Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 11
Tarikh Post : 18 November 2015
“Maaf Tengku, saya dah cuba halang
Tengku Aizrill tapi…” ujar setiausaha Tengku Farhan takut-takut.
“Farhan, aku ada sesuatu nak bincang
dengan kau. Just the two of us.” Ujar
Tengku Aizrill Hazim setelah melangkah masuk ke ruangan pejabat Tengku Farhan.
“It’s
okay, Balqish. Awak boleh keluar…” suruh Farhan pada setiausahanya.
“Aizrill! Apa yang buat kau datang
sini? Tak pernah-pernah datang office
aku.” Soal Farhan sinis. Hubungan mereka memang tidak pernah baik. Semuanya
kerana bisnes.
“Come
on Farhan. Aku datang bukan nak minum-minum kopi dengan kau. aku datang
Cuma nak ingatkan kau. Jangan kacau Auni Suryani lagi. And just to inform you, notis perletakan jawatan dia. Berapa pon
pampas an dia perlu bayar , just inform me. Aku tanggung.” Ujar Aizrill
membuatkan air muka Farhan keruh.
“Apa hak kau ? Dan sejak bila kau
kenal dia ?” soal Farhan sinis.
“ Since
when aku kenal dia tu tak penting. Yang pasti, dia hak aku! Aku takkan
benarkan orang lain ganggu dia termasuk kau.” ujar Aizrill sinis. Jarinya
dihalakan tepat dimuka Farhan.
“Berapa kau bayar dia ?” soalan
Farhan memeranjatkan Aizrill. Dia tidak percaya sebegini teruk Farhan.
“Bayar apa?” soal Aizrill pula. Dia
inginkan kepastian atas soalan yang dilontarkan kepada nya tadi.
“Bayar atas layanan dia. Tak sangka
sekarang ni, dia melacur pula.” Tuduhan yang dilemparkan kepada Auni
benar-benar melampau. Satu tumbukan hinggap diwajah kacak Farhan.
“Aku ingatkan kau sekali lagi,
kalau kau berani dekat dengan dia…aku tak teragak-agak untuk bunuh kau!” ugut
Aizrill.
Farhan tersenyum sinis. “Come on, Tengku Aizrill Hazim yang aku
kenal kaki mabuk, kaki perempuan. Berapa bayaran yang dia kenakan? How much? Takkan taknak kongsi dengan
aku kot?” soal Farhan dengan nada sinisnya.
Rahangnya diketap. Tangannya
digenggam erat. Geram dengan tuduhan Farhan. Benar, dahulu dia kaki mabuk.
Tetapi dia belum pernah merosakkan anak dara orang. Auni pun disentuh setelah
sah menjadi isteri nya.
Aizrill hanya memekakkan
telinga. Kaki diatur kearah pintu. Ingin segera beredar dari situ. Takut amarah
nya akan meletus memandangkan tahap kesabarannya yang mulai menipis.
“Wait Aizrill, aku cuma nak ingatkan kau jugak, kalau tunang pon
boleh putus, apatah lagi Auni dengan kau, kekasih gelap. Sedarlah diri kau tu,
tak lama lagi nak kahwin.” Farhan mengingatkan tanpa mengetahui hakikat
sebenar.
“We’ll see it.” Aizrill meninggalkan ruangan
itu dengan senyuman sinis.
Semua pekerja ZH Holdings berdiri
tatkala memandang Tengku Aizrill Hazim. Dia bukan sahaja anak pengarah syarikat
ZH Holdings tetapi dia juga salah seorang pemegang saham di syarikat milik
keluarga Tengku Burhanuddin, datuknya.
“Selamat pagi Tengku.”
“Selamat pagi Tengku.”
Rata-rata staff ZH Holdings menyapa
Aizrill. Aizrill kembali membalas senyuman yang dilontarkan oleh staff syarikat
itu.
“Selamat pagi semua.” Dia sangat professional dalam urusan bisnes.
Masalah dia dan Farhan tidak membabitkan staff ZH Holdings.
Kaki diatur kearah Buggati Veyron miliknya. Setelah
punggung dihenyakkan ke atas seat kereta
, telefon nya tiba-tiba berbunyi.
“Assalamualaikum adik. Ada apa
call Angah pagi-pagi ni? kalau tak masih terbongkang tidur lagi rasanya.” Soal
Aizrill setelah panggilan dari adik tercinta, Rhea diangkat.
“Waalaikumsalam Angah! Angah
lupa ke sini pukul berapa? Adik baru habis class.
Saje telefon Angah.” Rhea mengingatkan abangnya tentang putaran bumi. Mungkin
abangnya terlupa.
“Ohh, I’m sorry Rhea.” Aizrill memohon maaf kepada
adiknya tanpa berselindung.
“Angah, everything’s okay, right?” Rhea menyoal tanpa berselindung.
Sebenarnya, dia sudah berpuluh kali menelefon Auni dari kelmarin, namun isteri
abangnya itu tidak mengangkat satu pun panggilan nya.
“Rhea, ada apa call Angah ni?” soalan adiknya dibalas
dengan soalan. Tidak mahu adiknya tahu kemelut yang melanda dirinya sekarang.
“Takdelah, Rhea ada call
kakngah kelmarin. Satu pun tak berjawab. Did
she fine?” soal Rhea.
“Kakngah okay.” Balas Aizrill
ringkas. Tidak mahu berkata lebih. Bimbang adiknya dapat mengesan pembohongan
yang dia laku kan.
“No, you didn’t tell the truth!
Angah, please let me know. What happened actually?” Aizrill mengeluh lemah.
Nyata, dia tidak dapat membohongi adik kesayangannya itu.
“She just met Farhan. Rhea,
I’m really worried if she did the same as last two years. Did you remember?”
Aizrill meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
“What??
Farhan! Angah, please take a good look of
Kakngah. Rhea pun risau kalau kakngah buat benda tu lagi.” Rhea menasihati
abangnya. Tak terbayang dek akal fikirannya jika Auni kembali seperti dulu.
Auni ditemuinya ketika sedang cuba
membunuh diri dengan berdiri di rooftop
apartment yang didiaminya.
“Angah, adik seronok sangat tengok
Angah dah berubah. Alhamdulillah, doa adik dimakbulkan Allah.” Rhea sangat
gembira menerima perubahan abang nya. Aizrill sekarang adalah Aizrill yang
baru. Aizrill yang mula mengenali Tuhan yang Esa.
“Terima kasih adik sebab sentiasa
sokong Angah dalam apa jua keadaan Angah. Angah dah sedar, dalam kehidupan ni
harta tak penting. Yang penting adalah amal yang kita bawak untuk jumpa Dia.”
Ucap Aizrill tulus. Dalam diam dia amat berterima kasih kepada Fatteh kerana
menarik dia untuk kembali ke pencipta-Nya.
“Ehh, Angah. Apa yang bising-bising kat sana tu? Jom kita tengok.”
Ujar Rhea sambil menarik tangan Aizrill. Aizrill hanya menggeleng kepala
melihat telatah adik bongsunya.
“Ya Allah, orang nak bunuh
diri lah Angah. Astaghfirullahalazim…”ujar Rhea setelah memastikan apa yang
dilihatnya. Setelah diperhatikan wajah itu Rhea teringatkan sesuatu.
“Ya Allah, Kak Auni!” jerit Rhea
memeranjatkan Aizrill.
“Kenapa adik? Adik kenal ke orang
tu?” soal Aizrill. Pelik kerana adiknya tiba-tiba menjerit nama Auni.
“Angah tak ingat ke? anak pak cik
Kamarul yang Angah minat dulu?” ujar Rhea bagi mengingatkan abangnya.
Aizrill memejamkan mata mencari
seraut wajah yang dimaksudkan adiknya. Lama sebelum dia tersentak. Pantas dia
berlari memasuki apartment itu. Dia
berlari kearah lift. Tingkat paling
atas ditekan.
“Don’t get closer or I’ll jump!” jerit Auni. Langsung tiada
air mata di wajah itu. Yang terlihat hanya sinar kekecewaan.
“Suryani, ni Aiz… tolong jangan
terjun. Ingat Allah! Yani, sini…” ujar Aizrill sambil menghulurkan tangannya.
Berharap Auni akan menghulurkan tangan kembali.
“Pergi!” jerit Auni sebelum terjun
dari aras paling tinggi apartment 5 tingkat itu. Namun, sempat ditangkap oleh
Aizrill.
Tubuh Auni dipeluk kejap bagi
menampung tubuh yang mulai lembik. Tangisan gadis itu mulai kedengaran.
“Rhea, call ambulance cepat.” Suruh Aizrill apabila adiknya tiba di rooftop apartment itu.
Sepanjang perjalanan menuju ke
hospital, Auni tidak lepas dari memeluk tubuh Aizrill. Aizrill hanya berdoa
dalam hati, memohon keampunan dari Allah kerana memeluk bukan muhrimnya.
“Rhea, what we’re gonna do next?” soal Aizrill buntu. Apa yang
telah diceritakan oleh jururawat itu amat mengejutkannya. Dia mengalihkan
pandangan kepada bayi yang terlena dalam baby
cot.
“I don’t know, Angah. Maybe…” belum sempat Rhea menghabiskan
ayatnya. Auni kembali meracau. Aizrill pantas mendekatinya.
“Suryani, bangun Suryani…” panggil
Aizrill lembut. Tidak pernah dia berlembut dengan mana-mana perempuan selain
keluarganya.
“Aiz?” soal Auni.
“Ye, ni Aizz…”Aizrill mengiakan
pertanyaan Auni. Mata Auni sedikit berair sebelum badan tegap Aizrill ditarik,
mukanya disembamkan kedada lelaki itu. Auni memeluk tubuh Aizrill erat.
“Yani, ceritakan pada Aizz semua boleh?”
pinta Aizrill sambil menjarakkan kembali badannya dengan badan Auni. Dadanya
berdebar sakan saat badan Auni dekat dengan nya. Mungkin cinta lama kembali
mekar? Atau simpati?
Auni mengangkat wajahnya memandang
Aizrill yang berdiri ditepi katil sebelum matanya berkalih pada Rhea yang setia
memerhati dari tadi. Mengerti dengan persoalan dalam minda Auni, Aizrill
bersuara.
“It’s Rhea, my sister.” Auni memandang kedalam anak
mata Aizrill. Aizrill faham dengan renungan itu.
“Rhea, please leave us.” Aizrill mengarahkan adiknya
supaya meninggalkan dia berdua dengan Auni. Dia mengerti perasaaan Auni
sekarang. Gadis itu hanya percaya pada dirinya sahaja.
“Tapi Angah.” Rhea berat untuk
meninggalkan abangnya dalam bilik itu berdua.
“I promise that nothing will happen.” Rhea akur dengan arahan
abangnya melangkah keluar dari kamar itu. meninggalkan abangnya dan Auni
berdua.
“Rhea, are you still there?” tegur Aizrill mematikan
lamunan Rhea pada kejadian hampir dua tahun lepas.
“Ye, Angah.. adik rushing ni. nanti adik call lagi. Please, jaga Kakngah baik-baik.” Pinta
Rhea meskipun dia tahu abangnya menjaga Auni dengan baik sekali.
“Insya Allah. Take care Rhea…”
No comments:
Post a Comment