Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Kami Bahagia Bab 2
Tarikh Post : 28 Disember 2015
Tajuk : Kami Bahagia Bab 2
Tarikh Post : 28 Disember 2015
Sudah sebulan majlis pertunangan
mereka berlalu. Bermakna sudah sebulan juga Keisha Armani menjadi tunangan
Aiman Daffa. Rasanya tiada perubahan yang berlaku dalam perhubungan mereka.
Yang berubah mungkin hanya status yang disandang. Mereka masih seperti anjing
dan kucing. Cuma tak tahu siapa yang kucing dan siapa yang anjing sahaja. Kalau
ditanya kepada Keisha Armani, sudah tentu lah dia kucing. Habis takkan Aiman
Daffa anjing pulak ? Haish, tak baik mengata bakal suami. Tak cium bau Syurga kau ! , desis hati Keisha Armani.
“Kau termenung apa lagi tu ? Makan
cepat sikit boleh tak ? Aku ada class
kejap lagi ni…” ujar Aiman Daffa. Jam Rado
ditangan dikerling seketika. Semenjak bergelar tunang Keisha Armani sudah
menjadi tugas dia untuk pastikan tunang kesayangannya ini makan tengahari
sebelum pulang. Ulat buku sungguh, jangan first
night nanti pun nak pegang buku sudah, naya aku ! bisik hati kecil Aiman
Daffa.
Mencerlung mata Keisha Armani menikam
anak mata Aiman Daffa. Menganggu ketenteraman dia sahaja mamat ni.
“Ada aku suruh kau tunggu aku makan
ke ?” bidas Keisha Armani. Tadi sibuk suruh orang makan, sekarang sibuk suruh
cepat pulak.
“Masalah nya papa suruh aku pastikan
kau lunch dulu before balik. Ingat, lepas nikah nanti aku taknak kau slip lunch lagi. Kalau sakit nanti siapa
susah ? Aku jugak kan ? Nanti orang semua cakap aku tak pandai jaga isteri
pulak.” Keisha Armani menjulingkan matanya keatas.
“Kau memang kuat membebelkan ? Cakap
sikit bebel, cakap sikit bebel. By the
way, aku ada setahun lagi untuk hidup single.
So, jangan berlagak macam kau dah jadi husband
aku, okay. Lambat lagi before kau betul-betul
jadi husband aku.” Hah, Keisha Armani
mula sound Aiman Daffa. Sangkanya
Aiman Daffa akan kehilangan kata. Namun lelaki itu lebih bijak dan pantas
berfikir.
“Lambat lagi ehh sayang ? Takpa,
nanti aku suruh mummy cepatkan majlis
kita. Anyways, I can’t wait for our first
night too.” Ujar Aiman Daffa. Mata dikenyitkan pada Keisha Armani.
Mengeletis badan Keisha Armani melihat kenyitan nakal Aiman Daffa. Aiman Daffa
tersengih-sengih.
“Stop from being poyoness kau ni. Rasa mual aku, nak muntah !” Keisha Armani buat gaya orang nak muntah. Makin lebar Aiman
Daffa menyengih.
“Aku baru sebut pasal first night kau dah muntah-muntah. Aku
belum sentuh kau dah mengandung ke ? Power
nya aku ni…” Aiman Daffa ketawa terbahak-bahak.
“Oh God seriously, I can’t wait to kick you
out and debush you.” jawab Keisha Armani laju.
“Okay, enjoy your lunch my
‘princess’.” Ujar Aiman Daffa. Matanya masih difokuskan pada Keisha
Armani yang sedang makan. Selera sungguh.
Keisha Armani memandang kearah Aiman
Daffa sebentar sebelum bibir dijuihkan. Suapan diteruskan. Keisha Armani
terpaku saat terasa ada sesuatu yang melekap di tepi bibirnya. Wajah Aiman
Daffa yang dekat dengan dia dipandang. Ibu jari lelaki itu selamba mengelap
tepi bibirnya.
“Daffa…” tiba-tiba satu suara menyapa
mereka dan Keisha Armani terpaku melihat wajah lelaki itu. Dan keadaannya
sekarang masih sama seperti tadi. Erk!
