PASAL QIN AMJA

Monday, 24 April 2017

CERPEN : SUAMIKU BUKAN LELAKI HEARTLESS

NAMA PENULIS : QIN AMJA
TARIKH POST : 24 APRIL 2017
TAJUK : SUAMIKU BUKAN LELAKI HEARTLESS

P/S : cerpen ini belum siap sepenuhnya lagi. So, segala typo sila abaikan dahulu. Nanti saya edit balik. Akay? Cerpen ini sempena genap setahun saya tak post apa apa dekat ini. Hampir genap setahun saya sambung belajar di UiTM Seri Iskandar. In a few days saya akan upload full version. Harap masih ada yang sudi membaca coretan ini.😄



#cerpen #SUAMIKU BUKAN LELAKI HEARTLESS. Actually, mr heartless ni wujud. Tapi to be my husband is quite imposibble la sebab dia memang tak pernah senyum or marah or apa2 pon. Tu sepanjang saya kenal dia la. He’s quite handsome with senyum senget yang memang payah gila nak nampak. Tapi this cerpen takde kena mengena pon dengan dia,okay! Enjoy it.

“ DASAR PEMBANGUNAN ekonomi negara diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian. Antara dasar-dasar pembangunan ekonomi ialah…” proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas 5 Amal terganggu apabila cikgu Mazuha perasan salah seorang dari anak muridnya sedang mengelamun.

“ Humairah! Humairah!” berkali-kali cikgu Mazuha memanggil namun Aisyah langsung tidak menyahut. Matanya masih memerhati ke hadapan kelas namun otaknya sudah menerewang merata.

“ Emmm… ya!” Kalut Aisyah menyahut setelah disiku oleh Salina, rakan sebelah mejanya. Mencerlung tajam mata Cikgu Mazuha memandangnya. Tahu dia sudah melakukan kesilapan di dalam kelas iaitu tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran.

“ Kamu ada apa-apa masalah ke?” soalan Cikgu Mazuha dibalas dengan gelengan lemah oleh Aisyah.  Tidak terdaya untuk dia meluahkan rasa yang terbuku.

 Matanya memandang susuk tubuh seorang lelaki yang duduk di meja bersebelahan dengan meja guru. Muhammad Amir Fairuz. Mahu melihat reaksi lelaki itu. Namun hampa. Lelaki itu memang benar-benar heartless. Langsung tidak bereaksi.

“ Humairah!” fokus mata Aisyah kembali terarah pada Cikgu Mazuha.

“ Kenapa dengan kamu ni? Kalau ada masalah bagitahu pada cikgu. Bukan mengelamun macam ni…” nasihat Cikgu Mazuha. Dia pasti anak muridnya ini sedang mempunyai masalah. Selama ini Aisyah adalah seorang anak murid yang sangat rajin dan selalu menumpukan fokus pada pembelajaran.

“ Maafkan saya cikgu…” Aisyah langsung tidak mahu bercerita. Satu keputusan telah dibuat dan dia tekad walau apapun yang bakal terjadi.

Cikgu Mazuha mengeleng kepala sebelum meneruskan pengajarannya yang masih berbaki setengah jam lagi. Namun dia perasan, Aisyah seperti gelisah dan tidak menumpukan pada pengajarannya.


AISYAH: jumpa saya dekat belakang blok B lepas habis waktu sekolah. please, urgent matter.


Nota kecil yang dilekatkan dalam buku notanya dipandang sepi. Fairuz kembali menumpukan perhatiannya kepada Cikgu Mazuha yang masih mengajar.





MAAFKAN SAYA Ruz, saya terpaksa buat semua ni. Cuma awak saja yang boleh tolong saya.’ Aisyah terpaksa membuat keputusan segila ini demi masa hadapannya yang kian kelam. Perutnya yang kempis diusap. Setitis air mata yang jatuh dipipi diseka. Dia tidak boleh berpatah balik. Semua yang dirancang perlu terlaksana dengan jayanya.

“ Ada apa kau nak jumpa aku ni? cepat sikit, aku nak balik.” Soal Fairuz tanpa perasaan. Dia berdiri di hadapan pintu bilik stor manakala Aisyah duduk dikerusi dibawah pokok beringin.

Aisyah bangun dari duduknya tadi sebelum menghampiri Fairuz yang berdiri tanpa memandangnya. Badan tegap lelaki itu ditarik masuk kedalam bilik stor.

“ Apa kau nak buat ni? Kau dah gila ke?” naik seoktaf suara Fairuz namun wajahnya masih seperti selalu. Tanpa perasaan. Cuma rahangnya saja yang bergerak-gerak tanda lelaki itu sedang dalam amarah. Tanpa mempedulikan pertanyaan Fairuz, Aisyah terus mendekati lelaki itu sebelum memeluk tubuh tegap itu.

“ Ruz, I really need you right now… tolong sayaaaa…” lirih Aisyah bersuara dengan air mata yang bercucuran keluar dari kelopak matanya. Tangisannya pecah. Pelukan ditubuh lelaki itu dieratkan dek kerana tolakan lelaki itu.

