Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 21
Tarikh Post : 21 Disember 2015
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 21
Tarikh Post : 21 Disember 2015
“Auni…tolong besarkan baby ni demi aku… sayang dia macam kau
sayang aku. Jaga dia macam kau jaga aku sepanjang aku mengandung…”
“Kau akan besarkan dia sendiri. Kita
besarkan dia sama-sama. Kau aku dan dia. Kau akan terus hidup. Demi aku. Demi
anak kau…” Auni menitiskan air mata melihat keadaan kawannya yang sedang
bertarung dengan nyawa.
“Masa aku dah sampai… maafkan aku
sebab tak dapat tunaikan janji aku untuk besarkan anak aku sama-sama…”
“Dania please….”
“Auni, tolong jangan bagitau keluarga
aku pasal baby ni. Aku taknak dorang
sedih pasal aku.”
“Tapi family kau patut tahu hal yang sebenar.”
“Tak selagi Farhan tak mengaku baby ni anak dia…janji dengan aku?” soal
Dania Elmira. Matanya sudah memandang keatas. Dekat benar waktunya untuk
menghadap Ilahi.
“Janji…” perlahan mata Dania tertutup.
Tubuh nya kaku. Auni menangis teresak-esak disisi tubuh kawannya yang sudah tidak
bernyawa.
***
“Sayang, sudahlah menangis tu. Tak
baik untuk baby kita. I janji I
takkan tinggalkan you dan anak-anak.” Aizrill menggenggam tangan isterinya
sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.
“Aizz, I rindukan Dania…” Auni
memeluk lengan suaminya.
“Sayang, I tahu you kuat untuk hadap
semua benda ni. Kalau rindukan arwah Dania hadiahkan dia Al Fatihah. Moga dia
lebih tenang di sana.” Aizrill mengusap kepala isterinya .
“Kalau I tak cuai, tak lalai mesti
arwah Dania dan Aqeel masih hidup. Sebab nak selamatkan I, arwah sanggup
korbankan diri dia dan Aqeel.” Auni membayangkan saat-saat getir dalam hidupnya
dahulu.
Sikap cuai nya semenjak dari kecil
tidak pernah hilang. Dia cuai saat melintas jalan gara-gara lambat pergi
practical. Kecuaiannya menyebabkan Dania terpaksa menjadi ganti. Dania yang
melihatnya berlari dan menolak tubuh Auni dari di hentam kereta dan meletakkan
dirinya sebagai ganti.
Dania!!! Terlentang gadis itu di
jalan raya. Membuak-buak darah keluar dari tubuhnya. Darah memenuhi jalan
bagaikan sirap yang tumpah.
“Congratulation. Your friend’s got a twin baby. But, I’m sorry. We
couldn’t save one of her baby.”
“My friend ? how about she ? did she fine
?”
“I’m sorry again. She’s critical.”
Terduduk Auni dengan kenyataan doktor. Dania kritikal karna kecuaian nya. Karna
dia lagi ?
Dania pergi hari yang sama anak nya
meninggal. Auni hampir membunuh diri gara-gara menyalahkan dirinya atas
kematian mereka yang amat disayangi.
Hari itulah dia dipertemukan kembali
dengan Tengku Aizrill Hazim. Lelaki itulah yang mengebumikan jenazah Dania
Elmira dan Tengku Aqeel Naufal. Dia juga yang mengazankan Tengku Aqeed Naufal
dan mengalas tanggungjawab sebagai bapa meskipun Aqeed bukan darah dagingnya.
“Sayang, you lupa ke apa yang I cakap ? semua ni takdir yang Allah tentukan
untuk kita. Sudah, I taknak tengok you menangis macam ni lagi. You kan my beautiful wife…” ujar Aizrill. Tangan
isterinya dibawa ke bibirnya lalu dicium lembut.
“Ish, Aizz bawa kereta elok-elok
lahh.”
“I bawa elok lah ni. mana ada laju
pun…”
“Yelah, tapi tangan tu tak payah lah
pegang-pegang tangan orang. Cium-cium tangan orang.” Auni menjeling kearah
suaminya.
“I suami you kan? Suka hati I lah nak
pegang tangan you ke kaki you ke.” Aizrill tarik senyum segaris. Senang hatinya
apabila Auni sudah mulai menjeling dengan usikannya.
Auni memandang kearah suaminya yang
ralit memandu. Baru sekarang dia perasan suaminya mengenakan baju melayu hitam.
Menampakkan lagi kulit suaminya yang sedia putih.
“Kenapa pandang I semacam saje? I
tahu lah I terlebih handsome harini.”
“Suka hati I lahh… you suami I kan ?”
Auni tergelak. Seronok dapat mengenakan suaminya. Aizrill mencubit manja pipi
isteri nya.
P/S : BILA KEBENARAN TENTANG AQEED NAUFAL AKAN TERBONGKAR ? BILA TENGKU FARHAN AKAN MUNCUL KEMBALI ? ADAKAH DENGAN KEMUNCULANNYA KEADAAN AKAN SEMAKIN PULIH ATAU LEBIH TERUK ?
Huwaaa. Ingatkan aqeed naufal nih anak farhan dgn auni. Hope citer nih hbis dkt blog pliss.
ReplyDeleteFarhan dan Auni ? never laaa... hope enjoy baca novel saya yg tak seberapa nii..
Delete