PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

CERPEN : 3 BAYARAN CINTA



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Bayaran Cinta
Tarikh Post : 23 September 2015


“Iz, kau boleh janji satu hal dengan aku?” soal Adam penuh pengharapan.
“kau ni lain macam je Am. Apa hal ni?” balas Faiz.
“ tah lah. Lately aku rasa lain ja. Like something gonna be happen.”
“amboi, gaya kau macam nak further study luar Negara ja. Dalam Malaysia je kot.” Kata Faiz dalam nada gurau.
“aku serius ni. Kalau aku takde, aku harap kau untuk jaga Aisyah.” Kata Adam senada.
“Am, aku janji aku jaga Aisyah. Tapi takkan jaga je? Haha”
“habis kau nak apa? Melebih lah kau ni.” Balas Adam mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh rakan baiknya.
************************************************************
Itulah perbualan terakhir mereka, sebelum Adam menghembuskan nafas terakhir setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya yang turut terkorban. Hanya tinggal Nur Aisyah sahaja lantaran gadis itu tidak turut serta menghantar abangnya yang akan mendaftarkan diri di Universiti Malaya.
Syed Khairul Faiz masih dibelenggu dengan persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Rupanya ini lah takdir yang berlaku. Dia langsung tidak menyedari bahawa teman baiknya bakal meninggalkan dia buat selamanya. Setelah dipertimbangkan semua aspek, Faiz nekad dengan keputusan yang bakal diambilnya.
‘Insya Allah, ini yang terbaik.’ Bisik hatinya.
“Ma, Pa, Iz ada something nak bincang dengan mama and papa.”
“ apa yang kamu nak bincangkan ni Faiz? Sound serious je?”
“Faiz dah fikir sedalam-sedalamnya, dan Faiz harap mama and papa dapat terima apa yang Faiz nak sampaikan ni.”
“hah, cakap jelah.”
“Iz nak minta mama and papa pinangkan Aisyah, Nur Aisyah untuk Iz.”
“what? Are out of your mind? Faiz you’re 19. You’re too young to get married.” Bebel Syarifah Marziah pada anak terunanya.
“but ma, you know right that she has nobody else now. I couldn’t leave her alone, Ma.”
“but thats not mean you have to marry her.”
“then, tell me how I would take care of her without any relation ?”
“no matter what, mama takkan benarkan Iz kahwin dengan Aisyah.” Faiz tidak langsung membalas ucapan seraya dia berlalu keluar dari ruangan istirehat di rumah agam itu.
*********************************************************
“ibu, ayah ,abang, kenapa tinggalkan Aisyah? Mana Aisyah nak pergi? Dengan siapa Aisyah nak mengadu? Aisyah nak ikut ibu. Aisyah dah takde masa depan.” Luah Nur Aisyah dikuburan keluarganya.
“aku ada. Aisyah, aku ada benda penting nak bincang dengan kau.” Itulah kali pertama Faiz seserius ini apabila berhadapan dengan Aisyah. Selama ini, Aisyah hanya mengenali lelaki itu sebagai seorang yang kuat menyakat, poyo, perasan tapi baik hati. Namun sekarang apa yang dilihatnya adalah dari sudut yang berbeza bagi lelaki yang bernama Syed Khairul Faiz.
“Aisyah, ada sesuatu yang aku simpan selama ni. Suatu janji antara aku dengan abang kau. Janji yang tak mungkin aku abaikan.”
“janji apa?”
“janji aku untuk jaga kau bila dia takde.”
“hah?”
“aku sendiri tak tahu, tapi itu permintaan terakhir dia dari aku. Dan, harini aku jumpa kau untuk aku tunaikan permintaan arwah. Aku nak kau jadi isteri aku.”
“Faiz, aku faham niat kau tapi tak perlu korbankan masa depan kau untuk aku. Aku boleh cari jalan hidup sendiri dari susahkan kau.”
“Aisyah, susah hidup aku bila kau susah. Masa depan aku akan hancur kalau masa depan kau hancur. Susah aku, sakit aku atau apa-apa pun biar aku yang tanggung asalkan kau sanggup jadi isteri aku.” Tanpa dapat ditahan, mutiara jernih mengalir melalui lekuk pipi Aisyah.
“Faiz, kita masih muda, hidup kita masih jauh. Kau baru 19 and aku baru 18 tahun. Macam mana study kau?”
“kan aku dah cakap itu semua aku akan uruskan. Aisyah, kau mahu kan jadi isteri aku yang sah?”
Maka termeterailah ikatan suci antara Aisyah dan Faiz.
************************************************************
“what? Korang dah kahwin? Apa ni Faiz? Tell me?” naik seoktaf suara Syarifah Marziah.
“ I’m sorry Ma, but that’s my promise towards Adam. And I can’t leave Aisyah just like that. Iz sayangkan Aisyah.” Jemari Aisyah digenggamnya erat bagi meminta sedikit kekuatan bagi menghadapi Mamanya.
“Iz ceraikan dan tinggalkan dia or you better leave. I give you choices. Kalau Iz pilih dia bermakna Iz akan hilang Mama.” Kata-kata Syarifah Marziah membuatkan jantung Aisyah berhenti berdegup.
“kalau itu yang Puan Sri mahukan, baiklah, saya akan undur diri.” Kata Aisyah seraya menarik jemarinya dari genggaman suaminya.
“Aisyah, kau ikut aku.” Kata Faiz sambil menahan getaran yang sedang berdetak laju di dadanya.
“Faiz, cukup aku je yang takde ibu, aku taknak kau jugak hilang mama kau. Izinkan aku pergi.” Ucap Aisyah bersama air mata yang sedia menemaninya.
“nope, Aisyah kau isteri aku. Kau kena ikut cakap aku. Mama, halalkan makan minum Iz selama ni. Iz terpaksa pergi sebab Iz tak sanggup tinggalkan Aisyah. She needs me,Ma.  Suatu hari nanti Iz akan balik ke Villa ni, Ma. Balik dengan kejayaan. Itu janji Iz.” Jelas Faiz lalu mengucup tangan dan dahi mamanya.
************************************************************
“Aisyah, come. Ni je aku mampu sediakan untuk kita.” Kata Faiz sambil merangkul isterinya kedalam pelukan. Dan, tiba-tiba Aisyah menangis.
“hey, why are you crying? Kau tak suka ka? Aku.. aku.. Cuma mampu ni ja tapi aku janji aku ubah hidup kita. Aku akan kerja dan aku akan tunaikan…” belum sempat Faiz menghabiskan ayatnya sudah ditahan oleh Aisyah.
“syupp, Iz bukan sebab tu. Kau sanggup hilang semuanya sebab aku? Kau sanggup hilang elaun, kereta kesayangan kau Cuma untuk aku?” kata Aisyah hanya dibalas dengan anggukan Faiz.
“kau tak menyesal?”
“Aisyah, selama kau isteri aku, aku takkan pernah menyesal tinggalkan semua tu. Aku Cuma minta kau jadi isteri aku saja.” Aisyah hanya mengangguk. Faiz mengesat air mata dipipi isterinya dan kembali menarik tubuh kecil itu kedalam dakapannya.
************************************************************
Kini, sudah dua minggu mereka menetap di rumah flat dipinggir kota Melaka. Kehidupan mereka kini mulai disimbahi sinar kebahagiaan. Bahagia walaupun tanpa wang yang melimpah. Aisyah sudah mulai melupai kesedihannya. Dia redha jika takdir menyatakan dia kehilangan keluarganya. Dan sudah semestinya ada hikmah disebalik semuanya. Kini, dia dikurniakan seorang lelaki merangkap kawan baik arwah abangnya sebagai suami yang menceriakan hari-harinya. Faiz masih menuntut di Universiti di Melaka dan melakukan kerja sambilan bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.
“Assalamualaikum, Aisyah.”
“waalaikumsalam. Dah balik pun, nak air tak?”
“boleh jugak, haus ni.” Usai meletakkan air untuk suaminya, Aisyah memicit bahu Faiz yang kelihatan agak penat. Aisyah merasakan dirinya agak pusing namun sudah tugasnya bagi melayan Faiz. Faiz kini sungguh berbeza, dia lebih matang dalam mengatur arah perkahwinan mereka meskipun dalam usia yang muda.
“baiknya kau. Ada apa-apa ke ni?”
“kenapa? Aku tak boleh buat baik dengan kau? Ke kau dah bosan dengan aku?”
“haha, touching la pulak dia. Aku gurau jelah tapi seriously aku rasa ada sesuatu yang kau nak bagitahu aku, kan?”
“aku memang tak boleh simpan rahsia kan? Okay lah, sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar.”
