TARIKH POST: 29 FEBRUARI 2016
TAJUK : PERMATA YANG DICARI
“ ENCIK ZIYAD, ada orang nak jumpa
encik.” Ziyad mengerut keningnya memandang setiausahanya, Liyana. Seingatnya
pagi tadi Liyana memaklumkan kepadanya bahawa dia tiada sebarang appointment
hari ni. Atau dia tersalah dengar.
“ Siapa? Saya appointment dengan dia ke hari ni?” Liyana menggeleng. Wanita yang
ingin berjumpa dengan majikannya tidak membuat sebarang janji temu tetapi
beria-ria mahu berjumpa dengan Ziyad. Katanya ada hal penting yang ingin
dibincang.
“ Then?”
“ Dia
kata dia ada urgent matter dengan
Encik Ziyad. Lagipun sekarang encik free,
takda sebarang mesyuarat mahupun personal
appointment.” Terang Liyana.
“
Then aturkan janji temu saya dengan dia. Suruh dia masuk.” Arah Ziyad. Seketika
dia memandang frame gambar di sudut mejanya.
Puteri Areesya binti Ziyad Hambali.
Foto
buah hatinya ditatap. Rasa rindu menjelma dalam diri. Puterinya yang sudah
petah berkata-kata sekarang membuatkan dia ingin sentiasa menghabiskan masa
bersama permata hati tinggalan isterinya. Lamunannya terhenti apabila pintu
terkuak dari luar.
Matanya jelas melihat figura seorang wanita menapak kearahnya. Tiada apa
yang pelik pada wanita itu kecuali…niqab? Rasa bingung menguasai mindanya.
Seingatnya dia tiada kenalan yang berniqab.
Ziyad
membawa tubuhnya ke sofa dalam ruangan pejabatnya. Rasa lebih selesa
berkomunikasi dalam keadaan santai begini. Dia yakin wanita ini datang atas
tujuan peribadi bukan hal kerja.
“ Have a seat!” pelawa Ziyad sambil
melayangkan senyuman manis kepada wanita yang mengenakan niqab itu dalam bahasa
inggeris. Dia tidak tahu siapa perempuan dihadapannya ini. Mungkin perempuan
arab. Jadi lebih baik dia mengambil jalan selamat dengan bertutur dalam bahasa
perantaraan itu.
“
Terima kasih…” Zupp! Ziyad tersentak. Jantungnya tiba-tiba berubah rentak.
Tiba-tiba berdegup kencang. Peluh merinik di dahinya diseka perlahan. Dia pasti
dia tidak silap menilai suara itu. Masakan dia lupa suara itu. Suara yang sudah
sebati dalam nafasnya. Hampir dua tahun mereka hidup bersama. Namun disebabkan
permintaan bodohnya membuatkan mereka terpisah.
“
Khal, is’t you?” soalnya gugup. Namun
dia yakin wanita yang sedang duduk di hadapannya kini adalah wanita yang sama.
Wanita itu mengangguk mengiakan. Ziyad bingkas bangun meninggalkan Khaleesya.
“
Liyana, saya ada hal urusan penting. Jadi saya taknak diganggu. Kalau ada
sesiapa datang nak jumpa saya, suruh dia orang datang lain kali. Saya perlukan
privasi.” Arahan demi arahan keluar dari bibir Ziyad. Sebagai jutawan dia harus
akui pelbagai perkara yang perlu diuruskannya. Namun sekarang urusan Khaleesya
lebih penting.
“
Baik Encik Ziyad.” Liyana tidak berani membantah apabila melihat wajah tegang
Ziyad pamerkan. Siapa perempuan berniqab yang datang menemui Encik Ziyad.
Sampai memberi sebegini impak kepada lelaki berusia 30 tahun itu. Membuntang matanya melihat Encik Ziyad
mengunci pintu dan menutup tirai bilik kerja lelaki itu.
‘ Apa
yang dibuatnya Encik Ziyad dengan perempuan tu? Sampai sebegini privasi ruang
yang mereka perlukan?’ desis hati kecil Liyana.
Ziyad
menapak kearah Khaleesya dengan perasaan gementar. Rindu dihati hanya Tuhan
yang tahu. Selama ketiadaan wanita itu segala rasa diluahkan kepada yang Esa.
Betapa dia menyesal mempersia-siakan wanita itu. Ziyad melabuhkan duduk di sisi
Khaleesya.
Khaleesya bingkas bangun bagi menjarakkan
ruang antara mereka kerna dia menganggap ikatan antara mereka sudah terlerai.
Pantas pergelangan tangannya di tarik oleh Ziyad. Akibatnya dia terduduk betul-betul
di sebelah Ziyad. Ziyad tersenyum nakal sebelum merangkul erat pinggang wanita
itu.
“
Ziyad, jangan…jangan buat macam ni, please…”
perlahan Khaleesya merayu. Tidak rela tubuhnya disentuh oleh Ziyad. Ziyad sudah
tidak punya hak keatas dirinya lagi.
“ Dear, I masih suami you yang sah.” Terang
Ziyad seakan mengerti apa yang terbuku dihati sang isteri.
“
Tapi…”
“ I
tak pernah failkan permohonan cerai kita. For
your information, setiap bulan I masukkan duit dalam akaun you.” Khaleesya
tersentak. Akaun banknya? Sudah lama dia tidak check kerana dia tidak mahu
keberadaannya dikesan oleh Ziyad. Dia telah membuka akaun lain sebagai ganti.
