Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 1
Tarikh Post : 23 September 2015
“Auni , bangunnn….aku datang niii…”
Auni Suryani membuka kelopak matanya setelah pipinya terasa diusap lembut oleh
seseorang. Dia memisat-misatkan matanya.
“Dania…kau ke tu ? Kenapa kau
tinggalkan aku.” Soal Auni sambil memeluk erat tubuh dihadapannya.
“Tak. Aku tak pernah tinggalkan kau.
Aku akan sentiasa ada dalam hati kau. Tapi aku sedihhh…”
“Sedih ? Sedih kenapa ?”
“Aku sedih sebab kau selalu salahkan
diri kau atas semua yang terjadi dalam hidup kita. Aku tak pernah salahkan kau.
Aku ikhlas atas semua takdir yang Allah tetapkan untuk aku. Tolongg , berhenti
salahkan diri kau….” ujar Dania Elmira perlahan sebelum bayangannya mulai
menjauh. Wajahnya bercahaya dan sebuah senyuman penuh kasih dihadiahkan buat
Auni Suryani.
“Dania , jangan tinggalkan aku.
Dania…Dania…”
“Yani , bangun. Sayang...” Tengku
Aizrill Hazim menampar lembut pipi Auni Suryani bagi menyedarkan gadis itu dari
mimpinya.
“Arghhh…” Auni Suryani menangis
teresak-esak setelah sedar dari mimpinya. Tubuh Tengku Aizrill Hazim dirangkul
erat bagi meminjam sedikit kekuatan. Muka dibenamkan didada lelaki itu. Tengku
Aizrill Hazim mengusap belakang tubuh gadis bagi menenangkannya.
Sudah acapkali wajah itu hadir
dalam mimpinya. Mungkin kerana dia terlalu merindui sahabat baiknya itu.
Setelah tangisannya mulai reda, dia menjarakkan kembali badannya dengan badan
lelaki itu.
‘Maafkan aku Nia…’ bisik hatinya.
“Calm down, Yani. Kalau rindukan arwah banyakkan sedekah Yasin
padanya. Insya Allah hati you akan lebih tenang.” Tengku Aizrill Hazim
menasihati Auni Suryani. Nasihat yang sama hampir setiap malam diucapkan pada
gadis dihadapannya.
“Kenapa semua ni jadi pada I Aiz?
Apa salah I? kenapa dia tinggalkan I?! I benci Farhan!” rengek Auni Suryani
manja.Tengku Aizrill Hazim hanya tersenyum.
“Sayang, ni semua takdir Tuhan.
Tanpa Farhan, kita takkan ada anak secomel Aqeed. You sayangkan Aqeed kan?”
tutur Tengku Aizrill Hazim dalam nada memujuk. Itu yang dilakukannya setiap
malam. Memujuk gadis itu sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya.
“Memang I sayang kan Aqeed. Walaupun
kewujudan Aqeed banyak bawak luka dalam diri I, I tetap sayangkan Aqeed macam…”
“Macam you sayang I ?” usik Tengku Aizrill Hazim beserta
kenyitan nakal.
“Ehh, main-main pulak.” Satu
cubitan hinggap di pinggang lelaki itu. Pecah tawa dari bibir Tengku Aizrill
Hazim.
Andai mereka terpaksa berpisah
ketika dia ada urusan di Malaysia, dia pasti rindukan gadis itu. Teringat saat
dia meninggalkan gadis itu tiga bulan lepas kerana menjengok Opahnya yang sakit.
“Aizrill, kamu kenapa ?” Tengku Serena menyoal
Tengku Aizrill Hazim yang ralit memerhatikan telefon bimbit nya.
“Kenapa Ma?” soalan yang sama
dilemparkan pada mama tersayang. Kaget dengan soalan mamanya.
“Mama tanya kamu. Kenapa? Gelisah
semacam je.” Tengku Serena menjelaskan pertanyaannya.
Tengku Aizrill Hazim mengeleng. Senyuman
hambar dilemparkan buat Tengku Serena bagi menutup pandangan aneh wanita itu
terhadapnya.
“Takda apa-apa lah mama. Aiz cuma
fikir pasal company kat Ausie ja ma. Risau tinggal lama-lama.
Lagipun sekarang ni, project tengah
banyak.” Dalih Tengku Aizrill Hazim.
Sebenarnya dia merindui Auni Suryani
dan Aqeed Naufal yang hampir seminggu ditinggalnya. Sekarang ni , jangan kata
tidur tak lena , mandi pon dah tak terasa basahnya. Asyik terbayang-bayang
keletah Auni Suryani dan Aqeed Naufal sahaja. Rasa macam nak terbang balik
kesana saat itu juga.
“Hemm… takpalah kalau macam tu.
Nanti kalau Opah kamu sihat. Baliklah!” saran Tengku Serena.
“Baiklah mama. Aiz pon fikir nak
balik lagi tiga empat hari.”
“Okey, mama ingat kamu terfikir
buah hati kamu. Ingat kamu tu sudah bertunang dengan Eyka.”
“Hemm…Aiz ingat mama.” Akui Tengku
Aizrill Hazim. Meskipun hatinya rasa bersalah kerana menyembunyikan kewujudan
Auni Suryani dan Aqeed Naufal dalam hidupnya.
You tengah buat apa Aiz?sorry kacau
masa you dengan family you. Tok Pah dah sihat? Aqeed and I miss you a lot.
