Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 2
Tarikh Post : 23 September 2015
“Yani , you menungkan apa tu? Nah hot coffee untuk you.” Tengku Aizrill
Hazim menghulurkan secawan kopi panas kepada Auni Suryani. Auni Suryani
tersenyum.
“Hemm…
Thanks Aiz. You macam tahu-tahu ja I hauskan.” Ujar Auni Suryani.
“You kan kesayangan I , of course I know sayang. You mesti penat
shopping tadikan.”
“Ehh, mana you tahu? You spy I ke?” soal Auni Suryani sambil
ketawa. Pantas pipinya dicubit manja oleh Tengku Aizrill Hazim.
“Sayang jangan main-main boleh tak?
Takda masa I nak spy on you 24 hours.
Since you habis belajar you buat apa je kat apartment?” soal Tengku Aizrill
Hazim. Padahal dia tahu setiap aktiviti gadis itu.
Auni Suryani sibuk melukis cartoon untuk kanak-kanak. Karya nya
dipasarkan di kedai buku berhampiran apartment mereka. Duit hasil jualan buku,
digunakan untuk shopping. Sedikit pun
tidak diusik duit Tengku Aizrill Hazim melainkan untuk membeli perkakas dapur.
Takut dicop pisau cukur!
“Sayang , papa paksa I balik
Malaysia.” Ujar Tengku Aizrill Hazim. Auni Suryani ketawa melihat wajah
cemberut kekasih hatinya.
“You ni kenapa ? macam tak biasa aje
papa you suruh balik Malaysia.” Soal Auni Suryani.
“But
this time , bukan sehari dua sayang tapi selamanya.” Ujar Tengku Aizrill
Hazim mematikan tawa dibibir Auni Suryani. Senyuman yang meliar dibibirnya
turut hilang. Buat seketika suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran hilai tawa
dari pengunjung taman itu sahaja.
“So
, you’re going to leave us.” Soal Auni Suryani. Tubir matanya tiba-tiba
memberat. Dia menundukkan wajah dari menatap wajah kekasih hatinya.
“No
, I takkan pernah tinggalkan you. You dan anak kita adalah nyawa I sekarang.
Sayang , you ikut I balik Malaysia , please.” Pujuk Tengku Aizrill Hazim.
Tiba-tiba pecah tangis Auni Suryani.
“Tak… I takut nak balik Malaysia.
Macam mana I nak terangkan pada Family
I tentang Aqeed , tentang kita.” Tengku Aizrill Hazim merangkul tubuh kecil itu
kedalam pelukannya.
“Sayang , I akan bertanggungjawab for everything. Kita confess semuanya pada family I , family you. I akan putuskan pertunangan I dengan Zalikha.”
“No ! not now.” bentak Auni Suryani tegas.
Pelukan Tengku Aizrill Hazim di tubuhnya dilonggarkan.
“Habis you nak tunggu berapa lama lagi ?
You nak tunggu sampai I kahwin dengan Zalikha. Itu yang you nakkan ?” soal
Tengku Aizrill Hazim serius. Bibit-bibit pertengkaran bermula. Tengku Aizrill
Hazim geram dengan Auni Suryani. Gadis itu bagaikan ingin menyerahkan dia pada
Zalikha. Bagaikan tiada sedikitpun rasa cinta gadis itu padanya.
“Memang itu sepatutnya terjadi kan ?
You hak dia. You bertunang dengan dia sebelum kita berjumpa lagi. I ni cuma
sebuah persinggahan pada you. Sampai masanya you perlu tinggalkan I dan nikah
dengan Zalikha.”
“What’s
wrong with you , hah ? You nak sangat I nikah dengan Zalikha ? I dah cakap
, I love you. berkali-kali I cakap ,
I cintakan you.” Tengku Aizrill Hazim meraup wajahnya kasar. Setiap kali isu
ini dibangkitkan , pasti akhirnya mereka
bertikam lidah.
“Sudah lah sayang , I malas nak
bertengkar dengan you pasal benda ni. you memang tak pernah sayang I pun.”
Tengku Aizrill Hazim bersuara perlahan. Lebih kepada merintih.
“Aizz… bukan macam tu. Tapi hakikatnya
you milik Zalikha. Hubungan kita selama ni hanya untuk sementara.”
“Sementara ? You ingat kasih sayang I
bagi pada you dan Aqeed hanya sementara ke ?”
“Okay okay… I ikut you. Tapi bersyarat.”
Ujar Auni Suryani mengalah.
“Thank
you sayang…” ciuman tak diduga dihadiahkan Tengku Aizrill Hazim ke pipi
gebu Auni Suryani. Terlayar dimatanya akan arahan Tengku Zakri minggu lalu
semasa dia menjenguk Opahnya yang sakit.
“ Aiz , papa nak bincang sesuatu
dengan kamu.” Ujar Tengku Zakri setelah
melabuhkan punggung di ruang tamu Anggerik Villa. Villa keluarga milik Tengku
Syukur. Datuk kepada Tengku Aizrill Hazim.
“Ada apa Pa ? bunyi macam serius aje
?” Tengku Aizrill Hazim kembali menyoal Tengku Zakri.
“Kamu bila nak balik Malaysia ?”
“I’m here now.”Tengku Aizrill Hazim
berseloroh. Faham dengan apa yang dimaksudkan papanya.
“That’s not what I mean. Bila nak balik Malaysia
terus ? our company need you. And one
more thing , bila nak proceed wedding
kamu dengan Zalikha ?” Tengku Zakri memandang anaknya yang kelihatan gelisah.
Tengku Aizrill Hazim mengurut belakang lehernya yang tiba-tiba sengal.
“Pa ,
what about my bisness ? bisness
saya baru nak bermula kat sana. Banyak peluang yang boleh saya grab. Bagi la saya masa lagi setahun
dua.” Tengku Aizrill Hazim mengeluarkan fakta yang paling sesuai dijadikan
modal untuk dia terus menetap di
Australia tanpa halangan bersama cinta hatinya.
“Faizul kan ada. Give him a chance. I trust in him. Kalau kamu nikah dengan Zalikha
dalam masa yang terdekat ni , I’m sure
yang kita akan dapat tender yang Tan Sri Zainal bentangkan. Jangan buat main , project ni sixty million , young man. Senang hidup kamu nanti.” Tengku
Aizrill Hazim tersenyum kelat.
Mungkin jika dia masih Aizrill yang
dulu, Aizrill yang kaki perempuan ,
Aizrill yang kaki mabuk , Azrill yang pentingkan bisness sehingga sanggup
bertunang dengan anak perempuan kesayangan Tan Sri Zainal , Zalikha semata-mata
kerana jutawan itu mampu memberi peluang perniagaan yang lebih cerah dia sudah
menikahi Zalikha.
“Ni bukan soal percaya ke tak Papa.
Saya selesa tinggal kat Ausie and I don’t
think so untuk balik Malaysia dalam masa terdekat ni.”
“Come
on , ingat papa tak tahu aktiviti kamu kat sana ? mabuk , perempuan apa
semua. Remember young man , kat
Malaysia pon kamu boleh buat semua tu even
tak se ‘gah’ Australia.” Sekali lagi hati Tengku Aizrill Hazim tersiat-siat
dengan kata-kata papa nya. Kata-kata Tengku Zakri semua benar. Dia memang kaki
perempuan , kaki mabuk. Tapi semua itu dulu , sebelum dia bertemu jalan benar.
Sebelum dia bertemu kekasih hatinya kini.
‘Aizz dah berubah Pa. I’m not that kind of guy anymore.’bisik
hati kecil Tengku Aizrill Hazim.
“Tapi Pa…”
“Takda tapi-tapi. Papa bagi kamu masa
tiga bulan dari sekarang. Papa nak kamu balik Malaysia dan uruskan ZH
Holdings.” Arahan dikeluarkan Tengku Zakri. Nampaknya , Tengku Aizrill Hazim
tiada jalan lain. Dia terpaksa balik ke Malaysia. Tapi kali ini bukan seorang
diri. Auni Suryani dan Aqeed Naufal pasti diangkut sekali. Sorok mana belakang
kira. Yang pasti , mereka harus ada disisinya.
“Okay saya balik. Tapi bukan di ZH
Holdings. I’ve my own company. Biar
Farhan yang uruskan ZH Holdings tu. Not
me.” Putus Tengku Aizrill Hazim tegas.
“Aizz…are
you okay ?” soal Auni Suryani mematikan lamunan Tengku Aizrill Hazim.
“Okay…I’m okay. So , kita
balik Malaysia ?”
“Hemm… as long as you ikut
syarat I.” Tengku Aizrill Hazim merangkul pinggang Auni Suryani kembali. Dengan
sepotong ayat ‘ I ikut you’ sahaja sudah memujuk rajuknya tadi.
“Anything
for you,babe! I akan tunaikan.”
“ I taknak sesiapa pon tahu pasal
hubungan kita except your PA. kita
hidup asing-asing dahulu sampai I sedia bagitahu hal sebenar pada family I.”
“ Sayang , Aqeed ? Mesti parent you akan soal pasal dia. You nak
tinggalkan Aqeed dengan sapa ?” soal Tengku Aizrill Hazim.
“I akan bagitahu family I yang Aqeed anak…anak angkat I.” berat untuk Auni Suryani
meluahkannya. Dia tahu itu amat menyakiti buat Tengku Aizrill Hazim. Juga buat
dia.
“Youuuu…
how could you. No , Aqeed anak I , anak kita. Kalau you tak nak berterus terang
biar I yang berterus terang dengan family
I. Biar I bawak Aqeed jumpa family
I.” putus Tengku Aizrill Hazim.
“Then
, we both takkan ikut you balik. You balik la sorang. Tinggalkan kita orang
dekat sini.” Auni Suryani nekad.
“Yani… takkan you nak buat I macam ni.”
“Then
, you ikut syarat I. mudah aje. bukan I tak bagi you jumpa anak pon.”
“Serious
? anytime ?” soal Tengku Aizrill Hazim. Auni Suryani mengangguk.
“Yes
, anytime and anywhere. You cakap aje and
we’ll be there.” Auni Suryani usap pipi Tengku Aizrill Hazim lembut.
Menumpang kasih lelaki ini membuatkan
dia hampir lupa daratan. Dia bukan sesiapa , dia hanya perempuan persinggahan lelaki
itu meskipun Tengku Aizrill Hazim menidakkannya.
Sungguh berbeza hubungan mereka
sekarang. Dahulu mereka bagaikan seteru di kampong namun kini mereka ialah Mummy dan Daddy kepada Aqeed.
“And
please , jangan buang air mata you ni.” ujar tengku Aizrill Hazim sambil
menyeka air mata dipipi Auni Suryani.
“As
long as you stay by my side for a second. Walaupun sementara. I need you before you pergi pada
tunang you , Zalikha.” ujar Auni Suryani dalam tawa yang sengaja dibuat-buat.
Apabila menyebut nama Zalikha iaitu
tunang Tengku Aizrill Hazim sahaja membuatkan nafasnya semput. Tak dapat
dibayangkan nasibnya nanti apabila Tengku Aizrill Hazim benar-benar menikahi
Zalikha. Pasti dirinya bakal tersisih. Kesian Aqeed Naufal kerana terpaksa
berkongsi kasih Daddynya.
“Aqeed tengok Mummy Aqeed nangis. Aqeed nak tahu kenapa? Mummy nangis sebab takut hilang Daddy
Aqeed yang handsome ni. Kan Mummy ?” Tengku
Aizrill Hazim mengubah topic perbualan mereka dengan berbual-bual dengan Aqeed
Naufal.
Lucu sekali telatah Tengku Aizrill
Hazim yang bercakap dengan bayi yang hampir berusia lima belas bulan diribaan
Auni Suryani. Aqeed Naufal yang bagaikan mengerti ucapan Tengku Aizrill Hazim
ketawa. Auni Suryani akui bahawa Aqeed Naufal lebih menyenangi kehadiran Tengku
Aizrill Hazim berbanding dirinya sendiri. Auni Suryani pernah mengabaikan anak
kecil ini kerana benci dengan kewujudannya. Namun sekarang Aqeed Naufal adalah
nyawanya. Ya, nyawa Auni Suryani dan Tengku Aizrill Hazim.
No comments:
Post a Comment