PASAL QIN AMJA

Monday, 8 June 2015

CERPEN : 2 TERSURAT KASIH




Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Tersurat Kasih
Tarikh Post : 8 June 2015

Dengan sekali lafaz sahaja Aulia Hannani kini sah menjadi milik Ikmal Firhad sepenuhnya. Secara automatik gelaran cik telah bertukar ganti dengan gelaran puan. Sudahlah terpaksa berkahwin dalam usia yang muda, dengan sepupu pujaan hatinya pula tu! malang nasibku.
“Lia cium tangan suami kamu tu.”mak long bersuara setelah aku hanya mendiamkan diri. sejujurnya aku masih terkejut dengan scenario sekarang. lambat-lambat tangan itu aku sambut jua.
“Lia,betul aku tak tau apa apa malam tu. Sumpah !” Ikmal bersuara setelah masuk ke kamar yang selama ini didiami oleh aku. tidak pernah dia berdua duaan selama ini. dalam bilik pulak tu. namun semunya berbeza kerana  sekarang kerana dia sudah beristeri.
“Sudahlah Mal,aku tak salahkan kau. Cuma aku pelik kenape kau nak jumpa aku malam tu?” aku bertanya dengan seribu kemusykilan.
“Aku nak bagi something dekat kau. Am pas kat aku suruh bagi kat kau sebelum dia pergi haritu. Cuma aku yang terlupa letak mana. semalam baru jumpa. then,aku takut aku terlupa pulak so aku nak bagi terus kat kau. tak tau pulak benda nak jadi macam ni. i’m really sorry for everything. aku dah rosakkan segala galanya. aku dah rosakkan masa depan yang kau dengan Am idamkan. Am banyak cerite pasal kau dekat aku. dari mata dia aku dapat rasakan yang dia cintakan kau.” luah Ikmal.”Dan aku pasti korang saling mencintai.aku minta maaf.”sambung Ikmal dalam hati.
“dahla.malas cakap pasal ni.so sekarang macam mana?”soal aku.
“macam mana apa”soal Ikmal kembali.                                    
“Ya Allah,En.Ikmal Firhad!!kat mana aku nak tido.”
“nak tido ehh.aku ingat ni first night kita.hehee”buntang mata aku mendengar usikan Ikmal.
“Ikmal!!”
“haha..aku gurau jelah.kau ingat aku hadap sangat dengan kau.dah la kering.”
“kau kata aku kering! kau tau tak berapa banyak production kat luar sana nak ambik aku buad modeling.”megahnya kau noks!
“haha..demand jugak kau kan.ok lah,kau tido jer atas katil.aku takkan kacau kau.”
“abis,kau nak tido mana?”soalku.
“aku tido dekat sofa pun takpe.”
sorry ek susahkan kau.”
“no hal la.no need to worry dear.”
dear la sangat ko kan.aku dear kan ko jap gi baru tau.”
Keesokannya…
“awalnya pengantin bangun.suami kamu mana?tak ajak dia turun sarapan?”tegur maklong.maklong ialah seorang ibu saudaraku yang begitu memahami aku.hanya dia yang percaya aku dan Ikmal tidak melakukan perkara yang terkutuk itu ketika kami ditangkap.ibu dan ayah lebih memilih mendiamkan diri seolah semua kesalahan di letakkan di atas bahu aku dan Ikmal seolah olah kami benar benar melakukannya.
“dia dah bangun dah.jap gi turun la tu.kita sarapan dulu la maklong.”kata ku.
“ish apa budak ni.dia dah jadi suami kamu.kamu kena utamakan dia dalam segala hal. Tambah ni nak makan.kamu kena la layan dia.ker kamu nak dia cari lain.”maklong memulakan ceramah tak berbayar.ni kalau dilayan maunya sampai malam baru habis.kalah Ustaz Kazim Elias dalam rancangan Kalau Dah Jodoh.kalau dah jodoh takkan kemana..saksikan rancangan soal jawab bersama ustaz anda iaitu Ustaz Kazim Elias.ehh apa aku melalut ni.Ni kalau dilayan kau cik Aulia Hannani oi takkan abis.eehh cik ke?aku kan dah kahwin semalam.jadi dah jadi puan ekk. No way aku baru 19 tahun.belajar pon tak abis lagi kot.
“hah apa yang kamu menungkan tu sampai suami kat sebelah pon dibuatnya tak tau.”sergah maklong.
“Lia nampak la maklong.”
“abis,tak reti reti nak tuang kopi”soal maklong.
“ni nak tuang la ni”jawab ku laju.
“Lia,aku tak boleh minum kopi.buatkan susu.please.”pinta Ikmal.
“kau ni demand kan?minum je la.”
“aku bukan taknak minum tapi aku memang tak boleh.ker kau nak tengok aku sakit.” Cakap Ikmal sambil membuat muka toyanya.
“ish kau ni..nasib laki aku jer tau kalau tak jangan harap aku nak bancuhkan.”bebelku namun langkah ku atur jua menuju ke dapur.
“thanks Lia.”
“hah kenapa kamu ni Lia.”aju maklong bila melihat aku didapur.
“takde maklong.ni ha nak bancuhkan susu untuk Ikmal tu.katanya nak minum susu.”
“ala nak bermanja dengan kamu la tu.”
“takde maknanya maklong.”
“ada la maknanya.”
“maknanya apa maklong?”soalku.
“maknanya C.I.N.T.A.”kata maklong ditambah dengan symbol cinta lagi.fuyoo maklong aku ker tu.sporting jugak ek.
“ish maklong ni ada ada jelah.maklong,ayah dengan ibu mana?tak nampak pon dorang.dorang masih marahkan Lia ke maklong.”Tanya aku dengan sedih.terasa dengan perbuatan ibu dan ayah.tapi aku tak marah.yelakan mak mana tak kecewa ayah mana tak sedih jika anak yang selama ini ditatang sanggup menconteng arang ke muka mereka.aku bernasib baik kerana hal ini tidak diketahui ramai orang.kalau tidak mungkin aku sudah dibuang keluarga.
“ni air susu kau.”kata aku sambil meletakkan gelas yang berisi susu hangat disisi Ikmal.
“kau nak ke mana?”soal Ikmal apabila melihat aku tidak duduk menjamah bersamanya malah kaki ku atur ke atas menuju ke bilikku.
“kau makan la dulu.aku nak masuk bilik jap.”Ikmal hanya mangangguk.
“Am,semalam Mal ada cakap kat aku.dia kata kau cintakan aku.betulke?aku pon cintakan kau. Tapi aku dah kahwin Am,aku kahwin dengan sepupu kau.maafkan aku.aku harap kau faham Am.”monolong ku tanpa ku sedari mutiara putih menitis melalui lekuk lekuk pipiku.Ikmal yang mendengar suara isterinya mengeluh disebalik pintu.
“Am aku betul betul minta maaf.Lia aku janji suatu hari nanti aku akan pulangkan kau pada Am. Meskipun hati aku sakit.ya hati aku sakit Lia.aku cintakan kau.aku cintakan kau saat pertama kali aku sampai sini.kau dah curi hati aku dengan keletah kau.tapi kau tak cintakan aku.Ikmal melangkah masuk lalu duduk disisi isterinya.tangan milik si isteri di pegang.perlahan lahan ditarik tubuh si isteri yang sedari tadi menangis ke dalam pelukannya untuk meringankan apa yang dipikul si isteri.
“Lia,aku tahu kau kuat.kau kena tahan Lia.aku janji bende ni takkan lama Lia.aku akan lepaskankan kau suatu hari nanti Lia.aku akan satukan kau dengan Am,Lia.”Ikmal bersuara.tapi hanya di hatinya.dia tiada daya melafazkan itu.
“Lia menangis lah.aku akan selalu ada buat kau.aku faham kau terasa dengan ibu dan ayah.aku faham Lia.”lama mereka berkeadaan begitu sehingga Lia tertidur dalam dakapannya.tubuh kecil itu diangkat lalu dilabuhkan diatas peraduan.air mata yang membasahi wajah Lia diusap.
“Lia andainya kau tahu aku cintakan kau.kau nak ke kawan dengan aku..”perlahan lahan dahi itu dicium buat kedua kalinya.kaki diatur ke luar dari kamar itu.
“Lia jaga diri baik baik kat sana.Ikmal jagakan anak saudara maklong ni.awas kamu kalau ada yang tak kena dengan anak maklong ni,maklong cilikan kamu..”tutur maklong dalam nada gurau tapi terselit ketegasan. dia amat menyayangi aku setelah dia kehilangan anak dan suami dalam kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga 5 tahun lalu. hanya maklong yang terselamat. semenjak itu maklong menetap dirumahku. segala kasih sayangnya dicurahkan kepada aku sementelah aku merupakan anak tunggal. bahkan aku dianggap sebagai anak kandungnya.
“ye maklong anak maklong ni Mal akan tatang bagai menatang minyak yang penuh. Mal takkan izinkan sesiape pon sentuh bahkan nyamuk sekalipon.”
“poyo je lebih maklong si Ikmal ni.”kata ku.tercetus la ketawa antara kami bertiga.
“Lia pergi salam ayah dengan ibu. aku tahu kau terasa dengan dorang. tapi dorangkan ibu dan ayah kau. kalaupun dorang salah kau sebagai anak kena mengalah.”bisik Ikmal yang tiba tiba menghampiriku.
“tapi aku takut. aku takut dorang masih marahkan aku. aku takut dorang pukul aku macam malam tu.” Tutur ku.sejujurnya aku masih takut.segalanya masih terbayang di mata ku.bagaimana aku dipukul di pejabat agama.mujur ada Ikmal,dia yang menyelamatkan aku.dari ibu dan ayah.menitis air mataku apabila terkenangkan malam tu.masih terngiang ngiang suara ayah memaki ku.mengatakan aku tiada maruah.
“aku menyesal besarkan kau.aku beri kau kasih sayang.aku bagi kau makan pakai tapi ni kau balas pada kami.anak apa kau ni..hah..”jerkah ayah bersama rotan ditangan yang tak henti henti memukul tubuhku. Perit yang aku tanggung masih terasa sehingga kini.
“pakcik,saya minta maaf.semua ni salah saya.kalau saya tak ajak Lia jumpa semua ni takkan berlaku. Tapi percayalah kami tak buad apa apa.”tutur Ikmal dengan suara yang lantang.mungkin tak betah dengan ayah yang tak henti henti menyiksa ku.
“kau senang cakap.lepas apa yang kau buad kau nak lepas tangan.dah puas kau gauli anak aku.aku takkan biar dia senang.kalau dia mengandung siapa nak jawab.mana aku nak letak muka aku ni.kau faham tak. Biar anak aku mati.”jerkah ayah pada Ikmal.
“ayah…”aku tak sangka ayah sanggup memperlakukan aku sebegini.Ikmal ku lihat menghampiri ku.lalu memelukku.aku mula menangis didadanya.kesakitan aku rasakan disegenap inci tubuhku.
“pakcik saya minta sangat tolong hentikan semua ni.saya janji saya akan bertanggungjawab.”putus Ikmal membuatkan aku memanggung mencari anak mata milik lelaki ini.Ikmal yang mengerti seraya mengganguk mengatakan dia benar benar.keputusannya seolah olah segalanya benar benar berlaku. akhirnya terbina lah ikatan ini.
“Lia,Lia…apa yang kau menungkan tu..dah pergi..aku temankan kau..”tegur Ikmal lalu mematikan lamunanku.
“ayah ibu, Lia dah nak balik kampus.Lia minta halal makan minum Lia.Lia minta maaf andai Lia dah melukakan hati ibu dengan ayah.Lia langsung tiada niat..bu yah..”aju ku bersama air mata.
“Lia,ibu pon nak minta maaf.kami tuduh Lia dengan Ikmal buad bende terkutuk tu.padahal tidak. Kami dah salah sangka terhadap kamu.kami minta maaf.”tutur ibu membuadkan aku tersentak.
“ye Lia,Ikmal dah jelaskan segala galanya pada ayah.maafkan ayah Lia.ayah Cuma takut.ayah sayangkan Lia dan percayakan Lia.tapi malam tu ayah rasa segala kepercayaan yang ayah bagi pada Lia hancur.” Kata ayah.kini baru aku mengerti.Ikmal telah menyelamatkan aku kali kedua.Ikmal baiknya kau. Kalau Am tak ada mungkin aku akan jatuh cinta pada kau.
“ayah ibu..Lia dah lama maafkan..Lia faham perasaan ibu dan ayah.”lalu tubuh tua itu aku peluk bersama air mata kegembiraan.segalanya telah selesai.thanks Ikmal.
“Lia,kita dah lambat ni.takut nanti malam pulak.dah tak boleh masuk asrama.”
“ayah ibu Lia pergi dulu.nanti cuti Lia balik.”
‘ye la.kirim salam dekat keluarga Ikmal ye.”
“baiklah bu.”jawab Ikmal.
DALAM perjalanan,aku hanya mendiamkan diri sehingga Ikmal bersuara.
“Lia,aku dah tetapkan beberapa rule untuk kita.nah ambik baca ni.
PERANCANGAN AND RULE MASA DEPAN
1.panggilan akan ditukar.kau panggil aku Mal dan aku akan panggil kau Lia. Kalau kau tak setuju aku panggil kau sayang.amacam??
2.setiap hujung minggu Mal akan ambik Lia dan kita akan balik ke rumah Mummy.
3.Mal nak kita rahsiakan perkahwinan kita daripada sesiapapun.termasuk kawan kawan Lia.
4.didepan mummy n daddy Lia kena panggil Mal  ABANG.
Sekian.^_^
“kena ke aku panggil kau abang?”
“aku bukan apa aku taknak mummy n daddy fikir bukan bukan pulak.lagipon dorang tak tau pasal kita. Aku cakap aku dengan kau dah lama bercinta…hehee..”
“memandai kan kau.”
Setelah menempuh perjalanan selama 4 jam akhirnya kami tiba di kampus.aku dan Ikmal menuntut di Universiti yang sama iaitu Universiti Malaya.sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar di England tapi memandangkan aku bukanlah dari keluarga yang senang.niat itu aku simpan sahaja.Berbeza dengan Ikmal kerana setahu aku keputusan SPM dia lebih hebat dari aku dan dia jugak merupakan anak ahli perniagaan yang terkenal jadi untuk menyambung pengajian di luar Negara bukanlah hal yang susah.Ikmal dan Am adalah sepupu.Am lebih memilih menyambungkan pelajarannya di Scotland dalam bidang kejuteraan.
“ingat rule tu.hujung minggu ni aku ambik kau.and starting from now I want you to called me as Mal n I will called you as Lia.no more aku kau.get it.”
“yes I know it Mr.Ikmal Firhad.”
“Miza,Jimmy…lama tak jumpa korang. rindunya aku kat korang. korang sihat?”                                                                                                  sapa ku apabila terlihat kelibat sahabat aku. hampir 1 bulan tak jumpa setelah cuti semester yang bermula sebulan lepas. Mereka lah sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Miza roommates aku. dia dari Perlis.budak ni kaw punya Perlis.first time aku jumpa Miza ni,aku rasa macam apahal budak ni!cakap punya kasar.bila dah lama aku kenal dia baru aku tahu dia ni baik.dia selalu la tolong aku bila aku miss class..aku bukan sesaja nak ponteng tapi kalau gastric aku datang bangun pon tak larat. sorang lagi ni Jimmy..ehh dia bukan laki nama sebenar dia Najmi but we call her as Jimmy sebab dia ala ala tomboy la.dia ni ibarat doctor la bila aku sakit.sayang aku kat korang!
“wey Lia…rindu baq hang.lama gila kita tak jumpa no.hmm..aku balik Perlis..sunyi ampa tak tepon aku langsung.apa punya kawan..”celoteh Miza.
“ala kitorang bukan taknak telfon kau.tapi taknak la ganggu kau dengan family..”balas Jimmy.
“aah,betul tu.”aku hanya mengiakan.
“banyak la ampa punya alasan”
**********
Setelah 3 bulan usia perkahwinan kami , semuanya masih berjalan seperti biasa. Aku sudahpun berjumpa dengan family Ikmal. Even aku pernah jumpa dorang masa dorang balik kampong namun rasa kekok tu masih ada kerana kali ini aku berhadapan dengan mereka dalam situasi yang berbeza. Teringat perbualan ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke bangle agam milik keluarga itu.
“pandai Mal dengan Lia sembunyikan hal ini daripada mummy and daddy kan ? patutlah si Ikmal tu selalu sangat balik kampong. Rupanya buah hati dekat sana.”
“haha mummy ni, mana ada sembunyi Cuma dah jodoh Lia dengan abang.” 
Itulah pertama kali aku memangil Syed Ikmal Firhad dengan gelaran abang. Di kolej, kami seperti biasa. Ikmal dan aku tidak lebih sebagai senior dan junior. Ikmal banyak membantu aku dalam pelajaran . aku ada juga mendengar khabar angin yang mengatakan Ikmal mempunyai buah hati yang turut belajar seuniversiti dengan kami . mungkin ini punca kenapa Ikmal tidak menyambung pengajiannya ke luar Negara.
