“How’s she, Marina? Is everything
okay?” Aizrill menyoal sepupunya, Tengku Marina. Dia
merupakan seorang doktor. Mata Aizrill ralit memerhati wajah pucat isterinya.
Pasti Auni terkejut dengan kenyataannya tadi.
“She’s fine. Dia cuma kurang tidur dan
keletihan. It’s not a good habit for
preggie mother like her. Oh ya, she’s pregnant. Untuk lebih kepastian, you
boleh suruh husband dia bawa dia
pergi klinik.” Ujar Tengku Marini bagaikan menyentap tangkai hati Aizrill.
Isterinya
mengandung? Auni Suryani mengandungkan
zuriatnya? Bukankah Auni mengambil pil perancang? Bagaimana isterinya boleh
mengandung?
“Apa?
Mengandung?” bagaikan kilat yang menyambar, suara Encik Kamarul kedengaran.
Perasaan malu menyerbu mukanya. Puan Syuhada sudah mengalirkan air mata. Sedih
anak sendiri sanggup menconteng arang ke muka mereka.
“Dah
sedar pun…” satu suara menjengah dipendengarannya. Perlahan Auni membuka mata.
Rasa pening masih menguasai kepalanya.
“Apa
dah jadi sebenarnya ni? kenapa ibu menangis?” Auni mula menyoal. Pelik kerana
semua orang memerhati kearahnya. Apa sudah terjadi sebenarnya?
Auni
memerhati ke sekeliling bilik yang terasa asing itu. Matanya menangkap beberapa
figura yang tidak asing dalam hidupnya. Ayah dan ibunya duduk di sofa yang
tidak jauh dari katil yang didudukinya. Ayahnya sedang mengusap dada manakala
ibunya menangis teresak-esak. Pandangan matanya dikalihkan pula pada nenek
suaminya, Tok Pah yang sedang mengeleng-gelengkan kepala. Suaminya pula duduk
di sofa yang agak jauh dari katil. Jelas dimatanya, wajah suaminya berkerut.
Memikirkan sesuatu agaknya.
“Anak
siapa dalam perut tu?” tiba-tiba Encik Kamarul bersuara. Auni tersentak. Anak?
Tangan dibawa keperutnya yang kempis.
“Anak?”
“Hergh,
pura-pura tak tahu! Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu?” Auni
mengandung? Otaknya berusaha mencerna maklumat yang diterima.
Matanya
memandang kearah suaminya. Berharap Aizrill akan membantu menerangkan hal yang
sebenar. Namun hampa, suaminya hanya berdiam diri. Mata Auni mula berkaca.
Inilah pengakhirannya?
“
Anak Auni la ayah…” serentak satu tamparan hinggap dipipi Auni. Dada Encik
Kamarul kembali berombak. Berang mendengar jawapan anaknya.
“Siapa
bapak budak ni? cakap? Kalau tak mati kamu ayah kerjakan…” Auni menitiskan air
matanya. Tidak pernah dalam hidupnya dia di tampar ayahnya malahan tengking pun
tak pernah.
“Maafkan
Auni, Ayah…” Auni melutut dikaki ayahnya.
“Cakap
dengan aku, siapa bapak budak ni? anak siapa yang kau kandungkan ni?” Encik
Kamarul mengulang lagi soalan nya tadi. Auni menangis lagi. Buat apa nak
mengaku? Daddy dia sendiri pun
menyepi.
“Maafkan
Auni, ayah… maafkan Auni…” Auni mengulang kembali memohon maaf. Encik Kamarul
bertambah panas lantas mencabut tali pinggangnya. Anaknya harus diberi
pengajaran!
“Abang,
apa abang nak buat dengan anak kita?” Puan Syuhada bersuara. Dia tahu suaminya
mahu memukul Auni. Dia pantas melindungkan tubuh anaknya. Bukan begini cara
mengajar anak.
“Ke
tepi Syu.. abang nak ajar budak ni sampai dia mengaku anak siapa yang dia
kandungkan?” Encik Kamarul menarik tubuh isterinya ke tepi.
“Marul,
bukan begitu cara nak mengajar anak. Kalau ya pun dia salah, kamu tak patut
buat dia macam ni..” Tok Pah pula bersuara. Bukan dia menyebelahkan Auni namun
apa yang akan dibuat oleh Encik Kamarul akan menjejaskan kandungan Auni.
“Cakap
dengan aku anak siapa???” tengking Encik Kamarul sekali lagi. Tangannya bersedia
mahu memukul tubuh anak kesayangannya.
Adham hanya mampu melihat. Dia kesal dengan
jalan mudah yang kakaknya ambil. Sudah pendek akal kah kakaknya?!
“Anak
saya pakcik…” Aizrill yang bagaikan tersedar dari lamunan panjang mula
bersuara.
Aizrill
bangun dari duduknya. Kaki diatur kearah isterinya yang sedang melutut dikaki
Encik Kamarul. Perlahan tubuh lemah isterinya di tarik perlahan untuk berdiri
disisinya.
“Aizrill?”
Tengku Serena yang baru menjengah kebilik itu menjerit. Terkejut dengan kenyataan
anaknya. Aizrill meraup mukanya kasar.
“Aizrill!
Kamu jangan nak pertahankan Auni ni… dia berani buat dia berani tanggung.
Jangan disebabkan kamu kesiankan dia, kamu mengaku.”
“Tak.
Ni bukan sebab kesian. Memang betul anak yang Auni kandungkan ni anak saya.”
Pang!
Satu tamparan hinggap diwajah kacak milik Aizrill. Aizrill menarik tubuh
isterinya kebelakang badannya. Khuwatir jika Auni pula bakal ditampar.
“Pakcik
tak sangka kamu sanggup buat macam ni pada pakcik sekeluarga.”
“Maafkan
saya pakcik… saya betul-betul sayang dan cintakan Auni Suryani.”
“Jadi
budak tu anak….”
“Ya,
anak saya…” Auni memandang kearah Aizrill. Lelaki itu turut memandang kedalam
anak matanya. Mengerti maksud pandangan Auni, Aizrill mengangguk.
“Astaghfirullahazim…
apa kamu berdua dah buat ni? tergamak kamu bawa balik anak haram ke rumah ayah,
Auni.” Auni tersentak.
“Aqeed
bukan anak haram…. Dia dan bayi dalam kandungan ni anak sah kitorang. Kami dah
nikah dua tahun lepas dekat London.”
“Pakcik
harapkan kamu Aizz untuk tengok-tengokkan anak pakcik tapi ini yang kamu buat.”
“Aizz
minta maaf sebab dah hilangkan kepercayaan pakcik terhadap Aizz. Tapi Aizz tak
dapat tipu diri Aizz sendiri. Aizz terlalu sayang dan cintakan anak pakcik,
Auni. Tu sebabnya Aizz bawa balik Auni dan Aqeed ke Malaysia. Aizz nak berterus
terang…”
“Kalau
budak kecil tu bukan anak haram kamu berdua kenapa perlu sembunyikan pernikahan
ni? Atau kamu berdua terlanjur.” Aizrill dan Auni terdiam. Nyata, mereka tiada
jawapan atas soalan tadi.
“Jadi
betul lah kamu berdua terlanjur?” Encik Kamarul tersandar pada sofa.
Salah
mendidikkah dia? Sehingga anak nya tidak tahu menjaga batas pergaulan.
“Bukan
macam tu ayah…”
“Kenapa
perlu sembunyikan pernikahan kamu? Mana surat lahir Aqeed kalau betul dia bukan
anak haram?”
“Aqeed
sebenarnya…sebenarnya…”
“Ya…
kami terlanjur. Maafkan saya pakcik…” Aizrill memotong bicara isterinya. Dia
tidak mahu Auni menceritakan hal yang sebenarnya. Aqeed anaknya. Itu janjinya
dahulu.
“Mulai
hari ini kau bukan anak aku lagi, Auni… Syuhada, Adham mari balik. Tinggalkan
dia dan anak haram dia…” Encik Kamarul menarik tangan isterinya yang mengenggam
tangan Auni.
“Ayah
jangan buat Auni macam ni… Ampunkan Auni…” Auni memeluk betis ayahnya. Encik
Kamarul menyentap kakinya menyebabkan Auni terdorong kebelakang. Mujur Aizrill
ada disisi. Tubuh lemah isterinya di sambar sebelum jatuh menyembah bumi.
pesanan: nantikan bab yang seterusnya...
Huwaaaa. Sedihnya. Tak sbar nk tunggu bab sterusnya.
ReplyDeletehaha..jgn nangis.. sabar2 la yee.. tq bcos always support saya..
Delete