Nama Penulis : Qin Amja
Tajuk : Encik Tengku dan Cik Terdesak
Tarikh Post : 23 September 2015
“awak ikut saya pergi
Pangkor.” Adam bersuara.
“ buat apa kat
sana Tengku? Rasanya project dengan Mega Group tu dah diluluskan kan?”
“ohh tak. Saya
ada seminar dekat sana. Jadi saya perlukan awak untuk bantu saya.”
“baiklah Tengku.
Kalau takda apa-apa saya keluar dulu.” Adam hanya mengangguk tanda membenarkan
wanita itu keluar dari ruangannya.
“opss,, maaf
Tengku. Berapa hari kita dekat sana?”
“ rasanya dalam
one week jugaklah.”
*********************************************
“Assalamualaikum
Anis, kamu sibuk tak hujung minggu ni?”
“kenapa ibu?
Anis kena pergi Pangkor la ibu. Ada seminar kat sana.”
“ohh, ni tak.
Mak Som kamu tu berkenan sangat nak jadikan kamu ni menantu dia. Jadi dia nak
masuk meminang kamu dan kalau boleh tu nak tunangkan sekali kamu dengan anak
dia.”
“apa ibu? Dengan
siapa? Rasanya semua anak Mak Som tu dah kahwin, takkan ibu nak jadikan Anis ni
isteri nombor dua. Anis taknak lah ibu.”
“isy, kamu ni
Anis. Ni abang Syameer kamu tu lah. Kamu ingat tak? Yang selalu main dengan
kamu dulu tu?”
“abang syameer mana
ibu? Anis tak ingatlah ibu. Btw, Anis tetap taknak abang Syameer tu ibu.” Anis
Cuma mengingati semula siapa Syameer. Kata ibunya mereka pernah berteman suatu
ketika dahulu sebelum berpindah ke Pahang. Kini, baru dia ingat. Hmm, macam mana
lah abang Syameer sekarang.
***********************************************
“maaf Tengku,
saya terlambat. Tadi sebelum keluar ibu saya telefon. Punya lah bersembang anak
beranak ni sampai terlupa pulak dekat Tengku, sorry sangat-sangat Tengku.”
“it so okay.
Saya pon baru sampai.” Adam selesa bersama Anis.
Anis merupakan salah seorang pekerja
kesayangannya kerana Anis sangat boleh dipercayai. Anis banyak memberi
idea-idea yang bernas berkaitan projek yang dikendalikan olehnya. Dia juga
senang berkongsi masalahnya bersama Anis. Anis telah dianggap lebih dari
sekadar pekerja. Oleh itu, dia tidak sanggup kehilangan Anis.
Setelah sampai
di Pangkor, mereka segera ke receptionist. Sementara Adam mendaftarkan bilik
untuk mereka, Anis perasan akan mata-matanya yang memerhatikannya.
‘apahal semua
orang ni? Tahulah tengku Adam ni terkenal, tapi apa diorang ingat aku ni nak
sebilik dengan tengku ke apa? Please lah. Mau dipelangkong nya aku dengan ibu
kalau aku berani buat macam-macam dengan Tengku.’ Apa yang kau merepek ni Anis.
“sudah, tengku?”
tanya Anis polos apabila dilihatnya Adam ralit memerhatikannya.
Sudah 5 hari
mereka menghadiri seminar di situ. Setiap hari Anis menerima panggilan daripada
ibunya. ‘tak habis-habis pasal abang Syameer tu. Aku takda apa-apa perasaan pon
dekat dia la.’
Lamunan aku
terhenti apabila telefonku bordering. ‘siapa pulak yang call ni, orang baru
keluar bilik meeting. Ibu lagi! Apa lagi lah kali ni.’ Punat hijau ditekan.
Telefon didekatkan ke telinganya.
“Waalaikumsalam
ibu. Ibu sihat? Anis mungkin esok kot balik. Kenapa ye ibu?”
“tak ni, abang
Syameer nak jumpa kamu. Boleh lah kamu berdua kenal-kenal.”
“Ibu, Anis bukan
nak kurang ajar dengan ibu. Tapi Anis tak suka ibu paksa-paksa Anis macam ni.
Anis berhak tentukan hidup Anis sendiri. Lagipun Anis muda ibu lagi.”
“muda apa nya
kamu cakap? Umur kamu dah nak masuk 25 tahun Anis. Adik kamu si Megat tu pon
dah ada kekasih. Kamu ni ibu tengok takda apa-apa pon. Ibu tak kira kamu suka
atau pun tak kamu tetap akan kawin dengan Syameer.”
“kalau ibu buat
keputusan macam ni, Anis takkan balik kampong ibu. Anis takkan balik!” terus
punat merah ditekan. Penat dengan kerja harian ditambah pula dengan desakan
ibunya benar-benar menjerut rasa. Satu keluhan dilepaskan.
“Anis,whats
wrong? Ada apa-apa yang tak kena ke? Anis sakit?” ujar Adam setelah menghampiri
Anis.
“ehh, tengku.
Takda apa-apa. Saya okay. Maybe penat dengan kerja je kot.”
“btw, esok kita
dah boleh balik.”
“yeahh!”
“tapi…”
“tapi apa
Tengku?”
“disebabkan awak
dah tunjukkan prestasi yang baik. Saya bawa awak jalan-jalan kat sini dulu
before kita balik.”
“jalan-jalan?
Kat pangkor ni Tengku?”
“yelah, ke awak
taknak?”
“nonono, nak
sangat-sangat Tengku. Tempat ni cantik sangat, rugilah kalau tak
pusing-pusing.”
“okay then, esok
kita jalan-jalan. Lusa baru kita balik. Okay?”
“okay!” ‘elok
jugak aku spent time kat sini, takde lah serabut sangat dengan ibu.’
Seharian Tengku
bawa aku pusing-pusing Pangkor. Part yang paling best tu time dekat pantai.
Kitorang naik parachute weyy!
“Anis, before
kita balik hotel, kita singgah kedai depan tu kejap. Saya nak belikan hadiah
untuk mama saya. Boleh kan?”
“Ehh Tengku. Apa
tanya saya. Tengku yang bawa saya jalan-jalan, Tengku lah decide mana kita
pergi. Saya ikut je.”
Tengku Adam
melintas jalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Anis yang sedang mencari
sesuatu di tas tangan agak tertinggal kebelakang. Apabila Anis melihat
kehadapan, Adam hampir dilanggar kereta.
“Tengku!!!” Anis
berlari dan menolak Tengku Adam. Dia turut terjatuh disisi Adam.
“Anis, awak okay?”
“tak, saya tak
apa-apa. Tengku kenapa lintas tak tengok kiri kanan. Kan bahaya? Apa lah Tengku
ni!”
“okay, saya
minta maaf.”
“hmm, Tengku
okay tak ni?”
“rasanya macam
tak berapa okay.”
“Ya Allah,
tangan tengku berdarah tu. Kita ke klinik ye Tengku?”
“tak payah lah,
awak tolong ubatkan boleh?”
“okay.”
Sekembalinya
mereka ke hotel.
“Tengku, nak
sapu ubat kat mana? Takkan kat bilik Tengku?”
“habis dekat
mana lagi? Kita bukan buat apa pon.”
“ye lah, tapi
saya segan lah Tengku.”
“okay then, in
your room.”
Ketika Tengku
Adam dan Anis memasuki bilik Anis, ada mata yang memerhati dan merekodkan saat
itu.
“Tengku, tahan
sikit tau. Saya nak cuci luka ni dengan antiseptik. Pedih sikit. Tengku ni kan,
suka macam ni.kalau ye pon excited nak pergi kedai tu tengok lah kiri kanan
dulu. Nasib baik saya nampak tadi. Kalau tak apalah nasib Tengku.”
“kenapa? Awak
risaukan saya?”
