PASAL QIN AMJA

Thursday, 21 May 2015

CERPEN : 1 CINTA MAMAT SEWEL (FULL)

Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Cinta Mamat Sewel
Tarikh Post : 21 May 2015



Babah!!!
“mia,berapa kali ibu nak ingatkan mia. Benda dah lepas tak payah dikenang lagi. mia tak salah sayang. dah takdir babah pergi dulu.”tutur ibu.
‘semua orang cakap benda yang sama. tapi lain yang aku rasa.’aku cuma mengeluh.
“ye bu.mia ingat.tadi mia cuma teringatkan kerja mia kat pejabat,tu yang termenung bu.” Bohong aku bagi menyedapkan hati ibu.
Aku Airisa Damia binti Azahar. aku seorang yang hyperactive and agak nakal. sekarang aku berumur 24 tahun. sudah 14 tahun peristiwa hitam itu berlalu namun dimataku ia tetap segar seperti baru semalam aku melaluinya.
“dahla ibu ,mia masuk bilik dulu. Mia tak solat lagi ni.hehhee..”aku ketawa bila melihat mata mariah yang membulat mendengar kenyaataan anak gadisnya ini.satu satu anak gadisnya bersama arwah suaminya. Dikurniakan 4 orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya dan airisa damia merupakan puteri tunggalnya bersama arwah. Siapa sangka Mariah bakal bertemu jodoh lagi setelah kematian suaminya. Cinta yang sempat berputik tapi tak kesampaian bersama kamarul sebelum berkahwin dengan arwah suaminya kembali berputik. Disaat dia terkontang kanting menyara anak anaknya setelah kematian suaminya kamarul hadir membantu. Namun disebabkan rasa cinta pada suaminya yang masih kuat dia menolak lamaran kamarul untuk menjadikannya isteri namun setelah dipujuk oleh anaknya barulah dia beralah.anak anaknya masih kecil ketika itu. Semestinya mereka memerlukan kasih sayang seorang ayah. Dia bukannya seorang yang mementingkan diri tambahan pula apabila melibatkan anak anaknya. Alhamdulillah,kamarul menerima dan melayan anak anaknya seperti anaknya sendiri.
“ya Allah damia!! Kamu tak solat lagi. Ni dah pukul berapa damia sayang oiii..”jerit ibu apabila aku dilihat cuba melarikan diri.
“apa yang awak bisingkan tu Yah oii…dari luar abang dengar..”luah kamarul.lelaki yang telah menggantikan arwah babah.lelaki yang aku panggil ayah. Dia sangat baik malah dia telah mangangap kami adik beradik sperti anaknya sendiri.
“damia  ni bang, tak solat lagi.tengok la dah pukul berapa ni.”adu ibu pada ayah.
“kalau ye pon cakap la elok2. damia cepat pegi solat. Tak baik lambatkan solat.”kata ayah.ayah memang selalu menyokong aku.meskipon aku berbuad salah ayah akan menegurku dengan kata yang lembut. Mungkin dia hanya ayah tiri tapi bagi aku dia telah banyak membantu aku dan keluargaku.
“tengok tu bu,ayah boleh tegur mia elok2..”cakap aku sambil menjelirkan lidah.
“mia…bila mia balik KL pulak ni.”
“esok ayah.”
“hmm,yelah kamu bawak kereta elok2.jangan berangan saja.”
“hehee..baik ayah.”
****************
3 jam selepas aku bertolak dari rumah. Perjalanan yang hanya memakan masa 2 jam lebih dari rumah orang tua  aku ke rumah sewaku bersama Amilia dan Etika tapi..
Aku belum sampai!!!
Dan semuanya gara-gara mamat handsome depan mata aku ni. Kenapalah hari ni dia nak langgar kereta aku? Tak ada orang lain ke dia nak langgar, hah??
Aku merenung dia tanpa kata. Mataku dijeling pada BMW miliknya yang baru sahaja mencium belakang mini coper kesayanganku.ok pembetulan.bukan mini coper tapi kelisa. Cis, tak ada kesan langsung! Kereta mahal memang sangat gagah. Aku kena akui hakikat itu sekarang.
Pandanganku kemudian dialihkan kepada keretaku. Bumper yang kemek, senget dan menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi. Nombor plate yang separuh dah patah, hanya meninggalkan huruf WEU tanpa empat nombor yang selama ini hidup di samping WEU itu.
Huwa!!! My baby!!!
Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil merenungku. Apa tengok-tengok?? Ingin sahaja aku jerit begitu pada dia. Namun tiba-tiba…
“hey, you bawak kereta macam mana, hah? Lembab macam kura-kura. Patut lah bawa slow, you bawak tukun ni.”serang lelaki itu.
Aku mengetap gigi. Merenungnya tajam. Tiada siapa yang boleh serang aku! Tiada siapa yang boleh hina aku dan mini coper aku!
“excuse me! I bawak kereta macam kura-kura? Hey, you sedar tak sekarang ni kita kat traffic light. Lampu merah tandanya kena berhenti. Or you tak faham traffic light tu apa?”
Aku memulakan misi menyerang kembali.
“you ingat I boleh bawak laju-laju, tembus semua kereta depan I? macam tu?” aku menyerang lagi.
Lelaki itu tidak menjawab, senyap tanpa kata. Hanya senyuman yang terpamer pada wajahnya. Dia ni apasal? Tadi marah sekarang ni senyum pulak.
Sewel!
“now I nak you bayar ganti rugi sebab langgar kereta I.”
Tegas suara aku bersuara. Mestilah, kan? Nak orang tu bayar ganti rugi, kot.
“mata duitan.”jawab lelaki itu sambil tersenyum sinis.
Aku terpempan. Hampeh! Nak mengata akulah tu. Aku mengetap bibir, cuba Manahan geramku pada manusia di hadapanku.
“I don’t want your money for nothing. For saje-saje. Tapi you langgar I, so… by hook or by crook, you have to pay for the damages.”balasku pula
Aku tetap nak ganti rugi aku. Lantak dialah nak fikir aku nak duit dia ke tak. Yelah, aku tak buad salah apa pun, tup…tup… kena langgar. Sesiapa pun yang jadi aku, mestilah nak ganti rugi kan?
“well... macam nilah,Miss  Talkactive. You bagi I name card you. I’ll contact you later. You jangan risau I’ll pay it off.”ujarnya seraya menadah tangannya meminta name card milikku.
Aku termangu-mangu.boleh percaya ker.
“cepatlah, Miss Talkactive! I ada meeting ni.”
“oklah. This is my card.”aku menghulurkan sekeping card kepadanya. Dia mengambilnya dan memasukkannya kedalam dompetnya tanpa melihat kad itu terlebih dahulu.
“ and yours???”
Aku menyoalnya sebelum sempat dia berlalu pergi.ewah2 apa kes?? Nak menipu la tu.
“then, see you again…”ujarnya sambil menyerahkan kad kepada ku.dia berjalan mendekatiku.
Dia menunduk dan berbisik kepadaku…
“miss Talkactive.”
Aku tergamam. Hanya terkebil kebil memandangnya yang sudah berpaling menuju kearah BMW hitam miliknya. Itupun kalau kereta tu bukan bapak dia punyalah!
Miss Talkactive? Talkactive? WHAT???
*******************
Dua hari selepas kejadian keramat yang meninggalkan mini coper kesayanganku cacat dan kelihatan sangat kasihan, aku akhirnya menerima panggilan daripada lelaki itu.
Dan dia masih memanggilku ‘ Miss Talkactive’!!!
“what’s wrong wrong with you? Can you stop calling me ‘Miss Talkactive’??” aku menghamburkan kata-kata amarah terhadap lelaki itu. Geram, tahu tak? Geram!! Ada ke patut dia panggil aku ‘Miss Talkactive’ macam nak samakan aku dengan mak cik kepohchi kat kampong pun ada.
Aku dapat mendengar dengan jelas suaranya ketawa di talian. Aduh, suara ketawa dia mampu menggegar jiwa wanitaku lah pula.
“you….”tekan aku.
“oklah,oklah Cik Airisa Damia. Cantik betul nama you, kan?”
Aku tersengih. Semua orang akan cakap macam tu bila dapat tahu nama aku. Suka betul aku dengan nama aku sendiri. Terima kasih, ibu!!!
“so, macam mana nak settle hal kereta I  tu.”
“you hantar je kereta kesayangan you tu ke bengkel. And then mintak orang kat bengkel hantar bil pada I. Settle! You don’t have to pay even a single cent.” Dia akhirnya menjawab.
Aku yang mendengar hanya mengangguk-angguk macam burung belatuk. Seronoknya aku sebab tak payah bayar apa-apa. Rupa-rupanya mamat sewel ni baik jugak orangnya. Bertanggungjawab atas kesalahan sendiri.
Aik, kenapa pulak aku ni beriya-iya puji dia?
****************************
Aik, apsal mamat sewel ni tiba-tiba je call aku. Buang tebiat ke apa??
“hello, you nak apa?? I rasa masalah kita dah settle.”ujarku setelah butang hijau ditekan.
“waalaikumsalam..I nak you...hahaha” usik dia. Isy, mamat nak kena sekeh kepala ni
“you…”jerit aku.
“okay,okay. I have something to tell you. Important. And masalah kita actually belum settle sepenuhnya lagi. Jumpa awak dekat Restoran Rea lunch time ni. Till then see you.bye”ujarnya  lantas mematikan telefon.
‘what?? Dia hang up macam tu je. Apa masalah la mamat ni. Aku dahla tengah pening pasal hal kat kampong lagi tambah perangai sewel tak bertempat mamat ni. Pening pening. Okay, aku flashback balik.
Kring.kring.
“waalaikumsalam ibu. Ibu dengan ayah sihat tak? Mia sehat je bu. “
“mia, balik kampong kan hujung minggu ni. Ibu ada benda nak bincang dengan Mia.”
“insyaAllah, ibu balik kot.”jawab aku.
Dan berita yang aku terima amat mengejutkan aku. Ada orang masuk meminang aku. AKU?? Airisa Damia binti Azahar. Lagi terkejut adalah ibu cakap orang yang masuk meminang aku tu adalah kekasih aku. KEKASIH AKU?? Huruf besar lagi. Aku salah dengar atau aku tengah mimpi. Aku mana pernah ada pakwe seumur hidup aku. Ke aku penah hilang ingatan dan lupa kekasih aku. Isy, takkan lah!
End of flashback.
Owh, lupa nak bagitahu tunang aku a.k.a mysterious guy tu nama dia Tengku Izzaerul Iskandar. Sedap kan nama dia?? Mesti orang dia pun handsome, kan?? Isy, apsal aku puji dia ni.
Lepas dapat panggilan dari mamat sewel tu jam di dinding pejabat aku kerling. ‘lah, dah pukul 12.50.’ tas tangan aku capai dan berlalu dari ruangan ku untuk makan tengah hari. Dan… makan tengah hari ni aku akan berhadapan dengan mamat sewel tu.
Langkah kaki aku mati saat tiba di hadapan restoran yang disebut oleh mamat sewel tu. Ni restoran ke hotel! Mewah gila. Malu pulak nak masuk. Tudung aku betulkan sedikit dan baju kurung cotton aku betulkan. Yelah, imej nak kena jaga jugak. Setelah yakin dengan penampilan aku melangkah masuk ke restoran yang tersergam indah di pandangan mataku.
“sorry, miss.. our restaurant are fully booked.” ‘lah habis aku nak tunggu mamat sewel tu kat mana’ lantas telefon dalam beg tangan aku keluarkan. Nombor mamat sewel yang telah aku setkan kepada nama mamat sewel tu aku dail.
“Assalamualaikum, you dekat mana?? Restoran ni fully booked la.” Ujarku setelah panggilan bersambut.
“Waalaikumsalam. I stuck dlm jammed ni. I dah booked dah. Atas nama Tengku Izzaerul Iskandar. You masuk dulu, I dah nak sampai dah ni.” Ujarnya.
“what?? Tengku Izzaerul Iskandar! You…”jerit ku.
“yes, I’m. kejap lagi I explain everything kat you.”ujarnya lantas mematikan ayatku. Aku mengambil keputusan untuk menunggu dia diluar sahaja. Malas nak masuk balik.
“lah, apsal you tunggu dekat sini. Kan I suruh you tunggu dekat dalam je. Panas la dekat luar ni.” Ujarnya prihatin.
“I segan la nak masuk. Dorang pandang semacam je dekat I. macam I tak pakai baju je. Padahal ramai je perempuan yang masuk tadi dengan pakaian tak cukup kain. Geram I. isy…”adu aku. Dia kulihat tersenyum lalu ketawa.
“kenapa ketawa pulak”
“you know what sayang?? You’re so cute when you membebel macam ni.”jawab dia selamba.
“you ni kan.. ada hati panggil I sayang. Isy..jom la I ada banyak benda nak Tanya you and I tengah lapar sangat ni. Jangan sampai I makan you dekat sini pulak.”ugutku yang hanya mengundang tawa dia.
“haha..i sanggup kena makan dengan you.”jawab dia.
“isy, malas nak layan you ni.”ujarku.
“sekarang you malas la.nanti hari hari you nak layan I. haha” aku hanya mampu menjegilkan mata mendengar kata katanya.
Ketika kami jalan beriringan masuk aku perasan akan mata mata yang memerhati kami. Pelik?? Baru aku perasan yang lelaki disebelah aku ni segak berbaju kemeja biru dipadankan dengan tie warna sepadan. Ditambah pulak kot yang tersarung ditubuhnya jauh berbeza dengan aku yang hanya berbaju kurung cotton berwarna biru dipadankan dengan tudung pashmina dikepala. Sedondon pulak!
“tengku! Sila ikut saya.” Aik, belum buka mulut dah tau dah. Mamat sewel ni biasa makan sini kot. Sangkal ku.
Setelah memesan makanan aku hanya mendiamkan diri. Menanti manusia dihadapan aku untuk membuka mulut terlebih dahulu. Hampeh! Hampir 8 minit berlalu dia langsung tak membuka mulut. Yang ada hanya tersenyum dan merenung aku.
“you boleh explain dekat I whats was going on..”akhirnya aku terpaksa membuka mulut dahulu. Nak tunggu dia bertahun pun belum tentu dia akan membuka mulut.
“you nak tahu apa??”Tanya dia.
“I nak tahu everything.”balasku singkat.
“okay,first of all, pasal pertunangan kita memang I yang rancang.”jawapan dia membuatkan mata aku terjegil.
“apa tujuan you buad semua ni. I tak de buad apa apa salah pun dekat you.” Serang aku.
“sayang,you boleh dengar I explain dulu boleh tak.”aku hanya mendiamkan diri. Membenarkan dia memberi penjelasan.
“yes, memang I yang hantar rombongan meminang you. Tengku Izzaerul Iskandar tu I. I tak tau la sama ada you percayakan I ataupun tak. Tapi jujur I cakap I jatuh cinta pada you masa first time I jumpa you. Like what I said before you’re so cute when you membebel. I tak pernah jumpa perempuan macam you. And yes, you mesti nak tahu kan kenapa ibu dengan ayah you terima I tanpa Tanya you terlebih dahulu. Actually I cakap I dengan you, we’re loving couple. I cakap you suruh I masuk meminang you tapi I asyik tangguh je sampai you merajuk and nak putus dengan I. sorry to say that.”
Ooo..patut la ibu cakap ‘pandai mia simpan benda ni dari ibu.’tapi macam mana dia tau alamat aku dekat kampong.
“okay, pasal mana I tahu kampong you. Actually, company yang you kerja tu company kawan I. clear! Rasanya you tak perlu Tanya kot macam mana I dapat alamat you.”ujarnya seraya tersenyum manis.
“I harap sangat you dapat terima semua ni. I sayang kan you. I tak boleh janji tapi I akan berusaha seupaya I untuk bahagiakan you. Kita bercinta lepas nikah k. I taknak tunggu lama. I takut kecewa macam kawan I.”
Aku hanya mampu menitiskan air mata. Ini yang aku nantikan selama ini. Ada lelaki yang akan ajak aku bercinta lepas nikah. Tanpa menunggu lama kepala aku anggukkan. Tapi aku bukan buad keputusan tanpa berfikir.sebelum mengetahui tunang aku itu dia, aku telah membuad solat istikharah.dan aku berasa tenang. Mungkin dia jodohku.

“aku terima nikahnya Airisa Damia binti Azahar dengan mas kahwin rm 88 ringgit tunai.”aku hanya meletakkan mas kahwin yang kecil. Bersederhana kan lebih baik. Hantarannya biarlah dia yang tentukan.
Kini aku telah sah menjadi isteri kepada Tengku Izzaerul Iskandar.secara automatiknya gelaran cik telah bertukar kepada puan. Bermakna lebih banyak tanggungjawab yang akan aku pikul selepas ini.
Setelah tetamu mula beredar aku masuk kebilik bagi merehatkan badan. Letih ya amat seharian melayan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan aku.setelah keluar dari bilik air alangkah terkejutnya aku apabila melihat susuk tubuh asing dalam bilik aku. Lelaki pulak tu! Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa tu kan suami aku.SUAMI??? alamak! MALAM PERTAMA???huruf besar lagi.
“Airis, sini jap.abang ada benda nak bincang sikit.”abang?? sejak bila dia jadi abang aku.dan Airis?? Hanya arwah babah yang memanggil aku begitu. Serta merta aku menunduk.alangkah bahagianya jika babah ada menyaksikan perkahwinan aku.babah.Airis rindu babah….
Tanpa aku sedari air mataku jatuh menuruni lengkuk lengkuk pipiku.Izzaerul yang perasaan akan itu menghampiri aku lalu duduk bersebelahan dengan aku di atas katil.terasa janggal.
“Airis,kenapa ni sayang. Apsal nangis ni.”tangisanku bukan reda malahan semakin bertambah. Terasa badanku ditarik kedalam pelukan dia.biarlah aku menangis malam ini.buad kali yang terakhir. Selama ini aku hanya berpura pura gembira padahal hati aku sakit apabila mengenangkan arwah babah. Terasa aku lah punca kematian babah.
“Airis,jangan macam ni sayang. Cakap dekat abang kenapa. Airis sakit ke??”aju Izzaerul berserta risau yang bersarang di hati setelah hampir sejam isterinya menangis. Mana isterinya yang periang yang dia kenali.yang kuat dan tegas. Yang dilihatnya malam ini hanyalah gadis lemah yang memerlukan seseorang untuk bergantung. Ya! Dia harus bersiap untuk melalui liku liku sulit bersama isterinya.
“I dah okay,tq sebab sudi pinjamkan bahu you untuk I. you cakap tadi ada benda nak bincang dengan I. apadia??”soal ku setelah mendapat sedikit kekuatan.
“are you really okay?? Sayang…”
“I’m fine.”
“oklah, kita dah janjikan nak bercinta lepas nikah,right??”aku hanya mengangguk.
“abang ada buad beberapa syarat/peraturan untuk kita. Pertama, abang taknak dengar lagi perkataan I, you antara kita. Hanya abang dan Airis. Siapa yang tak ikut kena hokum.hukumnya kiss..” ujarnya sambil tersengih.
Dan malam itu berlalu dengan sesi ‘pembentangan syarat’ kami. Teringat pulak aku pada mummy Izzaerul. Aku tak sangka orang yang berpangkat macam mummy dengan daddy sanggup terima aku dan keluarga aku yang takde apa-apa ni. Ayah hanya bekerja di bendang. Kami ni orang kampong kalau nak dibandingkan dengan keluarga suami aku tu. Jauh panggang dari api! Aku ingat lagi apa yang mummy cakap lepas akad nikah kami.
“Mia, mummy harap Mia bahagia dengan Izz. Mummy tau cinta dia pada Mia terlalu besar. Mummy dapat nampak semua tu masa dia ceritakan pasal Mia. Mata dia bersinar-sinar. Dia tak pernah cerita pasal mana mana perempuan pada mummy. Dia tu workaholic. Mummy tak sangka dia ada someone special. Cepat cepat bagi mummy cucu..”tersenyum aku bila mengingatinya.CUCU?? erk?? Seram sejuk badan aku.hehee. T.A.K.U.T.!!!!
“Airis, apa yang senyum-senyum tu. Kita dah sampai dah. Jom turun sayang.”ujar suami aku lantas mematikan anganku. Dia keluar dari tempat duduk pemandu dan membukakan pintu untuk aku. Mataku terpaku saat keluar dari kereta BMW milik suami aku aka mamat sewel. MAMAT SEWEL?? Dah jadi suami aku lah. Tak boleh panggil mamat sewel lagi. Nak jadi isteri solehah kan?? Boleh ke?? Boleh kot.
