarga ku. Buat apa dicanangkan, sedangkan aku hanya isteri yang digantung tak bertali.

“ Hmm, ni alasan untuk lari kan?” duga papa. Aku menyengihh.

“ Belum bersedia lah, pa.” alasan yang sama aku berikan empat tahun lalu.

“ Cuba kamu tengok dulu. Papa yakin kamu akan sukakan pilihan papa dan mama kali ini.” Perasaan aku mula tidak enak. Nampak macam permintaan papa dan mama semakin berat.

“ Pa, sebenarnya Hannah ada benda nak bagitahu papa dan mama… pasal…” belum sempat aku menjelaskan papa sudah mencelah.

“ Nanti malam lah kita bincang. Hannah naik atas dulu. Take your rest.” Arah papa.

“ Okey pa…” aku menyeret kaki ke atas. Bilik yang tertulis Hanni Zalita aku ketuk dahulu sebelum tombol pintu aku pulas.

“ Hanni!!!”

“ Hannah!!!”  jerit kami serentak. Hanni berlari sebelum memeluk tubuh aku erat.

“ Hanni rindu Kak long…”

“ Kaklong pun rindukann Hanni sangat-sangatt.” Balas aku sambil mencium pipi Hanni Zalita, adik kandungku.

Puas bersembang dengan Hanni aku melangkah masuk kebilik aku yang bersebelahan dengan bilik Hanni. Rindu juga dengan bilik ini. Bilik yang menyimpan kisah duka dan rahsia aku. Perlahan aku menapak ke katil. beg tangan jenama Gucci aku letakkan diatas katil. Almari baju aku hampiri sebelum aku buka.

Deretan baju aku terlihat. Kegilaan aku membeli belah sehingga berlonggok-longgok baju sehingga tak terpakai menyebabkan almari ini penuh dengan baju-baju aku. Namun sekarang kegilaan yang satu itu sudah hilang. Belum sempat almari ditutup, mata aku menangkap sesuatu yang aneh.

Kain pelekat?

“ Hai sayanggg…” terperanjat dengan panggilan manja itu membuatkan aku pusing badan menghala kearah pintu bilik. Mata aku terpaku pada seraut wajah yang sudah lama tidak menyapa pandangan aku.

Syed Muzaffar?

“ Emmm…Syed…?!”  Syed Muzaffar mengunci pintu bilik aku setelah menutupnya lalu berjalan menghampiri aku. Dia berhenti betul-betul dihadapan aku. Atas bawah diteleknya sebelum dia merangkul aku kedalam pelukannya. Aku yang masih terkejut terus kaku.

“ I miss you so much dear…” mendengar suaranya membuatkan aku terimbau kenangan lampau. Kata-katanya masih terngiang-ngiang ditelingaku.

‘ Gantung tak bertali…’

“ Syed…” aku menolak perlahan tubuh itu. Rasa membahang saat berada dekat dengannya. Ternyata, tempoh empat tahun masih tak mampu menghentikan getar yang ada.

“ Sayanggg…”

“ Lebih baik awak keluar sebelum orang perasan awak masuk bilik saya…” arahku padanya. Syed Muzaffar yang memang tak pernah makan saman, terus landing atas katil dalam bilik aku. Macam dah biasa dengan suasana bilik aku saja lagaknya.

“ Keluarlah cepat…nanti mama dan papa saya nampak kita berdua dalam bilik ni, habislah saya…” ujarku lebih kepada merayu. Dirinya aku dekati sebelum aku kuis bahunya.

“ Biarlah orang nampak, bukan salah pun. Hannah masih isteri abang…” Syed Muzaffar terus tarik tangan aku. Akibat tidak sempat mengimbangi badan, aku turut terjatuh diatas katil. Berbaring disebelahnya. Aku ingin cepat-cepat bangun namun tangan dia lebih cekap menangkap lenganku.

“ Saya nak bangunlah…” aku menolak.

“ Temanlah abang baring kejap…” belum sempat aku membalas ujarannya, pintu bilik aku diketuk.

“ Kaklong! Oh Kaklong!” panggil Hanni. Nasib baik Syed Muzaffar mengunci pintu bilik. Kalaulah Hanni buka pintu bilik tadi.

“ Ya!” sahutku.

