PASAL QIN AMJA

Thursday, 4 February 2016

CERPEN : KAMI BAHAGIA PART 3



          Aiman Daffa meletakkan tubuh kecil milik Keisha Armani di sebuah bangku.

          “Thanks Daffa.” Ucap Keisha Armani lembut. Aiman Daffa tersenyum. Kasut nike yang dipakai Keisha Armani tadi dicapai.

          “Ubatkan kaki dia dulu , nanti girls papah dia pergi kat kereta aku. Aku hantar dia balik. Linda , adik balik sendiri boleh ?” tanya Aiman Daffa.

          Ellinda Natasya mengangguk. “Linda okay aje. Qaseh boleh tolong hantar kan.” Qaseh turut mengangguk menyatakan dia bersetuju untuk menghantar Ellinda Natasya.

          “Linda , kau okay ke balik dengan Qaseh ni ?” tanya Keisha Armani. Akira masih mengurut kakinya.

         “Ya Allah , aku okay aje. Anyways , aku nak bagi chance untuk kau orang dating berdua. Aku tahu lately abang aku busy sikit dengan study. So , ni lah peluang untuk kau orang sweet-sweet berdua. Tapi jangan lebih-lebih pulak. Kang , tak pasal-pasal aku dapat anak buah sebelum waktunya.” Bisik Ellinda Natasya mengusik bakal kakak iparnya. Sememangnya dia sendiri tidak tahu hakikat sebenar hubungan antara abang dan kawan baiknya. Yang dia pasti , masing-masing dilamun cinta. Cuma belum diluahkan lagi.
          “Linda!!!” jerit Keisha Armani. Mukanya memerah tiba-tiba dengan usikan dari bakal adik iparnya , Ellinda Natasya.

          Ellinda Natasya , Qaseh Imani dan Akira memapah Keisha Armani ke Audi R8 milik Aiman Daffa. Aiman Daffa membuka pintu disebelah pemandu.

           “Thank you girls. Riz , Nik aku balik dulu ehh.” Aiman Daffa terus meluru masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan sebelum kereta mula dipandu.

          “ Macam mana boleh jatuh ni ?” soal Aiman Daffa lembut. Keisha Armani menoleh ke arah tunangnya.

          “I don’t know.”

          “Apa aku nak jawab pada papa. Confirm papa membebel dekat aku belum tambah dengan Mummy kalau tahu bakal menantu kesayangan dia ni jatuh sakit.”

           Keisha Armani tergelak kecil.

          “Sorry , bukan aku yang minta jatuh la.” Kata Keisha Armani laju. Pantas Aiman Daffa menoleh. Riaknya berubah.
          “Be careful next time.” Tegas suara Aiman Daffa. Keisha Armani tersenyum lantas mengangguk.

          “Urmmm , asal kau jerit tadi ?” tiba-tiba terpacul soalan itu dari bibir Aiman Daffa.

          “Girls matter. Tak payah tahu la.” Bohong Keisha Armani. Gila nak bagitahu Aiman Daffa ? mahu setahun kena bahan.

          “Aku nak tahu jugak.”  Aiman Daffa berkeras ingin mengetahuinya jugak karna dia dapat rasakan jeritan tadi ada kena mengena dengan dirinya.

        “Aku taknak bagitahu...”

          “Aku tinggalkan kau dekat tengah-tengah jalan ni nak ?” tanya Aiman Daffa laju. Keisha Armani terdiam , dia memandang ke sekeliling.

          “Kau ni tak boleh bawa bergurau la. Garang sangat.” Keisha Armani tayang gigi. Kena bagitahu jugak la ni.

          “Sebenarnya tadi Linda cakap…cakap…” sambung Keisha Armani tergagap-gagap. Malu.
          “Kau dah kena sampuk ke apa ? Gagap-gagap. Sebelum ni ada aje nak melawan cakap aku kan ?”  Aiman Daffa tergelak kecil.

          “Sebenarnya , adik kau cakap kat aku yang dia nak bagi kita spend time sweet-sweet together sebab kau selalu busy memanjang. Tapi dia pesan jangan lebih-lebih dengan kau , nanti tak pasal-pasal dia dapat anak buah baru. Yuks , memang tak la nak sweet-sweet dengan kau. Tak kuasa aku.” Ujar Keisha Armani senada. Aiman Daffa tersenyum nakal. Dia memandu ke bahu jalan. Enjin kereta dimatikan.

          “ Kalau betul pun apa salahnya , sayang. Lagipun , kita kan nak nikah lagi beberapa bulan aje lagi. So , should we try it ?” ujar Aiman Daffa beserta kenyitan nakal. Wajahnya didekatkan ke wajah tunangnya. Keisha Armani berdebar-debar melihat reaksi nakal Aiman Daffa.

          “Daffa , please stop it…aku…aku…” ujaran Keisha Armani langsung tidak berbekas dihati Aiman Daffa. Wajahnya semakin mendekati wajah Keisha Armani. Kini , jarak antara wajah mereka tinggal seinci sahaja. Air mata Keisha Armani mula menitis. Dia mula membayangkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

          “Okay okay aku berhenti. Stop nangis please…” Aiman Daffa mengusap air mata dipipi tunangnya. Rasa bersalah mulai bersarang di dada karna mengusik Keisha Armani. Tak sangka Keisha Armani akan menangis. Enjin dihidupkan sebelum pemanduan diteruskan. Ingin segera menghantar Keisha Armani pulang. Tidak betah berduaan dengan Keisha. Bohonglah kalau dia kata hati lelakinya tidak terusik ketika anak mata mereka bersatu. Ingin sahaja tubuh itu dipeluknya. Namun akalnya masih waras. Dia takkan mengambil apa yang bukan menjadi miliknya lagi.

          “Kenapa kau buat aku macam ni…” perlahan Keisha Armani bersuara lirih. Tak dapat dibayangkan sekiranya perkara tadi benar-benar terjadi. Mesti papa akan malu besar.

           “Keisha , maafkan aku. Aku bergurau aje , sayang.” Ujar Aiman Daffa tanpa memandang ke arah Keisha Armani.

          Keisha Armani gigit bibir. ‘Kenapa kau suka buat aku macam ni ? tolonglah jangan buat aku jiwa kacau macam ni lagi.’ Bisik hati kecil Keisha Armani. Melihat Keisha Armani diam , Aiman Daffa meneruskan perjalanan. Sepi sahaja sehingga tiba di rumah banglo Tan Sri Idris. Aiman Daffa merasa bersalah melihat kebisuan Keisha Armani.

          “Daffa , thank you. good night , bye.” Acuh tak acuh suara Keisha Armani. Terus Keisha Armani meluru masuk ke dalam rumah. Aiman Daffa merengus kasar. Tayar kereta disepak. Sejak bila Keisha Armani sediam ini ? dia pun tak tahu. Yang penting sekarang hatinya gusar.


          Berkali-kali Keisha Armani tekan butang reject call di skrin Iphone miliknya. Rasa nak baling pun ada , tapi memikirkan handphone mahal ini hasil titik peluhnya bekerja di Pizza Hut tahun lalu , dia pendam sahaja niat dihati. Dan yang rajin menge‘call’nya adalah si Aiman Daffa aka tunang tersayang tu lah. Akibat rasa debar yang masih bersisa Keisha Armani memutuskan untuk tidak mengangkat panggilan telefon itu.

          Dia mengelap rambut dengan tuala. Laptop Apple dicapai. Butang ‘on’ ditekan. Mata dihala pada laman facebook yang baru dibuka.

          Three message.

          And it’s from ,

          Aiman Daffa. Damn!

          Mamat ni , aku reject call , dia mesej kat sini pulak. Dah sasau ke apa ?

        “Mana pergi handphone kau ha ? Dah bagi kat bik Onah ke apa ?”

          Ehh berani kau libatkan bibik Onah dalam hal ni. Mesej kedua dibaca.

          “Jangan cabar aku Keisha Armani.”

         Keisha Armani terdiam. Kemudian , dia tersenyum sinis. Like I care , uhuh ?

        “Aku on the way pergi rumah kau sekarang.”

          Satu ayat yang membuatkan Keisha Armani berlari ke tingkap biliknya. Kakinya yang sakit langsung tidak dipedulikan. Kosong di depan rumah banglonya. Macam mana kalau-kalau Aiman Daffa betul-betul on the way ? ha , matilah dia.

          Handphone lantas dicapai. Nama Aiman Daffa didail.

          “Hello , sorry sorry aku tak jawab call kau. Tadi aku kat bawah. Bik Onah tolong urutkan kaki aku sebab tu tak jawab call kau. Tak payah la datang rumah aku , habis aku nak bersoal jawab dengan papa.”

          “Urmmmm…” Aiman Daffa mengumam.

          “Kau marah aku ke sebab tak angkat call kau ?”

          “I just wanna say sorry pasal tadi. I didn’t mean it.” Ujar Aiman Daffa.

          “Okay , aku tak marah pun. Tapi janji dengan aku yang kau takkan ulang lagi. Janji ?”

          “Aku janji aku takkan ulang lagi lepas ni. Tapi lepas nikah aku tak jamin laa…”


          “Daffa !!!”           



            SUASANA banglo mewah milik keluarga Keisha Armani meriah. Dengan kehadiran tetamu yang ingin menyaksikan ijab Kabul antara Aiman Daffa dan Keisha Armani.

          “Pergh , makin handsome la kau !” Nick Saffuan bersuara kuat saat melihat Aiman Daffa melangkah keluar dari kereta yang dipandu oleh Syed Amriz.

          Aiman Daffa senyum senget. “Well.

          “Aku tak sure Hasif datang ke tak. Minggu lepas aku email kad kahwin kau orang dekat dia tapi takde respond.” Bisik Syed Amriz. Aiman Daffa terdiam seketika.

          “Call him.”

          “Banyak kali dah aku call , maybe dia tukar nombor.”

          Aiman Daffa terus masuk ke halaman rumah diiringi Syed Amriz dan Nick Saffuan serta beberapa orang tetamu lelaki yang lain. Saat dia melangkah masuk saja ,  dia rasa berdebar-debar. Releks , Aiman.

          Duduk dilabuhkan ditempat yang sepatutnya. Tangan Papanya dicapai dan disalam.
          “Don’t get nervous , Aiman. I’m sure , it’s gonna be the first and last you sit here , okay.” Kata Tan Sri Nasrul. Aiman Daffa tersenyum dan mengangguk.

          “BIBIK ONAH , huwaaaaaa…” Keisha Armani teresak-esak menangis dalam pelukan orang gaji keluarganya. Bibik Onah adalah orang yang bertanggungjawab membesarkannya sampai sekarang. Semenjak kematian arwah mamanya , hubungan Keisha Armani dan Bibik Onah bertambah erat.

          “Ya Allah budak ni , menangis pulak. Habis la make up kau !” Qaseh Imani sudah mula bising.

          “Aku taknak kahwin , tak nak !” Keisha Armani dah melalak macam budak kecil. Bibik Onah mengusap lembut belakang anak majikannya yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.

          Bibik Onah meleraikan pelukan. Sisa air mata gadis itu diusap. Bahu Keisha Armani.

        “Cik Keisha kuatkan kan. Bibik yakin Tuan Aiman boleh jaga Cik Keisha yang manja ni.” pujuk Bibik Onah. Keisha Armani menahan sendu. Qaseh Imani menjalankan tugasnya kembali iaitu memekapkan wajah Keisha Armani.

         “Keisha…” Keisha Armani menoleh. Terkejut dia saat melihat wajah Akira dan Medina yang jelas sedang menahan tangisan.

         “Betul ke ni kau nak kahwin ?” Medina memulakan hujahnya.

         “Entah kau ni , biar betul dah nak kahwin ? dengan abang Daffa pulak tu. Dah la aku crush tegar dengan abang Daffa , terpaksa aku beralih arah pulak.” Sambung Akira sambil tersenyum.

