Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 9
Tarikh Post : 18 November 2015
“Assalamualaikum, Uncle! Maaf terlambat. Saya ada meeting dengan clients tadi. Uncle sihat?!”
tanya Aizrill mesra kepada bakal bapa mertua nya.
“Uncle sihat. So, how Malaysia?!” ujar Tan Sri Zainal, bapa kepada Zalikha. Dia
merupakan kenalan papa Aizrill dalam bidang perniagaan.
“So
far so good. Balik Malaysia ni pon badan makin berisi. Mama tak habis-habis
bebel, kata masakan kat Australia tak sama macam masakan dekat sini. Takda
khasiat lah. Mau tak makin bulat perut Aiz.” adu Aizrill pada Tan Sri Zainal.
Teringat perbualan Aizrill dan Tengku Serena beberapa bulan lepas.
“Kamu kena makan banyak-banyak, Aiz.
Kat Australia bukannya dapat rasa masakan macam ni. Mama masakkan special untuk Aiz.” kata Tengku Serena.
Aizrill hanya menurut. ‘ kat sana hari-hari Aiz makan masakan macam ni, Ma.’
Dia hanya berani mengunggapkan itu dalam hatinya sahaja.
“Tu maksudnya dia sayangkan kamu. Tapi Uncle tengok kamu maintain ja. Takda la bulat ke apa! Kerja sini macam mana? Uncle dengar, project tengah banyak sekarang.” Kata Tan Sri Zainal ikhlas.
Dia perasan anak muda di hadapan nya
sekarang bukan lah anak muda yang dikenalinya tiga tahun lepas. Aizrill kini
dilihatnya lebih matang dalam soal bisnes. Berbeza dengan dahulu , lelaki itu
sering mabuk-mabuk. Tapi tak pernah pula dia dengar gossip-gossip liar bahawa
Aizrill angkut anak dara orang ke hotel. Tentang bisnes yang diuruskannya
sangat memuaskan. Itu yang membuatkan dia tidak kisah bermenantukan lelaki
seperti Aizrill.
Tengku Aizrill Hazim banyak berubah
sekarang. Wajahnya tampak tampan dalam t-shirt jenama polo. Dia juga kelihatan
lebih matang dibandingkan beberapa tahun lalu. Masa Aizrill pulang ke Malaysia
melawat neneknya yang sakit.
“Alhamdulillah Uncle, project makin
bertambah sekarang. Berkat anak…” Aizrill tersasul.
“Anak? Maksud kamu?!” soal Tan Sri
Zainal curiga.
“Anak buah maksud saya, uncle.” Aizrill beralasan.
“Sudah-sudah laa Tan Sri Zainal oii…
asyik bersembang pasal bisness saja. Ajaklah bakal menantu awak tu makan dulu.”
Sapa Puan Sri Kamalia setelah menjengah dari dapur. Dia lebih selesa memasak
sendiri dari mengharapkan orang gaji.
Tengku Aizrill Hazim bangun dan
bersalaman dengan Puan Sri Kamalia. “Untie
sihat ?” soal Aizrill mesra. Sedari dahulu lagi dia memang mempunyai hubungan
yang baik bersama kedua orang tua Zalikha. Cuma dengan gadis itu sahaja dia
terasa panas hati.
“Alhamdulillah… macam ni lahh untie. Sihat gaya orang tua , Aizrill.”
“ Makin tua makin saya sayang awakkk…”
usik Tan Sri Zainal seraya memeluk bahu isterinya mesra. Aizrill tersenyum melihat kemesraan
mereka suami isteri.
“Sayang….. you dah sampai. Kenapa tak
panggil I turun ?” soal Zalikha manja. Aizrill mencebik. Meluat dengan perangai
mengada-ngada Zalikha sampai tak tahu malu. Zalikha mengambil tempat disebelah
Tengku Aizrill Hazim. Lengan sasa itu dipeluk. Aizrill yang tidak selesa pantas
menarik pelukan dilengannya.
Makan malam di banglo mewah Tan Sri
Zainal berlangsung dengan meriah dengan usikan dan ketawa yang berselang seli
antara Tan Sri Zainal dan Puan Sri Kamalia. Namun tidak bagi Tengku Aizrill Hazim.
Dia masih teringatkan kekasih hatinya yang ditinggalkan di apartment.
Auni menepis sesuatu yang sedang
merayap di mukanya. Tepis dan tepis. Tetap juga ada benda yang merayap. Mata
terus dibuka. Bulat dia memandang Aizrill yang duduk tersengih. Bibir diketap.
Serius geram.
“Kenapa dengan you ni? I nak
tidurlah.” Rungut Auni.
“Kenapa awal sangat? Baru pukul 11.”
Aizrill senyum senget. Tangan bergerak menyelak anak rambut yang terjuntai di
dahi Auni.
“Dah mengantuk. Tidurlah,” jawab Auni.
Masih geram.
“Siapa nak teman I?” Aizrill letak
tangan bawah kepala. Suka dia tengok wajah Auni yang baru terjaga dari tidur.
Nampak segar. Orang kata kalau nak tengok wajah sebenar seseorang tu,tengok
wajah tu masa baru bangun tidur. Tanpa mekap,tanpa apa-apapun. Itulah wajah
asli yang Allah dah cipta.
“Nak teman you buat apa?! You kan ada
Eyka. Pergi la minta dia temankan you.” Auni mencebik. Kalau dah ada yang
menanti, buat apa lagi dengan dia.
“Are you jealous?” soal Aizrill. Mata sengaja
dikenyitkan. Nakal!
“Tak kuasa lah nak jealous dengan you.”Auni kembali baring diatas katil. Sengaja badan
Auni kalih membelakangi Aizrill.
Aizrill panjat katil, tubuh gadis yang
membelakanginya ditarik sebelum dipeluk erat. “Sayang… you merajuk ke? Jomlah
teman I makan. I laparlah…” rengek Aizrill.
Auni hanya mengeraskan badan. Tanpa
Auni duga, Aizrill bertindak mencium pipinya. Ni dah MELAMPAU!
“Aizrill! Siapa bagi you kebenaran nak
cium I?!” pekik Auni perlahan. Bimbang suara Auni akan menganggu lena si kecil.
Aizrill hanya ketawa kecil. Mata
dikenyit pada Auni. “suka hati I lah ,
you hak I kan?!” katanya sambil berlalu keluar dari bilik.
“Apa maksud you, I hak you?!” ucap Auni
setelah mendapatkan Aizrill di dapur. Sedap- sedap dia melahap chicken chop sorang-sorang. Auni tak
sentuh sikit pon lagi. Merajuk punya pasal.
“You tahu apa maksud I kan Yani?! Sudah,
mari teman I makan.” Ajaknya sambil menarik tangan Auni untuk duduk.
“Kejaplah, I nak ambil pinggan.” Ucap
Auni sambil berusaha untuk bangun.
“Tak payah ambil pinggan extra. Sini, I suapkan you… rindu nak
suapkan you makan…” ucapnya ikhlas sambil melemparkan senyuman menggoda.
Auni hanya membuka mulut apabila
makanan disua pada mulut nya. Ya, dia jugak merindui saat-saat ini. Namun,
sampai bila mereka boleh begini? Semuanya hanya sementara.
“You makan comotlah Aiz…” ucap Auni
sambil mengelap mulut Aizrill yang comot dengan black papper sauce.
“I saje je bagi comot, nak manja-manja
dengan you. dah lama kita tak macam ni kan.” Ucapnya sambil mengenyitkan mata
pada Auni. Gatal!
“You ingat tak masa kita holiday dekat Paris dulu?” Selesai
makan, ,mereka berborak di ruang tamu.
“Ofcourse
I ingat. Kenapa?” balas Auni sambil melabuhkan kepala didada Aizrill. Mood
bermanjanya terlebih pula malam ini. Aizrill mencium ubun-ubun Auni sebelum
tubuh itu dipeluk erat.
“You
know what?! That was the best moment in my life. We, together. having Aqeed and
you just… just complete me. Yeah, you guys complete me as a man.” Tangan Auni yang
digenggamnya dibawa ke bibirnya sebelum dicium lembut. Gengaman tangannya yang
erat sama erat seperti dia pegang hati Auni.
“And
thank you for having me in your life too, Aiz.” ucap Auni sambil menitiskan
air mata. Tubuh Auni ditarik kepelukannya.
“Yani, please… stop crying. I hate it. But, I do love you. I don’t know
since when, but I just felt like I’m insanely in love with you. I faham kalau you tak
cintakan I…I…”
“Tengku
Aizrill Hazim… I just a typical malay woman. Ofcourse I love my husband.” Ucap Auni mengakui hak
Aizrill ke atas nya.
SUAMI?! Sesuatu yang Auni cuba
sorokkan adalah mengenai pernikahan ini. Status ini!
“Really sayang?!” ucap Aizrill bersungguh. Pipi Auni disentuh lembut.
Terkaku! Auni rasa seperti disuntik
ubat bius. Bukan Aizrill tidak pernah menyentuhnya tetapi kenapa sentuhan
Aizrill kali ini terasa amat berlainan? Kenapa seperti ada arus elektrik yang
mengalir melalui sentuhan itu? Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan cinta?
Dari pipi jatuh ke leher. Melihat Auni
kaku tidak membantah begitu, dada Aizrill mula berombak. Darah di tubuhnya
tiba-tiba sahaja bergerak laju.
Sekali paut, Auni rebah bersamanya di
katil. Lama sehingga mereka hanyut dalam dunia asmara ciptaan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment