PASAL QIN AMJA

Thursday, 3 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 16



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 16
Tarikh Post : 18 November 2015


“Sayang, I tak sangka lah. Dah dua tahun hubungan kita, cepat sangat masa berlalu.” Aizrill memimpin tangan Auni. Mereka berjalan seiringan di tepian pantai yang hanya diterangi cahaya bulan. Aizrill telah mengupah orang untuk menjagakan Aqeed sementara dia ingin menyediakan kejutan buat isteri tercinta.

“I pon rasa macam tu Aizz… macam baru semalam je kenal dengan you. Itulah cintakan, dunia berputar pun tak terasa.” Auni memandang ke arah Aizrill yang tertawa kecil.

“Ehh, bermadah pulak you kan malam ni…”


“Ehh, mestilah…” langkah kaki Auni terhenti apabila matanya menangkap kejutan yang dijanjikan oleh suaminya. Aizrill melepaskan genggaman tangan isterinya.

“Surprise !”

“Wow, so sweet of you, Aizrill.” Auni menekup mulutnya. Kejutan yang diterimanya sungguh istimewa. Aizrill kembali memimpin tangan isterinya ke meja yang dihias khas buat isteri tersayang. Kerusi ditarik buat Auni.

“Thank you..”


Andai daku pergi sebelum mu
Kenanglah daku selalu dalam doamu
Kau lah cinta pertama dan terakhir untuk ku
Ku berjanjikan menantimu setia menunggu
Dipintu Syurga…

Usai mendendangkan lagu, Aizrill melutut dihadapan isterinya.

“Happy second anniversary, sayang…” Aizrill mencium belakang tangan isterinya. Dia memakaikan isterinya kalung yang di tempah khas sewaktu dia outstation ke Australia tempoh hari.

“Aizrill, thank you…” Tak disangka Aizrill akan mengupah dua orang pemain violin untuk memainkan lagu kegemaran dia. Aizrill kelihatan sangat kacak pada malam ini dengan mengenakan tuxedo hitam. Berbeza dengan sebelum ini, apabila mereka bersama, hood dan cap sentiasa bersama bagi melindungi identiti lelaki itu.

“Mama dah buat keputusan, tiga bulan selepas Along nikah… mama nak majlis kamu pula berlangsung.”

Aizrill melopong. Dia benar-benar terkejut dengan keputusan Tengku Serena yang melulu. Dia terus berdiri tegak! Tanpa sebarang perbincangan, mama membuat keputusan besar bagi pihaknya. Apa ni? ini soal masa depannya. Kenapa mama suka sangat mengikut kehendak sendiri?

“Aizrill takkan ikut cakap mama!” tegas Aizrill. Tegang wajahnya. Tulang pipinya timbul dan tenggelam akibat marah yang bertandang dalam diri.

“Kamu jangan membantah, Aizrill!” marah Tengku Serena yang juga berwajah tegang. Bibirnya diketap-ketap, geram dengan sikap Aizrill.

“Mama suka buat keputusan sendiri. Aizrill tetap tak setuju. Kali pertama nada suaranya meninggi dengan Tengku Serena. Bunga-bunga pertengkaran sudah tercetus!

“Aizrill…Aizz ni dah gila baying sangat agaknya dengan perempuan pelacur tu, sampai cakap mama pun kamu dah berani bantah! Jangan ingat mama tak tau kamu selalu keluar malam balik subuh. Ke mana? Rumah mistress kamu kan? Tinggalkan perempuan tu! Nikah dengan Zalikha. Kamu setuju ke, tak suka ke, wedding kamu akan tetap dilangsungkan.”

“Aizrill akan pastikan kami takkan menikah! Tak akan!”

“Aizrill! Kamu, kamu dah melampau! Kamu nak derhaka dengan mama? Melawan cakap mama?”

“Ma, bukan macam tu…” suaranya kembali mengendur. Kepala digeleng-gelengkan. Dia kesal dengan tuduhan Tengku Serena. Dia cuba menegakkan haknya untuk membuat keputusan bagi diri sendiri. Dia bukan budak belasan tahun yang tidak matang fikirannya.

“Majlis kamu akan diteruskan juga. Itu pun kalau kamu masih sayang kan mama.” Tengku Serena terus bangun dan berlalu pergi. Sebal hatinya memikirkan perihal anaknya yang satu ini.


Aizrill terduduk di sofa. Keluhan berat dilepaskan. Dia tahu tidak baik mengeluh begini namun apa yang mampu dia buat? Mengubah pendirian mamanya?

No comments:

Post a Comment