PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

CERPEN : 11 PRECIOUS DEE





Cerpen Precious Dee . Nah, ni cervel khas untuk kawan baik aku yang banyak menghuru-harakan  hari-hari aku, Nadia Syahirah bt Kassim. Disebabkan dia selalu minta nama dia muncul sebagai salah satu heroin ciptaan aku, sekarang aku wujudkan Precious Dee untuk hang! Lepas ni jangan demand yang lain pulak nah. much love for you, Dee..

“Lama lagi ke kau nak siap ni? Aku dah penat nak tunggu kau kat luar ni.” Ujar Syafiq geram. Hampir sejam dia menunggu gadis itu dalam kereta.
“Ye, sabar kejap boleh tak? Bukan selalu pon aku lambat. Harini je terbabas. Tak menyabar-nyabar..” balas Nadia sambil menyarungkan sneakers kegemarannya. Dia bukan seperti gadis-gadis lain yang gemar memakai high heels. Rimas katanya.
“Tak sabar apa kebendanya?! Dah sejam aku mereput dekat gate rumah kau ni. Janji pukul 10 pagi ni dah pukul 11. Janji Hang Tuah betul la kau ni!!” bebel Syafiq dibalas dengan jelingan tajam dari Nadia.
“Kau diam!! Bising tau tak?! Membebel macam mak aku kat kampong ja. Aku rasa baik kau tukar bin tu. Bin mak aku. Senang, sebab sesuai sangat kau ni jadi anak mak aku. Bebel 24 jam. Kau nak keluar tak ni?! Kalau tak aku masuk rumah balik.” Putus Nadia.
“Cepatlah masuk. Kalau habis barang yang aku nak beli tu siap kau!” ugut Syafiq setelah Nadia masuk ke dalam kereta. Perlahan kereta dipandu diatas jalan raya cermat.
“Apahal pulak aku? Ni kira baik aku temankan kau. Apsal tak ajak buah hati kesayangan kau, Nisya tu?” balas Nadia. Pertengkaran sering berlaku apabila mereka bersua namun itulah yang menjadikan mereka seakrab ini. Best Fried Forever! Ehh, fried pulak, friend la!
“Kau tahu kan dia macam mana? Pernah ke dia teman aku pergi kedai bola? Itu tak kena, ini tak kena. Panas la bie, ramai orang la bie… baik aku bawak kau. senang…” terang Syafiq.
“Hemmm, normal la perempuan. Memang alergik dengan kedai bola semua ni. kau kena la faham.”
“Ehh, kau bukan perempuan ke?! Aku rasa kau okey je masuk kedai tu semua dengan aku. Ke kau ni lelaki?!” usik Syafiq.
“Kau pernah makan kaki tak? Teringin?!” kata Nadia geram dengan tingkah Syafiq yang sering mengusiknya.
Syafiq hanya tersenyum sambil terus menumpukan perhatiannya ke hadapan. Hampir 15 minit kemudian mereka sampai ke pusat membeli-belah itu. Nadia membontoti langkah jejaka itu dari satu kedai ke satu kedai. Hampir kesemua kedai bola dipusat membeli-belah itu dikunjunginya. Sehinggakan Nadia sendiri telah menghafal jenama-jenama yang menjadi tilikan lelaki itu. Sebut sahaja pasti dia tahu. Adidas, Nike dan macam-macam lagi.
“Okay, aku dah dapat semua yang aku nak beli hari ni.” kata Syafiq senang. Nadia mendengus.
“Oh really?! Cepatnya…aku ingat lepas Isya’ baru nak habis shopping.” Perli Nadia sambil tersenyum sinis. Lenguh kakinya menemani lelaki itu hampir 3 jam tanpa henti. Haus tekak dibuatnya.
“Sorry lah Dee… baru 3 jam je. Kau lapar tak ni?! aku belanja kau makan.” Soal Syafiq.
“Laparlah… nasib kau nak belanja, kalau tak aku rasa aku nak ubah menu aku harini.”
“Ubah menu?! Kau nak makan apa?!” soal Syafiq bingung. ‘Nak makan apa pulak minah ni?!’ bisik hati Syafiq.
“Kau tanya aku nak makan apa?! Aku ingat aku nak makan kau ja. Biar senang hidup aku, takde gangguan gorilla macam kau.” kata Nadia. Ketawa meletus dibibirnya. Seronok mengena kawan baiknya.
