PASAL QIN AMJA

Wednesday, 23 September 2015

CERPEN : 4 ENCIK TENGKU DAN CIK TERDESAK

Nama Penulis : Qin Amja

Tajuk : Encik Tengku dan Cik Terdesak

Tarikh Post : 23 September 2015   




   “awak ikut saya pergi Pangkor.” Adam bersuara.
“ buat apa kat sana Tengku? Rasanya project dengan Mega Group tu dah diluluskan kan?”
“ohh tak. Saya ada seminar dekat sana. Jadi saya perlukan awak untuk bantu saya.”
“baiklah Tengku. Kalau takda apa-apa saya keluar dulu.” Adam hanya mengangguk tanda membenarkan wanita itu keluar dari ruangannya.
“opss,, maaf Tengku. Berapa hari kita dekat sana?”
“ rasanya dalam one week jugaklah.”
*********************************************
“Assalamualaikum Anis, kamu sibuk tak hujung minggu ni?”
“kenapa ibu? Anis kena pergi Pangkor la ibu. Ada seminar kat sana.”
“ohh, ni tak. Mak Som kamu tu berkenan sangat nak jadikan kamu ni menantu dia. Jadi dia nak masuk meminang kamu dan kalau boleh tu nak tunangkan sekali kamu dengan anak dia.”
“apa ibu? Dengan siapa? Rasanya semua anak Mak Som tu dah kahwin, takkan ibu nak jadikan Anis ni isteri nombor dua. Anis taknak lah ibu.”
“isy, kamu ni Anis. Ni abang Syameer kamu tu lah. Kamu ingat tak? Yang selalu main dengan kamu dulu tu?”
“abang syameer mana ibu? Anis tak ingatlah ibu. Btw, Anis tetap taknak abang Syameer tu ibu.” Anis Cuma mengingati semula siapa Syameer. Kata ibunya mereka pernah berteman suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke Pahang. Kini, baru dia ingat. Hmm, macam mana lah abang Syameer sekarang.
***********************************************
“maaf Tengku, saya terlambat. Tadi sebelum keluar ibu saya telefon. Punya lah bersembang anak beranak ni sampai terlupa pulak dekat Tengku, sorry sangat-sangat Tengku.”
“it so okay. Saya pon baru sampai.” Adam selesa bersama Anis.
 Anis merupakan salah seorang pekerja kesayangannya kerana Anis sangat boleh dipercayai. Anis banyak memberi idea-idea yang bernas berkaitan projek yang dikendalikan olehnya. Dia juga senang berkongsi masalahnya bersama Anis. Anis telah dianggap lebih dari sekadar pekerja. Oleh itu, dia tidak sanggup kehilangan Anis.
Setelah sampai di Pangkor, mereka segera ke receptionist. Sementara Adam mendaftarkan bilik untuk mereka, Anis perasan akan mata-matanya yang memerhatikannya.
‘apahal semua orang ni? Tahulah tengku Adam ni terkenal, tapi apa diorang ingat aku ni nak sebilik dengan tengku ke apa? Please lah. Mau dipelangkong nya aku dengan ibu kalau aku berani buat macam-macam dengan Tengku.’ Apa yang kau merepek ni Anis.
“sudah, tengku?” tanya Anis polos apabila dilihatnya Adam ralit memerhatikannya.
Sudah 5 hari mereka menghadiri seminar di situ. Setiap hari Anis menerima panggilan daripada ibunya. ‘tak habis-habis pasal abang Syameer tu. Aku takda apa-apa perasaan pon dekat dia la.’
Lamunan aku terhenti apabila telefonku bordering. ‘siapa pulak yang call ni, orang baru keluar bilik meeting. Ibu lagi! Apa lagi lah kali ni.’ Punat hijau ditekan. Telefon didekatkan ke telinganya.
“Waalaikumsalam ibu. Ibu sihat? Anis mungkin esok kot balik. Kenapa ye ibu?”
“tak ni, abang Syameer nak jumpa kamu. Boleh lah kamu berdua kenal-kenal.”
“Ibu, Anis bukan nak kurang ajar dengan ibu. Tapi Anis tak suka ibu paksa-paksa Anis macam ni. Anis berhak tentukan hidup Anis sendiri. Lagipun Anis muda ibu lagi.”
“muda apa nya kamu cakap? Umur kamu dah nak masuk 25 tahun Anis. Adik kamu si Megat tu pon dah ada kekasih. Kamu ni ibu tengok takda apa-apa pon. Ibu tak kira kamu suka atau pun tak kamu tetap akan kawin dengan Syameer.”
“kalau ibu buat keputusan macam ni, Anis takkan balik kampong ibu. Anis takkan balik!” terus punat merah ditekan. Penat dengan kerja harian ditambah pula dengan desakan ibunya benar-benar menjerut rasa. Satu keluhan dilepaskan.
“Anis,whats wrong? Ada apa-apa yang tak kena ke? Anis sakit?” ujar Adam setelah menghampiri Anis.
“ehh, tengku. Takda apa-apa. Saya okay. Maybe penat dengan kerja je kot.”
“btw, esok kita dah boleh balik.”
“yeahh!”
“tapi…”
“tapi apa Tengku?”
“disebabkan awak dah tunjukkan prestasi yang baik. Saya bawa awak jalan-jalan kat sini dulu before kita balik.”
“jalan-jalan? Kat pangkor ni Tengku?”
“yelah, ke awak taknak?”
“nonono, nak sangat-sangat Tengku. Tempat ni cantik sangat, rugilah kalau tak pusing-pusing.”
“okay then, esok kita jalan-jalan. Lusa baru kita balik. Okay?”
“okay!” ‘elok jugak aku spent time kat sini, takde lah serabut sangat dengan ibu.’
Seharian Tengku bawa aku pusing-pusing Pangkor. Part yang paling best tu time dekat pantai. Kitorang naik parachute weyy!
“Anis, before kita balik hotel, kita singgah kedai depan tu kejap. Saya nak belikan hadiah untuk mama saya. Boleh kan?”
“Ehh Tengku. Apa tanya saya. Tengku yang bawa saya jalan-jalan, Tengku lah decide mana kita pergi. Saya ikut je.”
Tengku Adam melintas jalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Anis yang sedang mencari sesuatu di tas tangan agak tertinggal kebelakang. Apabila Anis melihat kehadapan, Adam hampir dilanggar kereta.
“Tengku!!!” Anis berlari dan menolak Tengku Adam. Dia turut terjatuh disisi Adam.
“Anis, awak okay?”
“tak, saya tak apa-apa. Tengku kenapa lintas tak tengok kiri kanan. Kan bahaya? Apa lah Tengku ni!”
“okay, saya minta maaf.”
“hmm, Tengku okay tak ni?”
“rasanya macam tak berapa okay.”
“Ya Allah, tangan tengku berdarah tu. Kita ke klinik ye Tengku?”
“tak payah lah, awak tolong ubatkan boleh?”
“okay.”
Sekembalinya mereka ke hotel.
“Tengku, nak sapu ubat kat mana? Takkan kat bilik Tengku?”
“habis dekat mana lagi? Kita bukan buat apa pon.”
“ye lah, tapi saya segan lah Tengku.”
“okay then, in your room.”
Ketika Tengku Adam dan Anis memasuki bilik Anis, ada mata yang memerhati dan merekodkan saat itu.
“Tengku, tahan sikit tau. Saya nak cuci luka ni dengan antiseptik. Pedih sikit. Tengku ni kan, suka macam ni.kalau ye pon excited nak pergi kedai tu tengok lah kiri kanan dulu. Nasib baik saya nampak tadi. Kalau tak apalah nasib Tengku.”
“kenapa? Awak risaukan saya?”
“mau tak risau. Tengku saya dah anggap lebih dari majikan. Tengku idola saya. Saya taknak sesuatu yang buruk berlaku dekat Tengku. Lagipun Tengku selalu dengar masalah saya. Tengku..” belum sempat Anis menghabiskan ayatnya, Adam sudah menyampuk.
“Adam.”
“hah?”
“panggil saya Adam, tak payah Tengku- Tengku semua ni.”
“tapi Tengku.”
“hmm, kalau awak masih anggap saya sebagai idola awak panggil saya Adam. Lagipun saya dah anggap awak sebagai kawan saya. Awak banyak dengar masalah saya. Sudi tak awak jadi kawan saya?”
“haha, apalah Tengku ni, oppss Adam. Okaylah, nah makan ubat ni lepastu pergi tidur.” Anis membiarkan Adam tidur diatas katilnya. Dia mengambil tas tangan dan keluar dari kamar hotel itu.
Kaki diatur menuju ke destinasi yang terdetik dihatinya tadi. Dia ingin membeli sesuatu.