Tengku Aizrill Hazim tersenyum membaca message dari Auni Suryani. Rasa rindu
membuak-buak dalam diri. Biasanya, jika dia pulang ke Malaysia paling lama pon
tiga hari. Cukup sahaja, terus terbang ke Australia.
Opah dalam process recovering.
She’s getting much better than before. You tanya I buat apa? ofcourse I tengah
rindukan you dengan Aqeed. Sayang, maybe esok atau lusa baru I balik sana. Wait
for me!
“Sudah, pergi basuh muka dulu.
Basah dengan air mata bukan cantik pon. Dah macam mak lampir dah I tengok.”
Sempat lagi Tengku Aizrill Hazim bergurau dengannya.
Auni Suryani tahu lelaki itu
berusaha menceriakan hari-harinya
setelah kematian sahabat baik nya, Dania Elmira. Dan Auni Suryani
bersyukur sangat kerana Allah menitipkan lelaki sebaik Tengku Aizrill Hazim
kepada nya. Tanpa lelaki itu, dia pasti rebah dibumi asing ini!
Sedang Auni Suryani membasuh
muka, terdengar suara tangisan anak
kecil. Tanpa berfikir panjang dia tahu dari mana suara itu datang. Setelah
membasuh muka, Auni Suryani menilik wajahnya di sebalik cermin. Matanya sedikit
bengkak dan mukanya sembab.
Bila dikenangkan keluarga nya
dikampung, rasa rindu mula menjengah. Sudah dua tahun dia tidak pulang. Bukan
dia tidak rindukan mereka. Rindu dihati hanya Allah yang tahu. Namun dia tidak
tahu bagaimana hendak berhadapan dengan mereka. Ini kerana ada rahsia yang dia
simpan dari mereka.
Setelah selesai menilik wajahnya,
dia melangkah keluar dari kamar mandi. Mata nya dapat menangkap kelibat Tengku
Aizrill Hazim yang sedang berusaha menidurkan Aqeed Naufal yang terjaga. Nyata,
ciri-ciri ayah mithali dalam diri dia. Berbeza dengan personalitinya sebagai
usahawan terkenal di Malaysia.
“Kenapa Aiz? Aqeed kembung perut
ke?”soal Auni sambil mendekati lelaki yang sedang berdiri di sebelah baby cot.
“Biasalah Aqeed ni, lepas Mummy menangis giliran dia pulak. Kesian
Daddy, asyik kena pujuk orang
menangis je. Daddy takda siapapon nak
pujuk.” Ucap Tengku Aizrill Hazim dalam nada gurauan. Pantas satu cubitan
hinggap dilengan sasanya. Suka bergurau
tak kena tempat.
“Ambik ni , bergurau lagi. Sini
Aqeed biar I yang tidurkan. You mesti penatkan. Esok you kerja awal pagi kan?
Pergi lah tidur.”
“Okay. Good night Yani.” Tutur
Tengku Aizrill Hazim sebelum menghilangkan diri ke kamarnya.
Keesokannya, rutin harian mereka
bermula seperti biasa. Auni Suryani sibuk didapur bagi menyediakan sarapan pagi
buat Tengku Aizrill Hazim sebelum lelaki itu berangkat ke tempat kerja.
Di Australia, Tengku Aizrill Hazim menguruskan cawangan yang baru
dibuka. Baru lima tahun di bangunkan syarikat itu setelah syarikat keluarganya
di Malaysia berpeluang melebarkan sayap di bumi orang putih ini.
Di sini, mereka tidak perlu
berselindung dari sesiapa. Bebas ke mana-mana bersama. Tidak seperti di
Malaysia, lelaki itu dikenali seantero KL. Ini kerana, Tengku Aizrill Hazim
merupakan anak jutawan Malaysia dan dia sendiri sudah mempunyai syarikat
sendiri seawal usia 24 tahun.
“Yani, petang ni lepak dekat park? I ada benda nak bincang dengan
you.” Tengku Aizrill Hazim memulakan bicaranya sebelum memakan makanan yang
dihidangkan oleh Auni. Nasi lemak buatan Auni Suryani akan dibuat bekalan
untuknya semasa dipejabat nanti.
Tinggal dibumi Australia memang menguji selera makan
mereka. Namun dia beruntung kerana Auni Suryani seorang yang pandai memasak.
Tidak lah dia terkial-kial mencari masakan Malaysia dibumi Australia ini.
“Okay, tapi Aqeed macam mana pulak
Aiz?” soal Auni Suryani.
“I ambik dekat nursery dulu sebelum pergi park.
Takkan nak dating berdua je, you
macam tak tahu anak I macam mana.” Usik Tengku Aizrill Hazim sebelum menjamah
hidangan itu.
“Aiz, baik you makan cepat. Nanti
lambat pergi office. Ni tak, asyik
usik orang aje.” marah Auni Suryani yang sememangnya sengaja dibuat-buat.
“Office I kan? Suka hati I la nak masuk pukul berapa pun. Kalau lambat
sebab hemmhemm dengan you, I tak
kesah.” Usik Tengku Aizrill Hazim lagi. Tawanya meletus apabila muka Auni
Suryani memerah. Malu dengan usikannya.
“Aizrill! Bagusnya kalau ada bos
macam you. I rasa macam I pun nak kerja dengan you jugaklah. Boleh masuk lambat
sebab bos pon lambat.” Tokok Auni Suryani.
“Kalau pekerja pun masuk lambat,
alamat bankrupt lah company I tuh…” tambah Tengku Aizrill
Hazim.
Salam sis, ada lgi ke novel Karna rahsia hati?
ReplyDelete