Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 17
Tarikh Post : 18 November 2015
“Kita
dah sampai… ramai betul kenduri rumah Tengku Zakri ni. Segan pulak abang nak
masuk.” Encik Kamarul meluahkan apa yang terbuku dihatinya kepada isterinya.
“Isy
abang ni, orang dah jemput kita. Takkan nak patah balik pulak.”
“Cepatlah
ayah ibu… Am dah lapar ni.” Adham menggesa ibu dan ayahnya. Perutnya sudah lama
menjerit meminta diisi dengan makanan. Menyesal juga dia tidak makan nasi yang
di goring oleh kakaknya sebelum keluar rumah pagi tadi.
“Tulah,
pagi tadi orang suruh makan tak nak… konon nak makan kenduri sedap lagi dari
akak masak. Kan diri sendiri yang lapar.” giliran Auni pula membebel kepada
adiknya.
Dia
sebenarnya malas mahu mengikut keluarganya kesini. Semuanya karna Zalikha,
tunang suaminya. Sudah pasti, wanita itu akan menempel di sisi suaminya nanti.
Meluat dia melihatnya.
“Hah,
kalau nak cepat sangat tolong akak, dukung Aqeed ni. ramai orang ni, sekejap
lagi berlari merata. Jenuh nak ligan.” Adham pantas mendukung tubuh Aqeed yang
sudah mula berlari apabila dilepaskan oleh Auni.
“Assalamualaikum
Tengku. Tahniah dapat menantu sulung. Meriah sungguh majlis ni.” Encik Kamarul
bersalaman dengan Tengku Zakri diikuti oleh Adham.
“Waalaikumsalam
Kamarul. Jemput lah makan…”
Majlis
pernikahan Tengku Azra Helliana berlangsung dengan meriah dan serba mewah di
Hotel Oriental dihadiri oleh golongan elit setaraf dengan keluarga Tengku
Zakri.
Meliar
mata Auni Suryani mencari kelibat suaminya, Aizrill namun langsung tidak
kelihatan. Rhea pula tidak dapat pulang kerana ada tugasan mendadak.
“Am,
bagi Aqeed pada abang. Abang jaga dulu…” Aizrill menyapa Adham yang
terkial-kial hendak makan sambil meriba Aqeed.
“Ehh,
takpa lah abang. Taknak susahkan abang pulak.” Auni yang perasan kehadiran
Aizrill bersuara.
“Bagilah
Aqeed dekat abang Aizz tu… kan payah Am nak makan. Tadikan kata lapar sangat…”
Auni bangkit dari duduk. Beg disebelah dicapai dan disuakan kepada suaminya.
Aizrill menyambut huluran beg dari isterinya.
“Dalam
beg ni ada diapers dengan susu…”
“Okay,
I bawak Aqeed pergi sana kejap..” Aizrill kenyit mata pada isterinya sebelum
berpaling kearah lain. Dia menuju ke arah lambaian tangan rakannya.
Auni
memandang kearah adiknya, Adham. Mujurlah Adham ralit menikmati hidangan yang
disediakan. Kalau tidak mesti mata adiknya dapat menangkap jelingan manja
Aizrill tadi.
Adham
menelan liur yang terasa kesat. Dia pelik dengan kelakuan kakaknya yang
bagaikan menyusahkan Aizrill semata-mata mahu makan. Bukan dia tidak perasan
maksud jelingan dan kenyitan mata Aizrill pada kakaknya, namun dia terpaksa
diamkan. Dia tahu jika dia bersuara pasti tidak ada yang percaya.
Dan
Adham semakin yakin bahawa Aqeed adalah anak kakaknya bersama Aizrill. Dia
bukan bodoh untuk menilai keakraban Aqeed dan Aizrill.
No comments:
Post a Comment