“mau tak risau.
Tengku saya dah anggap lebih dari majikan. Tengku idola saya. Saya taknak
sesuatu yang buruk berlaku dekat Tengku. Lagipun Tengku selalu dengar masalah
saya. Tengku..” belum sempat Anis menghabiskan ayatnya, Adam sudah menyampuk.
“Adam.”
“hah?”
“panggil saya
Adam, tak payah Tengku- Tengku semua ni.”
“tapi Tengku.”
“hmm, kalau awak
masih anggap saya sebagai idola awak panggil saya Adam. Lagipun saya dah anggap
awak sebagai kawan saya. Awak banyak dengar masalah saya. Sudi tak awak jadi
kawan saya?”
“haha, apalah
Tengku ni, oppss Adam. Okaylah, nah makan ubat ni lepastu pergi tidur.” Anis
membiarkan Adam tidur diatas katilnya. Dia mengambil tas tangan dan keluar dari
kamar hotel itu.
Kaki diatur
menuju ke destinasi yang terdetik dihatinya tadi. Dia ingin membeli sesuatu.
************************************************
“mama, nah ni
hadiah untuk Mama. Happy birthday, Ma. Sorry sangat sebab Am takda masa
birthday mama.” Adam memberikan hadiah kepada Tengku Kamariah.
Sebenarnya
hadiah itu dari Anis. setelah dia tidur kemarin, Anis telah pergi membeli
hadiah ini.
Kini, sebulan
telah berlalu setelah mereka kembali dari Pangkor. Mereka semakin selesa dengan
perhubungan ini. Ibu Anis juga tidak lagi membahaskan mengenai Syameer lagi.
“Anis, jom
lunch.”
“oh, okay.”
Setelah memesan
makanan, tiba-tiba telefon Anis berbunyi.
“Hello, akak.
Ibu sakit kak!”
“hah? Megat, ibu
sakit apa? Kenapa tak bawak pergi klinik dulu. Nanti akak balik.”
“ibu taknak
pergi klinik lah akak. Ibu asyik meracau nama akak je.”
“okay, akak
balik sekarang.”
“sorry, Adam.
Saya kena balik kampong. Ibu sakit.”
“are you really
okay? Let me drive.”
“no, it so okay.
Saya boleh drive lagi.”
**********************************************
‘Aik, apasal
lain je rumah aku. Kata ibu sakit, tapi macam kenduri besar je ni.’
“Assalamualaikum,
ibu! Ibu!”
“hah, sampai pon
kamu. Merasa jugak mak bedah makan nasi minyak kamu.”
“nasi minyak ?”
“ye lahh, kamu
kan nak kahwin.”
“what! Kahwin?
Ibu!!!” Anis berlari naik keatas rumahnya. Kelibat ibunya dicari.
“Ada apa Anis?”
“kenapa ibu buat
Anis macam ni?” tubuh Anis ditarik masuk ke bilik.
“Anis, ibu buat
semua ni untuk Anis. Ibu nak Anis kahwin dengan Abang Syameer.”
“ibu, Anis tak
cintakan dia ibu. Tolonglah ibu, jangan buat Anis macam ni.”
“Anis taknak.
Anis nak balik KL.”
“ibu tak izinkan
Anis. Dah Anis duduk dalam bilik ni. Sini telefon tu.”
“ibu!”
‘kenapa ibu
sanggup buat Anis macam ni ibu? Apa salah Anis?’ Anis merintih sendirian dalam
biliknya.
‘aku tak kira.
Aku kena keluar jugak dari rumah ni. Hati aku bukan milik Abang Syameer. Apa
aku nak buat ni?’
Telefon dalam
beg tangannya dikeluarkan. Mujur dia masih menyimpan telefon lamanya. Nombor
telefon Adam didailnya.
“Adam, tolong
saya.”
“Anis, kenapa
ni? Tell me! Why? Ibu Anis okay tak?”
“ibu..i..bu..”
Anis teresak-esak. Butir bicaranya tidak dapat ditangkap oleh telinga Adam.
“Anis, calm
down. Then,tell me. Why?”
“ibu paksa saya
kahwin dengan Abang Syameer. Tapi saya tak nak. Please, tolong.”
“what? Anis
tunggu, Am sampai kejap lagi.”
***********************************************
“Aku terima
nikahnya Hanis…”
“tunggu!”
“kamu ni siapa?”
soal ibu Anis.
“Am!” Anis
berlari mendapatkan Adam. Adam mengenggam tangan Anis.
“saya Adam.
Tengku Adam Zaffran. Perkahwinan ini tak boleh diteruskan.”
“kenapa pulak?
Kamu bukan siapa- siapa pon. Kamu takda hak atas Anis. Dia anak saya.”
“Tapi Anis
sendiri taknak perkahwinan ini. Mak cik tak boleh paksa Anis macam ni. Ini masa
depan dia Mak cik!” Adam bersuara lembut tetapi tegas.
“ kita teruskan
Tok. Anis akan tetap kahwin dengan Syameer. Makcik nak Anis hidup senang dan
Syameer boleh bagi semua kesenangan itu.”
“kalau itu yang
mak cik inginkan, saya boleh bagi segala-galanya untuk Anis. Lagipun Anis
tengah mengandungkan anak saya.” Dia tiada pilihan lain selain ini.
“Am!!!” tempik
Anis.
“Anis, kita dah
tak boleh simpan lagi benda ni. Nanti perut tu besar jugak. Dan kau mesti
Syameer kan? Aku rasa kau pon mesti taknak bekas aku kan?”
“what? Apa semua
ni makcik? Makcik kata Anis takda siapa-siapa lagi.”
“Astaghfirullahalazim,
Anis. Apa Anis dah buat ni?”
‘maafkan Anis,
ibu! Anis terpaksa buat semua ni.’
“Anis minta maaf
ibu.”
“kamu mesti
kahwin dengan Anis. Aku tak kira.” Ibu Anis menunding pada Adam.
“ibu, tak perlu
lah rasanya. Anis boleh hidup sendiri.”
“hidup sendiri
dengan perut memboyot kamu cakap?”
“Takpe ibu, biar
Anis yang tanggung semua ni.”
“Anis, kita
kahwin.”
*********************************************
“Tengku Adam
Zaffran, now tell me? What was going on? Betul ke Anis ni dah mengandungkan
anak kamu?” soal Tengku Kamariah tegas. Sudahlah suaminya tiada di Malaysia
kerana menguruskan projek mereka di Melbourne,anaknya pula buat hal. ‘pening
aku, anak seorang macam dua puluh orang.’
“ma, could you
please believe me?” Adam bersuara perlahan. Aku hanya mampu berdiam diri disisi
Adam.
Takdir Allah
tiada siapa duga, aku kini telah bergelar isteri. bukan isteri Syameer tetapi
isteri Tengku Adam Zaffran.
“macam mana mama
nak percayakan kamu? Kamu sendiri yang cakap dengan ibu Anis yang anak yang
Anis kandungkan itu anak kamu. Lagipun gambar ni dah buktikan semua. Apa lagi
yang kamu nak buktikan?”
Gambar yang
diletakkan diatas meja itu dicapai oleh Adam. Terbuntang mata aku ketika
menangkap imej yang dipetakan dalam gambar-gambar tersebut.
‘mana mama Adam
dapat gambar ni? Ni kan masa Tengku tidur kat bilik aku masa seminar kat
Pangkor haritu. Bila masa pulak orang ambik gambar ni? Yang Adam pon tak pakai
baju segala.’
“up to you la
Ma. Am penat, Am naik dulu nak rehat. Anis jom naik.” Tangan aku ditarik agar
berjalan beriringan dengannya.
‘Macam manalah
nasib aku lepas ni? Rasa-rasanya ada tak drama menantu vs mertua? Ya Allah,
minta simpang lah. Aku dahlah lemah orang marah-marah.’
Setelah masuk ke
kamar, sungguh aku terpegun. Kamar Tengku Adam Zaffran sungguh elegan. Persis
yang ditayangkan di kaca televisyen. Adam langsung merebahkan badannya di atas
katil yang empuk. Perlahan tubuh itu aku rapati. Matanya terpejam rapat. Meski
letih dengan semua yang berlaku.
Tanpa dapat
ditahan air mata menitis dari pipi aku.
“tengku, kenapa
buat semua ni? Kenapa susah-susah untuk saya.” Aku sangkakan Adam sedang tidur,
namun dia terjaga. Adam memegang erat tangan aku.
“Anis, apa Anis
cakap ni? Am tak pernah rasa susah untuk Anis.”
“Tapikan Anis
tak mengandung dan gambar-gambar tadi tak betul. Kenapa Am tak cuba betulkan
keadaan.”
“biarkan jelah
apa orang nak kata Anis. Kita tak boleh ubah lagi. Pasal Mama, Am kecewa
sangat. Am ingat mama cukup kenal Am tapi mama pon sama dengan semua orang.
Mama lebih percayakan gambar tu dari Am.” Kata Tengku Adam Zaffran perlahan.
“dahlah, Am
tidur lah. Am mesti penat dengan semua ni. Anis minta maaf sebab susahkan Am.
Anis tak sepatutnya telefon Am masa tu.” Belum sempat aku menghabiskan tuturku,
Adam lantas meletakkan jarinya dibibirku bagi menghalang aku daripada
meneruskan ayatku.
“syhh, Am
bersyukur sangat sebab Am orang pertama yang Anis cari masa Anis susah. Kalau
Anis tak telefon Am, mesti Anis dah jadi isteri Syameer. Jujur, Am tak sanggup
kehilangan Anis.” Kata-kata Adam sedikit sebanyak telah mengugah hatiku.
“ehh, pergi
tidur lah. Jangan nak merepek.” Aku segera mengangkat punggung daripada tilam
yang empuk itu namun tanganku ditarik oleh Adam menyebabkan aku kembali
terduduk diatas katil.
“Anis… temankan
Am? Please??” tutur Adam sambil membuat muka meminta simpati. Aku tergelak
kecil.
Aku tak pernah
melihat Adam seperti ini. Adam dari sisi yang sungguh berbeza dengan
sebelumnya. Adam suami aku seorang yang manja. Suami? Errkk!
Setelah Adam
tertidur, aku bangun perlahan-lahan dan turun dari katil. Aku mesti selesaikan
semuanya. Tengku Kamariah mesti mengetahui kebenarannya. Hakikat yang Tengku
Adam Zaffran tidak pernah menyentuh aku sebelum masanya. Aku harus menerangkan
semuanya. Aku tidak ingin kerana aku hubungan keluarga ini berpecah belah.
“kak, Ku
Kamariah mana?” tanya aku pada bibik setelah kaki menjengah dapur.
“ehh puan, Engku
dekat ruang depan puan.”
“ehh apa
puan-puan pulak. Panggil saya Anis sudah lah kak. Lagipun saya ni orang biasa
je kak.”
“baiklah Puan,
eh Anis. Panggil akak , akak Imah. Akak percaya yang Anis dengan Tuan Am tak
buat apa-apa. Akak kenal Tuan Am..”
“akak dah lama
ke kerja dekat sini?” soalku sekadar beramah mesra.
“akak dah 6
tahun kerja dekat sini.”
“ohh, ehh takpe
lah kak, saya kedepan kejap.”
Tubuh Tengku
Kamariah menjengah ruang mataku. Walaupun sudah berusia 50an namun wanita tua
ini masih kelihatan anggun dalam busana yang indah itu.
“erm… maaf
menganggu Tengku. Tapi saya ada sesuatu nak bagitahu Tengku.”
“Anis, sini
duduk sebelah mama.” Aku tersentak. Mama? Wanita dihadapan aku ini membahasakan
dirinya sebagai mama?
“Anis, mama
minta maaf dengan kelakuan anak mama. Mama tak sangka Am sanggup buat perkara
macam ni. Anis mengandung berapa bulan?” soalnya prihatin.
“mama,
sebenarnya Anis tak mengandung pon ma. Adam bukan seperti yang mama bayangkan.”
Aku ingin menceritakan hal yang sebenar.
“sudahlah Anis,
tak payah pertahankan Adam. Mama kenal anak mama.”
“tapi Ma..”
“Anis, Adam
takkan mengaku salah kalau dia tak buat. Meskipun kamu tak mengandung tapi Am
dah mengaku yang dia terlanjur dengan kamu.”
“mama, dengar
dulu apa yang Anis nak cakap, please..”
Akhirnya Tengku
Kamariah menanggukkan kepala tanda membenarkan aku menceritakan hal yang
sebenar. Segala-galanya tersingkap sudah.
************************************************
“Anis, awak
pergi mana? Kenapa tinggalkan saya sorang-sorang.” Soal Adam dengan suara
serak. Satu lagi yang aku belajar mengenai lelaki ini, selain manja, bila
bangun tidur suara dia akan jadi serak.
“saya turun
bawah tadi. Sembang-sembang dengan kak Imah.”
“yelah, pergi
lah sembang dengan Kak Imah tu. Tinggal suami sorang-sorang dalam bilik ni.
Lagipun siapalah Am ni kan. Tak penting pon dalam hati Anis kann?”
“apa Am cakap
macam ni? Tak baik tau.” Aku mencemberutkan mukaku. Adam mengambil kesempatan
dengan memeluk aku dari belakang.
“ni apa kes
peluk-peluk orang? Euww, busuklah. Pergi mandi sana. Busuk!!!”
“yelahh,,sekarang
ni busuklahh. Nanti Am dah mandi jangan harap nak peluk Am.”
“euw, tak hingin
pon lahh.”
*****************************************************
Anis menepis
sesuatu yang sedang merayap di mukanya. Tepis dan tepis. Tetap juga ada benda
yang merayap. Mata terus dibuka. Bulat dia memandang encik suami yang duduk
tersengih. Bibir diketap. Serius geram.
“kenapa dengan
Am ni? Anis nak tidurlah.” Rungutku.
“kenapa awal
sangat? Baru pukul 9.” Adam senyum senget. Tangan bergerak menyelak anak rambut
yang terjuntai di dahi isterinya.
“dah mengantuk.
Tidurlah,” jawab Anis. Masih geram.
“siapa nak teman
Am?” Adam letak tangan bawah kepala. Suka dia tengok wajah Anis yang baru
terjaga dari tidur. Nampak segar. Orang kata kalau nak tengok wajah sebenar
seseorang tu,tengok wajah tu masa baru bangun tidur. Tanpa mekap,tanpa
apa-apapun. Itulah wajah asli yang Allah dah cipta.
“nak teman Am
buat apa?”
“Anis tanya nak
buat apa? Buat…” tiba-tiba Adam dekatkan wajah. Anis dah cuak. Suaminya lupa ke apa? Diakan tengah period.
“Am, jangan cari
pasal pula.”Anis tolak muka Adam. Lelaki itu ketawa.
“apa yang Anis
fikir ni? Am nak ajak teman tengok tv lah. Bosan tengok sorang-sorang.” Adam
ketawa. Seronok melihat wajah Anis yang sudah merah. Anis ketap bibir. Free aje
kena usik dengan suaminya.
“suka sangat
kenakan Anis. Geram betul!” Anis peluk tubuh. Rasa nak dicubit sahaja lengan
suaminya. Biar merah. Baru padan muka.
“Am pun geram!”
Adam ketawa. Masih nak menyakat.
“ehh, yang Am ni
nak geram tak tentu pasal ni dah kenapa?”
