PASAL QIN AMJA

Thursday, 3 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 18



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 18
Tarikh Post : 18 November 2015


“Tengku…makin tembam Aqeed ni sekarang. Sihat aje. cemburu saya dengan Tengku.” Nizam bersuara sambil mencium pipi Aqeed. Isterinya Nuha juga tidak ketinggalan turut sama mencium pipi montel anak itu. Sengaja Aizrill melepaskan anaknya berjalan. Kesian dia melihat Aqeed yang senantiasa didukung.

“Yelah abang… geram Nuha tengok..”

“Kalau cemburu cepat-cepat proceed baby. Aqeed ni pun nak kawan jugak.. kan Aqeed?”

“InsyaAllah Tengku, dalam 6 bulan lagi dapat lah Aqeed ni kawan baru.” Aizrill tersenyum pada Nizam dan Nuha.

“Really? Nizam ? Nuha?” melihat anggukan isteri Nizam senyuman Aizrill semakin lebar. Bahu Nizam ditepuk perlahan.

“Congratulation young man. Cekap kau buat kerja.” Usikan Aizrill disambut dengan tawa kecil dari Nizam. Nuha tersenyum malu. Merah mukanya menerima usikan dari majikan suaminya.

Well Tengku, saya pun nak jugak ada anak secomel Aqeed ni. Tengku bila lagi nak bagi adik pada Aqeed ni?” soalan Nizam Aizrill sambut dengan senyuman penuh makna. Mustahil Auni hamil. Isterinya itu mengambil pil perancang. Lambat lagilah keinginannya untuk menambah anak akan tercapai.

“Aizz… mana you pergi sayang. Merata I cari you.” Zalikha mula mengeletis. Lengan Aizrill dirangkul erat. Pandangan sinis dilontarkan pada Nizam dan Nuha.

“Tengku, kitorang pergi dekat sana dulu. Aqeed dengan kitorang.” Nizam mahu ke tempat lain. Malas mahu campur jika hal yang melibatkan model terkenal itu.

“Okay, enjoy your meals.”

Dia tidak suka sikap Aizrill yang terlalu berbaik-baik dengan pekerja. Tak sama taraf baginya. Lelaki seperti Aizrill sepatutnya hanya berteman dengan kerabat atau pun anak-anak Datuk sahaja.

“Eyka, please behave. Kita dekat majlis kat kak Liana. Tak manis kalau orang tengok you peluk I macam ni.” Aizrill menolak pelukan Zalikha dengan hormat.

Air mukanya sebagai orang kenamaan mesti dijaga. Lebih-lebih lagi hati isterinya. Dia tidak mahu Auni salah faham melihat Zalikha memeluknya begini.

“Aizrill, why lately you berubah banyak sangat? Dulu you tak macam ni pun…” Zalikha menarik muncung sedepa. Berharap Aizrill akan memujuknya. Namun hampa apabila hanya keluhan yang keluar dari bibir lelaki itu.

“People change Eyka. Same goes to me. I yang sekarang bukan I yang dulu.”Aizrill cuba berdiplomasi dengan Zalikha.

“Hemm… berubah? Tengku Aizrill Hazim berubah? In my dream!” Zalikha ketawa perlahan. Cukup jelas untuk didengari oleh Aizrill.

“Mustahil untuk Tengku Aizrill Hazim berubah. I know you Aizrill, very well. Seorang kaki mabuk macam you berubah? Kalau you dah berubah tanda merah tu datang dari mana? You buat sendiri ke? Kalau bukan perempuan simpanan you yang buat!” satu tamparan hinggap dipipi Zalikha. Berombak dada Aizrill menahan amarah. Sekarang dia tidak peduli dengan mata-mata yang ligat memerhati kearah mereka. Kali ini Zalikha memang melampau. Menengking dia dihadapan tetamunya.

“Zalikha, you better watch your mouth. You dah melampau! Belum jadi isteri I lagi, macam-macam hal you tuduh I.” Zalikha memegang pipinya yang terasa pijar.

“I ada hak…” belum sempat Zalikha bersuara Aizrill kembali menyampuk.

“Hak apa? I pernah bagitahu you kan? Selagi you belum jadi isteri I, you tak berhak untuk campur urusan peribadi I.” Aizrill menuding jari tepat kearah Zalikha.

“Tapi you tunang I. ofcourse I ada hak atas you.” Zalikha masih tidak mahu mengalah.

“Istilah tunang tak membawa maksud apa-apa pada I.  I rasa you dah cukup dewasa untuk faham maksud I kan? I tak pernah cintakan you!” Aizrill menatap anak mata Zalikha. Mata yang penuh rasa amarah itu memandang tajam kearahnya.

“Aizrill, you tak boleh buat I macam ni. I cintakan you sepenuh hati I. walau apapun, you mesti jadi husband I.” Zalikha bersuara seolah merintih. Kata-katanya sedikit sebanyak meresap jauh kedalam hati Aizrill.

Dia bukan manusia kejam yang sanggup memperlakukan Zalikha seenaknya. Dia tahu hujung pangkal kisah hidupnya sekarang adalah berpunca dari diri sendiri.

“Maafkan I, Zalikha. Tapi I tak mampu balas cinta you. I…I… I memang ada orang lain dan I cintakan dia.” Aizrill terpaksa berlaku jujur agar tidak lagi melukakan hati Zalikha. Jika dia lebih lama menyembunyikan hal ini, Zalikha makin terluka nanti.

“You curang Aizrill? Sanggup you curang dengan I? Apa salah I ? No, you tipu. You tipu I kan? ”

“Ya, I curang dengan you. maafkan I, Eyka.” Aizrill dapat menangkap akan mata-mata yang semakin ligat memerhatikan drama yang sedang dipentaskan oleh dia dan Zalikha. Dia pasti esoknya, muka Tengku Aizrill akan terpapar dalam akhbar tempatan.

“Siapa perempuan tu? Bagitahu I?” Zalikha menarik baju melayu Aizrill.

“Suatu hari nanti you akan tahu. Nanti I suruh mama I datang rumah you. Untuk putuskan ikatan pertunangan kita secara rasmi.” Aizrill berkata dengan riak tenang.

“Aizrill, you tak boleh buat I macam ni.” rintih Zalikha. Habis make up dimukanya.

“I’m sorry.”

Auni terkesima! Drama di hadapan matanya benar-benar memeranjatkan. Persoalan yang menerjah membuatkan kepalanya terasa berpinar. Pandangannya mulai kabur dan gelap. Matanya terpejam. Tubuhnya melonglai.

Bukk. Auni pengsan!

No comments:

Post a Comment