“Mal, aku ada dengar kawan-kawan kau cakap kau ada girlfriend. Betul ke ? taknak kenalkan dengan aku ke ?” ujarku dengan senyuman tipis ketika kami sedang berbincang pasal study di library.
“ kenapa ?  kau nak kenal dengan bakal madu kau ke ?” ucapnya separuh berbisik .
“kau ! aku cakap baik-baik ni. Tak nak kenalkan ke ? yelah siapa lah aku ni kan, untuk kau berkongsi sesuatu special kan ?”ujarku dengan riak wajah yang sedih. Ikmal menolak kerusi yang didudukinya lalu menarik kerusi disebelahku .
“ Lia, dengar sini. Aku takde someone special melainkan kau. Mulai hari ni, aku taknak kau dengar apa-apa lagi dari kawan-kawan aku. Diorang saje saje tu.”ucapnya bersungguh-sungguh.
“erhhmmm.. so sweetnya abang senior kita ni. Kalau nak bercinta sekalipon hampa pi la tengok wayang ka, apa ka ? apa kes dating kat library ,kan Jimmy ? haha”
“ermm, mana ada kitorang dating. Kitorang tengah bincang pasal study la.”ucap Ikmal bagi menutup hal tadi.
“hmm, yelah tu abang senior oii, kalau dah sayang tu masuk minang ja lahh.. untung-untung kami boleh makan nasik minyak.”ucap Miza. Dia kalau boleh bercakap tak hingat dunia.
‘sebenarnya kami memang dah kahwin pon’ucap Ikmal dalam hati.
“haha,, ada-ada ja lah miza ni.”kami semua ketawa. Ini menjadikan hubungan kami bertambah erat.
**********************
Dan kini usia perkahwinan kami telah mencecah 3 tahun. Layanan Ikmal terhadap aku begitu baik sekali. Aku akui aku kini amat mencintainya namun Ikmal seolah-olah tidak menghiraukannya. Dia melayani aku dengan baik namun layanannya tidak lebih seperti seorang sahabat sahaja. Apa dia tidak ingin perkara yang lebih daripada perhubungan ini ?
Aku telah tamat dalam jurusan perakaunan dan sekarang aku  bertugas dibahagian kewangan di syarikat milik keluarga Ikmal. Kami kini menetap di penthouse mewah di Damansara. Miza kini telah bertugas sebagai doktor pakar psikatri di KPJ Perlis. Dan Jimmy menjawat jawatan pramugari di Malaysia Airlines. Hubungan antara kami masih rapat namun kurang masa bersama kerana kekangan masa dengan tugas masing-masing. Miza dan Jimmy telah mengetahui mengenai ikatan perkahwinan antara aku dan Ikmal. Semuanya ketika aku sakit perut maha dasyat masa itu. Miza telah meminta bantuan Ikmal. Dan sewaktu itu Ikmal amat cemas sehinggakan sewaktu aku dimasukkan ke hospital Ikmal tak putus-putus mencium dahiku dan mengatakan dia akan selalu bersama aku. Semua ini menimbulkan tanda tanya buat Miza dan Jimmy. Akhirnya terpaksalah dia mengatakan hal yang sebenar. Hampir 2 minggu aku dihospital dan menjalani pembedahan fibroid, Ikmal tetap setia menemani dan menjaga aku.
“Mal, aku ada hal sikit nak bincang dengan kau.”ujarku apabila melihat kelibat Ikmal didalam kamar kami yang aku berkeras ingin sebilik dengannya namun dia hanya tidur disofa.
“aku pun ada hal nak bincang dengan kau.”
“okay, kau cakap dulu.”
“minggu depan Am akan balik Malaysia, jadi aku akan keluar dari rumah ni.”
“maksud kau ?”
“Am tak tahu kita dah kahwin. Aku taknak hampakan dia. Dan aku dah janji dengan diri aku yang aku akan satukan korang balik bila dah tiba masanya. Aku taknak jadi penghalang hubungan korang. Aku akan lepaskan kau suatu hari nanti. Kau jangan risau.”
