Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Kami Bahagia Bab 1
Tarikh Post : 23 Disember 2015
“DAFFA , kau kena tolong aku !”
Keisha menggoncang badan Aiman Daffa
sekuat hatinya. Aiman Daffa yang ralit bermain Iphone 6 menghentikan perbuatannya.
“Tolong apa ? serabut la kau ni. Cuba
bagitahu elok-elok. Ni datang-datang terus minta tolong.” Aiman Daffa
membetulkan rambut pacaknya.
“Nikah dengan aku ? please…. Aku dah tak tahu nak buat apa
ni…” membuntang mata Aiman Daffa melihat Keisha Armani hampir menangis.
“Keisha, kau mengandung ke ?” Tempik
Aiman Daffa.
Berombak dadanya menahan rasa.
Keadaan taman kampus yang ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa yang mendinginkan
tiba-tiba terasa panas. Dahinya merinik peluh. Terkejut dengan kenyataan Keisha
Armani.
“Isy kau ni tak payah la jerit-jerit.
Kau nak bagi satu kampus dengar ke apa ?” soal Keisha Armani. Aiman Daffa
pegang kedua-dua belah bahu Keisha Armani. Anak mata mereka bersatu.
“Kau bagi tahu aku siapa punya kerja ? Tahu
la macam mana aku nak ajar jantan tu.”
“Kau ni bodoh la. Aku tak
mengandung.” Keisha Armani tolak muka Aiman Daffa. Aiman Daffa buat muka. Pelik
?
Kalau tak mengandung kenapa ajak dia
nikah ? Ke perempuan ni dah tangkap leleh dengan dia ?
“Dah tu ? Pahal pulak ajak aku kahwin
dengan kau ni ?” soal Aiman Daffa.
“ Papa nak kahwinkan aku dengan
Iskandar mamat playboy tu.”
“Iskandar ? Budak degree fine art tu ?” Keisha Armani
mengangguk mengiakan Aiman Daffa.
“Daffa, please tolong aku. Aku taknak hidup dengan mamat sewel tu.” Keisha
Armani genggam tangan Aiman Daffa.
“Habis kau nak hidup dengan aku ke ?”
Aiman Daffa menjongketkan kedua-dua belah keningnya.
“Lebih baik kau daripada Iskandar.”
Keisha Armani mengakui sememangnya dia lebih menyenangi Aiman Daffa berbanding
dengan Iskandar.
Abang kepada kawan baiknya Ellinda
Natasya selalu melindungi Linda dan dia dari sesiapa. Sifat keabangan dalam
diri itu yang menyebabkan Keisha Armani yakin dengan pilihannya.
“Kau suka aku sebenarnya kan ?”
Keisha Armani menolak bahu Aiman Daffa.
“Aku anggap kau dah setuju nak kahwin
dengan aku.” Ujar Keisha Armani sambil memegang buku. Langkah diatur
meninggalkan Aiman Daffa.
“Yuhu…Kau cintakan aku ! Keisha Armani
cintakan Aiman Daffa!” jerit Aiman Daffa. Tidak peduli dengan pandangan yang
dilemparkan oleh siswa dan siswi yang lain.
“Daffa !!!” jerit Keisha Armani
kembali. Aiman Daffa tersenyum senang.
“Kau memang gila !” sambung Keisha Armani sambil tergelak. Padan
muka kau, Daffa!
“RIZ , aku nak tanya kau sesuatu ni.” soal Aiman Daffa kepada Syed
Amriz sementara rehat dari bermain tenis. Menjadi kebiasaan mereka apabila
tiada class akan lepak disini.
“Ehh, macam serius je. Selama ni tak
pernah nak minta izin pun kalau nak tanya. Main serbu je. Ni tiba-tiba nak
minta izin bagai.” Syed Amriz bersuara. Pelik dengan rakannya yang seorang ni.
botol air di meja dicapai.
“Kau rasakan kalau aku nikah dengan
Keisha okay tak ?” Syed Amriz tersembur air hundred
plus yang diminumnya.
“Kau biar betul ?” Syed Amriz
kembali menyoal. Aiman Daffa hanya mengangguk. Tiba-tiba pecah tawa dari mulut
Syed Amriz.
“Kau dah kenapa ketawa pulak ? Aku
bukan tengah melawak pon.” Aiman Daffa tumbuk bahu rakannya. Bukan kuat sangat
pun. Malah makin kuat Syed Amriz ketawa.
“Kau nak nikah dengan Keisha ? Keisha
Armani ? Best Friend Forever
Linda ? Adik kau tu ?” Syed Amriz
memulakan misi menyoal nya. Dah ada lagak macam polis pulak. Memang ada bakat
jadi polis Syed Amriz ni, desis hati Aiman Daffa.
“Yelah, BFF Linda.” Aiman Daffa
sendiri buntu memikirkannya. Memang dia sayangkan budak kecik tu tapi tak
terlalu awal ke untuk mereka berkahwin ?
“Kau biar betul ni, Daffa ? Kau
dengan Keisha kan macam kucing dengan anjing. Tiba-tiba aje nak nikah bagai
ni.” Syed Amriz pelik. Bukan dia tak tahu macam mana hubungan Aiman Daffa
dengan Keisha Armani sebelum ni. sound
fishy aje.
“Kau terlanjur dengan Keisha ke ?”
sambung Syed Amriz. Dia tersengih-sengih memandang kearah Aiman Daffa. Kecik
besar kecik besar aje Aiman Daffa pandang Syed Amriz.
“Kau kalau teringin nak Puan Sri
Syarifah Kamilah tengok anak kesayangan dia ni tak cukup jari kaki, kau cakap
lagi macam tu.” Syed Amriz hanya ketawa. Lucu melihat wajah cemberut rakan
baiknya. Ni kalau ada Nik Saffuan lagi teruk Aiman Daffa ditertawakan.
Sayangnya sahabat mereka yang satu itu sedang di Australia menemani adiknya
menjalani rawatan kesihatan.
“Aku bergurau aje. Tapi aku
peliklah.”
“Pelik kenapa pulak ?” Dahi Aiman
Daffa berkerut.
“Kenapa tiba-tiba kau cakap nak nikah
dengan Keisha pulak ? Nak kata bercinta, tak. Nak kata si Keisha tu mengandung
anak kau lagi lah tak.” Aiman Daffa melepaskan keluhan berat. Dia sememangnya
tidak pernah berahsia dengan rakan-rakannya.
“Sebenarnya… sebenarnya… macam mana
aku nak cakap dengan kau. Budak kecik tu kena paksa nikah dengan Iskandar.”
Luah Aiman Daffa berharap Syed Amriz mampu memberi jalan keluar.
“Iskandar budak degree Fine Art tu ke ?” soal Syed Amriz.
“Yup! Please help me to fix this. Aku dah buntu.” Kini giliran Syed Amriz
pula mengerutkan kening tebalnya. Si Keisha yang kena paksa nikah dia yang
gelabah habis ni dah kenapa ? , desis hati Syed Amriz.
“Kalau Si Keisha tu kena paksa nikah,
kenapa kau pulak yang gelabah habis ni ? Biar lah dia nikah.” Ujar Syed Amriz.
Tiba-tiba terbit senyuman dibibirnya. Senyuman nakal dilontarkan kepada Aiman
Daffa.
“Kau cintakan Keisha kan ?” sambung
Syed Amriz.
“Perlahanlah sikit bodoh ! Ya, aku
cintakan dia dari mula aku kenal dia lagi.” Ujar Aiman Daffa menyatakan isi
hati nya.
“Hmm… aku dah lama agak dah benda
ni. Patutlah kau pandang si Keisha tu semacam aje masa kita hantar Hasif kat airport hari tu. Kau cemburu sebenarnya
kan ?” Syed Amriz memulakan misi membahan rakannya. Aiman Daffa menginggati
saat-saat itu.
“SAMPAI
sana nanti call bagitau kitorang.”
Ujar Aiman Daffa. Syed Amriz disebelahnya mula bersuara.
“Jangan lupa cari awek mata biru kat
aku sorang. Boleh Mama aku buat menantu.” Ujar Syed Amriz sambil ketawa. Mau
pengsan Puan Sri Syarifah Kamariah kalau dia benar-benar ada awek mata biru,
desis hati Syed Amriz.
“Abang Hasif !!” jerit satu suara.
Serentak itu mereka bertiga menoleh kearah suara yang menjerit. Kelihatan
Keisha Armani berlari kearah mereka.
“Keisha…” Hasif Mikael bersuara.
Terkejut dengan kedatangan Keisha Armani ke lapangan terbang.
“Sampai hati abang Hasif tak bagitau
Keisha pon yang abang nak pergi London. Abang tak sayang Keisha ke ?” Keisha
bersuara tersekat-sekat. Penat gara-gara berlari dari parking lot tadi.
Disisinya ada Ellinda Natasya yang turut termengah-mengah. Aiman Daffa merengus
kasar. Semestinya rasa cemburu yang bertandang.
“Bukan abang sengaja tak nak bagitahu
Keisha tapi abang tak tau macam mana nak bagitau. Abang terpaksa pergi sana
atas permintaan papa abang.” Keisha Armani menangis. Dia sayangkan Hasif
Mikael. Lelaki itu telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri sementelah
dia merupakan anak tunggal Tan Sri Idris.
“Keisha, sudahlah. Janganlah menangis
lagi. Malu la orang tengok.” Ellinda Natasya memujuk Keisha Armani yang masih menangis.
“Tak payah beria-ria menangis bagai.
Hasif ni bukan suami kau pon. Menangis macam mati laki aje aku tengok.” Aiman
Daffa bersuara. Dan seperti biasa, kata-kata yang dilontarkan pada gadis kecil
dihadapannya akan berbaur kasar. Namun disebalik itu, ada satu rasa yang sedaya
upaya disorokkan dari pengetahuan semua orang. Cemburu. Ya, dia cemburukan
Hasif.
“Kalau aku menangis keluar air mata
darah pon kau peduli apa ? Bukan aku pakai air mata kau pon. Sibuk aje.” bidas
Keisha Armani. Mencerlung matanya memandang Aiman Daffa yang berdiri tegak.
Kedua belah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar. Dia mengenakan t shirt
belang-belang lengan panjang menampakkan lagi ketampanannya.
“Abang Hasif, Keisha ada buatkan
karipap untuk abang. Nanti abang makan la dalam flight.” Keisha Armani menghulurkan bekas berisi karipap yang
dimaksudkan. Namun belum sempat disambut oleh Hasif Mikael, bekas itu sudah
selamat dalam genggaman Aiman Daffa.
“Karipap ? Sini aku rasa dulu.
Entah-entah kau letak racun dalam makanan ni. Tak pasal-pasal kau kena
keracunan makanan, Sif.” Ujar Aiman Daffa sambil membuka penutup bekas itu.
“Daffa, jangan makan. Aku buat
untuk…” belum sempat Keisha Armani menghabiskan ayatnya karipap itu sudah
selamat masuk dalam mulut Aiman Daffa. Aiman Daffa tersenyum kemenangan.
“Daffa, karipap tu Keisha buat untuk
aku. Kau ni!!” ujar Hasif Mikael.
“Aku rasa aje. By the way, sedap karipap ni. Betul ke kau yang buat ?” ujar Aiman
Daffa sengaja mengapi-apikan kemarahan Keisha Armani.
“Abang Aiman….” Ellinda Natasya cuba
merungkaikan bunga-bunga pertelingkahan
diantara abang dan rakan baiknya.
‘What ?’ ujar Aiman Daffa melalui pandangan matanya yang dihantar
kepada Keisha Armani. Sengaja .
“Stop it Daffa. Don’t start here. Malu la sikit…” Syed Amriz
pula bersuara setelah lama memerhati.
“BETULKAN kau cemburu ?” ujar Syed
Amriz mematikan lamunan Aiman Daffa pada kejadian beberapa bulan lalu. Aiman
Daffa tersenyum membalas soalan rakannya.
“Stop
talking about me. Sekarang, aku nak kalahkan kau.” ujar Aiman Daffa.
Langkah diatur ke gelanggang tennis meninggalkan Syed Amriz yang masih berehat.
“ Kau takkan boleh kalahkan aku
punya.” Bidas Syed Amriz. Cabaran Aiman Daffa diterima. Pertarungan sebentar
tadi kembali bermula. Semenjak Nick Saffuan ke Australia dan Hasif Mikael ke
London mereka bermain berdua sahaja.
“ Kak
Sal, daddy ada tak ?” Aiman Daffa menyoal setiausaha ayahnya.
Kak Salmah mengangguk.
“Ada buat appointment ?” Kak Salmah menyengih memandang Aiman Daffa. Aiman
Daffa garu kepala yang tidak gatal.
“Nak jumpa daddy sendiri pun kena buat appointment
ke ?” Aiman Daffa menyoal kembali.
“Takde lah. Akak saje aje cakap macam
tu dekat Daffa. Kejap ye…” Kak Salmah menekan butang intercom. Setelah mendapat
keizinan untuk bertemu ayahnya, Aiman Daffa melangkah ke bilik yang menempatkan
ayahnya.
“Terima kasih, Kak Sal…”
“DADDY, Aiman ada benda nak bincang
sikit. Daddy busy ke ?” Aiman Daffa menyoal Tan Sri Nasrul.
“Ada apa Aiman ? Bunyi macam penting
aje.”
“Dy,
what do you think about ‘kahwin muda’
?” Aiman Daffa menyoal ayahnya.
Tan Sri Nasrul terhenti dari
meneruskan kerjanya. Tumpuan dialihkan kepada anak lelaki nya.
“ Baguslah. Kahwin muda ni bawa banyak benefit to our life. Especially for young man like you…”
Aiman Daffa mengangguk tanda mengerti.
“Kenapa tiba-tiba tanya daddy pasal ni?”
“No, I’m just asking.” Aiman Daffa gelisah sendiri.
Bingung dan tak tahu bagaimana untuk menerangkan hal yang sebenar kepada
ayahnya.
“But, I don’t think so.” Tan Sri Nasrul meneka
sendiri.
“Do you in love with someone ?” sambung
Tan Sri Nasrul. Matanya difokuskan kepada anaknya. Aiman Daffa mengeluh berat.
“Yup .”
“With
whom ?Wanna share with me ?” soal Tan Sri Nasrul.
“Emmm…Bff Linda. Tapi ada masalah sikit,
Dy.” Aiman Daffa memicit dahinya.
“Bff adik ? what’s the problem? Gaduh ke ?” soal Tan Sri Nasrul.
“Biasalah kalau bercinta ni.
gaduh-gaduh kecik tu dah jadi asam garam. Kamu kena pandai control keadaan agar hubungan tu kekal lama.” Tan Sri Nasrul mula
mengeluarkan petua hubungan yang berkekalan.
“Bukan masalah gaduh Daddy.Tapi, ayah dia nak kahwin kan dia
dengan orang lain.” Akhirnya terluah jua ayat yang disusun dari semalam.
“So,
Daddy kena pinang dia untuk kamu la
ni…” Tan Sri Nasrul mengerti maksud yang ingin disampaikan oleh anak nya.
“Please
Dy…this is the last time.” Tan Sri Nasrul mengangguk.
“Boleh, but make sure kamu kerja dengan Daddy
next year.” Tan Sri Nasrul cuba
berdiplomasi dengan anaknya.
“Dy,
tahukan Aiman tak nak. Aiman nak kerja sendiri. Cari pengalaman.”
“Okay boleh. Tapi kamu pergi la pinang
sendiri kekasih kamu tu. Kalau ayah dia tolak Daddy tak rugi. Kamu yang rugi.”
“Dy,
jangan buat macam ni. Okay-okay Aiman kerja dengan Daddy. Puas ?” Tan Sri
Nasrul ketawa melihat wajah cemberut anaknya.
***
“PAPA
, jangan buat Keisha macam ni. Keisha tak nak kahwin dengan Iskandar.”
Keisha Armani merayu pada papa kesayangannya. Dia telah kehilangan ibu tercinta
lima tahun yang lalu akibat kanser hati yang dideritai ibunya.
“Papa buat semua ni untuk kamu, Keisha.
Papa yakin yang kamu akan bahagia dengan Iskandar.” Tan Sri Idris berharap
benar anaknya akan berbahagia dengan Tengku Iskandar.
“Tapi Keisha tak cintakan dia, Pa.
Tolong la faham.”
“Cinta boleh wujud lepas nikah. Keisha
boleh belajar cintakan Iskandar lepas nikah sayang.”
“Tak mungkin Pa. Keisha tak mungkin
cintakan Iskandar. Sebab dalam hati Keisha ada orang lain. Dan Keisha cintakan
dia, Pa.”
“Okay, kalau betul Keisha dah ada
kekasih, bawa dia jumpa papa. Biar papa tentukan dia layak ke tak dengan kamu.”
“Dia on the way kesini dah. Whether you like it or not, Keisha tetap
pilih dia.” Ujar Keisha sebelum berlalu ke dapur. Ingin menyediakan sesuatu
buat ayahnya dan Aiman Daffa yang akan sampai beberapa minit lagi.
“Jadi kamu ni kekasih anak saya, Keisha ?”
soal Tan Sri Idris. Mencerlung matanya menilik lelaki yang dikatakan sedang
menjalin hubungan cinta bersama anak nya. Aiman Daffa memandang kearah Keisha
Armani. Lama sebelum kepala dijatuhkan dan menganguk.
“Ya, saya Uncle.” Aiman Daffa bersuara
yakin. Yakin dengan kehendak hatinya. Sejujurnya dia belum bersedia memikul
gelaran sebagai suami namun apabila mengenangkan Keisha Armani akan dinikahkan
dengan Iskandar rasa itu ditolak ketepi. Keisha Armani harus menjadi miliknya.
“ Kamu ni dah kerja ke ?”
“Saya masih belajar lagi, Uncle. Tahun
akhir di universiti yang sama dengan anak uncle.” Aiman Daffa semakin gerun
melihat wajah yang dilontarkan Tan Sri Idris terhadapnya.
“Kamu betul-betul cintakan anak saya
?” sudah ada lagak polis pencen papa budak kecik ni. soal macam aku nak bunuh
anak dia aje. garang semacam , desis hati Aiman Daffa.
“Setulus hati saya, uncle. Dari mula
saya kenal Keisha hati saya dah tertarik dengan dia, Uncle.” Aiman Daffa
meluahkan apa yang sememangnya dari hatinya. Bukan rekaan semata.
“Kalau kamu nikah dengan anak saya, apa
yang kamu akan janjikan padanya ?” ‘berapa banyak soalan ni ?’ Keisha Armani
menyoal ayahnya lewat pandangan mata.
“Saya tak janjikan bulan dan bintang
untuk dijadikan perhiasan buat anak Uncle. Saya tak janjikan kemewahan untuk
masa depan anak Uncle. Tapi saya akan berusaha semampu saya untuk pastikan yang
saya sendiri akan pimpin tangan Keisha dan bakal anak-anak kami menuju ke
Syurga, Insya Allah.” Keisha mengusap air di tubir mata nya. Tiba-tiba bocor
pulak.
“Kalau macam tu… kamu boleh hantar
rombongan meminang secepat yang mungkin.” Ujar Tan Sri Idris sambil tersenyum. Keisha
Armani memeluk ayahnya.
“Thanks, Pa.” ujarnya. Aiman Daffa
lega apabila ayah Keisha Armani sudah memberikan lampu hijau.
“Uncle, kalau boleh saya nak minta
tempoh sedikit. Sehingga saya tamat belajar .”
“Bila kamu tamat belajar ?” soal Tan
Sri Idris sambil tersenyum. Kini dia yakin lelaki dihadapannya mampu membimbing
anaknya.
“Insya Allah lagi berapa bulan aje
Uncle.”
“Okay.”
“Terima kasih Uncle. Tapi saya ingat nak
ikat anak Uncle dulu.” Ujar Aiman Daffa lebih yakin.
“Maksud kamu nak bertunang dulu ?”
“Kalau uncle izinkan…”
“Apa-apa aje untuk princess Uncle ni…” Aiman Daffa bersalaman dengan bakal bapa mertua
nya sebelum pulang. Acewahh bapa mertua. Belagak kau !
p/s : MENARIK ? KALAU
BERMINAT UNTUK SAMBUNGANNYA RAJIN-RAJINLAH KOMEN YA… AKU JANJI CERVEL KALI NI MEMANG
LAIN DARI YANG LAIN. SELALU AKU BUAT KEBANYAKANNYA KAHWIN SEMBUNYI KAN ? KALI
NI TAK. AKU AKAN TAMPILKAN BANYAK KELAINAN DARI SUDUT JALAN CERITA
Ahhh. Tak sbar nk baca next chapter. Sila sambung yer qin.
ReplyDeletetq support karya cikai-cikai saya...:)
DeleteCasinos With the Best Casino Games 2021 - Wooricasinos.info
ReplyDeleteNo doubt, this casino slots are widely popular 리드 벳 among gamblers and are 딥슬롯 popular among them to 승인 전화 없는 토토 꽁 머니 the general public. Therefore, op 사이트 it should bet365 우회 주소 be noted that,