PASAL QIN AMJA

Sunday, 13 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 20




Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 20
Tarikh Post : 14 Disember 2015



          Auni menangis lagi. Keluarganya telah membuang dia. Ayahnya sendiri tidak mahu mengakui dia sebagai anak. Maafkan Auni…

          “Sabar sayang… hati ayah kamu tengah panas lagi. Nanti dah sejuk tahu lah dia nak cari kamu.” Tok Pah memujuk Auni Suryani.

          Meskipun marah dengan tindakan cucunya dan Auni namun dia bersyukur karna hajatnya untuk bercucu menantukan Auni tercapai.

          “Sayang, sudahlah nangis tu. Kesian baby dalam perut tu. Minum air ni sikit…” Aizrill menghulurkan segelas minuman kosong untuk isterinya. Air mata yang mengalir disisi isterinya diseka lembut.

          “Tenang… banyakkan istighfar, selawat. I janji I akan kembalikan family you.” Aizrill menggenggam erat tangan isterinya.

          “Ceraikan dia…”

          “Apa mama cakap ni?”

          “Kenapa dengan kamu ni Ena?” Tok Pah menyoal menantunya.

          “Kamu tu dah bertunang dengan Zalikha. Mana kamu nak campak dia? Takkan nak bermadu pulak?” soal Tengku Serena.

          “Isteri Aizz tengah mengandung, Ma. Cucu mama sendiri.”

           “Mama peduli apa?”

          “Apa papa nak bagitahu dengan Tan Sri Zainal? Papa tak kisah kalau kamu nak berfoya-foya di luar. Bukan nikah senyap-senyap macam ni..” sambung Tengku Zakri pula.

          “Apa kena dengan kamu ni Zakri? Kamu lagi suka anak kamu berfoya-foya daripada nikah?” Tok Pah mengurut dadanya.

          “Ke mana kamu letak agama kamu? Tak cukup didikan agama yang mak dan ayah bagi pada kamu?”

          “Saya tak kira mak. Aizrill mesti ceraikan Auni secepat mungkin. Majlis kamu tinggal dua bulan lebih sahaja lagi…” Tengku Serena masih dengan tekadnya untuk meminta anaknya menceraikan Auni.

          “Putuskan pertunangan Aizz dan Eyka.”  Membuntang mata Tengku Zakri dan isterinya.

          “Kamu dah gila ke Aizrill?”

          “Memang. Aizz memang gila. Selagi Aizz hidup, Aizz takkan pernah tinggalkan anak dan isteri Aizz.”

     “Kamu sanggup melawan cakap mama? Derhaka dengan mama?” Aizrill mengeleng lemah. Lagi-lagi soal derhaka disebut oleh mamanya.

          “Mama… Aizz sayangkan mama. Mama Aizz dunia akhirat.  Tapi Aizz tak boleh lepaskan tanggungjawab Aizz pada mereka.”

       “Bagi sahaja duit pada dia. Pandailah dia bawa diri. Perempuan macam ni memang nak mengikis sahaja.”

          “Mama, please… isteri Aizz bukan jenis macam tu. Mama kena ingat jugak, duit tak mampu beli semua. Tak mampu beli kasih sayang Aizz pada isteri dan anak-anak Aizz..” Aizrill memandang kearah mama dan papa nya. Kelihatan marah mereka bukan semakin reda malahan lebih meluap-luap.

          “Aizz…you ikut aje apa mama dan papa you nak. I’ll be okay.” Auni bersuara.

           Janji harus ditepati. Dia tidak akan menuntut apa-apa dalam pernikahan ini.

         “Aizz… you ingat janji I kan? Takkan tuntut apa-apa dari you.. I tak nak disebabkan I, you derhaka pada mama dan papa you…”

         “Sayang, apa you cakap ni?” Aizrill menyoal sambil memandang wajah isterinya. Janji yang dia sendiri tidak pernah setuju dari dulu.

        “Nikah dengan Zalikha. You hak dia. I ni cuma perampas dan pengacau hubungan you dan dia sahaja.”

        “Sayang, you better diam. Mama, papa, Aizz mintak diri dulu. Aiz tetap dengan keputusan Aizz. No wedding antara Aizz dan Eyka.” Tegang sahaja wajah Aizrill. Gigi diketap tanda geram. Geram dengan isterinya. Marah? Bukan Aizrill sangat kalau dia memarahi isterinya.


2 comments: