Disaat Auni Suryani
hampir rebah muncul Tengku Aizrill Hazim yang sudi membantu. Keterlanjuran Tengku Aizrill Hazim pada Auni
Suryani membuatkan gadis itu menaruh harapan yang tinggi padanya. Kerana satu tanggungjawab mereka bersatu. Demi
Aqeed mereka rela dicemuh oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri. Bertahun
bersama di negara orang membuatkan Tengku Aizrill Hazim lupa pada tunangnya,
Zalikha.
“I janji I takkan
tinggalkan you dengan Aqeed walau apa pun yang terjadi. I promise!” janji
Aizrill.
“ Anak luar nikah? Aku
hantar kau belajar di luar negara supaya dapat bantu aku bukan malukan aku!
Mulai hari ini kau bukan lagi anak aku, Auni!!!” jerkah Encik Kamarul.
“Sampai hati you buat I
macam ni Aizrill. I percayakan you tapi ini yang I dapat. Apa kurang I
dibandingkan dengan perempuan tu?” soal Zalikha dengan wajah yang marah.
“Sayang, kita
tinggalkan semua ini. Kita bina hidup baru di tempat yang baru.” Pujuk Aizrill
Hazim.
“Auni sayang… maafkan I
please. Bagi I peluang sekali lagi. I
nak tebus kesalahan I pada you dan anak I.” rayu Tengku Farhan.
Tengku Aizrill Hazim
dalam dilemma antara janjinya pada keluarga atau janjinya pada Auni Suryani.
Mampukah Tengku Aizrill Hazim menafikan rasa cinta yang mulai bercambah buat Auni Suryani setelah Tengku Farhan
muncul kembali? Siapakah sebenarnya Tengku Farhan dalam hidup Auni Suryani
sehingga gadis itu sangat membencinya? Dan siapa pula Dania Elmira pada Auni
Suryani? Apakah status sebenar Aqeed ?
No comments:
Post a Comment