“Sayang, are you okay?” soal Aizril pelik. Auni
dilihatnya sedang bermain dengan Aqeed. Bukankah isterinya itu sedang jiwa
kacau?
“Aizz… Yani okay je.. dah boleh
senyumm nii. Ngee..” ujar Auni sambil tersengih. Tangan Auni ditarik sebelum
tubuh itu didudukkan di atas sofa berhampirannya. Pipi isteri nya diusap
lembut. Pipi yang dibasahi air mata kelmarin.
“Really?” soal Aizrill kurang yakin.
“Aizz… Yani dah taknak ingat
benda lama lagi. Biarkan semua nya berkubur disini.” Aizrill meraup wajahnya.
Senyuman dihadiahkan buat isteri tercinta.
“Alhamdulillah..” tak terucap dek
bibir betapa dia bersyukur.
“Aizz… yani janji Yani takkan buat
benda bodoh lagi. Dulu mungkin sebab Yani cetek ilmu agama dan tiada tempat
bergantung. Sekarang Yani ada Aizz dan Aqeed dalam hidup Yani. Yani sayang
sangat dekat Aqeed.” Ujar Auni jujur.
“Aizz?” soal Aizrill. Yelah, Aqeed
je ke yang dia sayang?
“I
do love you for the rest of my life,Tengku Aizrill Hazim.” Akui Auni.
Aizrill tersenyum lebar sebelum wajahnya di dekatkan pada wajah isterinya.
Ingin mencium insan yang sudah kekasih halalnya.
“Aizz…
Aqeed are here. Don’t make a scene” Auni mengingatkan Aizrill tentang itu.
Dia menolak dada lelaki itu agar menjauh. Bimbang Aizrill lupa tentang
kewujudan Aqeed diantara mereka.
“Isy, kacau je anak Daddy ni. selalu time-time macam ni dia asyik tido je. Kacau Mummy dengan Daddy je..”
Ucap Aizrill sebelum mengomoi tubuh bulat anaknya itu.
“Aizz… I ada masakkan spaghetti carbonara untuk you. kalau you
nak makan, I nak panaskan.” Soal Auni
prihatin. Suaminya keluar awal pagi tadi, sekarang dah pukul tiga petang. Entah makan entah tidak.
“No
need. I boleh ambil sendiri. Thank
you for cook a meals for me. I nak mandi dulu, panas.” Ujar Aizrill sambil
membuka butang baju kemejanya. Itulah Aizrill, langsung tidak menyusahkan Auni
kalau melibatkan soal makan. Dia bukan anak raja yang perlu dihidangkan
santapan.
“You’re welcome.” Ujar Auni kembali. Sebelum
melangkah ke kamar, Aizzrill sempat menghadiahkan ciuman ringkas di dahi
isterinya.
***
“Aizz… I ingat nak resign dekat company tu. I tak boleh tengok dia sekarang.” Auni menyuarakan rasa
hatinya. Dia pasti dia takkan betah bekerja dengan lelaki itu.
“Hemm… lupa pulak I nak bagitahu
you.” Auni mengerutkan dahi. Bagitahu apa pulak?
“Bagitahu apa?” soal Auni laju. Penasaran
dengan suaminya.
“I dah hantar notis 24 hours you dekat company tu. Don’t worry,
I dah langsaikan pampasan pada company.”
Auni menarik nafas lega.
“Thanks Aizz.” Auni peluk lengan
suaminya bagi menzahirkan tanda terima kasihnya.
“Err,
Yani. Are you tryin’ to seduce me?” pantas Auni meleraikan
pelukan dilengan lelaki itu. Dia menjeling tajam pada lelaki itu yang sudah
tersengih-sengih.
“I
period, okay.”
“That’s
why I tanya you seduce I ke?
lagipun ringan-ringan boleh kan?” ujar Aizrill sambil menjongket-jongketkan
keningnya.
“Aizz…”
“Ye sayang…”
“Aizz.. I serius ni…”
“Okay… you nak apa?” soal Aizrill.
“Lepas ni, I nak minta kerja dekat tempat
lain boleh tak?” Auni mengenggam tangan suaminya.
“Tak boleh. You duduk rumah ajelah.
Layan I, jaga Aqeed. Dapat pahala jugak.” Secara jujurnya Aizrill berat hati
mahu membenarkan isterinya bekerja kerana dia bimbang Farhan bakal menganggu
isterinya. Lagipun, dia masih mampu menampung mereka sekeluarga.
“Tapi kann… I bosan duduk rumah. Nanti
kalau I ada dekat rumah 24 jam, I asyik makan je. Kalau I makan mesti akan gained weight. Bila gemuk mesti you tak
sayang I lagi dah.” Auni sengaja berbuat sedih bagi menarik simpati Aizrill.
“Tetap tidak. I sayang you walaupun
badan you dah tak muat nak keluar pintu rumah ni sekalipun…”
“Aizz… I serius ni.”
“I pun serius jugak.” Auni
memuncungkan bibirnya. Dengan serta merta bibirnya dicium Aizrill.
“Sekali lagi you buat mulut macam tu. I
kiss you sampai subuh esok.” Ugut
Aizrill sambil tersengih.
“Sayang… yelah I bagi you kerja. Puas
hati?” akhirnya Aizrill mengalah. Melihat Auni yang diam membisu membuatkan dia
sedar, isterinya sedang protes dalam diam.
“Yeahhh… sayang you..” Auni mencium
pipi Aizrill.
“Pipi je? Sini takde?” soal
Aizrill sambil menunjukkan bibirnya. Auni mengepal penumbuk.
“Haha… tapi I tak bagi saje-saje,
okay. Ada syarat.” Auni pantas memandang Aizrill.
“Syarat apa? Kalau sebab kerja, syarat
apa pun I sanggup tunaikan…” ujar Auni dengan mata yang bersinar.
“You kena kerja dengan company I ?” tutur Aizrill senada. Auni
tersentak.
“Company
you? ZH Holdings? Baik I tak payah kerja je. Habiskan duit you. Daripada I
kerja kat situ.” Bebel Auni. Tak mahu dia untuk sebumbung dengan jantan keparat
tu.
“Bukan ZH Holdings lah sayang. Tu bukan company I.” Aizrill menarik lembut pipi isterinya.
“Habis tu? Haritu you kata syarikat tu
syarikat arwah atuk you?” soal Auni.
“Memang lah syarikat arwah atuk. Tapi I
Cuma share holders ja. I nak hire you untuk kerja dengan company I, Zeneria Holdings.” Aizrill menerangkan kepada Auni secara panjang
lebar.
“Ehh, bukan syarikat you tu dekat Ausie saje ke?” soal Auni polos.
“Sayang, you ni memang tak ambil
tahu langsung pasal company I kan?”
soal Aizrill geram.
“Dah kenapa I nak ambil tahu pasal company you? Lain lah kalau I nak take over company you and kick you out of the company. Kan??” ujar Auni sambil
menjongket-jongketkan keningnya. Dia tersenyum memandang Aizrill yang sudah
membulatkan matanya.
“Sampai ke hati you nak buang I dari company I?” soal Aizrill.
“Memang. Memang I sampai hati pun. Sebab
you selalu takda masa untuk I dengan Aqeed. So, kalau I pecat you, you boleh
jadi suri rumah sepenuh masa. Mesti cute
kan you…” memerah wajah Auni menahan tawa. Dia membayangkan Aizrill memakai
apron. Sangat lucu!
“Sayangg…” panggil Aizrill meleret.
No comments:
Post a Comment