“ Mama panggil turun bawah. Mama kata malam-malam nantilah lepas rindu pun. Turun cepat. Kalau tak mama nak naik atas.” Aku langsung tidak mengesyaki apa-apa dengan kata-kata Hanni pantas menjawab.

“ Ya. Kaklong turun sekarang. Hanni turun dulu, iyee?”

“ Oraittt…” balas Hanni sebelum terus menyepi. Mungkin sudah turun kebawah.

“ Saya nak kena turun bawah ni. Awak tunggu saya turun dulu, lepastu awak turun ikut tangga belakang dan terus keluar ikut pintu dapur. Macam mana yang awak masuk tadi.” Arahku dengan serius. Syed Muzaffar tidak bersuara, hanya senyuman yang dilemparkan padaku. Senyuman yang tak pernah aku lihat sepanjang menjadi isterinya. Senyuman itu hanya pernah kulihat saat bergelar kekasihnya suatu ketika dahulu.

Suasana meriah dibawah membuatkan aku berdebar-debar untuk melangkah turun kebawah. Risau jika mama dan papa benar- benar mahu mengenalkan aku dengan anak kawan mereka. Aku masih bersuami, jelaslah aku tidak boleh menerima sesiapapun. Natijahnya, aku perlu berterus terang. Namun debaran makin kuat menampar dada saat melihat gerangan tetamu mama dan papa.

Bonda dan Papa? Apakah semua ini?

“ Hannah…” aku tunduk cium tangan Bonda sebelum tubuhku hilang dalam rangkulannya.

“ Bonda rindukannn Hannah, sayangggg…”

“ Hannah pun rindukann Bonda jugakk…” saat itu aku perasan mama, papa dan Hanni sedang memerhatikan aku dan Bonda. Dan saat itu juga aku tahu rahsia bukan lagi rahsia.

“ Ma, Pa, Hanni… Hannah boleh jelaskan semua…” belum sempat aku bersuara.

“ Hah, Syed…” Papa bersuara.

“ Abang Long…” Hanni memanggil. Saat itu dahi aku berkerut. Belum sempat aku kalih, Syed Muzaffar sudah berdiri tegak disisi aku dan Bondanya.

Apa semua ni?

“ Apa semua ni?” aku menyoal.

“ Takpa, biar Syed yang jelaskan semuanya.”

“ Hah, pergilah berbincang. Kami semua tunggu dekat sini saja.” Putus Papa Syed Muzaffar.

“Apa semua ni, Syed?” terus aku tanya. Tak mahu berselindung lagi.

“ Duduk dulu. Baru abang jelaskan semuanya.” Terus aku duduk.

“ Sebenarnya, Mama dan Papa dah tiga tahun tahu pasal hubungan kita.”

“ Macam mana dia orang tahu?” aku menyoal lagi.

“ Setahun lepas Hannah tinggalkan abang, Bonda minta abang hantar dia ke rumah Auntie Maria. Lepastu Bonda tertengok gambar sayang dengan mama, papa dan Hanni. Tak sangka pula best friend Bonda tu mertua abang.”

“ So, awak memang pernah bermalam dekat sini? Di bilik saya?” Syed Muzaffar mengangguk. Jadi kain pelekat tu memang dia punya lah?

“ Dah dekat tiga tahun abang ulang alik rumah Bonda dengan sini. Rumah kita abang tinggalkan sampai Hannah sudi balik sana dengan abang.”

“ Hannah masih marahkan abang?” soalnya. Aku menggeleng.

“ Saya tak pernah marah awak. Lagipun, awak berhak marah saya sebab saya jumpa dengan Syafiq tanpa izin awak.”

“ Abang dah tahu semuanya. Syafiq dah ceritakan segala-galanya pada abang. Hannah memang berhak untuk benci abang.”

“ Kalau saya boleh bencikan awak, dah lama saya benci. Tapi saya tak boleh benci orang yang saya cintai.” Syed Muzaffar tersenyum mendengar bicara aku. Memang hakikatnya. Cinta aku masih padanya.

“ Hannah masih cintakan abang?”

“ Bodohkan saya nihh?” soalannya aku balas dengan soalan.

“ Terima kasih sayanggg…” dia mendekat seakan mahu memeluk aku tapi aku pantas menjauh. Cinta memang cinta namun tak semudah itu untuk aku terima dia semula.

“ Tak semudah tu, Encik Syed Muzaffar…” aku pula tersenyum penuh makna.