“wah, congrats! I’m proud of you!” seraya itu satu kucupan hinggap didahi isterinya.
“tapi aku rasa macam nak tolak je tawaran tu. Banyak duit lah nak pakai kalau aku further study. Cukup kau sudahlah belajar. Aku boleh kerja, tolong kau. Aku boleh..” Kata-kata itu mematikan senyuman yang terukir dibibir manis Faiz.
“Aisyah, stop.”pekik Faiz menyentakkan Aisyah. Belum pernah Faiz semarah itu.
“aku taknak dengar lagi semua tu keluar dari mulut kau. No matter what, kau kena study jugak, biarpun aku kena berjaga siang malam kerja untuk biayai pembelajaran kau, aku sanggup.”
“tapi Faiz, cukuplah aku dah susahkan kau.”
“Aisyah, dengar sini.. benda ni untuk masa depan kau. What if one day aku dah takda? Benda ni akan bantu kau untuk survive.” Tanpa Faiz sedar, kata-katanya telah mengguris perasaan Aisyah. Aisyah berlari ke ruang tamu sambil menangis.
“kau memang tak sayang aku, Faiz ! kau memang tak sayang aku ! ” Aisyah berkata saat Faiz memeluk tubuhnya dari belakang.
“Aisyah, aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku dan jangan pernah persoalkan itu. I’m sorry okay? Maafkan aku,please?” pinta Faiz sambil memusingkan tubuh isterinya. Air mata yang mengalir dipipi Aisyah diseka lembut. Kedua pipi Aisyah dikucup mesra.
“Astagfirullahalazim… apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Siang hari pon buat maksiat…” Faiz yang mendengar suara lantas memalingkan wajah bagi mencari arah suara tersebut. Matanya menangkap wajah beberapa lelaki asing yang memakai kopiah dipintu rumah yang sedari tadi terbuka.
“encik semua ni siapa ye?” soal Faiz saskartik. Rasa marah dan geram kerana dituduh sebegitu.
“kami JAIS, kami dapat aduan bahawa..” belum sempat salah seorang lelaki berkopiah itu menghabiskan ayatnya, Aisyah sudah berlari ke dapur. Dia memuntahkan kembali makanan yang dimakannya pagi tadi. Masuk yang ini, sudah 2 kali dia muntah. Terasa ada tangan kekar yang mengosok belakang tubuhnya.
“are you okay, Aisyah? Nak pergi klinik tak?”
“nope, it so okay.” Kata Aisyah sambil memaksa dirinya untuk tersenyum dihadapan Faiz. Terlupa sebentar akan tetamu yang tidak diundang mereka.
“ehh, mana orang-orang tadi?”
“aah, lupa pulak, jom ke depan!” Faiz memimpin Aisyah yang dilihatnya lemah yang jelas kelihatan melalui senyuman hambar tadi.
“mengandung ke?” soal salah seorang dari lelaki berkopiah itu sambil tersenyum sinis. Faiz tidak langsung menjawab pertanyaan itu. Dia menolong Aisyah untuk duduk di kerusi.
“mengandung ke tak itu urusan kami. Ada apa encik semua ni ke mari? Rasanya saya takda buat apa-apa salah kat kawasan ni.” Tanya Faiz panjang lebar.
“kami terima aduan bahwa encik berdua ni berduaan dalam rumah ni tanpa ikatan yang sah.”jawab lelaki yang memakai tag nama Zaidi.
“ye, memang kami berduaan dalam rumah ni tapi tak salah rasanya sebab kami ni suami isteri.” Faiz menjelaskan hal yang sebenar kepada mereka.
***********************************************************
“kau okay tak ni? Dari siang tadi asyik muntah je, nak kata pregnant tak mungkinlah.”
“aku okay, memang selalu macam ni kalau period.” Aisyah menjelaskannya kepada suaminya.
“Aisyah, pasal petang tadi aku betul-betul minta maaf. Dan aku minta sangat kau jangan ungkit lagi pasal nak kerja ke apa. Aku masih mampu lagi nak tanggung kau. Okay?”
“Iz, aku pon nak minta maaf jugak. Aku tak sepatutnya buat macam tu.”
“so, bila daftar?”
“dua minggu lagi.”
“hmm, sempatlah aku nak kumpul duit. Hujung minggu ni kita beli barang.”
“Iz, tak payah melebih-lebih sangat. Kita beli apa yang patut je lah.”
