TARIKH POST : 24 APRIL 2017
TAJUK : SUAMIKU BUKAN LELAKI HEARTLESS
P/S : cerpen ini belum siap sepenuhnya lagi. So, segala typo sila abaikan dahulu. Nanti saya edit balik. Akay? Cerpen ini sempena genap setahun saya tak post apa apa dekat ini. Hampir genap setahun saya sambung belajar di UiTM Seri Iskandar. In a few days saya akan upload full version. Harap masih ada yang sudi membaca coretan ini.😄
#cerpen
#SUAMIKU BUKAN LELAKI HEARTLESS. Actually, mr heartless ni wujud. Tapi to be my
husband is quite imposibble la sebab dia memang tak pernah senyum or marah or
apa2 pon. Tu sepanjang saya kenal dia la. He’s quite handsome with senyum
senget yang memang payah gila nak nampak. Tapi this cerpen takde kena mengena
pon dengan dia,okay! Enjoy it.
“ DASAR PEMBANGUNAN ekonomi
negara diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan
perindustrian. Antara dasar-dasar pembangunan ekonomi ialah…” proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas 5 Amal terganggu apabila cikgu
Mazuha perasan salah seorang dari anak muridnya sedang mengelamun.
“
Humairah! Humairah!” berkali-kali cikgu Mazuha memanggil namun Aisyah langsung
tidak menyahut. Matanya masih memerhati ke hadapan kelas namun otaknya sudah
menerewang merata.
“
Emmm… ya!” Kalut Aisyah menyahut setelah disiku oleh Salina, rakan sebelah
mejanya. Mencerlung tajam mata Cikgu Mazuha memandangnya. Tahu dia sudah
melakukan kesilapan di dalam kelas iaitu tidak menumpukan perhatian pada
pembelajaran.
“
Kamu ada apa-apa masalah ke?” soalan Cikgu Mazuha dibalas dengan gelengan lemah
oleh Aisyah. Tidak terdaya untuk dia
meluahkan rasa yang terbuku.
Matanya memandang susuk tubuh seorang lelaki
yang duduk di meja bersebelahan dengan meja guru. Muhammad Amir Fairuz. Mahu
melihat reaksi lelaki itu. Namun hampa. Lelaki itu memang benar-benar
heartless. Langsung tidak bereaksi.
“
Humairah!” fokus mata Aisyah kembali terarah pada Cikgu Mazuha.
“
Kenapa dengan kamu ni? Kalau ada masalah bagitahu pada cikgu. Bukan mengelamun
macam ni…” nasihat Cikgu Mazuha. Dia pasti anak muridnya ini sedang mempunyai
masalah. Selama ini Aisyah adalah seorang anak murid yang sangat rajin dan
selalu menumpukan fokus pada pembelajaran.
“
Maafkan saya cikgu…” Aisyah langsung tidak mahu bercerita. Satu keputusan telah
dibuat dan dia tekad walau apapun yang bakal terjadi.
Cikgu
Mazuha mengeleng kepala sebelum meneruskan pengajarannya yang masih berbaki
setengah jam lagi. Namun dia perasan, Aisyah seperti gelisah dan tidak
menumpukan pada pengajarannya.
AISYAH:
jumpa saya dekat belakang blok B lepas habis waktu sekolah. please, urgent
matter.
Nota
kecil yang dilekatkan dalam buku notanya dipandang sepi. Fairuz kembali
menumpukan perhatiannya kepada Cikgu Mazuha yang masih mengajar.
‘MAAFKAN SAYA Ruz, saya terpaksa buat
semua ni. Cuma awak saja yang boleh tolong saya.’ Aisyah terpaksa membuat
keputusan segila ini demi masa hadapannya yang kian kelam. Perutnya yang kempis
diusap. Setitis air mata yang jatuh dipipi diseka. Dia tidak boleh berpatah
balik. Semua yang dirancang perlu terlaksana dengan jayanya.
“
Ada apa kau nak jumpa aku ni? cepat sikit, aku nak balik.” Soal Fairuz tanpa perasaan.
Dia berdiri di hadapan pintu bilik stor manakala Aisyah duduk dikerusi dibawah
pokok beringin.
Aisyah
bangun dari duduknya tadi sebelum menghampiri Fairuz yang berdiri tanpa
memandangnya. Badan tegap lelaki itu ditarik masuk kedalam bilik stor.
“
Apa kau nak buat ni? Kau dah gila ke?” naik seoktaf suara Fairuz namun wajahnya
masih seperti selalu. Tanpa perasaan. Cuma rahangnya saja yang bergerak-gerak
tanda lelaki itu sedang dalam amarah. Tanpa mempedulikan pertanyaan Fairuz,
Aisyah terus mendekati lelaki itu sebelum memeluk tubuh tegap itu.
“
Ruz, I really need you right now… tolong sayaaaa…” lirih Aisyah bersuara dengan
air mata yang bercucuran keluar dari kelopak matanya. Tangisannya pecah.
Pelukan ditubuh lelaki itu dieratkan dek kerana tolakan lelaki itu.
“
Kau sakit ke? Kalau sakit pergi klinik. Bukan datang dekat aku…”
“
Tak. Saya tak sakit. Saya cuma nak awak…” Aisyah masih dalam posisi tadi.
Tangisannya masih belum terhenti. Inilah kerja gila yang dia sedang lakukan.
“
Kenapa dengan kau ni? Lepaslah, orang nampak susah nanti.” Dalam pada cubaan
Fairuz melepaskan pelukan antara mereka menyebabkan dia dan Aisyah terjatuh di atas tilam lompat tinggi. Badan
tegap Fairuz telah menghempap tubuh kecil milik Aisyah.
“
Astagfirullahalazim…apa kamu berdua buat ni?” serentak pintu bilik stor terbuka
dan suara pekikan Ustazah Asma menerjah cuping telinga. Apa yang berlaku di
hadapan matanya sangat tidak boleh diterima akal. Fairuz yang merupakan seorang
pelajar cemerlang di sekolah sanggup melakukan perkara terkutuk dengan Aisyah.
“
Ustazah, tolong saya… Fairuz nak rogol saya…” Aisyah menolak tubuh Fairuz yang
menghempap badannya lalu berlari kearah Ustazah Asma. Dia memeluk Ustazah Asma
sambil menangis teresak-esak lagak seperti benar-benar Fairuz mahu merogolnya.
Padahal tangisan itu kerana terpaksa memerangkap lelaki sebaik itu untuk
menyelamatkan seluruh kehidupannya.
“
Fairuz, apa yang kamu dah buat ni?” soal Ustazah Asma dengan muka yang berang.
Suaranya juga meninggi. Tangannya mengusap belakang Aisyah untuk menenangkan
anak gadis itu.
“
Saya…saya…”Fairuz tergagap-gagap. Dia bagaikan kelu untuk bersuara. Otaknya
masih belum mencerna situasi yang dia sedang berhadapan. Tiba-tiba otak
geliganya yang sentiasa cekap mencerna pengajaran terasa berhenti berfungsi.
“
Ikut saya ke pejabat. Sekarang!” putus
Ustazah Asma. Dia berjalan menduhului Fairuz bersama-sama Aisyah.
Fairuz
duduk bertentangan dengan Aisyah di
dalam bilik guru penolong kanan hal ehwal murid. Matanya merenung tajam kepada
Aisyah yang masih tidak henti-henti menangis. Meluat dibuatnya.
“
Shh, jangan nangis Humairah. Ustazah sudah telefon bapa Fairuz dan ibu kamu.
mereka dalam perjalanan ke sini.” Pujuk Ustazah Asma. Fairuz terkejut. Takkan
mesti dilibatkan papanya dalam soal ini.
“
Ustazah, tak payah la call papa. Hal kecik saja ni. Takkan sampai nak call papa
pulak. Lagipun, papa tengah busy sekarang ni.” Fairuz yang tadinya cuma berdiam
diri mula bersuara. Dia tahu akan kesibukan papanya.
“
Hal kecik kamu cakap. Kamu sedar tak apa yang kamu cuba lakukan tadi? Tindakan
kamu boleh menghancurkan masa hadapan Humairah. Kamu tahu tak?” Ustazah Asma
menyoal. Dia enggan memarahi Fairuz tanpa menyoal terlebih dahulu.
“
Tahu. Tapi saya diperangkap, ustazah.” Fairuz cuba mempertahankan diri.
“
Sudah la Fairuz. Kejap lagi kita berbincang dengan ibu bapa kamu berdua.
Ustazah tak boleh buat keputusan apa-apa. Ini melibatkan soal maruah.” Putus
Ustazah Asma.
“
Anak kurang ajar!!! Apa kau dah buat? Aku hantar kau pergi sekolah suruh
belajar bukannya rosakkan anak dara orang!!!” Bergema bilik itu dengan suara
jerkahan Encik Amri. Kemarahannya memuncak saat melihat wajah kering anaknya.
Langsung tidak beriak takut setelah melakukan kesalahan yang berat.
“
Ruz tak buat, pa! sumpah!!! Ruz tak sentuh dia pun.” Fairuz membela diri
meskipun terang-terangan kesalahan bakal diletakkan diatas bahunya.
“
Tak sentuh kau cakap? Kalau kau tak sentuh dia kenapa ustazah ni cakap dia
tangkap kau tengah peluk budak perempuan ni? cakaplah…” jerkah Encik Amri lagi.
Kali ini Fairuz tidak lagi membalas. Terang-terangan dia ditangkap ketika
sedang badannya berada diatas gadis itu.
“
Sabar Encik Amri… bawa bertenang. Benda ini kita boleh berbincang…” pinta
Ustazah Asma. Aisyah masih lagi menangis dalam pelukan ibunya. Puan Siti
langsung tidak bersuara semenjak dia sampai tadi. Dia turut terkejut dengan
berita yang disampaikan padanya.
“
Sabar apa nya ustazah? Dah dia buat tak elok. Ustazah bawa saja dia pergi balai
polis. Biar dia rasa sikit. Senang-senang saja nak rosakkan anak dara orang.”
Putus Encik Amri dengan berang. Meskipun Fairuz adalah satu-satunya anak lelaki
tunggal dia bersama arwah isterinya namun dia tetap akan menghukum jika anaknya
melakukan kesalahan.
“
Jangan pakcik!!!” cantas Aisyah. Dia sudah cuak. Lain rancangannya lain pula
yang terjadi. Kalau betul-betul Fairuz dibawa kebalai polis dialah orang yang
akan menyesal seumur hidup kerana memerangkap lelaki itu.
“
Kenapa pulak jangan? Kamu jangan nak bela dia. Sepatutnya sebagai lelaki dia
perlu jaga maruah seorang perempuan, bukan rosakkan.”
“
Malu pakcik. Syah malu kalau semua orang tahu tentang hal ini. Mesti semua orang
akan tuduh Syah yang goda Ruz. Pakcik sendiri tahukan macam mana budak-budak
lain hormatkan Ruz dekat sekolah ini.” Pinta Aisyah. Pasti tidak akan ada yang
percaya dengan kata-katanya kerana Fairuz bukan lelaki jenis suka menyendeng
sebelah perempuan. Sebab itu juga dia pilih Fairuz sebagai pak sanggup
untuknya.
“
Tapi dia patut di hukum!”
“
Tolonglah pakcik. Syah taknak orang pandang serong pada ibu. Kami baru saja
kehilangan ayah pakcik. Syah harap pakcik jangan bawa Ruz ke balai polis.”
Aisyah memandang Encik Amri penuh pengharapan.
“
Baiklah, tetapi Ruz mesti bertanggungjawab keatas apa yang telah dia lakukan.
Pakcik harap kamu dapat terima Muhammad Amir Fairuz sebagai suami kamu.”
“
Syah ikut saja apa kata pakcik. Apa yang baik untuk pakcik baiklah untuk Syah.”
Aisyah bagaikan menurut saja padahal ini sememang rancangan asalnya.
Memerangkap Fairuz kealam perkahwinan bersamanya.
“
Syah, ibu tak setuju. Kenapa sampai perlu nikah? Kamu masih muda. Biar saja
ustazah kamu bawa budak tak guna tu ke balai polis.”
“
Ibu!!”
“
Dia nak rosakkan anak ibu. Takkan ibu nak terima dia jadi menantu ibu.” Puan
Siti setuju dengan cadangan Encik Amri tadi untuk menyerahkan Fairuz kepada
pihak polis.
“
Ibu nak kalau semua orang tahu pasal ini? Ibu nak turun naik mahkamah dan semua
orang pandang serong pada anak ibu ni? Semua orang akan salahkan Syah nanti…”
Puan Siti mati kata dengan kata-kata anaknya yang ada benarnya.
Perkahwinan
antara Aisyah dan Fairuz bakal berlangsung sebulan selepas dari kejadian itu.
Semuanya dirahsiakan dari pengetahuan umum. Hanya Ustazah Asma, Encik Amri,
Puan Siti serta Fairuz dan Aisyah sahaja yang tahu cerita sebenar. Rakan-rakan
sekelas mereka juga tidak tahu menahu. Salina adalah orang yang paling terkejut
saat menerima undangan dari Aisyah.
“
Wey kau betul-betul serius nak kahwin dengan Fairuz? Mamat heartless tu? Biar
betikk kau niii??” soal Salina terperanjat.
“
Betullahh. Takkan aku nak main-main dengan kau pulak.”
“
Tapi aku peliklahhh!”
“
Pelik kenapa pulak?”
“
Yelah, sejak bila pula kau bercinta dengan mamat heartless tu? Pulak tu, nak
kahwin dalam masa terdekat ni. Seminggu saja lagi. Jangan-jangann…” Salina
curiga. Takkan mamat heartless tu terbekenan dekat kawannya yang tiga suku ini?
“
Jangan-jangan apa?”
“
Jangan-jangan kau dah mengandung anak dia. Tu yang cepat-cepat nak kahwin
kan??” Aisyah sekeh kepala Salina.
“
Kau jangan fikir macam-macam boleh tak, Ina? Mulut kau boleh tahan puaka jugak
kann? Mamat heartless yang sebut-sebut dari tadi tu husband to be aku tahu. So
stop calling him like that.” Ujar Aisyah selamba.
“
Amboii… belum jadi suami lagi, kau dah pandai back-up dia kann?” perli Salina sambil membuat memek muka
meluat. Dia terima saja jika jodoh sahabatnya sudah sampai. Dia akan doakan
yang terbaik untuk Aisyah.
“
Weyy, betul-betullahhh. Aku nak tahu kenapa kau tiba-tiba nak kahwin dengan
Fairuz? Share lah dengan aku. Aku kann kawan dunia akhirat kau.” pujukan Salina
tidak akan membuatkan Aisyah membuka mulut kali ini.
“
Taktik kau takkan menjadi kali ni, wahai cik Salina.”
“
Aku merajuk dua bulan dengan kau.” Salina memalingkan wajahnya. Tidak mahu
menghadap Aisyah. Dia tahu Aisyah tak boleh kalau takda dia.
“
Okey, aku bagitahu kau…” Aisyah menundukkan wajahnya. Dia terpaksa beralah.
Dengan Salina saja dia selesa berkawan. Kalau takda Salina dengan siapa dia nak
berborak dan meluahkan perasaan nanti?
“
Cepatlahhh cakappp… aku nak tahu ni…” Salina tayang wajah teruja.
“
Sebenarnya…” ujar Aisyah lambat-lambat.
“
Sebenarnya??” Salina turut mengajuk sama.
“
Sebenarnya…sebenarnya…”
“
Sebenarnya apa? Kau ni lambat lahhh…” Aisyah sengih melihat cemberutan Salina.
“
Okey, sebenarnya papa Fairuz dengan ibu aku yang nak jodohkan kita orang.”
Sekali nafas Aisyah menuturkan ayat tadi.
“
Takkan sebab tu saja?” Salina seakan tidak berpuas hati.
“
Sebab tu jelah. Nak sebab apa lagi…” ujar Aisyah. Tangannya ligat mengemaskan
buku-buku sekolah. Kelas mereka lama lenggang memandangkan waktu sekolah telah
tamat setengah jam yang lalu.
“
Aku balik dulu lahhh iyee, Ina…” ujarnya lalu mencuit pinggang Salina yang
semenangnya sensitif. Aisyah pernah mengusik Salina dahulu. Katanya kesian pada
suami Salina nanti kerana isteri terlalu sensitif. Main tapak tangan saja dah
geli. Inikan pula tempat lain.
Salina
yang terkejut pantas mengejar Aisyah yang sudah berdecit lari meninggalkannya.
Aisyah menyembunyikan diri dibelakang bangunan sekolah. Tanpa sedar, ada tangan
yang memeluk pinggangnya dari belakang.
“
Hisy, apa awak nihh?” jerit Aisyah perlahan apabila dia melihat Fairuz adalah
gerangan yang memeluk pinggangnya. Fairuz melepaskan pelukan dipinggang Aisyah
sebelum berkata.
“
Kenapa nak marah-marah ni, sayang? Ingat kau tukan tengah mengandungkan anak
aku, jadi jangan nak berlari sangat. Tak elok untuk baby.” Ucap Fairuz sambil
mengusap perut Aisyah yang kempis.
“
Saya tak mengandung lah!!!”
“
Habis apa motif kau perangkap aku? Cuba kau bagitahu aku, sebab apa kau tuduh
aku nak rogol kau? sedangkan sentuh kau pun aku tak pernah!!”
“
Saya ada alasan saya sendiri sebab apa saya buat macam ni…” jawab Aisyah
perlahan.
“
Bagitahu lah!!!”
“
Tak nak!!!”
“
Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau sebab kau dah buat benda bodoh
ni dalam hidup aku. Kau dah teringin sangat nak jadi wife aku, kan? So welcome
to the hell!” ujar Fairuz seraya berlalu. Tak pernah Aisyah melihat Fairuz
semarah dan setegang itu.
“
Fairuz…maafkan saya…” Aisyah tersandar lemah di dinding bangunan sekolah. Air
matanya merembes perlahan. Rasa sesal bercampur dengan rasa bersalah. Namun dia
tiada terdaya mahu merubah semuanya keasal semula.
Ini
lah yang dikata terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?
Badan
sendiri yang binasa.
Nun
disatu sudut ada seseorang yang sedia memerhati pertelingkahan yang baru
berlangsung sebentar tadi. Dia tidak salah melihat dan mendengar. Dan dia yakin
si gadis ada rahsia tersendiri dengan memerangkap si jejaka.
‘
Kenapa kau buat macam ni, Syah..’
“
Pengantin lelaki sudah bersedia?” tanya Imam Hassan merangkap tok kadi yang
bakal menikahkan Fairuz dan Aisyah.
“
Ya.” Jawab Fairuz dengan yakin.
“
Baguslah kalau macam tu, boleh lah kita mulakan sekarang.” Balas Imam Hassan.
Sayup-sayup
kedengaran suara Fairuz melafazkan ijab beserta qabulnya di pendengaran Aisyah.
“
Aku terima nikahnya Aisyah Humairah binti Farid dengan mas kahwinnya…”
“
Sah? Sah! Sah!”
“
Alhamdulillah…” buat beberapa ketika suasana sunyi seketika sebelum Fairuz
diminta untuk membacakan lafaz tahlik.
“
Saya Muhammad Amir Fairuz Bin Amri dengan ini mengaku apabila saya tinggalkan
isteri saya Aisyah Humairah Binti Farid selama empat bulan hijrah
berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya
tidak memberi nafkah kepadanya selama tempoh tersebut pada hal ia taatkan saya
atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu
kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah
dan ia memberi kepada mahkamah syariah yang menerima bagi pihak saya satu
ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
“
Tahniah Syah, aku doakan kau bahagiaa dunia dan akhirat. Aku sayangkan kau,
Shah…” Salina tarik Aisyah kedalam pelukannya sebelum dia berbisik perlahan.
“
Aku percayakan kau, Syah. Aku yakin kau ada alasan yang kukuh untuk pernikahan
ni… ingat Syah, aku akan selalu ada untuk kau…”
“
Ina…” Aisyah tersentak. Salina tahu rahsia dia? Dari mana? Fairuz? Mustahil.
Bukannya Fairuz pernah berhubung dengan Salina pun sebelumnya.
“
Aku yakin dan percayakan kau, Syah… jangan risau.” Salina genggam erat tangan
sahabatnya, Aisyah. Dia menghulurkan senyuman manis buat Aisyah.
“
Kau dah jadi isteri Fairuz, jaga dia baik-baik. Aku yakin dia seorang yang
baik. Allah memang dah tetapkan jodoh kau orang untuk bersama.” Nasihat Salina
berikan pada Aisyah. Aisyah tidak mampu bersuara. Dia cuma mampu mengangguk.
Malu tertangkap dengan sahabatnya.
“
Tahniah Fairuz dan Humairah. Cikgu harap kamu berdua sentiasa berbahagia di
dunia dan akhirat dan cemerlang dalam keputusan SPM kamu berdua nanti. Fairuz,
kamu boleh tolong ajarkan isteri kamu ni mana yang dia lemah.” Cikgu Saodah tak
ketinggalan memberi sedikit nasihat buat kedua-dua pengantin baru.
“
Baik, cikgu.” Balas Fairuz pendek.
Buat Fairuz,
Saya mintak maaf sebab
heret awak dalam masalah saya. Saya dah buntu macam mana nak buat. Ayah saya
baru meninggal dan saya dengan ibu dah takde tempat bergantung. Saya taknak
bebankan ibu untuk tanggung kami berdua. Saya tahu ibu bukan sihat sangat. Dan
saya juga tak mungkin abaikan impian saya untuk jadi architect dengan berhenti
belajar. Saya tahu saya pentingkan diri sendiri tapi saya takda pilihan lain.
Sekali lagi maafkan
saya sebab awak terpaksa terima saya sebagai isteri awak. saya janji saya
takkan tuntut sebarang hak sebagai isteri pada awak. saya dengan ibu cuma
perlukan tempat untuk berlindung dan bergantung hidup. Awak boleh anggap saya
sebagai mata duitan atau perempuan kaki kikis. Anggap sajalah apa-apapun
asalkan awak puas. Saya Cuma mintak awak layan ibu dengan baik.
Maafkan saya juga sebab
burukkan nama awak. saya janji suatu hari nanti saya akan jelaskan semuanya
pada ayah awak dan pada ibu. Saya tak janji untuk jadi isteri yang sempurna
untuk awak, tapi saya akan cuba jadi isteri yang baik.
Isterimu yang
khilaf,
Syah
Fairuz
mengeluh berat. Benar dia marah dengan perbuatan Aisyah yang memerangkap
dirinya ke dalam perkahwinan ini namun tidaklah sampai berdendam. Masa kejadian
di belakang sekolah itu semuanya kerana marah semata-mata.
‘
Ya Allah…’ bisik hati kecil Fairuz sebelum dia menoleh kearah Aisyah yang sudah
terlena di sisi katil. Perlahan tubuh si isteri di dekati. Dia berlutut di sisi
katil. Rambut Aisyah yang terurai menutupi muka dialihkan.
‘
Kuatkan hati aku, Ya Allah…’ Fairuz bangun dari duduk. Dompet di atas meja
diambil dan dimasukkan kedalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia melangkah
keluar dari bilik tidur. Enggan menganggu tidur Aisyah yang lena.
“
Kamu nak kemana tu, Fairuz?” soal Encik Amri. Jam di dindingdi kerling. Sudah
menjangkau ke angka sebelas malam. Kemana pulak anaknya hendak merayap? Dahulu
masa sebelum ada isteri tahu duduk rumah. Sekarang, sudah beristeri nak merayap
malam-malam.
“
Ruz nak keluar sekejap, pa.” balas Fairuz ringkas.
“
Papa tahu kamu nak keluar, tapi nak ke mana? Kamu tu dah beristeri, tak tahu
nak duduk di rumah ke? Tak kesian ke dekat isteri. Sorang-sorang dalam bilik.
Pergi lah teman dia.” Bebel Encik Amri. Menjadi suami dalam usia yang muda
sememangnya Fairuz perlukan banyak bimbingan darinya sebagai ayah.
“
Dia dah tidur, pa. Lagipun, Ruz pergi tak lama. Kejap lagi Ruz balik laa. Ruz
pergi dulu.” Pantas Fairuz capai topi keledar dan kunci motor sebelum
cepat-cepat keluar dari rumah.
Seawal
jam lima pagi Aisyah bangun dari tidur. Sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun
seawal ini. Dia dapat bersedia awal untuk ke sekolah selain membantu ibu
menyediakan sarapan pagi. Dia kerling pada suaminya di sebelah. Kelihatan
Fairuz tertidur pulas sementelah dia baru pulang ketika jarum jam menginjak ke
angka tiga pagi.
Selesai
membersihkan diri dan lengkap berpakaian, Aisyah keluar dari kamar mandi.
Almari dituju sebelum sepasang baju sekolah miliknya dan juga milik Fairuz
dicapai. Selesai menyerika baju sekolah mereka, dia kembali membentangkan
sejadah untuk menunaikan solat fardu subuh. Melihat Fairuz yang masih enak
dibuai mimpi, Aisyah menghampiri tubuh itu.
“
Ruz…bangunlah… dah subuh ni…” panggil Aisyah perlahan. Kaki suaminya dikuis
sedikit untuk mengerakkan Fairuz.
“
Apa…” soal Fairuz dengan suara serak. Dia masih mamai kerana tidur yang
kekurangan.
“
Bangunlahh, solat.” Balas Aisyah ringkas.
“
Sekarang dah pukul berapa?” Fairuz memisatkan mata. Kantuk yang memberat
terpaksa ditepis demi menunaikan tanggunjawab pada Ilahi.
“
Dah nak masuk pukul enam…” Fairuz tolak selimut ketepi sebelum bergegas masuk
kedalam kamar mandi untuk membersihkan diri sekaligus untuk bersiap ke sekolah.
Usai
membaca doa, Fairuz menghulurkan tangannya pada Aisyah. Bergetar tangan Aisyah
saat menyambut huluran tangan itu. Lama dia tunduk cium tangan Fairuz. Perlahan
menitis air matanya.
“
Saya mintak maaf…saya mintak maaf…” Aisyah mengulang permintaan maafnya. Fairuz
usap ubun-ubun Aisyah sebelum menghela nafas berat. Bukan mudah untuk dia
memaafkan Aisyah atas noda yang isterinya calitkan pada nama baik dia sendiri.
Namun Aisyah sudah bergelar isterinya. Baik buruk Aisyah dia perlu terima.
“
Aku maafkan kau…” lambat-lambat Fairuz menglafazkannya. Dia benar-benar ikhlas
memaknakan kemaafkannya.
“
Terima kasih, Ruz…” Aisyah memandang Fairuz. Ada senyuman kecil dibibir lelaki
itu. Senyuman yang sangat sukar dia lihat.
“
Selamat pagi, ibu…” Aisyah menghadiahkan ciuman di pipi ibunya. Dia meletakkan
beg sekolah dia kaki meja makan sebelum bergegas ke dapur. Dia membacuh air kopi
sebagai minuman pagi. Untuk Fairuz pula, dia bancuhkan segelas milo panas.
“
Selamat pagi…” Fairuz menyapa ibu mertuanya. Senyuman ringkas dihadiahkan buat
wanita separuh abad itu.
“
Selamat pagi Fairuz…” Puan Siti membalas sapaan menantunya.
“
Panggil Ruz je, ibu…”
“
Ruz? Iyelah, jemput makan Ruz. Syah, cepatlah sikit. Airnya manaa? Kang
tercekik suami kamu ni.” jerit Puan Siti. Sememangnya dia tidak menyimpan
dendam buat menantunya. Sudah tertulis anaknya berjodoh dengan jejaka muda
dihadapannya.
“
Kejap ibu!!!” jerit Aisyah dari dapur.
“
Ibu tak makan sekali ke?” soal Fairuz prihatin.
“
Kamu makanlah dulu. Ibu kejap-kejap lagi pun boleh makan.” Puan Siti tersenyum
dengan budi bahasa menantunya.
Selesai
sarapan pagi, Aisyah dan Fairuz berangkat pergi ke sekolah dengan dihantar oleh
Pak Mat, pemandu peribadi Encik Amri. Suasana sunyi sepanjang perjalanan ke
sekolah sebelum Fairuz tiba-tiba menghulurkan sejumlah wang.
“
Untuk apa duit ni, Ruz?” soal Aisyah keliru. Tadi papa ada menghulurkan buatkan
wang belanja sekolah.
“
Duit belanja kau.” balas Fairuz dingin.
“
Tadi papa dah kasi duit belanja untuk Syah.”
“
Itu duit papa. Ni duit nafkah aku pada kau. Ambil ajelah…” Fairuz mendesak.
“
Tapikan Syah kan dah janji takkan tuntut apa-apa dari Ruz.” Aisyah serba salah.
“
Ini nafkah, Aisyah Humairah. Ni dah jadi tanggungjawab aku pada kau. Ambil ni!”
Fairuz pegang tangan Aisyah sebelum meletakkan wang tadi ke atas tapak tangan
Aisyah.
Setelah
memperoleh keputusan yang cemerlang Fairuz memutuskan menyambung pengajiannya
di University of Durham, United Kingdom dalam bidang perniagaan. Manakala Aisyah
memilih untuk menyambung pelajarannya di universiti tempatan sahaja.
Sudah
dua tahun Fairuz di negara Eropah namun hanya sekali sahaja dia pulang. Itupun,
raya puasa tahun sudah. Raya tahun ini langsung tak nampak bayang. Katanya ada
trip yang wajib dia ikuti selama dua bulan.
“
Syah!!!” terperanjat Aisyah setelah disergah rakan sekuliahnya.
“
Deena. Terkejut aku…kau jangan laa macam niii. Nasib aku takde sakit jantung.
Kalau tak dengan aku dengan jantung sekali jalan…” Deena menyengih mendengar
bebelan Aisyah. Sudah berulang kali ayat itu meniti di telinganya namun dia
saja yang tidak serik.
“
Kau dengar tak ni, Deena???” soal Aisyah.
“
Aku dengarlah. Lagi, apa lagi kau nak cakap?” Sindiran Deena buatkan Aisyah
cemberut. Nasihat lah segunung pon, bukannya Deena hiraukan. Bagai mencurah air
ke daun keladi sahaja, kata Farhana salah satu rakan kuliahnya.
“
Tak. Dari aku membebel dekat kau, ada baik jugak aku balik rumah. Lepak dengan
kau bukan boleh belajar. Asyik gossip je.” Aisyah kemaskan barang-barangnya
sebelum bangun dari kerusi di sebuah sudut di dalam perpustaan.
Sengaja dia berkata bergitu padahal dah cukup
masa dia di situ. Pak Hamid, pemandu peribadi bapa mertua akan menjemputnya
pada pukul dua setengah petang. Memandangkan Aisyah tidak suka ditunggu begitu,
jadi dia akan menunggu Pak Hamid lima belas minit lebih awal.
“
Kirim salam untuk ibu kau… ehh, kat dato’ jugak.” Aisyah cuma mengangguk tanda
akan menyampaikan salam yang dikirim oleh Deena. Dah lebih setahun bapa
mertuanya menerima pingat dato namun lelaki separuh abad itu langsung tidak
riak malah semakin pemurah dalam memberi sedekah.
Bunyi
pesanan ringkas yang masuk ke telefon bimbit membuatkan langkah Aisyah
terhenti. Pantas tangannya meraba kedalam beg galasnya mencari telefon yang
sudah terhenti deringannya.
Fairuz!
Bupppppppp…
“
Maaf maaf, saya jalan tak tengok depan…” pohon seorang lelaki yang dia tidak
pasti sama ada mahasiswa atau pun bukan.
“
Saya yang sepatutnya minta maaf sebab berdiri tengah jalan macam ni. sorry…” Aisyah menghulurkan senyuman
buat lelaki itu.
“
It is okay. By the way, apa nama awak?” soal lelaki yang memakai kaca mata yang
sedang berdiri dihadapan Aisyah.
“
Aisyah. Aisyah Humairah.” Mata Aisyah menangkap kelibat kereta BMW yang dipandu
Pak Hamid memasuki ruang perpustakaan.
“
Saya Far….” Belum sempat lelaki itu mengenalkan dirinya, Aisyah sudah berlalu
pergi.
“
Maaf, saya pergi dulu…”
“
Farrriz Daniel…” Fariz hanya memandang
gadis ayu yang sudah berlalu pergi tanpa sempat dia memperkenalkan diri. Tanpa
sedar, ada satu rasa lain yang menyelinap ke dalam hatinya.
AISYAH
MELANGKAH masuk ke dalam banglo agam milik ayah mertuanya, Datuk Amri. Semenjak
menerima gelaran Datuk, ayah mertuanya itu semakin sibuk dengan urusan di
pejabat. Pulang pun setelah senja menjelang tiba.
Cuma
mereka bertiga yang berada dalam rumah sebesar istana ini. Kadang-kadang Aisyah
terasa kosong duduk dalam banglo itu. Dia di umpama burung yang dikurung di
sangkar emas. Dia rasa kemewahan itu, namun dia terikat dengan status dirinya
kini.
Isteri
yang entah sampai bila gelaran itu akan disandangnya. Fairuz adalah suami yang
bertangggungjawab. Nafkah dia tiap-tiap bulan tidak pernah lupa dikirim. Itu
Aisyah tak nafikan. Namun, Fairuz langsung tidak pernah peduli soal hati dan
perasaannya. Mungkin ini yang perlu dia tanggung. Dulu dia sendiri yang
berjanji takkan menuntut apa-apa dari perkahwinan ini.
“
Papa dah taknak dengar apa-apa alasan lagi. No, I don’t. Dah berapa kali kamu
buat macam ni? Penting sangat ke percutian kamu dengan kawan-kawan kamu tu? Apa
kamu tak terfikir yang kamu sudah bekeluarga disini?” Aisyah mencuri dengar
perbualan antara bapa mertuanya dengan seseorang. Yang pastinya, seseorang itu
adalah suaminya, Fairuz.
“
Kamu tak fikir ke apa kata mak mertua kamu. Dah bertahun kamu tak balik. Sudah
sudahlah kamu malukan papa dulu. Tak cukup lagi kamu hampir musnahkan masa
depan Syah dulu semata-mata kerana kamu turutkan nafsu kamu. Sekarang pun kamu
nak siksa dia lagi?” Aisyah tersenyum hambar di sebalik dinding mendengar
pembelaan bapa mertuanya.
Entah
bila dia punyai kemampuan untuk mendedahkan kenyataan yang benar. Entah sampai
bila dia tegar mendengar suaminya dimarahi Datuk Amri kerana sebuah kesilapan
yang langsung suaminya tidak lakukan. Ibunya juga kadang kala meluahkan rasa
tidak puas hati dengan tingkah laku suaminya setelah terbang ke Eropah.
“
Tersiksa apanya kamu cakap? Dia tu isteri kamu, tapi ada kamu layan dia sebagai
isteri. Duit yang kamu kirim untuk dia tiap-tiap bulan tu nafkah zahir,
batinnya? Ada kamu peduli. Dia perlukan kasih sayang suami.”
“
Papa dah tak tahu nak cakap apa lagi. Kamu ada otak, dah boleh berfikir dengan
waras. Jangan sampai orang lain dah kebas dia, baru kamu nak terhegeh-hegeh…
badan sendiri yang merana nanti.” Akhirnya Datuk Amri putuskan panggilan
telefon. Penat menasihati anak lelakinya. Dia sendiri tahu Fairuz takkan
pulang.
“
Pa…” Aisyah menyapa bapa mertuanya di ruang tamu.
