PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

CERPEN : 6 ENCIK KOREA DAN CIK RETRO

Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Encik Korea dan Cik Retro
Tarikh Post : 18 November 2015


Nama aku Aqeena. Nur Aqeena Qaleesya. Status aku di facebook, twitter dan seangkatan dengannya masih single and available. Minatku hanya tertumpu kepada movie melayu lama kerana sedari kecil aku sudah meminati filem melayu terutama filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kehidupanku sentiasa tenang dan aman sentosa sehinggalah aku terserempak dengan mamat kerek yang perasan bagus di dekat kampus semalam. Kusut otakku mahu memikirkan soalnya yang sedikit panas baran itu. Pembuli nombor satu Malaya betul. Kalah gengster KL yang sudah pencen. Bila kufikirkan kembali, hendak sahaja aku tumpahkan air dengan lebih banyak lagi sampai basah lencun. Biar padan dengan muka dia.
"Hoi, kau ni buta ke apa?! Aku yang besar macam gajah ni tak akan kau tak nampak kut? Pegang cawan  tu elok-eloklah sikit. Ini tak, terhuyung-hayang macam orang mabuk laut aje! Tengok, habis baju kesayangan aku! Kau tahu tak baju ni mahal ?" tengking seorang lelaki sambil bercekak pinggang memandangku. Dadanya berombak-ombak, mungkin terlalu marah dengan kemalangan yang menimpa kami ini. ‘Eleh, baju putih dengan tulisan siam ke cina tu dia kata mahal? What the fish?’

"Err... maaf, awak. Tapi saya tak nampak pun apa-apa kerosakan dekat baju awak ni. Cuma basah je."

"Kau ni memang tak tahu pasal baju ke apa?!" dia menengkingku sekali lagi, mengulangi ayat yang bermain-main di kotak ingatanku.

Eh, eh. Dia tuduh aku tak pandai pulak. Hey, ini anak mak tau? Setakat baju putih tu, belambak dekat pasal malam dekat kampong.

"Aku tak kira, aku nak awak bayar ganti ruginya sekarang jugak!" dia membuat keputusan secara melulu. Aku pula hanya mampu mengetap bibir. Geramnya! He's too 'kerek'! Untuk apa aku perlu membayar ganti rugi walhal baju dia elok je, Cuma a bit basah dan takde sebarang calar pon dekat badan dia. Ini namanya membuli ni. Aku report dekat polis nanti, baru kau tahu mamat kerek. Kau ingat dengan muka kau ala-ala artis Korea idaman wanita, aku akan sukakan kau ke? Piirah! Lebih baik aku layan mamak dekat restoran 24 jam, lagi bagus!

"Abis kau nak cakap yang aku ni bodoh la pasal baju! Kau tengoklah sendiri baju kau tu. Dah macam baju pasar malam pon aku tengok. Ada hati nak minta ganti rugi. Oh, aku tahu kau mesti nak duit je kan?  Dasar mata duitan!!! Aku cuba mempertahankan diriku.Tembok kesabaranku untuk melayan kerenah lelaki ini sudah hampir habis nampaknya. Nasib baik aku tidak boleh berubah menjadi raksasa, kalau tidak sudah lama aku makan lelaki ini dengan sambal belacan dan tempoyak.  Aduh, sabar Qeena. Sabar! Sabar itu bukankah separuh daripada iman?

Lelaki itu ternyata terkejut dengan kata-kataku. Matanya masih merenungku dengan tajam sekali. "What?! Kau sedar tak kau sedang berhadapan dengan siapa? Aku Tengku Mikael Aryan, senior kau. And aku tak heran pon dengan duit kau.” bicaranya dengan sinis. 

Aku mencebikkan bibir. Dan dari situlah kami menjadi musuh abadi. Kemana aku kesitu jugaklah dia pergi. Macam takde tempat lain dah dekat kampus ni.

“Hey, kau ni memang saje kan ikut kemana je aku pergi? Kat mana aku ada kat situlah ada muka kau !!!”

“well, kau ingat kampus ni tempat kau sorang je ke? Suka hati aku la nak pergi mana pon!!!”

*************************
Kotak baldu berwarna merah itu diambil sebelum dibuka. Cincin yang berkilau dek terkena cahaya lampu itu dipandang lama. Aku menarik nafas panjang. Semua rasa bercampur aduk. Otak dah makin pening memikir soal itu. Masa yang diberi hanya selama seminggu. Langsung aku tidak diberi pilihan untuk memilih masa sendiri. Nak kahwin pun susah, dah kahwin nanti macam mana? Semuanya main ikut kepala pihak lelaki, habis aku ni apa? Tunggul kayu?
Nak tolak karang, kasihan pada mama yang nampak sangat berharap nak berbesan dengan bestfriend dia tu. Lagipun kalau dapat mak mertua macam tu, Aqeena memang takkan tolak. Cuma, masalah sekarang hanya lelaki itu. Kahwin ni bukan main-main. Nak hidup sampai ke tua. Nak bercinta sampai ke syurga. Apa kelas kahwin cerai semata? Baiklah tak payah kahwin kalau sekadar kahwin hanya untuk suka-suka.
“Qeena, menungkan apa tu?” soal ibunya, Cik Salimah.
“Ma, Qeena rasa macam tak  nak je. Rasa macam nak tolak aje,” adu gadis itu. Kotak baldu itu ditutup kembali dan diserahkan kepada ibunya. Cik Salimah mencapai kotak baldu itu dan melabuh duduk dibirai katil bersebelahan dengan anak keduanya itu.
“Pasti?” Aqeena memuncung.
“Nur Aqeena Qaleesya, jangan buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak istikharah dulu? Minta petunjuk. Minta Allah clearkan apa yang kelam kelabu tu,” nasihat Cik Salimah. Kepala Aqeena diusap penuh kasih.
“Qeena takut la, ma. Macam mana kalau betul dia tu jodoh Qeena?” gadis itu dah tayang muka sememehnya.
Say Alhamdulillah la. Kenapa nak takut pulak?” Cik Salimah tersengih penuh makna. Faham dengan apa yang dituturkan oleh Aqeena itu sebenarnya namun dia sengaja buat-buat tidak tahu.
“Oh mama. You know it very well. Tak payah nak berpura-pura tak tahu,” balas Aqeena dengan muka masam mencuka.
Well, kalau memang dah jodoh Qeena, lari ke hujung benua pun memang akan berjumpa jugak. So, accept it dengan hati terbuka. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, sayang,” kata Cik Salimah.
“Baik ke dia tu?” Bibir dijuihkan. Cik Salimah tergelak kecil.
“Kalau dia tak baik, maknanya jodoh dia nanti tak baik jugaklah. Tapi, kalau dia dapat yang baik macam Qeena ni, maknanya Allah tengah uji Qeena. So, Qeena kenalah terima ujian tu dan cabar diri untuk ubah sikap dia lepas kahwin nanti,” pujuk Cik Salimah lagi.
“Baik ke Qeena ni, ma?” soal Qeena pula dengan wajah mendung.
“Baik Qeena bila Qeena buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Baik Qeena bila Qeena selalu mendengar kata mama dan ayah. Baik Qeena bila Qeena sentiasa memaafkan orang walau sebesar mana salah mereka pada Qeena,” ujar Cik Salimah dengan tulus. Aqeena sengih.
“Wah, tu macam baik sangat tu, ma. Qeena biasa-biasa aje la,” sangkal Aqeena.
“Qeena tetap baik pada mama melainkan kalau Qeena melanggar hukum Allah,” perlahan sahaja suara Cik Salimah kedengaran dihalwa telinga Aqeena
Aqeena memeluk ibunya itu dengan erat. Apakah mungkin untuknya menerima lelaki itu? Setahun mereka bermusuhan. Satu kampus tahu mereka tidak sebulu. Dan sekarang, lelaki itu menghantar rombongan meminangnya. Apa kes? Sudah lupakah lelaki itu tentang sengketa mereka?
*************************************************
“err..sorry guys. Saya nak PINJAM Tengku Mikael Aryan sekejap.”suara Aqeena pada jejaka jejaka tampan dihadapannya dan semestinya mereka seangkatan dengan musuhnya yang terdiri daripada golongan atasan.
“sure Qeena. Mika, awek sebulu kau panggil ni!!!” jerit salah seorang jejaka yang dikenalinya sebagai Syed Naim.
“Apahal kau nak jumpa aku sangat ni? Kau dah rindu aku ke?”
“Tak kuasa aku nak rindu kau. Ni apahal kau hantar rombongan meminang bagai kat aku? Dah lupa ke kita ni tak sebulu a.k.a musuh abadi?” tutur Qeena separuh berbisik, bimbang didengari oleh rakan-rakan musuhnya.
“wait!!! Kau ingat aku nak sangat dengan kau ke? Sorry, you’re not my taste okay! Aku buat semua ni pon terpaksa. Mummy la nakkan sangat bermenantu kau. Apa yang ada pada kau pon, aku tak tahu lah. Dah la pendek!” tutur Mikael berjela mengalahkan mak nenek.
“so, sekarang ni macam mana?aku tak mungkin kahwin dengan kau?”
“Why? Aku ni full pakage apa, untuk jadi suami mithali untuk kau. Dah la handsome, tinggi and kaya pulak tu. Ke kau dah ada pakwe?”
“apa pakwe2 ni? Please okay. And kau nak tahu something tak?” soal Qeena bagi memancing lelaki dihadapannya.
“tahu apa?”soal Mikael tanpa rasa curiga.
“Kau memang ada ciri2 tu tapi kan kau lah manusia paling ‘keerekkk’ sekali aku pernah jumpa.” Qeena berlalu dengan tawa yang mengiringinya.
‘isy, perempuan ni kenakan aku.’ Tanpa sedar satu senyuman menghiasi bibir merahnya menandakan lelaki ini tidak merokok.
************************************************************
“Aku terima nikahnya Nur Aqeena Qaleesya binti Kamarul dengan mas kahwinnya…” sekali  lafaz sahaja  mereka telah sah menjadi suami isteri. Tangan diangkat mengaminkan doa. Wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu dikerling.
“Tahniah, Qeena. Semoga kekal hingga ke syurga,” bisik Jannah ditelinga si sepupu yang pernah digelar anti lelaki.
Thanks, cousin. Insya-Allah,” bisik Qeena kembali dengan dada berombak kencang. tangannya menggigil. Takut!
Si suami mendekatinya dengan senyuman manis. Aqeena langsung menunduk ke bawah melihat tangannya yang merah berinai itu. Jannah hanya tersenyum melihat gelagat Aqeena. Sewaktu berhubung dengannya yang menetap di Melbourne, gadis itu tidak pernah menyebut tentang lelaki yang bernama Tengku Mikael Aryan yang kini sudah menjadi suaminya. Tup tup aje sampai kad kahwin padanya. Gadis itu memang suka benar berahsia!
“Qeena, tangan tu meh sini,” ujar Mikael. Aqeena panggung kepala.
“Hah?”
“Aku nak sarungkan cincin ni. Kau nak bagi aku sarung cincin ni dekat kaki kau ke?” soal Mikael dengan nada mendatar seraya mengerling kaki si isteri yang berstokin itu.
“Apa ni?” Marah Aqeena. Baru aje kahwin, dah buat orang geram!
“Mika, behave!” Tegur Tengku Durah, merangkap ibu mertua Aqeena. Bukan dia tidak tahu perangai nakal anak lelaki tunggalnya itu.
“Padan muka!” Bisik Aqeena dengan senyuman kemenangan.
“Tak payah nak suka sangat. Tunggulah malam ni. Siap kau!” Mikael mengetap bibir geram. Aqeena telan airliur. Kelat. Pahit. Alamak! Lupa daa.. Boleh pulak aku pergi buat main dengan mamat ni.
Cincin bersarung dijari manis Aqeena. Segera gadis itu menyalami Mikael. Tangan si suami dicium lama. Sempat lelaki itu mengusap kepala Aqeena. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa seraya tangan masih melekat diubun-ubun kepala Aqeena.
“arghhh!!! Letihnya.”
“cengeng, baru kenduri kesyukuran kecil kau dah mengeluh letih la apa la. Macam mana kau nak pregnant anak aku nanti kalau macam ni pon kau tak larat nak hadap?” bebel Mikael pada Qeena.
“eleh, siape nak pregnantkan anak kau. Jangan mimpi, okay. Nanti habis gen anak aku. Ikut perangai kerek kau tu.”
“habis kalau bukan kau yang pregnantkan anak aku siapa? Perempuan lorong?”
“suka hati kau la. Malas aku nak layan. Baru kahwin tak sampai sehari dah bising pasal anak.” Ujarnya lantas membaringkan diri diatas katil untuk melepaskan penat.
“kau nak buat apa tu?”
“la aku letak kepala ni nak buat apa lagi? Nak tidur la. Takkan nak basuh baju pulak. Apa punya soalan la kau ni.”
“petang2 macam ni kau nak tidur? Dah2 bangun, pergi ambil wuduk, kita jemaah.”
“kejap lagi la, kan baru masuk waktu je. Aku nak lelap kejap je. Please…”
“takde kejap2, aku kira sampai 3, kau tak bangun jugak aku cium kau.”
“cium la kalau kau berani?”ujar Aqeena yakin kerana dia tahu lelaki itu takkan mendekatinya.
“one…two…two and half…”cup!! Tanpa disangka Qeena, Mikael telah mendaratkan ciumannya dibibir Qeena.
“Mika, apa ni? Siapa bagi kau kebenaran cium mulut aku ni ? isy, memandai je.”jerit si isteri dengan marah, bengang dengan tindakan si suami.
“kau tu isteri aku, perlu ke aku minta kebenaran? Lebih dari tu pon boleh. Dah cepat, pergi ambik wuduk, aku tunggu kau.” Dengan langkah yang malas Qeena melangkah ke kamar mandi.
“Mika..Mika, kenapa tu?” ketukan dipintu disertai suara Tengku Durah, Mikael melangkah ke pintu kamar dan tersengih-sengih memandang ibunya.
“why mummy?”tanya Mikael kepada Tengku Durah.
“kenapa Qeena menjerit tu,Mika?”
“takde apa2 lah mummy.” Jawabnya bersama sengihan.
“hmm..faham, behave Mika. Siang lagi ni, kalau ye pon, sabar la sikit.Dah, cepat sikit turun bawah. Uncle Hakimi baru sampai.” Ujarnya mengerti dengan sengihan anak terunanya.
“okay, My. Kejap Mika solat dulu.” Setelah pintu kamar tertutup Mika tersengih sendiri. ‘Mummy dah salah anggap senyuman aku pulak’
“kau apahal sengih2 depan pintu tu? Dah teringin sangat nak masuk hospital bahagia? Cepat la. Tadi kata nak jemaah.”
Sungguh terharu dan tidak menyangka dengan kelebihan lelaki yang bernama Tengku Mikael Aryan. Aqeena menyangka lelaki ini seorang yang playboy dan tidak tahu hal agama namun sangkaannya meleset. Sayup bacaan Mikael tadi benar2 meruntun jiwanya, dan membuatkannya hampir menitis air mata. Sempat juga, mereka bertadarus bersama. Mikael banyak menegur cara bacaan yang membuatkannya bertambah kagum dengan suaminya.
“buka telekung cepat, nak turun bawah. Nanti mummy fikir yang bukan2 pulak. Aku okay je, kau la!”
***********************************************************
“ hah, pengantin baru kita dah turun. Dah nak magrib baru nampak muka. Apa yang dibuatnya dalam bilik tu?”
“sabar2 la Mika, tak lari kemana pon isteri kamu tu.”
“amboi pengantin baru pegang tangan tak lepas.” Usik sanak-saudara Mikael sedikit sebanyak membuatkan merah padam wajah Qeena. Mikael seperti biasa dengan sengihannya.
“biasala uncle. Orang baru kahwin. Bila balik uncle? Sihat?”
“Uncle macam ni la Mika, baru sampai semalam. So, how married life, best?”
“kitorang kahwin tak sampai sehari lagi uncle. By the way, where’s Aizrill?”bicara Mikael dan Uncle Hakimi hanya menjadi perhatian Qeena yang duduk disamping suaminya. Tangan Mikael tidak lepas memegang tangannya.
“Aizrill, flight dia delayed. So mungkin esok baru sampai. By the way, Mika taknak kenalkan dengan Uncle ke isteri Mika ni?”
“oh God, lupa pulak. Uncle this is Nur Aqeena Qaleesya, my beautiful wife. And sayang, this is my uncle , Uncle Hakimi. Fyi sayang, Uncle Hakimi stay dekat UK and Aizrill tu anak uncle.”
“Hi,uncle. How are you? Sihat?” soalnya sekadar berbasa-basi. Tak nak dicop sebagai sombong.
“sihat, so Qeena? Kalau Mika ni buli kamu, jangan segan2 bagi tahu uncle, biar uncle hokum dia.”
“aah, bagus la tu uncle, abang ni memang selalu buli Qeena. Selalu ‘sangat’. Kan abang??” sengaja perkataan sangat tu ditekan.
“mana ada sayang, abang just nak bermanja dengan sayang je.” Jawabnya lalu mencuit dagu si isteri.
“hahax, cute la you both!!! Taknak cerita dekat uncle ke macam mana korang jumpa?”
“err…err..” tergagap-gagap Qeena untuk menjawab.
“actually uncle, Qeena ni junior Mika dekat U. kitorang jumpa masa tu Qeena tertumpahkan air dekat baju Mika. So as a gentleman, Mika tak marah dia. Then, Qeena fall in love dengan Mika.” ‘eleh melebih2 story mamat kerek ni. Nak termuntah aku bila dia cakap ‘gentleman’. Nampak benar kerek.’getus hati Qeena.
Setelah selesai solat isyak berjemaah di ruangan yang disediakan khas dalam rumah agam milik keluarga Tengku Mikael Aryan, mereka meminta diri untuk merehatkan badan.
“kau memang sengaja kan?”
“sengaja apa?”
“kau ambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau ye pon nak acted, jangan la lebih2. Pegang sana, pegang sini.”
“ala apa salah nya ? dah halal kan? Haha. Lagipon cute la kau panggil aku abang. Rasa damai je hati aku ni dengar kau panggil aku macam tu. Apa kata kau panggil je aku abang and aku panggil kau sayang,nak?”
“jangan nak merepek la Tengku!!! So, mana aku nak tido malam ni?”
“kau tak nampak ke katil besar gedabak macam ni, kau boleh tanya nak tido mana? Tido jelah atas katil ni. Aku tak usik la badan kering kau tu.”
“whatever jelah. Bye, goodnight.” Itulah kali pertama mereka bercakap sebaik ini.
‘goodnight sayang.’bisik hati kecil lelaki ini.
************************************************************
Setelah seminggu berkahwin, mereka berpindah ke penthouse milik Tengku Mikael Aryan. Pada mulanya, ia mendapat bantahan Tengku Durah namun setelah dipujuk oleh Mikael, akhirnya wanita itu berlembut hati. Katanya, inginkan ‘privasi’. Ataupun lebih tepat lagi membuat hal masing-masing. Itulah anggapan Qeena saat pertama kali Mikael menyuarakan hasratnya untuk berpindah. Seperti yang sering dipamerkan dalam novel.
          Namun sangkaannya meleset kerana di penthouse milik Tengku Mikael Aryan,lelaki itu tetap tidak membenarkannya untuk berpisah bilik. Namun dia akui bahawa lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya.
            Namun masih ada sesuatu yang menjengkelkan hatinya iaitu sikap kerek milik lelaki itu. Teringat Aqeena  saat pertama kali melangkah masuk ke penthouse ini, sangkanya penthouse lelaki itu seperti rumah bujang yang semestinya bersepah namun apa yang dilihatnya sangat berbeza dengan apa yang disangkanya.
       Rumah Mikael tersangat rapi dan kemas mengalahkan rumah anak dara. Namun ada sesuatu yang begitu mencuit hatinya, lelaki itu mempunyai koleksi drama-K dan baju t-shirt putih berlogokan kumpulan korea. ‘minat korea rupanya mamat ni! Apa la nasib aku kahwin dengan mamat korea ni. Sesuai dengan mata biru milik lelaki itu.
     “Berangan je kerja kau kan? Kau takde class ke pagi ni?”soal Mikael pada isterinya yang dilihat termenung di meja makan.
    “kau ni takde kerja lain kan? Asyik kacau saje.”
“tu kan habits aku, sayang. Plus, sekarang kau dah jadi isteri aku.”jawabnya sambil mengunyah sandwich yang disediakan oleh  Aqeena.
“ aku tanya sekali lagi ni, kau takde class ke,sayang?”
“Isy, berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku sayang boleh tak? Ada la, kenapa?”
“kau nak pergi naik apa? Kereta kau kan kat rumah Mama?” baru Aqeena teringat akan keretanya yang ditinggalkan dirumah mamanya kelmarin kerana Mikael datang menjemputnya semasa dia berkunjung kerumah orang tuanya.
“aah la, takpe la aku ambik je teksi ke bas ke kat depan tu.”
“hello sayang, kawasan ni mana ada semua tu.”
“habis aku nak pergi class macam mana?”
“pergi dengan aku je la.”tawar Mikael,mampu membuatkan mata isterinya terbeliak.
“kau dah gila? Nak semua orang tahu yang kita dah kahwin?”
“aku tak kesah, lagipon apa salahnya? Nanti tak la bff kau fikir bukan2 bila kau pregnant anak aku. hehe
“ngokk la kau ni!!”lantas kepala Mikael diketuk dengan gelas diatas meja.
“woii sakit la, gurau sikit pon tak boleh kau ni!!! Nak tumpang tak? class aku 9.30 pagi ni.”
“hah? Sekarang pon dah 8.36, mana sempat. Aku tak siap lagi ni.”
“pergilah siap cepat. Takpe aku tunggu kau.” Seperti lipas kudung Aqeena menanggalkan apron dan berlari ke bilik tidur untuk menukar pakaian.
************************************************************
“Sorry madam, I’m late.”
“Tengku Mikael Aryan, this is first time you came late. Excuse please?” suara Madam Maria setelah melihat kelibat Mikael yang lewat menghadiri classnya.
“err…err…I.. I overnight. hmmm sorry.” Tak mungkin dia menceritakan yang dia menunggu Aqeena bersiap sehingga dia terlewat.
“overnight? You are talking Tengku Mikael Aryan overnight? Such unlogical. Kamu buat apa semalam sampai terlewat bangun?”
“eerr….errr…I…I…I..” tergagap Mikael untuk menjawab.
“It is so okay, but makesure that this is the last time Tengku. After this, no more excuse. You can take your seat.” Ujar Madam Maria setelah melihat Mikael tergagap2.
“thank you, madam.”Mikael bergegas ke mengambil tempatnya di sebelah sahabatnya Megat Iskandar.
“Apsal kau overnight semalam? Awek mana kau angkut?”soal Megat.
“Isy, kau merepek apa ni? Awek mana aku nak angkut? Bukan Tengku Mikael Aryan la kalau main angkut2 awek ni.”balas Mikael. Megat tidak meneruskan pertanyaannya, pandangannya dialihkan daripada Mikael kepada Madam Maria yang sedang mengajar.
Setelah selesai class,Mikael dan kawan2nya menuju ke kafetaria. Mereka berborak mengenai masing-masing.
“Mika, kau apsal dah lain sekarang?”soal Syed Naim.
“Lain apa nyer? Biasa je.”jawab Mikael tenang.
“biasa apa kau kata? Kau sekarang dah tak lepak dengan kitorang malam2. Kau pegi mana? Kau jangan cakap yang kau spend time dengan Nadiya?”
“Nadia budak law tu? Isy, simpang malaikat 44.”
“habis kalau kau bukan dengan dia, kau pegi mana?”
“aku kat rumah la. Cuma lately,aku malas nak keluar je.” Sedang mereka berborak, satu mesej masuk ke telefon Mikael.
-Mika, tengs sebab tumpangkan aku pagi tadi. Kalau kau takde tak tahu aku nak ke kampus macam mana. Again,thanks.-Aqeena
-thanks je?-Mikael
-habis kau nak ape?-Aqeena
-takde ke hadiah ke? Paling tak,kiss pon jadilah. Anyway, hak aku bila boleh tuntut?-Mikael. Sambil berbalas mesej,Mikael tersenyum2. Tanpa disedarinya, kawan2nya memerhatikan perlakuannya.
“sah…sah..”kuat suara Megat Iskandar.
“apa yang sah?”Syed Naim bertanya kepada Megat Iskandar.
“sah,kawan kita ni dah tangkap cintan. Kau bercinta dengan siapa wey? I guess Korean?” Megat Iskandar membuat kesimpulan.

“suka hati koranglah,aku nak chau dulu.”pantas Mikael mengambil beg galasnya dan berlalu. Dia ingin cepat pulang ke penthousenya,kerana ingin menonton drama-K yang akan disiarkan di astro.

***bersambung...

2 comments: