Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Wife Or Mistress
Tarikh Post : 18 November 2015
Tajuk : Wife Or Mistress
Tarikh Post : 18 November 2015
“Maaf cikgu,saya
lambat.baru habis meeting dengan clients tadi.”aku meminta maaf kerana
telah mencuri masa guru di nursery
anakku.
“takpe puan,saya
faham.biasa la orang bekerjaya macam puan.selalu busy. tapi tu la Rayqal, moody
semacam jer.merajuk lah tu.”kata cikgu Siti sambil menunjukkan Rayqal yang
duduk di buaian dengan wajah cemberut.
“takpe lah cikgu. Saya
pergi dekat Rayqal dulu.”pinta ku.
Tersenyum aku melihat
Rayqal dengan mulut muncungnya.protes lah tu.tu lah penyeri hidup aku setelah
dia pergi.aku mendekati Rayqal, Rayqal yang perasaan akan kehadiranku lantas
memalingkan wajah.
“sayang,anak mama.so how was your day my little honey boney?”sedari usia setahun lebih telah
aku ajarkan Rayqal berbahasa Inggeris.tiada balasan dari mulut si kecil.
“ade budak merajuk
lah…mama baru ingat nak ajak budak tu makan aiskrim… aiskrim apa ntah.. arr
aiskrim Baskin and Robin’s. hmmm.. delicious.
tak jadi lah nak makan.”pancingku menjadi apabila Rayqal mula tersenyum. dia
paling pantang apabila disebut nama aiskrim kegemarannya.
“Qal
janji tak merajuk lagi mama..ma please
bring me there .. pleassee..”Rayqal mula memujukku dengan Muka puppy-face ditayangkan dan
aku tergelak kecil. Rayqal memang
seorang anak yang comel!
“Qal,jangan naughty2 tau.mama janji mama datang awal
hari ni.ok dear.”
“promise me?”
“ok
I’m promise.”janjiku.
“Qish,Tan
Sri panggil kau masuk bilik dia.”sapa Zarina selaku personal assistant Tan Sri Zakir, bos besar Anggerik Holdings.
“apsal
ehh..aku ada buat salah ke?”Zarina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Tan Sri
panggil saya ke?”soalku setelah masuk ke dalam bilik Tan Sri Zakir.
“ye.duduk
dulu Balqish.saya nak informkan awak
yang Kamal dah dipindahkan ke cawangan lain.so
sekarang jawatan dia dipegang oleh anak saya.kenalkan Daniel Muaz.”tersentak
aku mendengar nama itu.perlahan lahan aku pusingkan badan menghadap jejaka
disebelahku. Masih tampan seperti dulu Cuma kelihatan lebih matang mungkin
kerana faktor usianya kini.jauh berbeza dengan Muaz yang aku kenal 5 tahun dulu
sewaktu aku belajar di UK.
“Hai Balqish,long time no see.you look more beautiful.”
Puji Muaz aku balas dengan senyum.
Hari ni
genap 4 bulan aku bekerja di bawah Muaz.dia seorang yang cool tapi tegas apabila menjalankan tugas. As same as he five years ago.ahh kalau ingat kenangan lama buat aku
sebak je.asyik terkenangkan dia..kenapa kau tinggalkan aku dengan
Rayqal..kenapa..ada rahsia besar yang aku simpan dari pengetahuan Muaz.aku tak
pasti selama mana aku mampu simpan rahsia ini.kalau patung bolehla aku sorok,ni
manusia mana aku nak sorok!
Telefon yang
berdering langsung mematikan lamunanku. Lantas butang hijau aku tekan lalu
mendekatkan telefon di telingaku untuk mengetahui siapa pemanggil kerana di
kaca telefonku tidak tertera nama menandakan ia bukan sebahagian dari
kenalanku.
“hello..Assalamualaikum..”sapa
suara dihujung talian. Suara yang asing bagiku namun aku sahut jua.
“waalaikumsalam.ada
apa yer?tanyaku.
“Puan
Balqish,ibu kepada Rayqal Darwisy?”aku tersentak. Tidak semena mena aku berasa
berdebar namun aku tahan badanku yang separuh menggigil untuk mendengar
penjelasan yang selanjutnya.
“ye
saya!”jawabku dengan gementar.