         “Sorry.”

        “I thought you dengan abang Hasif bercinta.” tanya Medina. Keisha Armani tersentak. Abang Hasif ? ermm , dia lupa nak maklum kan pada abang Hasif mengenai perkahwinannya. Takpelah , kejap lagi nak tanya dengan Encik Hubby dia lah. Mesti Encik Hubby dia dah inform , kan ? kawan baik dia kot !

         “Takde lah , aku anggap abang Hasif sebagai abang aje lah.  No heart feeling pun okay.”

       “Habis dengan abang Daffa ni ada heart feeling lah ye ?” soal Qaseh Imani sambil menjongket-jongketkan kening tebalnya. Akira dan Medina sudah sengih.

               “Ya Allah , kat  sini semua anak dara ni. cepat turun. Dok borak macam ni , sampai  besok pon belum tentu lafaz nikah lagi nanti.” Tu dia! Apabila Tan Sri Idris menyergah mereka. Masing-masing tersengih.

        “Good luck for…” Qaseh Imani sengih nakal. Keisha Armani pelik.

       “For what ?”

      “Your first night with Abang Daffa.” Serentak suara ketiga-tiga gadis itu sambil ketawa. Keisha Armani sudah kebas muka. Malam pertama ? takkan ada rasanya. Sebab Mummy pon dah bagi warning. Hehe.

       “ Amboi kau orang ehh. Waktu kau orang semua kahwin nanti , aku sakat habis eh.” Keisha Armani mengugut. Qaseh Imani , Akira dan Medina jelir lidah mereka.

        Mereka semua beriringan turun ke bawah. Keisha Armani dan Qaseh Imani di barisan terakhir. Dari tadi Keisha Armani asyik mencengkam lengan Qaseh Imani.

        Tibanya di bawah semua mata tertumpu pada pengantin perempuan. Naik malu Keisha Armani. Agak ramai tetamu yang hadir. Almaklumlah anak perempuan tunggal Tan Sri Idris bakal menamatkan zaman bujang.

       Duduk dilabuhkan disisi Puan Sri Anna. Tangan wanita itu digenggam erat. Mama , I wish you were here…

        “Dah sedia ?” tanya Tan Sri Idris selaku wali. Aiman Daffa mengangguk diringi Tan Sri Nasrul dan saksi yang ada. Dalam hati Aiman Daffa jangan ditulis , rasa macam nak meletop ! Muka Keisha Armani pon tak mahu dipandang. Nanti lagi gelabah.

       Tan Sri Idris menghulurkan tangan. Teragak-agak Aiman Daffa menyambut.

        “Aiman Daffa bin Nasrul.”

        “Ye saya.”

        “Aku nikahkan dikau dengan puteriku , Keisha Armani binti Idris dengan mas kahwin RM 88 ringgit , tunai.”

      “Aku terima nikahnya…”

       “Tunggu !”

       “Sorry sorry Linda lambat. Sila teruskan.” Ellinda Natasya terus duduk di sisi Puan Sri Anna dan mengeluarkan Nikonnya.

       “Kita ulang semula , ya.” Pinta Tan Sri Idris. Tan Sri Nasrul mengangguk.

       “Aku nikahkan dikau dengan puteriku , Keisha Armani binti Idris dengan mas kahwin RM 88 , tunai.”

       Aiman Daffa menarik nafas sekali.

       “Aku terima nikahnya , Keisha Armani binti Idris dengan mas kahwin RM 88 , tunai.”

        Fuh !

          “Alhamdulillah.” Semua orang menadah tangan apabila Tan Sri Idris mengetuai bacaan doa.

          Baru sekarang Keisha Armani rasa sebak. Ma , anak mama dah jadi Mrs. Dah jadi bini orang. Tangan Puan Sri Anna dicapai dan disalam. Kedua belah pipinya dikucup oleh wanita itu.

        “Congratulations Sayang. You’re now officially my daughter in law. Terima kasih sebab sudi terima anak lelaki kesayangan Mummy sebagai suami Keisha.” Bisik Puan Sri Anna.

          Syed Amriz dan Nick Saffuan sudah tersenyum-senyum pada Aiman Daffa. “Bro , japgi upacara batalkan air sembahyang , jangan lebih-lebih ehh. Malam nanti baru boleh.” Usik Nick Saffuan nakal. Aiman Daffa meluku kepala Syed Amriz.

        “Apahal kau luku kepala aku pulak ?” soal Syed Amriz.

         “Sebab otak kau sama aje dengan otak Nick. Dua-dua otak kuning.”

         Perlahan-lahan Aiman Daffa bangun dan mara ke arah Keisha Armani. Duduk dilabuhkan betul-betul dihadapan Keisha Armani. Serius , Keisha Armani sangat cantik. Dia tahu gadis itu tidak pakai make up sangat. Dan ia nampak natural yang menyerahkan lagi aura semulajadi yang ada pada Keisha Armani.

       Tangan kanan Keisha Armani dicapai. Cincin bertatahkan berlian Tifanny and Co. disarungkan ke jari runcing milik Keisha Armani. Keisha Armani menelan air liur. Mak ai daddy aii , berkilau la pulak. Tangan Aiman Daffa dicapai dan disalam serta dikucup lembut.

          Aiman Daffa mendekatkan wajahnya ke wajah Keisha Armani. Keisha Armani sudah fikir yang bukan-bukan. Aiman Daffa mencium lembut dahi itu.

          Klik.

     Aiman Daffa angkat kepala. Dia tersenyum nakal pada Keisha Armani.

        “Sabar ya , japgi nak malam dah ni.” bisik Aiman Daffa nakal di telinga Keisha Armani. Keisha Armani terus mencubit paha Aiman Daffa.           




           KEISHA Armani tutup perlahan pintu biliknya yang sudah menjadi milik dia dan Aiman Daffa. Aiman Daffa yang keluar dari bilik air memandang Keisha Armani pelik.

          “Asal pandang aku macam tu ?” tanya Keisha Armani laju.

          “Lambat masuk bilik. Pergi mana ?” Aiman Daffa selongkar bagasinya. Baju t-shirt ditarik keluar. Keisha Armani tegak berdiri. Berdebar tengok tubuh sasa milik Aiman Daffa. Sah , mamat ni rajin pergi gym. Badan berketul-ketul. Dia ingat cantik la badan macam tu. Errr , tak kuasa mak!

          “Staring me again. Oh Keisha , come here.” Gamit Aiman Daffa nakal. Keisha Armani yang terpukau dengan senyuman menggoda Aiman Daffa menghampiri. Aiman Daffa , dalam hati bersorak riang. Wuhuu!

          “Pakaikan baju…” rengek Aiman Daffa manja. Tubuh sengaja didekatkan dengan Keisha Armani.

          Menyedari tanggungjawabnya sebagai isteri kepada lelaki itu , Keisha Armani mengangguk. Keisha Armani mencapai T-shirt putih yang Aiman Daffa hulurkan. Setelah lengkap memakai baju , Aiman Daffa menghadiahkan ciuman ringkas di dahi Keisha Armani.

          “Pergi mana tadi .” tanya Aiman Daffa lagi. Keisha Armani menoleh.

          “Tolong Bik Onah kemas dapur tadi. Kesian dekat dia. Then , aku tolong kemaskan bilik untuk adik kesayangan kau tu.”

          “What ? Linda stay sini malam ni.” soal Aiman Daffa.

          “Hemm…dengan dua malaun sahabat dunia akhirat kau tu. Dah macam takde rumah sendiri. Tak reti balik.” Nick Saffuan dan Syed Amriz dari tadi tak penat ke hulu ke hilir menolong. And plus , buat kacau apatah lagi Syed Amriz.

          “Dia orang dah banyak tolong tadi , Keisha.”

          “Tolong apa ?”

          “Tolong kita supaya kita boleh ber‘first’ ni…” Keisha Armani terus bangun dan tekup bantal di muka Aiman Daffa.

         “Nah first night la kau dengan bantal ni. peluk cium puas-puas. Aku nak mandi.” Keisha Armani laju turun dari katil dan sambar tuala terus meluru masuk ke dalam bilik air.

          “Daffa , bangun lah. Kalau ye pon nak tidur , pergi la tidur atas katil. Sakit badan tu nanti.” Keisha Armani menggoncang badan suaminya yang berbaring di sofa. Meskipun  pernikahan mereka tanpa rasa cinta namun dia tahu tanggungjawab dia sebagai isteri. Masakan dia tega membiarkan Aiman Daffa tidur di sofa sedangkan dia tidur dia katil yang empuk.

         “Daffa , are you hear me ? get up la Daffa. Daffa !” melihat Aiman Daffa yang tidak memberi respon kali ini Keisha Armani mengoncang tubuh itu lebih kuat.

          “Tolong tukar panggilan tu sebelum aku sentuh kau malam ni. aku suami kau sekarang , bukan lagi kawan universiti kau.” ujar Aiman Daffa , geram.

          Sentuh ? bukan Aiman Daffa sudah berjanji dengan Mummynya untuk tidak menyentuh Keisha Armani selagi dia tidak habis belajar. Tukar panggilan ? aku nak panggil dia apa ? baby ?

          “Tapi kau dah janji dengan mummy yang kau…”

          “Belajar panggil abang kat aku. Janji ? janji itu urusan aku dengan mummy. Tapi kau isteri aku , Cuma urusan aku seorang sahaja.”

          “Takut lah.”

          “Takut apa ?”

          “Takut mengandung nanti macam mana ? macam mana kalau dalam tempoh setahun yang mummy kasi ni aku termengandung ? aku ni perempuan , orang boleh tahu. Lainlah lelaki macam kau.” ujar Keisha Armani.

          Lebih baik cakap terus terang. Macam mana nak berhadapan dengan mummy nanti kalau dia mengandung dalam tempoh setahun ini. Puan Sri Anna sudah memberi tempoh setahun sebelum mereka mempunyai anak. Katanya biar Keisha Armani dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.

          “Ala apa susahnya. Sekarangkan zaman moden. Kita pakai la protection ke apa ke. Kan senang.”

          “Sabar sikit boleh tak. Setahun aje lagi. Lepas aku grade aje kau nak suruh aku beranak sebelas orang anak pon aku sanggup…”

          “Tak nak dengar semua alasan tu.” Balas Aiman Daffa.

          “ Daffa please… aku nak tumpukan perhatian aku pada study.”
           “Keisha , izinkan aku sentuh kau malam ni.” pinta Aiman Daffa.

          Dia tidak kisah dengan alasan yang Keisha Armani berikan. Yang dia tahu Keisha Armani mesti menjadi milik mutlaknya sebelum Hasiff Mikael kembali ke Malaysia. Dia bukan tidak tahu lelaki itu menyimpan perasaan yang sama sepertinya terhadap isterinya. Dia tidak akan sesekali melepaskan Keisha Armani ke tangan sahabat baiknya itu.

          Keisha Armani berasa hendak menangis sahaja dengan sikap Aiman Daffa. Selagi tidak dapat memiliki apa yang diingini , selagi itu lah dia terus berusaha.

         “Tak best langsung dapat suami macam ni , tak romantic langsung.” Balas Keisha Armani.

         Redah sajalah. Nak buat macam mana lagi. Nama pun sudah menjadi suami isteri , dan isteri ini mana boleh tolak keinginan suami. Hendak dosa atau pahala ? layan suami dapat pahala.
         
 P/S:Cerpen ini telah diedit semula kepada beberapa part sahaja. kalau bab2 ni macam panjang sangat. bila panjang mula laa merebenn merata. so , lebih baik buat part sahaja. nantikan part2 yang akan datang. tak banyak pon lagi. ada dua tiga part sahaja lagi. hehe ^_^
          
         









2 comments: