TOK.TOK.TOK.
Aiman Daffa terjaga. Melihat Keisha Armani yang masih dalam pelukannya ,
dia mengeluh lega. Siapa pulak kacau ni ? jam dikerling. Pukul 6.30 pagi! Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dan
melepaskan pelukan pada Keisha Armani. T-Shirt dicapai dan dipakai. Kaki
melangkah ke pintu utama bilik itu. Saat buka sahaja , tubuh adiknya , Ellinda
Natasya sudah terhidang di depan mata. Sengihan nakal menghiasi bibir adiknya.
“Angah ada orang tu kan baru lepas first
night , terus lupa solat Subuh.” Ellinda Natasya memeluk lengan abangnya.
Aiman Daniel tersenyum nakal kepada Aiman Daffa. Ya , mereka memang kembar tapi
tak seiras. Dia baru pulang semalam bagi meraikan pernikahan kembarnya , Aiman
Daffa.
“Yelah dik , kalau kita tak kejut , terlajak sampai subuh minggu depan
kot , kan sayang…” jawab Aiman Daniel.
Aiman Daffa menahan hati. Nilah jadi bila adik kembarnya pulang ke
Malaysia dan bergabung dengan adik kesayangan mereka untuk mengenakannya.
“Kau
orang berdua ni kenapa ? subuh subuh ganggu orang tidur.” Aiman Daffa mengetap
gigi geram. Hai , nasib badan ada adik-adik tak senta macm ni.
Terhendap hendap Ellinda Natasya ke dalam
bilik itu mencari susuk tubuh Keisha Armani kawan baiknya merangkap kakak
iparnya. Aiman Daffa yang perasan menepuk dahi adiknya.
“Apa
Along ni ?” soal Keisha Armani sambil mengosok kepalanya. Tak adalah sakit
sangat , saja nak bermanja dengan abang-abangnya.
“Dia tidur.”
“Ohh
, penat la tu kan ?” Ellinda Natasya
sengaja mengusik.
“Overtime terlampau. Along ingat pesan mummy sikit. Tunggu wife kau habis belajar dulu. Lepas tu kalau kau nak terkam ke apa
ke , kita orang tak kisah dah !” sambung Aiman Daniel sambil tersengih-sengih
mengusik.
“Dahla , dari Along melayan kau orang yang takde faedah ni , lebih baik
along solat dulu.” Aiman Daffa terus menutup pintu. Malas melayan karenah mereka berdua.
KHAS
buat Keisha Armani binti Idris. Assalamuaikum sayang…
Keisha apa khabar ? Lama sungguh kita tak bertukar berita between each other kan ? Dah hampir
setahun. Maafkan abang sebab langsung tak contact
Keisha selama ni. Banyak benda dah berlaku dalam hidup abang tanpa Keisha
disisi abang. Papa abang kena serangan jantung dan perlukan pemindahan jantung.
Abang kena uruskan rawatan susulan papa abang selepas operation dijalankan di
Taiwan. Abang busy sangat. Mana nak
uruskan company lagi. Sebab tu dah
lama abang tak contact Keisha.
Maaf
atas kehadiran hadiah tanpa diundang ni. abang tahu hari lahir Keisha esok ,
tapi abang sengaja hantar hadiah ni awal. Sebab abang nak jadi yang pertama
ucapkan Happy Bornday Sayang. Harap
Keisha suka hadiah yang abang beli untuk Keisha. J
Sempena hari lahir Keisha yang ke 21 ni , abang rasa sudah sampai
masanya abang berterus terang dengan Keisha. Abang sebenarnya cintakan Keisha.
Abang tak tahu sejak bila , tapi yang pasti abang rasa abang nak habiskan
hari-hari tua abang nanti bersama Keisha disisi abang. Abang nak lamar Keisha
Armani sebagai isteri abang. Ibu kepada anak-anak abang.
Abang masih lagi berada di London , dan abang akan kembali ke Malaysia
dua bulan lagi. Abang harap Keisha akan terima abang sebagai suami Keisha.
Salam sayang ,
Hasif Mikael Tan Sri Kamal
Keisha Armani terduduk. Abang Hasif cintakan dia ? Tak pernah terlintas difikirannya untuk jatuh
cinta pada Hasif Mikael. Lelaki itu telah dianggap seperti abang kandungnya
sendiri. Masakan dia jatuh cinta kepada Hasif. Maafkan Keisha sebab tak dapat
balas cinta abang.
“Kau
pegang apa tu , Keisha.” sergah Aiman Daffa setelah keluar dari bilik air.
Tuala di tangan digunakan untuk mengelapkan rambutnya yang basah. Wangian DKNY
disembur ke badannya.
Patut
ke aku bagitahu dia ? kalau bagitahu mengamuk pulak nanti. Kalau tak bagitahu
lagi naya. Buatnya dia tahu dari orang lain tak ke mampus aku nanti.
“Surat…surat dari abang Hasif.” Aiman Daffa yang sedang mengeringkan
rambutnya terhenti. Dia pusing menghadap isteri yang baru dinikahinya semalam.
“Hasif
?” soalnya meminta kepastian. Melihat anggukan Keisha Armani dia mendekati
isterinya yang sedang duduk di birai katil. Surat dari Hasif Mikael bertukar
tangan. Aiman Daffa membaca bait-bait yang ditulis oleh sahabatnya sendiri.
“Bila
kau dapat surat ni ?” soalnya. Ada nada lirih dalam suaranya. Kecewakah dia ?
kalau tak cinta , buat apa rasa itu hadir ?
“Dua
hari sebelum wedding kita. Tapi baru
hari ni aku baca.” Jawab Keisha Armani.
“Kau
cintakan Hasif.” Ujar Aiman Daffa lebih kepada menyoal Keisha Armani
sebenarnya. Kalau benar Keisha Armani turut cintakan Hasif Mikael bagaimana ?
Sanggupkah dia melepaskan Keisha buat Hasif ? Kalau Keisha Armani tidak
cintakan Aiman Daffa , kenapa gadis itu melayan kehendaknya semalam ? adakah
karna cinta ? ataupun… ataupun karna tanggungjawab sebagai isteri.
“Tak. Sumpah , aku tak pernah anggap abang
Hasif lebih dari seorang kawan. Lagipun , aku dah anggap dia macam abang
kandung aku sendiri.” Keisha Armani menerangkan hal sebenar kepada suaminya.
Tidak mahu Aiman Daffa bermain tarik tali sendiri dan membuat kesimpulan yang
salah.
“Habis
kau cintakan aku ?” tiba-tiba keluar ayat keramat itu dari mulut Aiman Daffa.
“Kalau aku tak cintakan kau , aku tak ajak kau kahwin dengan aku masa
papa nak nikahkan aku dengan si iskandar tu.” Sedar yang dia sudah terlepas
cakap , Keisha Armani pekup mulut. Aiman Daffa ketawa bebas.
“Betul kau cintakan aku ?” soal Aiman Daffa. Keisha Armani yang masih
diposisi yang sama seperti tadi ditarik untuk berdiri di hadapannya. Tangan
isterinya di genggam. Wajah Keisha Armani yang menunduk diangkat memandang
wajahnya.
“Kalau
betul pon kenapa ? Bukan kau cintakan aku pon.” Balas Keisha Armani. Entah dari
mana keberanian yang dia peroleh untuk bersuara. Yang pasti , dia gementar dan
gugup yang teramat sangat. Hatinya pulak dupdap dengan lajunya.
“Aku
tak cintakan kau ? Habis kau ingat semalam tu apa ? Nafsu semata-mata ? Kau
lupa , aku pernah cakap dengan kau yang aku takkan sentuh barang yang aku tak
suka.”
“Tapi
aku bukan barang.” Ujar Keisha Armani keras.
“Kau
memang bukan barang tapi kau isteri aku.
Kalau aku tak cintakan kau , kau ingat aku akan buat benda segila ni ?
berkejar kesana ke mari nak uruskan hal kahwin kita ni. Demi kau , aku sanggup
kerja dengan syarikat Daddy. Semua ni
aku buat untuk kau , untuk aku dan untuk cinta kita.”
“Aku
minta maaf sebab tak percaya kan kau selama ni…” ujar Keisha Armani. Aiman
Daffa menarik tubuh isterinya rapat dan dia memeluk erat tubuh isterinya. Satu
ciuman dihadiahkan di dahi isteri tercinta. Bibir di dekatkan ke bibir
isterinya. Belum sempat ciuman berlabuh dibibir sang isteri ketukan
bertalu-talu di pintu mematikan adegan mesra mereka.
“Along
! oh along oiii…” terdengar suara Ellinda Natasya dibalik pintu bilik mereka.
“Apa
?” jawab Aiman Daffa kasar. Pintu bilik langsung tidak dibuka buat sang adik.
“Mummy suruh turun bawah. Breakfast.” Jawab Ellinda Natasya.
“Isy
, kejap lagi along turunlah. Ganggulah…” terdengar suara orang ketawa diluar
bilik.
“Kacau daun betullah budak ni.” Aiman Daffa mengeluh sementara Keisha
Armani tergelak kecil.
Suasana meja makan meriah dengan
adanya Aiman Daniel dan Ellinda Natasya. Tak habis-habis mereka mengusik pasangan
pengantin baru. Naik memerah juga muka Keisha Armani dibahan iparnya walaupun
dia kadang-kadang memang tak tahu malu pon.
“Aiman , sebenarnya mummy , daddy dan
papa dah berbincang.”
“Bincang pasal apa Mummy ?” soal Aiman
Daffa sambil mengunyah makanan dalam mulut. Tahu soalan itu ditujukan buatnya
kerana keluarganya menggelarnya sebagai Aiman dan kembarnya sebagai Daniel.
“Sementara Keisha habis belajar ni ,
kami semua dah sepakat yang Keisha akan
stay dengan papa dan kamu akan stay dengan Mummy dan Daddy.” Puan Sri Anna
menuturkan ayatnya senafas. Aiman Daffa yang tengah elok melantak nasi lemak
tersedak. Keisha Armani yang setia di sisi menghulurkan gelas minuman buat
suaminya.
“What ? apa semua ni Mummy ?”
“Mummy tak percayakan kamu. So , ini adalah
jalan yang terbaik.”
“No
, Keisha will stay with me. She’s my wife.
Wherever that I be , she’ll be with me.” Usai menuturkan apa yang
ingin dikatakan , Aiman Daffa bingkas bangun beredar dari ruangan makan. Hilang
selera untuk menjamah makanan yang masih bersisa.
“Takpa Mummy. Biar Keisha yang pujuk
abang Aiman.”
Hahahaha. Ksian aiman kna berpisah. Mohon tabah yer aiman. Kekekekeke
ReplyDeleteXdek sambungan ke sis hehe
ReplyDeleteBila nk sambung awak.... Xsabar nk baca sambungan nya
ReplyDelete