Mesti sudah berkepuk duit dalam akaun lamanya.
“ Nafkah zahir. Nafkah batin I
tak dapat tunaikan sebab you menghilang.” Ziyad tersengih nakal. Dia suka
mengusik Khaleesya. Suka melihat pipi isterinya memerah bila diusiknya. Cuma
sekarang dia hanya mampu melihat sepasang mata bundar itu kerana wajah
isterinya dilindungi dengan niqab.
“ I
nak jadi suami you seumur hidup I kalau you izinkan. I really miss you, dear. I sanggup tunggu bertahun lagi untuk you
maafkan I atas kesalahan yang I dah lakukan atas you. I sedar selama ini I
terlalu agungkan pangkat, harta dan segalanya tentang I. I dah lukakan hati you
padahal you tak pernah salah apa-apa dengan I.” Ziyad tunduk mencium jemari
isterinya. Setitis air mata lelakinya gugur. Gugur bersama dosa-dosa silamnya.
“ I
yang patut minta ampun dengan you. I keluar rumah tanpa izin you selama ni. I
dah dikira nusyuz…” Ziyad meletakkan jarinya dibibir isterinya. Tidak suka
isterinya menjatuhkan hokum sendiri sedangkan dia redha dengan segala tingkah
dan perlakuan isterinya.
“
Syuppp, I ikhlas dan redha dengan setiap langkah kaki you tanpa I disisi you. I
izinkan you pergi kemana sahaja asalkan you kembali kepada I semula.” Khaleesya
terus sembamkan mukanya di dada suaminya.
Ziyad
Hambali yang kini banyak berbeza dengan Ziyad Hambali dahulu. Khaleesya
bersyukur sangat dengan perubahan itu. Dan dia berdoa perubahan dalam diri
suaminya akan kekal selamanya.
“ Boleh I buka niqab you?” soal Ziyad.
Dia ingin menatap seraut wajah yang mampu membuat tidur malamnya tidak lena.
Rindu ingin membelai pipi mulus sang isteri. Khaleesya mengangguk membenarkan
hak lelaki itu.
“
You kan masih suami I yang sah. You ada hak keatas I…” perlahan niqab Khaleesya
dileraikan oleh suaminya. Ziyad terpanar. Khaleesya jauh lebih cantik
berbanding dahulu. Wajahnya semakin matang dek kematangan umurnya. Ziyad tunduk
sebelum ciuman dihadiahkan dipipi kanan dan kiri isterinya dan berakhir di dahi
Khaleesya. Lama.
“ ZIYAD,
I nak tanya you sesuatu…” Ziyad yang sedang membaca buku Sunnah Rasulullah
diatas katil mengangkat muka memandang seraut wajah isterinya.
“
Tanya apa dear?” ujar Ziyad seraya
menghulurkan senyuman. Melihat senyumannya berbalas membuatkan hatinya berasa
tenang sahaja. Inikah yang disebut-sebut sebagai cinta high class? Entah! Dia sendiri masih belajar mendalami agama.
“
Family you tahu pasal I?”
“
Seperti permintaan you, family I cuma tahu Reesya anak sah I dan isteri I iaitu
you. I tak pernah bercerita apa-apa pada family I pasal kita. Even mama ada
juga tanya I mana isteri I kalau I betul-betul dah nikah dengan you…” terang
Ziyad mengimbau kenangan lalu.
Kenangan saat pertama kali dia membawa Puteri Areesya pulang ke banglo
mewah keluarganya. Mama dan Papa adalah orang yang paling terkejut sekali
mengenai status anaknya. Namun mereka akur dengan keputusan Ziyad yang tidak
mahu bercerita lanjut mengenai pernikahannya.
“ Habis you jawab apa dengan mama you?”
“ I keep
in silent sampai mama dah penat nak tanya. Dan sekarang, mama dah berhenti
tanya soal mana I sorok menantu dia ni…” ujar Ziyad seraya mencuit hidung
mancung isterinya.
“ Sorry,
sebabkan kedegilan I, you terpaksa hadap family you sorang-sorang.”
“ It’s
okay, dear! Itu tak seberapa dibandingkan dengan apa yang you hadap selama
ni. hampir dua tahun I seksa you…”
“ Ziyad! You tak pernah seksa I… you tak
pernah cederakan I walaupun sekadar tampar.”
“
Iye, memang I tak pernah tampar you, cederakan fizikal you… tapi I dah
cederakan hati dan emosi you.” hati Ziyad seakan pedih mengingati segala yang
telah dilakukannya.
Dia tinggalkan Khaleesya sendiri di bumi UK
dan hanya datang bila dia perlukan Khaleesya sebagai isterinya. Isteri yang
memenuhi kehendak batin suaminya. Dia terlalu angkuh untuk mengakui hak
Khaleesya sendiri sebagai perempuan yang diangkat menjadi isterinya.
“
Ziyad… I akui masa tu I rasa marah, kecewa dan benci sangat dengan you. I cuba
cari jalan hidup I sendiri dengan tinggalkan you dan Reesya bersama. I nak you
hargai Reesya sebagai anak you. zuriat you…” bicara Khaleesya tenang sahaja.
