PASAL QIN AMJA

Monday, 28 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 23





Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 23
Tarikh Post : 22 Disember 2015


Selesai mandi Auni Suryani merapati almari pakaian, mencari baju yang sesuai untuk ke pejabat. Dalam leka mencari, Auni Suryani terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Sebuah kucupan hangat melekat di bahu kanannya yang terdedah.

          “Terima kasih.” Ucap Tengku Aizrill Hazim.

         Auni Suryani mengerutkan dahi. Kenapa ?

          “Untuk apa terima kasih tu ?” tanya Auni Suryani. Hairan.

          Tengku Aizrill Hazim mengetatkan lagi pelukannya.

          “For being my wife. Sampai family you buang you disebabkan I.” jawab Tengku Aizrill Hazim dengan suara serak.

          “Terima kasih jugak sebab you sudi terima I yang tak sempurna…”

          “Shhh…jangan cakap macam tu. Tiada insan yang sempurna Auni Suryani.” Potong Tengku Aizrill Hazim lalu mengucup dahi Auni Suryani. Syahdu!

          Auni Suryani menyembamkan mukanya di dada Tengku Aizrill Hazim. Terima kasih Ya Allah!

          “Sayang ni, tak pakai baju lagi. Saje nak goda I ye ?” usik Tengku Aizrill Hazim selamba bersama senyuman nakalnya.

          Auni Suryani segera menolak tubuh Tengku Aizrill Hazim. Malu !

***

         “Sayang...”

        Langkah Auni Suryani terhenti.

          Beberapa detik sahaja, tubuh tegap Tengku Aizrill Hazim sudah berdiri tegak di depannya. Berkemeja putih, lengan baju berlipat hingga ke siku menampakkan lengannya yang sasa.

          Haih! Tak boleh tengok. Nanti ada rasa lain pula yang menyelinap. Pandangan terus diangkat.

          “Ya. Kenapa Aiz ?”

          “Yang you bersiap cantik-cantik ni nak pergi mana ?” Tengku Aizrill Hazim menilik isterinya dari atas ke bawah. Macam nak ke pejabat je ?

          “Cantik ke ? bukan I memang selalu cantik ?” Soal Auni Suryani sambil menjongketkan keningnya.

        “You memang selalu cantik dalam mata I. Dalam hati I . Tapi you belum jawab soalan I lagi, you nak kemana ni ?”

        “Pergi kerja la sayang…” jawab Auni Suryani sambil memandang ke dalam anak mata suaminya.
        
        “Tak payah pergilah. Bahaya kat pejabat tu nanti.”

        “Bahaya apa ? kat ofis tu semua kawan-kawan I. I’m sure that they’ll be fine. Don’t worry, okay ?” ujar Auni Suryani selamba. Dia yakin kawan-kawan nya pasti dapat menerima berita pernikahannya dengan Tengku Aizrill Hazim.

          “Yeah, I tak risau kan pasal kawan-kawan you. But, I risaukan pasal Mama.” 

          “Mama you ? Takkan mama you nak serang I di ofis pulak ? you ni fikir bukan-bukan pulak.” Auni Suryani mengusap pipi lelaki kesayangannya ini. Tengku Aizrill Hazim bagaikan berat untuk melepaskan isterinya. Risau benar dengan sebarang kemungkinan.

          “Please…izinkan I pergi ofis ?” melihat anggukan Tengku Aizrill Hazim terus berbunga hati Auni Suryani. Dia melompat di hadapan suaminya. Membuntang mata Tengku Aizrill Hazim melihatnya.

         “Sayang…careful la sikit. Bahaya baby dalam perut tu…”


          “Baik bos…”

Sunday, 27 December 2015

CERPEN : KAMI BAHAGIA PART 2



     
  
Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Kami Bahagia Bab 2
Tarikh Post : 28 Disember 2015


           Sudah sebulan majlis pertunangan mereka berlalu. Bermakna sudah sebulan juga Keisha Armani menjadi tunangan Aiman Daffa. Rasanya tiada perubahan yang berlaku dalam perhubungan mereka. Yang berubah mungkin hanya status yang disandang. Mereka masih seperti anjing dan kucing. Cuma tak tahu siapa yang kucing dan siapa yang anjing sahaja. Kalau ditanya kepada Keisha Armani, sudah tentu lah dia kucing. Habis takkan Aiman Daffa anjing pulak ? Haish, tak baik mengata bakal suami. Tak cium bau Syurga kau ! , desis hati Keisha Armani.          

          “Kau termenung apa lagi tu ? Makan cepat sikit boleh tak ? Aku ada class kejap lagi ni…” ujar Aiman Daffa. Jam Rado ditangan dikerling seketika. Semenjak bergelar tunang Keisha Armani sudah menjadi tugas dia untuk pastikan tunang kesayangannya ini makan tengahari sebelum pulang. Ulat buku sungguh, jangan first night nanti pun nak pegang buku sudah, naya aku ! bisik hati kecil Aiman Daffa.

          Mencerlung mata Keisha Armani menikam anak mata Aiman Daffa. Menganggu ketenteraman dia  sahaja mamat ni.

          “Ada aku suruh kau tunggu aku makan ke ?” bidas Keisha Armani. Tadi sibuk suruh orang makan, sekarang sibuk suruh cepat pulak.

          “Masalah nya papa suruh aku pastikan kau lunch dulu before balik. Ingat, lepas nikah nanti aku taknak kau slip lunch lagi. Kalau sakit nanti siapa susah ? Aku jugak kan ? Nanti orang semua cakap aku tak pandai jaga isteri pulak.” Keisha Armani menjulingkan matanya keatas.

          “Kau memang kuat membebelkan ? Cakap sikit bebel, cakap sikit bebel. By the way, aku ada setahun lagi untuk hidup single. So, jangan berlagak macam kau dah jadi husband aku, okay. Lambat lagi before kau betul-betul jadi husband aku.” Hah, Keisha Armani mula sound Aiman Daffa. Sangkanya Aiman Daffa akan kehilangan kata. Namun lelaki itu lebih bijak dan pantas berfikir.

          “Lambat lagi ehh sayang ? Takpa, nanti aku suruh mummy cepatkan majlis kita. Anyways, I can’t wait for our first night too.” Ujar Aiman Daffa. Mata dikenyitkan pada Keisha Armani. Mengeletis badan Keisha Armani melihat kenyitan nakal Aiman Daffa. Aiman Daffa tersengih-sengih.

          “Stop from being poyoness kau ni. Rasa mual aku, nak muntah !” Keisha Armani  buat gaya orang nak muntah. Makin lebar Aiman Daffa menyengih.

          “Aku baru sebut pasal first night kau dah muntah-muntah. Aku belum sentuh kau dah mengandung ke ? Power nya aku ni…” Aiman Daffa ketawa terbahak-bahak.

          “Oh God seriously, I can’t wait to kick you out and debush you.” jawab Keisha Armani laju.
          “Okay, enjoy your lunch my ‘princess’.” Ujar Aiman Daffa. Matanya masih difokuskan pada Keisha Armani yang sedang makan. Selera sungguh.

          Keisha Armani memandang kearah Aiman Daffa sebentar sebelum bibir dijuihkan. Suapan diteruskan. Keisha Armani terpaku saat terasa ada sesuatu yang melekap di tepi bibirnya. Wajah Aiman Daffa yang dekat dengan dia dipandang. Ibu jari lelaki itu selamba mengelap tepi bibirnya.

          “Daffa…” tiba-tiba satu suara menyapa mereka dan Keisha Armani terpaku melihat wajah lelaki itu. Dan keadaannya sekarang masih sama seperti tadi. Erk!

          “Danish, kau buat apa kat sini ? Bukan kau kat Melbourne ke ?” Aiman Daffa terus terbangun. Salam dihulur disambut kembali oleh Armand Danish. Ya, lelaki yang pernah merobek hati gadis bernama Keisha Armani suatu ketika dahulu. Keisha Armani menunduk sambil sambung kembali makan.

          “Yup, baru sampai dua minggu lepas. Aku kena uruskan pertukaran adik aku ke sana.” Jawab Armand Danish kembali. Matanya mengintai gadis yang menunduk menyembunyikan wajah. Mungkin gadis itu malu ditangkap sedang bermesraan dengan Aiman Daffa, desis hati Armand Danish tanpa mengetahui siapa gadis yang bersama Aiman Daffa.

        “So, aku dengar kau dah bertunang. And I’m sure gadis yang bertuah tu mesti gadis yang hebat. Bukan senang nak tackle romeo Malaya ni.” soal Armand Danish dalam nada gurauan. Jauh disudut hatinya dia yakin gadis itu benar-benar luar biasa karna dapat menakluki hati rakan baiknya. Aiman Daffa bukan lelaki sembarangan. Dia tidak akan bercinta jika tidak ada cinta dihatinya. Dia takkan buat keputusan untuk bertunang jika gadis itu tidak sesuai dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

          “Ohh lupa pulak nak kenalkan dekat kau. Sayang, ni best friend aa..abang merangkap sepupu tersayang Armand Danish. Danish, this is my beautiful fiance…” Aiman Daffa yang tidak mengetahui apa-apa diantara Armand Danish dan Keisha Armani memperkenalkan dua insan yang sudah saling mengenali.

          “Keisha Armani…” Armand Danish bersuara. Kini giliran dia pula yang terpaku. Gadis yang sudah lama dicarinya sudah di depan mata.Senyuman kelat dihadiahkan buat mereka. Tunang ? jadi tunang Aiman Daffa adalah Keisha Armani . Orang yang saban hari amat dirinduinya.

          Keisha Armani mengambil beg galas dan beberapa buku miliknya di atas meja sebelum berlari pergi. Hilang selera untuk menjamah makanan. Sekarang, dia ingin melenyapkan wajah itu kembali dari kotak ingatannya. Dia menghentikan langkah kaki setelah terdengar jeritan Aiman Daffa memanggilnya. Dia duduk di bangku yang tidak jauh dari kafe di kampus mereka.
          “Kenapa kau lari tadi ?” soal Aiman Daffa. Armand Danish telah menceritakan segalanya kepada dia sebentar tadi sebelum dia mengejar Keisha Armani. Namun dia ingin mendengar sendiri dari mulut tunangnya.

          “ Aku benci dia ! aku benci dia, Daffa.”

          “Kenapa tiba-tiba nak bencikan Danish ? Apa dia dah buat dekat kau ?” soal Aiman Daffa lagi.

          “Kalau kau nak tahu, dia lelaki yang aku selalu cerita dekat Linda. Lelaki yang buat aku jadi macam ni. sampai bila-bila pun aku tak akan lupa apa yang dia buat dekat aku.” Keisha Armani menangis. Lagi-lagi dia menangis karna lelaki itu.

          Aiman Daffa menghulurkan sapu tangan miliknya. Keisha Armani mengelap air mata yang berjuraian dipipi mulus nya.

          “Keisha, walau apa pun yang Danish dah buat dekat kau, aku mohon kau maafkan dia. Sedangkan Nabi ampun kan umat, inikan kita yang memang banyak dosa ni. Ingat, kalau kita permudahkan jalan orang, Allah akan permudahkan jalan kita. Kita orang sepupu dekat Keisha. Dan kau tu bakal isteri aku. Aku taknak ada yang bermasam muka dalam keluarga kita nanti. Kau fikir lah…”

          Aiman Daffa mengatur langkah meninggalkan Keisha Armani. Dia ingin memberi sedikit ruang untuk Keisha Armani berfikir. Dia memerhatikan tunangnya dari jauh.

         Armand Danish mendekati Keisha Armani setelah sekian lama memerhatikan gadis itu.

          “Aman masih marahkan abang lagi ke ?” soal Armand Danish. Dia akui dia yang salah. Salah dalam menilai cinta gadis kecik molek dihadapannya ini.

          “Buat apa cari saya lagi. Pergilah. Saya ni tak sesuai dengan awak, Tuan Armand Danish.” Keisha Armani menghamburkan amarahnya.

          “Perempuan gemuk, hodoh ni takkan sesuai dengan siapa-siapa pon. Kotorkan pemandangan aje, kan Tuan Armand Danish ?” sinis suara yang dilontarkan oleh Keisha Armani. Armand Danish pejam mata saat suara Keisha Armani meniti di halwa telinganya. Sinis dan penuh dengan perlian. Panggilan abang juga sudah ditukarkan gadis itu.