“ Kau sakit ke? Kalau sakit pergi klinik. Bukan datang dekat aku…”

“ Tak. Saya tak sakit. Saya cuma nak awak…” Aisyah masih dalam posisi tadi. Tangisannya masih belum terhenti. Inilah kerja gila yang dia sedang lakukan.

“ Kenapa dengan kau ni? Lepaslah, orang nampak susah nanti.” Dalam pada cubaan Fairuz melepaskan pelukan antara mereka menyebabkan dia dan Aisyah  terjatuh di atas tilam lompat tinggi. Badan tegap Fairuz telah menghempap tubuh kecil milik Aisyah.

“ Astagfirullahalazim…apa kamu berdua buat ni?” serentak pintu bilik stor terbuka dan suara pekikan Ustazah Asma menerjah cuping telinga. Apa yang berlaku di hadapan matanya sangat tidak boleh diterima akal. Fairuz yang merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah sanggup melakukan perkara terkutuk dengan Aisyah.

“ Ustazah, tolong saya… Fairuz nak rogol saya…” Aisyah menolak tubuh Fairuz yang menghempap badannya lalu berlari kearah Ustazah Asma. Dia memeluk Ustazah Asma sambil menangis teresak-esak lagak seperti benar-benar Fairuz mahu merogolnya. Padahal tangisan itu kerana terpaksa memerangkap lelaki sebaik itu untuk menyelamatkan seluruh kehidupannya.

“ Fairuz, apa yang kamu dah buat ni?” soal Ustazah Asma dengan muka yang berang. Suaranya juga meninggi. Tangannya mengusap belakang Aisyah untuk menenangkan anak gadis itu.

“ Saya…saya…”Fairuz tergagap-gagap. Dia bagaikan kelu untuk bersuara. Otaknya masih belum mencerna situasi yang dia sedang berhadapan. Tiba-tiba otak geliganya yang sentiasa cekap mencerna pengajaran terasa berhenti berfungsi.

“ Ikut saya ke pejabat. Sekarang!”  putus Ustazah Asma. Dia berjalan menduhului Fairuz bersama-sama Aisyah.

Fairuz duduk bertentangan dengan Aisyah  di dalam bilik guru penolong kanan hal ehwal murid. Matanya merenung tajam kepada Aisyah yang masih tidak henti-henti menangis. Meluat dibuatnya.

“ Shh, jangan nangis Humairah. Ustazah sudah telefon bapa Fairuz dan ibu kamu. mereka dalam perjalanan ke sini.” Pujuk Ustazah Asma. Fairuz terkejut. Takkan mesti dilibatkan papanya dalam soal ini.

“ Ustazah, tak payah la call papa. Hal kecik saja ni. Takkan sampai nak call papa pulak. Lagipun, papa tengah busy sekarang ni.” Fairuz yang tadinya cuma berdiam diri mula bersuara. Dia tahu akan kesibukan papanya.

“ Hal kecik kamu cakap. Kamu sedar tak apa yang kamu cuba lakukan tadi? Tindakan kamu boleh menghancurkan masa hadapan Humairah. Kamu tahu tak?” Ustazah Asma menyoal. Dia enggan memarahi Fairuz tanpa menyoal terlebih dahulu.

“ Tahu. Tapi saya diperangkap, ustazah.” Fairuz cuba mempertahankan diri.

“ Sudah la Fairuz. Kejap lagi kita berbincang dengan ibu bapa kamu berdua. Ustazah tak boleh buat keputusan apa-apa. Ini melibatkan soal maruah.” Putus Ustazah Asma.





“ Anak kurang ajar!!! Apa kau dah buat? Aku hantar kau pergi sekolah suruh belajar bukannya rosakkan anak dara orang!!!” Bergema bilik itu dengan suara jerkahan Encik Amri. Kemarahannya memuncak saat melihat wajah kering anaknya. Langsung tidak beriak takut setelah melakukan kesalahan yang berat.

“ Ruz tak buat, pa! sumpah!!! Ruz tak sentuh dia pun.” Fairuz membela diri meskipun terang-terangan kesalahan bakal diletakkan diatas bahunya.

“ Tak sentuh kau cakap? Kalau kau tak sentuh dia kenapa ustazah ni cakap dia tangkap kau tengah peluk budak perempuan ni? cakaplah…” jerkah Encik Amri lagi. Kali ini Fairuz tidak lagi membalas. Terang-terangan dia ditangkap ketika sedang badannya berada diatas gadis itu.

“ Sabar Encik Amri… bawa bertenang. Benda ini kita boleh berbincang…” pinta Ustazah Asma. Aisyah masih lagi menangis dalam pelukan ibunya. Puan Siti langsung tidak bersuara semenjak dia sampai tadi. Dia turut terkejut dengan berita yang disampaikan padanya.

