PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 5



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 5
Tarikh Post : 23 September 2015

           “Comel nya budak ni akak. Muka macam seseorang lah…” puji Muhammad Adham pada anak kecil yang sedang bertatih.

          “Tengok Mummy dia lah adik. Haha..”

          “Akak perasan lebih. Am puji baby Aqeed ni macam…hmmm.. macam siapa ye?” Adham masih cuba mengingati wajah siapa yang mirip dengan anak kecil ini.

          “ Hah!!!” jerit Adham.

          “Apa Am ni? terjerit-jerit… terkejut akak tau tak.?” Bebel Auni Suryani pada adiknya. Aqeed Naufal yang sedang bermain turut memandang padanya. Mungkin hairan dengan tingkah Adham.

          “Muka Aqeed ni macam abang Aiz lah.” Terang Adham. Auni Suryani menelan liur yang sekarang terasa seakan pasir yang melalui eosophagusnya apabila nama jejaka itu meniti dibibir adik lelakinya.

          “Abang Aiz mana ni?!” tanya Auni Suryani pura-pura tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan oleh adiknya.

         “Alah, abang Aiz lah! takkan akak tak kenal? Cucu Tok Pah yang tinggal kat Melaka dulu ? sebelum kita pindah sini. Ingat ?”

          “Mana ada lah. Ini anak akak, apa hal pulak nak samakan dengan dia. Lain kali samakan lah dengan Robert Pattison ke. Adalah faedah nya jugak.” Auni Suryani cemas. Adiknya seperti dapat menghidu sesuatu yang cuba disembunyikanya.

          “Eleh, dah kenapa nak samakan Robert Pattison?! Tapi Am cakap betullah, muka Aqeed ni sebijik muka Abang Aiz.”

          “Hello adik, akak stay dekat Ausie kan? Mana akak nak tahu pasal semua ni.” sengaja aku beralasan.

          “Ye tak ye jugak kan. Tapikan…” Jawab Adham sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

          Ligat otak aku berfikir bagi mencari alasan. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Wahh!!! Penyelamat aku? Bisik hati Auni Suryani. Tertera nama Tengku Aizrill Hazim di dada telefonnya.

         “Kejap. Akak angkat call ni dulu.” Ucapnya seraya berlalu masuk ke kamarnya.

          “Hello, ada apa you call I ni?”

           “Assalamualaikum… Salah ke I call you? sejak balik Seremban you langsung tak contact I pon? I miss you so much… heyy, Aqeed tengah buat apa , sayang ? Youuuu…” Aizrill mula membuat suara manjanya.

         “Hah?! Apa you..you ni? Takda..takda… you hal you, I hal I …” sengaja dia ingin menyakat lelaki itu.

          “You?!” Aizrill menjerit kecil.

          “Ye.. you nak apa sebenarnya?” Auni mengalah juga.

         “I nak tengok Aqeed. I really miss him. Dengar suara pun jadi lah. Rindu nak dengar anak I mengekek-kekek ketawa bila you usik.” Dia serba salah mendengar suara lelaki itu. Kedengaran dari suaranya dapat dia duga betapa Aizrill amat merindui anaknya yang seorang itu.

         “I’m really sorry Aiz. Tapi sekarang Aqeed tengah main mainan dia dekat depan. Ibu dan Adham pon ada sama. But tonight I promise yang I akan call you balik. Okay?”

         “Hemm… okay. But promise me tonight? Kalau tak I terbang pergi Seremban malam ni jugak.” Ugut si lelaki hanya mengundang tawa Auni. Tiba- tiba daun pintu ruangan pejabat Aizrill ditolak dari luar.

          “sayang…” Auni Suryani dapat mendengar suara manja seorang perempuan di talian. Dia pasti itu Zalikha.

          Tiba-tiba hatinya diruntun pilu. Rasa cemburu semakin kuat mencengkam dada namun dia tahu diri. Dia bukan sesiapa dan dia tiada hak atas Aizrill seperti gadis itu. Hubungan mereka hanya sementara! Itu yang disemat di hati dan dipahat didada.

          “Okaylah Aiz. I’ll call you tonight. Bye!” ujar Auni Suryani dan terus mematikan panggilan. Aizrill merengus kasar melihat kelibat Zalikha di ruangan kerjanya. Geram dengan tindakan melulu gadis dihadapannya ini. Langsung tak faham privasi orang. Kalau ye pon , ketuk la pintu dulu!

        “You ada buat appointment ke sebelum masuk tadi ?” soal Tengku Aizrill Hazim tegas. Dia tiada masa untuk berlembut dengan model terkenal yang bergelar tunangannya.

        “Nak jumpa tunang sendiri pun kena buat appointment bagai ke ?” sindir Zalikha. Tengku Aizrill Hazim lempar senyum sinis pada gadis itu.

       “Whatever ! But please , before you enter my room , knock the door first.” Arah Tengku Aizrill Hazim.

       “Whatever !” ajuk Zalikha.

           “By the way , you call siapa tadi tu sayang?” soal Zalikha cemburu.

          “Is none of your bisness. Mind your own bisness , please.” Ujar Aizrill.

        “Aizrill….” Suara Zalikha mulai meleret.

          “Okay , kawan I dekat oversea yang call.” Aizrill mengalah. Perempuan ni selagi tak dapat apa yang dia nak selagi tu dia bertenggek dekat sini. Lagi cepat selesai cakap , lagi cepat dia blah. Itu harapan Tengku Aizrill Hazim.

         “Ye ke kawan? Kenapa you macam terkejut je masa I masuk tadi?” soalnya lagi.

          “Kalau I cakap kawan tu maksudnya kawanlah. Apa masalah you nak campur hal I ni?” Aizrill melenting. Rimas dengan Zalikha yang bagaikan semakin mengada-ngada.

          Mengenali Zalikha, gadis itu ialah anak jutawan terkemuka Tan Sri Zainal. Bertunang dengan gadis itu adalah pilihan dari keluarganya.

          “You nak marah I ni kenapa? You kan tunang I? salah ke I tanya you?” balas Zalikha.

          “You tak ingat ke janji you dengan I dulu ? You takkan masuk campur dalam urusan peribadi I dan I pon takkan masuk campur dalam urusan peribadi you.”

          “I tak kesah dengan janji tu semua. Yang I pasti I ada hak ke atas you.” punggung Zalikha henyakkan ke sofa. Kaki disilang atas bawah. Skirt pendek yang dipakai terus terselak menampakkan pahanya yang putih gebu.

          Namun semua itu masih tidak mampu menggugah naluri lelaki seperti Tengku Aizrill Hazim. Lelaki itu seolah-olah tidak tergoda dengan dia. Apakah lelaki itu tidak punya nafsu?
 
          “Aizrill… I datang ni nak ajak you pergi tengok movie. Jom sayang…” rengek Zalikha manja sambil bermain jari Aizrill. Aizrill menepis tangan Zalikha sambil  berpura-pura sibuk dengan file-file di meja kerjanya.

          “Eyka, you nampakkan I tengah busy ni. I banyak kerja kena buat. Petang ni I ada meeting dengan client penting.” Aizrill bersuara tanpa memandang wajah Zalikha yang sudah memuncung.

          “Aiz…please” rengek Zalikha lagi.

          “Eyka, you boleh ajak kawan you kan?” Aizrill bersuara serius. Zalikha bangun dan berlalu keluar dari ruangannya. Pintu dihempas kuat tanda protes.

          Aizrill mengeluh perlahan. Tenguknya dilurut perlahan. Menyesal kerana menerima cadangan Mama dan Papa nya untuk mengikat tali pertunangan dengan Zalikha tiga tahun lalu. Kerana terlalu mengejar kemewahan, dia lupa bahawa kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

         Teringat pada adiknya, Rhea yang menentang pertunangan antara dia dan Zalikha. Sedari awal lagi dia mengetahui hubungan adiknya dan Zalikha yang bagaikan anjing dengan anjing. Masing-masing menyalak nak tunjuk kehebatan sendiri.

        Sekarang hubungan mereka tidaklah sedingin dahulu sebab sorang kat KL sorang kat UK. Kalau tak , bila bersua pasti berakhir dengan pertengkaran. Asyik bercakar aje!

           “Papa, Rhea tak setuju rancangan papa dengan mama nak kahwin kan angah dengan si gedik tu.” Bantah Rhea pada papa dan mamanya.

          Tengku Zakri telah mengaturkan semuanya dari awal lagi. Berbesan dengan Tan Sri Zainal bagaikan membawa tuah yang besar kepada mereka. Tengku Serena pula sememangnya sudah berhasrat untuk bermenantukan Zalikha.

          “Rhea.. kenapa panggil Eyka gedik. Mama tak nak dengar lagi Rhea panggil Eyka macam tu.” Tegur Tengku Serena. Marah apabila calon menantu kesayangannya dipertikai. Dia bakal dipuji rakan-rakan sekiranya Zalikha menjadi menantunya. Yalah , model terkenal kat Malaysia dan juga sedang mencipta nama di luar negara.

           “Mama, Rhea pasti Angah pon tak suka dengan dia. Batalkan jelah. Kesian Angah nanti. Perempuan gedik tu asyik nak menangkan dia aje , Ma. Please mama.” Rayu Rhea. Dia sememangnya takkan mengizinkan Angah nya menikahi gadis yang merupakan musuh tradisi sedari dulu lagi

         “Rhea, Angah tak kesah la. Lagipun, lagi besar peluang untuk Angah buka bisnes baru nanti. Tan Sri Zainal boleh bagi Angah handle projek-projek besar dia lepas ni.” Aizrill berusaha memujuk adiknya.

          “Angah ni sama saja dengan papa dan mama. Asyik fikir pasal bisnes saje.” Rungut Rhea. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai sambil berlalu masuk ke kamarnya.

         “Nanti dah kahwin ,  makan la bisness  tu puas-puas. Jangan nak minta adik masak itu ini lagi. Dia ingat perempuan gedik tu boleh masak makan dia. Perempuan yang tahu tergedik sana terhegeh sini pon nak buat bini. Apa aje yang ada dekat perempuan tu…” bebel Tengku Azzrhea Hanania sebelum pintu bilik dihempas kuat. Mogok !

             Teringat kenangan tiga tahun lalu membuatkan Aizrill tersenyum nipis. Rasanya dunia seakan terbalik. Dulu dia sanggup lakukan apa sahaja demi harta namun sekarang dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagian dia , Auni dan anak mereka.

          Haih , nasib badan lah!


No comments:

Post a Comment