“geram tengok
Anis lah.” Adam cuit pipi Anis. Lepas itu cuit hidung pula.
“makin comel
pula isteri Am ni,” sambung Adam.
*****************************************************
Sudah 4 bulan
kami hidup sebagai suami isteri. Syukur, adegan mertua vs menantu yang aku
bayangkan tidak berlaku. Simpang malaikat 44. Mama melayan aku dengan baik
sekali,sehinggakan Adam sendiri cemburu. Papa jugak dapat menerima aku sebagai
menantunya. Alhamdulillah!
“Alhamdulillah,
terima kasih doctor.”
“sama-sama.
Tahniah Puan. Btw, check-up lepas ni Puan bolehlah bawa suami Puan.”
“InsyaAllah
doctor.”
Bersyukur dengan
kehadiran orang baru tak lama lagi. Tak sabar nak bagitahu Adam.
‘nak call
bagitahu ke tak? Biarlah, nanti
suprisekan dia.’bisik hatiku. Adam akan balik lagi 3 hari, outstation di Kota
Kinabalu. Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan mesej masuk.
‘aik,sape msg
ni?’ hancur hati aku melihat gambar yang
aku terima.Adam berpegangan tangan dengan seorang gadis. Dan gadis itu
tersenyum manis sambil memeluk lengan suaminya. Meskipun wajah Adam agak
mencuka, namun…arrr
“sampai hati
awak buat macam ni kat saya, Am. Daddy dah tak sayang mummy lah baby.” Anis
merintih sendirian. Kereta dipandu ke tasik titiwangsa. Dia ingin menenangkan
perasaannya yang bercelaru sekarang.
“Assalamualaikum,
mama. Anis nak cakap sikit, Ma.”
“Ada apa ni
Anis? Are you okay?”
“hm, Anis okay
ma. Anis nak bagitahu ni Anis nak balik kampong.”
“tapi kenapa
sayang? Ibu Anis sakit ke?”
“tak, Anis balik
kampong arwah Abah.”
“Adam tahu?”
bila disebut nama Adam aku langsung menangis. Mama yang terkejut dengan air
mataku lantas memeluk tubuhku erat.
“kenapa ni Anis?
Adam ada buat salah ke?” terus segalanya aku ceritakan kepada Mama.
“Anis, mama
yakin Adam tak salah dalam hal ni.”
“ma,Anis pun
tahu Am takkan duakan Anis. Tapi hati Anis sakit Ma. Biarlah Anis bersendirian
dulu. Ma,please jangan bagitahu Am mana Anis pergi.”
“ye, mama janji
sayang.”
P/S: nantikan sambungannya. tapi agak lambat lahh sebab makcik sedang dalam gempur Sepiyem tak lama lagi. huhuhu nangis makcik. apa-apa doakan makcik cemerlang dalam sepiyem ye! chaiyok !
Nak lgi! Best la
ReplyDeleteNak lgi! Best la
ReplyDelete@imanhati 23 tqsm. insyaAllah coming soon. sabar ye untuk nantikan kenakalan Tengku Adam Zaffran... apa dia nak buat untuk pujuk wife dia nii.. hehe...
ReplyDeleteSmbunglah lagi
ReplyDeleteBest plak cite ni
Good job writer...
InsyaAllah coming soon.. sabar yee
Deletebila nk smbung cite ni....x sabar nk tahu next story
ReplyDeleteTade smbungan pun.
ReplyDeleteMane sambg cerpen ne?
ReplyDeleteBila nk smbng..best kot ceritanye...
ReplyDeletebila nk smbung..lama dh tunggu
ReplyDeleteBila nak disambung?
ReplyDeleteBila nak sambung ni kak??
ReplyDeletebest lah cerita ni bila boleh sambong ye nak tau apa yang akan jadi dengan anis syameer adam denagn perempuan tu
ReplyDeleteNk sambungan plezzz
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeletePenat baca.. Tp xde sambungan
ReplyDelete