PASAL QIN AMJA

Thursday, 24 March 2016

CERPEN : 14 KEKASIHKU TTS ( TURNS TO SETAN )


NAMA PENULIS : QIN AMJA
TARIKH POST : 23 MAC 2016
TAJUK : KEKASIHKU TTS ( TURNS TO SETAN )

P/S : cerpen ni belum siap sepenuhnya lagi. so, segala typo sila abaikan dahulu. nanti saya edit lain. akay?  In few days akan diupload full version.


NAMA aku Hannah Zakirah Bt Abdullah. Aku sendiri tak pernah jumpa ibu dan ayah aku sebab aku ditemui dalam tandas masjid sebelum dihantar ke rumah anak-anak yatim Pelangi Kasih. Asal usul yang meragukan bukan?
Dengan asal usul yang meragukan inilah aku terpaksa hadap cacian dan makian masyarakat sekeliling tentang status sebenar aku selama hampir dua puluh enam tahun. Nasiblah aku ada Ummi yang penyayang dan sabar dengan karenah aku dan Sarah yang kadang-kadang masuk air. Hehe… dengan Ummi lah aku, Sarah dan budak-budak lain menumpang kasih.
“ Ummi!” tubuh wanita tua itu aku peluk. Ralit benar Ummi menguruskan pokok bunga tanamannya. Pipinya aku hadiahkan ciuman penuh kasih sayang. Sayang sungguh aku dengan ummi. Ummi lah insan yang bertanggungjawab memberi nama aku. Hannah Zakirah. Cantik bukan nama tu? Macam tuan jugaklah. Ehh bukan aku masuk bakul angkat sendiri okay! Ummi dengan Sarah yang cakap aku cantik.
“ Ya Allah, budak bertuah ni! terkejut ummi.” Ummi lurut dadanya.
“ Ummi sihat? Maaflah sebab Hannah tak sempat datang jenguk ummi dengan adik-adik dekat sini. Hannah sibuk sikit sejak mula kerja dengan company Datuk Hassan tu.” Terang Hannah Zakirah. Memang sejak memulakan kerjayanya sebagai peguam penasihat di syarikat milik Datuk Hassan dia kurang meluangkan masa di rumah Pelangi Kasih.  Takda masa. Kalau ada masa pun, hujung minggu sahaja.
“ Ummi sihat aje Hannah. Sihat macam orang tua lain lah. Cuma rindukan puteri-puteri kesayangan ummi ni. Lama dah tak menjengah ummi kat sini. Mana si Sarah tu ?”
“ Sarah dekat PD ummi. Ada kursus katanya. Tu yang Hannah datang sorang. Ni ada buah tangan untuk adik-adik.” Hannah Zakirah menghulurkan buah tangan yang dibawanya kepada Mak Wan.
“ Lah ke PD pulak si Sarah tu. Minggu lepas katanya ke Kuantan. Sibuk sangat mengalahkan menteri aje.” itulah perangai Ummi yang kadang-kadang buat aku dan Sarah rasa rimas. Tapi bila tak kena leter dengan Ummi rasa nak demam pulak.
“ Emm biasalah Ummi. Sarah tukan pensyarah. Jadi selalulah kena kursus sana kursus sini. Lagipun macam Ummi tak tahu perangai Sarah tukan. Diakan kaki berjalan. Suka sangat travel sana sini.”
“ Hemm, yelah. Mana Ummi boleh lupa perangai anak-anak Ummi. Yang sorang tu suka travel sana sini. Yang sorang lagi suka terperap aje dekat rumah. Mana pon taknak pergi. Kan? Asyik datang sini aje. Cubalah bawa-bawa berjalan sama. Si Sarah tu pon dah bertunang. Kamu ni bila lagi?” erk! Rasa tercekik putik durian lah pula. Tiba-tiba pulak Ummi naikkan isu mesra alam ni.
“ Alah Ummi, siapalah yang nakkan Hannah ni Ummi. Asal-usul pun tak tahu dari mana, entah-entah anak haram…”
“ Hannah Zakirah!” Alamak aku dah tersalah cakap lah pulak. Ummi memang tak suka anak-anak Pelangi Kaseh berkata begitu. Bagi Ummi, tiada anak yang dilahirkan di dunia ini yang haram.
“ Maaf Ummi…” Aku cium tangan Ummi.
“ Ummi tak suka Hannah cakap macam tu lagi. Berapa kali Ummi perlu ingatkan yang semua anak-anak Ummi bukan anak haram. Kalau Hannah cakap Hannah anak haram lagi bermakna Hannah tak sayangkan Ummi lagi.” Ujar Ummi berjauh hati.
“ Ummi… maafkan Hannah. Ummi jangan cakap macam. Hannah sayangkan Ummi. Dalam dunia ini, Hannah cuma ada Ummi, Sarah dan adik-adik aje. Kalau Ummi marahkan Hannah, Hannah dah takde tempat nak bermanja lagi. Hannah minta ampun Ummi atas semua kesalahan Hannah. Hannah janji, Hannah takkan ulang lagi.”
“ Ummi sayangkan Hannah.” Ummi seka air mata aku sebelum menarik tubuh aku kedalam pelukannya. Sesungguhnya, aku dapat rasakan suatu kedamaian apabila berada dalam dakapan Ummi. Terasa betapa tulusnya kasih sayang Ummi buat aku.
Usai itu, aku berjalan masuk kedalam rumah Pelangi Kaseh bersama-sama Ummi. Aku menjijit beg plastik yang berisi makanan yang aku bawa tadi ke dapur.
“ Assalamualaikum Mak Ros, Kak Yati…”
“ Waalaikumsalam, lah Hannah ke. Ingatkan siapa tadi.”
“ Adik-adik mana Mak Ros.” Soal aku pada wanita separuh abad itu. Sudah lama Mak Ros berkhidmat disini setelah kematian arwah suaminya. Kak Yati pula anak Mak Ros. Kak Yati sudah berumah tangga tapi selalu datang jenguk kesini. Tiap-tiap hujung minggu dia kesini bawa anak-anak.
“ Budak-budak tu ada dekat Hall dengan Datin. Entah hadiah apalah pulak yang Datin bawa kali ini. Suka sungguh Datin bagi hadiah dekat budak-budak tu. Sampaikan anak-anak Akak pon dikasi hadiah.” Kak Yati menjawab soalan yang aku lontarkan buat Mak Ros sebentar tadi.
“ Erm, Datin dan Datuk tu memang orang baik-baik Kak. Dah lima bulan Hannah kerja dengan Datuk. Sekalipun Hannah tak pernah tengok Datuk tengking atau marah pekerja kalau diaorang buat silap.”
“ Alhamdulillah… syukur Mak Ros dengar.”
“ Anak-anak akak dekat Hall jugak ke.” soal aku. Selalunya Daniel, anak ketiga Kak Yati yang berusia lima tahun tu asyik berkepit aje dengan Kak Yati. Ni batang hidung pon takda.
“ Leyla dengan Naera ada dekat Hall. Si Daniel tu ikut abang Wahab balik kampong hantar sepupu dia.”
“ Mahu pula Daniel ikut abang Wahab.” Soal aku pelik.
“ Dah sepupu dia Furqan ada sama. Itu yang mahu ikut abang Wahab ke kampong.”
Aku tersenyum mengingat keletah comel Daniel. Menjadi anak lelaki tunggal membuatkan dia menjadi anak yang terlalu manja. Semuanya mahu ibu yang uruskan. Nak minum ibu bancuhkan. Nak makan ibu suapkan. Sudah mandi ibu bedakkan.
Aku selalu membayangkan jika aku mempuanyai anak suatu hari nanti. Mesti secomel Daniel kan? Eleh, merepek aje kau ni Hannah! Abang Wahab dengan Kak Yati tu sama kacak sama cantik. Itu yang anak-anak pon cantik-cantik dan kacak.
Aku ni takde lah nak puji diri sendiri ke apa. Tapi melihat rupa paras aku yang agak lawa ni bolehlah nak berangan sikit-sikit nak ada anak secomel Daniel. Tapi kena tengok bakal suami aku jugak. Kalau kacak besarlah peluang untuk keinginan aku tercapai.
Dulu masa zaman-zaman belajar dekat university atau zaman yang aku dan Sarah panggil ‘Zaman Jahiliah’ aku adalah seorang pakwe. My one and only boyfriend sepanjang hidup aku. Tapi memandangkan jodoh antara kami tak panjang maka membujanglah aku sampai sekarang. Ummi langsung tak tahu pasal kekasih silam aku ni.
“ Mengelamun panjang Hannah… teringatkan buah hati ke?” terkezut beruk aku dengan sapaan Datin Halidah. Aku mengaru kepala yang beralas tudung. Bukan gatal sebenarnya tapi aku sendiri takda jawapan untuk soalan Datin.
“ Buah hati apanya Datin… Hannah tu tak pernah dekat dengan lelaki pun. Asal ada yang mendekat aje, mencicit dia lari. Asyik nak berkepit dengan Ummi aje.” Haa Ummi pulak menyampuk. Isy, Ummi ni pun kalau iye pon cover lah sikit. Ni dah memalukan aku. Ummi kejam! Eleh, terimalah kenyataan Hannah oi. Yang kau tu memang takda buah hati sekarang alias tak laku.
Ehh tolong sikit hati eh, jangan jadi paranoid sangat. Bukan tak laku okay. Kan tadi Ummi dah bagitahu kalau ada lelaki yang mendekat aku asyik lari. See? Bermakna bukan aku tak laku okay.
“ Ummi ni, apa cakap macam tu. Malulahh Hannah…” aku mencebik protes dengan Ummi. Ummi mengeleng kepala melihat telatah aku yang masih keanak-anakan.
“ Tak betul ke apa yang Ummi cakap tadi?”
“ Lah iye ke Hannah? Kalau macam tu bolehlah kenal-kenal dengan anak Auntie. Dia ada dekat overseas sekarang. Tua dua tahun dari Hannah.” Alamak Datin ni nak kenen-kenenkan aku dengan anak dia pulak. Tak nak lah aku.
Aku ni masih sedar dekat mana tanah yang aku pijak dan dekat mana langit yang aku junjung. Dengan status aku yang meragukan ditambah pula dengan latar belakang keluarga Datin yang serba sempurna, jurangnya terlalu jauh. Pipit dan enggang. Masakan terbang seiringan.
“ Hannah belum bersedia lagilah Datin. For now, biar Hannah tumpukan perhatian pada kerjaya Hannah dulu. Kalau ada jodoh kahwinlah Hannah nanti. Dengan siapa pun Hannah tak kisah asalkan bahagia.”
“ Insya Allah. Tapi tak salahkan Auntie menaruh harapan untuk bermenantukan gadis sebaik Hannah Zakirah.”




Antara sedar dan tidak , sudah hampir setahun aku berkhidmat di Pelangi Emas. Pantas betul masa berlalukan, pejam celik pejam celik dah setahun. Sarah pun dah selamat diijab kabulkan dengan tunang tersayang dua minggu lalu. Tinggallah aku sorang-sorang menyewa di rumah teres dua tingkat dekat Selayang.
Rasa takut pun ada sebab tinggal sorang-sorang. Tapi nak buat macam mana dah nasib badan orang yang tak bersuami macam aku. Lainlah kalau ada suami disisi. Boleh jugak buat bantal peluk. Hehe gatal kau noks!
Kerjaya aku sebagai peguam penasihat Datuk Hassan memang mencabar kesabaran dan memerlukan pengorbanan dari segi masa. Nama aje penasihat. Tapi kalau ada masalah dengan client atau ada syarat-syarat projek terbaru aku yang kena handle. Buat kertas kerja mengalahkan peguam yang turun naik mahkamah. Kalau pengorbanan masa jangan cakaplah. Bila ada projek baru masuk, muka nilah yang terpacak dekat office sampai tengah malam.
“ Assalamualaikum Datuk, maaf menganggu masa Datuk.” Acewah bukan main sopan lagi aku masa bercakap dengan Datuk Hassan. Dah macam berdepan dengan bakal bapak mertua. Padahal Datuk tu bos aku aka Tuan Punya Syarikat.
“ Waalaikumsalam Hannah…”
“ Ni kertas kerja yang Datuk minta semalam. Saya dah siapkan. Maaf kalau saya terlebih cakap atau terlalu menyibuk, tapi saya tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba aje Datuk minta saya siapkan surat wasiat ni?”
“ Duduk dulu Hannah.” Datuk Hassan menghadiahkan senyuman tipis buat aku. Aku rasa satu kedamaian dalam senyumannya. Kadang-kadang aku terasa seperti bercakap dengan ayah kandung aku sendiri. Selesa dan nyaman sahaja apabila bersama Datuk Hassan.
“ Terima kasih Datuk.” Aku melabuhkan duduk di hadapan Datuk Hassan setelah mendapat keizinannya.
“ Saya dah anggap kamu ni macam anak kandung saya sendiri Hannah.”
“ Terima kasih Datuk sebab sudi anggap saya sebagai anak Datuk. Tapi saya dapat rasakan Datuk macam sembunyikan sesuatu dari semua orang. Datuk macam tak selesa dan gelisah je. Syarikat ada masalah ke Datuk?”
“ Kamu memang anak yang baik Hannah. Sebab itu saya rasa nak berkongsi masalah saya dengan kamu. Sebenarnya doktor dah sahkan yang saya ada penyakit jantung.”
“ Ya Allah Datuk! Patutlah Datuk macam tak selesa selama ini. Datin tahu pasal hal ini Datuk?” Datuk Hassan mengeleng kepalanya lemah. Mungkin dia tidak sampai hati nak bagitahu hal yang sebenar kepada isterinya.
“ Kenapa Datuk tak bagitahu Datin. Datin berhak tahu kebenaran ini. Ini melibatkan nyawa Datuk sendiri.”
“ Saya tak kuat untuk bagitahu isteri saya pasal hal ni.”
“ Datuk, kita perlu bagitahu Datin perkara yang sebenar secepat mungkin. Datuk perlukan rawatan segera.”
“ Saya tahu itu, sebab itu saya minta kamu sediakan wasiat ini. Saya perlukan bantuan sedikit bantuan kamu Hannah.”
“ Bantuan apa Datuk?”




“ What? Datuk/Datin ini bukan perkara main-main. Saya tak sepadan dengan anak Datuk. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak dapat terima lamaran ini.”
“ Hannah, kami rasa Cuma Hannah yang mampu untuk kembalikan anak lelaki kami semula. Seperti anak lelaki kami dahulu.”
“ Kembalikan anak lelaki Datin? Apa maksud Datin. Saya kurang faham.” Anak Datin ni hilang ingatan ke? Kalau hilang ingatan buat apa minta nak kahwinkan dengan aku? Pergi lah berubat dekat doktor.
“ Dulu Syed tak macam tu Hannah. Dia seorang yang periang dan penyayang. Kami bahagia sangat walaupun kami cuma ada dia. Tapi, suatu hari dia berubah. Dia jadi lupa kasih sayang. Bertukar perempuan sekarang dah jadi hobi dia. Baran tak sudah. Dia bukan lagi anak yang periang dan penyayang yang kami punya dulu.”
“ I’m so sorry to hear that, Datin/Datuk. But, sorry again. Saya tak dapat terima lamaran ini. Mungkin kami boleh berkawan. Insya Allah saya akan bantu anak Datuk dan Datin. Saya percaya dia masih lagi Encik Syed yang dulu. Cuma tenggelam dalam ego dan kekecewaan. Maaf jika saya celupar, tapi Encik Syed pernah berkasih dulu?”
“ Entahlah Hannah. Syed seorang yang perahsia. Dia tak pernah bercerita mengenai percintaan dia selama ini. Katanya kisah cintanya hanya milik dia. Bukan untuk tatapan umum. Tapi entah dimana silapnya, Auntie pun tak tahu.”
“ Insya Allah, one fine day Encik Syed akan berubah juga nanti. Kita sama-sama berdoa untuk dia.” Rasanya inilah cara paling sesuai untuk aku menolak lamaran mereka. Aku bukan menolak tuah, cuma taknak status aku dipersoalkan kelak.




“ Datuk panggil saya ke?” soal aku setelah masuk kedalam bilik Datuk Hassan. Figura lelaki yang sedang duduk membelakangi aku langsung tidak menarik perhatian aku. Bagi aku, mungkin dia salah seorang clients Datuk Hassan.
“ Iye, duduk dulu Hannah. Tujuan sebenar saya panggil awak adalah untuk perkenalkan our new senior architect, Syed Muzaffar Syed Hassan. My one and only son.” Tersentak aku mendengar nama yang diperkenalkan oleh Datuk Hassan. Perlahan-lahan aku pusing badan menghadap jejaka disebelah aku. Masih tampan sama seperti dahulu cuma kelihatan lebih matang dari raut wajahnya yang dihiasi kumis nipis mungkin kerana faktor usianya kini.
“ So, nice to meet you miss or …”
“ Masih lagi miss Hannah Zakirah.” Jawab aku. Tahu dia ingin memerli diri ini. Semuanya terlihat dari senyuman sinis yang bergayut dibibirnya. Huluran tangannya tidak aku sambut.
“ Sorry, I’m muslim and I don’t touch man who’re not my muhrim.” Sekali padu sindiran aku. Apa lagi, lampu hijau sudah dikasi oleh Datuk dan Datin. Bedal ajelah.
“ Maaf Datuk. Tapi kalau takda apa-apa kerja lagi saya minta diri dulu. ada kerja yang perlu diuruskan.” Aku berpamitan sebelum mengundur diri. Tidak betah berlama-lama disitu.
“ Excuse me, Mr. Syed.” Jika inilah Encik Syed yang dimaksudkan oleh Datuk dan Datin memang aku pon tak boleh handle. Macam mana aku nak bantu dan kembali kan dia seperti dulu jika semua masalah berpunca dari aku. Berpunca dari kebenciannya terhadap aku.
Kasih sayang yang terjalin selama hampir dua tahun terasa begitu indah dalam hidup aku. Sesuatu yang tak pernah aku rasakan sebelumnya. Sindiran dan ejekan pelajar sekampus di tepis oleh si dia. Aku dilindunginya bagai adik dan disayangi seperti kekasih hati.

Protect your girlfriend like your daughter, love her like a wife and respect her like your mother.

Puisi yang selalu disebut-sebut oleh si dia buatkan aku selesa bersamanya. Hubungan kami berlangsung secara rahsia dari pandangan keluarganya dan juga pengetahuan Ummi. Namun diketahui oleh kebanyakkan pelajar sekampus. Nasib seorang Hannah Zakirah benar-benar ‘terbela’ oleh seorang lelaki bernama Syed Muzaffar.
Kusangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari. Hubungan yang terlalu terbuka di mata pelajar sekampus membuatkan ada mata-mata dan hati-hati yang cemburukan hubungan kami. Hinggakan  akhirnya aku ditinggalkan sendiri dan digantung tanpa tali ikatan perkahwinan yang sebenar oleh lelaki yang kusangka bakal menjadi bapak anak aku.
Semuanya berpunca dari sekeping foto yang diterimanya dari seseorang. Foto yang meranapkan pelamin anganku. Segalanya musnah. Kelam. Dia lebih mempercayai foto tanpa perlu disangkal dengan kenyataan dari aku.
“ Don’t touch a guy konon. Padahal habis tubuh tu terlelong pada jantan lain.” Perli Syed Muzaffar. Aku hanya pekakkan telinga sahaja. Malas mahu melayan kerenahnya yang semakin menjengkelkan dari hari ke hari. Ada saja cacian yang keluar dari bibirnya untuk aku. Rasanya dia memang perlu tinggal terus di luar negara. Tak perlu balik kesini dan bertemu kembali dengan aku.
“ Ada apa lagi Encik Syed. Scoop kerja saya langsung takda kena mengena dengan scoop kerja Encik. Ada baiknya Encik Syed balik ke bilik Encik. Mesti  banyak kerja yang Encik perlu selesaikan. Lagipun tak elok staff tengok Encik lama-lama dalam bilik saya ni. Maklumlah, sayakan perempuan murahan, womanizer.”
“ Suka hati akulah nak lama-lama dalam bilik kau pun. Nikan syarikat bapak aku. Kenapa? Kau panas ke aku ada dekat sini.” Aku mengeluh berat. Wajahnya aku pandang dalam-dalam. Mencari seraut wajah yang suatu ketika dahulu penuh dengan rasa cinta dan kasih-sayang buat aku. Semuanya telah hilang kini. Yang tinggal cuma kebencian dan dendam yang penuh di dada. Langsung tak tersisa rasa cinta.
“ Kenapa kau pandang aku?”
“ Suka hati sayalah.”
“ Ohh I see. Kau mesti rasa nak terkam akukan. Well, aku kan fully packaged. Hot stuff, handsome, loaded pulak tu. Memang sesuai lah kan untuk jadi victim seterus kau. Macam jantan keparat tu.”
Aku meneruskan kerja-kerja aku tanpa mempedulikan kata-kata Muzaffar. Bohonglah kalau aku cakap aku tak terkesan dengan kata-kata Muzaffar selama ini. Insan yang selama ini aku cintai menghina dan merendahkan maruah aku. Lukanya lebih dalam lagi berbanding penghinaan orang ramai mengenai status aku.
Hampir setengah jam berlalu tanpa mempedulikan dirinya, Muzaffar mula mengangkat punggung namun dia tidak terus melangkah kearah pintu tetapi melangkah mendekati meja kerja aku. Langkahnya berhenti betul-betul disisi meja aku.
 Dada aku berdebar. Mungkin sudah lama tidak berada sedekat ini dengan dirinya. Muzaffar menunduk seakan ingin mencium bibir aku. Aku pantas menolak wajahnya.
“ Encik Syed boleh cakap apa aje yang Encik nak cakap pasal saya. But please, don’t treat me that way. I don’t like it.”
“ Dengan aku kau jual mahal ehh? Apsal dengan jantan tu kau senang-senang aje serah badan kau. Berapa ribu duit dia taburkan dekat kau. aku pun boleh bayar atas layanan kau because I don’t like a free things. It’s to cheap for me.”
“ Encik Syed, saya dekat sini atas urusan kerja. Saya bekerja dengan syarikat ayah Encik. Dan saya tak menjual badan dekat sini. So, please mind your words.” Muzaffar merengus keras sebelum mengatur langkah meninggalkan aku sendiri.




Aku pasti pertemuan aku bersama Datuk dan Datin petang ini akan mengundang kekecewaan buat mereka berdua. Bukan niat aku untuk menghampakan mereka namun aku sendiri tak terdaya untuk melunturkan kembali kemarahan Syed Muzaffar. Kelakuannya semakin tidak terkawal. Dia bukan lagi Syed Muzaffar yang aku kenal dahulu.
“ Abang Zaf…”
“ Ye Hannah… ada apa?”
“ May I ask you something?!”
“ What’s it? You don’t need any permission to ask me a question.”
“ Abang, kalau suatu hari nanti jodoh antara kita tak berpanjangan…” Syed Muzaffar menunjukkan reaksi serius.
“ Hannah, abang taknak Hannah cakap benda yang bukan-bukan. Tolong doakan hubungan kita will last forever. Abang nak Hannah sentiasa ada disisi abang dan lahirkan anak-anak abang. Then, we’ll grow old together.”
“ Isy, abang ni… Hannah kan cakap ‘kalau’. Bukan betul-betul.”
“ Abang tak suka.”
“ Tapi Hannah betul-betul nak tahu.”
“ Okay. Apa soalan Hannah tadi?!”
“ Hannah nak tanya, kalau jodoh antara kita tak panjang. Abang akan bencikan Hannah tak?” entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk bertanyakan hal itu seminggu sebelum hubungan antara kami terputus.
“ Offcourse no, Hannah sayang… hal tu takkan mungkin berlaku. Andai kata hubungan kita tak panjang, abang akan cinta dan kenang Hannah Zakirah seumur hidup abang. It’s because of you’re my shine.”
“ Thank you abang Zaff…”
Itulah janji seorang Syed Muzaffar. Janji yang tak pernah tertunai. Janji yang hanya tinggal janji. Tapi aku tak salahkan dia sepenuhnya. Mungkin foto itu memberi impak yang besar terhadapnya. Aku sudah ikhlas jika cintanya kini bukan milik aku lagi. Namun aku benar-benar berharap agar Syed Muzaffar berubah.
“ Maafkan Hannah, Datuk/Datin. Hannah tak dapat kawal Encik Syed. Hannah dah cuba semampu Hannah untuk dekati Encik Syed. Tapi semakin Hannah dekat, semakin Encik Syed menjauh.”  Bohong aku dalam keterpaksaan. Aku tak ingin Datuk dan Datin menaruh harapan palsu lagi. Yang nyata, Syed Muzaffar bencikan Hannah Zakirah.
“ Tapi staff saya bagitahu Syed asyik menempel dekat office kamu. Kadang-kadang sampai sejam dua baru dia masuk office dia. Saya ingatkan dia dah jatuh hati pada kamu.” Aku tersenyum pahit. Memang lah dia suka menempel dekat bilik aku. Tapi bukan untuk masuk jarum, hendak memerli aku lagi adalah.
“ Itu saya tak tahulah Datuk. Tapi saya tahu Encik Syed tak sukakan saya.” Malahan dia bencikan saya, Datuk. Desis hati kecil aku.
“Auntie tak tahulah apa yang perempuan tu dah buat dekat Syed sampai anak Auntie jadi macam tu sekali. Dia cinta pertama Syed dan mungkin itu sebabnya Syed sangat terkesan dengan perpisahan dorang. Hannah, Auntie benar-benar berharap Hannah jadi menantu Auntie.” Sekiranya Datin tahulah akulah gadis yang pernah dicintai anaknya mungkin dia memang takkan pernah berharap untuk bermenantukan aku. Entah-entah nak pandang muka aku pulak loya.
“ Auntie, mungkin boleh carikan calon isteri untuk Encik Syed. Anak kenalan Datuk maybe. Mungkin dengan cara ini Encik Syed akan lupakan perempuan yang dah musnahkan hidupnya.” Arghhh, terpaksa kutuk diri sendiri lagi. Sudahlah dengan Syed Muzaffar pun, aku iya-iyakan aje kes skandal aku dulu. sekarang kutuk diri sendiri depan Datuk dan Datin pulak.




“ What?! Bonda nak kahwinkan saya dengan anak kawan papa?!” Syed Muzaffar terus berdiri mendengar pendapat Bondanya. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.
“ What’s goin on, Pa! before this, you guys suruh Syed balik Malaysia untuk kerja dengan Papa. And now, you guys nak kahwinkan Syed pulak.” Suara Syed Muzaffar meninggi. Perasaan barannya menyala-nyala.
“ Syed, lower your voice, please. Kamu tahu tak dengan siapa kamu berhadapan sekarang? We’re your parents not your friend. Please, put some respect on us.” Tegur Datuk Hassan. Jika difikirkan kembali, ada wajarnya pendapat Hannah diikuti. Anaknya harus diberi tanggungjawab agar dia lebih bertanggungjawab dan lebih menjaga perasaan orang lain.
“ But your decision are crazy and imposibble.”
“ Apa yang tak mungkinnya.”
“ I’m not going to marry anyone. Not now and never.” Bidas Syed Muzaffar.
“ Memang patut pun Bonda ikut cadangan Hannah untuk kahwinkan kamu, Syed. Perangai kamu semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Kamu dah tak tahu hormatkan Bonda dan Papa.”
“ What? Hannah ideas’! shit!”




Sarah: ak tmpg tido umah kau mlm ni. husband ak outstation…J

Perempuan ni kalau suami dia outstation aje bermalam kat rumah aku. Takut betul nak tidur sorang sekarang ni. dulu masa kitaorang serumah boleh aje tidur sorang masa aku pergi kursus. Sekarang apa kes?
Sekarang dah pukul 9 malam, tapi batang hidung dia pun tak nampak. Entah-entah suami dia tak jadi outstation. Perempuan ni bukan reti nak bagitahu aku kalau tak jadi datang. Karang aku dah masuk tidur baru dia terkial-kial nak memekik panggil aku bukakkan pintu.
Baik aku tengok tv dulu sementara tunggu si Sarah ni. boleh juga tengok perkembangan terbaru pasal MH370 atau drama-drama yang meletop dekat siaran televisyen. Apalah yang best sangat sampai trending world wide tu. Nak juga aku tengok.
Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menganggu tumpuan aku pada drama Lari Mira yang mula mencuri minat aku. Geram sungguh aku dengan Mira ni, asyik nak membangkang aje dengan mak dia yang berasal dari Indonesia tu. Bukannya besar sangat permintaan ibu Indah tu, dia cuma minta untuk adakan tema perkahwinan acheh menjadi tema persandingan si Mira ni. kalau aku ada mak, jangan kata tema perkahwinan, pengantin lelaki pun aku sanggup mak aku yang tentukan.
Yakin bahawa gerangan yang mengetuk pintu rumah sewa aku sampai nak pecah ini adalah Sarah, aku langsung membukakan pintu. Langsung tidak melihat terlebih dahulu.
“ Aku ingatkan kau tak jadi….” Mata aku terpaku pada gerangan yang tercegat di depan pintu rumah aku. Terperanjat babun aku dengan kehadirannya. Buat apa pulak dekat kawasan rumah aku ni? malam-malam macam ni pulak tu. Belum sempat aku bersuara dia sudah menolak tubuh aku. Nasib baik jatuh atas sofa.
Sedar kepala aku tak dibaluti sehelai tudung, aku bergegas hendak masuk kedalam rumah untuk menyarungkan tudung. Namun belum sempat aku nak berlalu tangan aku sudah dicapai olehnya.
“ Encik Syed!!!” pekik aku. Datang rumah orang tak diundang, lepastu main tolak-tolak pulak. Siap tutup pintu lagi. Apa kes? Datang JAIS satgi, kang tak pasal-pasal kena kahwin free. Mahu meroyan seumur hidup dia sebab kena nikah dengan aku.
Kau macam mana pulak, Hannah Zakirah? Suka kalau kena kahwin dengan dia? Kau masih cintakan dia?
“ Kau diam!” pekik Syed Muzaffar balik. Aku dah makin seram dengan reaksinya. Muka pon macam marah sangat. Kenapa pulak ni? Sudahlah kami berdua saja dalam rumah ni. maunya dia tikam aku, takkan ke mati katak aje aku ni!
“ Apa saya dah buat kali ni sampai Encik Syed datang sini dan marah-marah macam ni?” aku menyoalnya yang sedang menyinga. Ya Allah, janganlah sesuatu yang buruk terjadi malam ni. Aku nak hidup lama lagi. Warghhh!
“ Apa yang kau dah buat? Kau tanya aku! Jangan nak pura-pura tak tahulah. Aku meluat dengan perangai kau.” Ya Allah, apa yang aku dah buat. Kalau pasal aku tak layan dia di pejabat takkan sampai nak serang dirumah aku.
“ Saya mintak maaf kalau Encik Syed marahkan saya sebab saya kunci pintu bilik saya haritu. Saya Cuma taknak orang pandang serong pada Encik Syed. Yelah, saya nikan perempuan murahan…”
“ Shut up! Wey perempuan, apa yang kau dah sogok dekat Bonda dan Papa aku hah? Sampai diaorang beria-ria benar nak kahwinkan aku dengan kau! Kau ingat aku teringin sangat ke nak jadi suami kau? aku tak hinginlah bekas orang. Lagi-lagi bekas musuh aku.” Tempik Syed Muzaffar berang.
“ Siapa yang cakap saya nak kahwin dengan Encik. Saya sedar siapa diri saya. Tak layak untuk lelaki sehebat Encik Syed.” Sungguh aku terasa hati dengan kata-katanya. Aku masih suci bukan seperti yang dia sangka. Berkali-kali aku jelaskan hal yang sebenar namun dia langsung tidak mempercayainya. Mungkin kerana kebodohan zaman remaja aku dahulu yang senang-senang membiarkan Syed Muzaffar menyentuh tanganku, memeluk erat pinggangku. Mungkin kerana itu yang menguatkan lagi keyakinan Syed Muzaffar bahawa aku adalah gadis yang senang-senang menyerahkan tubuhku kepada sesiapa. Bak katanya, perempuan murahan!
“ Kau jangan ingat aku tak nampak kau lunch dengan Bonda dan Papa aku petang tadi. Kau memang dah kebulur sangatkan nak berlaki. Okay, sekarang biar aku puaskan kehendak kau!” aku sudah cuak, Syed Muzaffar semakin mendekat lalu menolak tubuh aku yang sedang duduk di sofa diruang tamu sehingga telentang.
“ Encik Syed tolong jangan buat saya macam ni… tolonglah…”
“ Kau jangan risau, aku akan bayar kau dua kali ganda dari jantan tu.” Aku memejamkan mata apabila Syed Muzaffar mula menindih tubuh aku. Kini aku benar-benar takut. Syed Muzaffar sekarang benar-benar kelihatan seperti Setan yang bertopengkan manusia. Hilang terus perwatakannya yang seakan malaikat dahulunya.
Saat ini aku benar-benar menginginkan Syed Muzaffar yang dahulu. Syed Muzaffar yang setia melindungi aku dari orang sekeliling. Kini tinggal Syed Muzaffar yang kejam dan baran. Dengan kudrat yang ada aku cuba menolak tubuh sasa Syed Muzaffar tapi apakan daya dia lebih kuat dari kudrat perempuanku. Terasa nafas beratnya singgah dileher aku setelah tindakan rakusnya mencium bibirku yang haram buatnya. Aku pasrah, air mata mulai gugur apabila Syed Muzaffar mencumbui tubuhku.
“ Abanggg, jangan buat Hannah macam ni…tolonglah…” aku merayu lemah. Tiba-tiba Syed Muzaffar menghentikan perbuatannya. Dia meramas rambutnya kasar. Tidak dipedulikan keadaan dirinya yang serabai. Dengan butang kemejanya yang sudah terbuka diatas.
“ Kenapa kau buat aku macam ni, Hannah?! Tak cukup selama ni kau sakitkan hati aku. Kau hancurkan kepercayaan aku…”
“ Hannah mintak maaf, abang. Untuk kali terakhir Hannah minta abang percayakan penjelasan Hannah. Tu bukan gambar Hannah. Mungkin diaorang edit. Hannah takkan pernah buat benda bodoh tu. Hannah cintakan abang sorang aje.” Syed Muzaffar tergelak sinis.
“ Kau masih nak nafikan? Aku dah hantar gambar tu dan diaorang cakap tu memang gambar kau, bukan edit. Masih nak tipu aku?”
“ Bohong. Diaorang bohong abang! Percayalah tu bukan gambar Hannah.”
“ Sudahlah. Aku dah taknak dengar penjelasan kau lagi. Cuma aku mintak kau bagitahu Bonda untuk batalkan hasrat diaorang untuk bermenantukan kau.”
“ I’ll. Abangg jangan risau. Hannah minta maaf sebab muncul kembali dalam hidup abang dan kucar-kacirkan semua. Hannah janji, Hannah akan pergi dari hidup abang.” Aku yakin kini bahawa Syed Muzaffar benar-benar bencikan aku. Aku harus ikhlaskan semua ini. Asalkan maruah aku masih terpelihara.
“ Permintaan Hannah cuma kecil. Tolong bahagiakan Datuk dan Datin. Diaorang dah banyak kecewa dengan perangai abang. Hannah tahu ini bukan perangai sebenar abang. Hannah punca sebenar abang berubah sampai macam ni.” Syed Muzaffar terdiam. Lama kami masing-masing diam. Akhirnya Syed Muzaffar bangun dan capai tombol pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas, aku memintas.
“ Abang, terima kasih sebab selamatkan maruah Hannah malam ni.” Syed Muzaffar hempas pintu rumah sewa aku kuat. Aku terduduk. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain dari menangis.




“ Apa yang kau cuba buat ni?” soal Syed Muzaffar. Dia berdiri betul-betul rapat disisi aku. Aku meneruskan kerja-kerja mengemas barang-barang aku tanpa mempedulikannya. Dua hari aku menangis semahu-mahunya. Payah untuk aku bina kekuatan diri aku kembali.
“ Aku tanya kau ni!” jerkah Syed Muzaffar berang apabila soalannya dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan. Dia mencengkam erat kedua belah lengan aku. Perit.
“ Saya buat apa yang Encik Syed minta semalam. Saya dah lepaskan jawatan saya as lawyer advisor di syarikat ni. So, Encik Syed dah tak perlu tengok muka perempuan murahan ni lagi selepas ni.”
Tangan aku ditarik kasar oleh Syed Muzaffar. Aku meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi tidak Berjaya kerana tubuhku sudah ditekan ke dinding oleh tubuhnya.
“ Abang masih cintakan Hannah.” Ujarnya perlahan. Cukup untuk pendengaran kami berdua sahaja. Aku memalingkan muka. Tidak mahu memandang seraut wajahnya.
“ Apa yang Encik Syed cuba cakap ni. Sayakan perempuan murahan yang sanggup gadaikan maruah pada musuh kekasih sendiri.”
Matanya mencerlung tajam melihatku serentak itu bibirku dipagut kasar olehnya! Aku cuba menolak tubuh tegap itu tetapi apalah sangat tenagaku jika nak dibandingkan dengan tenaga lelakinya.
“ Astagfirullahalazim. Syed! Hannah!” jerit satu suara meleraikan tautan bibir kami. Muka Datuk Hassan memerah menahan marah. Datuk sudah salah angkap dengan apa yang terjadi. Semuanya bukan atas kerelaan aku.
“ Apa semua ni, Hannah? Syed?”
“ Semuanya dah jelas. Apa yang Papa nampak semuanya benar.” Tutur Syed Muzaffar selamba. Abang Zaff dah melampau. Kalau semalam dia selamatkan maruah aku dari dirinya, kini dia cuba menjatuhkan maruah aku dihadapan ayah kandungnya sendiri.
“ Tak. Semuanya tak seperti yang Datuk bayangkan. Semua ni cuma salah faham aje Datuk. Saya boleh terangkan.”
“ Terangkan apa lagi, Hannah? Dah terang-terang kesan gincu kamu dekat bibir Syed. Masih nak nafikan yang saya nampak kamu tengah bercium dengan anak lelaki saya.” Kata-kata Datuk Hassan membuatkan aku terasa seperti pelacur. Air mata aku yang sudah kering mulai basah kembali. Tak sangka sampai macam ni sekali Syed Muzaffar berdendam dengan aku.
“ Bukan Datukk… sumpah saya dan Encik Syed…”
“ Hannah stop it. Just be honest. We’re just having kisses just now. Pa, she’s my lover. I don’t have so much things to say. I’ve slept with her for many times.” Ya Allah, fitnah apa yang cuba dilemparkan olehnya terhadap aku. Datuk Hassan diam. Tiba-tiba dia mencengkam dadanya. Saat itu aku teringatkan sesuatu.
“ Datuk, are you okay?” aku menghampiri Datuk Hassan. Mukanya sudah memerah. Aku pasti dengan apa yang aku fikirkan. Tak menunggu lebih lama aku tempik pada Syed Muzaffar yang masih terkebil-kebil memandang.
“ Call the ambulance please. Your dad is in danger.” Rasa amarah aku tolak ketepi. Yang tinggal cuma kerisauan terhadap majikan aku. Ya Allah, kau selamatkanlah Datuk Hassan agar aku bisa menjelaskan hal sebenarnya.

p/s : please don't only read, at least left ur comment below. It's motivated me to produce more storyline after this. Thank you...:)

1) Thank you kepada yang sapot saya selama ni.
2) Doakan saya dapat sambung FUU. Aminnn
3) Nak request atleast 5 comment boleh tak?

15 comments:

  1. cepat2 la update lagi...best crite ni...xsabar nak tunggu sambungannya...huhuuu

    ReplyDelete
  2. cepat2 la update lagi...best crite ni...xsabar nak tunggu sambungannya...huhuuu

    ReplyDelete
  3. bile nak sambung???hari2 dok godek...tunggu cerpen ni punya sambungn..cepat2la update full story...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, now im in kl ada interview. maybe tiga empat hari kat sini. so sorry for ur waiting... sy balik nanti sy publish okay...:)

      Delete
  4. OK...waiting for it.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oraitt, while waiting for Kekasih TTS bolela baca cerpen Permata Yang Dicari by Qin Amja.. hehe kalau ada masa.. and dont forget to left ur comment for me...:)

      Delete
  5. hahahaha.I've read it for many times...great story,huh?tumbs up for u.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. dah ada sambungannya. bole la baca dalam entry terbaru saya.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sambungannya dah ada dalam entry terbaru saya. boleh laa baca then kindly left ur comment

      Delete
  9. bile nak sambung ni?lama lagi,eh?busy,eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada sambungan. sorry lambat. dah boleh bca dalam entry terbaru saya.

      Delete