************************************************
“mama, nah ni hadiah untuk Mama. Happy birthday, Ma. Sorry sangat sebab Am takda masa birthday mama.” Adam memberikan hadiah kepada Tengku Kamariah.
Sebenarnya hadiah itu dari Anis. setelah dia tidur kemarin, Anis telah pergi membeli hadiah ini.
Kini, sebulan telah berlalu setelah mereka kembali dari Pangkor. Mereka semakin selesa dengan perhubungan ini. Ibu Anis juga tidak lagi membahaskan mengenai Syameer lagi.
“Anis, jom lunch.”
“oh, okay.”
Setelah memesan makanan, tiba-tiba telefon Anis berbunyi.
“Hello, akak. Ibu sakit kak!”
“hah? Megat, ibu sakit apa? Kenapa tak bawak pergi klinik dulu. Nanti akak balik.”
“ibu taknak pergi klinik lah akak. Ibu asyik meracau nama akak je.”
“okay, akak balik sekarang.”
“sorry, Adam. Saya kena balik kampong. Ibu sakit.”
“are you really okay? Let me drive.”
“no, it so okay. Saya boleh drive lagi.”
**********************************************
‘Aik, apasal lain je rumah aku. Kata ibu sakit, tapi macam kenduri besar je ni.’
“Assalamualaikum, ibu! Ibu!”
“hah, sampai pon kamu. Merasa jugak mak bedah makan nasi minyak kamu.”
“nasi minyak ?”
“ye lahh, kamu kan nak kahwin.”
“what! Kahwin? Ibu!!!” Anis berlari naik keatas rumahnya. Kelibat ibunya dicari.
“Ada apa Anis?”
“kenapa ibu buat Anis macam ni?” tubuh Anis ditarik masuk ke bilik.
“Anis, ibu buat semua ni untuk Anis. Ibu nak Anis kahwin dengan Abang Syameer.”
“ibu, Anis tak cintakan dia ibu. Tolonglah ibu, jangan buat Anis macam ni.”
“Anis taknak. Anis nak balik KL.”
“ibu tak izinkan Anis. Dah Anis duduk dalam bilik ni. Sini telefon tu.”
“ibu!”
‘kenapa ibu sanggup buat Anis macam ni ibu? Apa salah Anis?’ Anis merintih sendirian dalam biliknya.
‘aku tak kira. Aku kena keluar jugak dari rumah ni. Hati aku bukan milik Abang Syameer. Apa aku nak buat ni?’
Telefon dalam beg tangannya dikeluarkan. Mujur dia masih menyimpan telefon lamanya. Nombor telefon Adam didailnya.
“Adam, tolong saya.”
“Anis, kenapa ni? Tell me! Why? Ibu Anis okay tak?”
“ibu..i..bu..” Anis teresak-esak. Butir bicaranya tidak dapat ditangkap oleh telinga Adam.
“Anis, calm down. Then,tell me. Why?”
“ibu paksa saya kahwin dengan Abang Syameer. Tapi saya tak nak. Please, tolong.”
“what? Anis tunggu, Am sampai kejap lagi.”
***********************************************
“Aku terima nikahnya Hanis…”
“tunggu!”
“kamu ni siapa?” soal ibu Anis.
“Am!” Anis berlari mendapatkan Adam. Adam mengenggam tangan Anis.
“saya Adam. Tengku Adam Zaffran. Perkahwinan ini tak boleh diteruskan.”
“kenapa pulak? Kamu bukan siapa- siapa pon. Kamu takda hak atas Anis. Dia anak saya.”
“Tapi Anis sendiri taknak perkahwinan ini. Mak cik tak boleh paksa Anis macam ni. Ini masa depan dia Mak cik!” Adam bersuara lembut tetapi tegas.
“ kita teruskan Tok. Anis akan tetap kahwin dengan Syameer. Makcik nak Anis hidup senang dan Syameer boleh bagi semua kesenangan itu.”
“kalau itu yang mak cik inginkan, saya boleh bagi segala-galanya untuk Anis. Lagipun Anis tengah mengandungkan anak saya.” Dia tiada pilihan lain selain ini.
“Am!!!” tempik Anis.
“Anis, kita dah tak boleh simpan lagi benda ni. Nanti perut tu besar jugak. Dan kau mesti Syameer kan? Aku rasa kau pon mesti taknak bekas aku kan?”
“what? Apa semua ni makcik? Makcik kata Anis takda siapa-siapa lagi.”
“Astaghfirullahalazim, Anis. Apa Anis dah buat ni?”
‘maafkan Anis, ibu! Anis terpaksa buat semua ni.’
“Anis minta maaf ibu.”
“kamu mesti kahwin dengan Anis. Aku tak kira.” Ibu Anis menunding pada Adam.
“ibu, tak perlu lah rasanya. Anis boleh hidup sendiri.”
“hidup sendiri dengan perut memboyot kamu cakap?”
“Takpe ibu, biar Anis yang tanggung semua ni.”
“Anis, kita kahwin.”
*********************************************
“Tengku Adam Zaffran, now tell me? What was going on? Betul ke Anis ni dah mengandungkan anak kamu?” soal Tengku Kamariah tegas. Sudahlah suaminya tiada di Malaysia kerana menguruskan projek mereka di Melbourne,anaknya pula buat hal. ‘pening aku, anak seorang macam dua puluh orang.’
“ma, could you please believe me?” Adam bersuara perlahan. Aku hanya mampu berdiam diri disisi Adam.
Takdir Allah tiada siapa duga, aku kini telah bergelar isteri. bukan isteri Syameer tetapi isteri Tengku Adam Zaffran.
“macam mana mama nak percayakan kamu? Kamu sendiri yang cakap dengan ibu Anis yang anak yang Anis kandungkan itu anak kamu. Lagipun gambar ni dah buktikan semua. Apa lagi yang kamu nak buktikan?”
Gambar yang diletakkan diatas meja itu dicapai oleh Adam. Terbuntang mata aku ketika menangkap imej yang dipetakan dalam gambar-gambar tersebut.
‘mana mama Adam dapat gambar ni? Ni kan masa Tengku tidur kat bilik aku masa seminar kat Pangkor haritu. Bila masa pulak orang ambik gambar ni? Yang Adam pon tak pakai baju segala.’
“up to you la Ma. Am penat, Am naik dulu nak rehat. Anis jom naik.” Tangan aku ditarik agar berjalan beriringan dengannya.
‘Macam manalah nasib aku lepas ni? Rasa-rasanya ada tak drama menantu vs mertua? Ya Allah, minta simpang lah. Aku dahlah lemah orang marah-marah.’
Setelah masuk ke kamar, sungguh aku terpegun. Kamar Tengku Adam Zaffran sungguh elegan. Persis yang ditayangkan di kaca televisyen. Adam langsung merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Perlahan tubuh itu aku rapati. Matanya terpejam rapat. Meski letih dengan semua yang berlaku.
Tanpa dapat ditahan air mata menitis dari pipi aku.
“tengku, kenapa buat semua ni? Kenapa susah-susah untuk saya.” Aku sangkakan Adam sedang tidur, namun dia terjaga. Adam memegang erat tangan aku.
“Anis, apa Anis cakap ni? Am tak pernah rasa susah untuk Anis.”
“Tapikan Anis tak mengandung dan gambar-gambar tadi tak betul. Kenapa Am tak cuba betulkan keadaan.”
“biarkan jelah apa orang nak kata Anis. Kita tak boleh ubah lagi. Pasal Mama, Am kecewa sangat. Am ingat mama cukup kenal Am tapi mama pon sama dengan semua orang. Mama lebih percayakan gambar tu dari Am.” Kata Tengku Adam Zaffran perlahan.
“dahlah, Am tidur lah. Am mesti penat dengan semua ni. Anis minta maaf sebab susahkan Am. Anis tak sepatutnya telefon Am masa tu.” Belum sempat aku menghabiskan tuturku, Adam lantas meletakkan jarinya dibibirku bagi menghalang aku daripada meneruskan ayatku.
“syhh, Am bersyukur sangat sebab Am orang pertama yang Anis cari masa Anis susah. Kalau Anis tak telefon Am, mesti Anis dah jadi isteri Syameer. Jujur, Am tak sanggup kehilangan Anis.” Kata-kata Adam sedikit sebanyak telah mengugah hatiku.
“ehh, pergi tidur lah. Jangan nak merepek.” Aku segera mengangkat punggung daripada tilam yang empuk itu namun tanganku ditarik oleh Adam menyebabkan aku kembali terduduk diatas katil.
“Anis… temankan Am? Please??” tutur Adam sambil membuat muka meminta simpati. Aku tergelak kecil.
Aku tak pernah melihat Adam seperti ini. Adam dari sisi yang sungguh berbeza dengan sebelumnya. Adam suami aku seorang yang manja. Suami? Errkk!
Setelah Adam tertidur, aku bangun perlahan-lahan dan turun dari katil. Aku mesti selesaikan semuanya. Tengku Kamariah mesti mengetahui kebenarannya. Hakikat yang Tengku Adam Zaffran tidak pernah menyentuh aku sebelum masanya. Aku harus menerangkan semuanya. Aku tidak ingin kerana aku hubungan keluarga ini berpecah belah.
“kak, Ku Kamariah mana?” tanya aku pada bibik setelah kaki menjengah dapur.
“ehh puan, Engku dekat ruang depan puan.”
“ehh apa puan-puan pulak. Panggil saya Anis sudah lah kak. Lagipun saya ni orang biasa je kak.”
“baiklah Puan, eh Anis. Panggil akak , akak Imah. Akak percaya yang Anis dengan Tuan Am tak buat apa-apa. Akak kenal Tuan Am..”
“akak dah lama ke kerja dekat sini?” soalku sekadar beramah mesra.
“akak dah 6 tahun kerja dekat sini.”
“ohh, ehh takpe lah kak, saya kedepan kejap.”
Tubuh Tengku Kamariah menjengah ruang mataku. Walaupun sudah berusia 50an namun wanita tua ini masih kelihatan anggun dalam busana yang indah itu.
“erm… maaf menganggu Tengku. Tapi saya ada sesuatu nak bagitahu Tengku.”
“Anis, sini duduk sebelah mama.” Aku tersentak. Mama? Wanita dihadapan aku ini membahasakan dirinya sebagai mama?
“Anis, mama minta maaf dengan kelakuan anak mama. Mama tak sangka Am sanggup buat perkara macam ni. Anis mengandung berapa bulan?” soalnya prihatin.
“mama, sebenarnya Anis tak mengandung pon ma. Adam bukan seperti yang mama bayangkan.” Aku ingin menceritakan hal yang sebenar.
“sudahlah Anis, tak payah pertahankan Adam. Mama kenal anak mama.”
“tapi Ma..”
“Anis, Adam takkan mengaku salah kalau dia tak buat. Meskipun kamu tak mengandung tapi Am dah mengaku yang dia terlanjur dengan kamu.”
“mama, dengar dulu apa yang Anis nak cakap, please..”
Akhirnya Tengku Kamariah menanggukkan kepala tanda membenarkan aku menceritakan hal yang sebenar. Segala-galanya tersingkap sudah.
************************************************
“Anis, awak pergi mana? Kenapa tinggalkan saya sorang-sorang.” Soal Adam dengan suara serak. Satu lagi yang aku belajar mengenai lelaki ini, selain manja, bila bangun tidur suara dia akan jadi serak.
“saya turun bawah tadi. Sembang-sembang dengan kak Imah.”
“yelah, pergi lah sembang dengan Kak Imah tu. Tinggal suami sorang-sorang dalam bilik ni. Lagipun siapalah Am ni kan. Tak penting pon dalam hati Anis kann?”
“apa Am cakap macam ni? Tak baik tau.” Aku mencemberutkan mukaku. Adam mengambil kesempatan dengan memeluk aku dari belakang.
“ni apa kes peluk-peluk orang? Euww, busuklah. Pergi mandi sana. Busuk!!!”
“yelahh,,sekarang ni busuklahh. Nanti Am dah mandi jangan harap nak peluk Am.”
“euw, tak hingin pon lahh.”
*****************************************************
Anis menepis sesuatu yang sedang merayap di mukanya. Tepis dan tepis. Tetap juga ada benda yang merayap. Mata terus dibuka. Bulat dia memandang encik suami yang duduk tersengih. Bibir diketap. Serius geram.
“kenapa dengan Am ni? Anis nak tidurlah.” Rungutku.
“kenapa awal sangat? Baru pukul 9.” Adam senyum senget. Tangan bergerak menyelak anak rambut yang terjuntai di dahi isterinya.
“dah mengantuk. Tidurlah,” jawab Anis. Masih geram.
“siapa nak teman Am?” Adam letak tangan bawah kepala. Suka dia tengok wajah Anis yang baru terjaga dari tidur. Nampak segar. Orang kata kalau nak tengok wajah sebenar seseorang tu,tengok wajah tu masa baru bangun tidur. Tanpa mekap,tanpa apa-apapun. Itulah wajah asli yang Allah dah cipta.
“nak teman Am buat apa?”
“Anis tanya nak buat apa? Buat…” tiba-tiba Adam dekatkan wajah. Anis dah cuak. Suaminya  lupa ke apa? Diakan tengah period.
“Am, jangan cari pasal pula.”Anis tolak muka Adam. Lelaki itu ketawa.
“apa yang Anis fikir ni? Am nak ajak teman tengok tv lah. Bosan tengok sorang-sorang.” Adam ketawa. Seronok melihat wajah Anis yang sudah merah. Anis ketap bibir. Free aje kena usik dengan suaminya.
“suka sangat kenakan Anis. Geram betul!” Anis peluk tubuh. Rasa nak dicubit sahaja lengan suaminya. Biar merah. Baru padan muka.
“Am pun geram!” Adam ketawa. Masih nak menyakat.
“ehh, yang Am ni nak geram tak tentu pasal ni dah kenapa?”
“geram tengok Anis lah.” Adam cuit pipi Anis. Lepas itu cuit hidung pula.
“makin comel pula isteri Am ni,” sambung Adam.
*****************************************************
Sudah 4 bulan kami hidup sebagai suami isteri. Syukur, adegan mertua vs menantu yang aku bayangkan tidak berlaku. Simpang malaikat 44. Mama melayan aku dengan baik sekali,sehinggakan Adam sendiri cemburu. Papa jugak dapat menerima aku sebagai menantunya. Alhamdulillah!
“Alhamdulillah, terima kasih doctor.”
“sama-sama. Tahniah Puan. Btw, check-up lepas ni Puan bolehlah bawa suami Puan.”
“InsyaAllah doctor.”
Bersyukur dengan kehadiran orang baru tak lama lagi. Tak sabar nak bagitahu Adam.
‘nak call bagitahu  ke tak? Biarlah, nanti suprisekan dia.’bisik hatiku. Adam akan balik lagi 3 hari, outstation di Kota Kinabalu. Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan mesej masuk.
‘aik,sape msg ni?’ hancur hati aku melihat  gambar yang aku terima.Adam berpegangan tangan dengan seorang gadis. Dan gadis itu tersenyum manis sambil memeluk lengan suaminya. Meskipun wajah Adam agak mencuka, namun…arrr
“sampai hati awak buat macam ni kat saya, Am. Daddy dah tak sayang mummy lah baby.” Anis merintih sendirian. Kereta dipandu ke tasik titiwangsa. Dia ingin menenangkan perasaannya yang bercelaru sekarang.
“Assalamualaikum, mama. Anis nak cakap sikit, Ma.”
“Ada apa ni Anis? Are you okay?”
“hm, Anis okay ma. Anis nak bagitahu ni Anis nak balik kampong.”
“tapi kenapa sayang? Ibu Anis sakit ke?”
“tak, Anis balik kampong arwah Abah.”
“Adam tahu?” bila disebut nama Adam aku langsung menangis. Mama yang terkejut dengan air mataku lantas memeluk tubuhku erat.
“kenapa ni Anis? Adam ada buat salah ke?” terus segalanya aku ceritakan kepada Mama.
“Anis, mama yakin Adam tak salah dalam hal ni.”
“ma,Anis pun tahu Am takkan duakan Anis. Tapi hati Anis sakit Ma. Biarlah Anis bersendirian dulu. Ma,please jangan bagitahu Am mana Anis pergi.”

“ye, mama janji sayang.”

P/S: nantikan sambungannya. tapi agak lambat lahh sebab makcik sedang dalam gempur Sepiyem tak lama lagi. huhuhu nangis makcik. apa-apa doakan makcik cemerlang dalam sepiyem ye! chaiyok !

16 comments:

  1. @imanhati 23 tqsm. insyaAllah coming soon. sabar ye untuk nantikan kenakalan Tengku Adam Zaffran... apa dia nak buat untuk pujuk wife dia nii.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Smbunglah lagi
    Best plak cite ni
    Good job writer...

    ReplyDelete
  3. bila nk smbung cite ni....x sabar nk tahu next story

    ReplyDelete
  4. Bila nk smbng..best kot ceritanye...

    ReplyDelete
  5. best lah cerita ni bila boleh sambong ye nak tau apa yang akan jadi dengan anis syameer adam denagn perempuan tu

    ReplyDelete
  6. Penat baca.. Tp xde sambungan

    ReplyDelete