Aizrill nyanyi kecil sambil menuruni
anak tangga. Sesekali tangannya membetulkan rambut pacaknya. Senyuman mekar
menghiasi bibirnya.
“Kamu nak kemana tu , Aizrill ?” soal
Tengku Serena semasa Aizrill melalui ruang tamu mewah villa Tengku Zakri.
Zalikha yang setia di sisi Tengku Serena melemparkan senyuman menggoda
kepadanya. Aizrill membalas senyuman itu dengan tersenyum sinis.
“Kan semalam saya dah bagitahu. Saya nak
ke kondo jumpa budak-budak yang renovate
rumah saya.” Jawab Aizrill ringkas.
“Kamu memang betul-betul nak pindah ke
? Dalam villa ni dah tak cukup bilik ke , sampai kamu nak keluar dari sini.”
Tengku Serena bersuara seolah jauh hati.
“Ala Ma , kan saya dah bincang dengan papa
yang saya nak stay sendiri. I need my own
privacy , Ma.” Ujar Aizrill sambil bersalaman dengan mamanya.
“Saya pergi dulu Mama.”
“Duduklah borak-borak dengan Eyka
dulu. Kesian Eyka , dari tadi lagi dia tunggu kamu.” Zalikha tersenyum senang.
Aizrill mencebik.
“Saya tak suruh pun dia tunggu saya.
Saya dah lambat dah mama. Nanti tak sempat nak jumpa budak-budak tu pulak.”
Zalikha mencebik. Geram dengan kata-kata Aizrill.
“Kalau macam tu , bawalah Zalikha
sekali. Boleh dia tengok-tengok rumah kamu sama. Lagipun , nanti jadi rumah
Eyka jugak.”
“A’ah la Untie. Aiz , bawa I please. I
pun teringin nak tengok rumah kita.” Zalikha membayangkan rumah Aizrill yang
pastinya akan menjadi milik dia suatu hari nanti. Aizrill membuat reaksi nak
termuntah dengar perkataan ‘rumah kita’ yang keluar dari bibir Zalikha. Perasan
nak mampus!
“Sorry
, I taknak rumah I tercemar dengan yang tak sepatutnya. So , it be better kalau I
pergi sorang.” Aizrill tersenyum sinis sekali lagi. Sengaja dia menekan
perkataan ‘tercemar’ biar Zalikha faham bahawa kehadirannya tidak diperlukan
dalam rumah itu.
“Aizrill!” Tengku Serena bersuara
keras. Tidak suka Aizrill kata begitu terhadap Zalikha.
“Fine , tak payah ikut lah. Kat sana semua lelaki. Lagipun rumah tu
belum fully furnished lagi.” Aizrill
rasa itu alasan yang paling sesuai agar Zalikha tidak ikut dia.
***
Bantal kecil di sofa disusun cantik. Sambil
bercekak pinggang dia memandang ke segenap sudut ruang tamu apartment. Dia
menyimpul senyuman apabila setiap sudut sudah tersusun kemas. Huh, puas hati
dengan sentuhan sendiri.
Badan yang penat dijatuhkan ke
sofa. Dia melepaskan lelah setelah bertungkus lumus selama dua hari. Gaya dan
konsep yang diinginkan berjaya dijelmakan. Hasilnya sungguh memukau mata!
Confirm…kalau orang tengok terus nak tinggal disini sampai tak nak balik ke
rumah sendiri! Masuk bakul, upah orang tolong angkat. Auni Suryani tersenyum
sendiri. Lagipun semuanya menggunakan
wang Tengku Aizrill Hazim bukannya wang dia.
Aqeed seronok bermain di lantai bersama mainannya yang berlambak!
Semuanya dibelikan oleh Aizrill.
“Yani… are you okay? Need any help?” soal Aizrill yang muncul dari dapur.
Tubuhnya tersarung apron dengan tangan kanan memegang sudip. Dia memasak secara
solo di dapur, menyediakan chicken chop,
order daripada Auni Suryani. Dia tidak tahu apa yang berlaku di dapur. Apa yang
pasti hilang sudah gaya macho Aizrill selama ini. Terserlah pula gaya si suami
yang di dera oleh sang isteri! Suami isteri?! Dia sendiri bingung dengan status
mereka. Mereka tinggal bersama seperti suami isteri yang lain namun
hakikatnya?! Hemm, akhirnya Auni Suryani mengeluh sendiri. Tepung bertempek di
pipi dan lengan. Sambil memasak, sambil berbedak agaknya.
Okey!
Dia yang sepatutnya mengajukan soalan tersebut kepada Aizrill, bukan
sebaliknya. Janganlah Aizrill kotorkan lantai dapur yang sudah dimop berkilat
dan berkilau pada malam tadi. Senang cerita, boleh bercermin di lantai itu! Nak
pijak lebih-lebih pon sayang…
“Aizrill, are you okay? Need my help?” Auni Suryani mengajukan soalan yang
sama dengan penuh kemusykilan.
Tengku Aizrill Hazim menyengih. “Everything under my control!” ucap
Aizrill dengan penuh yakin.
“Are
you sure?” soal Auni kurang yakin.
“Walaupun dah lama tak masuk dapur,
skill tak berkarat. Semua dah siap. Tunggu nak hidang aje. tengok lah dengan
siapa I berguru… Tengku Serena. Mama tersayang!” jawab Aizrill dengan bangga.
Aqeed yang sedang bermain diruang
tamu ketawa melihat wajah Aizrill yang bertempek tepung. Aizrill meletakkan sudip dan berjalan
menghampiri Aqeed.
“Ohh, gelakkan Daddy… nah rasakan, kalau Daddy
tak handsome biar Aqeed pon sama.”
Ucap Aizrill sambil memegang pipi Aqeed. Sengaja meletakkan tepung dipipi
montel anaknya. Budak itu apa lagi, ketawa lah apabila diagah-agah oleh Daddy nya.
Mereka saling berbalas
usikan. Usik mengusik, sambil bergelak ketawa. Ceria sahaja suasana pada hari
itu. Senda gurau terhenti apabila telefon Aizrill di meja sisi berlagu-lagu dan
bergegar. Serentak kedua-duanya memandang ke arah yang sama. Aizrill memanjangkan
tangan mencapai telefonnya.
“Hello Eyka, ada apa you call I ni? I busy la.” Aizrill bersuara.
“You janji nak dinner dengan my family kan malam ni? You kat mana ni?” mendengar penyataan
Zalikha membuatkan Aizrill menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa makan
malam bersama bakal keluarga mertuanya.
“Tukar date lain boleh tak? Rasanya I tak dapat pergi kot malam ni…”
sebenarnya dia berat untuk meninggalkan Auni Suryani dan Aqeed. Sudahlah ini
saat yang ditunggu-tunggukan. Dia akan bermalam di apartment Auni Suryani
kerana Mama dan Papanya tidak ada dirumah. Jadi dia bebas!
“You… dah berapa kali you mungkir
janji dengan I… you tak sayang I lagi ke?” balas Zalikha dalam nada rajuk.
“You boleh tak jangan bangkitkan hal
ni? I ada meeting penting ni…”
sambung Aizrill keras.
“You lebih pentingkan kerja you
dibandingkan keluarga I? How could
you? I don’t care… you kena datang
jugak malam ni atau I akan bagitahu aunty…”
ugut Zalikha.
“Okay, bagi I masa sejam…” ucap
Aizrill lantas mematikan telefon.
Wajah Auni Suryani diperhatikan.
Teringat kembali saat-saat dia menemani wanita itu berulang-alik ke hospital.
Wanita itu lemah sekali, namun sekarang wanita di hadapan matanya sangat tabah.
“ Yani, you kena kuat. Ingat you ada
I, ada baby. He need you… I taknak
tengok you lemah macam ni. I janji I takkan tinggalkan you.” ucap Aizrill.
“I dah takda apa-apa lagi Aiz. Dia
dah tinggalkan I. I benci budak tu, please
jauhkan dia dari I. I tak nak tengok muka dia. Aiz, please stay him away from me...budak tu bawa sial dalam hidup I .
disebabkan dia I hilang banyak benda… sampai mati pon I akan tetap benci dia…”
Auni Suryani menjerit bagai orang gila.
Dia tidak dapat menerima
kenyataan. Aizrill memeluknya erat bagi
menenangkan Auni Suryani.
“Yani, jangan cakap macam tu. Baby tu takda sesiapa melainkan you
dengan I. I know that you love him…
kita besarkan baby ni sama-sama ye?!”
sengaja perkataan sama itu ditekan bagi meyakinkan Auni Suryani yang dia akan
selalu ada disamping wanita itu.
“Aizrill, are you still there?!” laung Auni Suryani dari
ruang tamu menyentakkan Aizrill dari lamunannya.
“Yup! Yani, I…I … kena pergi rumah
Zalikha. I dah janji nak dinner
dengan family dia malam ni. Sorry!” sahut Aizrill. Dia perasan
perubahan wajah wanita itu. Namun dia tidak punya pilihan.
“It’s
okay. I boleh makan dengan Aqeed. You pergi la. I tak kisah pon!” jawab
Auni Suryani. Senyuman manis segera diukir bagi menutup rasa hatinya kala ini.
Senyuman paksa! Itulah yang dapat digambarkan
rasa hatinya saat ini. Apabila Aizrill masuk ke kamar bagi menggantikan
pakaian, satu keluhan dilepaskan.
“You tak payah tunggu I. Maybe I balik rumah Mama. Dekat sikit
dengan sana.” Auni Suryani menghantar Aizrill sampai ke pintu. Sampai dipintu, Aizrill mencium ubun-ubun
Auni Suryani.
Dia sendiri hairan dengan tingkah
laku nya kebelakangan ini. Sebelum pulang dari rumah Auni, dia pasti mencium
wanita itu. Hairannya, wanita itu langsung tidak menolak. Bahkan hanya
merelakan perlakuannya.
Hmm. Jgn lupa update. Cerita nih best
ReplyDelete@NajwaJowok... hemm InsyaAllah. coming soon..
ReplyDelete