PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 8




Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 8
Tarikh Post : 23 September 2015

          Aizrill nyanyi kecil sambil menuruni anak tangga. Sesekali tangannya membetulkan rambut pacaknya. Senyuman mekar menghiasi bibirnya.

          “Kamu nak kemana tu , Aizrill ?” soal Tengku Serena semasa Aizrill melalui ruang tamu mewah villa Tengku Zakri. Zalikha yang setia di sisi Tengku Serena melemparkan senyuman menggoda kepadanya. Aizrill membalas senyuman itu dengan tersenyum sinis.

        “Kan semalam saya dah bagitahu. Saya nak ke kondo jumpa budak-budak yang renovate rumah saya.” Jawab Aizrill ringkas.

         “Kamu memang betul-betul nak pindah ke ? Dalam villa ni dah tak cukup bilik ke , sampai kamu nak keluar dari sini.” Tengku Serena bersuara seolah jauh hati.

          “Ala Ma , kan saya dah bincang dengan papa yang saya nak stay sendiri. I need my own privacy , Ma.” Ujar Aizrill sambil bersalaman dengan mamanya.

         “Saya pergi dulu Mama.”

          “Duduklah borak-borak dengan Eyka dulu. Kesian Eyka , dari tadi lagi dia tunggu kamu.” Zalikha tersenyum senang. Aizrill mencebik.

        “Saya tak suruh pun dia tunggu saya. Saya dah lambat dah mama. Nanti tak sempat nak jumpa budak-budak tu pulak.” Zalikha mencebik. Geram dengan kata-kata Aizrill.

        “Kalau macam tu , bawalah Zalikha sekali. Boleh dia tengok-tengok rumah kamu sama. Lagipun , nanti jadi rumah Eyka jugak.”

         “A’ah la Untie. Aiz , bawa I please. I pun teringin nak tengok rumah kita.” Zalikha membayangkan rumah Aizrill yang pastinya akan menjadi milik dia suatu hari nanti. Aizrill membuat reaksi nak termuntah dengar perkataan ‘rumah kita’ yang keluar dari bibir Zalikha. Perasan nak mampus!

         “Sorry , I taknak rumah I tercemar dengan yang tak sepatutnya. So , it be better kalau I pergi sorang.” Aizrill tersenyum sinis sekali lagi. Sengaja dia menekan perkataan ‘tercemar’ biar Zalikha faham bahawa kehadirannya tidak diperlukan dalam rumah itu.

           “Aizrill!” Tengku Serena bersuara keras. Tidak suka Aizrill kata begitu terhadap Zalikha.
             “Fine , tak payah ikut lah. Kat sana semua lelaki. Lagipun rumah tu belum fully furnished lagi.” Aizrill rasa itu alasan yang paling sesuai agar Zalikha tidak ikut dia.

***

           Bantal kecil di sofa disusun cantik. Sambil bercekak pinggang dia memandang ke segenap sudut ruang tamu apartment. Dia menyimpul senyuman apabila setiap sudut sudah tersusun kemas. Huh, puas hati dengan sentuhan sendiri.
 
            Badan yang penat dijatuhkan ke sofa. Dia melepaskan lelah setelah bertungkus lumus selama dua hari. Gaya dan konsep yang diinginkan berjaya dijelmakan. Hasilnya sungguh memukau mata! Confirm…kalau orang tengok terus nak tinggal disini sampai tak nak balik ke rumah sendiri! Masuk bakul, upah orang tolong angkat. Auni Suryani tersenyum sendiri.  Lagipun semuanya menggunakan wang Tengku Aizrill Hazim bukannya wang dia.  Aqeed seronok bermain di lantai bersama mainannya yang berlambak! Semuanya dibelikan oleh Aizrill.

        “Yani… are you okay? Need any help?” soal Aizrill yang muncul dari dapur. Tubuhnya tersarung apron dengan tangan kanan memegang sudip. Dia memasak secara solo di dapur, menyediakan chicken chop, order daripada Auni Suryani. Dia tidak tahu apa yang berlaku di dapur. Apa yang pasti hilang sudah gaya macho Aizrill selama ini. Terserlah pula gaya si suami yang di dera oleh sang isteri! Suami isteri?! Dia sendiri bingung dengan status mereka. Mereka tinggal bersama seperti suami isteri yang lain namun hakikatnya?! Hemm, akhirnya Auni Suryani mengeluh sendiri. Tepung bertempek di pipi dan lengan. Sambil memasak, sambil berbedak agaknya.

                   Okey! Dia yang sepatutnya mengajukan soalan tersebut kepada Aizrill, bukan sebaliknya. Janganlah Aizrill kotorkan lantai dapur yang sudah dimop berkilat dan berkilau pada malam tadi. Senang cerita, boleh bercermin di lantai itu! Nak pijak lebih-lebih pon sayang…

           “Aizrill, are you okay? Need my help?” Auni Suryani mengajukan soalan yang sama dengan penuh kemusykilan.

          Tengku Aizrill Hazim menyengih. “Everything under my control!” ucap Aizrill dengan penuh yakin.

           “Are you sure?” soal Auni kurang yakin.

            “Walaupun dah lama tak masuk dapur, skill tak berkarat. Semua dah siap. Tunggu nak hidang aje. tengok lah dengan siapa I berguru… Tengku Serena. Mama tersayang!” jawab Aizrill dengan bangga.

            Aqeed yang sedang bermain diruang tamu ketawa melihat wajah Aizrill yang bertempek tepung.  Aizrill meletakkan sudip dan berjalan menghampiri Aqeed.

            “Ohh, gelakkan Daddy… nah rasakan, kalau Daddy tak handsome biar Aqeed pon sama.” Ucap Aizrill sambil memegang pipi Aqeed. Sengaja meletakkan tepung dipipi montel anaknya. Budak itu apa lagi, ketawa lah apabila diagah-agah oleh Daddy nya.

                       Mereka saling berbalas usikan. Usik mengusik, sambil bergelak ketawa. Ceria sahaja suasana pada hari itu. Senda gurau terhenti apabila telefon Aizrill di meja sisi berlagu-lagu dan bergegar. Serentak kedua-duanya memandang ke arah yang sama. Aizrill memanjangkan tangan mencapai telefonnya.

              “Hello Eyka, ada apa you call I ni? I busy la.” Aizrill bersuara.

             “You janji nak dinner dengan my family kan malam ni? You kat mana ni?” mendengar penyataan Zalikha membuatkan Aizrill menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa makan malam bersama bakal keluarga mertuanya.

           “Tukar date lain boleh tak? Rasanya I tak dapat pergi kot malam ni…” sebenarnya dia berat untuk meninggalkan Auni Suryani dan Aqeed. Sudahlah ini saat yang ditunggu-tunggukan. Dia akan bermalam di apartment Auni Suryani kerana Mama dan Papanya tidak ada dirumah. Jadi dia bebas!

          “You… dah berapa kali you mungkir janji dengan I… you tak sayang I lagi ke?” balas Zalikha dalam nada rajuk.

         “You boleh tak jangan bangkitkan hal ni? I ada meeting penting ni…” sambung Aizrill keras.

           “You lebih pentingkan kerja you dibandingkan keluarga I? How could you?  I don’t care… you kena datang jugak malam ni atau I akan bagitahu aunty…” ugut Zalikha.

          “Okay, bagi I masa sejam…” ucap Aizrill lantas mematikan telefon.

           Wajah Auni Suryani diperhatikan. Teringat kembali saat-saat dia menemani wanita itu berulang-alik ke hospital. Wanita itu lemah sekali, namun sekarang wanita di hadapan matanya sangat tabah.

           “ Yani, you kena kuat. Ingat you ada I, ada baby. He need you… I taknak tengok you lemah macam ni. I janji I takkan tinggalkan you.” ucap Aizrill.

             “I dah takda apa-apa lagi Aiz. Dia dah tinggalkan I. I benci budak tu, please jauhkan dia dari I. I tak nak tengok muka dia. Aiz, please stay him away from me...budak tu bawa sial dalam hidup I . disebabkan dia I hilang banyak benda… sampai mati pon I akan tetap benci dia…” Auni Suryani menjerit bagai orang gila.

             Dia tidak dapat menerima kenyataan. Aizrill  memeluknya erat bagi menenangkan Auni Suryani.

             “Yani, jangan cakap macam tu. Baby tu takda sesiapa melainkan you dengan I. I know that you love him… kita besarkan baby ni sama-sama ye?!” sengaja perkataan sama itu ditekan bagi meyakinkan Auni Suryani yang dia akan selalu ada disamping wanita itu.

         “Aizrill, are you still there?!” laung Auni Suryani dari ruang tamu menyentakkan Aizrill dari lamunannya.

           “Yup! Yani, I…I … kena pergi rumah Zalikha. I dah janji nak dinner dengan family dia malam ni. Sorry!” sahut Aizrill. Dia perasan perubahan wajah wanita itu. Namun dia tidak punya pilihan.

           “It’s okay. I boleh makan dengan Aqeed. You pergi la. I tak kisah pon!” jawab Auni Suryani. Senyuman manis segera diukir bagi menutup rasa hatinya kala ini.

            Senyuman paksa! Itulah yang dapat digambarkan rasa hatinya saat ini. Apabila Aizrill masuk ke kamar bagi menggantikan pakaian, satu keluhan dilepaskan.

          “You tak payah tunggu I. Maybe I balik rumah Mama. Dekat sikit dengan sana.” Auni Suryani menghantar Aizrill sampai ke pintu.  Sampai dipintu, Aizrill mencium ubun-ubun Auni Suryani.

           Dia sendiri hairan dengan tingkah laku nya kebelakangan ini. Sebelum pulang dari rumah Auni, dia pasti mencium wanita itu. Hairannya, wanita itu langsung tidak menolak. Bahkan hanya merelakan perlakuannya.


2 comments: