Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Cinta Yang Kau Duga
Tarikh Post : 18 November 2015
Tajuk : Cinta Yang Kau Duga
Tarikh Post : 18 November 2015
“El, kenapa kau menangis ni?” soal
Eizmeer penasaran. Ellisa merupakan sahabatnya sejak dia menapak masuk ke
sekolah ini tiga tahun lepas semasa ditingkatan dua. Hubungan mereka agak
akrab. Antara mereka tiada rahsia. Tanpa Eizmeer tahu,Ellisa menyimpan suatu
rahsia yang cukup menjerat rasa gadis itu.
“Hmm,aku okey. Takda apa-apa.”
“El, kau kawan aku kan? Aku tahu ada something yang menganggu fikiran kau lately. Kalau kau sayangkan aku
ceritakan please? Aku taknak kau
tanggung semua ni sendiri.” Ucapan Eizmeer membuatkan tangisan Ellisa semakin
rancak.
“Hey, kenapa ni?” kata Eizmeer seraya
merangkul tubuh kecil itu kedalam pelukannya. Belakang tubuh gadis itu diusap
lembut.
“Parents
aku…”
“Kenapa dengan parents kau? diorang ada pukul kau ke?”
“Taklah, tapi diorang hari-hari
bertengkar. Mama aku hari-hari minta cerai. Hati aku sakit, Meer. Sakit! Aku
benci marriage life! Benci!” dia membalas pelukan Eizmeer. Tangisannya kian
perlahan. Dia lemah. Lemah dengan dunia yang seakan menjeratnya. Mujur ada Eizmeer
yang sedia menyambut kala dia hampir rebah.
Suasana di sekolah agak lenggang pada
petang begini. Jadi agak mustahil bagi orang untuk melihat perlakuan mereka
ini.
“ Kau kawan baik aku sampai bila-bila.”
Ucap Ellisa kepada Tengku Eizmeer.
“Ye , aku sayang kau sampai bila-bila
El.”
***
Kini, sudah 8 tahun berlalu, hubungan
mereka masih akrab seperti dahulu. Namun, di pejabat hubungan mereka hanya
sekadar majikan dan pekerja. Tiada siapa yang mengetahui perhubungan mereka.
“ Meer, malam ni annual dinner Tan Sri Hamdan. Kamu kena pergi. Damia anak Tan Sri
tu teringin sangat nak jumpa kamu.”
“Alah, malaslah mummy.”
“Eizmeer,
you have to go.”
“Okay,
fine!” balas Eizmeer sambil berlalu masuk ke
kamarnya. Telefon dalam kocek seluar dikeluarkan. Pesanan ringkas dikirim ke
nombor telefon Ellisa.
‘El, malam ni datang apartment aku.
Teman aku pergi annual dinner, please’-Eizmeer.
‘Kau tak boleh pergi sendiri ke?’-Ellisa
‘Nope,
kau kena ikut jugak.’-Ezmeer.
‘Baiklah yang mulia’-Ellisa
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9
malam. Ellisa tiba agak lewat di apartmen lelaki itu. Setelah menekan loceng
berkali-kali akhirnya pintu dibuka.
“Apsal lambat?” soal Eizmeer.
“Sorry,
dah jomlah.”
“Masuklah dulu, aku ada belikan baju
untuk kau. Aku nak kau pakai baju tu.”
Ellisa menyarung gaun yang dibeli oleh
Eizmeer. Gaun merah singkat itu menampakkan paha Ellisa yang putih gebu itu.
Dia memang sering berpakaian seksi apabila bersama Eizmeer. Dia suka menggoda
lelaki itu. Semuanya bermula semasa mereka di tingkatan 5 lagi. Eizmeer telah
mengutuk bentuk tubuhnya. Kata lelaki itu dia tidak memiliki bentuk tubuh yang
menawan. Yang lebih menyakitkan hati lelaki itu tega menyamakan dia seperti
ikan bilis. Sejak dari itu, dia menjalankan misinya untuk menggoda Eizmeer.
Selama 8 tahun, sekalipun Eizmeer tidak pernah tergoda dengannya.
“Meer,
how do I look like?” soal Ellisa dengan
suara yang sengaja dilenggokkan. Eizmeer menapak kearahnya dan akhirnya
berhenti betul-betul dihadapannya. Tangan lelaki itu sengaja dipegang dan
diletakkan di pinggangnya. Ellisa merapatkan lagi jarak diantara mereka.
Tangannya diletakkan didada lelaki itu.
Dapat dirasakan detak jantung lelaki itu.
Nafasnya juga mulai tidak teratur.
“you
look gorgeous, dear.” Eizmeer mulai
mendekatkan bibirnya kebibir Ellisa. Ellisa yang sedar akan keterlanjurannya
menahan dada lelaki itu.
“Meer,stop
it.”
“El,
pleaseee?” Ellisa terpana melihat mata redup
lelaki itu ditambah dengan rayuannya. Akhirnya dia menangguk lemah dan
tenggelam dalam pelukan Eizmeer. Akhirnya, setelah 8 tahun Eizmeer tewas
ditangan Ellisa.
***
Lena Eizmeer terganggu dek tangisan
Ellisa. Alangkah terkejutnya Eizmeer setelah membuka mata yang dilihatnya
Ellisa sedang menangis dihujung katil. Yang lebih memeranjatkan lagi, keadaan
dia yang tanpa Seurat benang dibalik comforter
yang menutupi tubuhnya.
Setelah dia mengingati semuanya, pantas
pakaiannya dilantai dikutip dan dipakai. Dia menghampiri Ellisa yang masih
menangis.
“El, maafkan aku.. aku tak sengaja.. sorry sangat.. janganlah menangis.”
“kau tak salah Meer, aku yang goda kau.
Cuma aku nak tanya kau something.”
“What
is’t , dear?”
“Aku yang keberapa?” Eizmeer mengerti
maksud Ellisa. Tubuh kecil itu dirangkulnya bagi mengembalikan kepercayaan
wanita itu kepadanya.
“Kau orang pertama yang aku sentuh, El.
Dan aku janji kau akan jadi yang terakhir. Kita kahwin, El? Aku akan
bertanggungjawab.”
“Kau tahukan aku tak suka dengar
perkataan tu.”
***
“Meer, kamu pergi mana semalam? Kenapa
tak pergi dinner Tan Sri Hamdan? And where
have you been sampai tak balik rumah ni?” soalan Tengku Syarqiah hanya
dibiar sepi. Eizmeer terus menonong masuk ke dalam rumah.
“Eizmeer
! I’m asking you !” suara Tengku Syarqiah
tegas.
“Meer balik apartment. Tak sihat then
Meer tido sana. Meer naik atas dulu.” Kaki terus diatur laju menuju ke kamar
tidurnya. Kepalanya tengah kusut dengan masalah yang menimpanya. Baru sebentar
tadi dia bertengkar dengan Ellisa kerana keengganan wanita itu untuk berkahwin
dengannya.
Eizmeer risau jika wanita itu hamil
benihnya. Dalam masa yang sama dia tidak dapat melepaskan wanita itu.
Sudah 3 hari dia berkurung di dalam
bilik. Kerjanya di di office langsung tidak dihiraukannya.
“Apsal dengan aku ni! Asyik tak boleh
tido je, terbayangkan dia je.” Eizmeer resah. Sudah 3 hari dia tidak dapat
melelapkan mata kerana terbayangkan saat-saat bersama Ellisa. Sudah 3 hari juga
mereka tidak bertemu mahupun bercakap.
Eizmeer menuruni tangga dengan laju.
Kunci kereta dan dompet dicapai. Dia ingin pulang ke apartmentnya kerana
mungkin disitu dia dapat menghilangkan sedikit keresahannya.
“Kamu nak kemana pulak ni Eizmeer.
Kamukan tak sihat lagi.”
“Balik apartment, maybe lusa baru Meer
masuk office balik.” Menderum enjin
kereta Eizmeer menerobos kepekatan malam.
“Hah Syar mana anak teruna awak tu
pergi?”
“Entahlah bang, balik apartment katanya.
Abang rasa apa kena dengan anak kita tu? Asyik berkurung dalam bilik je..”
“Putus cinta lah kot, biasa lah anak
muda Syar.”
***
“Into my room now!” itulah kali pertama
Eizmeer melangkah ke work table dia.
Tegas suara yang dilontarkan Eizmeer sedikit sebanyak membuatkan dia goyah.
Sudah 3 hari mereka tidak bertemu, tup tup harini lelaki itu marah-marah dia.
“Wey, kenapa tu? Kau ada buat salah
dengan Tengku ke?”
“Takde rasanya. Takpelah aku pergi bilik
dia dulu. Karang mengamuk pulak Tengku tu.”
Setelah mengetuk pintu bilik lelaki itu,
Ellisa membuka pintu dan masuk. Ellisa pelik kerana lelaki itu tiada dimejanya.
“Hye
dear, I
miss you a lot.” Tanpa dia sedar, tubuhnya dirangkul dari belakang oleh
Eizmeer.
“Meer, orang nampak kejap lagi.”
“Orang takkan nampak lahh. Dear, kita kahwin please?”
“Eizmeer, aku takut. Macam mana kalau
kita tak bahagia? Kau tengok parent
aku, lepas diorang bercerai, langsung tak pedulikan aku. Aku balik ke tak kat
rumah tu tak penting bagi diorang. Aku taknak hal yang sama jadi dekat kita.”
“Dear,
kita cuba okay? Macam mana kalau kau pregnant?
Jujur aku cakap aku tak dapat tahan diri aku dari kau.”
“Boleh tak kita teruskan hubungan ni
macam biasa. From now on, aku akan
cuba terima kau, okay?”
“Then,
I can’t let you go. You have to be mine. Only mine. I miss laughing with you
and having a great time with you. I want to be with you. Everyday.” Pelukan
di tubuh Ellisa masih belum dilepaskan. Eizmeer terlalu merindui Ellisa.
“Dear, hari tu kau bagitau aku yang kau
nak pindah dari rumah papa kau kan?” sambung Eizmeer.
“Aah, kenapa?”
“Pindah rumah aku je.”
“Takpe ka?”
“Takpe, lagipun aku rindu kau, El.” Ucap
Eizmeer sambil mengenyitkan mata.
***
Kini sudah 2 bulan mereka hidup dalam
noda. Bergelumang dengan maksiat siang dan malam. Bagi Ellisa perkahwinan hanya
akan membawa kepada kehancuran. Eizmeer pula tidak dapat menahan dirinya dari
Ellisa. Sungguh dia jatuh cinta dengan layanan Ellisa terhadapnya.
“Dear,
next week anniversary kita yang ke-11 kan? Aku plan nak pergi Genting
Higland. Macam mana?”
“Alah, boringlah Genting. Tiap-tiap
tahun kita pergi Gentingkan? What if
kita pergi Cameron je kali ni? Boleh?” Ellisa bercakap sambil menyandarkan badannya
kedada Eizmeer.
“Anything
dear. Jom!” Eizmeer menarik tangan Ellisa
supaya bangun.
“Jom ? nak pergi mana malam-malam buta
ni ?” soal Ellisa. Eizmeer tarik senyum tipis.
“Making
a love.” Tubuh gadis itu dicempungnya dan dibawa
ke kamar lagak suami isteri.
***
“Akak, Ellisa mana?” tanya Faizah setiausaha
Tengku Eizmeer.
“Dia cuti.”
“Aik, pelik.” Faizah mengerutkan
dahinya.
“Pelik kenapa pulak Izza ni? biasalah
kalau si Ellisa tu cuti.”
“Tak, Izza bukan apa, kak. Masalahnya
Tengku pon cuti jugak.”
“Lah, apa kaitannya Ellisa cuti dengan
Tengku cuti?”
“Dia ada cakap dia nak pergi mana tak
akak?”
“Dia bagitahu akak dia nak balik rumah family dia.”
“Ohh…”
“Kenapa ni? Ada apa-apa ke?”
“Taklah, Izza just curious je. Haritu masa Tengku panggil Ellisa masuk bilik dia,
Izza nampak Tengku peluk Ellisa. Bukan main lama lagi.”
“Kamu ni biar betul Faizah? Tak baik
menuduh tahu tak.”
“Izza yakin lah kak yang Izza ni tak
silap tengok."
**BERSAMBUNG...
Smbunglah lagi
ReplyDeleteCite ni best sangat
Nak sangat tahu kesudahan dorang....
insyaAllah coming soon.
DeleteDa ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.
DeleteDa ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.
DeleteDa ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.
DeleteIm waiting for the sambungan. Heee
ReplyDelete