Bagaikan tiada perkara pahit yang pernah tercalit dalam kisah hidupnya. Ziyad
sendiri tidak pernah setenang itu. Mungkin ini rasanya menganiyai nasib orang.
Nasib isterinya sendiri.
“
Tapi apa I temui selepas tu buatkan I percaya pada Qada’ dan Qadar. I dapat
cahaya hidup yang I cari selama ni. Ketenangan yang I tak pernah rasai selama I
hidup. I nak sangat balik kepangkuan you dan anak kita tapi masa tu I ingat
kita dah berpisah. I tak sangka you sanggup tunggu I dan lupakan permintaan I
sebelum I tinggalkan you…” sambung Khaleesya.
“ Dear, I nak sangat penuhi apa sahaja
permintaan you, tapi bukan soal cerai berai ni. I memang tak boleh sebab I
cintakan you. Dan I yakin kali ini cinta I pada you adalah kerana Allah. I nak
sama-sama dengan you. kita kejar cinta Ilahi. I nak penuhi impian I, I nak
pimpin keluarga kita, you, Reesya dan bakal anak-anak kita ke Jannah. You bantu
I…”
“
Dan itu juga sememangnya impian I…” akui Khaleesya. Ziyad tarik Khaleesya
kedalam pelukannya. Lama mereka berpelukan. Hati masing-masing mendoakan agar
bahagia yang bertamu akan kekal selamanya.
“
Khal, I ingat this weekend I nak bawa
balik you ke rumah family I. Rasanya dah sampai masa I kenalkan isteri I pada
semua orang.”
“
Isteri jutawan Tuan Ziyad Hambali.” Usik Khaleesya.
“
Khaleesya….” Ujar Ziyad geram. Dia tidak suka Khaleesya menyebut gelaran
jutawan itu lagi. Karna gelaran itulah yang membuatkan dia lupa segalanya.
Memegang gelaran jutawan dalam usia yang muda membuatkan dia angkuh dan sinis
terhadap gadis-gadis yang suka menghimpit dirinya. Semua bermula dari Camelia,
cinta pertamanya. Cinta separuh mati. Segala-galanya dilakukan untuk gadis itu.
Tanggung makan minum, duit shopping dan elaun bulanan lagi. Namun hatinya juga
yang hancur. Cintanya dipersia-siakan. Gadis itu tertangkap selingkuh di
belakangnya.
Mulai detik itu dia bereaksi sinis terhadap gadis-gadis yang cuba
mendampinginya. Dek kerana sikap angkuhnya juga, dia sanggup mengupah Khaleesya
untuk menjadi isteri sementaranya. Dia mahukan zuriat dari gadis itu.
Dan kerana
kesempitan dan desakan hidup, Khaleesya menerima tawaran menjadi isteri
sementara Encik Jutawan yang sememangnya sesinis-sinis manusia yang pernah dia
kenali. Sudahlah menjadi isteri sementara, diterbangkan pula dia nun jauh di
negera Eropah bagi mengelakkan hubungan mereka dihidu oleh keluarga suaminya.
Datangnya lelaki itu tanpa di duga. Tidak dapat ditebak bila lelaki itu
memunculkan diri sepanjang dia berada disana. Tahu-tahu sahaja dia sudah
terpacak di depan mata. Kadang-kadang sebulan sekali Ziyad kesana. Kalau datang
mood dia, sanggup terbang sebulan dua tiga kali ke UK untuk menemui Khaleesya.
Ziyad sentiasa menayangkan wajah tegas dan tanpa senyuman dibibir. Ayat-ayat
yang dituturnya hanya ayat sindiran.
Namun semuanya mulai berubah saat Ziyad menerima mesej dari Khaleesya.
Saat itu dia sedang sibuk dengan tender baru.
Khaleesya: Encik Jutawan, u bila boleh
dtg sini?
Khaleesya suka memanggilnya Encik Jutawan dan dia langsung tidak berkata
tidak. Hanya membiarkan Khaleesya terus memanggilnya begitu.
Ziyad:
ad apa, Khal? I bz. Bnyk kerja sekrg. Maybe next month baru I boleh fly kesana.
Khaleesya:
Tapi I ada good news utk you. I’m pregnant…J
Ziyad:
u’re not kiddin’ me? Im gonna be a daddy? Am I ?
Khaleesya:
yes, u gonna be a daddy soon. Already 2 weeks in my tummy…J
Hampir pengsan Khaleesya melihat Ziyad yang terpacak di hadapannya.
Pertama kali dia melihat senyuman menghiasi bibir lelaki itu. Dia benar-benar
terpaku. Hatinya makin bertambah-tambah cinta kepada suaminya. Belum sempat
bereaksi, dia sudah ditarik kepelukan lelaki itu. Dia turut membalas pelukan
menghilangkan rasa rindu yang menjengah.
“ Thank you for carryin’ my kid, Khal.”
Pertama kali menerima ucapan terima kasih dari bibir Encik Jutawan membuatkan
dia rasa bagai diawangan. Sepanjang mengandungkan Puteri Areesya semua
kehendaknya dipenuhi. Apa yang diidamkannya juga tertunai. Sebut sahaja sekejap
lagi pasti terhidang di matanya.
Ziyad Hambali benar-benar menjaga hati dan perasaannya ketika itu. Yang
paling dia terharu adalah lelaki itu menemaninya berbulan lamanya sehingga dia
selamat melahirkan. Entah kenapa, sejak memasuki third trimester dia tidak boleh berpisah langsung dengan Ziyad.
Asyik nak berkepit sahaja. Sudahnya dia melalak di lapangan terbang sehinggakan
Ziyad terpaksa menangguhkan penerbangan pulangnya ke Malaysia. Entah apalah
alasan yang diberikan Encik Jutawan itu kepada orang tuanya dia sendiri tidak
ambil peduli.
“ Dear, dah sampai mana you berangan?”
soalan Ziyad mematikan lamunannya pada kisah lama. Kisah yang pastinya menjadi
sejarah. Sekarang fokusnya adalah mencoretkan masa depan bersama suami dan
anaknya, Reesya.
“
Takda lah jauh sangat, sampai kedalam hati you aje.” ujar Khaleesya.
“ Ohh
really?” Ziyad angkat kening. Melayan usikan isterinya.
“
Yup! Dan I jumpa nama perempuan lain dalam hati you…” Khaleesya tarik muncung
empat belas. Sengaja ingin bermanja
dengan suaminya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan Ziyad. Kali terakhir
adalah malam sebelum dia melahirkan Puteri Areesya. Ziyad cuak. Perempuan lain?
“ Dear, tak pernah ada perempuan lain
dalam hati I selain you…”
“ Liar!”
“ Betul! Cinta I cuma untuk you sahaja. Limited edition lagi.”
“ Habis tu siapa Puteri Areesya? Firasat I
kuat mengatakan dia sangat special
dalam hati you.” Khaleesya sembunyi senyuman.
“ Dear, you nak mainkan I iye? Offcourse, Puteri Areesya special dalam hati I sebab dia kan princess hati I made by Khaleesya and Her
Encik Jutawan.”
“
Tengok! Siap jadi princess hati
lagi…”
“ Allah, dengan anak sendiri pun nak cemburu!”
pecah tawa Khaleesya. Bahagia dapat menghabiskan masa bersama suami tercinta.
Rasa tak sabar nak berjumpa dengan puteri kecilnya. Rindu mahu mencium pipi
gebu itu.
Khaleesyah gelabah. Berita yang diterimanya sebentar tadi benar-benar
buat dia terkejut. Hampir rebah dia dibuatnya. Ziyad memandang isterinya pelik.
Dia yang baru usai keluar dari kamar mandi pantas menghampiri isterinya. Tangan
isterinya dicapai.
“
Khal, what’s happen?” soalnya lembut.
“ I
baru dapat call dari hospital, Faez
sedang dirawat disana.” Baru Ziyad mengerti punca isterinya kelihatan begitu
risau sekali. Rupa-rupanya adik kesayangan ditimpa bencana.
“ Hospital
mana dear?”
“
Ankara Hospital University.” Jawab
Khaleesyah. Kesitu rupanya Khaleesyah menyembunyikan diri selama ini. Patutlah
orang suruhannya tidak dapat mengesan keberadaan wanita itu. Bijak sungguh
isterinya memilih tempat.
“ Okay, so kita fly kesana
harini. Don’t worry, I temankan you…”
Khaleesyah pandang kedalam anak mata suaminya. Ziyad mengangguk mengiakan
kata-katanya. Khaleesyah terharu. Ziyad benar-benar telah berubah selama 3
tahun kepergiannya tanpa berita.
“ Tapi, kerja you…and what about your family? Kita dah janji nak pergi jumpa diaorang
kan? Nanti apa pulak family you
cakap…”
“ Kan I
dah cakap, don’t worry about it.
Lagipun, I belum bagitahu lagi family I yang I nak bawak menantu diaorang ni
datang menghadap diaorang lagi. I nak surprisekan
diaorang siapa mommy princess hati
I.” Ziyad terasa benar-benar beruntung memiliki Khaleesyah sebagai isterinya.
Dulu, dia pernah memberi amaran gila kepada isterinya.
“ Khal,
I tak suka you pakai jeans macam ni. Better you pakai short skirts. You’ll look
more gorgeous if you wear it.” Terasa dia benar-benar bodoh saat itu.
Membenarkan mata-mata lelaki lain menjamah keindahan dan kecantikan tubuh
isterinya dalam pakai yang terdedah itu. Sungguh dia bersyukur kerana
Khaleesyah tidak mengikuti arahannya dahulu. Malah isterinya kini lebih cantik
dengan berpakaian yang terlalu indah baginya. Berniqab. Rasa lapang dan sejuk
hati Ziyad melihat Khaleesyah berniqab.
“Dear, you look sexy laa. Are you
tryin’ to seduce me. Sorry, I
puasa sunat hari ni.” bisik Ziyad. Dekat di telinga isterinya. Satu lagi perkara
dia belajar mengenai wanita yang mengenakan niqab atau purdah adalah cara
pemakaian mereka.
Ramai
orang yang melihat wanita-wanita ini dengan pandangan jelik. Kuno. Padahal
tanpa mereka ketahui, disebalik jubah hitam yang meleret itu tersembunyi
pakaian yang sama seperti yang dipakai oleh wanita-wanita modern hari ini.
Mereka juga tahu berhias. Tahu memakai short
dress. Short sleeves. Cuma semua itu hanya untuk tontonan mereka yang
halal. Lelaki yang bergelar suami.
“ Isy,
gatal!” ujar Khaleesyah. Satu cubitan hinggap diperut Ziyad yang terdedah.
Ziyad hanya memakai tuala dipinggang kerana baru selesai mandi.
“ Gatal
dengan you aje tahu! Cepat, packing
barang. Jangan lupa barang I sekali. Nanti I book flight ticket.” Ziyad sempat menghadiahkan ciuman di dahi
isterinya sebelum menghilang dalam bilik pakaian. Mencari pakaian casual yang
sesuai dipakai memandangkan hari itu bukan hari bekerja.
Sudah dua bulan Khaleesyah kembali ke bumi Turki. Faez dimasukkan ke
hospital kerana mengalami kemalangan jalan raya. Keadaan adiknya tidaklah teruk
sangat. Cuma perlukan pengawasan yang teliti. Kadang-kadang dia perlu ke
hospital bagi menjalani sesi fisioterapi bersama ahli fisioterapi akibat
kakinya yang patah.
Selama dua bulan juga Ziyad terpaksa berulang alik ke Malaysia-Turki
untuk menemuinya. Dia juga telah menemui puterinya yang digelar Princess Hati
Encik Jutawan oleh suaminya. Sungguh terubat rasa rindunya selama ini.
Khaleesyah juga tidak pernah menyangka bahawa Faez kenal akan suaminya.
“ Ehh,
abang Yad pun ada. Abang datang dengan akak ke?” soal Faez saat Khaleesyah tiba
dihospital dua bulan lalu. Bukan ditanya soal dirinya dahulu. Abang ipar yang
ditanya dulu. Khaleesyah ingat Faez tidak mengenali Ziyad.
“ Aah,
abang datang dengan akak. Faez dah okay? Teruk ke accident tu.” Ujar Ziyad selamba. Seolah-olah sudah lama mengenal
Faez.
“ Ohh,
dah berbaik ke? Takdelah teruk mana pon. Cuma akak tu yang terlebih risau aje.”
“ Aah,
tak teruk sangat kann. Tu kaki yang berbalut tu kenapa? Saje-saje ke?” perli
Khaleesyah dengan geram. Ziyad terasa ingin ketawa. Nasiblah cuma dapat melihat
mata isterinya sahaja yang menahan geram.
Kalau tak, pasti dia sudah merenggah ketawa sekarang.
“ Alaa,
takde apa-apa lah kak Esya. Normal lah lelaki. Setakat patah-patah kaki macam
ni dah kebiasaan bagi kitaorang. Kan abang Yad?” Faez ketawa. Ziyad turut
berbuat begitu.
“ You
jangan nak ketawa-ketawa sangat, Ziyad. Baik you ikut I keluar sekarang. Ada
banyak perkara I nak tanya you sekarang ini.” Arah Khaleesyah. Dia pasti ada
sesuatu yang dia tidak tahu selama ini. Tak mungkin Faez dan Ziyad sekamceng
itu sedangkan ini adalah kali pertama mereka bertemu. Dia tidak pernah
bercerita pasal Faez kepada Ziyad selama ini.
“ Akak
keluar sekejap. Take your rest,
Faez.”
“
Okaylah, Faez. Abang keluar sekejap. Kakak singa dah panggil kena cepat
menyahut, nanti tak pasal-pasal abang kena terkam dek singa.” Ziyad keluar dari
bilik yang mendepatkan adik iparnya lalu mendapatkan Khaleesyah di koridor
hospital.
“ You nak
tanya, dear?”
“ Any explanations about Faez? I tak rasa this is your first meeting with him.”
Soal Khaleesyah ragu-ragu. Ziyad tersenyum. Sememangnya selama ini dia berahsia
dari Khaleesyah. Dia selalu menjenguk Faez di kampong selama isterinya berada
di UK.Cuma Khaleesyah sahaja yang tidak tahu akan hakikat itu.
“ Iye,
memang I dah kenal dengan Faez selama ni. Actually,
since you dekat UK lagi. I tak rasa you saja-saja terima seratus ribu yang
I tawarkan pada you dulu. So, I upah private
investigator untuk siasat pasal you.”
Khaleesyah terkedu dengan kenyataan Ziyad.
“ Jadi
selama ni you…”
“ I tak
nak ungkit semua tu lagi. I ikhlas buat semua tu lagipun, dah memang
tanggungjawab I untuk jaga adik ipar I. I tak bagitahu you selama ini sebab I
taknak you rasa terhutang budi dengan I. I nak you betul-betul ikhlas cintakan
I.”
“ Tahu
tak selama ni I dah banyak sangka buruk dengan you. I banyak sakitkan hati you.
I tinggalkan you sebab I ingat you jahat. I cintakan you tapi you tak pernah
peduli pasal I. You cuma pedulikan pasal baby
aje.”
“ It’s
okay. I maafkan semua kesalahan you pada I.
Dengan anak sendiri pon you nak jealous. You tahu tak, masa you nak
lahirkan baby you ada komplikasi.
Tahu tak?” Khaleesyah tersentak. Complication?
Dia tidak pernah tahu pon akan hakikat itu. Lantas kepala digeleng.
“
Doktor cuma bagi I dua pilihan. Antara you dan baby, and I choose…”
“ Me?” soal Khaleesyah. Ziyad mengangguk.
Saat itu dia sedar selama dua tahun mereka bersama rasa cinta memang ada buat
isterinya. Cuma dia takut untuk meluahkannya. Takut dikecewakan buat kali
kedua.
“ Tapi
you betul-betul nakkan baby tu.”
“ You’re more important than the baby.
Alhamdulillah, dua-dua selamat. Saat I sudah bergelar seorang daddy, I dah
tekad untuk mulakan hidup baru. I cintakan you. Dan itu yang sepatutnya I
luahkan pada you. But, I was late. I
terlalu banyak kecewakan you dengan hubungan kita.”
“ Jadi
selama ini you tahu I di Turki? Kenapa tak datang cari I?”
“ Yup!
Memang I tahu you di Turki selama ini. Faez told
me everything about you. Everyday!
Fully report by Mr. Faez Hilmi. ”
“ Hmm
bagus punya adik. Berapa banyaklah Encik Jutawan I ni sogokkan dia entahlah…”
“
Cukup dengan menjanjikan sebuah kebahagiaan untuk kakak kesayangan dia…”
Khaleesyah rasa ingin memeluk tubuh Ziyad di hadapannya namun ditahan oleh
Ziyad. Dia memandang Ziyad yang tersengih.
“ We’re in public. Tak manis orang tengok
berpeluk-peluk. Lagi-lagi dengan you dah berniqab sekarang. Kalau dalam bilik,
lebih dari you nak peluk pon I tak kisah.” Ziyad gosok kepala Khaleesyah yang
berniqab itu. Khaleesyah tersenyum malu disebalik niqab yang dipakainya. Ziyad
yang sekarang tidak suka menunjukkan kemesraan mereka dihadapan umum tidak
seperti Ziyad yang dahulu.
“ Khaleesyah, dah jauh mana awak
berangan?” soalan dari Asyraf mematikan lamunan Khaleesyah pada kejadian dua
bulan lalu. Asyraf merupakan tutor yang mengajar adiknya, Faez. Bukan
Khaleesyah tidak perasan selama ini Asyraf seperti mahu mendekatinya.
Tiada
sesiapapon tahu akan status sebagai isteri Ziyad sepanjang dia berada di Turki.
Dia tidak pernah bercerita kepada sesiapapon mengenai hal itu. Barangkali
kerana itu Asyraf sering mencuri peluang untuk berbual dengannya.
“
Takdalah, saya tengok Faez buat terapi. Alhamdulillah, kaki dia makin pulih
sekarang” ujar Khaleesyah. Matanya terpaku pada Faez dibalik dinding kaca itu.
Faez masih mampu tersenyum meskipun dia tahu terapi itu menyakitkan.
“
Ehh, takpalah Asyraf… saya nak ke kantin
kejap.” Pamit Khaleesyah. Tidak suka berdua-duaan dengan Asyraf di situ. Segan
kerana statusnya yang masih isteri Ziyad.
“
Awak, tunggu sekejap… saya ada benda nak cakap dengan awak.”
“
Cakap apa?”
“
Sebenarnya, saya dah lama cintakan awak. Dan saya berniat nak jadikan awak
sebagai isteri saya dan ibu kepada bakal anak-anak saya.” Ujar Asyraf
berdebar-debar. Ini pertama kali dia jatuh cinta dan juga pertama kali dia
melamar. Bagi Asyraf, peluang untuk memiliki Khaleesyah terasa amat cerah
lantaran dia tidak pernah melihat Khaleesyah rapat dengan mana-mana lelaki sepanjang
di Turki. Melainkan Faez Hilmi sahaja.
“
Sebenarnya, saya…”
“
Mommy…” Khaleesyah berpaling kearah
suara yang memanggilnya. Matanya menangkap figura seorang kanak-kanak perempuan
berlari kearahnya diikuti si ayah. Dia mendukung anak kecil itu sebelum mencium
pipi montel itu meskipun berlapik dengan niqabnya. Hilang terus rasa rindu pada
puteri kecilnya. Lebih-lebih lagi pada Daddy si kecil.
Ziyad cuma melemparkan senyuman buatnya. Khaleesyah sambut huluran
tangan suaminya sebelum tunduk cium hormat pada belakang tapak tangan Ziyad.
Khaleesyah terkesima saat Ziyad tunduk sedikit dan mencium ubun-ubunnya yang
berlapik tudung. Biasanya Ziyad tidak suka menunjukkan kemesraan dikhalayak
ramai. Kenapa sekarang? Atau Ziyad cemburukan dia dan Asyraf?
“ Dear, you sihat? Rindu I tak?” soal
Ziyad. Cukup untuk pendengaran Khaleesyah sahaja. Khaleesyah tersenyum lalu
mengangguk.
“
Ziyad, kenalkan ni Asyraf tutor Faez. And Asyraf ni Ziyad, suami saya.”
Khaleesyah memperkenalkan Ziyad dan Asyraf. Mereka berjabat tangan dan saling
berbalas senyuman. Asyraf sedaya upaya melemparkan senyuman meskipun senyuman
yang dilemparkan agak pahit. Hatinya bagaikan tersiat-siat sebentar tadi
melihat kemesraan Khaleesyah dengan Ziyad.
“
Asyraf.”
“ Ziyad…and
this is our little princess Puteri Areesya. Salam uncle, sayang.” Areesya menurut perintah Daddynya. Tangan Asyraf
dicium lembut.
“ Hai, cutie…comelnya..
umur berapa tahun sayang?” soal Asyraf pada si kecil. Areesya angkat tiga jari
menandakan umurnya sudah tiga tahun. Asyraf mengangguk. Jadi selama Khaleesyah
berada disini, dia sudah bergelar seorang isteri dan ibu. Kenapa dia tidak
pernah bertemu dengan mereka sebelum ini?
“ Ohh, takpalah Khaleesyah, Ziyad. Saya pergi
dulu. ada hal yang perlu diuruskan. Tadi saja singgah tengok Faez.” Asyraf
beralasan untuk melarikan diri. Dia perlu pergi segera. Tidak mahu kekecewaannya
dihidu oleh Khaleesyah. Apatah lagi suami Khaleesyah.
“ Asyraf…” panggil Khaleesyah. Dia tahu Asyraf
kecewa dengannya. Namun dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia masih lagi isteri
orang. Isteri Ziyad Hambali.
“ Takpa Khaleesyah… lupa semua yang saya cakap
tadi. Saya doakan awak sekeluarga bahagia selamanya.” Asyraf berlalu pergi
tanpa berkalih lagi.
“ Kenapa dear?”
soal Ziyad perlahan. Dia tahu Asyraf sukakan isterinya. Tapi dia inginkan
penjelasan dari mulut isterinya sendiri.
“ Takda apalah… malam nanti I ceritakan
pada you.”
“ Tapi I taknak dengar malam-malam. Malam
nanti kita ada kerja lain nak buat.” Bisik Ziyad sambil tersengih nakal.
Khaleesyah menjelingnya tajam.
“ Dear,
jangan jeling tajam sangat. Menyusuk kalbu I, you yang payah nanti.” Ziyad
masih lagi mengusik isterinya.
“ Okaylah, balik dari hospital kejap lagi
I ceritakan semuanya pada you.”
“ Okay, dah lama ke terapi Faez?” Ziyad
tukar topik.
“ Baru setengah jam. You lapar ke?” Ziyad
mengangguk.
“ I’m
hungry Mommy…” rengek si kecil dalam gendongan Khaleesyah. Ziyad cubit pipi
tembam anaknya.
“
Okaylah kalau macam tu kita pergi canteen dulu.”
“
Paksu?”
“
Kejap lagi kita belikan makanan untuk paksu iye?” Puteri Areesya mengangguk.
Mereka berjalan beriringan ke kantin hospital.
“ Want me to carry Areesya?”
Areesya bertukar tangan. Ziyad menghulurkan tangan untuk mengganti
mendukung princess kecil mereka yang semakin membesar. Ziyad tarik tangan kanan
Khaleesyah sebelum berjalan beriringan.
Khaleesyah gelabah saat kereta dipandu suaminya membelok masuk ke banglo
agam itu. Dia bimbang mengenai penerimaan ibu bapa Ziyad terhadapnya. Ziyad
yang perasan tingkah laku isterinya ketawa kecil.
“ You nervous ke dear?” Khaleesyah mengangguk.
“ Macam
mana kalau parent you tak terima I as
menantu diaorang?” Khaleesyah meluahkan rasa hatinya. Dia memang benar-benar
bimbang dengan penerimaan mertuanya.
“ Don’t worry dear. I’m sure hundred percent yang parent I akan terima you dengan
tangan terbuka.” Tangan isterinya digenggam memberi sedikit kekuatan.
“ Let’s go dear.” Khaleesyah menggengam
erat tangan suaminya saat kaki mulai mengatur langkah memasuki rumah agam itu.
Menggunakan konsep modern kontemporari rumah banglo empat tingkat itu kelihatan
mewah, elegan dan mempunyai kelasnya tersendiri.
“ Assalamualaikum…” Ziyad memberi salam terlebih
dahulu sebelum melangkah masuk. Adat dan tuntutan agama yang satu itu mulai
dipraktikkan sejak dia mulai kenal maksud Tuhan yang sebenar.
“
Waalaikumsalam… ehh Ziyad. Kamu cakap lagi dua hari baru balik. Ni tiba-tiba
dah terpacak dekat rumah.” Sapa seorang wanita tua yang masih elegan dengan
cara pemakaiannya tersendiri. Wanita itu melemparkan senyuman buat Ziyad dan
Khaleesyah. Ziyad tunduk sebelum tangan wanita tua itu dicium lembut.
Khaleesyah turut berbuat demikian.
“ Ehh,
Ziyad… awalnya kamu balik. Kursus di Turki dah selesai ke?” Datuk Aminuddin
pula menyoal. Ziyad memberi alasan untuk ke Turki dengan mengatakan dia
menghadiri kursus disana. Membawa Puteri Areesya ke Abu Dhabi untuk bercuti
turut dikhabarkan pada kedua orang tuanya padahal dia membawa puterinya ke
Turki.
“ Siapa
yang kamu bawa ni Ziyad?” soal Datin Aliyah pada anaknya. Dia menilik wanita
muda dihadapannya dari atas kebawah. Cantik meskipun mengenakan niqab. Itu
telekkan mata tuanya. Siapalah yang anaknya bawa pulang. Jangan-jangan nak bagitahu
nak kahwin dengan wanita dihadapannya. Manalah tahu sepanjang enam bulan
anaknya berulang-alik ke Turki ada tersangkut dengan mana-mana wanita sana.
“
Kenalkan Mama Papa, this is
Khaleesyah Abdul Rahman. My wife and
mommy towards our daughter, princess Areesya.” Selamba Ziyad mengenalkan
isterinya kepada orang tuanya. Buat apa nak takut, selama ini dia berkahwin
secara elok. Bukan kena tangkap basah ataupun sudah terlanjur.
“ Ya
Allah, menantu mama…” terus tubuh Khaleesyah hilang dalam pelukan wanita tua
itu. Khaleesyah yang pada mulanya terkejut mula membalas pelukan ibu mertuanya.
Ziyad tersenyum senang melihat penerimaan mamanya.
“
Kalau iye pon Ma, jangan lah peluk wife
Yad kuat-kuat sangat.” Ujar Ziyad. Papanya mendehem sebelum bersuara.
“ Haish
kamu ni Yad, dengan Mama kamu pon nak cemburu.” Usik Datuk Aminuddin.
“ Bukan
cemburu Pa. Yad cuma risaukan anak Yad dalam perut tu. Kesian dia tersepit
antara TokMa dengan Mommy.” Datuk Aminuddin ternganga. Anak? Maksudnya
menantunya sedang hamil anak kedua? Haish masa bila pula anak dan menantunya
ini…
Datuk
Aminuddin tersenyum akhirnya. Faham dengan kesibukan anaknya beberapa bulan
kebelakangan ini. Sibuk dengan kursus konon, padahal sibuk buat anak . Sibuk-sibuk
anak makin bertambah.
“ Dah
berapa bulan Khaleesyah?” soal Datin Aliyah gembira. Dia bakal menimang cucu
lagi seorang. Kali ini dia akan menjaga menantunya sepanjang proses kehamilan
dan selepas melahirkan kerana dia tidak punya anak perempuan dan Ziyad adalah
satu-satunya anak yang dipunyai.
“ Baru empat bulan Mama.”
“
Alhamdulillah…kalau Khaleesyah ada mengidam nak makan apa-apa bagitahu mama
tahu. Mama akan masakkan untuk kamu.”
“ Untuk saya takde ke Mama?” ujar Ziyad sambil
tersengih. Datin Aliyah menjeling.
“ Kamu mengandung ke nak mengidam bagai ni…”
perli Datin Aliyah.
“ Mestilah, anak Yad kan yang dalam perut
Khal tu? Half gen Khal, half gen Yad. Ofcourse Daddy pon rasa apa yang baby nak… kan baby…” Ziyad
mengusap perut Khaleesyah yang sudah menunjukkan bentuk. Khaleesyah tersenyum
disebalik niqab yang dipakainya. Bahagia memiliki suami dan keluarga yang
bahagia dan menerima dirinya seadanya.
“ Mommy!!!” jerit Puteri Areesya yang sedang
berlari kearah Khaleesyah. Diterkamnya si Mommy sebelum memeluk leher
Khaleesyah yang sedang melutut.
“ Hai sayang…how are you my little princess…”
“ I’m fine mommy… bila baby nak keluar,
Reesya tak sabar nak main dengan baby nanti…” soal Areesya membuatkan Datin
Aliyah kerut dahi.
“
Reesya tahu pasal adik…?!” Areesya memandang TokManya lalu mengangguk.
“
Tahulah TokMa…Mommy dah bagitahu masa Reesya dengan Daddy pergi Turkish
dulu…Opps…” Areesya pekup mulut. Sedar dia sudah terlanjur bicara padahal dia
sudah berjanji dengan Ziyad untuk merahsiakan hal itu dari pengetahuan TokMa
dan TokPa nya.
“ Sorry Daddy…” Areesya menunduk. Takut
dimarahi Daddynya. Ziyad tersenyum sebelum mengeleng.
“ It’s okay, Areesya. Daddy tak marah.
Lagipun TokMa dengan TokPa dah tahukan pasal adik Areesya…” ujar Ziyad.
Tiba-tiba terasa telinganya dipiat oleh seseorang.
“
Ma, sakitlah…” Ziyad mengaduh manja. Padahal tak sakit manapun.
“ Ohh
jadi selama ini kamu sibuk ke Turki tu sebab nak jumpa Khaleesyah lahh? Konon
sibuk dengan kursus sana kursus sini. Bertuah punya anak…” bebel Datin Aliyah.
Seisi rumah ketawa melihat Ziyad Hambali
jutawan muda yang masih dipiat telinga oleh sang Mama. Haish, anak nak masuk
dua pun masih kena buli dengan Mama. Namun itulah kebahagian sebenar buatnya. Permata
yang dicari selama ini telah ditemui. Dia bahagia bersama Khaleesyah, Puteri
Areesya dan bakal anak mereka.
P/S: Karna Rahsia Hati terpaksa diberhentikan seketika sebab saya ada menerima kritikan dan komen dari beberapa pihak mengenai cara penceritaan saya. for now, beberapa cerpen akan menyusul dan sambungan cerpen2 lama yang dah lapuk;. hehe sorry...:)
Hmm. Ye ke. Okey2. Im waiting utk smua smbungan cerpen2 tuh. Btw cerpen nih mmg the best.
ReplyDeleteTenkiuuu...
DeleteNice storyline
ReplyDelete