         “Maafkan abang, Aman. Abang mengaku dulu abang bodoh. Abang permainkan Aman depan kawan-kawan abang. Tapi saat abang sedar semuanya, abang dah terlambat. Aman dah tinggalkan abang. Bertahun abang cari Aman sebelum abang buat keputusan untuk sambung belajar di Melbourne.” Ada air mata yang bergenang ditubir mata Armand Danish. Kini, dia benar-benar terlambat. Gadis pujaannya bakal menjadi isteri sepupunya sendiri.

         “Tapi, abang terkilan sikit sebab saat abang jumpa Aman kembali abang sekali lagi kehilangan Aman. Mungkin ni balasan Allah untuk abang sebab sia-siakan Aman dahulu. Masin mulut Aman, abang benar-benar jatuh cinta pada Aman. Abang bahagia sebab Aman dah bahagia sekarang. Abang tahu, Daffa akan jaga Aman lebih dari abang mampu jaga Aman. Abang pergi dulu. Sekali lagi maafkan abang sebab pernah mainkan hati Aman…” Armand Danish mengangkat punggung ingin berlalu membawa hatinya yang sakit. Terluka karna cinta hatinya kini sedang menjalin hubungan dengan insan lain. Lebih terluka lagi, apabila orang itu adalah sepupunya sendiri. Langkah kaki diatur perlahan melangkah meninggalkan Keisha Armani.

       “Armand tunggu !!!” Keisha Armani memanggil. Armand Danish menghentikan langkah kakinya sebelum berpaling kembali.

         “Mungkin betul kata Daffa. Saya patut maafkan awak. Semua orang buat kesilapan dan berhak mendapatkan kemaafkan.”

        “Aman maafkan abang ?” Armand Danish bertanya sekali lagi. Keisha Armani mengangguk sebelum tersenyum sedikit. Sikit aje, nanti marah pulak bakal suami tercinta. Hehe.   


        “Aku rasa drama sebabak kau orang ni dah habis kan ?” Aiman Daffa tiba-tiba menyampuk. Dia tersenyum senang buat Keisha Armani kerana bijak mengendalikan masalah.

          “So Danish, aku kena hantar buah hati aku ni balik dulu. Kejap lagi aku ada class lagi.” Aiman Daffa tarik tangan Keisha Armani menuju ke parking. Sampai di parking lot, Keisha Armani menepis pegangan tangan Aiman Daffa. Suka pegang tangan orang. Nasib berlapik, kalau tak dah lama kaki aku hinggap kat muka kau, desis hati Keisha Armani.

         “Masuk…kau ingat kau puteri gunung ledang ke aku nak bukakkan pintu untuk kau.” ujar Aiman Daffa. Melopong mulut Keisha Armani.

          “Buat apa nak naik kereta dengan kau. Aku bawak kereta sendiri pagi tadi. Aku balik sendiri la. Lagipun kau kata kau ada class petang ni. nanti lambat pulak.” Ujar Keisha Armani. Keisha Armani pusing badan membelakangi Aiman Daffa sebelum mengatur langkah kearah keretanya miliknya. Aiman Daffa berlari dari pintu kereta pemandu kepada Keisha Armani. Tangan gadis itu dipegang lembut. Keisha Armani menepis tangan Aiman Daffa kasar. Mamat nikan, memang menguji kesabaran aku, bisik hati kecil Keisha Armani.

          “Jangan pegang tangan aku boleh tak ?”

         “Okay, aku tak pegang. Aku hantar kau balik, please… lagipun aku ada benda nak cakap dengan kau sikit.”

          “Kereta aku macam mana ?” Keisha Armani mula mengalah. Tahu dia takkan menang kalau bertengkar dengan Aiman Daffa.

         “Tinggalkan kat sini. Esok aku ambik kau… jomm..” Keisha Armani sudah tersengih-sengih. Tangannya ditadah.

         “Apa ?” tanya Aiman Daffa pelik.

         “Nak drive.”

          “No. Ni kereta sport , Keisha.” Balas Aiman Daffa sambil menjeling GD Romeo miliknya. Gila nak bagi perempuan drive.

          Keisha Armani dah memuncung. Pintu disebelah pemandu dibuka dan terus lesap ke dalam. Aiman Daffa tersenyum lebar. Bahaya la , Cik Keisha Armani. Kot-kot accident , macam mana nak kahwin nanti sayang oi.

           Dia masuk ke pintu pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan mula memandu.
           Keisha Armani memeluk tubuh. Butang radio ditekan dan ditukarkan ke Era.fm. bergemang lagu One Direction.

          “ I wanna be your last yeah , baby let me your let me be your last first kiss… lalala.” Keisha Armani menyanyi kecil namun masih boleh boleh didengari oleh Aiman Daffa.

          Namun hanya separuh lagi dimainkan , Aiman Daffa dah tukar siaran ke Ikin.fm.

          “Hey !”

          “Ni la anak muda zaman sekarang , tahu dengar lagu macam tu , cuba dengar nasyid ni. Moga terbuka sikit hati kau.” dengan penuh syahdunya Aiman Daffa membalas. Siap mata terpejam-pejam lagi. Keisha Armani merengus. Ceh, cakap tak macam ustadz , padahal pegang-pegang tangan aku , desis Keisha Armani. Ehh , bukan dia pegang berlapik ke ? tiba-tiba hatinya bersuara. Isy , kau ni hati. Tak boleh tolak ansur langsung. Kenapa kau bela mamat poyo ni sangat , hah ? Keisha Armani kembali membalas suara hatinya. Sebab dia bakal suami kau. Syurga kau dekat tangan dia nanti. Erk!

          “Asal kau tak pakai jubah je ?”

          “Ini lah zaman sekarang. Tahu menilai dari luaran sahaja. Bila orang pakai jubah lengkap dengan serban sekali barulah kata kuat agama , bila pakai rock sikit mula la kata ‘Eh , confirm that guy selalu tinggal solat , puasa , suka clubbing’ semua. Don’t underestimate people under their cover , Keisha. Belum tentu lelaki yang pakai serban semua tu alim sangat. Itu antara dia dan Allah aje yang tahu.”

          Mata Keisha Armani terkelip-kelip. Tangan ditepuk.

          “Jangan tepuk tangan Keisha. Hayati apa yang aku cakap ni.”

          Keisha Armani terdiam. Kereta milik Aiman Daffa berhenti betul-betul dihadapan banglo milik Tan Sri Idris.

          Sebelum Keisha Armani membuka pintu , Keisha Armani menoleh memandang wajah tampan si tunang.

         “ Daffa , aku yakin kau mampu jadi suami yang baik untuk aku. Berkali-kali aku buat solat Istikharah minta petunjuk Allah. Mungkin Allah dah tentukan jodoh aku dengan kau. Aku tak boleh janji untuk jadi isteri yang taat dan baik untuk kau tapi untuk pengetahuan kau , aku takkan pernah berhenti mencuba. Dah la bye, masuk class petang ni jangan fikir pasal aku pulak. Aku tahu kau dah tangkap leleh dengan aku kan ? Haha. Bye. Assalamualaikum.” Keisha Armani terus keluar dari kereta mewah milik Aiman Daffa. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Seronok mengerjakan Aiman Daffa.
          Aiman Daffa tersenyum sambil menjawab salam. Lambaian Keisha Armani dibalas.

***

          Aiman Daffa tersenyum sendiri. Hati lelakinya kini benar-benar tercuit dengan tingkah dan laku gadis bernama Keisha Armani. Gadis itu sangat comel dan polos. Tetapi bijak mengendalikan keadaan.

          “Kau dah kenapa ni , Daffa ?” soal Nik Saffuan pelik. Apa yang tak peliknya , si Aiman Daffa ni tersengih-sengih sendiri. Dah macam orang gila aje.

          “What ?” soal Aiman Daffa kembali. Senyuman yang tadinya mekar dibibir mati serta merta. Dia memandang kearah Nik Saffuan dan Syed Amriz yang sudah tersengih memandangnya.

          “Kau tu yang kenapa ? Dari tadi kau tu tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa kau dah tempah wad bahagia kat Tanjung Rambutan ke apa ?” Hah , ambik kau Aiman Daffa ! Ni la padah bila Nik Saffuan bersuara. Memang kaw-kaw kau kena bahan punya.

          “Nik , kau jangan tak tahu.” Ujar Syed Amriz dengan tawa yang ditahan-tahan.
         “Tahu apa ?” Nik Saffuan kerut kening. Makin pelik kerana Syed Amriz pula yang ketawa.

         “Member kita sorang ni tengah angau bercinta. Ibarat makan tak basah , mandi tak kenyang la orang katakan.” Mana pepatah dia rembat ni ? salah pulak tu !

          “Angau bercinta ? Dengan siapa ? Keisha Armani ke ?” soal Nik Saffuan lagi.

          “Dengan tunang tersayang dia lahh… sekarang ni mana ada masa nak lunch dengan kita dah. Asyik luangkan masa dengan Keisha aje. Tadi pon mesti kau orang pergi dating kan ?” usik Syed Amriz.

          “Wuish , tu pasal la masuk class lambat tadi. Sakit perut konon. Padahal pergi dating tak ingat dunia.” Giliran Nik Saffuan untuk mengusik pulak.

          “Kannn…bawa-bawa bersabar sikit , Daffa. Majlis kau orang lagi berapa bulan aje lagi. Lepas tu kalau kau tak keluar bilik pon orang dah tak kesah.” Ketawa Nik Saffuan dan Syed Amriz bergabung. Seronok mereka dapat membahan rakan baik mereka yang seorang ni. bukan selalu.

         “Banyak la kau tak keluar bilik. Aku nak tanya ni , kau orang ni dah study ke untuk final exam ni ? Tahu membahan orang aje. Dah la , aku chau dulu.” Aiman Daffa tolak kerusi sebelum bangun. Langkah kaki diatur laju. Lagi cepat dia berjalan , lagi cepat dia lepas dari dua orang  makhluk yang sememangnya dilahirkan untuk membahan dia.

        “Lari ke bangggg…” ujar Syed Amriz bersama tawa yang masih bersisa. Tak sangka sahabat baik mereka , Aiman Daffa bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.     


                 “ Abang !” jerit seorang perempuan. Aiman Daffa menoleh. Seketika dia tersenyum melihat wajah adiknya. Dibelakangnya ada Keisha Armani , Qaseh Imani , Akira dan Leyla. Datang dah budak-budak kecik nakal ni , desis hati Aiman Daffa.

          “Pst…Daffa ada sini lah , beb.” Ujar Qaseh Imani separuh berbisik. Keisha Armani yang leka dengan handphonenya mengangkat muka. Dia memandang Qaseh Imani , dua-dua senyum nakal.

           “Hi abang Riz.” Sapa Keisha Armani dan Qaseh Imani serentak. Kemudian mereka menyengih bersama.

          “Dan hai abang Nik , and last but not least our gorgeous brother , abang Daffa.” Lembut sekali suara Keisha Armani. Syed Amriz dan Nik Saffuan tersengih-sengih. Buah hati dah datang , Aiman Daffa mencuka pula. Apa kes ? bergaduh ke apa ?

          “Hai abang Daffa kita ni asal tiba-tiba monyok aje ? Buah hati datang pon nak monyok ke ? Keisha , kau orang gaduh ehh ?” Syed Amriz mengedik dengan Aiman Daffa. Dia mengusap lembut lengan Aiman Daffa.

          “Ya Allah , geli aku. Kau ni gay ke apa ?” pekik Aiman Daffa. Pahal tiba-tiba gedik semacam.

          “ Abang kita orang nak lawan team abang boleh ?” sampuk Ellinda Natasya , adik kepada Aiman Daffa. Aiman Daffa terdiam seketika.

          “Abang boleh tak ?” tanya Ellinda Natasya lagi. Aiman Daffa menoleh.

          “ Kau orang ni reti main futsal ke ?” Eleh ingat kita orang ni tak tahu main ke apa ? tolong sikit ehh , ni Keisha Armani okay.

          “Qaseh dengan Keisha boleh.” Keisha Armani jawab laju sambil senyum nakal pada Qaseh Imani. Sah ada agenda tertentu.

          “Urmmmm okay , pergilah main dengan Riz dan Nik.” Ujar Aiman Daffa lalu duduk dibangku kerusi yang bersebelahan dengan Keisha Armani. Malas nak main kalau ada buah hati tersayang ni , terasa lemah lututnya untuk berdiri , jantung asyik dupdap dupdap sahaja. Cuma , Keisha Armani saje yang tak tau isi hatinya.