“Danish, kau buat apa kat sini ?
Bukan kau kat Melbourne ke ?” Aiman
Daffa terus terbangun. Salam dihulur disambut kembali oleh Armand Danish. Ya,
lelaki yang pernah merobek hati gadis bernama Keisha Armani suatu ketika
dahulu. Keisha Armani menunduk sambil sambung kembali makan.
“Yup, baru sampai dua minggu lepas.
Aku kena uruskan pertukaran adik aku ke sana.” Jawab Armand Danish kembali.
Matanya mengintai gadis yang menunduk menyembunyikan wajah. Mungkin gadis itu
malu ditangkap sedang bermesraan dengan Aiman Daffa, desis hati Armand Danish
tanpa mengetahui siapa gadis yang bersama Aiman Daffa.
“So,
aku dengar kau dah bertunang. And I’m
sure gadis yang bertuah tu mesti gadis yang hebat. Bukan senang nak tackle romeo Malaya ni.” soal Armand
Danish dalam nada gurauan. Jauh disudut hatinya dia yakin gadis itu benar-benar
luar biasa karna dapat menakluki hati rakan baiknya. Aiman Daffa bukan lelaki
sembarangan. Dia tidak akan bercinta jika tidak ada cinta dihatinya. Dia takkan
buat keputusan untuk bertunang jika gadis itu tidak sesuai dijadikan isteri dan
ibu kepada anak-anaknya.
“Ohh lupa pulak nak kenalkan dekat
kau. Sayang, ni best friend aa..abang
merangkap sepupu tersayang Armand Danish. Danish, this is my beautiful fiance…” Aiman Daffa yang tidak mengetahui
apa-apa diantara Armand Danish dan Keisha Armani memperkenalkan dua insan yang
sudah saling mengenali.
“Keisha Armani…” Armand Danish
bersuara. Kini giliran dia pula yang terpaku. Gadis yang sudah lama dicarinya
sudah di depan mata.Senyuman kelat dihadiahkan buat mereka. Tunang ? jadi
tunang Aiman Daffa adalah Keisha Armani . Orang yang saban hari amat
dirinduinya.
Keisha Armani mengambil beg galas dan
beberapa buku miliknya di atas meja sebelum berlari pergi. Hilang selera untuk
menjamah makanan. Sekarang, dia ingin melenyapkan wajah itu kembali dari kotak
ingatannya. Dia menghentikan langkah kaki setelah terdengar jeritan Aiman Daffa
memanggilnya. Dia duduk di bangku yang tidak jauh dari kafe di kampus mereka.
“Kenapa kau lari tadi ?” soal Aiman
Daffa. Armand Danish telah menceritakan segalanya kepada dia sebentar tadi
sebelum dia mengejar Keisha Armani. Namun dia ingin mendengar sendiri dari
mulut tunangnya.
“ Aku benci dia ! aku benci dia,
Daffa.”
“Kenapa tiba-tiba nak bencikan Danish
? Apa dia dah buat dekat kau ?” soal Aiman Daffa lagi.
“Kalau kau nak tahu, dia
lelaki yang aku selalu cerita dekat Linda. Lelaki yang buat aku jadi macam ni.
sampai bila-bila pun aku tak akan lupa apa yang dia buat dekat aku.” Keisha
Armani menangis. Lagi-lagi dia menangis karna lelaki itu.
Aiman Daffa menghulurkan
sapu tangan miliknya. Keisha Armani mengelap air mata yang berjuraian dipipi
mulus nya.
“Keisha, walau apa pun yang Danish
dah buat dekat kau, aku mohon kau maafkan dia. Sedangkan Nabi ampun kan umat,
inikan kita yang memang banyak dosa ni. Ingat, kalau kita permudahkan jalan
orang, Allah akan permudahkan jalan kita. Kita orang sepupu dekat Keisha. Dan
kau tu bakal isteri aku. Aku taknak ada yang bermasam muka dalam keluarga kita
nanti. Kau fikir lah…”
Aiman Daffa mengatur langkah
meninggalkan Keisha Armani. Dia ingin memberi sedikit ruang untuk Keisha Armani
berfikir. Dia memerhatikan tunangnya dari jauh.
Armand Danish mendekati Keisha Armani
setelah sekian lama memerhatikan gadis itu.
“Aman masih marahkan abang lagi ke ?”
soal Armand Danish. Dia akui dia yang salah. Salah dalam menilai cinta gadis
kecik molek dihadapannya ini.
“Buat apa cari saya lagi. Pergilah.
Saya ni tak sesuai dengan awak, Tuan Armand Danish.” Keisha Armani
menghamburkan amarahnya.
“Perempuan gemuk, hodoh ni takkan
sesuai dengan siapa-siapa pon. Kotorkan pemandangan aje, kan Tuan Armand Danish
?” sinis suara yang dilontarkan oleh Keisha Armani. Armand Danish pejam mata
saat suara Keisha Armani meniti di halwa telinganya. Sinis dan penuh dengan
perlian. Panggilan abang juga sudah ditukarkan gadis itu.
“Maafkan abang, Aman. Abang mengaku
dulu abang bodoh. Abang permainkan Aman depan kawan-kawan abang. Tapi saat
abang sedar semuanya, abang dah terlambat. Aman dah tinggalkan abang. Bertahun
abang cari Aman sebelum abang buat keputusan untuk sambung belajar di Melbourne.” Ada air mata yang bergenang
ditubir mata Armand Danish. Kini, dia benar-benar terlambat. Gadis pujaannya
bakal menjadi isteri sepupunya sendiri.
“Tapi, abang terkilan sikit sebab saat
abang jumpa Aman kembali abang sekali lagi kehilangan Aman. Mungkin ni balasan
Allah untuk abang sebab sia-siakan Aman dahulu. Masin mulut Aman, abang
benar-benar jatuh cinta pada Aman. Abang bahagia sebab Aman dah bahagia
sekarang. Abang tahu, Daffa akan jaga Aman lebih dari abang mampu jaga Aman.
Abang pergi dulu. Sekali lagi maafkan abang sebab pernah mainkan hati Aman…”
Armand Danish mengangkat punggung ingin berlalu membawa hatinya yang sakit.
Terluka karna cinta hatinya kini sedang menjalin hubungan dengan insan lain.
Lebih terluka lagi, apabila orang itu adalah sepupunya sendiri. Langkah kaki
diatur perlahan melangkah meninggalkan Keisha Armani.
“Armand tunggu !!!” Keisha Armani memanggil. Armand Danish menghentikan langkah kakinya sebelum berpaling kembali.
“Mungkin betul kata Daffa. Saya patut
maafkan awak. Semua orang buat kesilapan dan berhak mendapatkan kemaafkan.”
“Aku rasa drama sebabak kau orang ni dah habis kan ?” Aiman Daffa tiba-tiba menyampuk. Dia tersenyum senang buat Keisha Armani kerana bijak mengendalikan masalah.
“So
Danish, aku kena hantar buah hati aku ni balik dulu. Kejap lagi aku ada class lagi.” Aiman Daffa tarik tangan
Keisha Armani menuju ke parking.
Sampai di parking lot, Keisha Armani
menepis pegangan tangan Aiman Daffa. Suka pegang tangan orang. Nasib berlapik,
kalau tak dah lama kaki aku hinggap kat muka kau, desis hati Keisha Armani.
“Masuk…kau ingat kau puteri gunung
ledang ke aku nak bukakkan pintu untuk kau.” ujar Aiman Daffa. Melopong mulut
Keisha Armani.
“Buat apa nak naik kereta dengan kau.
Aku bawak kereta sendiri pagi tadi. Aku balik sendiri la. Lagipun kau kata kau
ada class petang ni. nanti lambat
pulak.” Ujar Keisha Armani. Keisha Armani pusing badan membelakangi Aiman Daffa
sebelum mengatur langkah kearah keretanya miliknya. Aiman Daffa berlari dari
pintu kereta pemandu kepada Keisha Armani. Tangan gadis itu dipegang lembut.
Keisha Armani menepis tangan Aiman Daffa kasar. Mamat nikan, memang menguji
kesabaran aku, bisik hati kecil Keisha Armani.
