Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 10
Tarikh Post : 18 November 2015
Seawal jam enam pagi , mata Aizrill
sudah terkebil-kebil. Itulah kebiasaannya semenjak dua tahun kebelakangan ini.
Ya, semenjak dia mendapat hidayah di hadapan sebuah gereja di Australia. Saat
dimana dia sedang mabuk dan terbaring di
pagar gereja itu.
Disitulah Aizrill bertemu seorang
bekas paderi yang kini dikenali sebagai Fatteh Willson. Saat itu, terasa
dirinya begitu kerdil. Hanya karna sibuk mencari harta dunia , dia alpa akan
harta ukhrawi yang sepatutnya dikumpul.
Semenjak itu , dia mula mendalami
agama. Saat dia meniti titian usang mencari keredhaan Ilahi , dia bertemu Auni
Suryani. Karna Takdir Ilahi juga, dia menikahi gadis itu.
Selesai membersihkan diri, Aizrill
menapak perlahan ke katil. Auni masih tidur pulas dalam selimut yang mereka
kongsi semalam.
“Yani , wake up.” Aizrill sedaya upaya kejutkan isterinya. Namun Auni masih
pejam mata. Penat mungkin.
“Sayang , dah subuh dah ni…” Aizrill
berbaring disisi Auni pula. Comforter Auni Suryani ditarik sebelum ditutup
kembali. Adoi kau ni Aizrill, lupa ke ?
“Ermmmmm….” Auni pusing badan.
Membelakangi suaminya. Aizrill letak tangan di dahi. Baru stay one night dah macam ni gayanya.
“Bangun before I tarik comforter
you ni…” Aizrill mula mengugut. Namun, Auni masih seperti itu.
Aizrill ketap gigi. Fine. Hujung comforter yang berada
dileher isterinya ditarik sedikit. Tersenyum kecil dia melihat kesan yang ada
disitu. Mati senyuman dia apabila Auni tepis kasar tangan dia.
“Isy, tak malu la dia ni…” Auni
merungut. Mata dibuka. Dia tolak kepala Aizrill apabila suaminya itu ingin
menciumnya.
“Morning kiss…” Aizrill tersua-sua bibirnya. Tangan isterinya telah
melekap di wajahnya. Macam mana nak cium ?
“Tadi marah! Cepatlah! Subuh!” Auni
bangun dengan comforter yang membaluti tubuhnya. Aizrill memeluk isterinya dari
belakang.
Muka disembamkan di leher itu. Digigit
perlahan.
“Auchh Aizz!”
Auni gosok belakang tengkuknya. Mata
menjeling tajam pada Aizrill yang masuk ke dalam bilik air. Haih, gatal sungguh
pulak mamat ni.
***
Dia! Kenapa harus lelaki itu yang
Auni temui disini. Kenapa tika dan saat begini?
“Auni Suryani. Where have you been? Merata I cari you , sayang.” Ucap lelaki yang
segak dalam kemeja biru muda itu.
Lelaki yang cukup bergaya namun
mempunyai perangai ibarat setan. Dia… Tengku Farhan.
“Sayang?! It’s so disgusting. I jijik dengar perkataan sayang you, Tengku
Farhan.” Pekik Auni apabila hanya mereka berdua dalam bilik Tengku Farhan.
Sangka nya hari ini Auni akan
mendapat bos yang baik , namun lelaki ini yang ditakdirnya menjadi bos nya.
malapetaka apa pula!
“Maafkan I, Auni. I know that I yang bersalah at
that time. But seriously, I
betul-betul tak sengaja. It was beyond my
control. Please, Auni maafkan I.” Auni perasan ada penyesalan dalam bait
pertuturannya, namun mengenangkan apa yang terjadi itu tidak seberapa. Ya, tak
seberapa dengan apa yang dia harungi selama ini.
“Maaf you takkan ubah apa-apa Tengku
Farhan. Maaf takkan kembalikan apa yang I dah hilang.” Ujar Auni membentak. Ya,
saat ini dia marah dan sakit setelah luka lama kembali berdarah.
“I’m
really sorry. I tahu I tak mampu kembalikan semuanya pada asal, tapi bagi
satu sahaja peluang lagi. I nak bertanggungjawab. I nak jumpa anak I, Auni.”
Pinta Tengku Farhan.
Merata dia mencari Auni Suryani untuk
meminta kemaafan dari gadis itu. Dia menyesal kerana terlalu mengikut kata
hati.
“Anak?! Anak apa yang you
maksudkan ni Tengku Farhan?! I tak
faham.” Sambung Auni seolah-olah tidak memahami apa yang dipinta oleh lelaki
itu.
“Auni,
please don’t call me by that name. just call me An like before. I know you tahu maksud I. Please, I nak jumpa dia sangat-sangat.”
Pintanya lagi sambil melutut dihadapan gadis itu.
Jika habiskan duitnya untuk mencari
gadis itu pun dia sanggup, apalah sangat dengan melutut depan gadis yang
dicintainya.
“Anak ? kalau you I dah benci. You
ingat I nak simpan anak you ke?! Like you
said before, you takkan pernah mengaku anak tu sebagai anak you sampai mati
kan? So, if you sebagai bapa pon
bencikan kewujudan dia. Apatah lagi I!” Auni terduduk disofa dalam bilik lelaki
itu. Ruangan yang besar terasa sempit. Kesejukan air-cond terasa menyesakkan
dadanya. Dalam dada, Auni beristighfar tanpa henti. Merasa berdosa
menyembunyikan Aqeed dari ayah kandungnya.
“I cintakan you , Auni. Dari dulu
sampai sekarang. I dah ikut semua yang you minta. Apalagi yang perlu I buat
supaya you maafkan I?” rintih Farhan perlahan.
“I benci you seumur hidup I , An.”
Jerit Auni dan berlalu pergi dari ruangannya. Juga dari pejabat ini. Tidak
dipedulikan mata-mata yang ligat memandang kearahnya. jelas di pendengaran
Auni, Tengku Farhan tidak putus-putus memanggil namanya.
***
“Sayang, kenapa you tiba-tiba aje nak
jumpa I ni?” Ujar Zalikha. Aizrill menyisip sedikit air yang dipesannya. Dia
tersenyum sinis memandang Zalikha. Sudah beberapa kali dia meminta untuk
putuskan hubungan ini.
Ya, dia sudah mengambil keputusan ini
setelah menikahi Auni Suryani dulu. Lagipun, dia sendiri tidak punyai apa-apa
perasaan terhadap gadis dihadapannya ini. Hubungan yang terjalin dulu juga
adalah kerana kegilaannya terhadap harta sahaja.
“I ada benda penting nak bincang dengan
you. I nak kita putuskan hubungan kita.”Luah Aizrill senada. Dia perasan
perubahan pada wajah gadis itu.
“Kenapa sayang?! You tak sayang I
ke?” soal Zalikha.
“Well Eyka , you’ve know it before. I tak pernah cintakan you.”
Zalikha merenung tajam kearah Aizrill sebelum matanya perasan sesuatu.
Saat itulah mata Zalikha ternampak
kesan merah dileher kiri Aizrill. Oh! Telinganya terus keluar asap berkepul.
Amarahnya sudah memuncak. Laju langkahnya berpusing meja mendekati Aizrill
untuk memastikan apa yang dia nampak.
Lengan Aizrill ditarik kasar sehingga
lelaki itu berdiri. Selama ini dia hanya bersabar. Mendengar gossip liar
tentang Aizrill, dia pekakkan telinga kerana janjinya. Tetapi, apabila matanya
sendiri melihat gambar Aizrill berpelukan dengan perempuan di khalayak ramai
yang dihantar oleh sahabatnya melalui Whatsapps,
dia terus naik hantu.
“Ni! kesan ni , perempuan pelacur
mana yang tinggalkan?” telunjuk Zalikha melekat di leher kiri Aizrill.
“Eyka!!!” Aizrill tepis tangan
Zalikha. Tidak suka gadis itu menyentuh kulitnya.
“I’ve
told you before, ikatan kita tak memberi hak untuk you campur urusan
peribadi I” tegas Aizrill.
“Yes!
Tapi you dah melebih. You heret perempuan sampai ke bilik hotel. Berapa yang
you bayar dia?” Zalikha tarik nafas.
“I ni bakal isteri you. Apa you
ingat I boleh duduk berdiam diri bila tahu you tidur dengan perempuan lain?
Depan I berlagak alim. Dah bekas perempuan yang datang dari ceruk mana, baru
dapat kat I. jijik tau!” sambung Zalikha dengan menekankan perkataan jijik.
“Then,
you tarik diri kalau jijik. Tak perlu jadi my
future wife sebab I pon tak berminat nak jadi your future husband.” Bidas Aizrill. Rahangnya bergerak menahan geram.
Tuduhan Zalikha memang melampau. Auni Suryani bukan pelacur.
“Aizrill!!!” Zalikha terjerit kuat.
Mukanya sudah berubah rona menahan amarah. Aizrill betul-betul mencabar
kesabarannya.
“Whattt?” Aizrill angkat kening,
sengaja mahu memancing kemarahan berganda Zalikha. Serius, dia memang rimas
dengan perempuan yang suka mengawal pergerakannya. Auni sendiri tidak
mengawalnya, Cuma mengambil tahu dia kemana sahaja.
“Come
on , Zalikha Tan Sri Zainal. Top
model Malaysia, you petik jari je semua lelaki datang. Even, yang lagi baik dari I.” Aizrill jujur dengan apa yang
dituturkannya. Zalikha memang cantik, namun hatinya bukan milik gadis itu.
“Baik you tarik balik apa yang you
cakap tadi.” Zalikha pula yang bercekak pinggang, bertentang dengan Aizrill.
Dah macam orang nak bergaduh pun ada. Nasib baik mereka duduk diruang yang agak
privasi. Kalau tak, satu KL tau pergaduhan mereka.
“If not?” Aizrill mencabar.
“ I suruh papa batalkan dana projek
you.” Zalikha menggugut. Dia percaya Aizrill pasti tidak berani karna dia tahu
Aizrill siapa. Seorang yang mementingkan bisnes.
“Go ahead.” Jawapan Aizrill membuatkan
dada Zalikha terasa mahu pecah. Dia tidak percaya Aizrill seberani itu.
Meletakkan projek penting dalam risiko yang tinggi.
“Huh , I akan minta mama you cepatkan
majlis kita.”Putus Zalikha. Dia tidak akan membiarkan Aizrill jatuh ke tangan
orang lain.
“Like
I care. Tadi kata jijik, sekarang nak cepatkan pula?” soal Aizrill lagi.
“Walau apa pun yang akan terjadi, you
tetap akan jadi suami I.” Zalikha nekad walau apa pun, Aizrill mesti menjadi
miliknya.
Belum sempat Aizrill menjawab,
telefonnya berdering. Nama Auni Suryani yang disetkan kepada ‘sayang’ muncul di
dada telefon. Dengan senyuman yang mekar, panggilan diangkat.
“Hello, you kenapa ni?!” soalnya
resah apabila telinganya dapat menangkap tangisan Auni dihujung panggilan.
“I…I… jumpa dia.” Auni bersuara
sambil menangis.
“You jumpa siapa ni?!” Aizrill
menyoal laju. Tangisan Auni menyesakkan dadanya. Sebolehnya, dia tidak ingin
mendengar tangisan itu.
“Farhan… I takut dia ambil Aqeed
dari I..” kini, baru dia mengerti siapa yang dimaksudkan kekasih hatinya itu.
“Wait for me. I’ll be there soon.” Aizrill bersuara keras.
Resah dan kawatir dengan keadaan Auni.
“Kenapa Aiz? you risau semacam je…”
soal Zalikha. Terlupa sebentar mengenai pertelingkahan mereka. Pelik dengan
mood Aizrill. Tadi marah, jawab telefon je suara terus berubah dengan senyuman
pulak tu. Lepas tu, berubah risau pulak.
“I’m sorry Eyka… I got to go. Maybe lain kali kita sambung gaduh
semua ni.” Pinta Aizrill.
“What?! Aizrill, kita belum selesai
lagi. Whatever it is, I akan minta
mama you cepatkan jugak majlis kita.” Ujar Zalikha dalam nada bengang.
AHH! Ni bukan masa untuk bergaduh,
ada hati lain yang perlu dipujuk saat ini. Kunci kereta dicapai, not seratus
ringgit diselitkan pada minumannya yang masih berbaki.
Kereta dipandu membelah kepekatan
lebuh raya menuju kearah kondo miliknya. Tidak dipedulikan kelajuan keretanya
yang bagai menempah maut.
“Sayang…heyy kenapa you menangis
ni?!” Aizrill memeluk tubuh isterinya yang memeluk lutut dihujung katil. Basah
wajah isteri kesayangan nya dengan air mata.
‘Aizz!!!! I tak kuat… kenapa dia
perlu muncul lagi?!’
Tanpa sebarang kata, pelukan
suaminya dibalas. Lama sehingga dia terlena dalam dakapan Aizrill. Aizrill
mengangkat tubuh kecil isterinya sebelum dibaringkan diatas katil. Air mata
diwajah itu diseka lembut. Jam ditangan dikerling sekilas. Pukul 4.50 petang.
Alamak, dia sudah terlambat menjemput Aqeed. Lantas, suatu nombor didail.
“Zam, kau tolong ambil anak aku dekat nursery.” Arah Aizrill pada Nizam.
“Kenapa Tengku?! Ada yang tak kena
ke?!” soal Nizam. Tiba-tiba sahaja suruh dia ambil Aqeed di nursery. Kalau ada pun pasti dimaklumkan
awal-awal. Musykil!
“Isteri aku ni tak sedap badan. Demam kot.
Dan pastikan tiada siapa ikut kau kesini. Faham?!” kata Aizrill tegas.
“Baik Tengku Err.. Tengku” Nizam
teragak-agak.
“Kenapa Zam?!” soal Aizrill lagi.
“Err…kalau Tengku tak kesah, saya
boleh bawak balik anak Tengku ke rumah saya dulu. Tengku boleh jaga Cik Puan.”
Sambung Nizam.
“Ehh takpelah Zam… aku tak nak
menyusahkan kau dengan isteri kau.”Aizrill menolak pelawaan Nizam. Dia tidak
ingin menyusahkan Nizam lagi.
“Takdelah Tengku, isteri saya mesti
suka dengan Aqeed tu. Lagipun kitorang takda anak lagi. Tak menyusahkan pon…”
bagitahu Nizam jujur. Dia tidak kisah jika Aqeed bermalam dirumahnya. Nuha,
isterinya jugak pasti suka.
“Takpelah Zam… lagipun kau macam tak
tahu anak aku tu macam mana… kejap lagi menangis, melalak teruk kau. Ha…Ha..”
tawa Aizrill disambut oleh Nizam. Lelaki itu turut ketawa.
Hanya Nizam dan Nuha yang mengetahui
tentang kewujudan Aqeed dan Auni kerana Nizam merupakan orang kepercayaannya.
Setelah memutuskan panggilan, kaki
diatur ke kamar. Dia lihat Auni menggigil. Pantas diselimutkan dan dipeluk erat
dengan harapan kesejukan Auni dapat dikurangkan.
Apabila loceng rumah berbunyi,
Aizrill bergegas kearah pintu. “Sorry
Tengku, lambat sikit… jalan sesak.” Ujar Nizam yang sedang mendukung Aqeed yang sudah terlentok
dibahunya.
“It’s okay.” Kata Aizrill sambil
mengambil Aqeed dari dukungan Nizam.
“Tengku, ni saya ada belikan bubur
untuk Cik Puan.” Pelawa Nizam.
“Thanks
Zam.”
***
“I tak nak makan buburrrr…” Auni
merengek apabila dikejutkan untuk makan.
“Habis tu you nak makan apa? Kena
makan sikit sayang, bagi ada tenaga. Perut tu, kalau kosong nanti masuk angin.”
Aizrill memujuk lembut. Dah ada rupa suami mithali memujuk isteri yang sedang
sakit.
“I rasa nak makan chicken grill.” Auni merengek lagi.
Kepalanya di rebahkan ke bahu Aizrill.
Wah! Tinggi sungguh selera. Sakit-sakit
macam ni pun nak makan chicken grill.
Tapi, Aizrill rasa bahagia. Karna Auni sangat manja apabila sakit.
Okey! Dia kembali ke dapur. Nasib
baik ada ayam dan ada internet. Buat pertama kali dalam hidup, dia memasak ayam
panggang ikut resepi di internet. Nak kata sedap sangat tak juga tapi bolehlah
untuk dimakan.
Yang buat dia sangat bahagia apabila
Auni makan habis ayam yang dipanggangnya. Satu kebetulan yang sangat istimewa,
selera Auni sama dengan seleranya, suka makan ayam dan daging gril atau
panggang.
Duduk bersila diatas katil mengadap
satu sama lain sambil saling menyuap, saat indah yang tak pernah mampu Aizrill
padamkan dari ruang ingatannya. Dia rasa sangat bahagia. Kalau boleh, dia mahu
hentikan waktu agar mereka boleh terus duduk begitu.
No comments:
Post a Comment