“Kuang hajo kau kan?! Disebabkan kau kawan paling aku sayang, aku belanja la kau. pilih je nak makan apa? Kat mana? Abang belanja.” Ucap Syafiq sambil menepuk dadanya.
“Abang lah sangat kan? Dah cepat, aku nak makan ni.” Nadia menarik-narik lengan baju lelaki itu. Matanya terarah ke food courts sambil membayangkan lasagna kegemarannya.
“Sabar kejap boleh tak? Sekarang dah pukul 2 petang, kita pergi solat dulu. Lepas tu baru fikir nak makan lasagna kau tu. Itu jelah kau nampak sekarang kan? Tak habis-habis lasagna tu.” Syafiq mencebik. Kaki diatur menuju ke musolla berdekatan dengan food courts. Nadia yang tertinggal di belakang pantas mengejar langkah lelaki yang lebih tinggi darinya itu.
“Weyy, makan dulu tak boleh ke? Perut aku dah lapar sangat ni. Please…” pujuk Nadia.
“Nope, solat dulu. Mana lebih penting? Solat ke makan? Macam mana kalau tengah makan, tiba-tiba kau mati? Dan tak sempat solat?” soal Syafiq. Dia memang menitikberatkan soal solat.
“ Baik lah ustaz Syafiq. Stop dengan syarahan kau tu. Nanti lambat pulak solat.” Putus Nadia. Dia memang terpaksa mengalah dengan Syafiq bila soal agama dipersoalkan. Lelaki itu lebih arif tentang agama berbanding dirinya. Yang peliknya, agama hebat sangat, tapi ada makwe?! Macam mana tu! Haish, minta-mintalah dia dapat lelaki yang suci lagi murni. Bukan yang ada makwe macam Syafiq tu. Ehh, kalau ada makwe tak suci lagi ke?! Hehe…
“Lepas ni nak pergi mana, Dee?! Balik terus ke?” soal Syafiq setelah habis menikmati makanan. Nadia diperhatinya. Perempuan ni kalau makan memang tak ingat orang lain. Selamba badak je dia makan. Tak peduli tudung nya yang senget.
“Ntah, aku ikut kau je. Lagipun esok class aku petang.” Balas Nadia dengan mulut penuh dengan lasagna. Haish, kalau bakal mak mertua tengok, konfem dia kena reject.
“ Kau boleh tak telan dulu makanan yang ada dalam mulut tu?! Teruk sangat aku tengok. Hemm, apa kata kita pergi tengok wayang?! Rasanya sekarang ni ada movie best. Amacam?!”
“Lantaklah, apa aku peduli?! Aku okay je, janji kau belanja.” Ujar Nadia sambil tersengih-sengih.
“Makan cepat sikit, lepas tu kita gerak. Btw, sebelum nak tengok movie ke apa, pastikan kau pergi toilet dulu.” Pesan Syafiq.
“Buat apa toilet?”
“Buat apa? Takkan nak masak nasi. Tu betulkan tudung kau yang serabai habis tu. Menyampah aku tengok kau pakai tudung ni. Lain kali pakai shawl je. Takde lah serabai macam ni.” sambung Syafiq.
“Kuang hajo kau!”
“Dee, best kan movie tadi?! Seram gila doe…” soal Syafiq setelah memberhentikan keretanya dihadapan rumah Nadia.
“Best ke?! Aku tak tengok pon…” balas Nadia.
“Kau tidur ke? Buang duit aku je kau ni! Baik tak payah belanja kau.” bebel Syafiq.
“Suka hati aku lah. Dah, aku nak masuk rumah. Nak sambung tidur. Hehe…” balas Nadia sambil tersengih.
“Dee…class petang esok kau pergi dengan siapa?” soal Syafiq setelah membuka tingkap keretanya. Nadia yang sudah membuka pintu rumah menoleh kembali pada Syafiq. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu pergi dengan siapa. Dia tidak mempunyai kenderaan seperti Syafiq. Housemate dia pulak awal-awal pagi esok dah chau pergi class.
“Aku ambil kau petang esok.” Putus Syafiq. Tingkap kereta ditutup sebelum dia meneruskan pemanduannya.
“Assalamualaikum, kawan-kawan.” Sapa Nadia apabila melihat Kyra dan Diane sedang menonton televisyen. Mereka hanya tersengih padanya sebelum kembali mengalihkan perhatian pada televisyen. Nadia duduk disisi mereka.
“Waalaikumsalam. Puas seharian dating dengan Syafiq, Dee?!” soal Kyra.
“Mana ada dating. Aku temankan dia pergi kedai bola ja.” Bidas Nadia.
“Hemm… yelah tu. Kedai bola sangat.” Jawab Kyra dan Diane serentak.
***********
“Fiq, kau asal mana hah?! Kenapa kau tak pernah cerita pasal family kau pon ?”
“Bie.. you pergi mana kemarin?! I call you tak angkat pon.” Soal Nisya pada buah hati kesayangannya. Puas dia mencari Syafiq dikampus, alih-alih lelaki itu ada di kafe.
“I pergi cari barang dengan Dee… sorry phone I habis bateri semalam.” Nisya mencemberutkan wajahnya apabila nama Nadia meniti dibibir lelaki itu.
“Apsal masam je muka ni?! cuba senyum sikit. I janji lepas ni I tak buat lagi, okay?!”
“Hemm… you selalu macam ni. sikit-sikit Dee…”
“You cemburu ke sayang?! Dengan Dee je pon. You ingat I cinta you sorang je sayang. Dee tu kan best friend I. I dah anggap dia macam adik I.”
“Hemm…okay. But janji! Kalau you buat macam ni lagi, I akan bagitahu Dee siapa you sebenarnya.”
“Sayang please… jangan bagitahu Dee. I taknak persahabatan kitorang hancur. Jom, I bawak you shopping, okay?!” Nisya kembali tersenyum mendengar pelawaan lelaki itu. Dia berjalan laju meninggalkan lelaki itu menuju ke kereta lelaki itu. Syafiq pantas menghantar pesanan ringkas kepada Nadia.
Dee, sorry. Aku kena temankan Nisya pergi beli barang. Kau pergi sendiri kay.
“Bie… baju ni cantik tak?” soal Nisya sambil memerhatikan pakaian-pakaian didalam butik mewah itu. Ditangan Syafiq penuh dengan beg-beg shopping.
“You pakai apa pon cantik sayang. Sebab you je ada di hati I, even masa tu you dah tua kerepot.” Balas Syafiq.
“Ohh really sayang?! Ni yang buat I makin sayang you, Bie…” Syafiq hanya tersenyum. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Pelik apabila nombor Kyra,housemate Nadia yang tertera. Tidak pernah gadis itu menghubunginya. Sesuatu terjadi pada Nadia ke?
“Sayang, you pilih dulu. I jawab call kejap.” Kata Syafiq sebelum berlalu keluar dari butik itu.
“ Hello,Kyra. Ada apa you call I ni?!”
“Hello Syafiq. Dee ada dengan awak tak sekarang ni?!”
“Dee? Takde lah. Dia tak balik lagi ke? Class dia habis pukul 5 tadi kan?” soal Syafiq. Jam tangan dipandang sekilas. Sudah hampir jam 7 malam, kenapa Nadia masih tidak pulang. Kemanakah gadis itu pergi?!
“Tak, dia tak balik lagi. Tak pernah-pernah dia balik lewat macam ni. awak boleh tolong carikan tak? Saya risau lah.”
“Okay, I cari dia sekarang.” Terus punat merah ditekan. Risau dengan keadaan Nadia sekarang.
“Sayang. Jom I hantar you balik.”
“Kenapa ni Bie?! Ada something happen ke?” soal Nisya pelik.
“I kena cari Dee. Dia tak balik lagi. Ni dah dekat senja dah.”
“Dee lagi? Diakan dah besar. Pandai lah dia balik sendiri.” Kata Nisya memberontak. Lagi-lagi nama gadis itu yang dibangkitkan lelaki itu.
“Sayang… you tahukan Dee tu best friend I. I risau something jadi kat dia macam mana? Jom I hantar you balik.”
“Tapi I tak puas shopping lagi la bie…” rengek Nisya.
“Okay, kalau macam tu you balik sendiri. Bye!” Syafiq terus berlalu pergi. Nisya merengus geram. Kau tunggu lah nasib kau perempuan!
“Kau kat sini rupanya. Kau buat apa kat sini, Dee?! Bahaya tau tak?”
“Ehh, bukan kau dengan Nisya ke? Apsal cari aku?!”
“Tadi Kyra call aku, cakap kau tak balik lagi. Kenapa? Kau ada masalah ke?” soal Syafiq. Dia perasan gadis itu sedang menangis sebelum dia menyapa gadis itu tadi.
“Cuba kau tengok masjid hujung sana tu. Cantik kan?” soal Nadia sambil jarinya menghala kearah masjid disebelah tasik itu. Memang sangat cantik!
“Hemm…cantik. Kenapa ni?!” soal Syafiq kembali.
“Dulu kan. Time sekolah, aku ada kawan tau. Aku selalu berangan dengan dia. Aku cakap aku nak beli rumah yang cantik kat tepi masjid macam ni. sebab malam-malam penat kerja aku boleh terus pergi masjid sebelum balik rumah. Ada suami yang ada janggut sejemput. And most important, aku ingat lagi, aku angan-angan nak letak nama anak aku, Baihaqi…” ucap Nadia. Air mata mengalir keluar dari kelopak matanya.
“Dee… is something happen to you?! let me know please?! Jangan simpan sorang-sorang macam ni…” soal Syafiq.
“Kawan…kawan aku dah meninggal. Dia kemalangan jalan raya semalam. Comma and just passed away tadi…” jawab Nadia sambil menangis.
“Dee… aku tahu kau kuat. Kalau kau sayang dia, kau doakan dia tenang dekat sana. Kau tahukan apa fadhilat doakan kawan tanpa dia tahu kan?! Bukan bersedih macam ni, okay?!” nasihat Syafiq.
“Fiq, thanks sebab sudi temankan aku…aku lupa yang kita ada Dia yang boleh kita minta…”
“No probs. Lagipon aku tak suka tengok kau sedih-sedih macam ni lagi okay?!” Nadia hanya tersenyum hambar.
“Aku hantar kau balik. Tak elok duduk sini lama-lama. Dah maghrib dah. Nanti apa pulak orang kata…”
*************
“You ni Dee kan?!” soal Nisya pada Nadia. Mereka memang saling mengenali masing-masing dari Syafiq namun tidak pernah bersua.
“Ye… awak siapa?! Ada apa cari saya?!” soal Nadia kembali. Siapa gadis jelita dihadapan dia!
“I Nisya, girl friend Syafiq. I ada hal nak bincang dengan you. tapi bukan dekat sini. I tunggu you kat luar.” Ujar Nisya sambil berlalu pergi. Nadia mengemas buku-buku diatas meja sebelum turut melangkah pergi.
“Ada apa awak nak jumpa saya?!”
“You kenal Tengku Syafiq kan?! I nak you jauhkan diri dari dia…” ujar Nisya.
“Ehh, kejap. Tengku Syafiq?! Awak salah orang kot. Saya tak kenal Tengku Syafiq.” Jawab Nadia mengundang tawa sinis dari bibir Nisya.
“Salah orang?! Semua orang tahu you kesana-kesini dengan dengan dia. You masih nak nafikan?! Ohh I know, typical perempuan kampong macam you ni memang berlambak kat luar. Pisau cukur… Fyi, orang macam ni tak layak jadi sebahagian dari family Tengku Syafiq. Anak jutawan Malaysia.” Sambung Nisya angkuh.
“Jutawan Malaysia?! Saya tak tahu pon…”
“Nonsense…I bukan apa, I taknak you jadi permainan Tengku Syafiq. Biasalah orang kaya , suka mainkan perempuan macam you ni…”
“Tak, Syafiq takkan buat saya macam ni…”
“Hemm, kalau dia sanggup tipu you pasal identity dia, tak mustahil dia sanggup mainkan you.” ujar Nisya sambil berlalu pergi.
“Syafiq…” Nadia terduduk.
Sudah berhari-hari dia menyepikan diri. Panggilan dan pesanan ringkas dari Syafiq lansung tidak dibalas.
“Dee, kau demam panas ni… jom aku bawak kau pergi klinik.” Ujar Diane risau.
“Kau kan ada class pagi ini… aku okay je.. kejap lagi aku makan ubat.” Balas Nadia tanpa membuka mata.
Diane mengalah dengan kedegilan Nadia. Dia juga ada class penting pagi ini. Sebelum berangat, dia sempat menghantar sms kepada Syafiq.
“Hello, Diane… aku okay. Kau jangan risau, kejap lagi aku makan ubat…” Nadia mengangkat panggilan tanpa melihat nama pemanggilnya.
“Dee… kau tak sihat ke?! Jom aku hantar kau pergi klinik.”
“Syafiq! Kenapa call aku?! Aku okay. Dah tak payah sibuk hal aku!” balas Nadia.
“Kau keluar sekarang kalau taknak aku masuk. Aku dah kat depan rumah kau ni.” Ugut Syafiq sedikit keras.
“Aku tak larat lah Syafiq. Kau balik lah. Tak payah peduli pasal aku.”
“Dee… dengar cakap aku sekali ni aje. aku hantar kau pergi klinik.” Ujar Syafiq sambil mengendurkan kembali suaranya.
“Aku tak larat nak bersiap…”
“Pakai je apa yang kau pakai sekarang. Tak payah bersiap.” Sambung Syafiq.
Syafiq memimpin Nadia masuk ke klinik Mega Waist. Setelah mendaftarkan nama Nadia, dia duduk disisi gadis itu.
“Dalam pantang ke?!” soal salah seorang lelaki disisi Syafiq. Lelaki dalam usia lingkungan 50an itu tersenyum pada Syafiq. Syafiq kalih perhatiannya pada Nadia. Baru dia perasan pakaian gadis itu. Nadia hanya memakai kain batik dan tshirt serta stoking. Tak hairanlah orang menyangka dia dalam pantang.
“Hemm.. ya pakcik.” Syafiq mengiakan telahan lelaki itu sambil tersenyum. Nadia sempat menyiku pinggang lelaki itu.
“Suka pakcik tengok budak-budak muda macam kamu ni. muda-muda dah kahwin. Elak maksiat. Tapi pakcik tak tengok pulak isteri kamu ni pakai cincin. Biasalahkan budak- budak sekarang, pakai cincin kahwin.”
“Ohh cincin. Isteri saya ni pelupa sikit pakcik. Jadi saya buatkan rantai untuk dia. Senang tak payah pakai buang..” Syafiq tersenyum lagi.
Setelah keluar dari klinik, Syafiq membawa Nadia ke tasik yang pernah mereka pergi dahulu.
“Dee… kau marah aku ke?!”
“Marah?! Kenapa pulak aku nak marah kau?! kau ada buat salah dengan aku ke?!” tanya Nadia sinis. Dia membuang pandang kearah tasik.
“Dee…aku minta maaf. Aku tahu aku tak sepatut tipu kau. aku Cuma taknak orang ambil kesempatan atas kekayaan family aku.”
“Aku ambil kesempatan atas kau ke selama ni?! hah?! Aku ni siapa?”
“Kau kawan baik aku. Aku tahu kau tak macam orang lain tapi…”
“Kawan baik?! Kawan baik yang tak tahu langsung pasal kawan dia?! Atau kau Cuma nak mainkan aku?! Cukuplah Fiq. Persahabatan kita sampai sini saja.”
“Dee… kau tak sayang aku ke? Persahabatan kita?! Kau tak sayang ke semua ni?!” soal Syafiq.
“Persahabatan?! Persahabatan yang wujud atas dasar penipuan kau panggil persahabatan?! Aku tak perlu persahabatan ni!” ucap Nadia sambil berlalu pergi.
**************
5 tahun berlalu…
“Waalaikumsalam mak. Ada apa mak?” Soal Nadia setelah mengangkat panggilan dari maknya.
“Ya sibuk ke? Mak ada benda penting nak bagitahu Ya ni.”
“Bagitahu apa mak? Ya tak sibuk sangat pon. Kejap lagi baru nak pergi jumpa clients.” Soal Nadia.
“Sebenarnya ada orang masuk meminang Ya. Mak nak tanya Ya dulu sama ada setuju ke tak.” Soalan dari mak Nadia membuatkan dia tergamam.
“Mak, mana yang baik mak baiklah untuk Ya. Ya terima je kalau mak terima…” jawab Nadia tenang.
“Baguslah kalau macam tu. Mak tengok pon budaknya baik.”
“Tapi Ya ada syarat.”
“Syarat apa pulak Ya ni?!” soal Mak Nadia kebingungan.
“Ya taknak tunang dan taknak kenal pon siapa dia sampai hari Ya kahwin nanti.” Balas Nadia lalu meletakkan panggilan.
Dia terkenangkan lelaki itu. Sudah 5 tahun dia tidak bertemu Syafiq setelah mereka bertengkar di tasik. Ada rindu yang bertandang dihatinya. Mesti lelaki itu sudah menikahi buah hatinya Nisya. Dia harap agar mereka bahagia.
Dengan sekali lafaz sahaja Nadia Edwina kini sah menjadi milik suami sepenuhnya. Secara automatik gelaran cik telah bertukar ganti dengan gelaran puan.
“Tahniah Dee! Tak sangka aku kawan baik aku ni akhirnya dah selamat mendirikan rumah tangga.” Ujar Kyra setelah melepaskan pelukan.
“Hmm…” balas Nadia sambil tersenyum paksa.
“Kau masih rindukan dia?!” soal Diane pula. Nadia hanya tertunduk. Ya, dia rindukan Syafiq.
“Kitorang yakin kau akan bahagia, Dee… dan kitorang doakan kebahagian kau selama-lamanya Dee because you’re precious Dee in our life.”
“Assalamualaikum sayang…” Nadia tersentak. Dia kenal suara itu. Suara lelaki yang dirinduinya. Syafiq!
Nadia hanya membiarkan tangan kanannya  ditarik lembut untuk disarungkan cincin bertatah pertama zamrud di jari manisnya. Syafiq mendekatkan bibirnya di dahi Nadia lalu dikucup lembut.
“I miss so much Dee…” bisik Syafiq perlahan.
************
“Dee… abang minta maaf sebab tipu Dee selama ni. Abang selesa kawan dengan Dee tanpa Dee tahu siapa abang. I’m so sorry…” pinta Syafiq.
“Abang..Dee minta maaf sebab tak dengar penjelasan abang sebelum ni.” Syafiq menarik Nadia kepelukannya.
“Abang, Nisya macam mana? Bukan dia kekasih abang ke?!”
“Ya, memang dia kekasih abang. Tapi busuk hati. You know what, abang putus dengan dia bukan sebab dia putuskan persahabatan kita dulu, tapi sebab dia burukkan sayang depan kawan-kawan abang. Dia cakap sayang bukan tukar university tapi kena buang sebab mengandung.” Balas Syafiq sambil mengeratkan lagi pelukan.
“Sampai macam tu sekali dia bencikan Dee…”
Sudah seminggu mereka berpindah kerumah yang dibina oleh Syafiq. Sungguh dia terharu, kerana Syafiq sanggup membeli tanah dan membina sebuah rumah yang terpaling indah sekali! Kesalahan Bahasa Melayu diabaikan please! Kerjaya sebagai arkitek memudahkan lagi lelaki itu melakar sebuah rumah yang sangat cantik dipandangan matanya.
“Sayang jom…” Nadia bingung. Nak kemana pulak dia ni?!
“Nak pergi mana?!” soalnya polos.
“Make a ‘Baihaqi’?!” ucapnya sambil tersenyum manis.
‘Dia ingat lagi?!’ bisik hati Nadia. Dia turut tersenyum.
“Stay in my life forever my dearest Dee.. cause you’re precious Dee in my life. One and only.”
-TAMAT-

Aku doakan kebahagiaan hang dunia akhirat Nadia Syahirah bt Kassim. About Tengku Syafiq?! Wallahualam. Moga-moga hang dapat apa yang hang angan-angankan sepanjang tahun 2015 ni. hang pesan jangan habaq kat budak-budak class kita kan pasai angan-angan hang. Okay, aku tak habaq! Tapi aku nak habaq dekat readers semua yang hang memang kuat berangan. Pasai ‘BAIHAQI’, SUAMI JANGGUT SEJEMPUT, RUMAH SEBELAH MASJID, IKAT SUAMI KAT PINGGANG AND LOTS. LOL. Yayaya…at the end hang memang sahabat yang ohsem. Tak habis-habis dengan ‘ANGAN-ANGAN’ . dan aku akan gelaq hang sebagai ‘PRINCESS ANGAN-ANGAN’ aka ‘ENGINEER TO BE’. AMIN…

1 comment:

  1. Hai para pecinta POKER, BANDAR Q , DOMINO QQ
    Kami dari GilaQQ sedang mengadakan promo menarik :

    * Promo bonus deposit 5% untuk new member yang melakukan transaksi pertama minimal 50rb.
    * Promo bonus deposit 3% untuk yang melakukan transaksi selanjutnya minimal 50rb.
    * Bonus Referal 20%.
    * Bonus turnover up to 0.3% - 0.5%

    Untuk info selanjutnya silahkan datang ke website resmi kamu di ( goo. gl/xJj2cV )
    Raih kemenangan poker online hanya di GilaQQ ^^`

    ReplyDelete