“Jangan pegang tangan aku boleh tak ?”
“Okay, aku tak pegang. Aku hantar kau
balik, please… lagipun aku ada benda
nak cakap dengan kau sikit.”
“Kereta aku macam mana ?” Keisha
Armani mula mengalah. Tahu dia takkan menang kalau bertengkar dengan Aiman
Daffa.
“Tinggalkan kat sini. Esok aku ambik
kau… jomm..” Keisha Armani sudah tersengih-sengih. Tangannya ditadah.
“Apa ?” tanya Aiman Daffa pelik.
“Nak drive.”
“No.
Ni kereta sport , Keisha.” Balas
Aiman Daffa sambil menjeling GD Romeo miliknya. Gila nak bagi perempuan drive.
Keisha Armani dah memuncung. Pintu
disebelah pemandu dibuka dan terus lesap ke dalam. Aiman Daffa tersenyum lebar.
Bahaya la , Cik Keisha Armani. Kot-kot accident
, macam mana nak kahwin nanti sayang oi.
Dia masuk ke pintu pemandu. Enjin
kereta dihidupkan dan mula memandu.
Keisha Armani memeluk tubuh. Butang
radio ditekan dan ditukarkan ke Era.fm.
bergemang lagu One Direction.
“ I wanna be your last yeah , baby
let me your let me be your last first kiss… lalala.” Keisha Armani menyanyi kecil
namun masih boleh boleh didengari oleh Aiman Daffa.
Namun hanya separuh lagi dimainkan ,
Aiman Daffa dah tukar siaran ke Ikin.fm.
“Hey !”
“Ni la anak muda zaman sekarang ,
tahu dengar lagu macam tu , cuba dengar nasyid ni. Moga terbuka sikit hati
kau.” dengan penuh syahdunya Aiman Daffa membalas. Siap mata terpejam-pejam
lagi. Keisha Armani merengus. Ceh, cakap tak macam ustadz , padahal
pegang-pegang tangan aku , desis Keisha Armani. Ehh , bukan dia pegang berlapik
ke ? tiba-tiba hatinya bersuara. Isy , kau ni hati. Tak boleh tolak ansur
langsung. Kenapa kau bela mamat poyo ni sangat , hah ? Keisha Armani kembali membalas
suara hatinya. Sebab dia bakal suami kau. Syurga kau dekat tangan dia nanti.
Erk!
“Asal kau tak pakai jubah je ?”
“Ini lah zaman sekarang. Tahu menilai
dari luaran sahaja. Bila orang pakai jubah lengkap dengan serban sekali barulah
kata kuat agama , bila pakai rock
sikit mula la kata ‘Eh , confirm that guy
selalu tinggal solat , puasa , suka clubbing’
semua. Don’t underestimate people under
their cover , Keisha. Belum tentu lelaki yang pakai serban semua tu alim
sangat. Itu antara dia dan Allah aje yang tahu.”
Mata Keisha Armani terkelip-kelip.
Tangan ditepuk.
“Jangan tepuk tangan Keisha. Hayati
apa yang aku cakap ni.”
Keisha Armani terdiam. Kereta milik
Aiman Daffa berhenti betul-betul dihadapan banglo milik Tan Sri Idris.
Sebelum Keisha Armani membuka pintu , Keisha
Armani menoleh memandang wajah tampan si tunang.
“ Daffa , aku yakin kau mampu jadi
suami yang baik untuk aku. Berkali-kali aku buat solat Istikharah minta petunjuk
Allah. Mungkin Allah dah tentukan jodoh aku dengan kau. Aku tak boleh janji
untuk jadi isteri yang taat dan baik untuk kau tapi untuk pengetahuan kau , aku
takkan pernah berhenti mencuba. Dah la bye,
masuk class petang ni jangan fikir
pasal aku pulak. Aku tahu kau dah tangkap leleh dengan aku kan ? Haha. Bye. Assalamualaikum.” Keisha Armani
terus keluar dari kereta mewah milik Aiman Daffa. Senyuman lebar terukir
dibibirnya. Seronok mengerjakan Aiman Daffa.
Aiman Daffa tersenyum sambil menjawab
salam. Lambaian Keisha Armani dibalas.
***
Aiman Daffa tersenyum sendiri. Hati
lelakinya kini benar-benar tercuit dengan tingkah dan laku gadis bernama Keisha
Armani. Gadis itu sangat comel dan polos. Tetapi bijak mengendalikan keadaan.
“Kau dah kenapa ni , Daffa ?” soal Nik
Saffuan pelik. Apa yang tak peliknya , si Aiman Daffa ni tersengih-sengih
sendiri. Dah macam orang gila aje.
“What
?” soal Aiman Daffa kembali. Senyuman yang tadinya mekar dibibir mati serta
merta. Dia memandang kearah Nik Saffuan dan Syed Amriz yang sudah tersengih
memandangnya.
“Kau tu yang kenapa ? Dari tadi kau
tu tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa kau dah tempah wad bahagia kat
Tanjung Rambutan ke apa ?” Hah , ambik kau Aiman Daffa ! Ni la padah bila Nik
Saffuan bersuara. Memang kaw-kaw kau kena bahan punya.
“Nik , kau jangan tak tahu.” Ujar
Syed Amriz dengan tawa yang ditahan-tahan.
“Tahu apa ?” Nik Saffuan kerut kening.
Makin pelik kerana Syed Amriz pula yang ketawa.
“Member
kita sorang ni tengah angau bercinta. Ibarat makan tak basah , mandi tak
kenyang la orang katakan.” Mana pepatah dia rembat ni ? salah pulak tu !
“Angau bercinta ? Dengan siapa ?
Keisha Armani ke ?” soal Nik Saffuan lagi.
“Dengan tunang tersayang dia lahh…
sekarang ni mana ada masa nak lunch
dengan kita dah. Asyik luangkan masa dengan Keisha aje. Tadi pon mesti kau
orang pergi dating kan ?” usik Syed
Amriz.
“Wuish , tu pasal la masuk class lambat tadi. Sakit perut konon.
Padahal pergi dating tak ingat dunia.”
Giliran Nik Saffuan untuk mengusik pulak.
“Kannn…bawa-bawa bersabar sikit ,
Daffa. Majlis kau orang lagi berapa bulan aje lagi. Lepas tu kalau kau tak
keluar bilik pon orang dah tak kesah.” Ketawa Nik Saffuan dan Syed Amriz
bergabung. Seronok mereka dapat membahan rakan baik mereka yang seorang ni.
bukan selalu.
“Banyak la kau tak keluar bilik. Aku
nak tanya ni , kau orang ni dah study ke untuk final exam ni ? Tahu membahan orang aje. Dah la , aku chau dulu.”
Aiman Daffa tolak kerusi sebelum bangun. Langkah kaki diatur laju. Lagi cepat
dia berjalan , lagi cepat dia lepas dari dua orang makhluk yang sememangnya dilahirkan untuk
membahan dia.
“ Abang !” jerit seorang perempuan. Aiman Daffa menoleh. Seketika dia tersenyum melihat wajah adiknya. Dibelakangnya ada Keisha Armani , Qaseh Imani , Akira dan Leyla. Datang dah budak-budak kecik nakal ni , desis hati Aiman Daffa.
“Pst…Daffa ada sini lah , beb.” Ujar Qaseh Imani separuh berbisik.
Keisha Armani yang leka dengan handphonenya mengangkat muka. Dia memandang
Qaseh Imani , dua-dua senyum nakal.
“Hi abang Riz.” Sapa Keisha Armani
dan Qaseh Imani serentak. Kemudian mereka menyengih bersama.
“Dan hai abang Nik , and last but not least our gorgeous brother
, abang Daffa.” Lembut sekali suara Keisha Armani. Syed Amriz dan Nik Saffuan
tersengih-sengih. Buah hati dah datang , Aiman Daffa mencuka pula. Apa kes ?
bergaduh ke apa ?
“Hai abang Daffa kita ni asal
tiba-tiba monyok aje ? Buah hati datang pon nak monyok ke ? Keisha , kau orang
gaduh ehh ?” Syed Amriz mengedik dengan Aiman Daffa. Dia mengusap lembut lengan
Aiman Daffa.
“Ya Allah , geli aku. Kau ni gay ke apa ?” pekik Aiman Daffa. Pahal
tiba-tiba gedik semacam.
“ Abang kita orang nak lawan team abang boleh ?” sampuk Ellinda
Natasya , adik kepada Aiman Daffa. Aiman Daffa terdiam seketika.
“Abang boleh tak ?” tanya Ellinda
Natasya lagi. Aiman Daffa menoleh.
“ Kau orang ni reti main futsal ke ?”
Eleh ingat kita orang ni tak tahu main ke apa ? tolong sikit ehh , ni Keisha
Armani okay.
“Qaseh dengan Keisha boleh.” Keisha
Armani jawab laju sambil senyum nakal pada Qaseh Imani. Sah ada agenda
tertentu.
“Urmmmm
okay , pergilah main dengan Riz dan Nik.” Ujar Aiman Daffa lalu duduk dibangku
kerusi yang bersebelahan dengan Keisha Armani. Malas nak main kalau ada buah
hati tersayang ni , terasa lemah lututnya untuk berdiri , jantung asyik dupdap
dupdap sahaja. Cuma , Keisha Armani saje yang tak tau isi hatinya.
“Jom la Daffa. Takkan kau tak nak
main pulak ?” soal Nik Saffuan.
“Kau pergilah , aku malas.” Dalih
Aiman Daffa.
“Takut ke bangggggg.” Keisha Armani sengaja berbisik dekat dengan telinga
Aiman Daffa.
“Kau cabar aku ke budak ?” tanya
Aiman Daffa. Tin air diletakkan di tepi.
“Lebih kurang. Join la kalau kau berani. Well
, saham kau takkan jatuh pun kalau lawan dengan perempuan. Aku kuatlah. Takpe ,
jangan risau , okay.” Balas Keisha Armani dan terus cabut lari.
“Aku join. Jom.” Semangat suara Aiman Daffa. Tak mahu kalah dengan
cabaran Keisha Armani.
“Aduh!” Keisha Armani menjerit kuat
saat dia terjatuh ketika menyepak bola. Qaseh Imani bergegas ke arah Keisha
Armani. Aiman Daffa yang sedang meneguk air mineral turut berlari ke arah
Keisha Armani. Risau jika gadis itu ditimpa kesakitan.
“Tadi kata kuat sangat kan. Tu lah ,
lain kali jangan riak.”Aiman Daffa menekan kaki Keisha Armani yang membengkak.
Keisha Armani menahan rasa sakit.
“Sakitlah. Kau ni!” mulut
Keisha Armani melopong saat tubuhnya dicempung oleh seseorang dan lelaki itu
adalah Aiman Daffa. Jantung Keisha Armani dah dupdap dupdap dah. Tubuhnya
sangat hampir dengan tubuh Aiman Daffa. Ya Allah , Kau ampunkan dosa umatmu
ini. Keisha Armani rasa nak menangis. Satu sebab sakit dan satu lagi sebab
malu.
“Kau jangan nak ambil kesempatan ,
okay.” Keisha Armani mengeluarkan amaran keras buat Aiman Daffa. Lelaki itu
tergelak kecil.
“ Okay , aku lepas…” ugut Aiman
Daffa. Dia berpura-pura melepaskan Keisha Armani. Serta-merta Keisha Armani
berpaut pada leher Aiman Daffa. Anak mata mereka bersabung. Satu rasa yang aneh
mengalir dalam darah mereka. Rasa yang sememangnya wujud selama ini apabila
mereka bersama. Namun saat ini , rasa itu semakin kuat. Mungkin karna jarak
antara mereka yang terlalu dekat.
1.sorry lambat pos. (hehe)
2.sorry pendek.(kihkih)
3.sorry tak best (ermm)
4.sorry for everythings!(hihi)
untuk next chapter , insya Allah esok or anytime je hehe :) Kindly, leave ur comments, my dearies <3 jangan lupa tinggalkan jejak anda disini.
No comments:
Post a Comment