“abang, ni rumah abang ke?? Besarnya. Rumah Ris kecik je.”ujarku jujur.rumah yang seperti istana ni jauh berbeza dengan teratak buruk keluargaku di Seremban. Oh ya,aku dah mula panggil dia abang semalam.taknak lah aku kena cium. Malu kot! Nak malu apanya dia kan suami aku. Okay what, semua ni baru lagi . offcourse la aku malu. Yeah!
“taklah. Ni rumah mummy dengan daddy. Bukan rumah abang. Amat Cuma tumpang dekat sini je.” Ujarnya.
“sama lah tu…”ujarku sambil melangkah masuk ke rumah agam itu beriringan dengannya.
“Assalamualaikum…”serentak kami member salam.setelah salam berjawab muncul seorang wanita elegen tak lain tak bukan ibu mertuaku aka mummy. Tangan dihulurkan untuk mencium tangan yang telah aku anggap seperti ibuku sendiri. Dah aku kahwin dengan anaknya! Wah, dalam rumah pon still cantik. Kalau keluar macam mana pulak erk??
“hah, dah sampai pon kamu berdua ni. Izz bawak Mia naik atas. Rehat lagipun dah malam ni. Esok jelah kita borak.”suruh mummy beserta senyuman.
“daddy mana mummy?”soal aku cuba beramah dengan mertua aku.
“daddy kamu tu biasa la malam malam macam ni kat bilik bacaan lah dia.”jawab mummy. Rajinnya daddy. Ni mesti ulat buku. Kalau aku nampak cover buku pon dah mengeliat ni pulak nak baca. Memang tak lah!
Sedang enak dibuai mimpi Damia rasakan badannya diangkat. ‘Hurm… mimpi aku ni’  memang semalam dia yang berkeras untuk tidur di sofa. Tepat pada pukuk 6 pagi jam loceng sudah menjalankan tugasnya, bunyi nyaring dikeluarkan untuk mengejutkan tuan empunya jam.
Damia memaksa tubuhnya untuk bangkit mengerjakan kewajipan yang lagi penting untuk dilaksanakan. Ada sesuatu yang melingkari pinggangnya, Mia mula ketakutan tetapi apabila diamati bentuknya dan diingati apa yang berlaku barulah Damia melepaskan nafas kelegaan.
“abang!!! Apa yang abang buat ni?” Tanya Damia sedikit marah. Izzaerul mengambil kesempatan nasib baik perkara lain tidak terjadi. Izzaerul tidak mempedulikan Damia, Damia ditarik ke pelukan dan pelukan dieratkan.
“abang lepaskan Airis!” aku meronta-ronta minta dilepaskan tetapi pelukan Izzaerul lebih kuat dari tenaga wanitanya.
“ssshhhhh….kejap lagi kita bangun ya. Masih awal lagi ni.”
“apa yang awalnya, bangunlah abang! Ris tak suka abang buat macam ni pada Ris. Kalau abang tak nak lepaskan Ris, Ris jerit kang!”aku cuba untuk mengunggut tapi Izzaerul hanya bersahaja.
“ Mummy!!!” Culp!!
“makin sakit hati Mia apabila dengan selamba Izzaerul mencium mulutnya. Niat untuk menjerit tersekat di tengah jalan. Lengan Izzaerul diketip geram dan Izzaerul hanya ketawa gembira sambil menggosok lengannya. Ternyata berbisa juga cubitannnya.
Itu adalah pelukan dan ciuman cinta pertama untuk isterinya yang mula dicintai dan disayanginya sejak pertama kali mereka bertemu. Seyuman tidak lekang dari bibirnya sehinggakan adiknya turut merasakan perubahan senyuman itu.
“Along ni adik tengok dari tadi asyik tersenyum je ada apa-apa ke?” tegur Tengku Alisha Amani yang merupakan anak bongsu dalam keluarga ni merangkap puteri tunggal Datuk Tengku Syauqi dan Datin Tengku Zahra. Mehh aku perkenalkan yang seorang lagi. Nama dia Tengku Zaffrin Hadi. Menyambung pelajaran di Australia. Ni pun cik abang sayang aku tulah yang bagitahu. Kalau tidak, haram aku nak tau semua ni.SAYANG?? maybe kot.
“Alongkan pengantin baru biasalah tu. Adik tak kahwin lagi, mana tahu.” Jawapan selamba Izzaerul membuatkan Tengku Syauqi dan Tengku Zahra tertawa kuat. Aku menjeling suamiku, geram dengan perangainya yang mula berubah.
“tapi Adik tengok kaklong masam je dari tadi?” Tanya Tengku Alisha lagi. Aku tersentak. Nampak sangat ke?? Nak tau pasal apa aku masam?? Pasal pagi tadilah. Selamba je nak cium aku tanpa kebenaran. Perlu ke minta kebenaran?? Entahlah!
“kaklong tak dapat apa yang dia nak, sebab tulah masam je.”
Tenganga mulut aku mendengar jawapanyang aku rasa jawapan paling bodoh yang pernah aku dengar sepanjang hidup.
“apa yang Mia  nak Izz?” Tengku Syauqi pula menghangatkan suasana. Gembira hatinya jika betul apa yang diceritakan dan apa yang difahami.
“benda biasa.”serentak itu semua orang ketawa kuat.