“
Syah, papa nak cakap sikit dengan kamu…” Aisyah menghampiri Datuk Amri sambil
mempamerkan senyuman manis.
“
Ada apa, pa???”
“
Duduk lah…” punggung dilabuhkan di sofa empuk bertentangan dengan sofa yang
diduduki bapa suaminya.
“
Papa tak tahu macam mana nak cakap dengan Syah. Papa sebenarnya malu pada kamu
dan ibu kamu. Papa dah gagal didik anak papa. Dah berbuih mulut papa nasihatkan
suami kamu, tapi dia tetap degil. Keras kepala. Maafkan papa Syah. Disebabkan
kegagalan papa dalam mendidik Fairuz, kamu tersiksa. Maafkan papa…”
“
Pa…pa… Ruz tak salah…”
“
Apa maksud kamu Fairuz tak salah? Papa tak faham…” Aisyah telan liur yang
terasa berpasir. Rasanya sudah tiba masa dia membongkar segala kebenaran.
“
Sebenarnya selama ni Ruz langsung tak bersalah pa…Ruz tak pernah cuba buat
benda tak elok pada Syah. Apa yang berlaku selama ini cuma sebuah kesilapan.”
Berkerut dahi Datuk Amri mendengar penjelasan menantunya. Aisyah sudah mula
menangis.
“
Syah…apa semua nih? Apa yang Syah cuba nak cakap sebenarnya nih…papa…papa…”
Aisyah melutut di sofa yang diduduki bapa mertuanya. Tangannya menggengam erat
tangan Datuk Amri.
“
Maafkan Syahhhh, paaa… papa tak salah didik Ruz… tak pa…Ruzz baik sangat dan
Syah layak dapat semua ini atas apa yang Syah lakukan selama ini.”
“
Apa yang Syah cakap nih???”
“
Syahhh…Syahhh…Syahhh yang perangkap Fairuz untuk kahwin dengan Syah, pa!”
serentak itu Datuk Amri menarik tangannya. Terkejut dia menerima berita ini.
Anak yang selama ini dimarahinya sebenarnya langsung tidak bersalah dalam hal
ini.
PRANGGGG!!!
Laju
mata Aisyah dan Datuk Amri mencari arah suara kaca pecah. Membuntang mata
Aisyah memandang ibunya. Nyata Puan Siti terkejut. Ini merupakan satu tamparan
hebat buat dirinya.
Aisyah
berlari mendapatkan ibunya.
“
Ibu!!!”
Pang!
Satu tamparan hinggap dipipinya. Pedih dipipi akibat tamparan langsung tidak
terasa. Dia tahu dan dia sedar ibu sangat kecewa dan marah dengan dia saat ini.
Dia terima semua ini kerana ini adalah salahnya. Semuanya demi membersihkan
kembali nama suaminya.
“
Ibu tak pernah ajar Syah jadi macam ni. Apa salah Fairuz??? Apa salah dia???”
pekik Puan Siti kedengaran hampir satu banglo besar itu. Datuk Amri sekadar
memerhati. Dia masih terkejut. Tak disangka menantu yang selama ini disanjung
dan dibelanya, sebenarnya telah memerangkap dan mencemarkan nama baik anak
lelakinya.
“
Jawab ibu tanya! Apa salah menantu ibu??? Ya Allahhhh… apa salah aku dalam
mendidik anak aku sampai dia tergamak buat semua ni. Ya Allah, menantu
akuuuu….” Puan Siti pegang dada yang terasa sakit. Rasa kecewa, marah dan sedih
semua bercampur dan mencengkam dadanya kuat.
Gedebuk!
Puan Siti rebah menyembah bumi.
“
Ibu!!!!”
KORANG RASA FAIRUZ AKAN BALIK TAK? SIAPA PULAK FARIZ DANIEL? SIAPA MR HEARTLESS YANG SEBENAR? AKANKAH AISYAH MENDAPAT KEAMPUNAN DARI SUAMINYA, FAIRUZ? BAGAIMANA PENERIMAAN IBUNYA DAN PAPA FAIRUZ? SETELAH KEBENARAN SEBENAR TERBONGKAR, AKANKAH FAIRUZ MELEPASKAN AISYAH PERGI? NANTIKAN SEMUANYA DALAM SUAMIKU BUKAN MR HEARTLESS PART 2. STAY TUNED 😛
wah!!! cerpen baru laa��. sambung lagi!!!
ReplyDeleteCpt sikit smbung. Lama tak baca cerpen awak.😂
ReplyDeletebila nak sambung...suka sangat cerpen awak.
ReplyDeleteBile nak sambung cerpen ni ?? Best sangat²
ReplyDeleteBila nak dpt part 2 ni??
ReplyDeleteBila nk smbg part 2 ni?? Writer pls continue this story
ReplyDeleteDa smbung ke belum part 2... Ay cari x jumpa pu
ReplyDeleteBila nk smbung dh 2020
ReplyDeletehaah
ReplyDeletePls sngt2 sambung story ni parts2. Best sngt cerpen ni.kitorg tggu bila nk dpt part 2 ye
ReplyDeleteBila nak smbng?
ReplyDeletexsambung ke...kata nk sambung
ReplyDeleteAda sambungan tak??
ReplyDelete