“ Sabar apa nya ustazah? Dah dia buat tak elok. Ustazah bawa saja dia pergi balai polis. Biar dia rasa sikit. Senang-senang saja nak rosakkan anak dara orang.” Putus Encik Amri dengan berang. Meskipun Fairuz adalah satu-satunya anak lelaki tunggal dia bersama arwah isterinya namun dia tetap akan menghukum jika anaknya melakukan kesalahan.

“ Jangan pakcik!!!” cantas Aisyah. Dia sudah cuak. Lain rancangannya lain pula yang terjadi. Kalau betul-betul Fairuz dibawa kebalai polis dialah orang yang akan menyesal seumur hidup kerana memerangkap lelaki itu.

“ Kenapa pulak jangan? Kamu jangan nak bela dia. Sepatutnya sebagai lelaki dia perlu jaga maruah seorang perempuan, bukan rosakkan.”

“ Malu pakcik. Syah malu kalau semua orang tahu tentang hal ini. Mesti semua orang akan tuduh Syah yang goda Ruz. Pakcik sendiri tahukan macam mana budak-budak lain hormatkan Ruz dekat sekolah ini.” Pinta Aisyah. Pasti tidak akan ada yang percaya dengan kata-katanya kerana Fairuz bukan lelaki jenis suka menyendeng sebelah perempuan. Sebab itu juga dia pilih Fairuz sebagai pak sanggup untuknya.

“ Tapi dia patut di hukum!”

“ Tolonglah pakcik. Syah taknak orang pandang serong pada ibu. Kami baru saja kehilangan ayah pakcik. Syah harap pakcik jangan bawa Ruz ke balai polis.” Aisyah memandang Encik Amri penuh pengharapan.

“ Baiklah, tetapi Ruz mesti bertanggungjawab keatas apa yang telah dia lakukan. Pakcik harap kamu dapat terima Muhammad Amir Fairuz sebagai suami kamu.”

“ Syah ikut saja apa kata pakcik. Apa yang baik untuk pakcik baiklah untuk Syah.” Aisyah bagaikan menurut saja padahal ini sememang rancangan asalnya. Memerangkap Fairuz kealam perkahwinan bersamanya.

“ Syah, ibu tak setuju. Kenapa sampai perlu nikah? Kamu masih muda. Biar saja ustazah kamu bawa budak tak guna tu ke balai polis.”

“ Ibu!!”

“ Dia nak rosakkan anak ibu. Takkan ibu nak terima dia jadi menantu ibu.” Puan Siti setuju dengan cadangan Encik Amri tadi untuk menyerahkan Fairuz kepada pihak polis.

“ Ibu nak kalau semua orang tahu pasal ini? Ibu nak turun naik mahkamah dan semua orang pandang serong pada anak ibu ni? Semua orang akan salahkan Syah nanti…” Puan Siti mati kata dengan kata-kata anaknya yang ada benarnya.






Perkahwinan antara Aisyah dan Fairuz bakal berlangsung sebulan selepas dari kejadian itu. Semuanya dirahsiakan dari pengetahuan umum. Hanya Ustazah Asma, Encik Amri, Puan Siti serta Fairuz dan Aisyah sahaja yang tahu cerita sebenar. Rakan-rakan sekelas mereka juga tidak tahu menahu. Salina adalah orang yang paling terkejut saat menerima undangan dari Aisyah.

“ Wey kau betul-betul serius nak kahwin dengan Fairuz? Mamat heartless tu? Biar betikk kau niii??” soal Salina terperanjat.

“ Betullahh. Takkan aku nak main-main dengan kau pulak.”

“ Tapi aku peliklahhh!”

“ Pelik kenapa pulak?”

“ Yelah, sejak bila pula kau bercinta dengan mamat heartless tu? Pulak tu, nak kahwin dalam masa terdekat ni. Seminggu saja lagi. Jangan-jangann…” Salina curiga. Takkan mamat heartless tu terbekenan dekat kawannya yang tiga suku ini?

“ Jangan-jangan apa?”

“ Jangan-jangan kau dah mengandung anak dia. Tu yang cepat-cepat nak kahwin kan??” Aisyah sekeh kepala Salina.

“ Kau jangan fikir macam-macam boleh tak, Ina? Mulut kau boleh tahan puaka jugak kann? Mamat heartless yang sebut-sebut dari tadi tu husband to be aku tahu. So stop calling him like that.” Ujar Aisyah selamba.

“ Amboii… belum jadi suami lagi, kau dah pandai back-up dia kann?”  perli Salina sambil membuat memek muka meluat. Dia terima saja jika jodoh sahabatnya sudah sampai. Dia akan doakan yang terbaik untuk Aisyah.

“ Weyy, betul-betullahhh. Aku nak tahu kenapa kau tiba-tiba nak kahwin dengan Fairuz? Share lah dengan aku. Aku kann kawan dunia akhirat kau.” pujukan Salina tidak akan membuatkan Aisyah membuka mulut kali ini.

“ Taktik kau takkan menjadi kali ni, wahai cik Salina.”

“ Aku merajuk dua bulan dengan kau.” Salina memalingkan wajahnya. Tidak mahu menghadap Aisyah. Dia tahu Aisyah tak boleh kalau takda dia.

“ Okey, aku bagitahu kau…” Aisyah menundukkan wajahnya. Dia terpaksa beralah. Dengan Salina saja dia selesa berkawan. Kalau takda Salina dengan siapa dia nak berborak dan meluahkan perasaan nanti?

“ Cepatlahhh cakappp… aku nak tahu ni…” Salina tayang wajah teruja.

“ Sebenarnya…” ujar Aisyah lambat-lambat.

“ Sebenarnya??” Salina turut mengajuk sama.

“ Sebenarnya…sebenarnya…”

“ Sebenarnya apa? Kau ni lambat lahhh…” Aisyah sengih melihat cemberutan Salina.

“ Okey, sebenarnya papa Fairuz dengan ibu aku yang nak jodohkan kita orang.” Sekali nafas Aisyah menuturkan ayat tadi.

“ Takkan sebab tu saja?” Salina seakan tidak berpuas hati.

“ Sebab tu jelah. Nak sebab apa lagi…” ujar Aisyah. Tangannya ligat mengemaskan buku-buku sekolah. Kelas mereka lama lenggang memandangkan waktu sekolah telah tamat setengah jam yang lalu.

“ Aku balik dulu lahhh iyee, Ina…” ujarnya lalu mencuit pinggang Salina yang semenangnya sensitif. Aisyah pernah mengusik Salina dahulu. Katanya kesian pada suami Salina nanti kerana isteri terlalu sensitif. Main tapak tangan saja dah geli. Inikan pula tempat lain.

Salina yang terkejut pantas mengejar Aisyah yang sudah berdecit lari meninggalkannya. Aisyah menyembunyikan diri dibelakang bangunan sekolah. Tanpa sedar, ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.

“ Hisy, apa awak nihh?” jerit Aisyah perlahan apabila dia melihat Fairuz adalah gerangan yang memeluk pinggangnya. Fairuz melepaskan pelukan dipinggang Aisyah sebelum berkata.

“ Kenapa nak marah-marah ni, sayang? Ingat kau tukan tengah mengandungkan anak aku, jadi jangan nak berlari sangat. Tak elok untuk baby.” Ucap Fairuz sambil mengusap perut Aisyah yang kempis.

“ Saya tak mengandung lah!!!”

“ Habis apa motif kau perangkap aku? Cuba kau bagitahu aku, sebab apa kau tuduh aku nak rogol kau? sedangkan sentuh kau pun aku tak pernah!!”

“ Saya ada alasan saya sendiri sebab apa saya buat macam ni…” jawab Aisyah perlahan.

“ Bagitahu lah!!!”

“ Tak nak!!!”

“ Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau sebab kau dah buat benda bodoh ni dalam hidup aku. Kau dah teringin sangat nak jadi wife aku, kan? So welcome to the hell!” ujar Fairuz seraya berlalu. Tak pernah Aisyah melihat Fairuz semarah dan setegang itu.

“ Fairuz…maafkan saya…” Aisyah tersandar lemah di dinding bangunan sekolah. Air matanya merembes perlahan. Rasa sesal bercampur dengan rasa bersalah. Namun dia tiada terdaya mahu merubah semuanya keasal semula.

Ini lah yang dikata terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?

Badan sendiri yang binasa.

Nun disatu sudut ada seseorang yang sedia memerhati pertelingkahan yang baru berlangsung sebentar tadi. Dia tidak salah melihat dan mendengar. Dan dia yakin si gadis ada rahsia tersendiri dengan memerangkap si jejaka.

‘ Kenapa kau buat macam ni, Syah..’






“ Pengantin lelaki sudah bersedia?” tanya Imam Hassan merangkap tok kadi yang bakal menikahkan Fairuz dan Aisyah.

“ Ya.” Jawab Fairuz dengan yakin.

“ Baguslah kalau macam tu, boleh lah kita mulakan sekarang.” Balas Imam Hassan.
Sayup-sayup kedengaran suara Fairuz melafazkan ijab beserta qabulnya di pendengaran Aisyah.

“ Aku terima nikahnya Aisyah Humairah binti Farid dengan mas kahwinnya…”

“ Sah? Sah! Sah!”

“ Alhamdulillah…” buat beberapa ketika suasana sunyi seketika sebelum Fairuz diminta untuk membacakan lafaz tahlik.

“ Saya Muhammad Amir Fairuz Bin Amri dengan ini mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Aisyah Humairah Binti Farid selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama tempoh tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah dan ia memberi kepada mahkamah syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

“ Tahniah Syah, aku doakan kau bahagiaa dunia dan akhirat. Aku sayangkan kau, Shah…” Salina tarik Aisyah kedalam pelukannya sebelum dia berbisik perlahan.

“ Aku percayakan kau, Syah. Aku yakin kau ada alasan yang kukuh untuk pernikahan ni… ingat Syah, aku akan selalu ada untuk kau…”

“ Ina…” Aisyah tersentak. Salina tahu rahsia dia? Dari mana? Fairuz? Mustahil. Bukannya Fairuz pernah berhubung dengan Salina pun sebelumnya.

“ Aku yakin dan percayakan kau, Syah… jangan risau.” Salina genggam erat tangan sahabatnya, Aisyah. Dia menghulurkan senyuman manis buat Aisyah.

“ Kau dah jadi isteri Fairuz, jaga dia baik-baik. Aku yakin dia seorang yang baik. Allah memang dah tetapkan jodoh kau orang untuk bersama.” Nasihat Salina berikan pada Aisyah. Aisyah tidak mampu bersuara. Dia cuma mampu mengangguk. Malu tertangkap dengan sahabatnya.

“ Tahniah Fairuz dan Humairah. Cikgu harap kamu berdua sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat dan cemerlang dalam keputusan SPM kamu berdua nanti. Fairuz, kamu boleh tolong ajarkan isteri kamu ni mana yang dia lemah.” Cikgu Saodah tak ketinggalan memberi sedikit nasihat buat kedua-dua pengantin baru.

“ Baik, cikgu.” Balas Fairuz pendek.






Buat Fairuz,

Saya mintak maaf sebab heret awak dalam masalah saya. Saya dah buntu macam mana nak buat. Ayah saya baru meninggal dan saya dengan ibu dah takde tempat bergantung. Saya taknak bebankan ibu untuk tanggung kami berdua. Saya tahu ibu bukan sihat sangat. Dan saya juga tak mungkin abaikan impian saya untuk jadi architect dengan berhenti belajar. Saya tahu saya pentingkan diri sendiri tapi saya takda pilihan lain.

Sekali lagi maafkan saya sebab awak terpaksa terima saya sebagai isteri awak. saya janji saya takkan tuntut sebarang hak sebagai isteri pada awak. saya dengan ibu cuma perlukan tempat untuk berlindung dan bergantung hidup. Awak boleh anggap saya sebagai mata duitan atau perempuan kaki kikis. Anggap sajalah apa-apapun asalkan awak puas. Saya Cuma mintak awak layan ibu dengan baik.

Maafkan saya juga sebab burukkan nama awak. saya janji suatu hari nanti saya akan jelaskan semuanya pada ayah awak dan pada ibu. Saya tak janji untuk jadi isteri yang sempurna untuk awak, tapi saya akan cuba jadi isteri yang baik.

Isterimu yang khilaf,
Syah


Fairuz mengeluh berat. Benar dia marah dengan perbuatan Aisyah yang memerangkap dirinya ke dalam perkahwinan ini namun tidaklah sampai berdendam. Masa kejadian di belakang sekolah itu semuanya kerana marah semata-mata.

‘ Ya Allah…’ bisik hati kecil Fairuz sebelum dia menoleh kearah Aisyah yang sudah terlena di sisi katil. Perlahan tubuh si isteri di dekati. Dia berlutut di sisi katil. Rambut Aisyah yang terurai menutupi muka dialihkan.

‘ Kuatkan hati aku, Ya Allah…’ Fairuz bangun dari duduk. Dompet di atas meja diambil dan dimasukkan kedalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik tidur. Enggan menganggu tidur Aisyah yang lena.

“ Kamu nak kemana tu, Fairuz?” soal Encik Amri. Jam di dindingdi kerling. Sudah menjangkau ke angka sebelas malam. Kemana pulak anaknya hendak merayap? Dahulu masa sebelum ada isteri tahu duduk rumah. Sekarang, sudah beristeri nak merayap malam-malam.

“ Ruz nak keluar sekejap, pa.” balas Fairuz ringkas.

“ Papa tahu kamu nak keluar, tapi nak ke mana? Kamu tu dah beristeri, tak tahu nak duduk di rumah ke? Tak kesian ke dekat isteri. Sorang-sorang dalam bilik. Pergi lah teman dia.” Bebel Encik Amri. Menjadi suami dalam usia yang muda sememangnya Fairuz perlukan banyak bimbingan darinya sebagai ayah.

“ Dia dah tidur, pa. Lagipun, Ruz pergi tak lama. Kejap lagi Ruz balik laa. Ruz pergi dulu.” Pantas Fairuz capai topi keledar dan kunci motor sebelum cepat-cepat keluar dari rumah.






Seawal jam lima pagi Aisyah bangun dari tidur. Sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun seawal ini. Dia dapat bersedia awal untuk ke sekolah selain membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Dia kerling pada suaminya di sebelah. Kelihatan Fairuz tertidur pulas sementelah dia baru pulang ketika jarum jam menginjak ke angka tiga pagi.

Selesai membersihkan diri dan lengkap berpakaian, Aisyah keluar dari kamar mandi. Almari dituju sebelum sepasang baju sekolah miliknya dan juga milik Fairuz dicapai. Selesai menyerika baju sekolah mereka, dia kembali membentangkan sejadah untuk menunaikan solat fardu subuh. Melihat Fairuz yang masih enak dibuai mimpi, Aisyah menghampiri tubuh itu.

