PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 3



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 3
Tarikh Post : 23 September 2015

          Semua penumpang sudah memakai tali pinggang masing-masing. Mereka akan berlepas ke Malaysia sebentar lagi. Dia memaut lengan lelaki di sebelah. Menghilangkan rasa takut yang menjengah diri. Kelemahan diri yang ini, entah bila akan hilang. Rasa takut dalam diri akan beransur hilang apabila kapal terbang sudah stabil di udara.

        “It’s okay. Bismillah ya?” jari-jemari yang memegang lengan ditepuk lembut. Sedikit menunduk mencari-cari wajah perempuan itu. Dapat dilihat dengan jelas riak wajah yang gelisah dan sedikit pucat, seperti kekurangan oksigen sahaja lagaknya. Kesian sungguh. Fobia yang tidak akan pernah hilang walau berkali-kali menaiki kapal terbang. Dan ini untuk kali keberapa entah…

        Penerbangan mereka selamat berlepas. Mereka menarik nafas lega. Sempat dia memandang lelaki di sebelah yang asyik merenungnya. “what?” soalnya.

       “Okey , dah?” soal lelaki itu kembali. Wajah yang tadinya pucat sudah kembali berdarah.

        “Yup! Dah boleh senyum ni…” jawabnya sambil mengukirkan senyuman cantik buat lelaki disebelah.

        Riak kurang ceria menghiasi seraut wajah lelaki itu. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu, kerana mindanya turut memikirkan perihal yang sama. Bak kata orang, tiada pasal cari pasal. Akhirnya diri sendiri yang terpaksa menanggung akibat.

        Apabila sudah menjejakkan kaki di Malaysia, kehidupan mereka tidak akan sama seperti di Australia lagi. Tidak boleh tinggal serumah seperti sebelum ini. Oh, Tuhan! Bagaimanalah mereka dapat mengharungi kehidupan yang seperti itu nanti. Melalui hari masing-masing tanpa satu sama lain. Walaupun diri telah membuat persediaan untuk berhadapan dengan keadaan itu, namun hati seakan-akan tidak mahu menerimanya.

         “Bimbang ke?” ajunya pada Tengku Aizrill Hazim yang sedang meribai Aqeed Naufal yang sudah enak dibuai mimpi.

         Sambil tersenyum tawar, “Bimbang?” kepala digelengnya.

          “Lepas ni kena tinggal rumah asing-asing dah.. you kat kampong I kat KL. I  tak dapat peluk you masa tidur lagi. I will miss both of you…” jari-jemari si perempuan diraih ke dalam genggaman kemudian dikucup lembut.

         Sungguh dia akan rindu segala-galanya tentang buah hatinya ini. Rindu masakan , rindu gelak tawa dan rindu untuk memeluk tubuh itu. Berada dekat dengan Auni Suryani menghadirkan satu rasa yang tidak dirasai dengan gadis-gadis yang pernah didampinginya. Semua gadis itu hanya sebagai teman berhibur , teman menarinya. Belum pernah dia tidur bersama gadis lain , hanya Auni Suryani sahaja yang pernah diheret ke katil. Namun hanya sekadar memeluk tubuh kecil itu tika lenanya dan tidak lebih.

        “Bukannya jauh , Kuala Lumpur-Seremban aje. Hari-hari boleh datang…” Dia cuba menceriakan suasana.

        “Rumah you? Ayah you tak kesah ke?”

        “Bukan rumah la… kita jumpa dekat somewhere else la…”

        “But still I tak dapat spend enough time dengan Aqeed and you… Tak apa, nanti kita fikir cara lain…”

        “Fikirlah sorang… I tak kisah. Kita kan ada Aqeed jadi bantal peluk nanti.” Kata si perempuan.

        “What?! Huh… you memang tak sayang I kan…kan… sengaja nak pisahkan I dengan Aqeed…” Lelaki disebelah sudah bernada merajuk.

        Dia sudah tergelak. Orang bergurau saja nak sensitif pula. “ ya, ya. Nanti kita fikirkan…” Tak boleh dibuat bergurau dah. Orang disebelah ni sedang jiwa kacau!

***

        “Aizz…” panggil Auni Suryani.

        “Kenapa sayang? You nak pergi toilet ke” soal Tengku Aizrill Hazim.

        “Tak. I cuma terlupa nak tanya you.”

        “Tanya apa sayang?”

        “Did Rhea know?”

        “Tahu apa sayang?”

        “Yeah, pasal kita nak balik Malaysia?” sambung Auni Suryani lagi.

        “Ohh, I dah bagitahu masa I pergi seminar dekat sana. I ada pergi jumpa dia kat college.” Jawab Tengku Aizrill Hazim sambil tersenyum senang. Tiba-tiba dia membayangkan wajah adik kesayangannya , Tengku Azzrhea Hanania .

        “Assalamualaikum Angah !” sergah Tengku Azzrhea Hanania. Matanya meliar mencari kelibat wanita kesayangannya selain mamanya.

         “Waalaikumsalam. Pergi mana ? dah lama Angah tercongok kat sini. Tunggu awak macam tunggu Tuan Puteri Gunung Ledang yang baru nak turun dari Gunung tu.” Bebel Tengku Aizrill Hazim.

          “Wait Angah. Orang baru habis class. Berlari kesini okay bukan berlenggang. Janji pukul dua ,  sapa suruh datang awal. Padanlah kena tunggu orang.” Tengku Azzrhea tarik muncung. Tengku Aizrill Hazim tarik hidung adik kesayangannya.

      “Okay sorry my princess , maafkan patik Yang Mulia. Angah punya laa datang awal sebab rindu dekat awak…” ujar Tengku Aizrill Hazim. Mata Tengku Azzrhea Hanania masih meliar ke sekeliling mencari sesuatu yang ditunggu-tunggu.

     “ Miss you too , Angah.” Tengku Aizrill Hazim tersenyum sebelum merangkul tubuh adik kesayangannya kepelukan.

    “Angah , where’s Auni ?” akhirnya soalan yang bermain difikiran Tengku Azzrhea Hanania terpancul dari bibirnya.

         “Tak ikut.” Ujar Tengku Aizrill Hazim. Membuntang mata Tengku Azzrhea Hanania.

          “What ?! How could you , Angah. I miss her. And I miss my little Angah.”Tengku Azzrhea Hanania tarik muncung empat belas. Ingatkan Angah nak bawak mereka , boleh lah dia melepas rindu pada mereka.

         “Sorry… Angah ingat tak sempat nak visit adik dekat sini. Lagipun , anak Angah demam semalam.”

       “Alaaa… apsal tak bagitahu awal-awal. Tak pasal-pasal adik dah terlebih teruja nak jumpa dia orang.”

        “Okay sorry… Angah promise cuti sem nanti kita travel sekali.”

      “Janji ?” Tengku Aizrill Hazim mengangguk. Bukan susah hendak memujuk adik kesayangannya ini. Umpan dengan ‘travel’ , ‘shopping’ terus hilang rajuk. Typical perempuan memang macam ni. perangai adiknya persis perangai buah hati , kekasihnya Auni Suryani.


          Tangannya menepuk-nepuk lembut paha Aqeed Naufal yang terjaga bagi menidurkan kembali anak itu.

          “You jumpa Rhea? Kenapa tak bagitahu I ? sampai hati you… dah la I nak ikut tapi you tak bagi. Kalau tak mesti I boleh jumpa Rhea…” bebel Auni Suryani.

        Wajahnya dipaling dari menghadap Tengku Aizrill Hazim. Geram dengan Tengku Aizrill Hazim karna tidak membenarkan dia mengikuti lelaki itu ke UK tempoh hari.

        “Sayang, you merajuk ke?” soal Aizrill padahal dia sendiri tahu bahawa gadis itu sedang merajuk.

         “You kesah apa?” soal Auni Suryani kembali tanpa memandang lelaki itu.

        “Hemm.. kalau you merajuk pon, I memang takkan pujuk.” Balas Tengku Aizrill Hazim sambil ketawa perlahan. Tidak mahu menganggu penumpang lain.
 
        “Aizz…sampai hati you…” Auni Suryani mencubit manja lengan lelaki itu. Tengku Aizrill Hazim hanya ketawa perlahan. Dia juga merasa bersalah kerana tidak membawa Auni Suryani bersamanya.

        “Aizz.. you sebenarnya jealous kan?” Auni Suryani sengaja mahu mengusik lelaki itu. Cepat sahaja Tengku Aizrill Hazim memalingkan muka memandang wajah Auni Suryani. “What??” Keningnya diangkat meminta kepastian atas soalan gadis itu tadi.

        “Ya, mengaku jelah you jealous. Sebab tu you tak bawa I pergi UK kan?” giliran Auni Suryani pula mengangkat keningnya. Bertambah berkerut dahi Tengku Aizrill  Hazim.

       “You jealous dengan adik you sendiri. Sebab dia lagi sayang I dari you…” Auni Suryani menghamburkan tawa nya melihat wajah Tengku Aizrill Hazim yang terpinga-pinga.

        “Sayang, I tak jealous hubungan you dengan Rhea. I suka sangat sebab Rhea terima you macam I terima you seadanya.” Tengku Aizrill Hazim berbicara serius. Baginya, ini bukan hal yang main-main dan dia sangat menyenangi itu.




No comments:

Post a Comment