PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 7



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 7
Tarikh Post : 23 September 2015


           “Ayah, Ibu Auni ada benda nak bagitahu.” Auni Suryani memulakan bicaranya.

           “ Ada apa Auni?! Macam penting saja.” Balas Encik Kamarul sambil menjamu hidangan petang yang disediakan oleh isterinya diatas pangkin diluar rumah.

          “Auni nak pindah ke KL.” Kata Auni senada. Wajah ayah dan ibunya ditatap.

          “Kenapa? Auni dah tak selesa ke tinggal kat sini?” usik si ayah setelah melihat wajah serba salah anaknya. Dia dapat menganggak anaknya seperti menyembunyikan sesuatu. Namun, rasa itu disimpan kemas dihatinya.

          Bukan dia tak perasan anaknya asyik gelisah sahaja berada dirumah. Hari minggu sahaja hilang. Selagi senja tak menjelma , selagi itu anaknya tidak pulang. Kadang sampai malam baru pulang. Apabila disoal , alasannya berjumpa kawan , sembang sampai terlupa hari dah semakin larut. Takkan sampai tiap-tiap minggu jumpa kawannya.

          “Ehh, tak lah ayah. Auni dapat tawaran kerja kat sana. Auni ingat nak terima ja tawaran tu. Gaji pon lumayan jugak. Boleh Auni tolong ayah dengan ibu.”  Auni Suryani beralasan.

          Sebenarnya dia ingin kesana kerana permintaan Aizrill. Dia kasihan pada lelaki itu kerana terpaksa berulang alik ke Seremban semata-mata kerana dia dan Aqeed .

        “Pergi lah. Ayah izinkan.”

***

            “Aiz pergi mana seharian baru balik? Tadi Eyka ada datang sini tanyakan kamu. Dia kata Aiz janji nak bawa dia pergi shopping tapi Aiz takda pulak. Aiz pergi mana?” leter mama Aizrill, Tengku Serena. Aizrill yang baru pulang lantas menghenyakkan punggungnya diatas sofa yang empuk itu. Mata dipejamkan bagi melepaskan penat.

           “Aiz pergi Seremban, jumpa kawan tadi, Ma. Aiz terlupa pulak dah janji nak jumpa Eyka.” Jawab Aizrill perlahan. Sungguh dia letih. Harapannya agar Auni Suryani menunaikan permintaannya.

          “Tiap-tiap minggu kamu pergi Seremban buat apa?”

          “Mama, Aiz dah cakap kan yang Aiz jumpa kawan.” Nampaknya mamanya semakin curiga tentang aktiviti hariannya.

           Haraplah Auni Suryani bakal menerima cadangannya untuk berpindah. Tidak lah dia terkial-kial mencari alasan untuk ke Seremban.

          “ Ke Aiz ada perempuan simpanan? Bagitahu mama?”

          “Apa mama ni tuduh-tuduh Aiz.Aiz takda simpan mana-mana perempuan pun Ma.” Jerit Aizrill namun tidak lah kuat mana.

          “Apa yang bising-bising ni Aizrill? Ena? Sampai keluar papa dengar.” Tengku Zakri bersuara setelah menjejakkan kaki ke ruang tamu. Dia baru sahaja balik dari mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah, bila sampai dirumah bising satu rumah. Pening kepala!

         “Mama ni papa, tuduh Aiz ada simpan perempuan. Aiz baru sampai, mama dah bising-bising.”

          “Awak ni kenapa, Serena? Budak tu penat-penat, awak pulak bising-bising.”

          “Ena bukan apa bang. Aizrill ni selalu sangat pergi Seremban buat apa? Jangan-jangan ada perempuan simpanan. Ingat Aiz, kamu tu dah nak nikah. Jangan cuba malukan mama dan papa.” Leter Tengku Serena.

           “Aiz naik atas dulu pa!” ucapnya seraya berlalu.
        
          “Ingat Aiz, sampai bila-bila pun mama takkan terima mana-mana perempuan untuk jadi isteri kamu melainkan Eyka.” Aizrill hanya memekakkan telinga sahaja.

          ‘Yani bukan perempuan simpanan Aiz, mama. Tapi dia ibu kepada anak Aiz.’ bisik hati Aizrill. Sekarang pun mama bising bila dia selalu pergi Seremban, agaknya bila tahu tentang Auni Suryani dan Aqeed bagaimana pula?! Mau puting beliung villa ni!

          Selesai membersihkan diri, Aizrill membaringkan dirinya di atas katil bagi melepaskan penat. Telefon dicapai, bahagian gallery  dibuka. Dia melihat semula gambar-gambar dia bersama Auni Suryani dan Aqeed ketika mereka masih di Australia.  Gambar-gambar mereka bersama di pantai, di taman. Ada juga gambar mereka di Eiffel Tower. Gambar itu dirakam ketika mereka bercuti ke London 6 bulan lepas.

         Sekejap sahaja masa berlalu, hampir dua tahun mereka hidup bersama. Setahun terasa seperti baharu sehari mereka hidup bersama. Dia tidak peduli tentang status Aqeed. Baginya, Aqeed adalah anaknya. Seperti yang dijanjikan pada Auni Suryani. Dan juga anak yang Allah kirimkan saat dia ingin kembali ke jalan-Nya.

          “Hello, ada apa Yani? Aqeed okay? Demam dia macam mana?” soal Aizrill setelah menyambut panggilan Auni Suryani. Tidak pernah Auni Suryani menelefon dia malam-malam buta begini. Selalunya dia saja yang telefon Auni Suryani. Ada apa-apa yang berlaku ke?!

          “hello, everything’s fine. Demam Aqeed pon kebah. Maybe dia rindukan Daddy dia kot. Dapat jumpa Daddy je terus kebah demam dia.” Ucap Auni Suryani riang. Ada khabar gembira yang ingin dikongsi bersama lelaki itu. Khabar yang dia pasti akan menyebabkan senyuman lelaki itu kian melebar.

          “Really? Kalau macam tu you pindah la sini. Senang I nak jumpa you.” balas si lelaki bersungguh. Dia betul-betul memaksudkan itu.

          “ Jumpa I ke jumpa Aqeed? Hmm Aiz, I really appreciate yang you sudi terima Aqeed sebagai anak you. I berterima kasih sangat yang you sudi bagi kasih sayang seorang ayah pada Aqeed yang ayah kandung dia sendiri pun tak bagi.” Ujar Auni Suryani dengan nada sebak.

          “Yani, listen. Aqeed anak I dan sampai bila-bila pun akan tetap jadi anak I. Anak kita. I tak nak you persoalkan benda ni lagi. You tahukan I sayang sangat dengan Aqeed.” Auni Suryani menangis namun ditahan agar lelaki itu tidak mendengarnya.

          “You tengok muka you kat cermin sekarang!” arah Aizrill. Auni Suryani hanya menurut. Dia memerhatikan wajahnya dibalik cermin.

          “ Cantik tak kalau you menangis?” ujar Aizrill. Auni Suryani terpempan! Bagaimana lelaki itu tahu dia sedang menangis?!

              Auni Suryani memandang wajahnya di dalam cermin. Air mata, air hingus semuanya ada. Mata sudah jadi merah.

         “Kalau dalam keadaan macam ni cantik tak mengapa jugak. Ini muka macam kera kena belacan, mesti buruk, nak termuntah tahu tak?” sambung Aizrill lagi.

           Auni Suryani tersenyum mendengarnya. Diambil tisu dan dilap air mata dan air hingusnya. Tak senonoh betul!

            “Macam mana tahu I menangis?” ujar Auni Suryani musykil.

          “Hello, dah nak dekat dua tahun I serumah dengan you. malam-malam you nangis, I dah biasa dengan semua tu. You masih nangis ke sekarang?”

         “No, kat sini I tak pernah terjaga malam-malam. Aqeed pon sama. Maybe sebab you takda kat sini, tu yang kitorang tak nangis kot. Ha…ha…”

          “So, ada apa you call I ni? Rindukan I ke? Baru tadi jumpa you dah rindukan I?” soalnya sengaja mengusik.

           “Huh! Perasannya you ni. I call ni nak bagitahu, I dapat tawaran kerja kat KL.”

           “Is that mean you akan stay kat KL? Seriously ?” tutur Aizrill teruja.

        “Yuhuuu…” Aizrill menjerit riang. Mahu bergegar villa dengan suara Aizrill melalak tengah malam begini.

        “Aizrill ! Aizrill !” ketukan bertalu-talu dipintu menarik perhatian Aizrill. Aizrill berlari ke pintu utama biliknya. Pintu dikuak perlahan sambil tangan kiri memegang Iphone miliknya.

        “Ada apa Ma ?” soal Aizrill sambil tersenyum. Tak dapat disembunyikan rasa gembira dalam hatinya.

       “Mama nak tanya kamu soalan tu ? Kamu dah kenapa terpekik malam-malam macam ni?” soal Tengku Serena. Aizrill sengaja mengaru kepalanya.

        “Takda apalah Mama. My Pa call , ada tender baru masuk tu yang happy aje…” macam tak kena aje alasan yang diberikan , tapi gasaklah! Janji lepas dari mama!

        “Pasal bisness aje sampai kamu terjerit-jerit ? pelik! Tengah-tengah malam pon bincang pasal tender. Tak tidur pulak Pa kamu tu ye…” ujar Tengku Serena berbaur sindiran. Sedikit ragu menyelit ditangkai hatinya.


         “Bisness is my priority , Ma.” Ujar Aizrill beserta senyum sumbing.

        “Apa-apa ajelah. Mama nak masuk tidur dulu.”

“Good night Ma…” Aizrill cium pipi Tengku Serena sebelum wanita separuh usia itu berlalu ke kamarnya.


          “Yani , thank you sayanggg…” ujar Aizrill menyambung kembali perbualan mereka yang tergantung sebentar tadi.

         “Hmm, for the sake of you and Aqeed.”

           “Yelah tu sebab I dan Aqeed. Ke sebab you memang dah tak boleh berpisah dengan I?” sambung Aizrill sambil ketawa.

         “Aizrill !” kedengaran Auni Suryani menjerit kecil dihujung talian. Tidak betah diusik begitu. Malu!




No comments:

Post a Comment