          “Jom la Daffa. Takkan kau tak nak main pulak ?” soal Nik Saffuan.

         “Kau pergilah , aku malas.” Dalih Aiman Daffa.

          “Takut ke bangggggg.” Keisha Armani sengaja berbisik dekat dengan telinga Aiman Daffa.

          “Kau cabar aku ke budak ?” tanya Aiman Daffa. Tin air diletakkan di tepi.

          “Lebih kurang. Join la kalau kau berani. Well , saham kau takkan jatuh pun kalau lawan dengan perempuan. Aku kuatlah. Takpe , jangan risau , okay.” Balas Keisha Armani dan terus cabut lari.

          “Aku join. Jom.” Semangat suara Aiman Daffa. Tak mahu kalah dengan cabaran Keisha Armani.


          “Aduh!” Keisha Armani menjerit kuat saat dia terjatuh ketika menyepak bola. Qaseh Imani bergegas ke arah Keisha Armani. Aiman Daffa yang sedang meneguk air mineral turut berlari ke arah Keisha Armani. Risau jika gadis itu ditimpa kesakitan.

          “Tadi kata kuat sangat kan. Tu lah , lain kali jangan riak.”Aiman Daffa menekan kaki Keisha Armani yang membengkak. Keisha Armani menahan rasa sakit.

         “Sakitlah. Kau ni!” mulut Keisha Armani melopong saat tubuhnya dicempung oleh seseorang dan lelaki itu adalah Aiman Daffa. Jantung Keisha Armani dah dupdap dupdap dah. Tubuhnya sangat hampir dengan tubuh Aiman Daffa. Ya Allah , Kau ampunkan dosa umatmu ini. Keisha Armani rasa nak menangis. Satu sebab sakit dan satu lagi sebab malu.

          “Kau jangan nak ambil kesempatan , okay.” Keisha Armani mengeluarkan amaran keras buat Aiman Daffa. Lelaki itu tergelak kecil.

          “ Okay , aku lepas…” ugut Aiman Daffa. Dia berpura-pura melepaskan Keisha Armani. Serta-merta Keisha Armani berpaut pada leher Aiman Daffa. Anak mata mereka bersabung. Satu rasa yang aneh mengalir dalam darah mereka. Rasa yang sememangnya wujud selama ini apabila mereka bersama. Namun saat ini , rasa itu semakin kuat. Mungkin karna jarak antara mereka yang terlalu dekat.

1.sorry lambat pos. (hehe)
2.sorry pendek.(kihkih)
3.sorry tak best (ermm)
4.sorry for everythings!(hihi)

untuk next chapter , insya Allah esok or anytime je hehe :) Kindly, leave ur comments, my dearies <3 jangan lupa tinggalkan jejak anda disini.

Tuesday, 22 December 2015

KEBANGGAAN ORANG PERLIS



----------------------------------------­---------------------------
PERBUALAN AKHIR ARWAH YUS JAMBU
----------------------------------------­---------------------------

Berkongsikan kisah pelawak yang diminati ramai ini, rakan serumah Pak Yus, Wan Sharizon Rahim menyatakan beliau tidak menyangka perubahan sikap arwah baru-baru ini yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Menurut Wan Shahrizon lagi yang telah mengenali Yus sejak 20 tahun lalu, perkara ini hanya disedari beliau selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi. "Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau juga memberitahu, semalam semasa Yus membuat persembahan terkahir pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya dipetik BH Online.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi."

"Namun, sebaik kami melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri."

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Lihatlah, disembunyikan kesakitan demi menghiburkan peminat dan sesuap nasi. Anda harus hargai persembahan terakhir arwah yang cuba mengibur anda ini. Arwah disaat akhir mengakui bahawa menyanyi adalah amat sukar berbanding bermain bola sepak.

p/s : kebanggaan orang Perlis selamanya. damailah dikau di sana wahai penghibur.. gamba diatas dirakam ketika arwah datang ke Sekolah Rendah Islam 1 Abi Tok Hashim, Perlis. sekolah lama aku.

CERPEN : KAMI BAHAGIA PART 1



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Kami Bahagia Bab 1
Tarikh Post : 23 Disember 2015


                   “DAFFA , kau kena tolong aku !” Keisha  menggoncang badan Aiman Daffa sekuat hatinya. Aiman Daffa yang ralit bermain Iphone 6 menghentikan perbuatannya.

          “Tolong apa ? serabut la kau ni. Cuba bagitahu elok-elok. Ni datang-datang terus minta tolong.” Aiman Daffa membetulkan rambut pacaknya.

          “Nikah dengan aku ? please…. Aku dah tak tahu nak buat apa ni…” membuntang mata Aiman Daffa melihat Keisha Armani hampir menangis.

          “Keisha, kau mengandung ke ?” Tempik Aiman Daffa.

            Berombak dadanya menahan rasa. Keadaan taman kampus yang ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa yang mendinginkan tiba-tiba terasa panas. Dahinya merinik peluh. Terkejut dengan kenyataan Keisha Armani.

          “Isy kau ni tak payah la jerit-jerit. Kau nak bagi satu kampus dengar ke apa ?” soal Keisha Armani. Aiman Daffa pegang kedua-dua belah bahu Keisha Armani. Anak mata mereka bersatu.

          “Kau bagi tahu aku siapa punya kerja ? Tahu la macam mana aku nak ajar jantan tu.”

          “Kau ni bodoh la. Aku tak mengandung.” Keisha Armani tolak muka Aiman Daffa. Aiman Daffa buat muka. Pelik ?

          Kalau tak mengandung kenapa ajak dia nikah ? Ke perempuan ni dah tangkap leleh dengan dia ?

          “Dah tu ? Pahal pulak ajak aku kahwin dengan kau ni ?” soal Aiman Daffa.

          “ Papa nak kahwinkan aku dengan Iskandar mamat playboy tu.”

          “Iskandar ? Budak degree fine art tu ?” Keisha Armani mengangguk mengiakan Aiman Daffa.

          “Daffa, please tolong aku. Aku taknak hidup dengan mamat sewel tu.” Keisha Armani genggam tangan Aiman Daffa.

          “Habis kau nak hidup dengan aku ke ?” Aiman Daffa menjongketkan kedua-dua belah keningnya.

          “Lebih baik kau daripada Iskandar.” Keisha Armani mengakui sememangnya dia lebih menyenangi Aiman Daffa berbanding dengan Iskandar.

          Abang kepada kawan baiknya Ellinda Natasya selalu melindungi Linda dan dia dari sesiapa. Sifat keabangan dalam diri itu yang menyebabkan Keisha Armani yakin dengan pilihannya.
          “Kau suka aku sebenarnya kan ?” Keisha Armani menolak bahu Aiman Daffa.

          “Aku anggap kau dah setuju nak kahwin dengan aku.” Ujar Keisha Armani sambil memegang buku. Langkah diatur meninggalkan Aiman Daffa.

         “Yuhu…Kau cintakan aku ! Keisha Armani cintakan Aiman Daffa!” jerit Aiman Daffa. Tidak peduli dengan pandangan yang dilemparkan oleh siswa dan siswi yang lain.

          “Daffa !!!” jerit Keisha Armani kembali. Aiman Daffa tersenyum senang.

          “Kau memang gila !”  sambung Keisha Armani sambil tergelak. Padan muka kau, Daffa!

          RIZ , aku nak tanya kau sesuatu ni.” soal Aiman Daffa kepada Syed Amriz sementara rehat dari bermain tenis. Menjadi kebiasaan mereka apabila tiada class akan lepak disini.

         “Ehh, macam serius je. Selama ni tak pernah nak minta izin pun kalau nak tanya. Main serbu je. Ni tiba-tiba nak minta izin bagai.” Syed Amriz bersuara. Pelik dengan rakannya yang seorang ni. botol air di meja dicapai.

          “Kau rasakan kalau aku nikah dengan Keisha okay tak ?” Syed Amriz tersembur air hundred plus yang diminumnya.

           “Kau biar betul ?” Syed Amriz kembali menyoal. Aiman Daffa hanya mengangguk. Tiba-tiba pecah tawa dari mulut Syed Amriz.

          “Kau dah kenapa ketawa pulak ? Aku bukan tengah melawak pon.” Aiman Daffa tumbuk bahu rakannya. Bukan kuat sangat pun. Malah makin kuat Syed Amriz ketawa.

          “Kau nak nikah dengan Keisha ? Keisha Armani ? Best Friend Forever Linda  ? Adik kau tu ?” Syed Amriz memulakan misi menyoal nya. Dah ada lagak macam polis pulak. Memang ada bakat jadi polis Syed Amriz ni, desis hati Aiman Daffa.

          “Yelah, BFF Linda.” Aiman Daffa sendiri buntu memikirkannya. Memang dia sayangkan budak kecik tu tapi tak terlalu awal ke untuk mereka berkahwin ?

          “Kau biar betul ni, Daffa ? Kau dengan Keisha kan macam kucing dengan anjing. Tiba-tiba aje nak nikah bagai ni.” Syed Amriz pelik. Bukan dia tak tahu macam mana hubungan Aiman Daffa dengan Keisha Armani sebelum ni. sound fishy aje.

          “Kau terlanjur dengan Keisha ke ?” sambung Syed Amriz. Dia tersengih-sengih memandang kearah Aiman Daffa. Kecik besar kecik besar aje Aiman Daffa pandang Syed Amriz.

          “Kau kalau teringin nak Puan Sri Syarifah Kamilah tengok anak kesayangan dia ni tak cukup jari kaki, kau cakap lagi macam tu.” Syed Amriz hanya ketawa. Lucu melihat wajah cemberut rakan baiknya. Ni kalau ada Nik Saffuan lagi teruk Aiman Daffa ditertawakan. Sayangnya sahabat mereka yang satu itu sedang di Australia menemani adiknya menjalani rawatan kesihatan.

          “Aku bergurau aje. Tapi aku peliklah.”

          “Pelik kenapa pulak ?” Dahi Aiman Daffa berkerut.

          “Kenapa tiba-tiba kau cakap nak nikah dengan Keisha pulak ? Nak kata bercinta, tak. Nak kata si Keisha tu mengandung anak kau lagi lah tak.” Aiman Daffa melepaskan keluhan berat. Dia sememangnya tidak pernah berahsia dengan rakan-rakannya.

          “Sebenarnya… sebenarnya… macam mana aku nak cakap dengan kau. Budak kecik tu kena paksa nikah dengan Iskandar.” Luah Aiman Daffa berharap Syed Amriz mampu memberi jalan keluar.

          “Iskandar budak degree Fine Art tu ke ?” soal Syed Amriz.

          “Yup! Please help me to fix this. Aku dah buntu.” Kini giliran Syed Amriz pula mengerutkan kening tebalnya. Si Keisha yang kena paksa nikah dia yang gelabah habis ni dah kenapa ? , desis hati Syed Amriz.

          “Kalau Si Keisha tu kena paksa nikah, kenapa kau pulak yang gelabah habis ni ? Biar lah dia nikah.” Ujar Syed Amriz. Tiba-tiba terbit senyuman dibibirnya. Senyuman nakal dilontarkan kepada Aiman Daffa.

          “Kau cintakan Keisha kan ?” sambung Syed Amriz.

          “Perlahanlah sikit bodoh ! Ya, aku cintakan dia dari mula aku kenal dia lagi.” Ujar Aiman Daffa menyatakan isi hati nya.

           “Hmm… aku dah lama agak dah benda ni. Patutlah kau pandang si Keisha tu semacam aje masa kita hantar Hasif kat airport hari tu. Kau cemburu sebenarnya kan ?” Syed Amriz memulakan misi membahan rakannya. Aiman Daffa menginggati saat-saat itu.


          “SAMPAI sana nanti call bagitau kitorang.” Ujar Aiman Daffa. Syed Amriz disebelahnya mula bersuara.

          “Jangan lupa cari awek mata biru kat aku sorang. Boleh Mama aku buat menantu.” Ujar Syed Amriz sambil ketawa. Mau pengsan Puan Sri Syarifah Kamariah kalau dia benar-benar ada awek mata biru, desis hati Syed Amriz.