“saya harap
Puan banyakkan sabar,anak Puan kemalangan.sekarang dia dirawat di Hospital KPJ
Rawang.Diminta Puan datang dengan segera.”terang orang itu satu persatu.setiap
perkataan yang dituturkan bagai belati yang menikam dadaku.dengan pantas aku
berjalan menuju ke bilik Muaz untuk mendapatkan keizinan untuk pulang.
Tok.tok.
“Masuk.”jawab
Muaz pendek.
“hah awak
kenapa ni,kenapa pucat semacam je.awak sakit ke?”aku yang tak tertahan sedih
dan takut dengan segala kemungkinan mulai menitiskan air mata.
Muaz yang
terperanjat terus bangun dan mendapatkan aku yang masih tegak berdiri di muka
pintu.Aku yang pada mulanya hanya menitiskan air mata mula menangis teresak
esak apabila Muaz kulihat semakin mendekat.
“awak,why are you crying.are you sick?hah,please
don’t make me worry about you.”aku
masih diam tidak berkutik. Pertanyaan Muaz aku biarkan.
Muaz
merapatiku lalu memelukku untuk memberi sedikit kekuatan.aku ditarik lalu pintu
biliknya ditutup untuk memberikan sedikit ruang untuk kami. lama aku
dipelukkannya.apabila terasa sedikit terkumpul kekuatan aku bersuara.
“Muaz,saya
nak minta EL,saya nak pegi hospital..”
“why,awak sakit ker?”Tanya Muaz
prihatin.apa yang harus aku jawab.tak mungkin aku bagitahu dia yang Rayqal
sakit. Nanti dia persoalkan tentang Rayqal.dalam pada aku termenung Muaz
bersuara.
“saya
hantarkan awak.”tak mungkin aku benarkan.
“err..saya..saya…”belum
sempat aku berdalih Muaz terlebih dahulu menggeleng.
“nope..no excuses..do you think I would
give you a permission to drive..no..i said no..”tegas Muaz mengeluarkan arahan bak
seorang suami.
“tapi,saya
boleh..”aku masih mencuba.
“I said no.ini arahan bukan permintaan. I’m the boss
right?”
Isyhh dia ni kalau kata A maka A lah jadinya.
Isyhh dia ni kalau kata A maka A lah jadinya.
“Yes. You’re the boss”
Sesampai di
hospital aku bergegas ke kaunter.
“cik,saya
ibu kepada Rayqal Darwisy.dia baru masuk tadi. Kemalangan.dia kat mana
sekarang.”soalku bertubi tubi tanpa menghiraukan Muaz disebelah yang
kebingungan. Muaz yang ingin bertanya kepada aku lantas mematikan niat apabila
terlihat seorang doctor menghampiri kami.
“doctor,macam
mana keadaan anak saya.”soalku kepada doctor yang berbangsa cina itu.
“anak puan
kehilangan banyak darah dan buat masa sekarang pihak hospital kekurangan darah
jenis ni.jadi ada tak diantara ahli keluarga pesakit yang sama golongan
darah.”terang doctor cina yang fasih berbahasa melayu itu.aku yang hampir rebah
sempat dipaut oleh Muaz.Muaz mula bersuara.
“doctor,darah
jenis apa yang doctor perlukan?”soal Muaz kepada doctor itu.
“blood type of AB.”ringkas doctor itu
menjawab.aku hanya mampu menangis.
“doctor,you can take my blood.blood type saya sama
dengan dia.”jawab Muaz.aku tersentak.cuba mencerna semula apa yang aku
dengar.ya,semestinya darah mereka sama.Muaz kan ayah kandung Rayqal.ya Allah,
apa semua ni.kebenaran dah terbongkar.tapi Muaz perlu tahu kebenarannya yang
dia sudah mempunyai seorang anak.
Setelah
sejam, Muaz keluar dari bilik itu. matanya mencerlung ke arahku lalu
punggungnya dilabuhkan disisiku.
“Qish,awak
ada apa apa nak bagitahu saya.”soalnya keras.
“bagitahu
apa?”aku cuba menyembunyikan gugup.
“tentang
budak tu.apa kene mengena awak dengan dia. Setahu saya awak tak kahwin lagi.dan
kenapa blood type dia dengan saya
sama.”Tanya Muaz bertubi tubi.
Aku sudah
mulai teresak esak.Muaz memegang erat lenganku dan memandang tepat kedalam anak
mataku.
“Qish,apa
yang cuba awak rahsiakan dari saya.please
tell me.”
“dia anak awak.Rayqal
Darwisy bin Daniel Muaz.”jawabku laju.
“apa maksud
awak.dia anak saya.awak cuba bagitahu saya dia anak saya hasil dari malam
tu?Qish jawab?”
“ye.”jawabku
pendek.
“tapi kenapa
awak yang mengaku awak ibu dia.mana Rania?”
“Rania…Rania…dia
dah meninggal.”jawabku dalam tangis.
“tapi kenapa
Rania tak pernah minta saya bertanggungjawab.”
“sebab dia
disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Doctor suruh dia gugurkan kandungan
tapi dia tak mahu. Masa dia tak panjang.seminggu selepas dia lahirkan Rayqal
dia meninggal.tapi sebelum dia meninggal dia ada titipkan saya surat ni untuk
awak.surat yang sudah bersarang dalam tas tangan aku keluarkan lalu aku
hulurkan surat itu kepada Muaz.Muaz menyambut lemah. Sambil menanti Rayqal yang
masih di ruang pembedahan Muaz membuka perlahan surat itu dan membaca isinya.
Daniel,
Mungkin masa awak baca surat ni saya
dah menghadap yang Pencipta.tapi saya harap awak dapat terima kehadiran Rayqal
dalam hidup awak.dia zuriat awak.
Maafkan saya kerana sembunyikan hal ni
dari pengetahuan awak.seminggu sebelum malam tu saya disahkan menghidap kanser
pangkal rahim stage 4.dah terlambat untuk saya berubat.saya sedih sangat sampai
kita terlanjur.sebab tu saya tak minta awak bertanggungjawab.semua ni salah
saya.saya disahkan mengandung sebulan lepas itu.saya gembira sangat walaupun
tanpa awak disisi.mujur ada Balqish.dia selalu tolong saya.penuhi kemahuan dan
segala kerenah saya. Saya jugak yang paksa dia supaya rahsiakan hal ini dari
awak.saya taknak tengok awak sedih.saya titipkan anak kita,Rayqal Darwisy kat
Balqish setelah saya tiada.saya minta awak kahwini Balqish demi Rayqal.saya nak
awak bahagia.saya percaya Balqish mampu bahagiakan awak dan Rayqal.hanya
Balqish yang layak jadi ibu kepada Rayqal.

-RANIA-
Gugur air
mata lelaki milik Muaz saat selesai membaca isi surat itu.sungguh dia tak
sangka begitu derita hidup Rania.tiba tiba doctor keluar dari operation theater.
“macam mana
keadaan anak saya doctor?”
“anak en.
Dan puan dah stabil.en dan puan boleh masuk tengok dia.tapi dia masih tak
sedarkan diri.”
“terima
kasih doctor.”jawab kami serentak.laju aku menyusun langkah ke katil yang
menempatkan anakku Rayqal.ya Rayqal anakku.anak yang aku susui dengan
kerelaanku.anak sahabatku.dia lah tempat aku melepaskan rindu aku terhadap
Rania.setiap tingkahnya persis Rania.
“anak
mama…”murah sungguh aku dengan air mata harini bila melihat Rayqal yang selalu
ceria dan aktif terbaring lesu diatas katil.wajah pucat itu aku cium dengan
kasih sayang.Muaz yang masih disisiku diam tak terkata. mungkin saat ini
terlalu sulit buat dia.
“Rayqal,papa
datang ni…Rayqal kata nak jumpa papa sayang..Rayqal bangunlah sayang,jangan
takutkan mama macam ni…”
“Rayqal,betul
kata mama,papa datang ni…”kata Muaz sambil menggegam tangan Rayqal.setitis air
matanya menitis mengenai tangan Rayqal.tidak semena mena Rayqal member
reaksi.matanya celik kembali.
“Rayqal anak
mama dah bangun sayang…”tersenyum aku melihat Rayqal kembali sedar.
“papa..”panggil
Rayqal lemah.
“ye
sayang…papa ni…”tubuh anak kecil itu dipeluk dengan begitu erat sekali.
“papa janji
takkan tinggalkan Qal lagi..janji..”
“papa janji
sayang,papa takkan tinggalkan Rayqal dengan mama lagi…”tergamam aku lantas aku
member isyarat mata kepada Muaz meminta dia keluar bersama aku.
“papa dengan
mama keluar kejap ye sayang…”
“apa maksud
awak cakap macam tu dekat Rayqal…”
“maksud
apa.betullah saya cakap.saya takkan tinggalkan Rayqal dengan awak lagi.lagipun
itu wasiat arwah.”
“tapi…saya…”belum
sempat aku habiskan Muaz dah menyampuk.
“no tapi2…listen here saya nak bina hubungan antara kita. Saya nak kita berdua
bersatu..will you marry me..”aku
tergamam.kaku.apa perlu aku lakukan.tapi betul kata Muaz.ini akan memudahkan
aku dan Muaz.melihat aku terdiam Muaz bersuara seakan merayu.
“please…demi Rayqal…”
Aku tak
mampu menolak lagi bila nama Rayqal disebut. lantas kepala aku jatuhkan tanda
bersetuju.
+++++++++++++++++++++++
Kini,hampir
2 bulan aku hidup sebagai suami isteri dengan Muaz.rasa macam bermadu pun ada.ya
la kan,selama ini dia tinggal di banglo milik keluarganya.perkahwinan kami
dirahsiakan dari pengetahuan semua.Muaz mengunakan alasan outstation untuk pulang ke rumahku.sesiapapun tak tahu akan status
kami kerana di pejabat kami hanya sekadar bos dan pekerja.
“Qish,nanti
kita lunch sama sama ye.kita ambil Rayqal dekat Nursery.”-Muaz-
“ok.abang.”-Qish-
membalas sms dari suami sambil tersenyum.
Saat
keluarga bahagia ini menikmati makan tengahari bersama ada mata yang memandang
dengan curiga dan mengekori mereka.
Sedang leka
Balqish menyiapkan tugasannya,Tan Sri Zakir lalu dan menyapanya.
“Balqish,masuk
ke bilik Muaz,saya nak jumpa.”panggil Tan Sri Zakir merangkap ayah
mertuanya.hanya dia yang memanggil Daniel dengan nama Muaz kerana dia amat
menyukai nama itu.
“baik Tan
Sri.”langkah segera aku atur ke bilik Muaz.
Knok.knok.
“masuk
Balqish,duduk.”keras suara Tan Sri Zakir.Muaz hanya memandang aku dengan
pandangan yang mengisyaratkan aku untuk duduk.
“Daniel,Balqish,ada
apa apa ke yang kamu berdua sembunyikan dari saya.”aku terkedu.Muaz terpempan.
“apa maksud
Daddy?”soal Muaz tergagap gagap.
“soal kamu
berdua.tentang lunch tadi.siapa budak tu? Dan apa kaitannya dengan kamu
berdua?setahu saya kamu Balqish,masih belum berkahwin lagikan.anak siapa tu?”
soal Tan Sri Zakir bertubi tubi.
“Dia,sebenarnya…sebenarnya…”tergagap
gagap Muaz.
“sebenarnya
Tan Sri, itu anak saudara saya.saya dah janji nak lunch dengan dia tadi kebetulan
pula saya dengan Encik Daniel baru lepas meeting dekat ZH Holdings.” Pintasku.
“ooh..kalau
macam tu tak pe lah.saya ingatkan Daniel ni ada anak dengan kamu tadi.mesra
semacam je saya tengok.kalau macam tu saya keluar dulu.”
Setelah Tan
Sri Zakir berlalu,aku segera mengangkat punggung untuk kembali ke tempat
kerjaku.tiba tiba tanganku dipegang.
“abang minta
maaf.abang belum bersedia lagi.abang…”
“it’s okay
abang.Qish faham.take your time.dah la Qish nak keluar.jap gi Daddy nampak
susah abang.owh,abang balik rumah tak malam ni?”soalku.
“mestilah
sayang,abang rindu.”jawab Muaz manja.
“gatal.”balasku
lalu segera berlalu dari bilik suamiku.
“suami
sayang jugak.”
####################
“hah,kamu ni
Daniel,mama perhatikan kebelakangan ni kamu asyik keluar malam ja.ada tu sampai
tak balik.kamu jangan buat hal Niel. jangan2 kamu simpan perempuan apa dekat
luar.kamu jangan Niel,mummy dah jodohkan kamu baik baik dengan si Nadiya kamu
taknak.apa kurangnya Nadiya tu.cantik,berpelajaran tinggi,anak orang berada
pulak tu.”
“mummy
ni,kesitu pulak dia.Niel masih tahu hokum hakam my,Niel takkan buat semua
tu.and one more thing,mummy could you please stop talking about Nadiya. Dah
berapa kali Niel cakap Niel tak
suka dia.cuba mummy tengok pakaian dia.tak menyenangkan langsung.” Bebel
Danial.isyhh,mummy ni orang dah lambat ni,sayang tunggu abang..
“dahla
my,Niel keluar dulu..dah lambat ni…”
++++++++++++++++++
“abang,Qal
mari makan.mama dah masak ni.”panggil Balqish kepada orang2 kesayangannya.Balqish
melihat orang kesayangannya dimeja makan. Muaz kelihatan segak dengan seluar
track panjang dan t shirt polo ditubuhnya.jauh berbeza dengan Muaz dipejabat
yang berpakaian kemeja.
“Qal jom
makan sayang.”ajak Muaz.baru mereka hendak menjamah tiba2 loceng berbunyi.
“abang makan
la dulu,biar Qish bukakan pintu.”
“siapa…eehh
Tan Sri…”baru aku hendak bertanya Muaz terlebih dahulu keluar.
“siapa
sayangg..”terkaku Muaz saat terlihat gerangan
yang berkunjung ke rumah mereka.
“daddy..buat
apa dekat sini?”soal Muaz.
“Tan Sri
masuk dulu…”ajakku.
“daddy tak
sangka kamu macam ni Daniel.tak cukup ke ilmu agama yang daddy bagi dekat
kamu.siapa Balqish ni.. mistress kamu?patut la selama ni kamu berdua lain macam
ja daddy tengok.jangan2 budak tu anak dari hasil korang.dah berapa lama agaknya
korang macam ni.tah2 masa kamu di UK dulu kamu dah macam ni… Astaghfirullahalazim..”mengucap
panjang apabila memikirkan sebarang kemungkinan.tak salah dia mengupah orang
untuk mengintip anaknya lantaran peristiwa tempoh hari.
“daddy
jangan salah faham,Balqish ni bukan mistress Niel,she’s my wife.dah 5 tahun
kami kahwin.masa di UK lagi.Cuma Niel takut nak bagitahu Daddy dengan Mummy.”bagitahu
Daniel.ya kami telah berbincang,biarla semua tahu kami telah lama berkahwin.
“ya Allah
Daniel.kenapa kamu buat macam ni.why don’t you tell us.”
“dy,daddy
tahukan mummy macam mana.hows obsesnye
mummy dengan Nadiya.so how could you thought I could confest everything.”aku
hanya mendengar dua beranak ini berbincang.
“so hows
now?sampai bila Niel nak sembunyikan bende ni dari Mummy.”
“Daddy bagi
Niel masa sikit.Nanti Niel akan bagitahu mummy.”
“hmmm…apa2
je lah.so Niel taknak kenalkan daddy dengan cucu daddy ke?”kata Tan Sri Zakir
sambil tersenyum.
“owh,ye Qal
mari sini sayang..ada orang nak jumpa” panggilku kepada si kecil.
“what’s
wrong ma..Qal tengah makan ni…”
“sini la
sayang..”Rayqal kulihat berjalan menghampiri kami setelah bangun dari meja
makan.
“Qal,Qal
kenal tak siapa ni?”soalku.Rayqal hanya menggeleng.
“Qal ingat
tak mama pernah janji nak bawa Qal jumpa atuk Daddy?”
“ingat.”
“ni la atuk
daddy Qal..”
=======================
“hello,abang…abang
balik tak malam ni?”Tanyaku. sebenarnya ada berita yang ingin aku
sampaikan.berita yang akan mewarnai lagi hidup kami.