“ye lah.”
************************************************************
“assalamualaikum prof, ada apa nak jumpa saya?” soal Faiz setelah menapak masuk ke bilik Professor Maidah.
“waalaikumsalam, Faiz. Sila duduk. Saya ada hal penting nak tanya kamu. Kamu merupakan antara pelajar saya yang cemerlang semester lepas. Tapi semester ni saja kamu dah 3 kali tak datang kelas yang saya adakan. Any explanation?” soal Prof Maidah.
“I’m sorry prof. tapi those class yang saya tak hadir tu class yang prof tukar date.”
“so whats the problem? Kalau saya tukar date bermaksud kamu memang takkan hadir ke Faiz?”
“nope, bukan macam tu maksud saya prof. saya ada mulut yang saya kena tanggung. Saya kerja part time prof.”
“maksudnya?”
“isteri. Saya ada isteri kat rumah yang saya kena tanggung. Lagi-lagi keadaan sekarang. Saya perlukan duit yang banyak.” Penjelasan Faiz nyata memeranjatkan Professor Maidah.
“kenapa? Isteri kamu mengandung ke Faiz?” serkap jarang Prof Maidah.
“takde lah Prof, isteri saya tu nak further study. So, banyak lah kan duit nak guna.”
“ ohh, parent korang?” soalan itu hanya dibalas dengan gelengan dari Faiz.
“btw, isteri kamu further study dekat mana?”
“sini prof.”
“ohh, next week daftar lah kan? Nanti bawa jumpa saya. Saya teringin nak jumpa gadis yang bertuah dapat kamu ni.”
“yup, insya Allah.”
************************************************************
“Iz, bawalah aku pusing-pusing kampus ni. Nanti takdelah aku sesat.”
“eleh, ngadanyer kau. Cubit pipi tu karang.” Ucap Faiz sambil memicit hidung isterinya.
“bukan dengan orang lain, dengan kau aje. Ke kau nak aku ngada-ngada dengan orang lain?” duga Aisyah.
“kau jangan Aisyah,”
“Faiz!! Kau buat apa dekat sini? Siapa ni?”
“aku daftarkan budak cengeng ni. Aisyah kenalkan Haziq. Haziq Aisyah.”
“let me guess, Aisyah adik Faiz right?”
“ehhh, aku kena jumpa Prof Maidah dulu. Nanti-nanti lah ye Haziq. Aisyah jom.” Faiz menarik tangan Aisyah untuk beriringan dengannya. Tangan Aisyah digenggam erat bagi menahan rasa cemburu dihatinya. Dia faham akan renungan Haziq kepada isterinya tadi.
************************************************************
Sudah dua bulan Aisyah bergelar mahasiswa dan dua bulan jugalah Faiz bekerja di syarikat milik suami Prof Maidah. Gaji yang ditawarkan juga berbaloi dari gajinya bekerja di syarikat percetakan. Hubungan antara Haziq dan Aisyah juga agak rapat. Haziq tidak putus-putus mencuba memikat Aisyah. Hanya Aisyah yang tidak menghiraukannya.
“Aisyah, kau memang sukakan Haziq tu ke? Aku tengok lain macam je dia dengan kau? Mana ada kau situlah ada dia.” Tanya Faiz kasar. Tahap kesabarannya selama ini telah sampai ke kemuncak.
Dia akui rasa tanggungjawabnya terhadap Aisyah telah berubah menjadi rasa cinta yang mendalam sehingga tak mampu diluahkan lagi. Yang dia tahu dia perlukan Aisyah disisinya selamanya.
“apa ni  Iz? Aku tak ada apa-apa dengan Haziq lah. Kau kenapa ni?”
“kalau takda apa-apa kenapa kat mana korang selalu berdua? Kenapa dia pandang kau semacam je?”
“aku tak tahu.”
“Aisyah, kau isteri aku. Aku taknak kau ada apa-apa hubungan dengan Haziq atau mana-mana lelaki sekalipun, faham!”
“Iz, aku sedar aku ni isteri kau. Aku takkan curang dengan kau. Aku sayangkan kau sebab kau suami aku. Cuma kau je yang tak sayangkan aku. Kau tak pernah anggap aku isteri kau. Kau tak pernah sentuh aku!” Aisyah menangis. Faiz yang terkelu mendengar kata-kata Aisyah lantas memeluk Aisyah.
“ Aisyah,aku pernah cakapkan dengan kau, jangan pernah pertikaikan sayang aku pada kau. Kau isteri aku dunia akhirat. Aku tak sentuh kau sebab aku ingat kau tak sedia lagi dan aku taknak paksa kau untuk terima aku.”
Dan malam itu menjadi milik mereka. Itulah kali pertama Faiz menyentuh Aisyah dalam erti kata yang sebenar.
************************************************************
“Iz, kenapa lambat? Tahu tak aku tunggu kau dah lama kat sini.” Marah Aisyah pada suaminya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia sering marah-marah sejak kebelakangan ini. Padahal Faiz baru lambat 10 minit.
“ lambat 10 minit je dah nak marah? Kenapa ni? Jangan manja sangat boleh tak?”
“kenapa? Tak boleh ke nak bermanja dengan kau? Kau tak sayangkan aku ye?” Aisyah menunduk wajahnya dan berpura-pura bermain dengan jarinya. Faiz mendekatinya dan mengambil tempat disebelahnya dikerusi batu di taman herba kampus. Jemari Aisyah digenggamnya dan dia memanggungkan kepala Aisyah.
“kenapa menangis ni? Okaylah, aku minta maaf. Aku janji aku tak lewat lagi. Please!!!” ucap Faiz sambil membuat memek muka comel.
“hmm, nak buah jambu? Belikan pleasee?” giliran Aisyah pula membuat puppy face.
“balik nantilah, beli dekat flat. Ada jual kat bawah tu.”
“taknak. Nak yang dekat kafe jugakk. Please??”
“yelah, tunggu sini kejap.”
“ehh,Faiz pergi mana tu?”
“ pergi kafe kejap.”
“macam kampus ni? Best tak?”
“dah 4 bulan lebih saya belajar kat sini. Mestilah best.”
“Aisyah, Ziq ada benda nak bagitahu. Ziq sebenarnya sukakan Aisyah. Ziq harap Aisyah terima Ziq.”
“Haziq, saya minta maaf. Saya sukakan awak. Awak baik sangat. Sayangnya saya milik orang lain.”
“it so okay, asalkan Aisyah sudi jadi kawan Ziq.”
“awak memang kawan saya. Kawan forever! Haha”
“btw, you look chubby lah these  days.” Tegur Haziq.
“hah? Yeke?”
“apa yang korang sembang tu? Kutuk aku ke apa?”
“Iz,aku nampak gemuk ke?”
“sebenarnya dah lama aku perhatikan kau ni. Agaklah, badan kau berisi sikit.”
“no!!!”
“no apanya, dah kau tengah malam pon makan lagi mana tak gemuknya.”
“sampai tengah malam pon makan lagi Aisyah ni? Dasyat gila. Kau makan jambu ke Iz?” sampuk Haziq.
“tak lah. Aku belikan untuk budak ni lahh…”
************************************************************
“Aisyah, siapkan apa yang patut kejap lagi Haziq datang.”
“buat apa? Orang nak tidur lahh”
“Aisyah, whats wrong with you? Asyik tido je.”
“orang penat lah. Letih tahu tak.”
“Aisyah, sini jap. Duduk sini.” Faiz menarik tangan Aisyah untuk duduk disampingnya.
“Are you pregnant? Lately kau suka makan, malas and tido jer.” Aisyah menundukkan muka dengan wajah yang mendung.
“Aisyah.. answer me please?”
“hmm, dah dua bulan.” Ucap Aisyah seraya memanggungkan mukanya. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya.
“really? Are you serious?”
“yah” Aisyah meyakinkan Faiz dengan menggoncangkan tangan suaminya.
“Allah, thanks Aisyah sebab sudi mengandungkan anak aku. Thank you so much.” Faiz mendekatkan wajahnya dengan wajah Aisyah. Suatu kucupan mesra hinggap dibibir mungil Aisyah menandakan perasaannya yang sangat bahagia dengan kehadiran anaknya. Lama kucupan itu berlabuh disitu tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang memerhati tingkah mereka dibalik tingkap yang terbuka. Tanpa dapat ditahan dia merempuh masuk ke rumah mereka.
“Faiz, jahanam kau! dia adik kau! kau tau tak sumbang mahram, Faiz.”
“Ziq, aku boleh explain. Aku sebenarnya…”
“cukup Faiz, apa yang aku nampak dah cukup buktikan apa yang aku rasa selama ni. Aisyah, ni lah orang yang miliki awak tu? Abang awak sendiri?”
“dia bukan adik aku.”
“what? Habis dia perempuan simpanan kau? sudahlah, Aisyah thanks again atas hadiah tak ternilai ni.”
************************************************************
Sudah seminggu Haziq mengelakkan diri daripada bertembung dengan Aisyah mahupun Faiz.
“Ziq, please dengar dulu apa Aisyah nak explain. Ziq kawan baik Aisyah kan?” pancing Aisyah.
“explain apa lagi Aisyah. Ziq terima kalau cinta Aisyah bukan pada Ziq, tapi Ziq tak terima kalau Aisyah cintakan Faiz. Dia abang awak. Btw, you’re pregnant right? Anak jantan tu?”
“Ziq, Aisyah memang pregnant anak Iz tapi ni anak yang sah. Aisyah isteri dia. Dia bukan abang Aisyah,kami dah 6 bulan kahwin.”
“what nonsense you’re talking Aisyah. Ziq tak faham.”
“kalau Ziq nak faham Ziq ikut Aisyah pergi Shah Alam.” Putus Aisyah.
Aisyah membawa Haziq ke kubur keluarganya. Aisyah telah menceritakan segala-galanya kepada Haziq. Haziq akur dengan ketentuan takdir Ilahi. Hubungan Haziq, Faiz dan Aisyah kembali erat.
************************************************************
Kini sudah 3 tahun berlalu, Faiz telah Berjaya memegang segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Sekarang dia telah berkhidmat di syarikat yang telah banyak membantu dia suami isteri iaitu syarikat milik suami Prof Maidah. Namun, ada sesuatu yang masih belum terungkai. Aisyah tahu Faiz amat merindui mamanya namun rasa itu cuba disembunyikan Faiz.
“Assalamualaikum.. Aisyah Fairus mana?”
“waalaikumsalam, abang balik je terus tanya Fairus. Aisyah tak tanya pon.”
“lah, dengan anak pon nak cemburu.”
“haha, takde lah.. Fairus ada kat atas tengah main. Pergi lah naik.” Sebelum berlalu sempat Faiz melabuhkan ciuman di dahi isterinya.
“Fairus, anak baba… sini sayang..mana…” Faiz tidak jadi meneruskan panggilannya setelah terpandang raut wajah insan yang amat dirinduinya.
“Ma!!”
“Iz, mama nak minta maaf dengan kamu. Mama takda niat nak halau kamu dengan Aisyah dulu. Mama Cuma nak kamu Berjaya dan bahagia. Maafkan mama.”
“ma, tak perlu minta maaf. Mama tak pernah salah dengan Iz, Iz tahu mama buat semua tu for the sake of me. Iz rindukan mama.” Akhirnya Faiz lemas dalam pelukan mamanya. Kasih sayang yang dia rindui sekian lama.
“mama, cucu mama… Syed Adam Fairus Syed Khairul Faiz.”
“haha, mama dah main dengan cucu mama ni dari pagi tadi lagi. Mama dah jadi maktok. Dah tua lahh.”
“mama tak tua lahh, tapi awet muda.” Sampuk Aisyah .
“Aisyah sini sayang, terima kasih sangat sebab bahagiakan anak kesayangan mama ni, dan hadiahkan cucu yang comel sangat.”
“ni bukan anak Aisyah ma, anak abang sorang je. Abang asyik dengan Fairus je. Takda masa untuk Aisyah dah sekarang ni.” Usik Aisyah.
“ abang memang takda masa untuk Aisyah, tapi lekat jugak yang dekat perut tu. Dah berapa bulan ?” pantas Aisyah melekapkan tangannya keperut. Faiz memang tak pernah salah dalam menebak bentuk tubuhnya.
“betul ni Aisyah?” soal Syarifah Maziah meminta kepastian.
“hmm, dah 3 bulan Ma.”
“Alhamdulillah.”
Faiz memang tak pernah memanjakan dirinya. Apatah lagi bersikap romantik terhadapnya. Namun itulah suami yang sangat dicintainya.

Inilah bayaran cinta yang terindah buat diri Nur Aisyah. Menjadi seorang pelajar dan ibu dalam usia yang muda adalah bayaran bagi sebuah kebahgiaan yang Aisyah kecapi. Kebahagiaan bersama Syed Khairul Faiz.

*__THE END__*

No comments:

Post a Comment