“ Ruz…bangunlah… dah subuh ni…” panggil Aisyah perlahan. Kaki suaminya dikuis sedikit untuk mengerakkan Fairuz.

“ Apa…” soal Fairuz dengan suara serak. Dia masih mamai kerana tidur yang kekurangan.

“ Bangunlahh, solat.” Balas Aisyah ringkas.

“ Sekarang dah pukul berapa?” Fairuz memisatkan mata. Kantuk yang memberat terpaksa ditepis demi menunaikan tanggunjawab pada Ilahi.

“ Dah nak masuk pukul enam…” Fairuz tolak selimut ketepi sebelum bergegas masuk kedalam kamar mandi untuk membersihkan diri sekaligus untuk bersiap ke sekolah.

Usai membaca doa, Fairuz menghulurkan tangannya pada Aisyah. Bergetar tangan Aisyah saat menyambut huluran tangan itu. Lama dia tunduk cium tangan Fairuz. Perlahan menitis air matanya.

“ Saya mintak maaf…saya mintak maaf…” Aisyah mengulang permintaan maafnya. Fairuz usap ubun-ubun Aisyah sebelum menghela nafas berat. Bukan mudah untuk dia memaafkan Aisyah atas noda yang isterinya calitkan pada nama baik dia sendiri. Namun Aisyah sudah bergelar isterinya. Baik buruk Aisyah dia perlu terima.

“ Aku maafkan kau…” lambat-lambat Fairuz menglafazkannya. Dia benar-benar ikhlas memaknakan kemaafkannya.

“ Terima kasih, Ruz…” Aisyah memandang Fairuz. Ada senyuman kecil dibibir lelaki itu. Senyuman yang sangat sukar dia lihat.







“ Selamat pagi, ibu…” Aisyah menghadiahkan ciuman di pipi ibunya. Dia meletakkan beg sekolah dia kaki meja makan sebelum bergegas ke dapur. Dia membacuh air kopi sebagai minuman pagi. Untuk Fairuz pula, dia bancuhkan segelas milo panas.

“ Selamat pagi…” Fairuz menyapa ibu mertuanya. Senyuman ringkas dihadiahkan buat wanita separuh abad itu.

“ Selamat pagi Fairuz…” Puan Siti membalas sapaan menantunya.

“ Panggil Ruz je, ibu…”

“ Ruz? Iyelah, jemput makan Ruz. Syah, cepatlah sikit. Airnya manaa? Kang tercekik suami kamu ni.” jerit Puan Siti. Sememangnya dia tidak menyimpan dendam buat menantunya. Sudah tertulis anaknya berjodoh dengan jejaka muda dihadapannya.

“ Kejap ibu!!!” jerit Aisyah dari dapur.

“ Ibu tak makan sekali ke?” soal Fairuz prihatin.

“ Kamu makanlah dulu. Ibu kejap-kejap lagi pun boleh makan.” Puan Siti tersenyum dengan budi bahasa menantunya.

Selesai sarapan pagi, Aisyah dan Fairuz berangkat pergi ke sekolah dengan dihantar oleh Pak Mat, pemandu peribadi Encik Amri. Suasana sunyi sepanjang perjalanan ke sekolah sebelum Fairuz tiba-tiba menghulurkan sejumlah wang.

“ Untuk apa duit ni, Ruz?” soal Aisyah keliru. Tadi papa ada menghulurkan buatkan wang belanja sekolah.

“ Duit belanja kau.” balas Fairuz dingin.

“ Tadi papa dah kasi duit belanja untuk Syah.”

“ Itu duit papa. Ni duit nafkah aku pada kau. Ambil ajelah…” Fairuz mendesak.

“ Tapikan Syah kan dah janji takkan tuntut apa-apa dari Ruz.” Aisyah serba salah.

“ Ini nafkah, Aisyah Humairah. Ni dah jadi tanggungjawab aku pada kau. Ambil ni!” Fairuz pegang tangan Aisyah sebelum meletakkan wang tadi ke atas tapak tangan Aisyah.






Setelah memperoleh keputusan yang cemerlang Fairuz memutuskan menyambung pengajiannya di University of Durham, United Kingdom dalam bidang perniagaan. Manakala Aisyah memilih untuk menyambung pelajarannya di universiti tempatan sahaja.

Sudah dua tahun Fairuz di negara Eropah namun hanya sekali sahaja dia pulang. Itupun, raya puasa tahun sudah. Raya tahun ini langsung tak nampak bayang. Katanya ada trip yang wajib dia ikuti selama dua bulan.

“ Syah!!!” terperanjat Aisyah setelah disergah rakan sekuliahnya.

“ Deena. Terkejut aku…kau jangan laa macam niii. Nasib aku takde sakit jantung. Kalau tak dengan aku dengan jantung sekali jalan…” Deena menyengih mendengar bebelan Aisyah. Sudah berulang kali ayat itu meniti di telinganya namun dia saja yang tidak serik.

“ Kau dengar tak ni, Deena???” soal Aisyah.

“ Aku dengarlah. Lagi, apa lagi kau nak cakap?” Sindiran Deena buatkan Aisyah cemberut. Nasihat lah segunung pon, bukannya Deena hiraukan. Bagai mencurah air ke daun keladi sahaja, kata Farhana salah satu rakan kuliahnya.

“ Tak. Dari aku membebel dekat kau, ada baik jugak aku balik rumah. Lepak dengan kau bukan boleh belajar. Asyik gossip je.” Aisyah kemaskan barang-barangnya sebelum bangun dari kerusi di sebuah sudut di dalam perpustaan.

 Sengaja dia berkata bergitu padahal dah cukup masa dia di situ. Pak Hamid, pemandu peribadi bapa mertua akan menjemputnya pada pukul dua setengah petang. Memandangkan Aisyah tidak suka ditunggu begitu, jadi dia akan menunggu Pak Hamid lima belas minit lebih awal.

“ Kirim salam untuk ibu kau… ehh, kat dato’ jugak.” Aisyah cuma mengangguk tanda akan menyampaikan salam yang dikirim oleh Deena. Dah lebih setahun bapa mertuanya menerima pingat dato namun lelaki separuh abad itu langsung tidak riak malah semakin pemurah dalam memberi sedekah.

Bunyi pesanan ringkas yang masuk ke telefon bimbit membuatkan langkah Aisyah terhenti. Pantas tangannya meraba kedalam beg galasnya mencari telefon yang sudah terhenti deringannya.

Fairuz!

Bupppppppp…

“ Maaf maaf, saya jalan tak tengok depan…” pohon seorang lelaki yang dia tidak pasti sama ada mahasiswa atau pun bukan.

“ Saya yang sepatutnya minta maaf sebab berdiri tengah jalan macam ni. sorry…” Aisyah menghulurkan senyuman buat lelaki itu.

It is okay. By the way, apa nama awak?” soal lelaki yang memakai kaca mata yang sedang berdiri dihadapan Aisyah.

“ Aisyah. Aisyah Humairah.” Mata Aisyah menangkap kelibat kereta BMW yang dipandu Pak Hamid memasuki ruang perpustakaan.

“ Saya Far….” Belum sempat lelaki itu mengenalkan dirinya, Aisyah sudah berlalu pergi.

“ Maaf, saya pergi dulu…”

“ Farrriz Daniel…”  Fariz hanya memandang gadis ayu yang sudah berlalu pergi tanpa sempat dia memperkenalkan diri. Tanpa sedar, ada satu rasa lain yang menyelinap ke dalam hatinya.





AISYAH MELANGKAH masuk ke dalam banglo agam milik ayah mertuanya, Datuk Amri. Semenjak menerima gelaran Datuk, ayah mertuanya itu semakin sibuk dengan urusan di pejabat. Pulang pun setelah senja menjelang tiba.

Cuma mereka bertiga yang berada dalam rumah sebesar istana ini. Kadang-kadang Aisyah terasa kosong duduk dalam banglo itu. Dia di umpama burung yang dikurung di sangkar emas. Dia rasa kemewahan itu, namun dia terikat dengan status dirinya kini.

Isteri yang entah sampai bila gelaran itu akan disandangnya. Fairuz adalah suami yang bertangggungjawab. Nafkah dia tiap-tiap bulan tidak pernah lupa dikirim. Itu Aisyah tak nafikan. Namun, Fairuz langsung tidak pernah peduli soal hati dan perasaannya. Mungkin ini yang perlu dia tanggung. Dulu dia sendiri yang berjanji takkan menuntut apa-apa dari perkahwinan ini.

“ Papa dah taknak dengar apa-apa alasan lagi. No, I don’t. Dah berapa kali kamu buat macam ni? Penting sangat ke percutian kamu dengan kawan-kawan kamu tu? Apa kamu tak terfikir yang kamu sudah bekeluarga disini?” Aisyah mencuri dengar perbualan antara bapa mertuanya dengan seseorang. Yang pastinya, seseorang itu adalah suaminya, Fairuz.

“ Kamu tak fikir ke apa kata mak mertua kamu. Dah bertahun kamu tak balik. Sudah sudahlah kamu malukan papa dulu. Tak cukup lagi kamu hampir musnahkan masa depan Syah dulu semata-mata kerana kamu turutkan nafsu kamu. Sekarang pun kamu nak siksa dia lagi?” Aisyah tersenyum hambar di sebalik dinding mendengar pembelaan bapa mertuanya.

Entah bila dia punyai kemampuan untuk mendedahkan kenyataan yang benar. Entah sampai bila dia tegar mendengar suaminya dimarahi Datuk Amri kerana sebuah kesilapan yang langsung suaminya tidak lakukan. Ibunya juga kadang kala meluahkan rasa tidak puas hati dengan tingkah laku suaminya setelah terbang ke Eropah.

“ Tersiksa apanya kamu cakap? Dia tu isteri kamu, tapi ada kamu layan dia sebagai isteri. Duit yang kamu kirim untuk dia tiap-tiap bulan tu nafkah zahir, batinnya? Ada kamu peduli. Dia perlukan kasih sayang suami.”

“ Papa dah tak tahu nak cakap apa lagi. Kamu ada otak, dah boleh berfikir dengan waras. Jangan sampai orang lain dah kebas dia, baru kamu nak terhegeh-hegeh… badan sendiri yang merana nanti.” Akhirnya Datuk Amri putuskan panggilan telefon. Penat menasihati anak lelakinya. Dia sendiri tahu Fairuz takkan pulang.

“ Pa…” Aisyah menyapa bapa mertuanya di ruang tamu.

“ Syah, papa nak cakap sikit dengan kamu…” Aisyah menghampiri Datuk Amri sambil mempamerkan senyuman manis.

“ Ada apa, pa???”

“ Duduk lah…” punggung dilabuhkan di sofa empuk bertentangan dengan sofa yang diduduki bapa suaminya.

“ Papa tak tahu macam mana nak cakap dengan Syah. Papa sebenarnya malu pada kamu dan ibu kamu. Papa dah gagal didik anak papa. Dah berbuih mulut papa nasihatkan suami kamu, tapi dia tetap degil. Keras kepala. Maafkan papa Syah. Disebabkan kegagalan papa dalam mendidik Fairuz, kamu tersiksa. Maafkan papa…”

“ Pa…pa… Ruz tak salah…”

“ Apa maksud kamu Fairuz tak salah? Papa tak faham…” Aisyah telan liur yang terasa berpasir. Rasanya sudah tiba masa dia membongkar segala kebenaran.

“ Sebenarnya selama ni Ruz langsung tak bersalah pa…Ruz tak pernah cuba buat benda tak elok pada Syah. Apa yang berlaku selama ini cuma sebuah kesilapan.” Berkerut dahi Datuk Amri mendengar penjelasan menantunya. Aisyah sudah mula menangis.

“ Syah…apa semua nih? Apa yang Syah cuba nak cakap sebenarnya nih…papa…papa…” Aisyah melutut di sofa yang diduduki bapa mertuanya. Tangannya menggengam erat tangan Datuk Amri.

“ Maafkan Syahhhh, paaa… papa tak salah didik Ruz… tak pa…Ruzz baik sangat dan Syah layak dapat semua ini atas apa yang Syah lakukan selama ini.”

“ Apa yang Syah cakap nih???”

“ Syahhh…Syahhh…Syahhh yang perangkap Fairuz untuk kahwin dengan Syah, pa!” serentak itu Datuk Amri menarik tangannya. Terkejut dia menerima berita ini. Anak yang selama ini dimarahinya sebenarnya langsung tidak bersalah dalam hal ini.

PRANGGGG!!!

Laju mata Aisyah dan Datuk Amri mencari arah suara kaca pecah. Membuntang mata Aisyah memandang ibunya. Nyata Puan Siti terkejut. Ini merupakan satu tamparan hebat buat dirinya.

Aisyah berlari mendapatkan ibunya.

“ Ibu!!!”

Pang! Satu tamparan hinggap dipipinya. Pedih dipipi akibat tamparan langsung tidak terasa. Dia tahu dan dia sedar ibu sangat kecewa dan marah dengan dia saat ini. Dia terima semua ini kerana ini adalah salahnya. Semuanya demi membersihkan kembali nama suaminya.

“ Ibu tak pernah ajar Syah jadi macam ni. Apa salah Fairuz??? Apa salah dia???” pekik Puan Siti kedengaran hampir satu banglo besar itu. Datuk Amri sekadar memerhati. Dia masih terkejut. Tak disangka menantu yang selama ini disanjung dan dibelanya, sebenarnya telah memerangkap dan mencemarkan nama baik anak lelakinya.

“ Jawab ibu tanya! Apa salah menantu ibu??? Ya Allahhhh… apa salah aku dalam mendidik anak aku sampai dia tergamak buat semua ni. Ya Allah, menantu akuuuu….” Puan Siti pegang dada yang terasa sakit. Rasa kecewa, marah dan sedih semua bercampur dan mencengkam dadanya kuat.

Gedebuk! Puan Siti rebah menyembah bumi.


“ Ibu!!!!”


KORANG RASA FAIRUZ AKAN BALIK TAK? SIAPA PULAK FARIZ DANIEL? SIAPA MR HEARTLESS YANG SEBENAR? AKANKAH AISYAH MENDAPAT KEAMPUNAN DARI SUAMINYA, FAIRUZ? BAGAIMANA PENERIMAAN IBUNYA DAN PAPA FAIRUZ? SETELAH KEBENARAN SEBENAR TERBONGKAR, AKANKAH FAIRUZ MELEPASKAN AISYAH PERGI? NANTIKAN SEMUANYA DALAM SUAMIKU BUKAN MR HEARTLESS PART 2. STAY TUNED 😛