“dah puas abang buat cerita, nak tambah cerita apa-apa lagi?” aku terus memerli sesudah Izzaerul membaringkan tubuhnya.
“taknak bercerita tapi nak buad benda yang berfaedah, boleh??” senyuman nakal Izzaerul hanya dibalas dengan jelingan dan sebijik penumbuk ditunjukkan. Izzaerul sudah bangun merapati aku.
“Abang jangan macam-macam. Ris jerit lagi nanti baru abang tahu.”
“jeritlah kalau Airis nak semua orang tahu.” Izzaerul sudah berdiri berdepan, aku mula menjarakkan diri darinya tapi sejauh manalah dapat aku larikan diri dalam bilik ini.
Mata Izzaerul sudah galak menerajai wajah cantik milik isterinya. Satu persatu mahkota indah ciptaan Dia dibelai, dalam hati dia amat bersyukur kerana dianugerahkan isteri  sebaik Damia untuk menjadi pelengkap hidupnya walaupun dia tahu tiada cinta dalam diri isterinya untuk dirinya. Tapi dia tahu doa dan usaha perlu dilakukan untuk mendapatkan cinta isterinya. Walau apapun jika Damia memang benar diciptakan sebagai pendamping hidupnya, ibu kepada bakal anak-anaknya, apa jua halangan akhirnya Damia akan berada disisinya juga.
Isterinya dipeluk erat. Senyuman Izzaerul adalah senyuman kegembiraan. “sayang siap-siap, kejap lagi kita balik.” Pelukan dilepaskan, mata bertentang mata, ciuman kasih diberikan dan aku ditinggalkan kebingungan. Balik?? Balik mana?? Ni bukan rumah dia ke??
“Ingat pesan daddy tadi, kalau gaduh-gaduh tu biasalah adat rumah tangga. Tapi kita kenalah bijak mengatasinya.”
“Baiklah daddy. Terima kasih atas nasihat dan tips daddy tadi.”
“Kami gerak dulu.”aku dan Izzaerul bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuaku dan adik iparku yang terlebih gula ni. Asyik tersenyum memanjang je.
“apa yang daddy bagitahu abang tadi?” aku memecahkan kesunyian yang tercipta. Sejak menaiki kereta BMW milik suami aku tadi sehinggalah dah hampir 15 minit hanya kebisuan yang menjadi peneman antara kami.
“soal orang lelaki, cara nak mencintai isteri. Airis nak tahu ke?”
“kalau bercakap tu tak boleh ke tangan dok senyap, ni asyik merayap je tangan tu.” Tangan Izzaerul aku tepis.
“Nak pegang sikit pun tak boleh, bukannya dosa pun.” Izzaerul cuba lagi untuk memegang tangan aku tapi kali ini aku memeluk tubuh menyebabkan niatnya terpaksa dilupakan.
“aduh, sakitlah. Abang ni kenapa?” oleh kerana  niatnya untuk mencapai tangan aku terhalang maka pipiku pula yang menjadi sasaran. Dicubit sayang. Aku menggosok-gosok pipiku. Sakit?? Taklah. Tapi tak suka je. Betul ke tak suke?? Entahlah aku rasa macam dalam hatia ada taman je.tapi biarlah dulu. Nak uji encik suami kesayangan aku ni dulu.KESAYANGAN??
“Abang cubit sikit saja, takkan lah sakit. Nak manja dengan abanglah ni. Meh abang usap mesti hilang sakit.”akhirnya aku hanya membiarkan dia. Bukan suka ehh.. Cuma malas nak membangkang. MALAS k!! bukannya aku boleh menang pon.akhirnya aku terlelap. Setelah beberapa jam akhirnya kami sampai ke apartmen milik Izzaerul.
Ni apartmen ke banglo?? Mewah nak mampus. Tu baru tengok luar masuk dalam lagi lah. Terkejut beruk aku! Kemas gila wehh! Kalau aku tak tahu lah.susunan dalam rumah yang serba moden macam yang aku impikan tapi yelah mana nak mampu. Lainlah encik suami aku ni. Anak orang kaya, bakal peneraju ZH holdings pulak tu. Senang la hidup siapa yang jadi isteri dia.ISTERI?? bukan aku ke isteri dia?? Hehehe
****************************
Kini hampir 2 bulan kami hidup di apartmen ini. Kehidupan aku kini penuh dengan bahagia dengan usikan dari encik suami aku. Ternyata indah benar bercinta selepas nikah. Tapi kami belum menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar lagi. Masing-masing masih cuba menyesuaikan diri. Kehadiran Tengku Izzaerul dalam hidup aku bagaikan membawa sinar baru. Aku sudah tenang apabila terkenangkan arwah babah. Ya! Aku telah ceritakan segala-galanya pada encik suami aku. Dia jugalah yang telah menyedarkan aku bahawa kematian babah bukan berpunca dari aku tetapi takdir Ilahi.
“Bang, temankan Airis pegi beli barang dapur boleh tak??”ujarku pada encik suami yang baru keluar dari kamar mandi. Hari ini adalah hari ahad. Sememangnya kami tidak bekerja pada hari ini. Ehh?? Bukan kami je malah semua orang kat office tak keja..hehe
“anythings for you my dear.”jawabnya setelah selesai berpakaian.
Kami memilih Tesco Subang Jaya sebagai destinasi membeli belah.setelah memasuki pasaraya encik suami aku ni mengambil troli untuk meletakkan barang yang akan dibeli. Setelah memilih barang basah, kami beralih ke barangan kering.
“sayang, ni nak tak?” soalnya smbil menghulurkan jem padaku.
“aah, ambik la. Yang kat rumah dah habis.”jawabku tanpa melihatnya.tanganku ligat memilih barang yang telah aku senaraikan sebelum berangkat tadi. Dah jadi kebiasaan bagiku sejak tinggal dirumah sewa bersama Amilia dengan Etika lagi.
“ehh, Izzaerul! You ni Izzaerul kan?? Tak sangka jumpa you dekat sini. Rindunya I dekat you. Dah lama kita tak jumpa kan.”tegur suatu suara pada encik suami aku. Pandangan yang pada mulanya tertumpu pada barangan mula dialihkan pada gerangan suara yang menjengah. Sekali pandang, mak aih!! Seksi gila nak mampus. Tu baju ke kain perca??? Pelik bebenor kawan encik suami aku ni..cup2 kawan dia ke?? Jangan-jangan makwe dia tah.MAKWE??? ALAMAK!!! Huruf besar lagi. Ibu!!! Mia taknak bermadu.. tidak!!! Siap peluk lengan encik suami aku lagi. Huwa!!!
“Airis, kenapa diam je ni??tak sihat ke??sejak balik dari tesco lagi Ris senyap je.tak cakap pun. Ris marahkan abang ke??” aju encik suami.
“siapa perempuan tu?? Kekasih abang ke???” aku menghamburkan rasa yang aku pendam dari tadi. Tanpa aku sedari air mata mula menguasai. Basah muka aku dengan air mata. Ya,aku akui aku takut kehilangan encik suami yang sudah mendapat tempat dihati aku sejak hari pertama kami diijab kabulkan. Cuma aku yang malu untuk meluahkan.
“kalau ye kenapa?? Bukannya kau sayangkan aku pun. Selama ini aku dah cukup bertahan dengan kau.” Ujar encik suami lantas menyentap tangkai hati aku.
“sampai hati abang buad Airis macam ni. Abang tahu tak betapa Airis cintakan abang. Ya Airis cintakan suami Airis. Tapi abang dah rosakkan semuanya.abang dah hancurkan hati Airis. Airis dah lama cintakan abang. Sejak abang lafazkan akad lagi. Abang tahu tak!!!”teriak aku yang hanya mengundang tawa encik suami.
“kenapa?? Puas hati abang dah hancurkan hidup Airis, hahh??” tambahku lagi.
“ye, puas sangat. Akhirnya mengaku jugak sayang cintakan abang.”ujar encik suami lalu menarik aku kedalam pelukannya.aku termangu-mangu.
“apa maksud abang??”ujarku dalam kebingungan.suaranya yang tadi sangat garang berubah 100% menjadi lembut dan mengoda.
“sayang, actually perempuan yang sayang jumpa tadi tu isteri BFF abang. Abang minta tolong dia. Abang Cuma nak tengok whether sayang jeles atau tak. Yelah, selama ni kan sayang layan tak layan je abang.” Aku tak sangka dia sanggup berbuad begini semata-mata ingin mengetahui perasaan aku.
“abang, Ris minta maaf. Tak sepatutnya Ris buad abang tertunggu-tunggu macam ni. Maafkan Ris abang.”
“dah,takmo nangis nangis.abang happy sangat sebab sayang sudi terima abang.”dan malam pun berlalu dengan ceritanya sendiri.maka,bermulalah bahtera cinta suami isteri antara Tengku Izzaerul Iskandar dan Airisa Damia dalam erti kata yang sebenar.
*********************
Dah hampir sebulan kami menjalani hidup sebagai suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Bohonglah aku kalau tak ada masalah antara kami. Biasalah gaduh-gaduh manja. Yelah, kalau takut dilanda badai, jangan berumah ditepi pantai!
“Airis,dah siap??”soal encik suami aku. Harini kami akan pulang ke Anggerik Villa aka rumah mertua aku. Ingat tak adik ipar aku yang stay dekat Australia tu?? Hah, dia dah balik. Tu yang kami akan kesana untuk menyambut kepulangannya dan malam ni kami akan buad family gathering. Just makan kecik-kecik je.
“dah,abang.jom.”ujarku pada encik suami yang tak lepas memandang aku.ada yang tak kena ke??
“kenapa bang??”Tanya aku.carik ke pakaian aku ni??puas aku telek baju ditubuh.takde pon.
“tak, Cuma sayang makin chubby la abang tengok.” Yeke?? Alamak??
“kenapa abang nak cari lain ke??”ajuku dengan rasa sedih.entah! sejak kebelakangan ni aku selalu emosi tak tentu pasal.
“taklah sayang. You look more gorgeous! Dah takmo majuk-majuk.jom.”ajak encik suami.
****************************************
“alisha! Mummy mana??”aju ku pada adik ipar ku.Alisha ni manja orangnya. Bagus jugak. Aku takde adik perempuan.
“kaklong!!! Lama tak jumpa kaklong. Kaklong sehat?? Along ada buli kaklong tak??mummy ada kat depan.”soalnya bertalu- talu.
“kaklong sehat sayang oiii..along Isha tu takda buli kaklong pon, kaklong yang buli dia adalah. Haha.. sayang jugak Isha kat kaklong ehh..”ujarku.
“mestilah sayang. Kaklong kan kakak Isha.”ujar Isha bersemangat.
“apa yang bising-bising kat dapur ni?? Ehh kaklong. Kaklong sehat??”nak tahu siapa yang tegur aku ni?? Siapa lagi kalau bukan Tengku Zaffrin Hadi aka Zaff.
“kaklong sehat je.Zaff sehat??” meskipun ini adalah kali pertama kami bertemu secara langsung tapi aku sering berbual dengannya melalui jaringan internet ataupun skype. Bukan skandal eh!! Encik suami aku tu selalu skype dengan zaff ni, so aku pun tumpang sekaki lah. Cuba merapatkan hubungan antara kami. Aku akui hubungan kekeluargaan dalam family encik suami aku ni cukup erat. Setiap kali bertemu pasti ada sahaja senda gurauan antara mereka.
“Zaff sehat je kaklong. Biasalah tinggal kat tempat orang.”jawab Zaff.

“takda makwe yang sangkut ke?? Kaklong lapar nasi minyak ni..”aju aku. Yelah, mana tahu kalau Zaff sudah mempunyai buah hati mat salleh ke?? Cup2 …bukan mat salleh ehh,minah salleh la..
“alah,tak yah la Tanya pasal tu, Zaff tak ready lagi la. Zaff taknak ada komitmen lagi la kaklong.” Jawapannya aku balas dengan senyuman.tak nampak pulak kelibat encik suami aku tu.mana dia ehh??
*************************
“la abang, kenapa tido kat bilik ni. Kenapa tak turun bawah. Nanti mummy bising pulak.”soal ku apabila terlihat sekujur tubuh milik suamiku terbaring atas katil. Apa kes ni?? Tak pernah-pernah tidur siang hati. Selama ni dia asyik marah aku tak baik tidur lepas Asar. Sila jawab encik suamiku sayang!
“abang tak larat lah.. asyik muntah je lepas makan tadi.”adunya kepada aku. Aku mengerutkan dahi. ‘sakit ke??’
“abang sakit ke??”soalku perihatin.
“taklah, abang just…” belum selesai bercakap encik suami kesayangan aku ni dah berlari ke tandas. Habis makanan yang dijamahnya tadi dimuntahkan di singki.
“kenapa ni Mia??”soal mummy setelah menjengah di kamar kami.
“tahlah mummy. Abang ni asyik muntah je dari tadi. Mia rasa abang kena food poison kot. Biar mia bawak abang pergi klinik jelah.” Jawab aku. Mummy mengerutkan dahi lantas tersenyum. Pelik?? Mummy ni suka ke anak dia sakit macam ni??lantaklah!
“kalau sakit yang itulah, mummy tak kesah dan seronok sangat!!” sorak mummy. Okay, maha PELIK!! Mummy tak kesah dan seronok?? Aku pulak yang berkerut sekarang ni.
“maksud mummy??”
“Mummy rasalah Mia mengandung sayang.” Ujar mummy. Tangan aku bawa ke perut. Betul ke?? Kalau betul Alhamdulillah!
Dan itulah kenyataannya. Aku mengandung! Anak dari hasil cinta aku dan encik suami yang pada mulanya aku panggil mamat sewel! Sepanjang mengandung encik suami aku nilah yang paling mengada- gada. Selain dari morning sickness, dia banyak mengidam nak makan macam-macam, nak berenggang dengan aku pun payah. Macam pengantin baru pulak! 24 jam asyik bersama. Mana ada muka aku disitulah ada muka dia.  Dan akhirnya lahirlah seorang putera yang diberi nama Tengku Emeir Qasyi bin Tengku Izzaerul Iskandar. Buah cinta aku dan encik suami.
“sayang! Meira nak biskut tu. Berangan kea pa ni??” panggil encik suami mematikan anganku. Owh ya, miera tu buah cinta kedua aku dan encik suami. Tengku Emeirra Qasyiqa binti Tengku Izzaerul Iskandar. Dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami. Aku menghulurkan biskut kepada puteriku sambil tersenyum manis.
Aku naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian, encik suami aku masuk ke dalam bilik.

            “Where are Emeir and Emeirra?” tanyaku kepada encik suami.

            “They are sleeping,” balas Tengku Izzaerul Iskandar aka encik suami lalu baring di sisiku.

“sayang, thanks for being my lovely wife. Sudi temankan abang.I love you, Airis. And thank you for loving me too. You are the only one in my heart..” ucap encik suami sambil tersenyum manis
Tak sangka mamat sewel seorang yang gentleman. Aku akan jaga dia sampai akhir nyawaku. ‘you are the only one in my heart too mamat sewel.love Mamat Sewel.MS.’



*__THE END__*

p/s: ini cerpen pertama saya. jadi banyak sangat-sangat kekurangan yang saya sendiri sedari. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki lagi dan belajar banyak lagi mengenai dunia penulisan karna ini minat saya. sebarang teguran sila komen. It will improve my skills more and more...


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Cerita best...tapi lepas ni hopefully pls use ejaan standard, bukan ejaan media social.

    ReplyDelete