PASAL QIN AMJA

Monday, 21 December 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 21

        
Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 21
Tarikh Post : 21 Disember 2015


          “Auni…tolong besarkan baby ni demi aku… sayang dia macam kau sayang aku. Jaga dia macam kau jaga aku sepanjang aku mengandung…”

          “Kau akan besarkan dia sendiri. Kita besarkan dia sama-sama. Kau aku dan dia. Kau akan terus hidup. Demi aku. Demi anak kau…” Auni menitiskan air mata melihat keadaan kawannya yang sedang bertarung dengan nyawa.

          “Masa aku dah sampai… maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji aku untuk besarkan anak aku sama-sama…”

         “Dania please….”

          “Auni, tolong jangan bagitau keluarga aku pasal baby ni. Aku taknak dorang sedih pasal aku.”

          “Tapi family kau patut tahu hal yang sebenar.”

          “Tak selagi Farhan tak mengaku baby ni anak dia…janji dengan aku?” soal Dania Elmira. Matanya sudah memandang keatas. Dekat benar waktunya untuk menghadap Ilahi.

         “Janji…” perlahan mata Dania tertutup. Tubuh nya kaku. Auni menangis teresak-esak disisi tubuh kawannya yang sudah tidak bernyawa.

***
         
          “Sayang, sudahlah menangis tu. Tak baik untuk baby kita. I janji I takkan tinggalkan you dan anak-anak.” Aizrill menggenggam tangan isterinya sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.

          “Aizz, I rindukan Dania…” Auni memeluk lengan suaminya.

         “Sayang, I tahu you kuat untuk hadap semua benda ni. Kalau rindukan arwah Dania hadiahkan dia Al Fatihah. Moga dia lebih tenang di sana.” Aizrill mengusap kepala isterinya .

          “Kalau I tak cuai, tak lalai mesti arwah Dania dan Aqeel masih hidup. Sebab nak selamatkan I, arwah sanggup korbankan diri dia dan Aqeel.” Auni membayangkan saat-saat getir dalam hidupnya dahulu.

          Sikap cuai nya semenjak dari kecil tidak pernah hilang. Dia cuai saat melintas jalan gara-gara lambat pergi practical. Kecuaiannya menyebabkan Dania terpaksa menjadi ganti. Dania yang melihatnya berlari dan menolak tubuh Auni dari di hentam kereta dan meletakkan dirinya sebagai ganti.

          Dania!!! Terlentang gadis itu di jalan raya. Membuak-buak darah keluar dari tubuhnya. Darah memenuhi jalan bagaikan sirap yang tumpah.

          “Congratulation. Your  friend’s got a twin baby. But, I’m sorry. We couldn’t save one of her baby.”

     “My friend ? how about she ? did she fine ?”

          “I’m sorry again. She’s critical.” Terduduk Auni dengan kenyataan doktor. Dania kritikal karna kecuaian nya. Karna dia lagi ?

          Dania pergi hari yang sama anak nya meninggal. Auni hampir membunuh diri gara-gara menyalahkan dirinya atas kematian mereka yang amat disayangi.

          Hari itulah dia dipertemukan kembali dengan Tengku Aizrill Hazim. Lelaki itulah yang mengebumikan jenazah Dania Elmira dan Tengku Aqeel Naufal. Dia juga yang mengazankan Tengku Aqeed Naufal dan mengalas tanggungjawab sebagai bapa meskipun Aqeed bukan darah dagingnya.

          “Sayang, you lupa ke apa yang I  cakap ? semua ni takdir yang Allah tentukan untuk kita. Sudah, I taknak tengok you menangis macam ni lagi. You kan my beautiful wife…” ujar Aizrill. Tangan isterinya dibawa ke bibirnya lalu dicium lembut.

          “Ish, Aizz bawa kereta elok-elok lahh.”

          “I bawa elok lah ni. mana ada laju pun…”

          “Yelah, tapi tangan tu tak payah lah pegang-pegang tangan orang. Cium-cium tangan orang.” Auni menjeling kearah suaminya.

          “I suami you kan? Suka hati I lah nak pegang tangan you ke kaki you ke.” Aizrill tarik senyum segaris. Senang hatinya apabila Auni sudah mulai menjeling dengan usikannya.

          Auni memandang kearah suaminya yang ralit memandu. Baru sekarang dia perasan suaminya mengenakan baju melayu hitam. Menampakkan lagi kulit suaminya yang sedia putih.
 
          “Kenapa pandang I semacam saje? I tahu lah I terlebih handsome harini.”


          “Suka hati I lahh… you suami I kan ?” Auni tergelak. Seronok dapat mengenakan suaminya. Aizrill mencubit manja pipi isteri nya.


P/S : BILA KEBENARAN TENTANG AQEED NAUFAL AKAN TERBONGKAR ? BILA TENGKU FARHAN AKAN MUNCUL KEMBALI ? ADAKAH DENGAN KEMUNCULANNYA KEADAAN AKAN SEMAKIN PULIH ATAU LEBIH TERUK ?

2 comments:

  1. Huwaaa. Ingatkan aqeed naufal nih anak farhan dgn auni. Hope citer nih hbis dkt blog pliss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhan dan Auni ? never laaa... hope enjoy baca novel saya yg tak seberapa nii..

      Delete