Hai Auni sayang.
Auni
menjongketkan sebelah keningnya. Siapa pulak yang bersayang dengan dia ni?
Sorry silap number.
Pesanan
ringkas itu dibalas. Tidak mahu berbasa-basi dengan orang yang tidak dikenali.
I tak mungkin silap number you,
Auni Suryani. I Tengku Farhan. I nak jumpa you.
Hati
Auni menjadi bebal tatkala mengetahui gerangan yang menghantar khidmat pesanan
ringkas tadi.
I tak suka bazirkan masa I untuk
berurusan dengan lelaki pengecut seperti you. lagipun I busy, banyak kerja yang
perlu I siapkan dari menghadap sampah masyarakat macam you.
Auni
menaip dengan laju dan rasa geram yang teramat.
Well, it’s up to you. You pilih
antara datang jumpa I atau I pergi office you? You tentu tak nak orang tahu
rahsia you kan? Bercinta dengan tunang orang?
Permintaan
lelaki gila itu diturut jua. Bimbang lelaki itu benar-benar memaksudkan
kata-katanya. Auni tidak mahu membebankan Aizrill lagi. Cukup lah sekadar
lelaki itu sudi mengambilnya sebagai isteri.
“Apa
perkara penting yang you nak jumpa I ni? I rasa antara kita dah takda apa-apa
urusan.” Soal Auni laju.
“Rileks la sayang. Kenapa nak rushing sangat ni?”
“Suka
hati I lah nak rushing ke nak apa
ke.”
“Ke
you takut buah hati you tahu you jumpa I? or
should I call him as ‘kekasih gelap’ you.” soal Tengku Farhan sinis.
“Apa
maksud you Farhan? Kekasih gelap apa ni?” soal Auni tidak faham. Kalau Aizrill
lah yang dimaksudkan oleh Farhan. Lelaki itu salah. Kerana Aizrill bukan
kekasih gelap dia tetapi buah hati, pengarang jantung, suami tercinta dan Daddy kepada anaknya, Aqeed.
“Come on, Auni. Macam lah I tak tahu
hubungan antara you dengan Aizrill. Berapa banyak Aizrill bayar untuk dapatkan
badan you?”
Satu
tamparan hinggap kepipi Farhan. “ You’re
too much Farhan. No wonder lah, Allah tak bukakkan pintu hati I untuk
terima you dulu. I betul-betul tak sangka you sejijik ni, Farhan. I menyesal
sebab pernah kenal orang macam you ni!” ucap Auni seraya berlalu pergi. Bimbang
ada lagi kata-kata Farhan akan membangkitkan kemarahannya. Farhan hanya
tersenyum sinis sambil memandang Auni.
Akak kat mana? Am call dari tadi
tak dapat. Am just nak imform dekat akak yang Am nak tumpang tidur rumah Akak
malam ni. Am dah on the way ke rumah Akak.
Auni
menepuk dahi kuat. Alamak, Adham nak datang kerumahnya pulak. Pantas nombor
telefon suaminya didail. Lama menunggu sebelum panggilan diangkat.
“Assalamualaikum
Aizz… you ada dekat mana sekarang?”
“Waalaikumsalam,
I ada dekat apartment. Baru sampai, kenapa? Rindu I ke?” soal Aizrill riang.
Hilang penat apabila mendengar suara isterinya. Penat memandu dari Johor ke
Kuala Lumpur. Semalam sahaja, dia terpaksa bermalam di Johor Bahru kerana
projek dibawah seliaan syarikatnya ada sedikit masalah. Mahu atau tidak, dia
terpaksa turun.
“Hah?!
Dekat apartment ke?”
“Sayang…
you kenapa ni? kan I dah cakap tadi I memang kat apartment.” Soal Aizrill.
Tangannya melonggarkan tali leher yang bagaikan menjerut lehernya.
“You
balik rumah mama sekarang.” Arah Auni. Aizrill mengerutkan dahinya. Auni halau
dia? Merajuk apa pulak Auni kali ini?
“You
merajuk apa pulak ni sayang? Cuba bagitahu I ? You tak rindukan I ke?” soal
Aizrill berterus terang. Malas berteka-teki, takut dia tersilap meneka. Makin
bertambahlah rajuk si isteri.
“I
tak merajuk apa-apa lah, Aizz… dah kenapa I nak merajuk tak tentu pasal dengan
you. I suruh you balik rumah mama you sebab Adham nak datang apartment. Katanya
nak tidur sana.”
Buntang
mata Aizrill mendengar kata-kata isterinya. Adham nak datang? Adik ipar dia?
Dia memang kenal rapat dengan Adham dahulu dan dia tahu Adham pasti dapat
meneka sesuatu tentang hubungan mereka.
Teringat
saat dia terserempak dengan Adham sebulan yang lalu. Adik kepada isterinya itu
memandang dia dengan pandangan yang aneh. Dan dia dapat meneka maksud pandangan
itu.
“Abang
Aizz… bila balik Malaysia?” soal Adham.
“Ehh
Am… abang dah 7 bulan balik sini.”
“7
bulan? Samalah dengan akak Auni. Abang kenal kak Auni? Dia sambung study dekat Ausie. Tak silap Am sama tempat dengan abang.” Aizrill menelan liur
yang terasa kelat.
“Err
kak Auni? Ohh, dia buat practical kat
tempat abang. Kenapa?” soal Aizrill. Sudah! Baru pertama kali jumpa, dia dah
dihujani berbagai-bagai soalan.
“Ohh,
abang tahu lah kak Auni ada anak angkat?” soal Adham lagi.
“Maksud
Am tu Aqeed ke? abang tahu. Selalu nampak kak Auni bawa dia jalan-jalan.”
Bohong Aizrill. Padahal mereka bersiar-siar bersama.
Aizrill
tersedar dari lamunannya apabila Auni bersuara. “Aizz dengar tak? Am dah on the way ke sana. Balik lah cepat.”
Auni menginggatkan Aizrill.
Setelah
talian diputuskan, Aizrill mengeluh kecil. Nampaknya, keinginannya untuk
menghabiskan masa bersama Auni dan Aqeed terhalang.
“Ehh,
abang Aizz… buat apa kat sini?” Adham menegur Aizrill yang baru keluar dari lift. Aizrill menelan liur. Dia
terlambat keluar gara-gara mandi dahulu tadi. Panas dan badan melekit-lekit
jadi dia buat keputusan untuk mandi dulu. Tak sangka akan terserempak dengan
isteri dan adik iparnya.
“Err…
abang datang rumah kawan abang kat sini. Am buat apa kat sini? Bukan study dekat JB ke?” soal Aizrill. Dia
mencuit pipi Aqeed geram dengan anak nya yang semakin tembam sekarang. Terubat
sedikit rindu buat mereka.
“Kak
Auni tinggal dekat sini. Am cuti sem
sekarang. Tak larat nak drive balik
Seremban.”
“Ohh…
okaylah Am, abang ada hal ni. nanti kita jumpa lagi.” Ujar Aizrill lalu bersalaman
dengan Adham. Dia hanya menunduk pada Auni sambil mengenyit mata. Membuntang
mata Auni dengan keberanian suaminya. Mujurlah Adham tidak melihat perlakuan
suaminya.
“Am…
masuklah. Nanti akak siapkan bilik untuk Am. Duduklah dulu…” Auni berlalu ke
bilik untuk menyalin pakaian sebelum mengemas bilik untuk Adham.
Adham
memerhati rumah kakaknya. Kelihatan serba mewah. Mungkin pendapatan Auni
Suryani begitu lumayan sehingga mampu menampung kehidupan sebegini mewah? Bukan
dia tidak tahu, tiap-tiap bulan kakaknya mengirim sejumlah wang untuk orang tua
mereka. Kalau dianggarkan jumlahnya agak besar bagi orang yang baru mulai
bekerja seperti kakaknya. Dia cuba berfikiran positif terhadap kakaknya.
Mungkin kelulusan Universiti luar negara melayakkan kakaknya mendapat habuan
sebegini?
Adham
menyandarkan badannya di sofa empuk itu.
penat masih terasa setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Johor. Dia
menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Fikirnya, esok sahaja
di pulang ke Seremban. Lagipun, dia belum pernah menjejakkan kaki kerumah
kakaknya. Tangan meraba-raba sofa namun tangan merasakan sesuatu yang aneh. Dia
pantas membuka mata.
