PASAL QIN AMJA

Tuesday, 17 November 2015

NOVEL : KARNA RAHSIA HATI 14



Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Karna Rahsia Hati Bab 14
Tarikh Post : 18 November 2015

Hai Auni sayang.
Auni menjongketkan sebelah keningnya. Siapa pulak yang bersayang dengan dia ni?
Sorry silap number.
Pesanan ringkas itu dibalas. Tidak mahu berbasa-basi dengan orang yang tidak dikenali.
I tak mungkin silap number you, Auni Suryani. I Tengku Farhan. I nak jumpa you.
Hati Auni menjadi bebal tatkala mengetahui gerangan yang menghantar khidmat pesanan ringkas tadi.
I tak suka bazirkan masa I untuk berurusan dengan lelaki pengecut seperti you. lagipun I busy, banyak kerja yang perlu I siapkan dari menghadap sampah masyarakat macam you.
Auni menaip dengan laju dan rasa geram yang teramat.
Well, it’s up to you. You pilih antara datang jumpa I atau I pergi office you? You tentu tak nak orang tahu rahsia you kan? Bercinta dengan tunang orang?
Permintaan lelaki gila itu diturut jua. Bimbang lelaki itu benar-benar memaksudkan kata-katanya. Auni tidak mahu membebankan Aizrill lagi. Cukup lah sekadar lelaki itu sudi mengambilnya sebagai isteri.
“Apa perkara penting yang you nak jumpa I ni? I rasa antara kita dah takda apa-apa urusan.” Soal Auni laju.
Rileks la sayang. Kenapa nak rushing sangat ni?”
“Suka hati I lah nak rushing ke nak apa ke.”
“Ke you takut buah hati you tahu you jumpa I? or should I call him as ‘kekasih gelap’ you.” soal Tengku Farhan sinis.
“Apa maksud you Farhan? Kekasih gelap apa ni?” soal Auni tidak faham. Kalau Aizrill lah yang dimaksudkan oleh Farhan. Lelaki itu salah. Kerana Aizrill bukan kekasih gelap dia tetapi buah hati, pengarang jantung, suami tercinta dan Daddy kepada anaknya, Aqeed.
Come on, Auni. Macam lah I tak tahu hubungan antara you dengan Aizrill. Berapa banyak Aizrill bayar untuk dapatkan badan you?”
Satu tamparan hinggap kepipi Farhan. “ You’re too much Farhan. No wonder lah, Allah tak bukakkan pintu hati I untuk terima you dulu. I betul-betul tak sangka you sejijik ni, Farhan. I menyesal sebab pernah kenal orang macam you ni!” ucap Auni seraya berlalu pergi. Bimbang ada lagi kata-kata Farhan akan membangkitkan kemarahannya. Farhan hanya tersenyum sinis sambil memandang Auni.
Akak kat mana? Am call dari tadi tak dapat. Am just nak imform dekat akak yang Am nak tumpang tidur rumah Akak malam ni. Am dah on the way ke rumah Akak.
Auni menepuk dahi kuat. Alamak, Adham nak datang kerumahnya pulak. Pantas nombor telefon suaminya didail. Lama menunggu sebelum panggilan diangkat.
“Assalamualaikum Aizz… you ada dekat mana sekarang?”
“Waalaikumsalam, I ada dekat apartment. Baru sampai, kenapa? Rindu I ke?” soal Aizrill riang. Hilang penat apabila mendengar suara isterinya. Penat memandu dari Johor ke Kuala Lumpur. Semalam sahaja, dia terpaksa bermalam di Johor Bahru kerana projek dibawah seliaan syarikatnya ada sedikit masalah. Mahu atau tidak, dia terpaksa turun.
“Hah?! Dekat apartment ke?”
“Sayang… you kenapa ni? kan I dah cakap tadi I memang kat apartment.” Soal Aizrill. Tangannya melonggarkan tali leher yang bagaikan menjerut lehernya.
“You balik rumah mama sekarang.” Arah Auni. Aizrill mengerutkan dahinya. Auni halau dia? Merajuk apa pulak Auni kali ini?
“You merajuk apa pulak ni sayang? Cuba bagitahu I ? You tak rindukan I ke?” soal Aizrill berterus terang. Malas berteka-teki, takut dia tersilap meneka. Makin bertambahlah rajuk si isteri.
“I tak merajuk apa-apa lah, Aizz… dah kenapa I nak merajuk tak tentu pasal dengan you. I suruh you balik rumah mama you sebab Adham nak datang apartment. Katanya nak tidur sana.”
Buntang mata Aizrill mendengar kata-kata isterinya. Adham nak datang? Adik ipar dia? Dia memang kenal rapat dengan Adham dahulu dan dia tahu Adham pasti dapat meneka sesuatu tentang hubungan mereka.
Teringat saat dia terserempak dengan Adham sebulan yang lalu. Adik kepada isterinya itu memandang dia dengan pandangan yang aneh. Dan dia dapat meneka maksud pandangan itu.
“Abang Aizz… bila balik Malaysia?” soal Adham.
“Ehh Am… abang dah 7 bulan balik sini.”
“7 bulan? Samalah dengan akak Auni. Abang kenal kak Auni? Dia sambung study dekat Ausie. Tak silap Am sama tempat dengan abang.” Aizrill menelan liur yang terasa kelat.
“Err kak Auni? Ohh, dia buat practical kat tempat abang. Kenapa?” soal Aizrill. Sudah! Baru pertama kali jumpa, dia dah dihujani berbagai-bagai soalan.
“Ohh, abang tahu lah kak Auni ada anak angkat?” soal Adham lagi.
“Maksud Am tu Aqeed ke? abang tahu. Selalu nampak kak Auni bawa dia jalan-jalan.” Bohong Aizrill. Padahal mereka bersiar-siar bersama.
Aizrill tersedar dari lamunannya apabila Auni bersuara. “Aizz dengar tak? Am dah on the way ke sana. Balik lah cepat.” Auni menginggatkan Aizrill.
Setelah talian diputuskan, Aizrill mengeluh kecil. Nampaknya, keinginannya untuk menghabiskan masa bersama Auni dan Aqeed terhalang.
“Ehh, abang Aizz… buat apa kat sini?” Adham menegur Aizrill yang baru keluar dari lift. Aizrill menelan liur. Dia terlambat keluar gara-gara mandi dahulu tadi. Panas dan badan melekit-lekit jadi dia buat keputusan untuk mandi dulu. Tak sangka akan terserempak dengan isteri dan adik iparnya.
“Err… abang datang rumah kawan abang kat sini. Am buat apa kat sini? Bukan study dekat JB ke?” soal Aizrill. Dia mencuit pipi Aqeed geram dengan anak nya yang semakin tembam sekarang. Terubat sedikit rindu buat mereka.
“Kak Auni tinggal dekat sini. Am cuti sem sekarang. Tak larat nak drive balik Seremban.”
“Ohh… okaylah Am, abang ada hal ni. nanti kita jumpa lagi.” Ujar Aizrill lalu bersalaman dengan Adham. Dia hanya menunduk pada Auni sambil mengenyit mata. Membuntang mata Auni dengan keberanian suaminya. Mujurlah Adham tidak melihat perlakuan suaminya.
“Am… masuklah. Nanti akak siapkan bilik untuk Am. Duduklah dulu…” Auni berlalu ke bilik untuk menyalin pakaian sebelum mengemas bilik untuk Adham.
Adham memerhati rumah kakaknya. Kelihatan serba mewah. Mungkin pendapatan Auni Suryani begitu lumayan sehingga mampu menampung kehidupan sebegini mewah? Bukan dia tidak tahu, tiap-tiap bulan kakaknya mengirim sejumlah wang untuk orang tua mereka. Kalau dianggarkan jumlahnya agak besar bagi orang yang baru mulai bekerja seperti kakaknya. Dia cuba berfikiran positif terhadap kakaknya. Mungkin kelulusan Universiti luar negara melayakkan kakaknya mendapat habuan sebegini?
Adham menyandarkan badannya di sofa empuk itu.  penat masih terasa setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Johor. Dia menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Fikirnya, esok sahaja di pulang ke Seremban. Lagipun, dia belum pernah menjejakkan kaki kerumah kakaknya. Tangan meraba-raba sofa namun tangan merasakan sesuatu yang aneh. Dia pantas membuka mata.
Neck tie? Sejak bila kak Auni pakai benda alah ni? takkan dia bawa balik lelaki pulak?’ bisik hati Adham.
“Akak…sini kejap.” Adham memanggil Auni, hasrat hatinya ingin bertanya lanjut mengenai pemilik tali leher biru laut itu. Dia yakin dan pasti itu bukan milik kakaknya.
“Ada apa Am… akak kat bilik tengah ni. sinilah, bawak beg Am sekali. Akak dah kemaskan bilik untuk Am…” jerit Auni pada adiknya yang masih berada di ruang tamu.
Perlahan Adham melangkah ke bilik yang dimaksudkan oleh Auni Suryani. Tangannya masih memegang kemas tali leher yang masih misteri.
“Kenapa Am panggil akak?” tanya Auni tanpa melihat wajah adiknya. Tangannya ligat menarik cadar yang baru dipasangkan.
“Sejak bila akak pakai benda ni?” terlontar jua persoalan yang bermain dibenak fikiran Adham. Perlahan Auni menoleh mencari benda yang dimaksudkan adiknya. Dia tersentak. Air mukanya berubah.
“Mana Am dapat tali leher ni?” soal Auni laju. Otaknya ligat berfikir alasan untuk dimomokkan pada adik nya.
“Am jumpa terselit dekat celah sofa. Akak bawa balik lelaki kat rumah ni ke?” Adham perasaan wajah kakak kesayangannya berubah. Wajah yang jelas kelihatan terkejut dan gelabah.
“Adham… takkan akak nak bawa balik lelaki kat rumah ni. Nak mati kalau ayah dapat tahu. Mau nya dipelangkong kepala akak ni…” Auni ketawa buat-buat. Adham langsung tidak ketawa dengan lawaknya. Adham dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan kakaknya.
“Am tanya je… tapi pelik lah kan? Macam mana tali leher ni boleh ada dalam rumah akak. Padahal takda lelaki pun kat sini. Lainlah kalau tie ni ada kaki kan?” ujar Adham penuh makna yang tersirat. Dia meletakkan tali leher itu diatas meja sisi katil.
“Am… tali leher itu suami kawan akak punya. Hari tu kawan akak dengan suami dia ada datang sini. Tengok Aqeed lepastu tertinggal tali leher tu.” Auni merasa itulah alasan yang paling munasabah untuk memperdaya adiknya.
Adham tidak berkata lanjut yang pasti hatinya berbelah bagi untuk mempercayai kenyataan kakaknya. Seperti ada unsur pembohongan disitu?
“Am… marahkan akak ke?” soal Auni apabila hanya suara Aqeed yang menghiasi makan malam mereka. Dia tahu adiknya masih memikirkan tali leher yang ditemuinya tadi.
“Kenapa pula Am nak marahkan akak? Akak bukan buat salah dengan Am pun…” Adham bersuara juga. Biarlah dia menyimpan rasa itu dalam hatinya dahulu. Dia perlukan sedikit masa lagi untuk mengumpul bukti sekiranya benar telahannya.
“Pasal petang tadi… tali leher tu memang suami kawan akak punya…” Auni masih berusaha meyakinkan adiknya.
“Yelah, Am percaya. Akak kesayangan Am ni takkan buat benda-benda bodoh.” Ucap Adham perlahan sambil merenung Auni Suryani. Senyuman ringkas diukirkan buat kakaknya. Dia bangun perlahan menuju ke dapur ingin mencuci pinggan yang telah digunakan.
“Am masuk tidur dulu akak, letih badan…”
“You kenapa tinggalkan neck-tie you atas sofa tadi? Tahu tak Adham dah fikir yang bukan-bukan.” Auni Suryani membebel akan kecuaian suaminya tadi. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung.
Sorrylah sayang… I betul-betul tak perasan tie tu tadi. Rasanya I dah bawa masuk bilik tidur.” Aizrill meminta maaf atas keterlanjurannya tadi. Risau orang dihujung talian akan merajuk. Kalau depan mata senang dipujuk tetapi kalau berjauhan begini memang payah nak memujuk isterinya itu.
“Takpa lah. Benda dah jadi… bila you nak datang sini? Am balik Seremban esok.. malam you datang sini tak?” Auni mengubah topik  perbualan mereka.
“Malam esok ke sayang? Rasanya tak kot. Pagi esok I kena fly balik ke Ausie. Ada meeting dengan suppliers sana.”
“You ni sekarang asyik outstation je memanjang. Takda masa untuk I dan Aqeed dah sekarang. Tak sayang I lagi ke?” Auni bernada merajuk.
“I pergi atas urusan kerjalah, sayang. Nanti balik I belikan souvenirs untuk you dan Aqeed ya?” Aizrill memujuk isterinya. Sudah!
“Tak payah. Dah banyak dah hadiah yang you bagi. Maklumlah, tiga minggu lepas pergi Sarawak. Lepas tu Singapore. Kelmarin ke Johor pula. Hadiah yang you pergi Singapore tu pun I tak bukak lagi.” Selamba tapi penuh sindiran ayat Auni Suryani lontarkan. Terbang melayang mood nak bermanja dengan suami tersayang. Asyik terbang ke sana ke sini. Dia nak menunjukkan yang dari bulan lepas lagi suaminya itu sibuk outstation. Isteri mana tak sedih asyik kena tinggal aje. Sudahlah hendak bermalam dirumahnya pun susah. Sekarang ni sibuk outstation pula.
Aizrill mengaru belakang kepala. Isterinya merajuk ke ni? Help! Macam mana nak pujuk ni?
“Janganlah marah.”
“Mana ada!” dalih Auni dengan muka masam. Tangannya menepuk lembut punggung anaknya yang masih belum tidur diatas katil.
“Sayang…” panggil Aizrill meleret dihujung talian.
“You pergilah tidur. Esokkan nak fly awal pagi.”
“I’m sorry,” ujar Aizrill lembut.
“Sorry for what?” sengaja Auni menyoal. Mahu tahu sama ada si suami peka atau tidak dengan apa yang berlaku.
“Sebab selalu outstation. Tinggalkan you dengan Aqeed… I janji balik ni kita pergi holiday, okay?”
“Okay.” Auni bersuara.
“Tak merajuk dah?”
“Hmm…still merajuk lagi. Tapi akan disambung bila you balik nanti. I nak merajuk puas-puas bila you datang sini. Biar you tidur luar.” Auni Suryani jual mahal. Makin kuat Aizrill ketawa dihujung talian.
“Biar sejuta kali you merajuk, berjuta-juta kali juga I pujuk.”
“Jangan pergi lama-lama.” Ujar Auni Suryani sayu. Sekarang, dia merasa tidak dapat berpisah dengan suaminya walaupun sesaat. Hatinya rasa tidak tenteram. Mungkin ini bahananya menyembunyikan ikatan perkahwinan mereka?
Aizrill kerut dahi. Bukan tidak pernah mereka berpisah. Namun sejak kebelakangan ini dia perasan isterinya seakan tidak dapat berjauhan dengan dirinya. Mengandungkah isterinya? Andai benar telahannya, dia harus segera melakukan sesuatu. Semua ini perlu ditamatkan segera.
“Hmmm…sayang. I need to go. Nanti I call lagi. Love you. Assalamualaikum.” Aizrill terus mematikan talian.
Adham benar-benar terkejut dengan semuanya. Sejak dari tadi lagi, dia memasang telinga mendengar setiap perbualan kakaknya dengan seseorang yang kedengaran agak mesra. Apa yang didengarnya lebih dari apa yang disangkanya. Benarlah Auni Suryani, kakaknya telah lama memadu asmara dengan lelaki yang dia tidak ketahui gerangannya. Jangan-jangan Aqeed tu anak haram mereka.

Sekarang mungkin dia tidak punyai bukti yang kukuh untuk membongkar semuanya namun dia pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar dengan sendirinya. Bangkai kalau ditutup sekalipun, busuknya tetap boleh dihidu.

2 comments: