Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 23
Tarikh Post : 22 Disember 2015
Selesai
mandi Auni Suryani merapati almari pakaian, mencari baju yang sesuai untuk ke
pejabat. Dalam leka mencari, Auni Suryani terasa tubuhnya dipeluk dari
belakang. Sebuah kucupan hangat melekat di bahu kanannya yang terdedah.
“Terima kasih.” Ucap Tengku Aizrill
Hazim.
Auni Suryani mengerutkan dahi. Kenapa
?
“Untuk apa terima kasih tu ?” tanya
Auni Suryani. Hairan.
Tengku Aizrill Hazim mengetatkan lagi
pelukannya.
“For
being my wife. Sampai family you buang you disebabkan I.” jawab Tengku
Aizrill Hazim dengan suara serak.
“Terima kasih jugak sebab you sudi
terima I yang tak sempurna…”
“Shhh…jangan cakap macam tu. Tiada
insan yang sempurna Auni Suryani.” Potong Tengku Aizrill Hazim lalu mengucup
dahi Auni Suryani. Syahdu!
Auni Suryani menyembamkan mukanya di
dada Tengku Aizrill Hazim. Terima kasih Ya Allah!
“Sayang ni, tak pakai baju lagi. Saje
nak goda I ye ?” usik Tengku Aizrill Hazim selamba bersama senyuman nakalnya.
Auni Suryani segera menolak tubuh
Tengku Aizrill Hazim. Malu !
***
“Sayang...”
Langkah Auni Suryani terhenti.
Beberapa detik sahaja, tubuh tegap
Tengku Aizrill Hazim sudah berdiri tegak di depannya. Berkemeja putih, lengan
baju berlipat hingga ke siku menampakkan lengannya yang sasa.
Haih! Tak boleh tengok. Nanti ada
rasa lain pula yang menyelinap. Pandangan terus diangkat.
“Ya. Kenapa Aiz ?”
“Yang you bersiap cantik-cantik ni
nak pergi mana ?” Tengku Aizrill Hazim menilik isterinya dari atas ke bawah.
Macam nak ke pejabat je ?
“Cantik ke ? bukan I memang selalu
cantik ?” Soal Auni Suryani sambil menjongketkan keningnya.
“You memang selalu cantik dalam mata I.
Dalam hati I . Tapi you belum jawab soalan I lagi, you nak kemana ni ?”
“Pergi kerja la sayang…” jawab Auni
Suryani sambil memandang ke dalam anak mata suaminya.
“Tak payah pergilah. Bahaya kat pejabat tu nanti.”
“Bahaya apa ? kat ofis tu semua
kawan-kawan I. I’m sure that they’ll be
fine. Don’t worry, okay ?” ujar Auni Suryani selamba. Dia yakin kawan-kawan
nya pasti dapat menerima berita pernikahannya dengan Tengku Aizrill Hazim.
“Yeah, I tak risau kan pasal
kawan-kawan you. But, I risaukan
pasal Mama.”
“Mama you ? Takkan mama you nak
serang I di ofis pulak ? you ni fikir bukan-bukan pulak.” Auni Suryani mengusap
pipi lelaki kesayangannya ini. Tengku Aizrill Hazim bagaikan berat untuk
melepaskan isterinya. Risau benar dengan sebarang kemungkinan.
“Please…izinkan
I pergi ofis ?” melihat anggukan Tengku Aizrill Hazim terus berbunga hati Auni
Suryani. Dia melompat di hadapan suaminya. Membuntang mata Tengku Aizrill Hazim
melihatnya.
“Sayang…careful la sikit. Bahaya baby
dalam perut tu…”
“Baik bos…”
Sweet lah aiz nihh.ksian dkt auni kna buang kluarga.
ReplyDeletehaha... tq for comment ...:)
DeleteAkkk.....sambung lagi....semua cerpen yg tergantung tu.....ngn novel akk nih habis kat blog lahh......best sgtttttt...reallllyyyyyy love ittttt
ReplyDeletesaya cuba habiskan novel saya di blog ni. maaf untuk semua cerpen saya yang tergantung tu. maybe tak dapat siapkan dalam masa terdekat sebab sekarang tengah fokus untuk habiskan manuskrip Karna Rahsia Hati. sorry
Deletebest sgt novel tu , I like
ReplyDeletetenkiuuu for supporting me... but sorry to tell u that Karna Rahsia Hati terpaksa diberhentikan seketika atas alasan pengubahsuaian.. sorry.. and pleasure to read my others cerpen and kindly left ur comment for me...:)
Delete