HAMPIR TIGA BULAN Syed Muzaffar menjalankan misinya untuk menawan kembali hati aku. Hari-hari dia surprisedkan aku dengan macam-macam. Ada satu hari, dia bawa aku pergi berkelah tepi tasik. Siap sediakan belon-belon semua. Dah macam orang yang hangat bercinta.

“ Kaklong, Hanni nak  tanya sesuatu boleh tak?” Hanni menyoal aku saat aku sedang membantu mama menyediakan sarapan pagi.

“ Ehh, tiba-tiba minta izin dulu baru nak tanya. Sebelum ni main redah saja.” Sindir mama. Hanni mencebik. Aku cuma tersenyum.

“ Alah, mama nihh. Bukan selalu Hanni nak minta izin tau. Orang-orang tertentu saja. Kaklong kira bertuah tahu tak.” Hanni bela diri.

“ Tanyalah cik adik oii…”

“ Agak-agakkan Kaklong kan, sampai bila Abang Long kena buat semua nih?” ujarnya. Aku ketawa kecil sebelum memandang muka mama.

“ Hmm Ma, agak-agak mama kann berapalah abang Long dia bayar dia kan?” Giliran mama pula yang ketawa. Sah-sah budak ni jadi tali barut Syed Muzaffar.

“ Apa pulak? Mana ada abang Long bayarkan. Hanni cuma nak tahu saja.” Balas Hanni.

“ Saja. Biarlah abang Long betul-betul bersungguh dengan Kaklong. Saja nak rasa macam orang muda-muda bercinta. Dia datang sini jemput Kaklong. Keluar jalan-jalan. Kan best macam tuhh?” sengaja aku mengapi-apikan Hanni. Tahu dia bakal bagi full report pada abang ipar kesayangannya nanti.

“ Eleh, itu orang muda yang bercinta. Kaklong tu dah dua puluh lapan tahu tak? Dah tua. Patutnya ada anak berderet dah…”

“ Hish, budak niii….” Mencicit Hanni lari meninggalkan dapur. Kedengaran tawanya masih bersisa.

Syed: Salam Puan Hannah, ni saya Fakhrul. Saya tolong pegangkan handphone Encik Syed. Dia kemalangan jalan raya. Sekarang, dia tengah terima rawatan di unit kecemasan KPJ Ampang. Mohon Puan datang dengan segera.

Terlepas telefon dari genggaman aku. Telefon yang hancur berkecai langsung tidak mampu menarik perhatian aku untuk melihatnya. Aku masih berdiri pegun. Kaku. Otak menerawang pada peristiwa yang hampir sama seperti hampir lima tahun dahulu. Saat aku menerima berita Syed Muzaffar kemalangan.

“ Hannah, kenapa ni sayanggg?” soalan dari mama membuatkan aku kembali ke alam realiti. Mungkin dia cuma cedera biasa. Tidak separah dahulu. Aku cuba mendidik hati agar tenang.

“ Abang…abang Zaff kemalangan, ma…” tenang aku memberitahu mama. Riak selamba sedaya upaya aku tampilkan. Tidak mahu terburu-buru.

‘Dia cuma kemalangan kecil sahaja.’ Bisik hati kecil aku.

“ Hannah nak pergi hospital dulu, Maa.” Pinta aku. Berlari aku keatas untuk mengambil beg tangan sebelum berlari juga turun kebawah.

“ Mama ikut Hannah.” Ujar mama yang sudah sedia dengan beg tangannya. Aku mengangguk. Mama juga pasti mahu melihat keadaan menantunya.

Tak sampai lima belas minit kemudian, kami tiba diperkarangan hospital. Aku bergegas kebahagian kecemasan bersama mama. Abang Ikmal menyusul kemudian kerana dia perlu mencari parkir terlebih dahulu. Dia juga risaukan keadaan Syed Muzaffar lantaran hubungan baik yang terjalin antara mereka sejak tiga tahun lalu. Kata Syed Muzaffar mereka sering main futsal bersama

“ Nurse, ada tak nama pesakit Syed Muzaffar. Dia baru dimasukkan ke sini. Dalam setengah jam yang lalu.” Aku bertanya pada jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan.

“ Nama pesakit?” tanya jururawat yang memakai tag nama Aina itu sekali lagi. mungkin dia tidak dengar saat aku memberitahunya tadi lantaran keadaan unit kecemasan yang sentiasa penuh dengan orang.

“ Syed Muzaffar.” Balas aku pendek. Kerisauan menguasai diri aku.

“ Sekejap ye, Puan. Saya check dalam data dulu…” aku dan mama menanti penuh debaran.

“ Maaf Puan. Pesakit yang bernama Syed Muzaffar baru didaftarkan dalam list pesakit yang meninggal dunia. Baru sepuluh minit lepas. Puan boleh ke bahagian wad mayat untuk membuat pengesahan selanjutnya…” ujar jururawat tersebut.

“ Allah…” telinga aku mendengar mama mengucap sebelum sunyi seketika. Otak aku tepu. Langsung tidak dapat mencerna kata-kata jururawat tadi.

Syed Muzaffar? List pesakit yang meninggal? Meninggal dunia?

Bukk! Aku pengsan.


Dua jam setelah pengsan aku kembali membuka mata. Sangkaan aku pasti mimpi ngeri yang menganggu lena aku. Namun melihat keadaan sekeliling membuatkan aku yakin bahawa aku bukan bermimpi.

Perlahan-lahan air mata menitis dipipi. Ingin sekali aku menyeka namun aku rasakan seluruh tubuhku tak mampu bergerak. Lemah. Jiwa aku seakan mati. Mati bersama Syed Muzaffar. Dari tangisan kecil, aku mula meraung. Kuat dan semakin kuat.

“ Abang!!! Jangan tinggalkan Hannah… Hannah nak hidup dengan abang…” aku mula menjerit. Inilah yang dinamakan tangisan tak berlagu. Bila dia ada di hadapan mata aku tak menghargainya. Namun bila sudah tiada? Meraung tidak berguna lagi.

“ Sayanggg… what happened?” soal satu suara. Aku mendonggak. Syed Muzaffar. Aku masih lagi menangis cuma tidak lagi meraung. Syed Muzaffar sudah meninggal? Itu berita yang aku terima. Tapi sekarang?

“ Abanggg…” aku menangis dalam pelukan Syed Muzaffar. Dia membalas pelukanku sambil mengusap belakang badanku.

“ Syuhhh, abang ada ni sayanggg. Abang takkan tinggalkan Hannah.” Pujuknya.

“ Fakhrul kata abang accident?” bentak aku. Takkan dia menipu aku.

“ Abang memang accident. Tak nampak tangan abang berbalut ni? sakit tahu sayang peluk tadi…” adu Syed Muzaffar. Baru aku perasan tangan dan kepalanya berbalut.

“ Sorry abanggg… tapi nurse tadi cakap…” belum sempat aku menyoal, Syed Muzaffar meletakkan jarinya dibibir aku untuk mematikan bicara aku.

“ Nurse tersilap. Ada dua pesakit yang nama sama dengan abang. Syed Muzaffar. Tapi yang meninggal dunia tu bukan sebab kemalangan. Tapi sebab kanser. Sayang tak bagitahu Syed Muzaffar yang kemalangan. So that, I guess the nurse may get confius.” Terang Syed Muzaffar tanpa dipinta.

“ Apa-apa jelah. Yang penting, abang selamat. Nyaris-nyaris putus nyawa Hannah. Hannah tak dapat bayangkan, apa akan jadi kalau semua ni benar-benar terjadi.”

“ InsyaAllah, Allah masih inginkan abang terus bersama Hannah, kekasih abang pengarang jantung abang.” Ujar Syed Muzaffar melapangkan dada aku.

“ Tapi Hannah isteri abang, bukan kekasih.” Bidas aku. Sengaja nak gaduh-gaduh manja. Air mata dipipi aku disekanya. Buang karan saja, menangis beria-ia. Nasiblah Encik Suami aku saja yang tengok. Kalau tak, memang malu tujuh keturunan.

“ Remember what I said masa kita dekat kampus dulu?” soalnya. Aku mengangguk. Masakan aku lupa kata-katanya. Dan juga pengukuh cinta kami dulu. Dan InyaAllah selamanya sehingga ke jannah.

Protect your girlfriend like your daughter, love her like a wife and respect her like your mother.

‘ Thank you, Kekasihku yang dulunya turn to Setan. Alhamdulillah, sekarang dah turn to Pencinta Setia kembali.’ Bisik hati aku. Moga cinta kami abadi selamanya. Ameen.

pesanan penaja: kindly left your comment. hehe