‘aku tak sanggup nak lepaskan kau, Lia. Tapi aku jugak taknak siksa kau disamping aku. Aku tahu cinta kau pada Am terlalu kuat Lia. Setiap malam aku nampak kau menangis. Semua pasal dia kan? Hati aku sakit. Sakit sangat Lia.’
‘takkan takde secubit rasa cinta kau pada aku Mal? Hina sangatkah aku sebagai isteri kau ? kau mesti tak sabar nak lepaskan aku kan ? semua ni mesti pasal perempuan yang kau sayang sangat tu kan ? satu university tahu itu. Aku dah lama buang rasa cinta aku pada Am sejak aku jadi isteri kau. Kau tak nampak ke semua tu selama ini. Setiap malam aku menangis kerana terasa layanan kau yang semakin dingin. Rupanya inilah alasannya.’
**************
“welcome to Zeneria Holding Mr. Syed Amirul Akram.”
“haha, kau ni. So how are you my cousin ? lama tak dengar kabar kau . sihat bro ?”
“aku macam ni la.”
“tapi aku tengok kau macam tak bermaya je ? kau gaduh dengan makwe ke ?”
“mana aku ada makwe la Am.” ‘tapi aku gaduh dengan Lia,Am. Isteri aku.’ Cetusnya dalam hati.
“Mal, jom lunch dengan Lia.. lia laparlah.”ajakku manja sambil memaut lengan Ikmal.
“Lia, kan kita dah bincang semalam. Jangan la macam ni. Nanti Am nampak kan susah.” Katanya sambil melepaskan pautanku lalu berlalu keluar. Pedih hati ini hanya Tuhan yang tahu.
“ehh, lia. Jom pergi lunch sekali.”
“takpalah Am, Lia tak lapar.”kataku seraya ingin berlalu.
“lia,  Am nak cakap sikit. Am sebenarnya nak teruskan hubungan kita dulu. Lia tahukan Am cintakan Lia. Am nak masuk meminang Lia.”
“ Terima kasih Am, tapi hati Lia bukan pada Am. Maaf sebab Lia dah kecewakan Am tapi Lia tak mampu tipu perasaan Lia yang Lia tak cintakan Am. Hati Lia pada orang lain. Dan lia sanggup buat apa sahaja untuk buktikan cinta Lia pada dia.”
“tapi Lia…”
“Am dah terlambat. Maaf Lia pergi dulu.”
Kini, hampir 4 bulan Am kembali ke Malaysia namun Ikmal masih menjarakkan dirinya daripada aku. Telefon tak angkat, penthouse ini pon tak pernah dijenguknya lagi. Rindu aku padanya semakin membuak-buak sehingga aku membuat keputusan segila ini.
“ hello, Mal tolong Lia..Lia sakit.”kataku lantas mematikan telefon.
“hello Lia….Lia ??” katanya cemas. Kunci kereta dan wallet dicapai dan pantas dia memandu BMW miliknya ke penthouse kami di Damansara.
“lia…lia.. kau kat mana ?”seru Ikmal dalam kegelapan setelah masuk ke dalam penthouse kami. Sengaja aku padamkan lampu. Aku hanya berdiri didepannya namun agak sedikit jauh. Setelah lampu dibuka alangkah terkejutnya Ikmal melihatku.
“lia, apa kau buat ni ? kau kata kau sakit. Kau nak main-mainkan aku ke ?”ucapnya. dia aku hampiri lantas aku letakkan jariku dibibirnya.
“syuhh, Mal temankan Lia malam ni, please..Lia rindukan Mal.”ucapku lalu tubuh tegapnya aku peluk. Terlalu rindu aku padanya.
Malam ini aku memakai gaun merah labuh dan sedikit solekan diwajahku. Aku memasangkan lagu romantic. Ikmal yang sedang duduk dikerusi aku tarik.
“menari jom.?”
“tapi lia..”
“please..”
“okay,”sebelum menari aku menutup lampu bagi mewujudkan elemen romantic dengan cahaya lilin. Aku mendekatkan bibirku dengan bibir Ikmal dan Ikmal membalasnya. Tubuhku aku rapatkan ketubuhnya namun Ikmal melepaskan bibirku.
“Lia, aku rasa semua ni…”ujarannya aku biarkan malah bibirnya kembali aku pagut. Dan kini Ikmal seakan merelakannya.kini, dress labuh telah aku tanggalkan dan yang tinggal hanya lingerie merah seksi yang aku beli di Mall petang tadi.
Dan malam berlalu dengan sejarahnya sendiri….
Sedang sibuk aku menghidangkan sarapan. Ikmal keluar dari bilik tidur dan terus berlalu ke pintu.
“Lia, aku rasa hal semalam tak patut terjadi. Semuanya hanya sebuah kesilapan.” Ujarnya mematikan senyumanku.’lia, aku happy sangat semalam tapi aku sedar cinta kau bukan pada aku.’
“kesilapan kau cakap ? kau tak sedar ke kenapa aku buat macam tu semalam ? semuanya sebab aku cintakan kau.aku Cuma nak kita hidup macam pasangan suami isteri yang lain, ada anak. Tapi kau masih dengan alasan kau untuk satukan aku dengan Am. Atau kau sebenarnya dah ada kekasih Mal ? tu sebabnya kau abaikan aku ? kalau macam tu, aku minta maaf. Aku janji aku takkan kacau kau lagi.”
“maafkan aku Lia”ucapnya lantas berlalu pergi. Namun saat Ikmal keluar dari penthouse kami, Am sedia memerhatikannya.
‘patutlah kau tolak aku, lia. Rupanya sebab kau dengan Ikmal. Apa yang kau dah buat dengan Ikmal ,Lia. Aku tak sangka hubungan korang sejauh ini.’ Bisik hati Akram.
**************************
Kini hampir dua bulan sejak peristiwa itu berlalu. Dan aku seboleh mungkin mengelak dari bertembung dengan Ikmal. Kini, Ikmal setiap malam pulang ke penthouse kami bukannya menumpang di rumah kawannya. Namun aku tidur di bilik tidur tetamu kerana tidak mahu bertentang mata dengannya.
Namun hari ini aku tidak dapat melarikan diri lagi kerana hari ini ada mesyuarat. Dan semestinya dikendalikan oleh Ikmal. Semasa mensyuarat berlangsung, aku tidak dapat menumpukan perhatian pada agendanya kerana pening yang menguasai diri. Aku perasaan yang Am sering menjelingku dari ekor matanya. Sejak sebulan dua ini sikap Akram begitu dingin padaku malahan pandangan yang dilemparkan padaku jugak seperti jijik. Namun disebabkan kesakitan ini semuanya aku biarkan.
“wuekkk,wuekkk…”aku berlari ke tandas dan memuntahkan segala isi perutku. Dalam pada itu terasa ada tangan yang mengusap belakang aku. Dan bila aku toleh kulihat wajah Ikmal kerisauan.
“kenapa ni ? Lia salah makan ke ? jom abang bawak Lia pergi klinik  ?”sejak dari haritu Ikmal mula membahasakan dirinya abang dan aku hanya membiarkannya.
“tak perlu susahkan diri encik Ikmal untuk saya. Nanti marah pulak kekasih encik Ikmal kalau dia nampak encik Ikmal berdua-duaan dengan saya.”marahku.
“Lia, berapakali abang nak bagitahu yang abang takde kekasih.  Lia seorang buah hati abang, abang sayang dan cintakan Lia.”
“semua tu Cuma bohong sahaja. Sudahlah, tak perlu pedulikan saya.”
“dah berapa bulan awak pregnant Lia ?”sampuk suatu suara. Alangkah terkejutnya kami bila melihat gerangannya. Dia ialah Akram.
“kenapa terkejut ? terkejut macam mana saya tahu semua ni ? patutlah awak tolak lamaran saya,Lia. Rupanya awak seronok berasmara dengan Ikmal. Saya tak sangka awak semurah ini.”
“Am !”jerit Ikmal.
“kau diam Mal,selama ni aku percayakan kau. Aku ingatkan kau akan jagakan Lia untuk aku. Tapi aku salah , kau sanggup tikam belakang aku. Kau ingat aku tak tahu kau keluar masuk penthouse  Lia. Dah puas kau gauli dia sampai dia pregnant sekarang. Jahanam  kau !” tempik Am sambil memukul Ikmal.
“Am cukup !” jerit Daddy yang muncul dari muka pintu. Setelah Am melepaskan Ikmal pantas aku mendapatkannya. Aku papah Ikmal ke kerusi di dalam ruangan pejabat ini.
“Apa semua ni Am ? cuba jelaskan pada uncle .” pinta Daddy pada Akram.
“bukan Am yang patut jelaskan semua ni tapi anak uncle sendiri . Uncle tanyalah apa dia dah buat dengan Lia.” Ucapnya menahan marah.
“apa yang Mal dah buat ?”soal Daddy pada Ikmal.
“Mal akan jelaskan semuanya tapi bukan pada Daddy, tapi pada kau, Am. memang Lia mengandung. Dan anak yang dia kandungkan anak aku. Tapi anak ni bukan anak haram,dia anak yang sah.”
“sah apanya kalau kau buat maksiat.”
“dengar dulu,dia anak sah sebab aku dengan Lia dah kahwin . Kami dah kahwin 3 tahun lepas . masa tu kau masih dekat Scotland. Aku minta maaf sebab aku terpaksa rahsiakan hal ni daripada kau . sebab aku taknak kau kecewa . aku bukan sengaja nak rampas Lia dari kau tapi keadaan time tu tak mengizinkan . aku harap kau faham.”
“jadi semua orang dah tahu lah hal ni ?”soalnya Ikmal jawab dengan anggukan .
“abis selama ni aku diperbodohkan lah ?” tempik Akram dan berlalu pergi.
“Lia, kenapa tak cakap yang Lia pregnant ,sayang ?”
“perlu ke saya cakap ? nanti rosak pulak hubungan encik dengan buah hati encik tu ?
“ Lia, sini abang ceritakan semua. Lia mesti tertanya-tanya sebab apa abang tak sambung study dekat overseas padahal abang lebih dari mampu kan ? semuanya sebab Lia. Abang taknak jauh dari Lia. Abang cintakan Lia saat pertama kali abang jejak kaki kat kampong tu. Walaupun masa tu abang tahu yang abang takkan dapatkan Lia. Dapat jadi kawan baik Lia pun abang bersyukur sangat.”
“abang, Lia minta maaf. Lia tak sangka abang sanggup korbankan semuanya demi Lia.”
“takpa sayang. Janji sayang maafkan abang.” Ucapnya dan menarik aku kedalam pelukannya.
*****************
Kini, sudah 4 tahun berlalu,
Semenjak haritu Akram menghilangkan diri tanpa khabar berita. Mungkin marah dengan apa yang terjadi . sehingga sekarang Ikmal masih menyalahkan  dirinya atas  apa yang berlaku. Namun rasa itu disembunyikannya.
Namun semuanya berubah apabila Akram kembali seminggu yang lalu.  Akram pulang bersama seorang wanita cantik dari perlis yang diperkenalkan kepada kami sebagai isterinya , dan wanita itu ialah BFF till jannah aku iaitu Miza. Akram mengatakan bahawa dia telah melupakan segalanya dan bahagia dengan kehidupannya kini bersama Miza dan puteri mereka iaitu Syarifah Leyla Medina Syed Amirul Akram.

“Sayang buat apa tu kat balkoni? Sejuk. Masuk dalam bilik, sekarang. Kesian baby kesejukan di luar.” Ikmal menarik tangan aku yang sedang termenung di balkoni bilik kami. kami dikurniakan lagi seorang anak. Kini, aku sarat mengandung anak kedua kami,ehh anak ketiga. Kami telah dikurniakan sepasang anak kembar. Syed Daniel Hazif dan Syed Danish Haykal. Kandungan  aku telah mencecah 7 bulan.

“Kesian, adik Danish. Ibu ni!” marah Danish kepada ibunya.

“Amboi, anak ibu! Perangai Danish sama saja dengan papa.” luah aku.

“Danish,Daniel, papa pernah cakap apa hari tu?” tanya Ikmal kepada Danish dan Daniel yang sedang duduk di atas katil.

“Bapa borek anak rintik! Like father like son!” jerit Daniel dan Danish serentak.

“Hampeh!”
‘Ya Allah, semoga tiada badai yang akan melanda rumah tangga aku dan Ikmal. Kekalkanlah  kebahagiaan dalam keluarga ini. Takdir Allah telah menemukan aku dan Ikmal. Takdir Allah, ada kalanya manis, ada kalanya pahit seperti diriku dan suamiku. Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ke akhir hayat aku. Amin!’ Aku bermonolog di dalam hati.
Tersurat  kasih Aulia Hannani dan Syed Ikmal Firhad. Itulah kisah hidup aku dan Ikmal. Takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada aku dan Ikmal.

*__THE END__*

7 comments: