Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 4
Tarikh Post : 23 September 2015
Auni Suryani dan Tengku Aizrill Hazim
mengatur langkah bersama melepasi ruangan perlepasan ke ruangan menunggu.
Suasana di KLIA sesak dengan manusia yang mungkin sama tujuan dengan mereka
iaitu pulang ke pangkuan keluarga ataupun ingin keluar negara atau dalam
negara. Aqeed Naufal dalam dukungan Tengku Aizrill Hazim langsung tidak
merengek dengan suasana yang begitu sesak. Namun, jika berada dalam dukungan
Auni Suryani pasti ada saja yang tak kena! Selepas ini mereka akan berpisah.
“Sayang , kita balik sekali ?” pinta
Tengku Aizrill Hazim.
“Aizz…kita dah discuss kan soal ni…” Auni Suryani berlembut dalam memujuk Tengku
Aizrill Hazim. Jangan buat hal laa sayang. Kita dah kat KL ni.
“Kita hadap benda ni sama-sama , please.
Biar I bertanggungjawab atas you dan anak kita. I taknak kita berpisah.” Tengku
Aizrill Hazim memegang jari Auni Suryani.
“Aizrill , not now okay. I janji nanti bila I dah bersedia , baru kita berterus terang dengan dia orang
semua. At that time , I takkan nafikan semua ni lagi.”
“Okay , I dah nak pergi ni, you jaga
diri baik-baik okay. Aqeed , Daddy
pergi dulu ye sayang. Nanti kita jumpa ye sayang. Daddy akan rindu Aqeed sangat-sangat and Mummy also.” Tengku Aizrill Hazim mencium pipi dan dahi Aqeed
Naufal lama. Jelas terpancar kasihnya pada bayi itu meskipun bayi itu bukan
dari benihnya.
“Okay
, take care Aiz.” Ucap Auni Suryani setelah Aizrill melepaskan pelukan
ditubuhnya. Aqeed Naufal dalam dukungannya mula merengek. Tengku Aizrill Hazim
akan pulang ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur.
“Anything
happen , just give me a call. Okay
?”Auni Suryani mengangguk mendengar arahan dari Tengku Aizrill Hazim.
Auni Suryani hanya memerhati Tengku
Aizrill Hazim yang mula berjalan meninggalkan mereka. Seketika sebelum Tengku
Aizrill Hazim kembali pusing kearahnya.
“Sayang, jangan nakal-nakal sepanjang
I takde , okay. Aqeed , take a look at
Mummy.” Usik Tengku Aizrill Hazim. Tengku Aizrill Hazim memang tak kering dengan usikan. Ada saja
benda nak diusikkan.
“You
too… jangan nak mengatal sangat. Tahulah you tu kan Hotstuff.” Auni Suryani membalas usikan Tengku Aizrill Hazim dengan
usikan juga.
“Walau beribu pon yang kejar I , I
tetap pilih you dalam hidup I. I love you
, sayang.”
‘Yeah , you pilih I tetapi bertunang
dengan Zalikha…Tak perlu tipu I yang you sebenarnya cintakan Zalikha dan
bukannya cintakan I. You Cuma taknak I kecil hati aje.’ bisik hati Auni
Suryani.
***
“Tengku, bagaimana perkembangan terkini
Tengku setelah menetap di Australia?” ujar salah seorang wartawan.
“ Tengku, katanya Tengku akan
menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Jadi adakah Tengku sudah membuat
persediaan yang rapi mengenainya?”
“Bila nak diumumkan tarikh pernikahan
Tengku dengan model terkenal tu?!” ujar salah seorang wartawan lagi.
“Maaf , Tengku takkan mengeluarkan
apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Mungkin , dalam tempoh terdekat akan
diadakan press conference. Tolong
bagi laluan.” Suara Nizam selaku personal
assisantance Tengku Aizrill Hazim. Mereka berlalu kearah mobil mewah milik
Tengku Aizrill Hazim dengan bantuan pengawal peribadi.
“So , macam mana Australia Tengku.”
Soal Nizam sambil memandu Nissan GTR. Matanya difokuskan pada pemanduan.
Sesekali bertanya itu ini pada majikannya.
“Okay ,
Cuma macam yang kau tahulah. Aku berat sikit nak balik sini.” Adu Tengku
Aizrill Hazim. Dia sememangnya rapat dengan Personal Assistantnya. Rasa selesa
untuk berkongsi segalanya mengenai kehidupannya.
“Berat nak tinggalkan buah hati ke
Tengku.” Tanya Nizam sambil tersenyum. Tengku Aizrill Hazim yang mengerti buah
hati yang dimaksudkan oleh Nizam turut tersenyum.
“Yelah , kau macam tak tahu pulak. Dia
dengan syarat-syarat dia , kadang-kadang buat aku sesak nafas.” Nizam hanya
tersenyum mendengar luahan Tengku Aizrill Hazim.
“Sabar lah , Tengku. Bagi dia masa
sikit untuk berfikir tentang semua ni. Bukan mudah dia nak terima semua ni ,
lagi-lagi dia sebagai perempuan.” Ujar Nizam bernasihat buat Tengku Aizrill
Hazim.
Auni Suryani akan di jemput oleh ibu
dan ayah. Flightnya tiba pada jam
sebelas pagi namun sengaja dia memberitahu keluarganya untuk menjemput pada jam
satu petang. Semuanya kerana ingin mengelak mereka dari bertembung dengan
Tengku Aizrill Hazim.
Keluarga Auni Suryani sememangnya
mengenali Tengku Aizrill Hazim dengan baik kerana Tengku Aizrill Hazim
merupakan cucu Tok Pah, jiran sekampung mereka dahulu sebelum mereka berpindah
ke Seremban. Auni Suryani membesar bersama dengan Tengku Aizrill Hazim semenjak
dari kecil lagi namun mereka hubungan mereka tidak rapat. Seorang ke hulu
seorang ke hilir. Hanya sekadar mengenali dan bertukar senyum dari jauh.
Auni Suryani memandang Encik Kamarul
yang sedang memandu tenang. Adiknya tidak ikut bersama menjemput kepulangannya
di lapangan terbang kerana menghadiri perkhemahan anjuran pihak universiti.
Berpaket-paket coklat dibelikan untuk Muhammad Adham, seperti yang dipesan oleh
adiknya. Untuk emak tersayang juga tidak dilupakan. Ada buah tangan yang
istimewa.
“ Ibu nampak makin lawalah!” puji Auni
Suryani. Puan Syuhadah tersenyum lalu mengerling sekilas pada anak sulungnya
disebelah.
“Ya ke? Tapi ibu tengok orang yang baru
jejak tanah air ni yang berseri lain macam…”
Duduk yang sudah selesa dibetulkannya.
Tangan pula bermain-main dengan Aqeed Naufal diribaannya. Dia memberitahu
keluarganya bahawa dia mengambil Aqeed Naufal sebagai anak angkatnya. Jangan
ditanya mengenai butiran peribadi anaknya sudah!
“Tak adalah…ibu ni. Orang puji dia… dia
nak main-mainkan orang pula.” Pandangan dihalakan terus ke depan.
“Ibu cakap betul. Mungkin sebab berkat
jaga budak ni tak…” kata Puan Syuhadah sambil memegang pipi tembam Aqeed
Naufal. Anak itu hanya tersegih memandang Puan Syuhadah.
“Haah…yalah kut…” katanya sambil
membuang pandang ke luar tingkap. Jalan di Kuala Lumpur ni cepat betul berubah.
Balik pada dua tahun lepas jalan raya dibahagian atas itu belum ada. Bila masa
pembinaan dijalankan ni?
No comments:
Post a Comment