“sayang,abang
minta maaf sangat.abang tak dapat balik.” Jawab Muaz lantas mematikan senyuman
yang kian mekar dibibirku.
“abang
betul2 tak larat nak drive.tak tahu kenapa abang asyik muntah2 ja.plus pening
pulak tu.maybe salah makan kot.”kata2 Muaz membuatkan senyumku yang pudar
kembali mekar.
“abang pegi
keje tak esok?”
“pegi la
sayang.dahla malam ni tak jumpa,takkan besok pon.hmmm..”
“ok la
abang,Qish letak fon dulu…Qal merengek nak apa ntah.”
“ok bye
sayang… miss you..”
“miss you
too.”
#####################
Knok.knok.
“abang,are
you okay..”langkahku atur menuju ke susuk tubuh yang terbaring lemah atas sofa
yang disediakan di ruangan bilik itu…
“tah la
sayang…pagi tadi dah okay,,ni tetibe je pening balik.i guest something wrong…I
want to see doctor.could you please accompany me?”kata Muaz dengan puppy-face.
“nope,I
won’t.tak payah pegi lah cause I have something to tell you right know.”
“apa
sayang?”
“nah..”kataku
sambil menghulurkan pregnancy test kepadanya.
“apa ni
sayang…you are not kidding right?”soalannya aku jawab dengan anggukan.
“so Qal akan
ada adik la….yesss…I’m so happy sayang… thanks sayang…”tanpa sedar kaki
dilangkah menghampiri si isteri.Balqish yang perasaan akan itu mula mengundur
sehingga tiada ruang lagi.akhirnya dia terperangkap apabila Muaz meletakkan
kedua dua tangannya ke dinding.kepala ditunduk untuk mencari wajah si
isteri.bibir didekatkan ke bibir isterinya.
“Niel…………”terkejut
mereka apabila disergah begitu.
“mummy2,buat
apa dekat sini.dengan Nad pulak tu.”
“kamu Tanya
mummy buat apa dekat sini.Mummy datang bawa Nad nak jenguk kamu.kan semalam kamu
sakit. Datang sini dapat tengok kamu berasmara dengan pempuan ni.”
“Tah
auntie,heyy pempuan, you ni mesti mistress Daniel kan? I nak ingatkan you yang
I bakal berkahwin dengan Daniel.jadi simpan la angan2 you tu ye. Dasar pempuan
kaki kikis,pempuan kaki……”belum sempat Nadiya menghabiskan kata caciannya Muaz
terlebih dahulu menyerkah.
“Nad, I nak
ingatkan sekali lagi I tak pernah kata I setuju nak kahwin dengan you and you
better watch your mouth. Perempuan yang you kata mistress I ni tengah pregnant.
Yess,she’s pregnant and it’s mine. So please, jangan nak buat kecoh dekat sini.
I taknak dia stress.”
“Daniel,kenapa
Niel buat mummy macam ni,selama ni Niel kata Niel taknak dekat Nad sebab Nad
sexy la apa la and now you behave like this!”
“mummy,Niel
boleh jelaskan…Qish ni bukan my mistress my,but she’s my wife…kami dah lama
kahwin mummy…”
“no,I don’t
trust you.kamu jangan nak tipu mummy.”
“heyy
mistress,kau dengar sini aku takkan izinkan kau masuk dalam keluarga aku.”setelah
selesai berkata lantas
kaki diatur
dengan amarah yang membengkak didada.
Aku masih
diam tak berkutik.
***BERSAMBUNG
***BERSAMBUNG
Bile nak sambung ni???cepat la sambung.huhuhu
ReplyDeletesorry, sekarang bz siapkan manuskrip novel Karna Rahsia Hati. tengah rushing ni. maybe lepas ni saya akan sambung cerpen yang tertunggak ni..
DeleteSis bile nk smbung cerpen wife or mistress.
ReplyDeleteBodoh lainn kali kalau buat cerpen tuu buat laa smpai hbis jangan buat org geram bila baca last² bersambung
ReplyDeleteSetahu saya jenis darah AB ni penerima universal..maksudnya dia boleh terima apa sahaja jenis kumpulan darah. means,rasanya tak ada masalah kalau dia terima jenis kumpulan A ke,B O atau AB .semua pon boleh
ReplyDelete