PASAL QIN AMJA

Thursday, 3 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 15



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 15
Tarikh Post : 18 November 2015


“Sayang…” meleret Aizrill memanggil. Auni memandang lama wajah yang dirinduinya. Dalam hati memang melonjak gembira yang amat. Tapi luaran kenalah control sikit. Sekali sekala kena bagi pengajaran juga buat suaminya ini.

“Esok kita keluar.” Aizrill memegang tangan Auni.

“Nak pergi mana?”

“Dating.” Aizrill tersengih lebar. Auni mengerut dahi.

Dating? Aizz, you ni demam ke?” Auni letak tangan di dahi Aizrill. Lelaki itu menggenggam tangan Auni.

Nope! I just nak spend time dengan wife I ni. kesian asyik kena tinggal ajekan.” Aizrill memujuk. Auni sembunyi senyum.

“Kerja you, Aizz?”

“Esok hari tanpa kerja. Switch off phone and PDA. No more work for tomorrow.” Janji Aizrill. Auni tarik senyum lebar.

“Okay. Kita nak pergi mana?” Tak sabar pula rasanya. Hilang sudah rasa rajuk beberapa hari. Lelaki bernama Tengku Aizrill Hazim ini memang pandai memujuk.

“I ingat nak bawak you pergi Genting.”

“Tak nak. Tempat budak-budak! Bosan…”

“Habis you nak pergi mana?” Aizrill melayan perangai mengada-ngada isterinya sambil mengelap rambutnya yang basah. Almaklumlah, baru lepas mandi.

“Yani nak ke Langkawi…” Aizrill berhenti mengelap rambutnya dan memandang Auni. Perlahan-lahan terbit senyuman dibibir. Suara Auni seperti merengek.. perlahan tetapi meleret sahaja ditelinganya. Dia suka macam ni…

“Okay, tapi kita pergi sehari aje boleh kan sayang?”

“Hmm… sehari pon jadilah, dari takde langsung.”

Seharian menghabiskan masa bersama memang seronok. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka. Pelbagai aksi dirakam ketika mereka berkunjung ke Muzium 3D Art in Paradise.

“Aizz, flight pukul berapa?” Aizrill tersenyum melihat Auni. Perlahan jam ditangan dikerling.

“Kita tidur sini malam ni.”

“Ehh, kenapa tiba-tiba aje ubah haluan ni? semalam kata nak datang sehari aje, tak tidur. Hari ni lain pulak?” soal Auni.

“Hemm… sebab you macam tak puas aje stay dekat sini.”

“Ehh, salahkan I pulak. Aizz… I okay kalau kita balik malam ni. I faham. Lagipun kerja you kan banyak lagi.”

“Takpalah sayang… kita stay ajelah dekat sini semalam. Malam ni I ada surprise untuk you, kesayangan I ni…”

“Ni yang buat I makin sayang you ni Aizz…”

“Sayang? Kalau sayang I bila nak proceed untuk next baby? Aqeed tu mesti nak adik…” ujar Aizrill meleret dengan senyuman dibibir.

Baby? Aqeed yang nak adik ke you?” soal Auni kembali. Pipinya memerah malu disoal begini.

“Kenapa I pulak? Kalau I nak adik, baik I minta kat mama bukan dekat you…” Aizrill mengusik isterinya.

“Aizz…”Auni mencubit manja lengan suaminya.

“Ye sayang. Sayang, you ada ambil pills ke? I mean pill perancang?” Aizrill menyoal. Auni tersentak.
“Aizz…I…I…”
“Sayang, it is okay kalau you take pills pun, I tak marah. I dah lama jumpa pills tu dalam handbag you.” Aizrill melemparkan senyuman pada Auni bagi meyakinkan isterinya bahawa dia sememangnya tidak marah akan tindakan isterinya meskipun dia sedikit kecewa.


“Assalamualaikum, Marul…Ohh Kamarul.”
“Waalaikumsalam, la Tok Pah ke. Jemputlah masuk…Ehh Aizrill pun ada.” Puan Syuhada menjemput Tok Pah, Aizrill dan seorang gadis tinggi lampai masuk ke rumahnya. Mereka bersalaman seketika sebelum duduk di sofa di rumah kecil itu. Aizrill turut bersalaman dengan ‘mertua’nya. Dia menghadiahkan senyuman ringkas buat Puan Syuhada.

“Jemputlah duduk… Auni, sini kejap. Tengok siapa yang datang ni...” Puan Syuhada memanggil Auni. Auni menapak ke arah ruang tamu membontoti langkah kecil anaknya.

“Ehh Tok Pah. Apa khabar.” Soal Auni sambil bersalaman dengan Tok Pah diikuti gadis disebelah Aizrill. Geram hati Auni memerhatikan gadis yang menempek disebelah suaminya. Dia menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya. Biar Aizrill tahu dia sedang menahan amarah.

“Sihat Alhamdulillah. Bila kamu kahwin ni Auni? Tak jemput Tok Pah pon. Tahu-tahu aje dah ada anak.” Soal Tok Pah apabila Auni mengendong anak kecil yang sedikit merengek itu. Haish, jangan buat pasal lah sayang. Mentang-mentang nampak Daddy dia, terus nak meragam.

“Taklah, Mak Pah. Auni ni tak kahwin lagi, budak ni anak angkat dia. Katanya sunyi di luar negara, tu yang ambil anak angkat ni.” terang Puan Syuhada. Tok Pah mengangguk-angguk tanda mengerti.

“Apa hajat Mak Pah ke sini? Mesti ada hajat besar ni.” soal Puan Syuhada. Siapa yang tak kenal Tok Pah? Meskipun sudah menjangkau usia yang lanjut, namun masih aktif berpesatuan.

“Assalamualaikum, la Mak Pah ke. Ingatkan kereta siapa diluar tu.” Encik Kamarul menegur tetamu rumahnya. Dia bersalaman dengan Aizrill.

“Abang, kenal tak ni?” Puan Syuhada menyoal suaminya. Berkerut dahi Encik Kamarul berusaha mengingati wajah pemuda dihadapannya. Aizzril hanya tersenyum.

“Aizzrill? Ya Allah, dah besar  panjang manusia kamu ni ye? Dulu masa datang sini kecil lagi.” Encik Kamarul tersenyum setelah dapat mengenali wajah Aizrill.

“Mak Pah ingat lagi masa Aizrill ni datang sini main dengan si Adham tu, kering aje badannya. Sekarang ni dah kacak bergaya. Dah boleh kahwin dah ni.” Aizrill hanya tersengih memandang wajah ayah Auni. Saya memang dah kahwin pun, dengan anak pakcik la.

“Apa yang tak ingat nya Marul, sampai bertukar anak dah kita. Anak kamu tidur di rumah Mak Pah, yang si Rhea, adiknya Aizrill ni tidur sini.” Giliran Tok Pah pula menyingkap kisah lama.

“Ohh sebut pasal Rhea, mana dia sekarang? Dah jadi anak dara dah dia apa…” sambung ayah Auni lagi.

Hemm, sekarang ni sambung belajar di London. Dia ambil psikiatri. Nak jadi doktor, tak macam saya dan Kak Liana.” Aizzril bersuara.

“Sudah-sudah la kenang kisah lama. Jemput minum dulu kalau ye pon. Sejuk karang air yang Auni buat ni. Auni, kenapa dengan Aqeed tu? Menangis aje..” Puan Syuhada pula bersuara.

“Entahlah ibu, baru tadi aje minum susu. Tak tahu lah apa pulak yang dia nak ni…” ujar Auni. Mata memandang wajah Aizrill.

“Auni, bagi sini Aqeed, biar I try. Maybe dia nak tidur tu.” Aizrill bersuara. Zalikha menarik lengan baju lelaki itu, tetapi Aizrill tidak mengendahkannya. Zalikha menjeling pada Auni apabila Auni menyerahkan tubuh gempal Aqeed pada Aizzrill.

“Ha…dah senyap dah budak ni. Mau pulak dia dengan kamu. Selalu kalau meragam macam ni dengan Mummy dia aje yang dia nak.” Encik Kamarul bersuara apabila Aqeed sudah terlentok di bahu Aizrill. Mana tak senyap Aqeed ni ayah, dapat Daddy dia.. Aizrill menyerahkan kembali Aqeed kepada Auni.

“Selalu jumpa pakcik. Auni kan kerja dengan saya di KL. Mungkin Aqeed ni dah biasa dengan saya.” Aizrill memberi alasan yang dikira munasabah.

“Siapa gadis ayu sebelah Aizrill ni Mak Pah?” Puan Syuhada mula bertanya gadis disebelah Aizrill. Cantik pada pandangan mata tua nya. Bergaya namun agak seksi dimatanya.

“Tunang Aizrill makcik, kann sayangg…” Zalikha menjawab soalan yang ditujukan pada Tok Pah. Perkataan TUNANG sengaja ditekan bagi menyedarkan isi rumah itu akan hakikat Aizrill akan menjadi hak miliknya. Entah kenapa, dia dapat merasakan bahwa ada yang tidak kena dengan Aizrill dan Auni.

Tok Pah menggeleng lemah. Dia sedari dahulu lagi tidak menggemari pilihan anak menantunya untuk menjadi cucu menantunya. Zalikha gadis sosial dan mementingkan kecantikan semata.

Dia sebenarnya berhasrat untuk menjadikan Auni Suryani sebagai cucu menantunya iaitu isteri Aizrill. Sudah lama dia mengimpikan itu terjadi namun semuanya bagaikan mustahil setelah cucunya mengikat tali pertunangan dengan anak Tan Sri Zainal.

“La ni dah ralit sembang, lupa pulak tujuan datang sini. Kami datang ni nak jemput kamu semua datang kenduri.” Tok Pah menukar topic perbualan mereka.

“Kenduri kahwin Aizrill ni ke?” Encik Kamarul menyampuk. Auni beriak biasa sahaja. Dia tahu tujuan suaminya berkunjung kerumah keluarganya.


“Ehh tak lah pakcik. Saya lambat lagi agaknya. Kenduri Kak Liana. Dia tak dapat datang, ada hal yang kena uruskan.”  Aizrill memandang seketika kearah Auni. Nyata isterinya tidak senang dengan soalan ayahnya. 

No comments:

Post a Comment