PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 13



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 13
Tarikh Post : 18 November 2015

Lima bulan sudah berlalu, bermakna sudah lima bulan Auni bekerja di Zeneria Holdings sebagai pengurus kewangan. Tiada sesiapa yang mengetahui hubungan mereka melainkan Nizam.
Selesai mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah, bilik itu ditinggalkan. Aizrill mahu ke bahagian Kewangan. Beberapa dokumen diperlukan dari bahagian itu. sambil-sambil itu dapat jua dia menatap wajah buah hati, pengarang jantung. Sudah dua hari mereka tidak bersua karna dia ada urusan penting di Johor.
Mata para pekerja tidak lepas memandang ke arah Tengku Aizrill Hazim yang sedang melangkah ke bahagian Kewangan. Dapat peluang mencuci mata siapa nak lepas. Karisma yang dimilikinya memang dikagumi oleh kakitangan wanita. Bukan selalu mereka mendapat ketua yang masih muda dan segak bergaya. Tentu ada perkara yang sangat penting sehingga Tengku sendiri yang ke bahagian ini. Kebiasaannya setiausahanya, Nizam yang ditugaskan ke bahagian ini. Jika tidak fail yang dikehendakinya akan dihantar ke biliknya.
Langkahnya dihentikan di sisi meja kerja Nani. “Yes, Tengku. Can I help you?”
“Nani… bagi saya data kemasukan bulan lepas… I need to make some study,”pinta Aizrill. Mata sempat mengintai ke meja kerja Auni yang kosong. Ke mana dia, ya?
“Sekejap Tengku. Saya ambilkan.” Nani menyelongkar beberapa dokumen diatas meja. Janganlah tak ada…Angin Tengku ni tak berapa sepoi-sepoi bahasanya. Ada! Fail yang berwarna biru itu dihulurkan kepada Aizrill.
“Thank you,” ucap Aizrill lalu fail ditangannya dibelek-belek seketika. Dia sengaja berlengah-lengah. Berbunga-bunga hatinya apabila orang yang ditunggu muncul jua. Hilang tumpuan pada dokumen ditangan, sibuk pula meneliti wajah Auni.
Auni Suryani mengangguk, seraya menyapanya. “Selamat tengah hari, Tengku.”
“Selamat tengah hari…” balas Aizrill sambil memerhati Auni yang kembali ke meja kerjanya.
Anything else, Tengku?” tanya Nani.
Dia mengeleng kemudian memerhati seketika ke arah Auni sebelum menapak pergi dari ruangan itu. Terubat hatinya. Tidak sabar pula menunggu hati petang.
Sayang, petang ni kita dating, okay! I tunggu you dekat parking basement. Really miss you…
Auni tersenyum membaca massage dari suaminya. Pantas jemarinya menari-nari di dada telefon. Massage dari suaminya harus segera dibalas. Bimbang suaminya merajuk.
Tak takut orang nampak ke?You dengan I ? Nanti lain pulak staff you pandang…
Tak menunggu lama, telefonnya kembali bergetar. Alahai, cepat pula encik suami dia menaip. Dia pula yang terkial-kial hendak membalas.
Sayang, berani buat berani tanggung la. Lagipun, I betul-betul rindukan you. Dah 2 hari kita tak jumpa…
Aizrill memang pandai membalas kata-katanya. Sehingga kini Aizrill masih belum mampu mengungkapkan kebenaran dihadapan keluarganya. Dia sendiri sudah berjanji tidak akan menuntut apa-apa dari lelaki itu.
 Dia memandang sekeliling. Terburu-buru kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak mahu terserempak dengan mata-mata yang tidak sepatutnya. Mujurlah cermin keretanya gelap. Auni Suryani menghadiahkan senyuman untuk Tengku Aizrill Hazim yang berada di tempat duduk pemandu.
“Serupa kekasih gelap aje kita ni…” luah Aizrill.
Terlepas gelak Auni. Kelakar tapi memang betul. Sudah berkahwin tapi terpaksa main sorok-sorok.
“Ada yang mengurat tak hari ni?” soal Aizrill yang memandang cermin sisi. Kereta diundurkannya.
Auni menoleh memandang suaminya disebelah. Nak jawab secara jujur ke atau nak bagi jawapan penyejuk hati? Setakat yang curi-curi pandang tu adalah. Belum ada yang lebih daripada itu. kalau dia beritahu, nanti tak boleh buat kerja pula Tengku Aizrill Hazim ni. kalau dia naik angin, siapa yang susah? Rakan-rakan sekerjanya juga. Dan dia terpaksalah tadah telinga lagi mendengar cerita Tengku Aizrill Hazim berangin sebab merajuk dengan tunangnya, Zalikha. Kemudian, dia sendiri pula yang makan hati.
Sebut pasal Zalikha, sudah lama dia tidak dengar berita mengenai gadis tinggi lampai itu. kemana kah dia?
“Tak ada lagi. Your staff  baik-baik belaka.”
Aizrill menarik nafas lega. “Hope so… berani diorang kacau isteri Tengku Aizrill Hazim, memang sengaja cari nahas…”
“Nanti Yani cop kat dahi. Isteri Tengku, jangan kacau!”
“Berani ke?”
“Tak!” kedua-dua mereka tergelak. Cari pasal betul kalau buat macam tu.
“Kita nak pergi mana? Tak payah jauh sangat lah, nanti lambat pula sampai rumah. Mengamuk pula Aqeed nanti lama-lama dengan Nizam dan Nuha.”
“Tak pergi jauh pun. Sini-sini aje. lagipun jalan sesak sekarang ni…” kata Aizrill.
Kereta yang dipandu akhirnya tiba ke destinasi yang dituju. Aizrill melangkah terlebih dahulu lalu membuka pintu kereta untuk nya. Ke tasik rupa-rupanya.
“Terima kasih…” ucap Auni Suryani.
“Kasihmu kuterima…” jawab Aizrill sambil tersenyum lebar. Senyumannya berbalas. Jari jemari runcing Auni dicapai dan digenggam erat. Mereka melangkah beriringan sambil berpimpin tangan. Sesekali Auni meraup rambutnya yang ditiup angin.
“Dating tepi tasik?”
“Tempat paling dekat…” tali leher dilonggarkan dengan sebelah tangan dan terus ditanggalkannya. Auni Suryani membantu. Tangannya sibuk menarik ikatan tali leher itu, kemudian dilipat-lipat dan dimasukkan ke dalam beg tangannya.
“Kita duduk sana…” kata Aizrill menunjukkan kerusi batu yang menghadap tasik. Auni mengangguk lalu mengikut sahaja langkah suaminya yang menarik ke situ. Mereka duduk sambil memandang ke tengah tasik. Mereka memerhati burung yang berterbangan hampir mencecah permukaan air. Terlihat juga pengunjung di sebelah sana. Tidak ramai yang datang kesini memandangkan hari ini bukan hari minggu.
Kepalanya dilentokkan ke bahu isteri. Mood bermanja sudah datang. Lebih-lebih lagi sekarang mereka berdua. Peluang ini digunakan untuk bermanja dengan isteri tersayang. Auni hanya membiarkannnya.
Kali pertama mereka bertemu, sewaktu Aizrill pulang bercuti ke rumah Opahnya di Seremban sebelum Tok Pah berpindah ke Melaka. Sepanjang perkenalan mereka dahulu, boleh dikira berapa kali sahaja mereka bertentangan mata secara dekat. Tu pun kerana dia rapat dengan adik lelaki itu, Rhea. Selain itu, mereka hanya pandang memandang dari jauh. Aku tengok engkau,engkau tengok aku. Apabila mata bertentang, mata terus memandang ke arah lain. Tak tahu kenapa mereka sengal sangat waktu itu.
Dia perempuan, dah orang tu tak nak menegur, takkan dia nak menegur dulu? Malu, segan, semua bercampur aduk. Paling tak tahan, bila dekat tak nak bercakap, bila jauh, boleh pula main jeling-menjeling.
“Diam aje…” soal Aizrill. Kepalanya masih melentok di bahu Auni.
“Teringat kenangan lama.”
“Kenangan lama?”
“Yalah…teringat dulu-dulu… orang kat sebelah ni sombong je, tak pernah terbayang akan jadi suami I…”
Aizrill tersenyum. “Kan dah cakap, bukan sombong… tapi malu sebenarnya..”
“Malu? Dah kenapa nak malu dengan I pula?” soal Auni.
“Yelah, at that time, I marah mama sangat-sangat sebab paksa I balik kampong. I cakap kampong tak best lah, takda apalah…tup tup kat kampong Opah ada perempuan yang masya Allah cantik gila! Mana tak malu nya. You lagi sombong..”
Excuse me?! I perempuan lah… ada ke nak terhegeh-hegeh tegur orang yang tak sudi nak pandang kita…”
Urm… patutlah Rhea sayang sangat dekat you, rupa-rupanya ada titik keserasian. Rhea dengan bebel dia, my beautiful wife dengan pepatahnya. But I like…” jari-jemari Auni Suryani disulamkan dengan jari-jemarinya.
“Mengata ke apa? But… I’ll take that as a compliment.
“Memang I puji ni…”
“Yelah sangat…” Kepala Aizrill yang dibahunya ditolak perlahan.
Alamak tersalah cakap pula. Merajuk ke buah hati pengarang jantungnya?  Dah tak bagi menumpang bahu ni. wajah Auni Suryani ditatap lembut tapi dia pula tak sudi memandang wajah kacaknya. Isterinya itu hanya memandang ke tasik sahaja. Curi-curi, pipi itu diciumnya. Serta-merta Auni berpaling. Siapa suruh tak nak memandang muka suami sendiri…
“Aizz! Orang nampak…”
“Dah kahwin, tak salah kan ? Tak nak merajuk-merajuk…”
“Mana ada I merajuk…”
Jam di pergelangan tangan dikerlingnya. Sudah sepatutnya mereka beransur pulang.
“Dah nak balik ke?” tangan didepakan lalu memeluk bahu Auni Suryani.
Hmmm… dah nak maghrib ni…”
Aizrill terasa berat hati. “Kiss kat sini dulu, baru boleh balik,” pintanya sambil menunjukkan pipinya kepada Auni.
“Orang tengok…” Auni Suryani memberi alasan.
“Cepat… kalau tak, tak boleh balik!” Auni mengalah, menurut kehendak Aizrill.
Di kejauhan ada mata yang memandang gelagat mereka. Membuntang mata itu. memang dia sengaja mengekori mereka ke sini. Tapi tak menyangka akan dihidangkan dengan sebuah kejutan.
‘Kau memang tak pernah berubah Aizrill.’


No comments:

Post a Comment