PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

CERPEN : 9 CINTA YANG KAU DUGA


Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Cinta Yang Kau Duga
Tarikh Post : 18 November 2015

“El, kenapa kau menangis ni?” soal Eizmeer penasaran. Ellisa merupakan sahabatnya sejak dia menapak masuk ke sekolah ini tiga tahun lepas semasa ditingkatan dua. Hubungan mereka agak akrab. Antara mereka tiada rahsia. Tanpa Eizmeer tahu,Ellisa menyimpan suatu rahsia yang cukup menjerat rasa gadis itu.

“Hmm,aku okey. Takda apa-apa.”

“El, kau kawan aku kan? Aku tahu ada something yang menganggu fikiran kau lately. Kalau kau sayangkan aku ceritakan please? Aku taknak kau tanggung semua ni sendiri.” Ucapan Eizmeer membuatkan tangisan Ellisa semakin rancak.

“Hey, kenapa ni?” kata Eizmeer seraya merangkul tubuh kecil itu kedalam pelukannya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

Parents aku…”

“Kenapa dengan parents kau? diorang ada pukul kau ke?”

“Taklah, tapi diorang hari-hari bertengkar. Mama aku hari-hari minta cerai. Hati aku sakit, Meer. Sakit! Aku benci marriage life! Benci!” dia membalas pelukan Eizmeer. Tangisannya kian perlahan. Dia lemah. Lemah dengan dunia yang seakan menjeratnya. Mujur ada Eizmeer yang sedia menyambut kala dia hampir rebah.

Suasana di sekolah agak lenggang pada petang begini. Jadi agak mustahil bagi orang untuk melihat perlakuan mereka ini.

“ Kau kawan baik aku sampai bila-bila.” Ucap Ellisa kepada Tengku Eizmeer.

“Ye , aku sayang kau sampai bila-bila El.”

***

Kini, sudah 8 tahun berlalu, hubungan mereka masih akrab seperti dahulu. Namun, di pejabat hubungan mereka hanya sekadar majikan dan pekerja. Tiada siapa yang mengetahui perhubungan mereka.

“ Meer, malam ni annual dinner Tan Sri Hamdan. Kamu kena pergi. Damia anak Tan Sri tu teringin sangat nak jumpa kamu.”

“Alah, malaslah mummy.”

“Eizmeer, you have to go.”

“Okay, fine!” balas Eizmeer sambil berlalu masuk ke kamarnya. Telefon dalam kocek seluar dikeluarkan. Pesanan ringkas dikirim ke nombor telefon Ellisa.

‘El, malam ni datang apartment aku. Teman aku pergi annual dinner, please’-Eizmeer.

‘Kau tak boleh pergi sendiri ke?’-Ellisa

Nope, kau kena ikut jugak.’-Ezmeer.

‘Baiklah yang mulia’-Ellisa


Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9 malam. Ellisa tiba agak lewat di apartmen lelaki itu. Setelah menekan loceng berkali-kali akhirnya pintu dibuka.

“Apsal lambat?” soal Eizmeer.

Sorry, dah jomlah.”

“Masuklah dulu, aku ada belikan baju untuk kau. Aku nak kau pakai baju tu.”

Ellisa menyarung gaun yang dibeli oleh Eizmeer. Gaun merah singkat itu menampakkan paha Ellisa yang putih gebu itu. Dia memang sering berpakaian seksi apabila bersama Eizmeer. Dia suka menggoda lelaki itu. Semuanya bermula semasa mereka di tingkatan 5 lagi. Eizmeer telah mengutuk bentuk tubuhnya. Kata lelaki itu dia tidak memiliki bentuk tubuh yang menawan. Yang lebih menyakitkan hati lelaki itu tega menyamakan dia seperti ikan bilis. Sejak dari itu, dia menjalankan misinya untuk menggoda Eizmeer. Selama 8 tahun, sekalipun Eizmeer tidak pernah tergoda dengannya.


“Meer, how do I look like?” soal Ellisa dengan suara yang sengaja dilenggokkan. Eizmeer menapak kearahnya dan akhirnya berhenti betul-betul dihadapannya. Tangan lelaki itu sengaja dipegang dan diletakkan di pinggangnya. Ellisa merapatkan lagi jarak diantara mereka. Tangannya diletakkan didada lelaki itu.

 Dapat dirasakan detak jantung lelaki itu. Nafasnya juga mulai tidak teratur.

“you look gorgeous, dear.” Eizmeer mulai mendekatkan bibirnya kebibir Ellisa. Ellisa yang sedar akan keterlanjurannya menahan dada lelaki itu.

“Meer,stop it.”

“El, pleaseee?” Ellisa terpana melihat mata redup lelaki itu ditambah dengan rayuannya. Akhirnya dia menangguk lemah dan tenggelam dalam pelukan Eizmeer. Akhirnya, setelah 8 tahun Eizmeer tewas ditangan Ellisa.

***

Lena Eizmeer terganggu dek tangisan Ellisa. Alangkah terkejutnya Eizmeer setelah membuka mata yang dilihatnya Ellisa sedang menangis dihujung katil. Yang lebih memeranjatkan lagi, keadaan dia yang tanpa Seurat benang dibalik comforter yang menutupi tubuhnya.

Setelah dia mengingati semuanya, pantas pakaiannya dilantai dikutip dan dipakai. Dia menghampiri Ellisa yang masih menangis.

“El, maafkan aku.. aku tak sengaja.. sorry sangat.. janganlah menangis.”

“kau tak salah Meer, aku yang goda kau. Cuma aku nak tanya kau something.”

“What is’t , dear?”

“Aku yang keberapa?” Eizmeer mengerti maksud Ellisa. Tubuh kecil itu dirangkulnya bagi mengembalikan kepercayaan wanita itu kepadanya.

“Kau orang pertama yang aku sentuh, El. Dan aku janji kau akan jadi yang terakhir. Kita kahwin, El? Aku akan bertanggungjawab.”

“Kau tahukan aku tak suka dengar perkataan tu.”

***

“Meer, kamu pergi mana semalam? Kenapa tak pergi dinner Tan Sri Hamdan? And where have you been sampai tak balik rumah ni?” soalan Tengku Syarqiah hanya dibiar sepi. Eizmeer terus menonong masuk ke dalam rumah.

“Eizmeer ! I’m asking you !” suara Tengku Syarqiah tegas.

“Meer balik apartment. Tak sihat then Meer tido sana. Meer naik atas dulu.” Kaki terus diatur laju menuju ke kamar tidurnya. Kepalanya tengah kusut dengan masalah yang menimpanya. Baru sebentar tadi dia bertengkar dengan Ellisa kerana keengganan wanita itu untuk berkahwin dengannya.

Eizmeer risau jika wanita itu hamil benihnya. Dalam masa yang sama dia tidak dapat melepaskan wanita itu.

Sudah 3 hari dia berkurung di dalam bilik. Kerjanya di di office langsung tidak dihiraukannya.

“Apsal dengan aku ni! Asyik tak boleh tido je, terbayangkan dia je.” Eizmeer resah. Sudah 3 hari dia tidak dapat melelapkan mata kerana terbayangkan saat-saat bersama Ellisa. Sudah 3 hari juga mereka tidak bertemu mahupun bercakap.

Eizmeer menuruni tangga dengan laju. Kunci kereta dan dompet dicapai. Dia ingin pulang ke apartmentnya kerana mungkin disitu dia dapat menghilangkan sedikit keresahannya.

“Kamu nak kemana pulak ni Eizmeer. Kamukan tak sihat lagi.”

“Balik apartment, maybe lusa baru Meer masuk office balik.” Menderum enjin kereta Eizmeer menerobos kepekatan malam.

“Hah Syar mana anak teruna awak tu pergi?”

“Entahlah bang, balik apartment katanya. Abang rasa apa kena dengan anak kita tu? Asyik berkurung dalam bilik je..”

“Putus cinta lah kot, biasa lah anak muda Syar.”

***

“Into my room now!” itulah kali pertama Eizmeer  melangkah ke work table dia. Tegas suara yang dilontarkan Eizmeer sedikit sebanyak membuatkan dia goyah. Sudah 3 hari mereka tidak bertemu, tup tup harini lelaki itu marah-marah dia.

“Wey, kenapa tu? Kau ada buat salah dengan Tengku ke?”

“Takde rasanya. Takpelah aku pergi bilik dia dulu. Karang mengamuk pulak Tengku tu.”

Setelah mengetuk pintu bilik lelaki itu, Ellisa membuka pintu dan masuk. Ellisa pelik kerana lelaki itu tiada dimejanya.

“Hye dear, I miss you a lot.” Tanpa dia sedar, tubuhnya dirangkul dari belakang oleh Eizmeer.
                
“Meer, orang nampak kejap lagi.”

“Orang takkan nampak lahh. Dear, kita kahwin please?”

“Eizmeer, aku takut. Macam mana kalau kita tak bahagia? Kau tengok parent aku, lepas diorang bercerai, langsung tak pedulikan aku. Aku balik ke tak kat rumah tu tak penting bagi diorang. Aku taknak hal yang sama jadi dekat kita.”

Dear, kita cuba okay? Macam mana kalau kau pregnant? Jujur aku cakap aku tak dapat tahan diri aku dari kau.”

“Boleh tak kita teruskan hubungan ni macam biasa. From now on, aku akan cuba terima kau, okay?”

“Then, I can’t let you go. You have to be mine. Only mine. I miss laughing with you and having a great time with you. I want to be with you. Everyday.” Pelukan di tubuh Ellisa masih belum dilepaskan. Eizmeer terlalu merindui Ellisa.

“Dear, hari tu kau bagitau aku yang kau nak pindah dari rumah papa kau kan?” sambung Eizmeer.

“Aah, kenapa?”

“Pindah rumah aku je.”

“Takpe ka?”

“Takpe, lagipun aku rindu kau, El.” Ucap Eizmeer sambil mengenyitkan mata.

***
Kini sudah 2 bulan mereka hidup dalam noda. Bergelumang dengan maksiat siang dan malam. Bagi Ellisa perkahwinan hanya akan membawa kepada kehancuran. Eizmeer pula tidak dapat menahan dirinya dari Ellisa. Sungguh dia jatuh cinta dengan layanan Ellisa terhadapnya.

Dear, next week anniversary kita yang ke-11 kan? Aku plan nak pergi Genting Higland. Macam mana?”

“Alah, boringlah Genting. Tiap-tiap tahun kita pergi Gentingkan? What if kita pergi Cameron je kali ni? Boleh?” Ellisa bercakap sambil menyandarkan badannya kedada Eizmeer.

“Anything dear. Jom!” Eizmeer menarik tangan Ellisa supaya bangun.

“Jom ? nak pergi mana malam-malam buta ni ?” soal Ellisa. Eizmeer tarik senyum tipis.

“Making a love.” Tubuh gadis itu dicempungnya dan dibawa ke kamar lagak suami isteri.

***
“Akak, Ellisa mana?” tanya Faizah setiausaha Tengku Eizmeer.

“Dia cuti.”

“Aik, pelik.” Faizah mengerutkan dahinya.

“Pelik kenapa pulak Izza ni? biasalah kalau si Ellisa tu cuti.”

“Tak, Izza bukan apa, kak. Masalahnya Tengku pon cuti jugak.”

“Lah, apa kaitannya Ellisa cuti dengan Tengku cuti?”

“Dia ada cakap dia nak pergi mana tak akak?”

“Dia bagitahu akak dia nak balik rumah family dia.”

“Ohh…”

“Kenapa ni? Ada apa-apa ke?”

“Taklah, Izza just curious je. Haritu masa Tengku panggil Ellisa masuk bilik dia, Izza nampak Tengku peluk Ellisa. Bukan main lama lagi.”

“Kamu ni biar betul Faizah? Tak baik menuduh tahu tak.”

“Izza yakin lah kak yang Izza ni tak silap tengok."

**BERSAMBUNG...

6 comments:

  1. Smbunglah lagi
    Cite ni best sangat
    Nak sangat tahu kesudahan dorang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.

      Delete
    2. Da ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.

      Delete
    3. Da ada smbungan ke belum cerpen nie...best sgt x sbar nak baca.

      Delete
  2. Im waiting for the sambungan. Heee

    ReplyDelete