PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 6



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 6
Tarikh Post : 23 September 2015


          Aqeed Naufal demam! Pusing kepala Auni Suryani memikirkan. Dalam kepalanya, Aqeed mesti demam karna rindukan Daddy nya. Sudah seminggu mereka tidak bersua. Namun, apa yang harus dilakukannya. Meminta lelaki itu datang ke sini?! Tidak mungkin. Mungkin sahaja lelaki itu sedang bersama dengan tunangannya.

          “kenapa ni Auni? Cemas semacam saja ibu tengok. Ada yang tak kena ke?” soal Puan Syuhadah setelah melihat anak gadisnya mundar-mandir.

          “Tah, akak ni! Pening Am tengok.”

          “Takda lah ibu. Aqeed ni demam.”

          “Kalau demam bawa la pergi klinik. Ingat pusing-pusing ni baik ke budak tu.”

          “Kejap. Auni call kawan dulu.” Hasrat ingin menelefon Aizrill ditukarkan kepada pesanan ringkas sahaja. Bimbang didengari ibu dan adiknya.

          Aqeed demam. I nak bawa Aqeed pergi klinik ni. Apa-apa hal I call you later.

         Suatu panggilan diterima Auni Suryani. Aizrill! Punat hijau ditekan.

         “I on my way to Seremban. Dekat nak sampai dah ni. Kejap lagi you text klinik mana.” Keras suara Aizrill lalu terus memutuskan panggilan tanpa menunggu balasan dari Auni Suryani.

          “Siapa Auni? Berkerut dahi kamu ibu tengok.”

          “takda lah ibu. Auni pergi dulu. Pinjam kereta ayah , bu.”

          “Ye lah baik-baik bawa kereta tu.”

          “Am ikut akak. Kejap Am siap.” Celah Adham mengundang reaksi kurang senang Auni Suryani. Bagaimana Aizrill nak jumpa Aqeed kalau si Adham ni ikut sama?!

           “Am, akak nak pergi klinik, bukan pergi picnic. Tak payah ikut lah.” Ucap Auni Suryani sambil mendukung Aqeed  yang sedia menangis sedari tadi. Panas sungguh badan anak itu.

          “Macam mana keadaan anak saya doktor?!” soal Aizrill laju. Gelisah perasaannya kerana tidak pernah Aqeed  demam sepanas ini.

             “Anak Tengku hanya demam biasa sahaja. Mungkin demam karna badannya sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling atau rindukan seseorang.” Terang doktor yang memakai tag nama Farhana.

          “Okaylah. Terima kasih doktor. By the way, jaga rahsia kitorang ye..” pinta Aizrill. Dia tahu doktor itu mengenalinya meskipun dia memakai hood.

          “Tak perlu risau Tengku. Semua data pesakit di klinik ni adalah rahsia. Saya takkan bocorkan.” Ujar Doktor Farhana meyakinkan.

         Setelah keluar dari klinik, Aizrill menyuruh Auni supaya masuk kedalam keretanya.

         “Yani, I really miss both of you. Dah dua bulan kita balik Malaysia. But we still didn’t decide anything.

         “Decide what? Tak ada apa pun yang perlu kita bincangkan. Baik you tumpu kan perhatian you pada preparation wedding you. Zalikha need you more.” Ucap Auni Suryani perlahan.

           “Yani look, ini bukan soal kahwin ke apa. Ni soal I tak boleh nak berpisah dengan you and Aqeed.  I rasa life I tak lengkap without uols. Sayang please , I merayu sangat dengan you. Kita berterus terang tentang semua hal ini. I taknak benda jadi lebih kecoh kalau dia orang tahu hal ni dari orang lain dan bukan dari kita.” Tengku Aizrill Hazim masih memujuk Auni Suryani.

         “You tentu tahukan , semua orang kenal I . Dan I tak yakin langsung yang kita dapat rahsiakan benda lebih lama lagi.” Sambung Aizrill.

       “Kalau macam tu , kita kena tamatkan hubungan ini secepat mungkin. You kena tinggalkan I sebelum Zalikha dapat tahu hubungan kita.” Ujar Auni Suryani selamba. Namun rasa dihati hanya dia yang tahu. Betapa sakit terpaksa berpisah dengan orang yang dicintai. Namun , dia sendiri yang menempah bala ini. Maka , dia jugalah yang harus menanggungnya.

       “Apa yang  you cuba cakap ni sayang…” Ujar Aizrill dalam nada kecewa.

         Sebegini ringan Auni Suryani memaknakan erti hubungan mereka ? setelah apa yang mereka lalui selama ini , Auni pinta sebuah perpisahan ? perpisahan yang pastinya akan memisahkan Aizrill dari Aqeed Naufal ? Jangan harap akan ada perpisahan antara mereka. Aizrill tak rela anaknya mendapat kasih sayang dari lelaki lain.

       “Aizrill , ini hakikat yang kita terpaksa terima. Hubungan yang kita bina selama ini kotor! Kotor , you tahu tak ! You tunang orang.”

       “Dan I takkan biarkan maruah you jatuh hanya disebabkan hubungan kita ni. You tak salah , tapi I yang cari you. jadi biar I yang tanggung semua ni sendiri…” Ujar Auni Suryani. Air mata yang bergenang ditubir mata diseka perlahan. Tidak mahu menangis dihadapan Aizrill. Atau lebih tepat lagi , tidak mahu Aizrill tahu rahsia hatinya.

          “ Sudahlah , I taknak bergaduh dengan you lagi pasal ni. I Cuma nak minta you be consider sikit dengan I. You pindahlah kat KL, senang I nak ulang alik. I penat tahu tak terkejar sana, terkejar sini.” Aizrill bersuara lirih. Cuba menarik perhatian Auni Suryani. Mata dipejamkan membayangkan sekiranya permintaan gila Auni Suryani benar-benar terjadi. Dia tidak sanggup!

          “Tolong jangan pernah minta berpisah dari I lagi , Yani. I’m begging you…” Aizrill bersuara perlahan.

          “Fine , nanti I fikirkan lain. Sekarangg nak pergi mana?” Auni beralah jua.

           “ Macam selalu lah. I nak spend time dengan you.” Ucapnya pendek. Kereta dipandu menuju ke hotel yang berdekatan dengan pusat bandar. Aizrill ingin menghabiskan masanya seharian bersama Auni dan Aqeed.

            Sebelum ke hotel , mereka merayau mencari makanan. Habis makan barulah mereka check-in hotel. Baru sahaja melangkah masuk ke kamar hotel, tiba-tiba telefon Aizrill berbunyi.

          “Hello Eyka, ada apa call I ni?! I busy lah.”Tengku Aizrill Hazim bersuara perlahan. Lebih kepada malas sebenarnya. Malas melayan karenah Zalikha yang semakin mengada-ngada.

           “Busy apa hari minggu macam ni? You pergi mana? You janji nak teman I pergi shopping.”

            “ I ada meeting dengan client ni. Later, I’ll call you back.” Aizrill terus mematikan telefon bimbitnya. Tidak ingin ada gangguan lagi. Dia tidak punyai banyak masa, paling lama pon empat jam sahaja untuk melepaskan rindunya pada Auni dan Aqeed. Dia tidak betah berjauhan dengan mereka. Suatu rasa yang tidak dirasainya ketika berjauhan dengan Zalikha. Dia yang membawa Auni Suryani pulang ke Malaysia namun dia yang tak betah untuk melepaskan mereka. Adoi!

          “Eyka ke tu? Dia nak apa?” soal Auni Suryani pada lelaki itu.

          “ I terlupa yang I janji nak temankan dia pergi shopping.” Terang Aizrill.

          “Habis tu takpe ke sekarang you dengan I ? nanti merajuk pulak buah hati kesayangan you tu.” Soal Auni terselit nada cemburu. Aizrill hanya mengulum senyum.

           “Kenapa? You jealous ke ?” soal Aizrill kembali. Auni memandang Aizrill tajam. Nyata dia tidak suka disoal begitu.

           “Nanti pandailah I kelentong dia.” Jawab Aizrill sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

          “Sampai bila kita nak macam ni , Aizz ? Nak jumpa sembunyi-sembunyi macam ni. I dah rimas asyik keluar masuk hotel , you tahu tak ? Dah sampai masanya you fikirkan pasal Zalikha pulak. Bukan kami...” ujar Auni Suryani. Aizrill menguntum senyuman nakal.

          “Kalau you tak kesah I peluk cium you depan orang ramai , kita tak payah susah-susah check-in hotel macam ni…” meleret sahaja suara Aizrill. Lebih kepada manja.

        “Aizrill , I serius ni…”

         “I pon serius. Ingat I main-main ke ? Come , let me hug you. apsal duduk jauh sangat…” Aizrill bersuara beserta arahan. Sudahlah berjumpa payah sekali , dah jumpa duduk jauh macam nak lari marathon aje! geram hati Aizrill dibuatnya.

           “Tapi Zalikha…”Auni Suryani bersuara perlahan. Aizrill sudah merangkul tubuhnya kedalam pelukan lelaki itu. Ingin sahaja dia menolak pelukan itu , namun dia kalah. Kalah dengan diri sendiri! Kalah dengan perasaan yang ingin bermanja dengan Aizrill! Betapa kuat dadah yang Aizrill suntikan kepadanya sehingga dia tidak dapat berenggang dengan lelaki itu.

         “Stop talking about her please. I’m begging you. just for awhile , please…” Aizrill mencium ubun-ubun Auni Suryani. Harum ! seharum kasihnya yang kian berkembang mekar buat gadis itu. Gadis yang menjadi ibu kepada anaknya secara tak sengaja.

           Setelah hampir empat jam mereka disitu, Auni Suryani pun dihantar ke tempat keretanya ditinggalkan tadi. Sebelum keluar dari kereta Aizrill bersuara.

          “Yani, you pertimbangkan permintaan I tadi, boleh?”

         “Insya Allah.” Sebelum melangkah keluar dari kereta, Aizrill sempat menghadiahkan ciuman didahinya.


          “Take care. Miss you…” Aizrill tersenyum senang.

No comments:

Post a Comment