PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

CERPEN : 10 GANGSTER KE TAK NI ?

Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Gangster Ke Tak Ni ?
Tarikh Post : 18 November 2015

“Pakcik buat apa dalam bilik Feyra ni?” soal Feyra Fazleen. Takut! Dia takut dengan lelaki yang berdiri dihadapannya.
“Aku nak kau la, bodoh. Aku dah lama idamkan kau. Cuma mak kau yang bangang tu selalu je ada.” Feyra tergamam. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu?
“ Apa pakcik? Pakcik nak apa dari Feyra?” soal Feyra ketakutan.
“ sekarang mak kau takde. Tinggal kita berdua je. Mari, sayang sini dekat aku.” Lelaki itu bertindak berani. Dia memeluk tubuh kecil anak tirinya. Dia betul-betul menginginkannya.
Salah ibunya kerana tersilap menikahi lelaki itu. Bukan sahaja kaki judi tetapi kaki mabuk! Dia benci lelaki itu.
“Pakcik lepaskan Feyra… tolonglah pakcik. Jangan buat Feyra macam ni! Feyra sanggup buat apa sahaja… Feyra minta pakcik lepaskan Feyra…” Feyra menangis sambil meminta lelaki itu melepaskannya.
“Pergi mampos dengan permintaan kau tu. Sekarang kau milik aku, sayang…” lelaki itu makin berani. Dia bertindak mencium leher jinjang gadis itu belasan tahun itu.
Feyra yang ketakutan bertindak mengigit tangan lelaki itu. “Arghh… jahanam kau!” jerit lelaki itu kesakitan. Feyra berlari ke dapur, sebilah pisau dicapai.
“Pakcik jangan dekat dengan Feyra! Feyra bunuh pakcik nanti!” jerit Feyra sekuat hati.
Entah bagaimana, Feyra tersilap langkah. Dia Berjaya ditangkap lelaki durjana itu. Pisau digenggamannya hilang entah kemana?! Dia kembali meronta.
“Tolong!!! Tolong Feyra…” jerit Feyra sekuat hati. Namun suaranya tidak didengari sesiapa. Memandangkan rumah sewanya jauh dari rumah orang.
“Diam..diam aku cakap…” tempik lelaki itu. Muka comel itu ditamparnya berkali-kali. Feyra terkulai layu setelah dibelasah lelaki itu.
“Abang! Apa abang nak dah buat dengan anak saya?!” jerit satu suara. Ibu Feyra! Mujurlah dia pulang awal hari ini. Tidak diduga, suaminya bertindak seperti setan.
“Kau diam! Dah lama aku idamkan tubuh anak kau.”
“Astaghfirullahalazim. Apa abang cakap ni? Lepaskan anak saya.” Sarimah berlari kearah anaknya. Sayu dia melihat kesan lebam diwajah anaknya.
“Kau ketepi!” pekik suaminya bagaikan orang tidak siuman. Sarimah mencapai pisau di bawah meja. Dia tekad.
“ Baik abang keluar dari rumah ni, kalau tidak saya bunuh abang!”
“Kau nak bunuh aku?! Ha…ha…” lelaki itu ketawa. Dia mendekati isterinya.
“Sini…bunuhlah aku…” lelaki itu bergelut dengan isterinya. Akibatnya, pisau itu menikam dada Sarimah. Dia jatuh terkulai. Wajah anak kecilnya dipandang sebelum perlahan dia menutup matanya buat kali yang terakhir. Lelaki itu ketawa melihat isterinya yang diam tidak berkutik.
“Ibu!!! Jahanam kau.” dengan rasa amarah yang membengkak dihati. Pisau diatas meja dicapai. Dia berlari kearah suara lelaki yang masih ketawa diatas kematian ibunya. Belakang lelaki itu ditikam bertubi-tubi kerana rasa geram yang menguasai diri. Darah memancut kearahnya tidak dipedulikan. Yang pasti amarahnya dapat dilepaskan!
Akhirnya dia dimasukkan ke dalam sekolah pemulihan akhlak kerana tuduhan membunuh. Setelah dia ditangkap, dia langsung tidak membuka mulut mengenai perkara itu. Dia tidak membela dirinya.
********
8 tahun berlalu…
“Assalamualaikum bro … kau apahal nak jumpa aku? Selalunya weekend macam ni susah nak jumpa kau, asyik enjoy dengan perempuan je…” perli Adam. Wajah sahabatnya dipandang. Tahu sangat perangai sahabatnya itu, kalau ada masalah mesti dia yang dicari.
“waalaikumsalam … aku kusut sekarang Am. Kau tahu lah kan keadaan mama aku sekarang. Kak Yanti pulak nak berhenti, katanya ibu dia kat kampong sakit.” Luah Tengku Zaffran Qushairi.
“Sebab tu je? Aku ingat apa lah tadi. Dah si Yanti tu berhenti, kau upah la orang lain jaga mama kau.” kata Adam.
“Upah? Maksud kau hired somebody untuk urus mama? Kau tak ingat apa yang jadi sebelum kak Yanti? Aku takkan lupakan apa yang perempuan tu buat dekat mama aku.” Sambung Zaffran.
Peristiwa setahun yang lalu kembali terbayang di matanya. Pembantu yang diupah untuk menguruskan keperluan mama tersayang telah memperlakukan mamanya seperti kucing kurap. Mujurlah ketika itu dia berpatah balik kerumah untuk mengambil dokumen yang tertinggal. Akibatnya, perempuan itu dipecat terus. Kak Yanti pula, dipinjamkan dari rumah neneknya Toh Puan Saripah.
“Hemm…then kahwin. Isteri kau boleh jaga mama kau.”
“Seriously?”
“Yelah. Dah kau fobia sangat dengan pembantu rumah. Kahwin je lah jalan mudahnya.” Jelas Adam.
“Mana nak cari, bro? nak harapkan perempuan yang selalu keluar dengan aku tu? Hemm… dua kali lima je dengan ex pembantu rumah aku tu.” Zaffran bersuara. Teringat akan sikapnya yang selalu berfoya-foya. Mampu ke dia kahwin?
“ kau tangkap je lah mana-mana perempuan kampong yang boleh dijadikan sebagai isteri kau. setahu aku, perempuan kampong ni baik-baik. Bak kata nenek aku, perfect!” kata Adam sebelum menghirup kopi panasnya.
“ Then, help me find somebody tu…”
“Ooo… pasal ni aku tak nak terlibat, bro. kau cari lah sendiri. Aku tak nak nanti naya anak dara orang. Manalah tahu dia tangkap cinta dengan kau? aku cadang je… I’m sorry, buddy.”
“La… aku baru nak suruh kau buat selection… tapi takpelah, nanti kau perli aku pulak…” kata Zaffran. Bahu kawannya di tepuk perlahan.
“Tahu takpe…” Adam bersuara. Mereka tertawa bersama.
******
Air wuduk yang menyucikan dirinya semakin mengering. Kedinginan kipas angin di masjid itu sangat menyenangkan. Feyra dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dengan khusyuk dan istiqamah. Sempat dia mengerling ke arah dinding jam masjid yang sudah pun menunjukkan pukul 5 petang.
Sebanyak-banyak doa aku panjatkan kepada ALLAH agar aku mendapat ketenangan. Menghadapi dugaan hidup seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Aku menyarung kasut di tangga masjid. Perjalanan hidup aku bukanlah mudah. Meskipun aku telah dibebaskan, namun hidupku penuh dengan umpat dan kejian dari penduduk kampong. Mereka menuduh aku membunuh ibu dan ayah tiriku. Akhirnya aku membawa diri ke negeri Terengganu.
Kini sudah 2 tahun aku bekerja di Zeneria Resort sebagai house keeping. Sudah menjadi kebiasaan setiap habis kerja, dia akan menghabiskan masanya di pantai.
“Aku dah agak, kau mesti duduk kat sini. Nah aku bawakan air untuk kau, Faz.” Sapa Amira yang merupakan sahabatnya disini. Amira juga tidak mengetahui kisah silamnya. Yang dia pasti, Amira juga akan turut membencinya sekiranya mengetahui dia adalah pembunuh!
“ Terima kasih… tak payah susah-susah bawakan aku air…” jawabnya. Kini, dia lebih gemar dipanggil Faz berbanding Feyra.
“Faz, malam ni kau tak kerja kan?” soal Amira dengan suara yang lembut. Feyra dapat menangkap maksudnya. Jika ada sesuatu yang diinginkan pasti dirinya yang dicari.
“Hemm, dah tahu aku baru habis kerja, lagi nak tanya… cakap je lah nak suruh aku belikan novel kat pekan. Kan?!” sambungnya. Amira ketawa perlahan.
“Kau sayang aku kan?! Belikan please… tadi aku memang nak pergi beli.. tapi Syamel datang pulak ajak dating… tu yang tak jadi tu… please…” pujuk Amira. Feyra hanya pegun. Masak benar dengan perangai Amira apabila tunang tersayang datang. Terus lupa yang yang hendak dikerjakan. Akhirnya, dia juga yang menjadi mangsa.
“Boleh… tapi kau kena teman aku tengok sunset petang ni…” ujarnya tanpa secubit senyuman. Hatinya seolah-olah mati.
“Ni buat aku makin sayangkan kau… jangankan teman tengok sunset..teman kau ke hujung dunia pun aku sanggup.” Pipi Feyra diciumnya tanda sayang.
Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan mereka. ‘ Cantik gila perempuan ni! Sesuai sangat jadi isteri aku. Hehe’ bisik hati kecilnya.
********
“Woii… kau buat apa?! Takda kerja lain ke?” pekik Feyra pada sekumpulan lelaki yang sedang memeras ugut seorang lelaki.
“Eleh, minah ni… kau pergi balik la tolong mak lipat kain. Sini tempat abang-abang. Tak payah tunjuk hero sangat la…” balas seorang lelaki dalam kumpulan itu.
“ Kau try lah… kasi tengok, abang tak abang. Jangan nak buat taik dekat sini… sebelum kaki korang aku kepak, baik kau blah!” sambung Feyra.
berkat ilmu yang dipelajari semasa berada dipusat pemulihan akhlak dia Berjaya menewaskan mereka. Lari lintang-pukang lelaki-lelaki itu apabila dibelasah oleh Feyra.
‘Fuyoo minah ni. Hebat gila!’ puji Zaffran dalam hati.
“Encik tak apa-apa?” soal Feyra.
“Saya okay. Awak tu yang teruk belasah diorang. Awak okay tak? Tak ada luka?!” soal Zaffran kembali.
“Saya okay. Cuma luka sikit je. Encik orang baru kat sini ke?!” sambung Feyra. tudung yang senget dibetulkan.
“Ye, saya baru lagi kat sini. Tak tahu jalan kat sini..” jelas Zaffran.
“Ohh, kalau macam tu… saya hantarkan Encik balik. Sini bahaya sikit malam-malam.” Pelawa Feyra.
“Btw, saya Tengku Zaffran Qushairi. Awak?” soal Zaffran.
“Saya Feyra Fazleen. Panggil…”
“Feyra.”
“tak. Panggil Faz.” Sambung Feyra. Baginya Feyra sudah mati. Mati bersama ibunya 8 tahun dahulu.
“Nope. Saya suka nama awak, Feyra. Bye.” Feyra hanya melepaskan keluhan. Dia hanya memandang lelaki itu yang berlalu ke arah sebuah rumah mewah.

********
Pagi-pagi lagi Feyra berlari ke bilik mesyuarat. Hari ini mereka akan diperkenalkan dengan bos baru yang menggantikan Tengku Adam.
“Hai semua… saya perkenalkan Tengku Zaffran Qushairi merangkap bos baru kamu semua. Saya harap kamu semua dapat berikan kerjasama yang baik dengan Tengku seperti mana dengan saya.” Terang Tengku Adam.
“Hai semua… and hai Feyra.” Zaffran bersuara. Matanya tertumpu pada Feyra. Gadis itu hanya menunduk apabila mata-mata lain memerhatikannya.
“Awak semua boleh keluar accept you, Feyra.” Sambung Zaffran.
“Ada apa Tengku nak jumpa saya?!” soal Feyra apabila hanya tinggal mereka berdua sahaja diruangan itu.
“Saya ada tawaran yang menarik untuk awak.” Feyra terpempan. Tawaran menarik!
“Silakan duduk. Kita bincang dulu.” Sambung Zaffran.
“Tawaran apa Tengku?!”
“Tawaran to be my soulmate.” Jawab Zaffran tenang.
“Apa? Maksud Tengku?” soal Feyra kurang mengerti.
“Maksud saya, awak jadi isteri saya. Sudi tak?”
“ Apa yang saya dapat kalau saya jadi isteri Tengku.” Soal Feyra tenang. Dia pasti Zaffran ada alasan sendiri atas lamaran ini.
“Awak akan dapat kasih sayang seorang mama.” Jawab Zaffran senada.
“Mama? Maksud Tengku, Ibu?”
“Ye… tapi…”
“Tapi apa Tengku? Ada masalah ke?” soal Feyra penasaran. Wajah Zaffran kelihatan mendung.
“Mama saya… she had a mentally traumatized…” wajah kacak Zaffran menunduk. Dia kehilangan kasih sayang seorang ibu hampir 8 tahun.
“Mentally traumatized?! I’m sorry to hear that. Kalau Tengku sudi cerita, macam mana mama Tengku jadi macam tu?!”
“Dah 8 tahun mama sakit. Semuanya selepas mama dapat tahu yang papa dah kahwin lain. Mama jadi murung dan hidup dalam dunia dia sendiri… saya harap awak dapat bantu saya, Feyra…” ujar Zaffran penuh mengharap.
“Tapi Tengku akan benci saya bila Tengku tahu siapa saya ni sebenarnya. Saya ni seorang…”
“Pembunuh?! Tu maksud awak?!” soal Zaffran kembali. Nyata, gadis ayu dihadapannya terkejut. Jelas terpamer riak terkejut di wajah itu. Mungkin tertanya-tanya bagaimana dia mengetahui hal begini?
“ Terkejut mana saya tahu semua ni?! Saya dah siasat siapa awak dan saya tak kisah pasal masa silam awak. Yang saya pasti, awak sekarang bukan awak yang dulu. So, sudi tak jadi isteri saya?!” Zaffran telah mengupah penyiasat untuk menyiasat latar belakang Feyra. Dia mengetahui tentang mengenai kes pembunuhan ibu Feyra dan ayah tirinya. Namun, identiti ayah tiri Feyra tidak dapat dikenalpasti.
“Kalau macam tu, saya terima lamaran Tengku. Saya sanggup bantu ibu Tengku. Tapi dengan satu syarat…”
“Syarat?! Apa syaratnya?!”
“Tengku kena rahsiakan perkahwinan ni daripada semua orang termasuk Tengku Adam sekali. Boleh?!”
Zaffran kerut dahi. Kenapa nak nikah senyap-senyap pula? Kalau pasal status gadis itu, dia tidak peduli. Yang penting kesihatan mamanya dan rasa cinta yang mulai tersemai buat gadis kecil molek itu.
“Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat siam.”
“Siam ke, Vietnam ke, saya tak kisah.” Feyra menyengih.
Zaffran berfikir sejenak. Feyra ni biar betul. Serius ke saja nak main-main?
“Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh.” Zaffran angkat-angkat kening.
“Kalau dah sah nanti, tang mana Tengku nak sentuh pun saya bagi.” Feyra sengih lagi. Semuanya kerana keinginannya yang satu itu. Kasih seorang ibu yang ditawarkan Tengku Zaffran Qushairi tidak akan ditolak. Dia benar-benar menginginkannya.
********
“ Welcome home, Feyra. Ni lah rumah saya.” Zaffran mempelawa isterinya masuk kerumah mereka buat pertama kalinya.
Mata Feyra menyorot di segenap ruang rumah agam itu. Rekaan yang simple namun jelas elemen kemewahan di situ.
“Wah, besarnya rumah Tengku. Mana mama Tengku?! Bawalah saya jumpa dia.” Soal Feyra teruja.
“Mama ada dekat rumah Opah saya kat Seremban. Nanti saya pergi ambil. Sekarang, saya nak bawa awak pergi bilik kita.” Jelas Zaffran.
“Bilik kita?!” Feyra kerut dahi.
“Yelah bilik kita. Lupa ke awak tu isteri saya?!”
“Tak, bukan tu maksud saya. Tengku lupa ke janji kita?!” dia kembali menyoal.
“Hemm… tapi awak tak kisah ke tidur bilik pembantu rumah?!” tanya Zaffran prihatin. Dia berat hati untuk membenarkan isterinya tidur di situ.
“Saya lebih dari tak kisah. Lagipun, saya dah biasa tempat yang lagi teruk. Setakat bilik pembantu rumah tu, takde hal la.” Ujar Feyra yakin.
“okaylah kalau macam tu. Sekarang, awak pergi rehat dalam bilik dulu. Kitakan baru sampai, awak mesti penat.” Ucap Zaffran.
“Tengku nak pergi mana pulak ni? Tengku tu tak rehat ke?! Bukan saya sorang yang baru balik dari siam kan?!” soal Feyra separa menyindir.
“Saya nak pergi ambil mama. Mama bukannya boleh tinggal lama-lama dekat rumah Opah…”
“Hemm, take care.”
“ Don’t worry. I’ll be back.” Ujar Zaffran sambil menghadiahkan ciuman didahi isterinya.
“Jaga rumah and jangan nakal-nakal, tau.”
Feyra hanya menghantar suaminya di hadapan pintu rumah. Setelah kelibat kereta mewah milik suaminya hilang meluncur di jalanan dia membawa diri ke kamar pembantu rumah yang terletak di dapur.
Selepas ini dia akan menjalankan misi memulihkan ibu mertuanya. Dia telah meletakkan jawatan di Zeneria Resort atas permintaan suaminya. Kepada Amira, diberitahu bahawa dia akan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman milik Tengku Zaffran Qushairi. Teringat kembali perbualannya dengan Amira.
“Kenapa kau nak berhenti kerja kat sini, Faz?! Kau marahkan aku ke?” soal Amira.
“Marahkan kau? kenapa pulak aku nak marahkan kau?!” soal Feyra kembali.
“Yelah, manalah tahu kalau kat tak suka aku minta tolong kau selalu. Suruh beli itulah, inilah… aku minta maaf kalau kau rasa menyusahkan kau selama ni. tapi jangan lah berhenti.” Sambung Amira panjang lebar.
“Aku tak pernah rasa susah pon tolong kau. Aku berhenti kerja kat resort ni sebab Tengku tawarkan kerja kat rumah dia. Jadi orang gaji. Gaji lumayan la jugak.” Bohong Feyra.
“Habis, kau nak tinggalkan aku ke Faz?!”
“Alah, nanti kita jumpa lah.”
Kini sudah 2 bulan dia menetap di rumah mewah itu. Tengku Faridah, ibu mertuanya juga semakin pulih. Dia boleh berkomunikasi dengan Tengku Faridah namun hanya dia sahaja. Bahkan Tengku Zaffran sendiri masih tidak dapat berkomunikasi dengan Tengku Faridah.
“ma, Zaff sayangkan mama. And I miss you so much, ma. Zaff rindukan mama yang dulu. Please come back!” Zaffran bersuara. Dia duduk di birai katil mama nya. Wajah yang sedang tidur pulas itu dipandang.
Dia bersyukur kerana sepanjang pernikahannya, mama semakin pulih. Berkat isteri dan doa yang tidak putus-putus.
Setelah keluar dari kamar tidur mamanya, kaki diatur ke tingkat bawah. Ruang tamu dituju. Isterinya sedang ralit menonton televisyen dicuit.
“Sayang , terima kasih.”
“Terima kasih sebab apa?!” Feyra bersuara tanpa mengalihkan pandangannya. Matanya masih tertumpu di kaca televisyen.
“Sebab dah kembalikan mama saya.”
“Sama-sama.” Feyra menyegih. Gigi putihnya ditayangkan kepada suaminya.
“Btw, esok saya outstation ke JB. Tolong saya siapkan baju?!” pinta Zaffran lembut.
“Okay, berapa lama awak outstation?!”
“Seminggu.”

10 comments:

  1. Nak smbungan bg smua cerpen yg awak update nihh. Bestt lahh

    ReplyDelete
  2. tq sebab support. insyaAllah saya akan update soon..

    ReplyDelete
  3. Asyik continued he
    Ending yg lain mana

    ReplyDelete
  4. Asyik continued he
    Ending yg lain mana

    ReplyDelete
  5. bile nk smbung cerpen ni..xsbaq nk tnggu sambungan ny..

    ReplyDelete
  6. Sambungannya...x sabar nak tau kisah seterusnya

    ReplyDelete
  7. Kenapa tiru cerpen aina fazuha yg part dia ajak kawin kat siam tu? Hmm :')

    ReplyDelete
  8. Kenapa tiru cerpen aina fazuha yg part dia ajak kawin kat siam tu? Hmm :')

    ReplyDelete