          “Abang Hasif !!” jerit satu suara. Serentak itu mereka bertiga menoleh kearah suara yang menjerit. Kelihatan Keisha Armani berlari kearah mereka.

          “Keisha…” Hasif Mikael bersuara. Terkejut dengan kedatangan Keisha Armani ke lapangan terbang.

          “Sampai hati abang Hasif tak bagitau Keisha pon yang abang nak pergi London. Abang tak sayang Keisha ke ?” Keisha bersuara tersekat-sekat. Penat gara-gara berlari dari parking lot tadi. Disisinya ada Ellinda Natasya yang turut termengah-mengah. Aiman Daffa merengus kasar. Semestinya rasa cemburu yang bertandang.

          “Bukan abang sengaja tak nak bagitahu Keisha tapi abang tak tau macam mana nak bagitau. Abang terpaksa pergi sana atas permintaan papa abang.” Keisha Armani menangis. Dia sayangkan Hasif Mikael. Lelaki itu telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri sementelah dia merupakan anak tunggal Tan Sri Idris.

          “Keisha, sudahlah. Janganlah menangis lagi. Malu la orang tengok.” Ellinda Natasya memujuk Keisha Armani yang masih menangis.

         “Tak payah beria-ria menangis bagai. Hasif ni bukan suami kau pon. Menangis macam mati laki aje aku tengok.” Aiman Daffa bersuara. Dan seperti biasa, kata-kata yang dilontarkan pada gadis kecil dihadapannya akan berbaur kasar. Namun disebalik itu, ada satu rasa yang sedaya upaya disorokkan dari pengetahuan semua orang. Cemburu. Ya, dia cemburukan Hasif.

          “Kalau aku menangis keluar air mata darah pon kau peduli apa ? Bukan aku pakai air mata kau pon. Sibuk aje.” bidas Keisha Armani. Mencerlung matanya memandang Aiman Daffa yang berdiri tegak. Kedua belah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar. Dia mengenakan t shirt belang-belang lengan panjang menampakkan lagi ketampanannya.

          “Abang Hasif, Keisha ada buatkan karipap untuk abang. Nanti abang makan la dalam flight.” Keisha Armani menghulurkan bekas berisi karipap yang dimaksudkan. Namun belum sempat disambut oleh Hasif Mikael, bekas itu sudah selamat dalam genggaman Aiman Daffa.

          “Karipap ? Sini aku rasa dulu. Entah-entah kau letak racun dalam makanan ni. Tak pasal-pasal kau kena keracunan makanan, Sif.” Ujar Aiman Daffa sambil membuka penutup bekas itu.

          “Daffa, jangan makan. Aku buat untuk…” belum sempat Keisha Armani menghabiskan ayatnya karipap itu sudah selamat masuk dalam mulut Aiman Daffa. Aiman Daffa tersenyum kemenangan.

           “Daffa, karipap tu Keisha buat untuk aku. Kau ni!!” ujar Hasif Mikael.

          “Aku rasa aje. By the way, sedap karipap ni. Betul ke kau yang buat ?” ujar Aiman Daffa sengaja mengapi-apikan kemarahan Keisha Armani.

         “Abang Aiman….” Ellinda Natasya cuba merungkaikan  bunga-bunga pertelingkahan diantara abang dan rakan baiknya.

          ‘What ?’ ujar Aiman Daffa melalui pandangan matanya yang dihantar kepada Keisha Armani. Sengaja .
          “Stop it Daffa. Don’t start here. Malu la sikit…” Syed Amriz pula bersuara setelah lama memerhati.

          “BETULKAN kau cemburu ?” ujar Syed Amriz mematikan lamunan Aiman Daffa pada kejadian beberapa bulan lalu. Aiman Daffa tersenyum membalas soalan rakannya.

         “Stop talking about me. Sekarang, aku nak kalahkan kau.” ujar Aiman Daffa. Langkah diatur ke gelanggang tennis meninggalkan Syed Amriz yang masih berehat.

          “ Kau takkan boleh kalahkan aku punya.” Bidas Syed Amriz. Cabaran Aiman Daffa diterima. Pertarungan sebentar tadi kembali bermula. Semenjak Nick Saffuan ke Australia dan Hasif Mikael ke London mereka bermain berdua sahaja. 



         “         Kak Sal, daddy ada tak  ?” Aiman Daffa menyoal setiausaha ayahnya. Kak Salmah mengangguk.

          “Ada buat appointment ?” Kak Salmah menyengih memandang Aiman Daffa. Aiman Daffa garu kepala yang tidak gatal.

          “Nak jumpa daddy sendiri pun kena buat appointment ke ?” Aiman Daffa menyoal kembali.

          “Takde lah. Akak saje aje cakap macam tu dekat Daffa. Kejap ye…” Kak Salmah menekan butang intercom. Setelah mendapat keizinan untuk bertemu ayahnya, Aiman Daffa melangkah ke bilik yang menempatkan ayahnya.
          “Terima kasih, Kak Sal…”


           “DADDY, Aiman ada benda nak bincang sikit. Daddy busy ke ?” Aiman Daffa menyoal Tan Sri Nasrul.

         “Ada apa Aiman ? Bunyi macam penting aje.”

          “Dy, what do you think about ‘kahwin muda’ ?” Aiman Daffa menyoal ayahnya.

          Tan Sri Nasrul terhenti dari meneruskan kerjanya. Tumpuan dialihkan kepada anak lelaki nya.

         “ Baguslah. Kahwin muda ni bawa banyak benefit to our life. Especially for young man like you…” Aiman Daffa mengangguk tanda mengerti.

          “Kenapa tiba-tiba tanya daddy pasal ni?”

          “No, I’m just asking.” Aiman Daffa gelisah sendiri. Bingung dan tak tahu bagaimana untuk menerangkan hal yang sebenar kepada ayahnya.

         “But, I don’t think so.” Tan Sri Nasrul meneka sendiri.

         “Do you in love with someone ?” sambung Tan Sri Nasrul. Matanya difokuskan kepada anaknya. Aiman Daffa mengeluh berat.
 
        “Yup .”

        “With whom ?Wanna share with me ?” soal Tan Sri Nasrul.

        “Emmm…Bff Linda. Tapi ada masalah sikit, Dy.” Aiman Daffa memicit dahinya.

        “Bff adik ? what’s the problem? Gaduh ke ?” soal Tan Sri Nasrul.

        “Biasalah kalau bercinta ni. gaduh-gaduh kecik tu dah jadi asam garam. Kamu kena pandai control keadaan agar hubungan tu kekal lama.” Tan Sri Nasrul mula mengeluarkan petua hubungan yang berkekalan.

       “Bukan masalah gaduh Daddy.Tapi, ayah dia nak kahwin kan dia dengan orang lain.” Akhirnya terluah jua ayat yang disusun dari semalam.

       “So, Daddy kena pinang dia untuk kamu la ni…” Tan Sri Nasrul mengerti maksud yang ingin disampaikan oleh anak nya.

      “Please Dy…this is the last time.” Tan Sri Nasrul mengangguk.

“Boleh, but make sure kamu kerja dengan Daddy next year.” Tan Sri Nasrul cuba berdiplomasi dengan anaknya.

      “Dy, tahukan Aiman tak nak. Aiman nak kerja sendiri. Cari pengalaman.”
         “Okay boleh. Tapi kamu pergi la pinang sendiri kekasih kamu tu. Kalau ayah dia tolak Daddy tak rugi. Kamu yang rugi.”

      “Dy, jangan buat macam ni. Okay-okay Aiman kerja dengan Daddy. Puas ?”  Tan Sri Nasrul ketawa melihat wajah cemberut anaknya.

***

       “PAPA , jangan buat Keisha macam ni. Keisha tak nak kahwin dengan Iskandar.” Keisha Armani merayu pada papa kesayangannya. Dia telah kehilangan ibu tercinta lima tahun yang lalu akibat kanser hati yang dideritai ibunya.

       “Papa buat semua ni untuk kamu, Keisha. Papa yakin yang kamu akan bahagia dengan Iskandar.” Tan Sri Idris berharap benar anaknya akan berbahagia dengan Tengku Iskandar.

       “Tapi Keisha tak cintakan dia, Pa. Tolong la faham.”

      “Cinta boleh wujud lepas nikah. Keisha boleh belajar cintakan Iskandar lepas nikah sayang.”

        “Tak mungkin Pa. Keisha tak mungkin cintakan Iskandar. Sebab dalam hati Keisha ada orang lain. Dan Keisha cintakan dia, Pa.”
         “Okay, kalau betul Keisha dah ada kekasih, bawa dia jumpa papa. Biar papa tentukan dia layak ke tak dengan kamu.”

        “Dia on the way kesini dah. Whether you like it or not, Keisha tetap pilih dia.” Ujar Keisha sebelum berlalu ke dapur. Ingin menyediakan sesuatu buat ayahnya dan Aiman Daffa yang akan sampai beberapa minit lagi.

         “Jadi kamu ni kekasih anak saya, Keisha ?” soal Tan Sri Idris. Mencerlung matanya menilik lelaki yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta bersama anak nya. Aiman Daffa memandang kearah Keisha Armani. Lama sebelum kepala dijatuhkan dan menganguk.

       “Ya, saya Uncle.” Aiman Daffa bersuara yakin. Yakin dengan kehendak hatinya. Sejujurnya dia belum bersedia memikul gelaran sebagai suami namun apabila mengenangkan Keisha Armani akan dinikahkan dengan Iskandar rasa itu ditolak ketepi. Keisha Armani harus menjadi miliknya.

       “ Kamu ni dah kerja ke ?”

       “Saya masih belajar lagi, Uncle. Tahun akhir di universiti yang sama dengan anak uncle.” Aiman Daffa semakin gerun melihat wajah yang dilontarkan Tan Sri Idris terhadapnya.

         “Kamu betul-betul cintakan anak saya ?” sudah ada lagak polis pencen papa budak kecik ni. soal macam aku nak bunuh anak dia aje. garang semacam , desis hati Aiman Daffa.

        “Setulus hati saya, uncle. Dari mula saya kenal Keisha hati saya dah tertarik dengan dia, Uncle.” Aiman Daffa meluahkan apa yang sememangnya dari hatinya. Bukan rekaan semata.

       “Kalau kamu nikah dengan anak saya, apa yang kamu akan janjikan padanya ?” ‘berapa banyak soalan ni ?’ Keisha Armani menyoal ayahnya lewat pandangan mata.

        “Saya tak janjikan bulan dan bintang untuk dijadikan perhiasan buat anak Uncle. Saya tak janjikan kemewahan untuk masa depan anak Uncle. Tapi saya akan berusaha semampu saya untuk pastikan yang saya sendiri akan pimpin tangan Keisha dan bakal anak-anak kami menuju ke Syurga, Insya Allah.” Keisha mengusap air di tubir mata nya. Tiba-tiba bocor pulak.

         “Kalau macam tu… kamu boleh hantar rombongan meminang secepat yang mungkin.” Ujar Tan Sri Idris sambil tersenyum. Keisha Armani memeluk ayahnya.

         “Thanks, Pa.” ujarnya. Aiman Daffa lega apabila ayah Keisha Armani sudah memberikan lampu hijau.
         “Uncle, kalau boleh saya nak minta tempoh sedikit. Sehingga saya tamat belajar .”

        “Bila kamu tamat belajar ?” soal Tan Sri Idris sambil tersenyum. Kini dia yakin lelaki dihadapannya mampu membimbing anaknya.

         “Insya Allah lagi berapa bulan aje Uncle.”

        “Okay.”

       “Terima kasih Uncle. Tapi saya ingat nak ikat anak Uncle dulu.” Ujar Aiman Daffa lebih yakin.

       “Maksud kamu nak bertunang dulu ?”

       “Kalau uncle izinkan…”
 
       “Apa-apa aje untuk princess Uncle ni…” Aiman Daffa bersalaman dengan bakal bapa mertua nya sebelum pulang. Acewahh bapa mertua. Belagak kau !



p/s : MENARIK ? KALAU BERMINAT UNTUK SAMBUNGANNYA RAJIN-RAJINLAH KOMEN YA… AKU JANJI CERVEL KALI NI MEMANG LAIN DARI YANG LAIN. SELALU AKU BUAT KEBANYAKANNYA KAHWIN SEMBUNYI KAN ? KALI NI TAK. AKU AKAN TAMPILKAN BANYAK KELAINAN DARI SUDUT JALAN CERITA