‘Neck tie? Sejak bila kak Auni pakai
benda alah ni? takkan dia bawa balik lelaki pulak?’ bisik hati Adham.
“Akak…sini
kejap.” Adham memanggil Auni, hasrat hatinya ingin bertanya lanjut mengenai
pemilik tali leher biru laut itu. Dia yakin dan pasti itu bukan milik kakaknya.
“Ada
apa Am… akak kat bilik tengah ni. sinilah, bawak beg Am sekali. Akak dah
kemaskan bilik untuk Am…” jerit Auni pada adiknya yang masih berada di ruang
tamu.
Perlahan
Adham melangkah ke bilik yang dimaksudkan oleh Auni Suryani. Tangannya masih
memegang kemas tali leher yang masih misteri.
“Kenapa
Am panggil akak?” tanya Auni tanpa melihat wajah adiknya. Tangannya ligat
menarik cadar yang baru dipasangkan.
“Sejak
bila akak pakai benda ni?” terlontar jua persoalan yang bermain dibenak fikiran
Adham. Perlahan Auni menoleh mencari benda yang dimaksudkan adiknya. Dia
tersentak. Air mukanya berubah.
“Mana
Am dapat tali leher ni?” soal Auni laju. Otaknya ligat berfikir alasan untuk
dimomokkan pada adik nya.
“Am
jumpa terselit dekat celah sofa. Akak bawa balik lelaki kat rumah ni ke?” Adham
perasaan wajah kakak kesayangannya berubah. Wajah yang jelas kelihatan terkejut
dan gelabah.
“Adham…
takkan akak nak bawa balik lelaki kat rumah ni. Nak mati kalau ayah dapat tahu.
Mau nya dipelangkong kepala akak ni…” Auni ketawa buat-buat. Adham langsung
tidak ketawa dengan lawaknya. Adham dapat merasakan ada sesuatu yang
disembunyikan kakaknya.
“Am
tanya je… tapi pelik lah kan? Macam mana tali leher ni boleh ada dalam rumah
akak. Padahal takda lelaki pun kat sini. Lainlah kalau tie ni ada kaki kan?” ujar Adham penuh makna yang tersirat. Dia
meletakkan tali leher itu diatas meja sisi katil.
“Am…
tali leher itu suami kawan akak punya. Hari tu kawan akak dengan suami dia ada
datang sini. Tengok Aqeed lepastu tertinggal tali leher tu.” Auni merasa itulah
alasan yang paling munasabah untuk memperdaya adiknya.
Adham
tidak berkata lanjut yang pasti hatinya berbelah bagi untuk mempercayai
kenyataan kakaknya. Seperti ada unsur pembohongan disitu?
“Am…
marahkan akak ke?” soal Auni apabila hanya suara Aqeed yang menghiasi makan
malam mereka. Dia tahu adiknya masih memikirkan tali leher yang ditemuinya
tadi.
“Kenapa
pula Am nak marahkan akak? Akak bukan buat salah dengan Am pun…” Adham bersuara
juga. Biarlah dia menyimpan rasa itu dalam hatinya dahulu. Dia perlukan sedikit
masa lagi untuk mengumpul bukti sekiranya benar telahannya.
“Pasal
petang tadi… tali leher tu memang suami kawan akak punya…” Auni masih berusaha
meyakinkan adiknya.
“Yelah,
Am percaya. Akak kesayangan Am ni takkan buat benda-benda bodoh.” Ucap Adham
perlahan sambil merenung Auni Suryani. Senyuman ringkas diukirkan buat
kakaknya. Dia bangun perlahan menuju ke dapur ingin mencuci pinggan yang telah
digunakan.
“Am
masuk tidur dulu akak, letih badan…”
“You
kenapa tinggalkan neck-tie you atas
sofa tadi? Tahu tak Adham dah fikir yang bukan-bukan.” Auni Suryani membebel akan
kecuaian suaminya tadi. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung.
“Sorrylah sayang… I betul-betul tak
perasan tie tu tadi. Rasanya I dah
bawa masuk bilik tidur.” Aizrill meminta maaf atas keterlanjurannya tadi. Risau
orang dihujung talian akan merajuk. Kalau depan mata senang dipujuk tetapi
kalau berjauhan begini memang payah nak memujuk isterinya itu.
“Takpa
lah. Benda dah jadi… bila you nak datang sini? Am balik Seremban esok.. malam
you datang sini tak?” Auni mengubah topik
perbualan mereka.
“Malam
esok ke sayang? Rasanya tak kot. Pagi esok I kena fly balik ke Ausie. Ada
meeting dengan suppliers sana.”
“You
ni sekarang asyik outstation je
memanjang. Takda masa untuk I dan Aqeed dah sekarang. Tak sayang I lagi ke?”
Auni bernada merajuk.
“I
pergi atas urusan kerjalah, sayang. Nanti balik I belikan souvenirs untuk you dan Aqeed ya?” Aizrill memujuk isterinya.
Sudah!
“Tak
payah. Dah banyak dah hadiah yang you bagi. Maklumlah, tiga minggu lepas pergi Sarawak. Lepas tu Singapore. Kelmarin ke Johor
pula. Hadiah yang you pergi Singapore
tu pun I tak bukak lagi.” Selamba tapi penuh sindiran ayat Auni Suryani
lontarkan. Terbang melayang mood nak bermanja dengan suami tersayang. Asyik
terbang ke sana ke sini. Dia nak menunjukkan yang dari bulan lepas lagi
suaminya itu sibuk outstation. Isteri
mana tak sedih asyik kena tinggal aje. Sudahlah hendak bermalam dirumahnya pun
susah. Sekarang ni sibuk outstation
pula.
Aizrill
mengaru belakang kepala. Isterinya merajuk ke ni? Help! Macam mana nak pujuk ni?
“Janganlah
marah.”
“Mana
ada!” dalih Auni dengan muka masam. Tangannya menepuk lembut punggung anaknya
yang masih belum tidur diatas katil.
“Sayang…”
panggil Aizrill meleret dihujung talian.
“You
pergilah tidur. Esokkan nak fly awal
pagi.”
“I’m sorry,”
ujar Aizrill lembut.
“Sorry for what?”
sengaja Auni menyoal. Mahu tahu sama ada si suami peka atau tidak dengan apa
yang berlaku.
“Sebab
selalu outstation. Tinggalkan you
dengan Aqeed… I janji balik ni kita pergi holiday,
okay?”
“Okay.”
Auni bersuara.
“Tak
merajuk dah?”
“Hmm…still
merajuk lagi. Tapi akan disambung bila you balik nanti. I nak merajuk puas-puas
bila you datang sini. Biar you tidur luar.” Auni Suryani jual mahal. Makin kuat
Aizrill ketawa dihujung talian.
“Biar
sejuta kali you merajuk, berjuta-juta kali juga I pujuk.”
“Jangan
pergi lama-lama.” Ujar Auni Suryani sayu. Sekarang, dia merasa tidak dapat
berpisah dengan suaminya walaupun sesaat. Hatinya rasa tidak tenteram. Mungkin
ini bahananya menyembunyikan ikatan perkahwinan mereka?
Aizrill
kerut dahi. Bukan tidak pernah mereka berpisah. Namun sejak kebelakangan ini
dia perasan isterinya seakan tidak dapat berjauhan dengan dirinya.
Mengandungkah isterinya? Andai benar telahannya, dia harus segera melakukan
sesuatu. Semua ini perlu ditamatkan segera.
“Hmmm…sayang.
I need to go. Nanti I call lagi. Love you. Assalamualaikum.” Aizrill terus mematikan talian.
Adham
benar-benar terkejut dengan semuanya. Sejak dari tadi lagi, dia memasang
telinga mendengar setiap perbualan kakaknya dengan seseorang yang kedengaran
agak mesra. Apa yang didengarnya lebih dari apa yang disangkanya. Benarlah Auni
Suryani, kakaknya telah lama memadu asmara dengan lelaki yang dia tidak ketahui
gerangannya. Jangan-jangan Aqeed tu anak haram mereka.
Sekarang
mungkin dia tidak punyai bukti yang kukuh untuk membongkar semuanya namun dia
pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar dengan sendirinya. Bangkai
kalau ditutup sekalipun, busuknya tetap boleh dihidu.
Nak smbungan bg citer nih pls. Srius besttt.
ReplyDeletetq support...:)
Delete